rahsiamemilikirumahidaman

April 13, 2017 | Author: Jasrudin | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download rahsiamemilikirumahidaman...

Description

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Isi Kandungan m/s Kata aluan

3

Kaedah Pelaburan Hartanah

6

1. 2. 3. 4. 5.

Projek Usahasama 50 – 50 Projek Usahasama 30 – 70 Sistem Pawah Sistem Menaikkan Harga Sistem Pinjaman Bank

7 9 11 12 13

Plan Pelaburan Alternatif

15

Sistem Rumah Percuma Lima Tahun

17

Kaedah BBA

21

Kesimpulan

23

Persoalan Yang Timbul & Jawapan

24

Contoh Dokumen

27

2

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pembaca ebook ‘Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang’. Tahniah saya ucapkan anda memberi peluang kepada diri anda untuk memiliki rumah idaman & seterusnya menambahkan lagi kekayaan. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang mana ia mungkin akan dapat digunakan oleh mana-mana individu yang ingin menceburi bidang hartanah tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi. Untuk makluman, saya sendiri pada peringkat awal menceburi bidang hartanah hanya dengan RM3K sahaja, cukup untuk buka fail ubah syarat dan pecah lot sahaja (RM2.5K) dan belanja untuk seminggu (0.5K). Namun orang kata hendak seribu daya , tak nak seribu dalih. Dengan berbekalkan RM3K, saya mencari orang yang hendak jual tanah tapi tak laku-laku (tak dapat jual), mungkin kerana dia nak harga mahal. Bila jumpa orang yang begitu, saya tanya dia, berapa harga nak jual tanah?. Dia cakap RM80K, untuk luas 4.3 ekar. Saya termenung sekejap, lalu saya cakap saya tak ada duit sebanyak tu, kalu nak juga kena buat pinjaman, itu pun makan masa 6 bulan dan belum tentu lulus atau tak kerana tanah pertanian nilai rendah, walaupun nilai RM80K, bank Cuma bagi RM40K sahaja (70% dari Nilai Jualan Paksa). Bila mendengar sedikit penjelasan dari saya, beliau pula temenung, lalu berbincang dengan isterinya. Kemudian saya cakap saya boleh beli tanahnya dengan harga RM100K tetapi saya tak dapat nak bayar sekarang. Bila pakcik tu bertanya mengenai tukar nama tanah, saya memberikan jawapan iaitu beliau tak perlu menukar nama kepada saya, cuma beliau perlu memberi kuasa (PA) kepada saya untuk menguruskan semua hal pecah lot dan jual tanah dan beliau hanya akan terima duit sahaja selepas itu. Pakcik tu pun tersenyum tanda setuju dan selepas itu, saya pun ambil fotostat geran dan pergi jumpa peguam untuk buat surat wakil kuasa (PA), serta jumpa jurukur swasta untuk buat urusan pecah lot, dapat sahaja draf pecah lot, saya terus cari pembeli, saya bagi tawaran yang amat rendah dan pembeli terus setuju kerana harga terlalu murah iaitu RM13K untuk 2 lot banglow, yang mana pada hari ini ia boleh dijual dengan RM70K untuk 2 lot tadi. Dapat duit tu saya bagi RM10K pada pakcik tuan tanah dan RM3K buat urusan kerja tanah.

3

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Begitulah urusan saya menjual tanah tanpa geran dengan harga yang murah kerana duit tak ada, dari RM13K 2lot kepada RM15K 2lot dan RM25K 2 lot dan seterusnya RM15K 1 lot hingga RM19K 1 lot. Bila habis bayar duit harga tanah tersebut, Pakcik tuan tuan tanah tel. saya suruh datang rumah dia dan dia bagi tawaran untuk tanah yang baru. Saya apa lagi terus setuju walaupun saya tahu harga yang ditawarkan itu agak tinggi. Saya buat macam yang dahulu juga, Cuma kali ni saya pusing sikit, di mana saya jual dengan cepat dan dapat duit, sebahagian saya bagi pada dia dan sebahagian lagi saya beli tanah lain dengan harga yang lebih murah, kerana bayar tunai. Pakcik tadi makin pandai, bila ada orang nak jual tanah dia suruh saya bayar sebab duit dia ada dengan saya, kemudian dia jual pada saya dengan untung yang agak lumayan. Begitulah urusan saya dengan Pakcik tuan tanah. Orang kata win-win situation (situasi menang menang). Dengan keuntungan yang begitulah saya mula membeli tanah dengan harga yang agak murah, kemudian buat proses pecah lot dan ubah syarat sambil menjualnya dengan harga 50% lebih rendah dari nilai pasaran. Bila dapat duit saya cari tanah lain pula dan buat perkara yang sama .Hampir kesemua tanah, saya jual sebelum keluar geran. Saya terpaksa buat begitu kerana untuk mendapatkan modal pusingan. Kalau nak tunggu keluar geran dulu baru nak jual, alamak tak berasaplah dapur. Kawan-kawan kata saya buat keputusan tak betul sebab jual tanah dengan harga terlalu murah, saya cakap, “tak apo” sebab dah ada untung cuma tak banyak. Kawan yang kata saya tak betul, akhirnya beli juga tanah dari saya. Untuk makluman kawan-kawan, kalau anda nak main tanah tapi tak guna kaedah ni, anda perlu ada paling kurang RM500K, tu pun baru boleh main kecilkecilan. Dan kalau tak kena cara atau tersilap perkiraan duit tersebut boleh beku bertahun-tahun. Walaupun nampak mudah tapi ia perlu sedikit ilmu. Tapi percayalah, kita adalah apa yang kita fikirkan. Insyaallah dengan sedikit usaha akan dapat merubah hidup anda kearah yang lebih baik dari orang lain, fikirkan boleh dan saya berpegang pada pepatah “biar kecil asalkan besar, jangan biar besar tapi kecil”. Sekarang saya hendak kembangkan kepada perumahan, itupun untuk persiapan anak-anak bila lepas belajar nanti, kerana sekarang ini kerja susah. 4

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Saya berharap dengan perkongsian sedikit ilmu dalam ebook ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan rumah idaman anda tanpa perlu menanggung hutang pinjaman sepanjang hayat.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pensyarah Pegurusan hartanah UITM Perak (Sri Manjong 1990) dan UITM Shah Alam, Puan Kamsiah, Puan Norlela, Tuan Haji Rahman, Puan Ainul Rusmin, Encik Shahrul Zaman dan lain-lain yang banyak membantu saya. Kepada Pensyarah MEDEC, Dr Humam, Dr Zainal, Encik Nik Mustapha dan lain-lain, tak lupa kepada warga UITM Shah Alam tahun 1994-1996 yang telah menjadi pelanggan Vending Machine sewaktu saya belajar berniaga di sana. Seterusnya kepada warga Pejabat Tanah Besut, Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas terutamanya buat Tuan Haji Norazmi, En. Mohd Hafiz, En. Ridhuan, En. Kamarulzaman, Pn. Norazliana dan lain-lain dari PTPM yang banyak membantu saya dalam menjayakan projek eBook ini.Sesungguhnya segala kerjasama dari anda semua saya ucapkan berbanyak terima kasih. Akhir sekali saya ucapkan setinggi penghargaan kepada lebih dari 100 orang pembeli tanah yang pernah membeli tanah saya. Tanpa anda siapalah saya…

Ikhlas, Mohd Khairuddin bin Ibrahim

Telefon atau SMS saya untuk pertanyaan dan penjualan tanah di nombor : 5

0129227784 atau 0199627013

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

KAEDAH PELABURAN HARTANAH Dalam pelaburan hartanah terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan , terutama sekali bagi kita yang mempunyai modal yang terhad, iaitu:-

i)

Projek Usahasama 50:50

ii)

Projek Usahasama 30:70

iii)

Sistem Pawah

iv)

Sistem Naik Harga

v)

Sistem Pinjaman Bank

6

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

i)

PROJEK USAHASAMA 50:50

Untuk yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang hartanah anda boleh menggunakan kaedah Projek Usahasama 50:50. Dalam kaedah ini kita boleh berurusan dengan pemilik tanah yang mempunyai tanah yang sesuai untuk dibangunkan lot-lot kediaman, kita buat perjanjian untuk membeli tanah beliau tapi tidak dibayar terus secara tunai , tapi kita proses tanah tersebut menjadi lot kediaman yang mana ia boleh dijual dengan harga yang agak tinggi berbanding dengan lot asal tanah pertanian. Tanah tersebut boleh dijual terus sebelum keluar geran tetapi harganya agak rendah berbanding dengan yang dah siap geran. Bila tanah tersebut dijual kita hendaklah membayar kepada Tuan Tanah sehingga habis harga tanah yang telah dipesetujui bersama dalam perjanjian. Baki lot yang dikira untung boleh samada dijual terus atau disimpan, Cuma ia perlu ditolak modal dan segala kos yang terlibat, kemudian dibahagikan mengikut peratusan 50:50. Tuan Tanah dapat jual tanah dengan harga yang berpatutan dan dapat untung yang agak tinggi. Manakala pemaju dapat untung bagi lebihan lot yang tinggal yang mana tanpa modal yang banyak kita sudah dapat memajukan tanah bersama dengan Tuan Tanah. Untuk memperjelaskan lagi perjalanan kerja, di bawah ini saya sertakan contoh pengiraan bagi projek yang menggunakan kaedah Projek Usahasama 50:50

PROJEK USAHASAMA 50 : 50 Contoh:A ada tanah 3 ekar B adalah pemaju keluar modal kerja

RM150, 000 RM 75, 000

Contoh Pengiraan:Nilai Pembangunan Kasar (NPK) 3 ekar @ 6 lot perekar =18lot @RM20,000 7

RM360,000

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Tolak i)Harga Tanah

RM150,000

ii)Proses Pindahmilik (1% dari RM150,000) +daftar p/milik)

RM 2,000

iii)Penilaian

RM 1,000

iv)Kos Ubah Syarat dan Pecah Lot (termasuk premium RM2000 perlot)

RM 36,000

v)Pemasaran (Komisen jualan RM1000 perlot)

RM 18,000

vi)Kerja Tanah (Bersih tapak dan buat jalan RM1,000 perlot)

RM 18,000

vii)Kos Luar Jangka 10% (Jumlah ii hingga vi =RM75,000)

RM 7,500

JUMLAH KOS KESELURUHAN

RM232, 500

UNTUNG BERSIH SEBELUM BAHAGI

RM127, 500

Keuntungan Dikira 50: 50

Pelaburan mendapat untung sebanyak RM127,500 dibahagi 50 : 50 = RM63,750 : RM63,750 Pelabur akan mendapat harga jualan tanah pada Nilai Pasaran dan juga Untung Perkongsian dalam tempoh biasanya 24 bulan (2 tahun)

8

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

ii)

PROJEK USAHASAMA 30:70

Projek ini lebih kurang sama dengan projek uasahasama 30:70, ia menggunakan kaedah syer pelaburan yang dijalankan oleh bank iaitu 70% keuntungan adalah milik pemilik saham, manakala 30% dari keuntungan adalah milik bank. Cuma peratus keuntungan dibahagi setelah ditolak semua kos, yang mana segala kos dari sekecil-kecil kos hingga sebesar-besar dikira dan ditolak dari jumlah untung. Bila dapat untung bersih barulah dibahagi mengikut kaedah 30:70. Sebab itulah kita tengok bank atau mana-mana syarikat besar setiap 5 tahun dia buat ubahsuai, yang mana dia dapat jaga imej dia dan juga tak perlu risau kerana kos penyelenggaraan ditanggung bersama dengan pelabur. Siapa yang rugi?

PROJEK USAHASAMA 30 : 70 Contoh:A ada tanah 3 ekar B adalah pemaju keluar modal kerja

RM150, 000 RM 75, 000

Contoh Pengiraan:Nilai Pembangunan Kasar (NPK) -3 ekar @6 lot perekar =18lot @RM20,000

RM360,000

Tolak i)Harga Tanah

RM150,000

ii)Proses Pindahmilik (1% dari RM150,000) +daftar p/milik)

RM 2,000

iii)Penilaian

RM 1,000

9

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

iv)Kos Ubah Syarat dan Pecah Lot (termasuk premium RM2000 perlot)

RM 27,000

v)Pemasaran (Komisen jualan RM1000 perlot)

RM 18,000

vi)Kerja Tanah (Bersih tapak dan buat jalan RM1,000 perlot)

RM 18,000

vii)Kos Luar Jangka 10% (Jumlah ii hingga vi =RM75,000)

RM

7,500

JUMLAH KOS KESELURUHAN

RM232, 500

UNTUNG BERSIH SEBELUM BAHAGI

RM127, 500

KEUNTUNGAN DIKIRA MENGIKUT 30 : 70 DAHULU 30% X RM127,500 = RM38,250 , 70% X RM127,500 = RM89,250 KEMUDIAN DIKIRA IKUT MODAL DIKELUARKAN RM150,000 + RM75,000 RM75,000/RM225,000 x RM89,250

= RM225,000 = RM29,750

PEMAJU DAPAT

RM38,250 + 29,750

= RM68,000

TUAN TANAH DAPAT

RM127,500 - RM68,000` = RM59,500

Kaedah ini dari mata kasar nampak menguntungkan Tuan Tanah tapi setelah dibuat perkiraan baru kita nampak bahawa tuan tanah kurang untung, berbanding dengan kaedah 50:50.

10

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

iii)

SISTEM PAWAH

Sistem ini banyak diamalkan oleh orang yang ingin memajukan tanah mereka tapi tidak ada atau malas hendak keluarkan modal, terdapat 2 kaedah pawah iaitu:a) Pawah Tanah Tuan tanah ada tanah tapi tidak ada modal atau tidak mahu keluarkan modal untuk buat proses pecah lot dan ubah syarat, jadi kita boleh buat perjanjian pawah dengan beliau untuk memajukan tanah beliau dengan syarat tertentu, contohnya tanah 2 ekar dapat 10 lot banglow, 8 lot untuk tuan tanah dan 2 lot untuk pemaju, bergantung kepada lokasi tanah, semakin tinggi nilai tanah semakin kurang peratus syer pemaju. b) Pawah Bangunan Tuan tanah ada tanah tapi tidak ada modal untuk membina bangunan atau rumah di atas tanah tersebut. Kita boleh buat perjanjian pawah di mana, kita proses ubah syarat dan pecah lot kemudian membina rumah kepada tuan tanah dengan syarat-syarat tertentu seperti buat rumah kepada tuan tanah, dimana katakanlah tanah 2 ekar dapat 10 lot banglow, pemaju buat rumah, bila siap 2 buah rumah untuk tuan tanah, dan 8 buah rumah untuk pemaju. Kadang-kadang tuan tanah telah buat proses pecah lot, cuma tidak ada modal untuk membina rumah, kita boleh juga buat system pawah, cuma kita perlu membayar kos proses pecah lot yang telah dibelanjakan atau kita kurangkan syer kita kerana kita telah jimat masa dan wang. Kadang-kadang dalam situasi begini kita boleh bagi syer yang lebih tinggi kepada tuan tanah seperti , 10 banglow, 3 untuk tuan tanah dan 7 untuk pemaju. Dalam sistem ini kita berada dalam zon selesa kerana tidak perlu mengeluarkan modal yang besar, cuma untung kurang sedikit berbanding dengan membeli tanah sendiri. Tetapi bagi saya kaedah (i) ini amat sesuai untuk orang tidak ada modal yang banyak tetapi berminat menceburkan diri dalam bidang hartanah. 11

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Kaedah(ii) sesuai untuk orang yang berminat untuk membina rumah tetapi tidak mahu keluarkan modal untuk membeli tanah, kerana bagi mereka beli tanah perlu modal tunai dan pecah lot makan masa yang lama.

iv)

SISTEM NAIK HARGA

Kaedah ini biasanya saya amalkan bila hendak beli tanah tapi tidak ada modal yang mencukupi, jadi saya cari kawan yang ada modal dan saya suruh dia beli tanah tersebut dan menjualnya kembali kepada saya dengan kaedah beli secara bayaran tertangguh, biasanya saya minta tempoh 6 bulan atau setahun bergantung kepada keperluan. Sebagai contoh kawan saya beli tanah dua ekar dengan harga RM100,000. kemudian beliau menjual tanah tersebut kepada dengan harga RM120,000 bayar dalam tempoh 6 bulan. Satu lagi situasi yang boleh digunakan bila tidak ada duit yang mencukupi ialah, Kaedah Naik Harga yang saya amalkan dalam cerita saya yang lepas, iaitu beli dengan harga yang lebih tinggi dan bayar dalam tempoh tertentu. Dan segala urusan beserta dengan perjanjian yang lengkap bagi memudahkan urusan keduadua belah pihak.

12

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

v)

SISTEM PINJAMAN BANK

Kaedah ini amat sesuai untuk mereka yang berpendapatan tetap dan juga orang yang berniaga yang mana mereka boleh membeli tanah menggunakan pembiayaan dari bank, walaupun mereka tiada wang tunai tapi kemudahan yang mereka ada membolehkan mereka membeli tanah dan juga membolehkan mereka memulakan urusniaga hartanah. Langkah Pertama: Cari tanah yang sesuai untuk dimajukan, seperti tanah lot pertanian yang sesuai untuk dijadikan lot kediaman atau lot perniagaan. Langkah Kedua: Cari penilai berlesen yang menjadi Panel kepada Bank, untuk membuat penilaian untuk diserahkan kepada bank yang hendak kita buat pinjaman , contohnya Azami &Co buat penilaian untuk Bank Islam. Bila kita rasakan harga tanah yang hendak dibeli lebih murah atau berpatutan berbanding dengan Penilaian, maka kita boleh membuat perjanjian dengan tuan tanah untuk membeli tanah tersebut. Langkah Ketiga: Bawa fotostat geran dan salinan kad pengenalan tuan tanah pergi berjumpa Peguam untuk membuat perjanjian jual beli, apa yang penting ialah kita kena maklum kepada tuan tanah bahawa kita beli tanah beliau menggunakan pinjaman dari bank. Dimana kita Cuma boleh bagi pendahuluan sebanyak 10% (jika ada) dan wang baki akan dibayar terus oleh bank kepada Tuan tanah melalui peguam yang dilantik. Langkah Keempat: Selepas semua dokumen telah diserahkan kepada bank, biasanya ia mengambil masa 3 ke 4 bulan untuk bank membayar kepada Tuan tanah. Bila urusan jual beli selesai dan nama telah bertukar kepada pembeli. Maka pembeli hendaklah berjumpa peguam untuk membuat permohonan ubah syarat dan pecah lot keatas tanah tersebut. Langkah Kelima: Apabila bank memberi kebenaran, pembeli hendaklah membawa fotostat geran kepada jurukur untuk membuat proses pecah lot. Jurukur akan membuat plan sepertimana yang diluluskan oleh Perancang Bandar dan Desa.

13

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Langkah Keenam: Setelah plan diluluskan kita boleh menjual tanah tersebut dalam keadaan geran belum siap, dimana harga lebih murah. Hasil dari jualan tanah tersebut boleh digunakan untuk membayar proses pecah lot dan juga kepada bank. Langkah Ketujuh: Apabila proses pecah lot telah siap dan geran telah dikeluarkan, kita boleh membuat penilaian semula dan memyerahkannya kepada bank. Bank akan memegang sebahagian sahaja geran tersebut kerana nilai tanah bangunan biasanya 3 X lebih tinggi dari harga lot pertanian. Sebagai contoh , tanah 4 ekar dapat 20 lot banglow, nilai gadaian 4 ekar tanah ialah RM200,000. manakala bila siap pecah lot, 5 lot banglow sudah mencukupi untuk menjadi cagaran untuk tanah tersebut. 15 lot lagi tanah tersebut dibuat pelepasan gadaian dan boleh dijual dengan harga yang tinggi. Langkah Kelapan: Setelah dapat duit kita boleh menjelaskan hutang kita dengan bank keseluruhan lebih awal dari tempoh matang, yang mana bila ada projek baru kita dengan mudahnya boleh mendapat pinjaman dari pihak bank yang sama berdasar pembayaran yang baik (track record). Silap-silap bank asyik telefon bertanya bila mahu buat pinjaman lagi. Untuk kaedah ini saya menggunakan kaedah 50:50 yang mana tuan tanah untung dan kita pun tak sakit kepala kerana tak perlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan hartanah.

14

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

PLAN PELABURAN ALTERNATIF TERBARU (Pelaburan Rumah Percuma) Setelah menjalankan urusniaga hartanah lebih dari sepuluh tahun, saya dapat mencipta satu kaedah pelaburan yang mana ia membolehkan kita memiliki rumah sendiri tanpa hutang yang lama, di mana kita hanya perlukan masa 6 tahun, berbanding dengan kaedah biasa (pinjaman perumahan) yang memakan masa 25 tahun. Kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang baru kerja dan ditempatkan di tempat yang jauh dan masa yang lama seperti guru semenanjung yang ditempatkan di sabah atau Sarawak di mana ia memakan masa paling kurang 5 tahun baru boleh kembali ke tanah air, itu pun belum boleh balik kampung lagi, jadi bila balik kampung kita sudah ada rumah atau duit yang mencukupi untuk membina rumah tanpa perlu membuat pinjaman kerajaan. Bersama-sama dengan ini saya sertakan satu plan pelaburan hartanah yang boleh sama-sama kita laksanakan sekiranya pihak tuan/puan mempunyai modal atau kemudahan pinjaman peribadi tetapi tidak yakin untuk melakukannya sendiri.

15

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMILIKI RUMAH IDAMAN TANPA HUTANG

16

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

KEHIDUPAN BERMULA DARI RUMAH Rumah adalah satu keperluan dalam kehidupan. Setiap orang memerlukan rumah untuk dijadikan tempat tinggal,samada rumah seendiri atau rumah sewa.Apa yang penting ialah kita memerlukan rumah yang selesa untuk meneruskan kehidupan ini Pada hari ini 1/3 daripada pendapatan bulanan,kita habiskan untuk membayar pinjaman perumahan untuk tempoh 25 hingga 30 tahun dengan kata lain bayar hutang sampai pencen Secara peribadi saya amat kagum dengan orang tua kita dahulu yang mana mereka tidak mana mereka tidak ada pendapatan tetap,hanya berhutang pada aktiviti pertanian dan penternakan tapi mereka boleh membina rumah yang selesa tanpa berhutang dengan mana-mana pihak.. Kita rasa kita hebat tapi sebenarnya mereka lagi hebat,jiwa mereka hebat,perancangan mereka hebat,pengurusan mereka hebat,bahkan minda nereka pun hebat. Sebenarnya kita dapat jadi lagi hebat sekiranya kita menggunakan segala kemudahan hari ini dan digabungkan dengan ilmu pengurusan orang tua kita dalam kehidupan hari ini. Di sini saya ingin berkongsi sedikit cetusan idea yang kalau boleh dikongsi bersama untuk sama-sama kita bebaskan diri kita dari menanggung bebanan hutang rumah sampai tua.

17

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

SKIM RUMAH PERCUMA 6 TAHUN Skim ini sesuai kepada kakitangan kerajaan dan swasta yang layak untuk memohon pinjaman peribadi bernilai RM100,000 seorang atau pasangan suami isteri boleh berkongsi pinjaman RM50.000 seorang. Tempoh pinjaman sebaiknya sepanjang yang boleh untuk mengurangkan bayaran bulanan pada bank contahnya 15 tahun pinjaman dengan bank rakyat atau lain-lain. Kaedah pelabuhan hartanah yang kami gunakan iaiah kaedah maju tanah dimana kami atau pelabur sama-sama akan mencari tanah,biasanya tanah pertanian yang sesuai @ berpotensi untuk dimajukan sebagai lot rumah kediaman. Setelah kaji selidik dilakukan dan kertas kerja potensi projek disiapkan kami akan mengadakan sedikit perbahasan tersebut untuk memastikan ianya berdaya maju atau tidak berpuas hati kami akan menghantar penilai untuk menbuat rasmi bagi menjamin keselamatan modal pelabur.

hantanah dalam terhadap projek ,sekiranya kami penilaian secara

Setelah berpuas hati kami akan mengesyorkan mana-mana pelabur yang berminat untuk melabur dalam projek tersebut ,sekiranya bersetuju pelabur boleh samada hendak memasukkan namanya dalam geran tanah atau menyerahkan urusan tersebut kepada peguam yang dilantik. Setelah pindah milik dilakukan dan proses untuk memajukan tanah tersebut boleh diteruskan dengan memasukkan fail permohonan di majlis daerah dan pejabat tanah. Proses pecah lot memakan masa yang agak lama juga,untuk berada dalam zon selesa kami mengambil tempoh 2 tahun untuk menyelesaikan satu-satu projek. Di bawah ini kami sertakan senarai kos yang terlibat untuk projek tersebut.

18

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Setelah selesai projek pertama kami akan membawa untung dan modal dari projek yang pertama ke projek seterusnya yang mana proses mengenal pasti projek seperti langkah yang pertama tadi.

TERDAPAT 2 KAEDAH A) KAEDAH USAHASAMA 50:50 B) KAEDAH Al-Bai` Bithaman Ajil (BELI SECARA BAYAR TERTANGGUH) KAEDAH USAHASAMA 50:50 CONTOH PENGIRAAN TAHUN PERTAMA DENGAN MODAL RM100, 000.00 KITA BOLEH MENCARI TANAH SELUAS 2 EKAR DIKAWASAN YANG ADA POTENSI. NILAI PEMBANGUNAN KASAR HARGA TANAH RM100, 000.00 2 EKAR @ 12 LOT @ RM23, 000 TOLAK KOS 1)

HARGA TANAH

RM100, 000

2)

KOS PECAH LOT/UBAH SYARAT

RM 24, 000

3)

KERJA TANAH

RM 10, 000

4)

PENGURUSAN

RM 24, 000

5)

PEGUAM

RM 3, 000

6)

PENILAI

RM 3, 000

7)

KOMISEN BROKER

RM 24, 000

19

RM276, 000

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

8)

KOS LUAR JANGKA

JUMLAH KOS

RM 12, 000 `

RM200, 000

KEUNTUNGAN BELUM BAHAGI/ZAKAT RM76, 000 KEUNTUNGAN SELEPAS BAHAGI 50:50 RM38,000 UNTUK PELABUR RM38,000 UNTUK PEMAJU TAHUN KEDUA DENGAN MODAL ASAL RM100,000 DITAMBAH RM68,000 UNTUNG MENJADI RM168,000 DIJADIKAN MODAL UNTUK MEMBELI TANAH 2 EKAR YANG BERHARGA RM168,000 ATAU 3 EKAR RM168,000 MENGIKUT KESESUAIAN PROJEK. NILAI PEMBANGUNAN KASAR HARGA TANAH RM168,000.00 3 EKAR @17 LOT @ 30,000

RM375,000

TOLAK KOS 1)

HARGA TANAH

RM138, 000

2)

KOS PECAH LOT/UBAH SYARAT

RM 30, 000

3)

KERJA TANAH

RM 15, 000

4)

PENGURUSAN

RM 30, 000

5)

PEGUAM

RM 5, 000

6)

PENILAI

RM 4, 000

7)

KOS LUAR JANGKA

RM 15, 000

JUMLAH KOS KEUNTUNGAN BELUM BAHAGI/ZAKAT 20

`

RM237, 000 RM138, 000

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

KEUNTUNGAN SELEPAS BAHAGI 50:50 RM69,000 UNTUK PELABUR RM69,000 UNTUK PEMAJU

TAHUN KETIGA DENGAN MODAL ASAL RM100,000 DITAMBAH RM38 DAN RM69,000 MENJADI RM207,000 DIJADIKAN MODAL UNTUK MEMBELI TANAH 3.5 EKAR MENGIKUT KESESUAIAN PROJEK. NILAI PEMBANGUNAN KASAR HARGA TANAH RM207,000.00 3.5 EKAR @20 LOT @ 28,000 (1 LOT TNB & MAJARI)

RM560,000

TOLAK KOS 1)

HARGA TANAH

RM207, 000

2)

KOS PECAH LOT/UBAH SYARAT

RM 40, 000

3)

KERJA TANAH

RM 20, 000

4)

PENGURUSAN

RM 40, 000

5)

PEGUAM

RM 7, 000

6)

PENILAI

RM 5, 000

7)

KOS LUAR JANGKA

RM 20, 000

JUMLAH KOS

`

KEUNTUNGAN BELUM BAHAGI/ZAKAT

KEUNTUNGAN SELEPAS BAHAGI 50:50 RM110,500 RM110,500 UNTUK PEMAJU 21

RM339, 000 RM221, 000

UNTUK PELABUR

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

PENGIRAAN UNTUNG PELABUR 2 TAHUN PERTAMA

RM38,000

2 TAHUN KEDUA

RM69,000

2 TAHUN KETIGA

RM110,500

JUMLAH

RM217,500

JUMLAH UNTUNG RM217,500 (DAPAT SEBUAH RUMAH 1800KP) (MENGGUNAKAN KADAR RM120.00 SKP-HARGA KONTRAK OLEH PEMAJU) INI ADALAH CONTAH BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA MELAKUKAN PROJEK MAJU TANAH YANG LEPAS. LEBIHAN 1 TAHUN (5-4) DIGUNAKAN UNTUK PEMASARAN DAN LUAR JANGKA BAGI MEMASTIKAN PEMAJU DAN PELABUR BERADA DALAM ZON SELESA. MAKLUMAN Kaedah ini tidak sama dengan kaedah AL-BAI BITHAMAN AJIL,kerana keuntungannya mengikut sistem mudharabah iaitu keuntungan tidak tetap,tetapibergantung kepada keuntungan projek tersebut. Kaedah ini sesuai untuk mana-mana individu atau saudara mara yang ada tanah yang berpotensi tapi mahu dijual dengan harga mahal.Untungnya dapat jual dengan hanga mahal dan dapat untung 50% lagi dari keuntungan projek dengan kata lain 2 kali untung.

22

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

KAEDAH Al-Bai` Bithaman Ajil (BELI SECARA BAYARAN TERTANGGUH) PELABURAN RUMAH PERCUMA 6 TAHUN @ PELABURAN LOT BANGLOW PERCUMA 2 TAHUN Kaedah in sesuai untuk mana-mana kakitangan kerajaan dan swasta yang ada kemudahan untuk membuat pinjaman peribadi tetapi tidak tahu hendak buat apa dengan kemudahan tersebut.Terutaman sekali yang mengajar di sabah atau serawak atau mana-mana negeri yang memakan masa 5 ke 6 tahun untuk pulang ke tanah air. Kami mencadangkan satu plan pelaburan hartanah untuk dikongsi bersama bagi menbolehkan pelabur yang menyertai program ini dapat memiliki sebuah rumah secara percuma untuk tempoh 6 tahun@lotbanglow percuma 2 tahun. Seperti yang kita tahu pada masa kini kita terpaksa berhutang selama 25 tahun untuk menghabiskan bayaran rumah,dengan kaedah ini insyaallah kita dapat memiliki rumah bebas hutang dalam tempoh 6 tahun. Kita cuma perlu tahan diri membeli kereka yang mahal dalam tempoh 6 tahun bagi menyelamatkan bebanan hutang rumah selama 25 tahun. Pelabur menbeli tanah dari kami atau mana-mana secara tunai kemudian kami membeli balik secara bayaran tertangguh (AL-BAI BITHAMAN AJIL)dengan keuntungan 40%setiap 2 tahun. Semua urusan dokumentasi dibuat oleh peguam yang dilantik

23

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

CONTOH CARA PENGIRAAN TAHUN 2 TAHUN PERTAMA 2 TAHUN KEDUA 2 TAHUN KETIGA

MODAL RM 100,000

PERATUS % 40%

JUMLAH RM 140,000

140,000

40%

196,000

196,000

40%

274,400

JUMLAH TERKUMPUL SELEPAS 6 TAHUN TOLAK MODAL JUMLAH KEUNTUNGAN

JUMLAH TERKUMPUL

274,400

= RM274,400 RM100,000 = RM174,400

DENGAN RM174,400 KITA SUDAH DAPAT MEMBINA RUMAH BANGLOW DENGAN KELUASAN 1500KPS (4 bilik tidur 3 bilik air)

24

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Kesimpulan Ingatlah bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan, renungkan, Insyaallah dengan berfikir sejenak dapat membebaskan kita dari belenggu hutang untuk 20 tahun tanpa menjejaskan kehidupan harian kita. Alangkah nikmatnya memiliki rumah tanpa hutang, apa gunanya hidup dalam rumah yang besar bak istana tapi terpaksa menanggung hutang sampai mati. Apa gunanya orang nampak kita senang tapi sebenarnya kita tertekan dengan hutang yang membelenggu kehidupan kita Berikanlah hak anda untuk menikmati kehidupan ini tanpa hutang. Kebebasan abadi hari ini adalah bebas dari hutang.

Dengan sedikit perkongsian ilmu serta penerangan mengenai planplan pelaburan tanah dalam ebook ini, diharap dapat membuka minda Tuan/Puan untuk sama-sama kita membebaskan diri dari menanggung hutang pinjaman sepanjang hayat demi mendapatkan sebuah rumah idaman.

Sekiranya Tuan/puan berminat dengan plan pelaburan yang saya cadangkan, Tuan/puan boleh berhubung terus dengan saya untuk membuat temujanji bagi mendapat maklumat lanjut dari saya sendiri. Diharapkan Tuan/puan dapat baca dan fahami betul-betul apa yang saya tulis dalam ebook ini. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman saya sendiri dan saya tidak bertanggungjawab sekiranya Tuan/puan mengalami kerugian dalam melaksanakan pelaburan hartanah sendiri. Sekian, terima kasih.

25

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

PERSOALAN YANG TIMBUL 1) ADAKAH KAEDAH INI DIBENARKAN OLEH BANK NEGARA? J:

Yang bank negara larang ialah memungut deposit,kita tidak mengamalkan pengambilan deposit tapi kita menbeli,memajukan dan menjual tanah.

2) BAGAIMANA HENDAK PASTIKAN BAHAWA WANG YANG DILABURKAN TERJAMIN SELAMAT? J:

Wang yang dilaburkan digunakan untuk membeli tanah,yang mana tanah tersbut boleh dimasukkan nama pelabur sekiranya mahu atau kita buat surat wakil kuasa bagi mengurangkan bebanan CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH (CKHT)

3) BAGAIMANA SEKIRANYA TANAH TERSEBUT TIDAK DAPAT DIJUAL? J:

26

Kita akan memastikan lokasi tersebut berdaya maju ,yang mana kita akan mendapatkan khidmat penilai berdaftar untuk membuat penilaian terhadap tanah tersebut,dimana penilai akan menbuat penilaian nilai pasaran setelah selesai pecah lot.Jadi tidaak timbul masalah tidak dapat dijual kerana kita akan pastikan harga yang dijual dibawah harga pasaran.

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

4) KENAPA PEMAJU MENCIPTA SKIM INI ? KENAPA TIDAK BUAT PINJAMAN BANK SENDIRI UNTUK MEMBELI TANAH, KERANA ITU LEBIH MENGUNTUNGKAN PEMAJU? J:

Pemaju bukan tidak boleh pinjam dari bank untuk membeli tanah ,tetapi pemaju ingin berkongsi keuntungan dan maklumat yang mana pelabur akan dapat untung dan pemaju akan dapat ramai kenalan yang sama-sama akan memberi maklumat tentang tanah dari pelbagai tempat dan juga secara tidak langsung akan mempromosikan tanah tersebut kepada kawan-kawan.

5) BAGAIMANA KALAU KAMI AMBIL KAEDAH INI DAN BUAT SENDIRI TANPA PEMAJU? LAGI BANYAK UNTUNGNYA J:

Kami alu-alukan kepada sesiapa yang hendak melaksanakan sendiri sistem ini,cuma kena pastikan ianya betul-betul menguntungkan tetapi kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya anda mengalami kerugian,kerana apa yang anda laburkan di luar kawalan kami.

6) BAGAIMANA PEMAJU BOLEH PASTIKAN SISTEM INI DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR? J:

Kami telah mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang ini,kami juga mempunyai kumpulan sokongan profesional seperti penilai,peguan dan jurukur yang dilantik khas untuk mengendalikan sistem ini

7) ADAKAH PEMAJU AKAN MEMBINA SENDIRI RUMAH TERSEBUT? J:

Itu terpulang kepada pelabur samada melantik kita untuk membina rumah tersebut atau mencari kontraktor sendiri atau membina sendiri.Bila ada duit semua jadi.

8) ADAKAH SISTEM INI TERHAD KEPADA ANAK KELANTAN SAHAJA? J:

27

Sesiapapun boleh menyertai sistem ini,tidak kira dari negeri mana, cuma apa yang penting ialah niat untuk memiliki rumah tanpa hutang.

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

9) BAGAIMANA JIKA BUKAN ANAK KELANTAN MAHU MEMBELI TANAH DI NEGERI KELANTAN? J:

28

Sistem ini bukan sahaja dijalankan di negeri kelantan sahaja tetapi ianya boleh dijalankan di seluruh negara.Tapi kalau bukan anak kelantan ,kita boleh uruskan melalui pakej “PERKONGSIAN PINTAR”.

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

TANAH UNTUK DIJUAL HUBUNGI 0129227784 / 0199627013 UNTUK PERTANYAAN

29

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

18 Lot Banglo Untuk Dijual di Pasir Mas Lokasi : 1.5 kilometer dari Perumahan SL Panglima Harga : RM25,000 satu lot (boleh runding) Status : Geran siap

30

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

27 Lot Banglo Untuk Dijual di Kampung Pusu 40 Lokasi : 4 kilometer dari bandar Pasir Mas Harga : RM30,000 satu lot (boleh runding) Status : Geran dijangka siap pada bulan Mac

31

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Bahagian bertanda X sudah terjual

13 Lot Banglo Untuk Dijual di Tepi Lebuhraya Pasir Mas – R.Panjang

Lokasi : 1.5 kilometer dari bandar baru Lubok Jong Harga : RM58,000 satu lot (boleh runding) Status : Geran siap

32

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

17 Lot Banglo Untuk Dijual di Pasir Mas

Lokasi : Lubok Kawah Harga : RM58,000 satu lot (boleh runding) Status : Geran siap

HUBUNGI 0129227784 / 0199627013 UNTUK PERTANYAAN

33

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

34

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF