Rancangan Pengajaran Harian (Tema Haiwan Di Air)
July 5, 2018 | Author: Roslawati Mazura Ismail | Category: N/A
Short Description
Download Rancangan Pengajaran Harian (Tema Haiwan Di Air)...
Description
Rancangan Pengajaran Harian SLOT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH Masa : 1 jam, ( 60 minit ) Tema : Alam Hidupan Subtema : Haiwan di Air Bilangan Murid : 25 orang Tunjang Utama : Bahasa dan Komunikasi Standard Pembelajaran: 1) BM 2.2.3 - Bersoaljawab berdasarkan tema,minat dan situasi semasa. 2) BM 3.5 -Membaca perkataan 3) KTI 1.1.5 -Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu. Kesepaduan Tunjang ST13.1.5 -Bekerjasama dengan kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan komputer PS 2.3.5 -Bertanya dengan dengan penuh penuh keyakinan Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: Mengenali enam jenis haiwan di dalam air Mengeja dan membaca nama –nama haiwan dengan betul Memadan dan menulis nama haiwan di air dengan betul Murid dapat mewarnakan gambar ikut kreativiti. Pengetahuan sedia ada murid : Murid sudah biasa melihat hidupan air. Bahan Bantu Mengajar: Slide,paint, ,lembaran kerja Aktiviti Pengayaan : Murid bermain puzzle haiwan di air sebagai aktiviti tambahan Atau pengayaan seperti ketam,ikan,tapak sulaiman dan penyu. LANGKAH 1 SET INDUKSI: 5 minit 1) Murid mendengar lagu berkaitan tema hidupan di air iaitu lagu ikan kekek yang dimuat turun melaui you tube. 2) Murid menyanyikan lagu beramai-ramai. 3) Kaitkan dengan tema pelajaran yang akan dipelajari.
LANGKAH 2 : 15 minit 1) Murid melihat slide haiwan di air yang dipamerkan seperti ikan, siput sotong.ketam,kuda laut,kerang,siput ,udang ,penyu dan tapak sulaiman 2) Murid bersoaljawab mengenai bentuk,rupa ,saiz,warna ,bahagian badan haiwan –haiwan tersebut.contohnya ikan bersisik,ketam berkaki,kerang bercengkerang. 3) Murid menyebut semula haiwan –haiwan yang mereka lihat tadi. LANGKAH 3 : 20 Minit Murid membaca mengeja perkataan nama bagi ikan,ketam,kerang,siput, penyu, kerang,kuda laut dan siput satu persatu Murid mengulang mengeja perkataan yang di tunjukkan seorang demi seorang. Murid membuat dua aktiviti, pertama memadankan gambar dengan perkataan dan menulis nama-nama haiwan melalui lembaran kerja yang di muat turun dan boleh di print.(Guru perlu muat turun terlebih dahulu dan buat salinan ) LANGKAH 4: 15 Minit 1) Murid cuba mewarna gambar haiwan di air mengikut kreativiti melalui perisian painting .Gambar yang di warnakan boleh diprint. 2) Murid mewarna lukisan mengikut kreativiti mereka melalui gambar yang telah di print terlebih dahulu oleh guru. PENUTUP : 5 minit 1) Murid menyatakan semula pelajaran yang telah dipelajari mengenai haiwan di air seperti menamakan semula haiwan dan mengeja nama haiwan. 2) Mempamerkan hasil kerja murid. 3) Murid menyanyikan semula lagu ikan kekek melalui senikata yang tertera.
View more...
Comments