Realism, Marxism Mercantalism

February 8, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Realism, Marxism Mercantalism...

Description

SOALAN 1

Pendekatan Realism, Liberalism dan Marxism adalah tiga pendekatan utama dalam kajian Hubungan Antarabangsa. Walau bagaimana pun sesetengah sarjana berpendapat bahawa tiga teori utama ini sudah tidak lagi memadai dalam menganalisis

disiplin hubungan antarabangsa kini. Adakah anda

bersetuju? Dalam mengkaji hubungan antarabangsa, terdapat tiga teori atau perspektif utama yang digunakan iaitu Realisme, Liberalisme, Marxisme. Secara amnya, Realism adalah teori yang menekankan state atau negara sebagai aktor tunggal dan menolak aktor-aktor lain seperti individu dan institusi antarabangsa. Selain itu, Realism juga menekankan power atau kuasa. Hal ini kerana, segala pembuatan keputusan atau dasar adalah berkaitan dengan peningkatan kuasa terutamanya mengenai keselamatan dan pertahanan. Realist melihat negara yang kuat adalah negara yang memiliki sistem pertahanan yang baik. Bagi Liberalist pula, individu menjadi unit analisis terpenting dan aktor state hanya memainkan peranan yang minima.1 Hal ini kerana, Liberalist berpendapat bahawa

peranan

individu

penting

dalam

pembuatan

keputusan

mengenai

dasar

atau

perundangan. Marxism pula adalah teori yang membincangkan mengenai pergelutan di antara kelas masyarakat (bourgeois, proletariat dan peasants) yang terbentuk akibat daripada perbezaan taraf hidup dan ekonomi. Namun begitu, sesetengah sarjana berpendapat bahawa, ketiga-tiga pendekatan ini tidak lagi relevan dan memadai dalam menganalisis hubungan antarabangsa kini. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan beberapa teori lain seperti Neo-realisme, Neoliberalisme, Neo-marxisme dan juga International Society yang dianggap mampu untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai situasi yang berlaku dalam dunia antarabangsa. Hal ini kerana, teori-teori ini lebih praktikal dan mampu menjelaskan dunia antarabangsa keseluruhannya manakala skop Realisme, Liberalisme dan Marxisme hanya tertumpu kepada state. Perkara ini dapat dibuktikan dengan penjelasan mengenai Neo-realisme, Neo-liberalisme, Neo-marxisme dan juga International Society. Neo-realisme adalah teori yang dibangunkan menggunakan asas pendekatan Realism. Teori ini dikatakan lebih praktikal kerana penekanan yang diberikan lebih bersifat global. Neorealisme juga dikenali sebagai structural realism oleh sesetengah sarjana seperti Kenneth Waltz. Neo-realisme masih mengekalkan kepentingan kuasa, namun istilah ini dilihat dari sudut yang berbeza. Menurut Baylis & Smith, kuasa bukan hanya berkaitan dengan meningkatkan pertahanan

1

Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., International Relations Theory (5th Edition), United States: Pearson Education, 2012, hlm. 132.

1|Page

dan kemampuan untuk mengawal atau menguasai negara dalam sistem antarabangsa.2 Kuasa yang dimiliki oleh sesebuah negara tidak hanya tertumpu di dalam negara tetapi kuasa dilihat secara lebih meluas dan melibatkan negara lain. Sesebuah negara itu tidak dilihat melalui peranan yang dimainkannya dalam sistem antarabangsa tetapi dibezakan dengan kuasa yang dimiliki oleh negara tersebut. Dari perspektif Neo-realisme, negara yang kuat dari aspek ketenteraan dan memiliki senjata pertahanan yang canggih mampu menguasai negara lain. Sesebuah negara melihat negara lain sebagai ancaman dan secara tidak langsung mewujudkan satu keadaan yang disebut sebagai „security dilemma‟. Keadaan ini juga telah menyebabkan wujud rasa tidak percaya terhadap negara lain. Oleh itu, negara Neo-realisme tidak akan bergantung pada negara lain kerana khuatir negara lain akan cuba menguasai dan mencemar kedaulatan negaranya. Berbeza dengan Realisme yang menolak hubungan antara negara, Neo-realism beranggapan jalinan kerjasama merentasi negara boleh berlaku. Namun begitu, hubungan tersebut hanyalah bertujuan untuk memaksimumkan kuasa dan kerjasama ini tidak perlu berterusan serta berakhir apabila objektif jalinan tersebut telah dicapai. Pendekatan yang seterusnya ialah Neo-liberalisme terhasil daripada perkembangan teori asas iaitu Liberalisme. Aliran pemikiran ini lebih bersifat moden dan kontemporari jika dibandingkan dengan pendekatan Liberalisme. Hal ini kerana, Neo-liberalisme lebih relevan dan praktikal dengan situasi semasa. Pendekatan Neo-liberalisme tidak menolak asas pendekatan Liberalisme bahawa aktor state memainkan peranan dalam sistem antarabangsa tetapi berpendapat bahawa aktor non state turut memainkan peranannya tersendiri. Namun begitu, terdapat beberapa komponen yang menjelaskan pendekatan utama Neo-liberalisme sekali gus membezakannya dengan Liberalisme. Dalam analisis situasi atau peristiwa yang berlaku dalam hubungan antarabangsa ini, pendekatan Neo-liberalisme mempunyai hujah yang menepati konteks sistem antara negara. Komponen pertama bagi menjelaskan pendekatan utama Neo-Liberalisme ialah pemikiran

sociological liberalism. Pemikiran ini lebih menekankan kepada aktiviti yang dijalinkan bersamasama merentasi sempadan negara demi mengekalkan keamanan dan kerjasama yang lebih kukuh oleh individu daripada state terbabit. Perkara ini menunjukkan hubungan antarabangsa tidak terhad kepada kajian antara negara sahaja, malah ia juga turut melibatkan aktor non state seperti individu, kumpulan dan institusi. Secara tidak langsung ia akan mewujudkan transnational

relations seperti yang dinyatakan oleh Jackson & Sorenson (2003).3

Baylis, J., Smith, S., The Globalization Of World Politics : An Introduction to International Relation (3rd Edition), New York : Oxford University Press, 2001, hlm. 209. 3 Jackson,R. & Sorensen,G., Introduction to International Relations : Theories and Approaches, (2nd edition), New York : Oxford University Press, 2003, hlm. 109. 2

2|Page

Komponen seterusnya ialah interdependence liberalisme yang merupakan lanjutan daripada sociological liberalisme. Komponen ini masih mengutamakan peranan transnational actor namun lebih tertumpu pada aspek ekonomi – free trade dibandingkan dengan ketenteraan di mana ia mampu memberikan manfaat kepada state. Selain itu, melalui kerjasama ekonomi mampu membawa kepada keamanan dan kestabilan setelah konsep high politic dapat dikurangkan oleh setiap state dalam sistem antarabangsa ini kerana isu kebajikan lebih mendominasi. Perkara ini digambarkan melalui konsep complex interdependence seperti yang diutarakan oleh Robert Keohane and Nye (1977: 29-38).4 Komponen yang ketiga ialah institutional liberalisme yang boleh dilihat melalui konsep

global governance pada hari ini. Melalui penubuhan institusi atau organisasi antarabangsa ini kita dapat melihat penyertaan state berada di bawahnya. Secara tidak langsung, setiap state perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah di gubal bersama-sama anggota seperti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, IMF, EU. Hal ini memudahkan interaksi antara state –

multilateral relations dan dapat mengurangkan konflik daripada berlaku kerana setiap permasalahan yang timbul akan diselesaikan secara kolektif. Hujah ini disokong oleh Viotti & Kauppi (2012) : “With increasing interdependence in this partially globalized world, Keohane sees greater

institutionalization as the world becomes more like a polity with governance essential to trade, finance, environment, security and other matters of global import”.5 Komponen yang terakhir ialah republican liberalisme yang merupakan kesinambungan daripada konsep asas Liberalisme. Konsep yang dimaksudkan ialah demokrasi liberal adalah lebih aman kerana negara demokrasi tidak akan menyerang negara demokrasi yang lain.6 Keamanan demokrasi adalah berlandaskan beberapa prinsip iaitu, penyelesaian konflik secara aman antara negara demokratik, persamaan nilai di antara satu sama lain dan jalinan kerjasama ekonomi.7

Republican liberalisme optimis tentang kewujudan „Zone of Peace‟

dalam kalangan negara

8

demokratik.

Bagi Neo-Marxisme pula, teori ini dikembangkan oleh Theotonio Dos Santos dan Emmanuel Wallerstein. Neo-Marxisme menjelaskan mengenai pembangunan yang tidak seimbang sehingga mewujudkan jurang perbezaan di antara negara. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan pembahagian di antara negara core (kaya) dan periphery (miskin). Neo-Marxist melihat sistem antarabangsa sebagai sebuah sistem kapitalis yang berkait rapat dengan isu sosial, ekonomi, dan 4 5 6 7 8

Ibid, hlm. 115-116

Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., op.cit., hlm. 149. Jackson., R., & Sorenson., G., op.cit., hlm. 50.

Ibid. Ibid.

3|Page

politik serta membentuk sebuah struktur. Dalam fahaman Neo-Marxist ini, terdapat dua teori yang wujud iaitu teori kebergantungan (dependency theory) dan teori sistem dunia kapitalis (capitalist

world system). Teori kebergantungan menekankan tentang masalah ekonomi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.9 Negara-negara ini merupakan negara miskin yang perlu bergantung dengan negara Eropah di Eropah Barat dan Amerika Utara untuk membekalkan keperluan negara mereka. Namun begitu, negara-negara miskin ini tidak semestinya tidak mempunyai sumber mentah sendiri tetapi mereka sebenarnya tidak mampu untuk memproses dan memasarkan sumber terbabit. Oleh sebab itu, negara core telah bertindak mengeksploitasi negara periphery untuk membekalkan sumber buruh dan semula jadi. Teori yang kedua iaitu sistem dunia kapitalis (capitalist world

system)

mempunyai perspektif yang berbeza dengan (dependency theory). Perspektif sistem

kapitalis dunia tidak terhad kepada pembangunan negara Dunia Ketiga, tetapi meliputi pemahaman mengenai ekonomi, politik dan perkembangan sosial antara negara dan dunia keseluruhannya.10 Menurut Viotti & Kauppi (2012) :

“…the goal is to understand the fate of various parts of the world at various time in history within larger context of a developing world political economy…..Third world underdevelopment and exploitation are central to maintaining the present structure of dominance in the capitalist world system. The first priority, therefore, is to understand this global system in historical perspective. Only then can the fates of particular societies or regions of globe be understood” Teori yang terakhir ialah „The English School‟ dan merupakan satu teori baharu yang dibangunkan semasa Perang Dingin. Namun begitu, nama „The English School‟

kemudiannya

dianggap tidak relevan lagi kerana ramai sarjana teori ini bukanlah orang berbangsa Inggeris tetapi mereka berasal daripada Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, nama teori ini telah ditukarkan kepada „The International Society‟. Secara amnya,

„International Society‟ ini adalah satu kumpulan negara yang sedar tentang sesuatu kepentingan dan menubuhkan masyarakat yang diikuti dengan satu set peraturan yang sama dalam hubungan antara satu sama lain dan berkongsi dalam satu institusi untuk kegunaan bersama.11 Teori ini pada dasarnya menolak dan menerima pandangan yang dikemukakan dalam teori Realisme dan Liberalisme, dan menambah beberapa pandangan baru ke dalam teori ini. „International Society‟ menolak pandangan Realis iaitu Negara hanya bergantung pada diri sendiri dan satu-satunya jalan penyelesaian apabila berlaku krisis atau masalah hanyalah melalui peperangan. „International Society‟ ini juga menolak pandangan Liberalis yang mengatakan hubungan antarabangsa hanya sebagai perkembangan komuniti dunia yang sesuai untuk manusia mencapai keamanan yang

9

Viotti., P., R., & Kauppi., M., V., op.cit., hlm. 199. Ibid. hlm. 203. 11 Jackson,R. & Sorensen,G., op. cit., hlm. 143. 10

4|Page

berterusan.12 Menurut Adam Watson(1914-2007) dan Hedley Bull (1932-1985), „international society‟ adalah :

“..group of states (or, more generally, a group of independent political communities) which not merely form a system, in the sense that the behavior of each is a necessary factor in the calculations of the other, but also have established by dialogue and consent common rules and institutions for the conduct of their relations, and recognize their interest in maintaining these arrangements.”13 Bagi pakar teori „International Society‟, hubungan antarabangsa adalah tentang peperangan dan keamanan.14 Hal ini jelas menunjukkan bahawa pakar teori ini hanya menerima pandangan Realis tentang Negara adalah penting dalam hubungan antarabangsa dan turut bersetuju dengan Liberalis bahawa keamanan amat penting untuk dicapai. Teori ini menilai politik sebagai dunia manusia. Hal ini demikian kerana manusia berpotensi untuk mengubah keadaan hidup menjadi lebih baik termasuklah perkembangan dan keamanan yang Liberalis mahukan. Sebaliknya, perkara itu tidak terjamin dan ada banyak halangan seperti yang di kemukakan oleh Realis. Oleh itu, „International Society‟ menolak untuk memilih antara sikap optimis Liberalisme dan sikap pesimis Realisme kerana itulah kelebihan yang ada pada teori ini.15 Secara umumnya, „International Society‟ adalah satu teori yang diperbaharui daripada teori realism dan Liberalisme. Teori ini tidak menolak realism dan Liberalisme secara keseluruhan tetapi ada membuat penambahan supaya teori ini boleh diguna pakai oleh sarjana-sarjana lain dan mewujudkan satu fenomena lain yang lebih berkesan daripada teori-teori sebelumnya. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa, pendekatan Realisme, Liberalisme dan Marxisme sememangnya tidak memadai untuk menganalisis hubungan antarabangsa kini. Hal ini kerana, teori-teori hanya menumpukan skop yang kecil dan sempit serta hanya memfokuskan perkaitan dalam negara berbanding Neo-Realisme, Neo-Liberalisme, Neo-Marxisme dan juga

International Society yang mampu menerangkan situasi antarabangsa dengan lebih jelas dan bersifat global.

12 13 14 15

Jackson., R., & Sorenson., G., op.cit., hlm. 141. Viotti,P.R. & Kauppi,M.V., , op.cit, hlm. 240. Jackson,R. & Sorensen, G., op. cit., hlm. 142. Ibid, hlm. 145.

5|Page

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF