Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tingkatan 2
January 14, 2017 | Author: donut | Category: N/A
Short Description
Download Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tingkatan 2...
Description
SMK BANDAR SERI ALAM, JALAN TASEK 64, 81750 MASAI, JOHOR.
BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 2014 TAJUK :
PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA) ( i – THINK DAN KBAT ) UNIT KURIKULUM DISEDIAKAN OLEH ; FADYANA BINTI MOHD GHANI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 Mata pelajaran Tingkatan Masa Bilangan Pelajar Tahap Pelajar Tema Tajuk Hasil Pembelajaran
: Bahasa Melayu : 2C2 : 60 minit : 33 orang pelajar : Lemah
: KOMSAS : Pantun Empat Kerat (Agama) : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran pelajar akan dapat; i. Mengemukakan maksud puisi. ii. Menjelaskan penggunaan unsur bunyi dan gaya bahasa dalam karya. iii. Memberikan makna kata dan rangkai kata yang sukar difahami berdasarkan konteks. Fokus Utama : 10.5 Aras 1(vi,vii) Menghuraikan maksud, gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi. Fokus Sampingan : 7.2 Aras 1(ii) Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks. Kemahiran Bahasa : Membaca, mendengar dan menulis Sistem Bahasa : Tatabahasa – Kata Kerja : Kosa kata – pusara, belah, berdosa, jahil Pengisian Kurikulum : Ilmu – Agama : Nilai – Patuh kepada perintah agama, insaf akan kesalahan diri : Kemahiran Bernilai Tambah – Kemahiran Berfikir Bahan Bantu : Teks pantun, kertas mahjong, lembaran kerja, keratan kartun Mengajar .
Langkah Pengajaran : PEMERINGKATAN P&P Set Induksi 5 minit
AKTIVITI 1. Guru memperlihatkan beberapa situasi melalui gambargambar kartun. 2. Guru bersoal jawab dengan pelajar berkaitan dengan apa yang dilihat dan mengaitkannya dengan pelajaran pada hari ini. Soalan KBAT : “Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menangani situasi dalam gambar?”
BAHAN BANTU MENGAJAR
Peringkat Awal 10 minit
Peringkat Pertengahan 10 minit
1. Guru memaparkan pantun empat kerat pada kertas mahjong. 2. Guru membimbing pelajar membaca pantun empat karat dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Guru membaca pantun dengan memberi penekanan pada rima setiap baris pantun. 4. Pelajar membaca pantun secara individu dengan sebutan dan intonasi yang betul. 5. Pelajar menggaris rima pada setiap baris. 6. Guru menerangkan gaya bahasa dan unsur bunyi yang terdapat dalam pantun.
1. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dalam setiap kumpulan terdapat 5 orang pelajar. 2. Guru menjelaskan maksud kata kerja. 3. Pelajar diminta berbincang dengan ahli kumpulan untuk mengenal pasti kata kerja yang terdapat dalam pantun. 4. Pelajar melengkapkan peta bulatan yang diberikan. 5. Guru menilai hasil kerja pelajar.
Peringkat Akhir 25 minit
1. Pelajar masih berada di dalam kumpulan. 2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang maksud pantun. Soalan KBAT : “Pada pendapat anda, mengapakah ramai orang yang masih tidak mengikut perintah agama?” 3. Pelajar membuat nota dengan mencatat maksud pantun bagi setiap rangkap. 4. Dalam kumpulan, pelajar diminta membincangkan maksud beberapa kosa kata yang terdapat dalam pantun. 5. Pelajar melengkapkan peta titi dan wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
Pengukuhan dan Rumusan 10 minit
1. Guru membuat rumusan dengan memberi pembetulan pada hasil pembentangan pelajar. 2. Setiap wakil kumpulan memberi satu nilai dan pengajaran daripada pantun. 3. Guru memilih satu hasil kerja terbaik.
Pantun Empat Kerat (Agama) Kemuning daunnya lampai, Tumbuh di pusara paduka tuan, Di atas dunia kau tak sampai, Di dalam syurga bernantian. Halia ini tanam-tanaman, Di barat saja akan tumbuhnya, Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sungguhnya. Teritip di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail, Imam khatib lagikan berdosa, Bertambah pula kita yang jahil. Asam kandis asam gelugur, Ketiga asam si riang-riang, Menangis mayat di pintu kubur. Teringat badan tidak sembahyang. Buat serunai batang padi, Bunyi lagu seri pualam, Serban bukan semuanya haji, Haji terletak pada amalan. Tiada boleh menetak jati, Papan di Jawa dibelah-belah, Tiada boleh kehendak hati, Kita di bawah perintah Allah.
Kenal pasti kata kerja yang terdapat dalam pantun.
Kata Kerja
Apakah perkataan lain yang mempunyai maksud yang sama?
Perkataan Perkataan Seerti
pusara
belah
berdosa
jahil
View more...
Comments