Reflective Statement

February 7, 2017 | Author: Taeee | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Reflective statement Lorong Midaq...

Description

Reflective Statement Name

: Nur Azmina Binti Zulkifli

Candidate Name

:

Title

: How was your understanding of cultural and contextual consideration of the work developed through your interaction oral?

Novel

: Lorong Midaq

Word Count

: 400

Novel yang telah menjadi bahan kajian saya adalah novel “Lorong Midaq” karya Naquib Mahfouz. Hasil daripada perbincangan di dalam kelas tentang persoalan yang berkaitan dengan adat dan budaya masyarakat Arab, budaya kesusasteraan dan keseniannya amat menarik minat saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Sudah pasti, setiap negara mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam bidang kesusasteraan dan kesenian begitu jugalah dengan masyarakat Arab. Antara budaya kesusasteraan yang terdapat dalam masyarakat Arab ialah mereka lebih suka bersyair berbanding hasil sastera Arab yang lain seperti yang telah dibentangkan oleh rakan saya. Berdasarkan novel Lorong Midaq, budaya syair dapat dilihat melalui watak seorang orang tua yang ingin bersyair di dalam kopi Kirsha dan dia menjadikannya untuk menyara kehidupannya. Setelah mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan budaya syair ini barulah saya tahu bahawa syair juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi masyarakat Arab. Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat Melayu, syair mempunyai fungsi yang berbeza dengan masyarakat Arab iaitu syair masyarakat Melayu sarat dengan pengajaran dan nilai- nilai murni yang hendak disampaikan kepada pendengar.

Selain itu, budaya seni tarian masyarakat Arab juga amat menarik perhatian saya. Seperti apa yang telah dibincangkan, masyarakat Arab mempunyai pelbagai tarian seperti tarian perut, tarian Ad Dahha dan tarian zapin. Apa yang menariknya masyarakat Arab ini ialah mereka sering mengadakan sesi tari menari ketika majlis perkahwinan dan antaranya ialah tarian perut. Tujuan tarian perut diadakan ialah untuk memohon kesuburan bagi pasangan pengantin beru serta menyebarkan rasa genmbira dan semangat melalui gerakannya. Saya dapati masyarakat Arab amat gemar meluahkan perasaan gembira mereka melalui pergerakan dalam tarian mereka. Perkara ini dapat dilihat di dalam novel, ketika penduduk di Lorong Midaq menyambut kehadiran Ibrahim Farhat sebagai wakil rakyat dengan sambutan yang begitu meriah disusuli dengan nyanyian dan tarian oleh penduduk di lorong itu. Akhir sekali, saya juga dapati budaya seni muzik masyarakat Arab mempunyai beberapa persamaan dengan masyarkat Melayu. Ini kerana seni muzik masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh kebudayaan dari tanah Arab. Antara alat muzik di Malaysia yang telah terpengaruh dengan kebudayaan Arab ialah gambus dan serunai. Dalam masyarakat Arab, gambus biasanya digunakan untuk mengiringi individu yang bersyair. Perkara ini jelas ditonjolkan di dalam novel Lorong Midaq, melalui peristiwa dimana seorang penyair tua memetik tali gambusnya ketika bersyair di warung Kirsha. Kesimpulannya, melalui perbentangan di dalam kelas, saya dapat meningkatkan pemahaman saya dengan lebih mendalam mengenai adat dan budaya masyarakat Arab. Melalui cara ini juga, saya dapat mengetahui perbezaan mahupun persamaan antara masyarakaat Arab dan masyarakat Melayu di Malaysia.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF