December 1, 2017 | Author: Nikman Jahidin | Category: N/A
Pengurusan PRS
BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH MALAYSIA
“Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain”
1
Pengurusan PRS
Isi Kandungan • • • •
•
•
Kata Alu–aluan Menteri Pelajaran Malaysia. Kata Alu–aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian 1: Pengenalan o Pengenalan o Sejarah perkembangan o Prinsip perkhidmatan o Definisi o Rasional o Falsafah o Visi o Misi o Matlamat o Objektif o Etika o Ikrar o Senarai tugas PRS Bahagian 2: Pengurusan PRS o Carta Aliran Pengurusan PRS o Kertas Cadangan Penubuhan. o Pelan Tindakan Penubuhan. o Contoh Borang Pemohonan o Contoh Borang Cadangan Keahlian o Contoh Borang Tawaran o Surat Makluman Keahlian o Surat Kebenaran Ibu bapa o Surat Panggilan Kursus.
Bahagian 3 : Pengendalian Kursus PRS o Contoh Kertas Cadangan Penubuhan PRS o Lantikan Jawatankuasa o Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kursus o Carta Aliran Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kursus o Surat Jemputan Penceramah o Mengendalikan Temuduga, Ujian Lisan dan Ujian Bertulis o Cadangan Modul Latihan Asas PRS •
Bahagian 4: o Carta Aliran Pentauliahan PRS
2
Pengurusan PRS o Kertas Cadangan Aturcara Majlis Pentauliahan PRS. o Contoh Sijil Lulus Peperiksaan o Contoh Sijil Pentauliahan •
Bahagian 5: Latihan Lanjutan
•
Bahagian 6: Pemantauan o Faedah Pemantauan o Cara Pemantauan
•
Bahagian 7: Projek PRS
•
Bahagian 8: Pengurusan Buku Log PRS o Contoh Borang Analisa Bimbingan PRS Mengikut Bulan. o Contoh Borang Analisa Bimbingan PRS Mengikut Tahun o Contoh Borang Rekod Penghantaran Buku Log PRS Mengikut Bulan. o Contoh Borang Rekod Penghantaran Buku Log PRS Mengikut Tahun. o Contoh Buku Log.
•
Bahagian 9: Jawatankuasa PRS
•
Bahagian 10: Rancangan Tahunan PRS
•
Bahagian 11: Lagu PRS
•
Bahagian 12: Ujian Pra dan Pos
•
Bahagian 13: Carta Aliran o Penubuhan PRS sekolah o Kursus / Latihan PRS
3
Pengurusan PRS
Kata Alu–aluan Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam masa kita giat meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar dalam membentuk masa hadapan negara ini. Oleh yang demikian, mereka perlu dididik dan dibimbing bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani,emosi dan jasmani seperti yang diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha ke arah ini melalui beberapa program bimbingan yang terancang. Proses pendidikan di sekolah rendah dan menengah bukan hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik tetapi juga ko-kurikulum yang mampu mencungkil potensi pelajar dan juga perkembangan sahsiah pelajar. Perkembangan kanak-kanak dan juga remaja sering dipengaruhi oleh rakan sebaya.Di sinilah letaknya keperluan remaja sebagai pembimbing rakan sebaya yang mempunyai pengaruh positif terhadap rakannya.Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha membantu pelajar melalui Program Pembimbing Rakan Sebaya yang memberi pelbagai kemahiran melalui latihan yang melibatkan pelbagai peringkat umur agar mereka dapat mempengaruhi rakan mereka ke arah yang diingini. Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia ini dihasilkan sebagai panduan guru-guru melaksanakan program ini dengan berkesan melalui perancangan yang sistematik agar pelajar yang dilatih dapat menjadi pemimpin yang dicontohi keperibadiannya. Saya berharap buku ini dapat memudahkan pengurusan guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penulisan Buku Panduan Pengurusan Rakan Sebaya kerana telah menghasilkan buku ini.
4
Pengurusan PRS
Kata Alu–aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang pendidikan adalah amat luas. Dengan itu, kita perlu mendidik pelajarpelajar agar menjadi orang dewasa yang berguna kepada diri, masyarakat dan negara. Pelajar harus diasuh dengan sifat pendidikan yang luas,supaya tercapai apa yang dirancangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha membantu guru-guru memberi pendidikan dan pelajaran kepada pelajar. Ini bertujuan memastikan proses pendidikan itu berjalan lancar dan matlamatnya tercapai dengan berkesan. Kelahiran buku panduan ini yang telah disusun dengan padat sebagai satu usaha untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling dan juga Guru Penasihat PRS untuk memulakan perancangan program, seterusnya melaksanakan program-program yang telah dirancang. Apabila perancangan telah dijalankan dengan baik,maka kesan yang diharapkan juga sudah tentu akan membawa kesan yang positif. Diharapkan dengan terhasilnya buku panduan ini, Pelbagai program peningkatan perkembangan diri dan disiplin pelajar di sekolah dapat dilaksanakan dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum. Buku ini bukan sahaja amat berfaedah kepada guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan khidmat bimbingan ini malah dapat mengatasi ketandusan dokumen penting dalam bidang ini. Matlamat Program Pembimbing Rakan Sebaya iaitu membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar itu sendiri menunjukkan nilainilai murni yang harus dicontohi oleh generasi kini yang semakin ketandusan penghayatan nilai-nilai murni. Semoga para pelajar dapat menjadi insan yang penyayang dan bertanggungjawab. Saya turut merakamkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap anggota yang berusaha gigih untuk menghasilkan buku ini. Semoga kita memperoleh kejayaan jua.
5
Pengurusan PRS
Kata Alu–aluan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan,termasuk usaha melatih pelajar untuk menjadi pemimpin kepada diri mereka dan pelajar lain di sekolah yang sama, merupakan satu langkah yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Dengan usaha yang dijalankan dengan teracang oleh guru bimbingan dan kaunseling terhadap sebilangan pelajar yang berpotensi menjadi pemimpin, pelajar berkenaan akan dapat memajukan diri dan rakanrakan sekolah mereka yang lain. Ini sedikit sebanyak akan dapat menyumbangkan kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan akademik pelajar tersebut. Melalui program Pembimbing Rakan Sebaya ,diharap pihak sekolah akan dapat menggalakkan budaya kasih mesra dan saling mengambil berat di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa. Sehubungan itu, penerbitan buku panduan ini akan memudahkan guru penasihat PRS khususnya melaksanakan program PRS di sekolah secara sistematik dan berkesan. Buku panduan ini yang memuatkan pelbagai maklumat pengurusan PRS dan disusun mengikut kesesuaian perlaksanaannya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya berharap buku panduan ini akan digunakan sebaik-baiknya supaya khidmat Pembimbing Rakan Sebaya akan dapat membantu mengurangkan masalah displin dan mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dikalangan remaja kini.Dengan bermatlamatkan “Membantu Diri Untuk Berupaya Membantu Orang Lain” sudah pasti mampu menjadikan PRS di sekolah sebagai golongan yang harus dicontohi dalam membimbing diri sendiri dan rakan sebaya. Saya mengucapkan tahniah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penulisan buku panduan ini. Terima kasih.
6
Pengurusan PRS
BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA BAHAGIAN 1: PENGENALAN 1.0.
PENGENALAN Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingga tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.
2.0.
SEJARAH PERKEMBANGAN 2.1.
2.2.
2.3.
2.4.
Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang Jaya, SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan Februari 1986 hingga bulan November 1986. Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB sekarang), Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor, yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi. Rentetan daripada laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah. IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.
7
Pengurusan PRS 2.5.
2.6.
2.7.
Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan. Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni AlMarhum Sultan Abu Bakar dalam majlis Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988. Jabatan Pelajaran Negeri telah giat memperkembangkan konsep ini dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus Teragih di peringkat negeri masing-masing. 2.7.1 Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan. 2.7.2 Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu • Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS • Teknik tafsiran keperluan • Teknik-teknik latihan. • Teknik penilaian program • Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik. • PRS dari perspektif Islam 2.7.3 Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul telah diadakan di IAB.
3.0.
PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 3.1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
8
Pengurusan PRS 3.2.
4.0.
Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
DEFINISI Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakanrakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
5.0.
RASIONAL Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 5.1. 5.2. 5.3. 5.4.
6.0.
Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah. Bertambah masalah salahlaku di kalangan pelajar. Pelajar memerlukan bimbingan dan perhatian PRS sebagai khidmat sokongan. Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan ke arah perlakuan positif. Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.
FALSAFAH “BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN” PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.
9
perlakuan,
Pengurusan PRS
7.0.
VISI Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
8.0.
MISI Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
9.0.
MATLAMAT 9.1. 9.2. 9.3. 9.4.
Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.
10.0. OBJEKTIF 10.1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi. 10.2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS. 10.3. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain. 10.4. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 11.0. ETIKA PRS PRS perlu patuh kepada etika berikut: 11.1. 11.2. 11.3. 11.4. 11.5.
Amanah dan menyimpan rahsia. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain. Tahu batasan dan keupayaan diri. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
10
Pengurusan PRS 11.6. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
12.0
IKRAR PRS Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____. 12.1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan. 12.2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya. 12.3. Berusaha menjadi pelajar contoh. 12.4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri. 12.5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. 12.6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.
13.0
SENARAI TUGAS PRS 13.1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. 13.2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 13.3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. 13.4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukkan jika perlu. 13.5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu. 13.6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain. 13.7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati. 13.8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. 13.9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. 13.10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif. 13.11. Mematuhi etika kerahsiaan. 13.12. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi. 13.13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal. 13.14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
11
Pengurusan PRS mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya. 13.15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. 13.16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu. BAHAGIAN 2: PENGURUSAN
3.0
Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolahsekolah Malaysia
3.1
Carta Aliran Pengurusan PRS Kajian Tindakan Penyediaan Kertas Cadangan Penubuhan Perbincangan dengan Pengetua Taklimat kepada semua guru Hebahan/Publisiti/Iklan Borang Permohonan Keahlian & Borang Cadangan Proses Borang Permohonan Temuduga Surat Tawaran/Surat Makluman kepada Ibu Bapa Surat Panggilan Kursus
12
Pengurusan PRS
3.2 1.0
Kertas Cadangan Penubuhan PRS Pendahuluan Keperluan PRS di sekolah berlandaskan latar belakang masalah di sekolah/ rasional penubuhan.
1.1
Matlamat Penubuhan PRS
1.2
Objektif
1.3
Sasaran
1.4
Tempoh
1.5
Ahli Jawatankuasa
1.6
Proses: 1.6.1 Pelan Tindakan Penubuhan PRS (Rujuk Lampiran 1)
1.7
Penutup
1.8
Lampiran 1.8.1 Contoh Borang 1.8.1.1
Borang Permohonan
1.8.1.2 Borang Cadangan 1.8.2
Surat 1.8.2.1 Surat Panggilan Temuduga 1.8.2.2 Surat Tawaran 1.8.2.3
Surat Makluman kepada Ibu/Bapa/Guru
Tingkatan 1.8.2.4 Surat Persetujuan Ibu/Bapa/Penjaga 1.8.2.5 Surat Panggilan Kursus Asas PRS
13
Pengurusan PRS 1.8.2.6 Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (rujuk surat kebenaran ibu bapa/penjaga di sekolah masingmasing)
14
Pengurusan PRS LAMPIRAN 1 1.6.1 Pelan Tindakan Penubuhan PRS Bi
Perkara
Jan
l. 1.
Publisiti / Taklimat Guru
2.
Keluarkan borang Permohonan & borang
3.
cadangan. Proses Borang Permohonan
4.
Temuduga
5.
Surat makluman kepada ibu bapa/guru
6.
tingkatan/surat tawaran kepada pelajar Surat Panggilan Kursus
7.
Kursus Asas PRS
8.
PRAKTIKAL
Feb
Mac
Apri l
/
Percubaan/Ujian
(Lisan&Bertulis) 9.
Kursus Lanjutan
10
Perlantikan Rasmi
. 11
Calon-calon PRS yang gagal kursus perlu
.
ulang tahap
7 (Kursus Asas ) dan
seterusnya
15
Mei
Jun
Julai
Ogo
Sep
s
t
Okt
Catatan
Pengurusan PRS Borang PRS 1.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :………………………
BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Nama :………………………………………………….. ………………………
Ting. :
Jantina ……………………
: …………………………..
Kaum :
No. K/P ……………………
: …………………………………………………. No. S.B
Tatikh Lahir: …………………………………………………. Tempat ………………
: Lahir:
Alamat : ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………… Sebab anda berminat untuk menjadi PRS : ……………………………………….potong ………………………………………………………………
di
sini BOR
ANG PRS 1.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK/SK ............................................................. Ruj. Kami : Bil. ( 07 Tarikh : ______
) dlm. SMK ……./02/02/006
JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut : Tarikh : ……………………………… Tempat : ………………………………. Masa : ………………………………. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 16
Pengurusan PRS Saya Yang Menjalankan Tugas, ………………………………………… ( Kaunselor Pelajar/Guru Bimbingan SMK / SK
)
Borang PRS 2.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :………………………
BORANG CADANGAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Pengetua, SMK / SK ___________________ (U.P. Penasihat UBK) Tuan/Puan, Cadangan Calon Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Berikut dikemukakan calon-calon PRS Tahun _______________ Bil.
Nama
Jant .
Ting .
No. KP
* Kriteria Pencalonan
Ciri –ciri calon PRS : 1 .Suka menolong
2.
Bertanggungjawab
3.
5.
Mudah diterima oleh rakan sebaya
Peramah & mudah
mesra 4. Boleh dipercayai Sekian, terima kasih. Tanda tangan ………………………………….
Tarikh : ………………………
Guru Kelas / Guru tingkatan
……………………………………………………potong ………………………………………………… Borang PRS 1.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK/SK ……………………… Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh : __________________
17
di
sini
Pengurusan PRS JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut : Tarikh Tempat : Masa Sekian, terima kasih.
: ……………………………… ………………………………. : ……………………………….
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
………………………………………… ( ) Kaunselor Pelajar /Guru Bimbingan Borang PRS 2.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :………………………
BORANG TAWARAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
(PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh : __________________________
Kepada: ………………………………………………… Ting. ……………………………
Saudara /Saudari, TAWARAN MENJADI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN …………………… Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun ………………. di sekolah ini. 2. Diharap saudara/saudari perkhidmatan yang cemerlang.
dapat
memberi
komitmen
dan
3. Saudara/saudari juga dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS yang akan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih. 18
Pengurusan PRS
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menjalankan Tugas , ………………………………………… ( ) Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan SMK /.SK
Borang PRS 2.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :………………………
SURAT MAKLUMAN KEAHLIAN KEPADA IBU/BAPA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Ruj. Kami Tarikh
: Bil. ( :
) dlm. SMK BBST/02/02/006
Kepada: Ibu Bapa/Penjaga/Guru Tingkatan Tuan/Puan MAKLUMAN TAWARAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) ………………. Nama Pelajar : ____________________________________________ No. K.P. : ______________________________ Kelas/Ting. : ______________________________
TAHUN
Sukacita dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan/pelajar tuan/puan telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah ini. Syabas dan tahniah diucapkan. 2. Sehubungan dengan itu, pelajar tersebut dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS dan dikehendaki lulus kursus-kursus yang akan diadakan dari semasa ke semasa. 3.
Sokongan dan komitmen daripada tuan/puan amatlah diharapkan .
19
Pengurusan PRS
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menjalankan Tugas , ………………………………………… ( ) Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan SMK /.SK
Borang PRS 2.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :………………………
SURAT JAWAPAN PENERIMAAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Ruj. Kami Tarikh
: Bil. ( :
(PRS)
) dlm. SMK BBST/02/02/006
…………………………………………………….. (Nama ibu/bapa/penjaga) Alamat : …………………………………………. Kepada :
Pengetua, SMK / SK ___________________ (U.P. Penasihat UBK) Tuan/Puan,
20
Pengurusan PRS SURAT JAWAPAN TAWARAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN ………………. Bahawasanya saya, ……………………………………………………….. bersetuju bersetuju
anak/jagaan
saya
…………………………………………………………..
yang
/tidak
bernama tingkatan/kelas
…………………………………………….. menjadi Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun ……………………………………
Sekian, terima kasih. Saya Yang Benar, ………………………………………… ( Nama Ibu/Bapa/Penjaga
)
Borang PRS 2.5 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :………………………
SURAT PANGGILAN KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Ruj. Kami Tarikh
: Bil. ( :
) dlm. SMK BBST/02/02/006
Kepada: Saudara / Saudari, Nama Ting.
: …………………………………………………. : ……………………………………
Saudara / Saudari,
21
Pengurusan PRS KURSUS ASAS PRS TAHUN ……………………………….. Adalah dimaklumkan bahawa saudara /saudari diminta menghadiri kursus di atas seperti ketetapan berikut : Tarikh Tempat Masa
: : :
……………………………… ………………………………. ……………………………….
2. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Kaunselor / Guru Bimbingan Sekolah anda di talian : …………………………………….
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menjalankan Tugas , ………………………………………… ( ) Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan SMK /.SK
BAHAGIAN 3: PENGENDALIAN KURSUS PRS. 3.1
CONTOH KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PRS
1.0 RASIONAL Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 2.0 MATLAMAT
22
Pengurusan PRS Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.
3.0 OBJEKTIF 3.1
Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.
3.2
Memahami
dan
menguasai
teknik-teknik
asas
dalam
kemahiran
kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan. 3.3
Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.
3.4
Membina
strategi
bagaimana
meningkatkan
kelebihan
diri
dan
mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif. 3.5
Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
3.6
Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.
4.0 KUMPULAN SASAR Pelajar yang berminat: Kumpulan Perintis - Tingkatan 1 dan 2 seramai 40 orang pelajar lelaki dan
perempuan di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing. 5.0 INPUT KURSUS Merujuk kepada Modul Latihan Asas PRS Kementerian Pendidikan Malaysia 1992. 6.0 JANGKA MASA KURSUS Masa tidak kurang daripada 15 jam 23
Pengurusan PRS ( Satu sesi 2 jam x 3 kali seminggu ) 7.0 SUMBER KEWANGAN 7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling 7.2 Sumbangan pelajar yang dilantik sebagai PRS 7.3 Derma PIBG 7.4 Derma masyarakat 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat dalaman sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Oleh yang demikian, hanya keperluan untuk membeli peralatan tulis sahaja yang diperlukan: Kertas Sebak
=
10 x 50 sen = RM 5.00
Kad manila
=
10 x 60 sen = RM 6.00
Kertas warna
=
5 x 80 sen
= RM 4.00
Pen Marker ( Merah, Hitam, Biru ) =6 x RM 2.50
= RM 15.00
Jumlah = RM 30.00 9.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS ) Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut: LANGKAH 1 Kaedah 1 Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS baru. Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu ( 7 hari ) dari tarikh iklan. Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kaedah 2
24
Pengurusan PRS Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan mencatatkan nama pelajar lain yang mereka merasa selesa untuk berbincang tentang sebarang masalah / persoalan. Kaedah 3
Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap sesuai dilantik sebagai PRS. LANGKAH 2 Kaedah 1
Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru Kaunseling akan membuat satu pemberitahuan tentang tarikh, masa, dan tempat untuk calon-calon PRS mengikuti ujian personaliti. ATAU Kaedah 2
Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu sesi temuduga akan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak dilantik sebagai PRS. Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan dimaklumkan. CONTOH RISALAH / IKLAN PRS PROGRAM LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)? Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka
yang
memerlukan
pertolongan
di
dalam
mengendalikan
masalah.
Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat 25
Pengurusan PRS dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness). Adakah anda masih berminat mengikuti latihan ini? Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah:
seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang
lain.
mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat, dan
boleh dipercayai.
mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah,
dan juga orang dewasa. Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya? Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan. Membantu Guru Kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling. Membantu pelajar baru dalam masa orientasi. Memimpin kumpulan perbincangan. Membantu Guru Kaunseling dalam kaunseling kelompok. Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam satu-satu mata
pelajaran. Menjadi sebagai contoh / model. Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari
segi moral dan material. Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.
Masihkah anda berminat? Jika masih berminat, isikan borang permohonan yang boleh didapati daripada Guru Kaunseling di Bilik Kaunseling sama ada: Anda sendiri berminat untuk memohon menjadi ahli PRS ; atau
26
Pengurusan PRS Anda ingin mencadangkan nama rakan anda yang anda tahu dia berminat
dan berpotensi untuk menjadi ahli PRS. Pemilihan akan dibuat sedikit masa lagi. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam kotak berwarna merah yang diletakkan di pintu Bilik Bimbingan & Kaunseling.
Disediakan oleh:
Tarikh :
……………………………………. (
)
Guru Kaunseling / Guru Bimbingan
CONTOH BORANG CADANG NAMA PRS UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 4 SUBANG JAYA
CADANGAN PESERTA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )
Saya ingin mencadangkan _________________________________________
27
Pengurusan PRS dari Tingkatan
_________________________
menjadi peserta dalam projek Latihan
Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya. Pelajar ini saya dapati layak untuk menjadi seorang PRS kerana :
1. __________________________________________________________ 2. __________________________________________________________ 3. __________________________________________________________ 4. __________________________________________________________ 5. __________________________________________________________
Nama *Guru / Pelajar yang mencalonkan nama:
Tarikh : …………………………..
……………………………………………………… Tingkatan : ……………………………………….
* Potong yang tidak berkenaan
3.2
LANTIKAN JAWATANKUASA
3.2.1 Jawatankuasa Induk Penasihat
: Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
: GPK HEM
Naib Pengerusi
: Penyelia Petang
Setiausaha
: Guru Kaunseling / Guru Bimbingan
Penolong Setiausaha
: Guru Kaunseling / Guru Bimbingan
Bendahari
: Bendahari PIBG
AJK
: Penyelaras Tingkatan 1 – 5 / Penyelaras Darjah 4 – 6 28
Pengurusan PRS Guru Disiplin Guru Pendidikan Islam / Guru Pendidikan Moral 3.2.2 Jawatankuasa Pelaksana Kursus Contoh : Penasihat : Pengerusi : Naib Pengerusi: Setiausaha : Naib Setiausaha: Bendahari : AJK :
3.3
Pengetua/ Guru Besar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penyelia Petang Guru Kaunseling SM / Guru Bimbingan SR/ Guru Penasihat PRS Guru Kaunseling/ Guru Bimbingan Bendahari PIBG i) Penyelaras Tingkatan 1-5 ii) Guru disiplin iii) Guru Agama / Pendidikan Moral
MESYUARAT JK PELAKSANA KURSUS i)
Berbincang dengan GPK HEM dan usul kertas cadangan.
ii)
Mendapatkan kelulusan
iii)
Tetapkan tarikh mesyuarat dan tentukan agenda dan tempahan bilik mesyuarat
iv)
Keluarkan surat panggilan mesyuarat
v)
Menjalankan mesyuarat
vi)
Menyediakan minit mesyuarat yang juga terkandung senarai tugas Jawatankuasa
vii) 3.4
Maklumkan rancangan tahunan kepada Jawatankuasa
CARTA ALIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS
Contoh : Berbincang dengan PK HEM (Usulkan kertas cadangan) Dapatkan kelulusan
29
Pengurusan PRS Tetapkan tarikh mesyuarat, Tentukan agenda, tempahan bilik mesyuarat Keluarkan surat panggilan mesyuarat Mesyuarat dijalankan # Rujuk contoh minit mesyuarat, senarai tugas J/K, Rancangan Tahunan PRS.
3.5
SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH
3.5.1
Surat yang dikeluarkan adalah ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar
3.5.2
Surat jemputan/pelepasan kepada penceramah perlu melalui dan salinan PPD (Ketua Sektor Pengurusan & Pembangunan Manusia).
CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :………………………
Ruj. Kami :.................................. Tarikh :........................................ Pengetua …………………………………….. ……………………………………. …………………………………….
30
Pengurusan PRS Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan SMK…………………………………. akan mengadakan Program Peningkatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Tujuan program ini diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran asas kaunseling di kalangan PRS. 3. Sehubungan ini pihak kami memohon pertimbangan tuan untuk memberi kebenaran kepada pegawai di sekolah tuan iaitu Encik ……………………………….. Guru Bimbingan Kaunseling untuk menyampaikan ceramah seperti ketentuan berikut : Masa : Tempat Tajuk : Sasaran : 4. Untuk makluman pegawai tuan, pihak penganjur akan menyediakan kemudahan peralatanceramah seperti berikut : a) Pembesar suara b) Overhead Projektor / LCD c) Skrin 5. Bersama surat ini dikepilkan borang biodata diri penceramah dan diharapkan pihak pegawai tuan dapat mengisi dan membawanya ke sekolah berkenaan pada hari tersebut. 6. Sekiranya pihak pegawai tuan mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara diatas,sila hubungi pegawai berikut iaitu En………………….. No. Telefon…………………... Pihak kami terlebih dahulu merakankan ucapan terima kasih di atas pertimbangan tuan mengenai perkara di atas. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (…………………………………………) 3.6 MENGENDALIKAN TEMUDUGA, UJIAN LISAN DAN UJIAN BERTULIS
Contoh / Panduan Skrip Temuduga Bil 1 2
3
Soalan Ceritakan serba sedikit tentang diri anda Bagaimana hubungan anda dengan i-
rakan-rakan
ii-
keluarga
iii-
masyarakat
Ceritakan Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda bertemu 31
Markah /10 /10
/10
Pengurusan PRS 4
dengan rakan baru? Namakan
/10
i-
Perdana Menteri kita
ii-
Timbalan Perdana Menteri
5 6
iiiMenteri Pelajaran Cuba nyatakan prinsip-prinsip Rukun Negara Apa yang anda faham dengan Pembimbing Rakan
/10 /10
7
Sebaya? Mengapa anda ingin menjadi seorang ahli Pembimbing
/10
8
Rakan Sebaya? Kalau anda dipilih menjadi seorang ahli Pembimbing
/10
9
Rakan sebaya, apa yang dapat anda sumbangkan? Kenapa anda rasa anda layak menjadi seorang ahli
/10
10
Pembimbing Rakan Sebaya? Apa pandangan anda tentang masa depan Pembimbing
/10
Rakan Sebaya sekolah kita? Skala pemarkahan 0 – 40 Gagal 41 – 70 Lulus dan dalam pertimbangan 71- 100 Lulus dan layak
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN LISAN DAN BERTULIS UJIAN LISAN 1. Nama, tempat tinggal, kampung, anak yang ke berapa, ibu bapa/penjaga, citacita, hobi, isu-isu semasa dan lain-lain. 2. Bagaimana anda boleh menjadikan unit bimbingan dan kaunseling lebih diminati di kalangan pelajar ? 3. Dari mana anda mendapatkan maklumat tentang PRS. 4. Kenapa anda berminat untuk menjadi PRS? 5. Apakah maksud PRS? 6. Bagaimana anda menghabiskan masa lapang anda? 7. Apakah peranan anda yang boleh anda mainkan sebagai PRS yang berjaya? 8. Apakah kekuatan/ kelemahan yang ada pada diri anda untuk menjadi seorang PRS? 9. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar di sekolah ini? 10. Bagaimana cara yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu sebagai PRS yang berkesan? 11. Adakah pernah anda menolong rakan anda dalam menyelesaikan masalah? 32
Pengurusan PRS 12. Apakah program / aktiviti unit bimbingan dan kaunseling yang telah anda ikuti di sekolah ini? 13. Apakah pandangan anda mengenai unit bimbingan dan kaunseling? 14. Pada pandangan anda, apakah personaliti , kebolehan, kemahiran yang mesti ada pada PRS? 15. Jika anda ada masalah, mahukah anda berbincang dengan seseorang mengenai masalah tersebut. Mengapa? 16. Apakah harapan anda/ cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah? 17. Berapakah jumlah guru Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini? 18. Apakah yang anda tahu tentang kaunseling/ komunikasi? 19. Bagaimanakah cara anda mengendalikan sesebuah kes rakan anda yang kronik? 20. Bagaimanakah cara anda memberi respon / tindakbalas terhadap cerita rakan anda? 21. Apakah perasaan anda jika anda tidak terpilih sebagai PRS pada tahun ini?
UJIAN BERTULIS Nama Tingkatan Tarikh
: ……………………… : ……………………… :……………………….
ARAHAN : Sila beri respon kepada satu jawapan sahaja, dengan membulatkan jawapan yang anda pilih. 1.
Komunikasi antara manusia ialah A. Cara kita berhubung dengan orang lain B. Cara kita menggunakan pancaindera C. Cara kita menggunakan khidmat orang lain D. Cara kita berusaha mencari bantuan orang lain
2.
Di bawah ialah sebab-sebab berlakunya masalah perhubungan di antara manusia, melainkan: 33
Pengurusan PRS A. B. C. D. 3.
Kaunseling bermaksud A. B. C. D.
4.
Pertemuan bersemuka di antara Kaunselor dengan Klien Kaunselor beri nasihat Klien diberi pertolongan material Menyelesaikan semua masalah
Satu cara meninggikan kepercayaan terhadap seseorang ialah A. B. C. D.
5.
Tidak faham bahasa Sudah ada prasangka Maksud yang dihantar tidak jelas Persefahaman di antara satu dengan lain
Pendedahan diri yang tinggi Beri pinjam duit Perhubungan yang berkesan Selalu berjumpa
Di dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terdapat risiko: A. Sama ada hubungan menjadi lebih baik atau buruk terpulang kepada kelakuan seseorang itu pada masa hadapan B. Hubungan dengan seseorang akan bertambah erat C. Kepercayaan yang diberi akan menambahkan beban seseorang D. Hubungan dengan seseorang tidak akan berlanjutan.
6.
Etika Kaunselor ialah seperti di bawah MELAINKAN: A. B. C. D.
7.
Di dalam perhubungan kaunseling, pekara yang pertama yang harus diusahakan oleh Kaunselor ialah: A. B. C. D.
8.
Menyimpan rahsia Memberi rujukan khidmat lain jika Kaunselor tidak upaya menolong Menerangkan dengan jelas syarat-syarat menerima pertolongan Menganggap Klien bukan unik, mereka serupa sahaja
Memberi pertolongan secepat mungkin Membina hubungan Kaunselor-Klien yang kukuh Mendapat beberapa banyak maklumat mengenai Klien Memberi nasihat yang berguna
Kemahiran penting yang harus dipelajari oleh Kaunselor ialah: A. Memberi nasihat B. Memberi maklumat C. Memberi perhatian 34
Pengurusan PRS D. Memberi panduan 9.
Empati bererti: A. Faham tentang perasaan dan emosi seseorang seolah-olah diri sendiri mengalaminya. B. Berasa kasihan terhadap penderitaan seseorang C. Menghormati perasaan seseorang dengan tidak mencungkil D. Memberi pertolongan supaya seseorang itu tidak menderita lagi
10.
Respon yang menunjukkan empati kepada ayat ini: “Saya tidak tahu apa yang mesti saya buat. Setiap kali saya beri cadangan ada saja yang tidak betul. Kalau macam ini lebih baik saya berdiam diri” A. B. C. D.
11.
‘Pendedahan Diri’ di dalam konteks kaunseling bererti: A. B. C. D.
12.
Kisah yang diceritakan oleh seseorang Perasaan seseorang apabila berlaku satu peristiwa Keinginan seseorang untuk bercerita Perkara-perkara yang ditinggalkan semasa bercerita
Memberi respon (maklumbalas) yang minimum adalah seperti di bawah: A. B. C. D.
14.
Membuka minda Mendedahkan rahsia orang Menceritakan hal peribadi yang sulit kerana percaya. Berkongsi perasaan
Di dalam memberi respon menunjukkan empati, perkara yang ditekankan ialah: A. B. C. D.
13.
Kalau macam itu, memang baik awak berdiam diri. Mungkin awak cakap kasar dengan dia Awak rasa bosan dengan sikap dia Usaha awak untuk mengambil bahagian tidak dihargai, ini membuat awak marah dan kecil hati.
“Hmm…m…m “Ceritakanlah lagi, apa berlaku” “Tentu awak rasa marah pada saya” “Oh, begitu rupanya”
Kumpulan perkataan-perkataan di bawah menunjukkan perasaan seseorang, MELAINKAN: A. Benci, marah, gundah B. Terlupa, terkenang, bersepah C. Gembira, senang, tenang 35
Pengurusan PRS D. Kecewa, hampa, bangga 15.
Maksud yang hendak disampaikan boleh diberi melalui, MELAINKAN A. B. C. D.
16.
Satu daripada kenyataan di bawah menunjukkan soalan jenis terbuka: A. B. C. D.
17.
Orang sakit jiwa Orang yang ada masalah biasa Orang gila Orang yang dirasuk fikiran yang karut
Satu daripada cara memastikan seseorang kaunselor itu faham tentang apa yang dicadangkan oleh klien ialah A. B. C. D.
20.
Menukar perlakuan kepada yang lebih diterima Menerima masalahnya Memberi pertolongan seberapa yang boleh Menggalakkan perlakuan yang sedia ada
Kaunseling individu ialah untuk: A. B. C. D.
19.
Ini awak punya? Bagaimana perasaan awak sekarang? Awakkah yang buat? Tahukah awak siapa yang melakukannya?
Matlamat kaunseling individu yang bermasalah ialah: A. B. C. D.
18.
Gerak Badan Air Muka Pandangan Mata Tanpa pertemuan
Mengesahkan (Checking) Cungkil Berdiam diri Menerima
Satu daripada cara untuk menolong seseorang mengetahui tentang dirinya ialah: A. B. C. D.
Beri maklumbalas yang jujur Jangan ditegur Perhatikan sahaja Beritahu orang lain
36
Pengurusan PRS
UJIAN EMPATI (RESPON BERKESAN)
Nama
: ………………………
Tingkatan
: ………………………
Tarikh
:……………………….
ARAHAN: Baca kenyataan di bawah. Cuba anda pilih satu jawapan sahaja dengan menandakan kepada respon yang anda fikir PALING sesuai untuk kenyataankenyataan berikut. 1.
“Kedua ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya dengan kakak saya. Kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak dapat menandingi kakak saya? A. Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda. 37
Pengurusan PRS B. Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersikap terlalu sensitif. C. Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda? D. Apakah sebab-sebab kenapa ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda? 2.
“ Saya cuba ikut nasihat cikgu. Saya tidak mahu lagi berkawan dengan budakbudak jahat itu, tetapi mereka sentiasa mengganggu saya. Apa patut saya buat?” A. B. C. D.
3.
4.
Jangan pedulikan mereka, buat tak tahu saja. Kenapa awak berkenalan dengan dia dulu Awak rasa menyesal sekarang berkawan dengan dia dulu. Awak rasa bimbang dan takut setiap kali mereka menganggu awak. Awak rasa diri awak terancam dan sekarang awak serba salah.
“Saya tak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang setiap kali saya mula belajar. Apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya pasti gagal. Oh Tuhan, apa yang harus saya lakukan? Saya tak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa menaruh penuh harapan kepada saya.” A. Jangan bimbang. Kadang-kadang seseorang itu gagal. Saya pasti ibu bapa anda akan faham. B. Saya rasa awak ini terlalu memberatkan harapan keluarga anda C. Oleh kerana penumpuan perhatian merupakan masalah anda, bolehkah anda sebutkan perkara-perkara menganggu fikirkan anda sehingga menghalang kerja-kerja anda? D. Rasa takut gagal buat pertama kalinya di dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa amat merunsingkan anda. “Adik saya tidak mahu mengaku saya ini kakak dia. Tiap-tiap kali dia cakap dengan kawannya saya bukan kakak dia. Saya ingat dia benci saya” A. Awak rasa kecil hati adik awak menolak awak sebagai kakaknya. Dia buat awak rasa kekurangan pada diri awak. B. Mengapa dia tidak mahu mengaku, kan ke awak kakak dia? Semua orang tahu. C. Agaknya dia iri hati dengan awak sebab awak cantik? D. Awak cakaplah dengan dia yang awak rasa kecil hati, bila dia kata begitu.
5.
“ Kadang-kadang saya mahu berhenti sekolah. Saya tidak nampak faedah mempelajari semua ini yang kebanyakannya tidak berguna langsung apabila saya bekerja nanti.” A. Jangan lakukan sesuatu yang akan anda kesali kemudian kelak. Anda tidak akan sedar pentingnya pelajaran sehingga anda mengharungi alam pekerjaan B. Kenapa anda mengatakan yang pelajaran tiada kaitan dengan pekerjaan anda pada masa depan? 38
Pengurusan PRS C. Mempelajari sesuatu yang kurang berkaitan dengan dunia pekerjaan benarbenar membosankan anda dan ini membuat anda ingin behenti sekolah D. Saya faham sekolah menjemukan kerana saya pernah merasa begitu
6.
“ Saya tahu saya gemuk. Itu sebab orang tak suka saya.” A. B. C. D.
7.
Lebih baik awak diet Biasanya orang gemuk memang orang tak suka Awak rasa awak tak cantik sebab awak gemuk Awak rasa sedih bila orang tak pedulikan awak. Awak rasa diketepikan kerana awak gemuk.
“Saya sedang memikirkan dengan serius untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai ketua murid. Saya rasa ada pelajar lain yang lebih berkebolehan untuk menjalankan tugas itu” A. Anda tidak sepatutnya mengundur diri disaat akhir. Apa anggapan kawankawan dan guru-guru anda nanti. B. Bagi saya anda mempunyai kebolehan menyandang jawatan itu, lebih-lebih lagi pada tahun lalu anda adalah nai ketua murid. C. Adakah sesuatu kurang pada diri anda yang membuatkan anda merasa tidak dapat menjalankan tugas itu sebaik orang lain? D. Anda ragui kebolehan anda memikul tanggungjawab sebagai ketua murid.
8.
“ Macam mana nak belajar? Mak bapa saya sentiasa berkelahi. Macam mana saya nak tumpukan fikiran pada pelajaran?” A. Mengapa mak bapa awak selalu berkelahi? B. Awak pergilah belajar di perpustakaan C. Awak rasa curiga dan takut setiap kali mak bapa awak berkelahi. Ini membuatkan awak runsing dan tak tenteram D. Awak tak boleh tumpukan fikiran pada pelajaran sebab emak bapa awak selalu berkelahi.
9.
“Saya tak tahan lagi dengan ibu bapa saya. Asyik nak ambil tahu hal saya saja. Kenapa tak boleh biarkan sahaja saya sendirian? Kadang-kadang saya rasa lebih baik mereka mati.” A. Anda tidak harus mengeluarkan kata-kata begitu terhadap ibu bapa anda. Saya pasti mereka kasihkan anda. B. Anda rasa ibu bapa anda mengongkong hidup anda dan ini benar-benar membosankan anda. C. Kemungkinan ibu bapa anda merasa anda masih memerlukan perhatian dan perlindungan. 39
Pengurusan PRS D. Bersabarlah. Saya faham perasaan anda. Saya pasti ibu bapa anda akan memberi anda kebebasan yang lebih setelah anda dewasa. 10.
“Saya tak ada masa untuk belajar. Saya orang miskin dan terpaksa membantu emak saya menjual kuih. A. Awak rasa bertanggungjawab terhadap adik beradik awak. B. Tanggungjawab yang awak pikul sangat berat & awak tak berani melepaskannya kerana takut bersalah. C. Saya kasihan melihat penderitaan awak. Boleh saya beri RM50 untuk menolong awak. D. Adik-beradik awak yang lain tak boleh menolong awak?
LATIHAN KOMUNIKASI ARAHAN: Tandakan satu respon yang anda fikirkan boleh menunjukkan anda mendengar dengan empati dan boleh menggalakkan rakan anda berkongsi maklumat tambahan selanjutnya.
1.
“Ali beritahu saya, cikgu hendak jumpa saya.” A. Ya, saya dengar awak tak boleh bergaul dengan orang lain di dalam kelas B. Oh ya, memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku antara awak dengan kawan-kawan lain di dalam kelas C. Memang sudah lama saya hendak bercakap dengan awak. Bagaimana perasaan awak tentang kawan-kawan awak di dalam kelas selama ini? D. Ya, saya cuma ingin menolong anda supaya berasa senang di dalam kelas. Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini. E. Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di dalam kelas.
40
Pengurusan PRS
2.
“Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal seperti dulu juga.” A. Tidak, Awak takkan gagal. Katakan pada diri awak, awak takkan gagal B. Hai, awak harus yakin pada diri sendiri, saya pasti awak berjaya C. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan. D. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan. E. Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas di dalam temuduga, kali ini pun akan gagal juga.
3.
“ Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya buat? A. Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus awak lakukan. B. Perkara pertama pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan seberapa banyak maklumat. Sudah awak Tanya tentang biasiswa? C. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak D. Apa yang awak hendak buat? E. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu?
4.
“Kalaulah saya dengar cakap bapa saya, perkara ini tidak akan berlaku” A. B. C. D.
Kita hidup dan kita belajar. Bukan buruk sangat membuat kesilapan. Menyesali perkara yang telah berlaku tiada guna Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang telah berlaku. Awak rasa takut sebab bapa awak selalu betul di dalam beberapa perkara.Mungkin ada perkara lain yag dia betul. E. Saya tertanya-tanya apa yang awak telah usahakan untuk menolong diri awak sendiri.
Ingat! bila anda memberi respon, anda tidak mahu menjadi seperti hakim, penyiasat atau seolah-olah tidak berminat. Memang sukar untuk kita menyampaikan rasa mesra dan penerimaan melalui kata-kata. Pendedahan diri yang sangat awal, tidak akan menolong kerana perhatian ditumpukan pada diri sendiri. Cubalah sampaikan perasaan yang sedang dialami oleh Klien anda. 41
Pengurusan PRS
“SELAMAT MENCUBA”
CONTOH SOALAN-SOALAN LISAN: 1. Berikan definisi Pembimbing Rakan Sebaya ? Jawapan : Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya terutama mereka yang memerlukan pertolongan. 2. Apakah falsafah Pembimbing Rakan Sebaya? Jawapan: Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain 3. Apakah visi Pembimbing Rakan Sebaya ? 42
Pengurusan PRS Jawapan : Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti. 4. Apakah misi Pembimbing Rakan Sebaya? Jawapan: Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani , intelek dan cemerlang berdasarkan etika Pembimbing Rakan Sebaya. 5. Senaraikan 5 daripada 7 etika PRS yang anda tahu? Jawapan: i: amanah dan menyimpan rahsia ii: menerima dan menghormati rakan dan orang lain iii : tahu batasan dan keupayaan diri iv : sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek v : melapor kepada kaunselor/ guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain vi : merujuk kes rumit kepada kaunselor / guru bimbingan dan kaunseling vii : mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat serta agama
6. Apakah matlamat utama PRS ? Jawapan : i membina budaya kasih-sayang , mesra dan saling membantu di kalangan pelajar ii membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai diri berasaskan kepercayaan kepada Tuhan iii memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka , bertimbangrasa , rela , taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk 7. Senaraikan tugas dan tanggungjawab PRS? Jawapan : i: menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. 43
Pengurusan PRS ii: sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah. iii: sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. iv: sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu. v: sebagai peninjau rasa untuk membolehkan kaunselor / guru bimbingan dan kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu. vi:sebagai role model kepada pelajar lain. vii: menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati. viii: menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. 8. Nyatakan satu kemahiran asas dalam kaunseling? Jawapan: i: kemahiran mendengar ii: kemahiran memberi perhatian iii: kemahiran memberi respons dan maklum balas iv: kemahiran membuat refleksi
9. Nyatakan peringkat umur alam remaja? Jawapan: Remaja ialah mereka yang berada dalam peringkat umur 12 tahun hingga 18 tahun. 10. Apakah bentuk-bentuk kegiatan yang dilakukan oleh remaja? Jawapan: Jawapan yang berkaitan boleh diterima
44
Pengurusan PRS
CONTOH SOALAN BERTULIS: 1. Apakah isu salah laku yang sering berlaku di sekolah anda? …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… 2. Apakah respon anda terhadap isu di atas? …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… 3. Pada pandangan anda adakah murid boleh dan mesti dilatih supaya mereka dapat membantu murid lain dengan berkesan ? …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… 45
Pengurusan PRS
4. Pada pandangan anda bidang adakah PRS dapat membantu menjayakan program sekolah dengan lebih berkesan. Bagaimana? …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… 5. Senaraikan ciri-ciri seorang PRS yang berkesan? …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………
3.7 CADANGAN MODUL LATIHAN ASAS PRS Minggu 1 Sesi I -
Kesedaran Kendiri Aktiviti 1 - Membina identiti PRS Aktiviti 2 - LDK - Salji di padang pasir
Minggu 2 Sesi I -
Asas Komunikasi a) Definisi komunikasi b) Komunikasi lisan dan bukan lisan c) Bengkel / praktikal
Minggu 3 46
Pengurusan PRS Sesi 2 -
Asas Komunikasi - Latihan -
Meningkatkan
perhubungan
manusia,
kepercayaan - Halangan Komunikasi Aktiviti - LDK - Halangan Komunikasi Minggu 4 Sesi 3 -
Asas Komunikasi Aktiviti 1 - Pidato Spontan Aktiviti 2 - LDK - Menghantar mesej
Minggu 5 Sesi I -
Asas Kaunseling Kemahiran Mendengar Latihan Kemahiran Mendengar Aktiviti - LDK - Titanic
Minggu 6 Sesi 2 -
Asas Kaunseling Latihan Kemahiran Memberi Perhatian Aktiviti - Topi Saya
Minggu 7 Sesi 3 -
Asas Kaunseling Kemahiran Memberi Respon dan Maklumbalas Aktiviti - LDK - Kemahiran memberi respon dan maklumbas.
Minggu 8 Sesi 4 -
Asas Kaunseling Rumusan Kemahiran Asas Kaunseling 47
membina
Pengurusan PRS Aktiviti - LDK - DYAD (berpasangan) - PRS dan klien menjalankan sesi membantu Minggu 9 Sesi I -
Perkembangan Remaja Pengenalan - Definisi Remaja - Bengkel - Apa yang remaja suka lakukan dan tidak suka lakukan. - Apa yang remaja harapkan daripada ibu bapa, rakan sebaya, dan lain-lain
Minggu 10 Sesi 2 -
Perkembangan Remaja Mengadakan lawatan - contohnya ke pusat membeli belah
Minggu 11 Sesi 3 -
Perkembangan Remaja - Ceramah oleh penceramah khas
Lampiran Contoh LDK Tajuk
: Salji di padang pasir
Objektif
: 1. Supaya peserta sedar bahawa persepsi terhadap seseorang itu timbul kerana dikawal oleh apa yang hendak dilihat. 2. Supaya peserta sedar bahawa prasangka, syak, dan lain-lain boleh menyekat perhubungan. 3. Supaya peserta sedar bahawa penerimaan tanpa syarat boleh membuatkan seseorang berasa selesa dan rela berkongsi perasaan.
Alat
Langkah
: 3 keping gambar: -
gambar orang tua – orang muda (lampiran A)
-
gambar muka kembar – pasu bunga (lampiran B)
-
gambar garis-garis muka – kaki lilin (lampiran C)
:
48
Pengurusan PRS 1. Edarkan lampiran A, minta peserta teliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding. 2. Edarkan lampiran B dan C. Pastikan tiap-tiap peserta dapat peluang meneliti gambar-gambar itu. 3. Bincangkan mengapa ada peserta nampak jelas satu aspek saja daripada gambar-gambar itu, misalnya di dalam gambar lampiran A ada yang nampak rupa orang muda dan ada yang nampak rupa orang tua sahaja. Terangkan bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. 4. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. 5. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.
Tajuk
: Latihan Penghalang Komunikasi
Objektif
: 1. Supaya peserta memahami jenis-jenis halangan komunikasi 2. Supaya peserta dapat mengelakkan halangan komunikasi dalam hubungan menolong
Alat
: Kertas nota (lampiran A), kertas kosong, pen
Langkah
: 1. Arahkan peserta duduk dalam bulatan 2. Edarkan kertas nota halangan komunikasi 3. Pembimbing menerangkan halangan-halangan komunikasi serta contoh-contohnya 4. Untuk setiap jenis halangan komunikasi, dapatkan respon peserta dan minta mereka memberikan contoh-contoh yang lain
49
Pengurusan PRS 5. Kemudian minta peserta mencari pasangan, setiap pasangan dikehendaki melakonkan peranan PRS dan rakan sebaya. Minta rakan sebaya menulis masalahnya dalam kertas. Kemudian PRS menyenaraikan ayat-ayat sebagai respon kepada masalahnya. Selepas itu tukar peranan. 6. Kemudian minta pasangan itu melakonkannya di depan kumpulan besar
dan
peserta
lain
boleh
berbincang
dengan
bantuan
pembimbing. Diikuti dengan pasangan-pasangan yang lain. Perbincangan
:
Soalan-soalan panduan :
Apa itu jenis-jenis halangan komunikasi?
Berikan contoh bagi halangan komunikasi jenis …
Apakah kesannya halangan komunikasi ini kepada perhubungan menolong?
Apakah perasaan anda jika orang memberi respon dalam bentuk ayat yang menggambarkan halangan komunikasi?
Jelaskan :
Komunikasi tidak akan berkesan jika di dalamnya terrdapat bentuk-bentuk halangan.
Penerokaan kendiri tidak akan lancar jika terdapat halangan komunikasi.
Kita mesti menggunakan ayat-ayat yang membawa maksud menolong, bebas dari sebarang bentuk ancaman, paksaan, dan lain-lain PERLAKUAN MENYEKAT KOMUNIKASI.
1.
MENGARAH, MEMERINTAH – perbuatan atau perkataan yang memerintah dan mengarah (biasanya keras) membuatkan seseorang itu berasa tidak senang. Contohnya : “Awak dengar apa saya kata”
50
Pengurusan PRS 2.
AMARAN, MENGANCAM – menyatakan pada rakan anda apa hukuman atau kesan buruk yang akan menimpa jika ia melakukan sesuatu. Contohnya : “Awak akan dikenakan denda jika awak melakukan perkara itu”
3.
BERKHUTBAH, MENEKAN ‘HARUS’ DAN ‘TIDAK HARUS’ – mengatakan pada rakan anda apa yang patut / harus menyelesaikannya sama ada awak suka atau tidak
4.
MEMBERI
NASIHAT,
MEMBERI
PENYELESAIAN
/
CADANGAN
–
menunjukkan kepada rakan anda bagaimana menyelesaikan masalahnya tanpa memahaminya terlebih dahulu, seolah-olah cadangan anda paling baik. Contohnya : “Awak tak dapat mengulangkaji sebab awak tak rancang jadual waktu. Awak buat jadual waktu dulu, baru boleh atasi masalah awak” 5.
MENGAJAR, MEMBERI FAKTOR-FAKTOR YANG LOGIK – anda cuba mempengaruhi rakan anda dengan memberi faktor-faktor yang sah. Contohnya : “Awak fikirkan logiknya. Kita ada hanya 2 penggal, bagaimana kita boleh habiskan projek itu”
6.
MENGEJEK, MELABELKAN NAMA – anda membuatkan rakan anda berasa bodoh, memalukannya. Contohnya : “ Kelakuan awak seperti budak 2 tahun, tak ada akal”
7.
MENUDUH, MENGKRITIK – mengeluarkan komen negatif. Contohnya : “ Awak sebenarnya seorang pemalas”
8.
MEMUJI, BERSETUJU, MENYEDAPKAN HATI – menyatakan sesuatu kepada rakan anda untuk menyedapkan hatinya sahaja. Contohnya : “Awak bijak, awak boleh menjadi ketua, semua orang tahu”
9.
BERTANYA, MENCUNGKIL, MENYOAL SELIDIK – cuba mencari sebabsebab berlaku, mencari maklumat dengan bertanya bertubi-tubi. Contohnya : “Bagaimana hal itu terjadi? Siapa yang melakukannya? Pukul berapa ia mula?”
51
Pengurusan PRS 10. MENARIK DIRI, PERKATAAN PEDAS, MENGALIH PERKATAAN – mencuba mengalihkan perhatian rakan anda daripada masalahnya. Anda cuba menarik diri daripada terlibat. Anda mempermainkan rakan anda dengan kelucuan. Contohnya : “Mari kita cakap hal lain”
Tajuk
: Topi Saya
Objektif
: 1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya memberi perhatian terhadap seseorang apabila dia sedang bercakap. 2. Supaya peserta sedar bahawa bahasa tanpa lisan dan gerak-geri mereka meninggalkan kesan terhadap seseorang, terutama di dalam proses mendengar.
Alat
: -
5 keping kad manila yang dipotong selebar 8 cm dan panjangnya mencukupi untuk melilit kepala. Kad manila itu terdiri daripada warna yang berlainan.
-
Stapler, pen marker.
-
Kertas Nota Peringkat Di dalam Proses Mendengar 52
Pengurusan PRS (Lampiran A) Langkah
:
1. Dapatkan 4 orang peserta untuk mengambil bahagian secara sukarela. 2. Beri arahan kepada mereka supaya keluar dari bilik untuk berbincang tentang tajuk yang mereka ingin bercakap di hadapan rakan-rakan mereka. Tajuknya bebas. Masa untuk bercakap ialah 3 minit seorang. 3. Apabila mereka telah meninggalkan bilik, terangkan kepada peserta lain tentang proses aktiviti ini, iaitu mereka mesti memberi reaksi terhadap topi yang dipakai oleh rakan mereka apabila tiap-tiap orang mengambil giliran bercakap. 4. Tuliskan perkataan di bawah di atas kepingan kad manila tadi:
Jangan pedulikan saya
Dengar cakap saya
Kondem / kutuk saya
Ketawakan saya
Galakkan saya
5. Panggil mereka masuk jika telah sedia. 6. Mereka harus duduk lurus di dalam satu baris bersedia untuk menyampaikan pendapat mereka. Mereka tidak dibenarkan melihat topi yang dipakaikan di kepala rakan yang lain. 7. Klip kad manila tadi untuk diletakkan di atas kepala peserta berkenaan sebagai topi. 8. Mereka mula bercakap jika telah sedia. 9. Peserta lain menunjukkan reaksi mengikut topi yang dipakai apabila rakan mereka bercakap. Contohnya apabila orang yang memakai topi “Kondem / kutuk saya” bercakap peserta lain haruslah mengutuknya setiap kali dia memberi pendapat. Ini diteruskan sehingga keempat-empat peserta selesai mengambil giliran mereka. 10. Bincangkan reaksi peserta yang mengambil bahagian.
Apa perasaan peserta yang mengambil bahagian
Apa reaksi yang timbul jika pendapat mereka tidak dipedulikan atau jika mereka dikutuk
Apa reaksi mereka apabila pendapat mereka didengar dan diterima baik
Apa gerak-geri mereka yang dapat dilihat menunjukkan perasaan mereka 53
Pengurusan PRS
Apa pembelajaran baru yang mereka dapat daripada aktiviti ini
Bagaimana aktiviti ini boleh dikaitkan dengan peranan mereka sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
(Nota)
54
Pengurusan PRS PERINGKAT
SITUASI
PERINGKAT 1
Mendengar sekejap-sekejap. Kadang- kadang mendengar dan kadang-kadang fikiran melayang ke tempat / perkara lain
Separuh mendengar – mengikut perbincangan sehingga mendapat peluang untuk bercakap, kemudian hilang minat
Sedar bahawa orang lain ada bersama tetapi berfikir untuk membuat sesuatu bersendirian. Menunggu giliran atau peluang mencelah
Diam dan mendengar tanpa respon. Mendengar sepanjang masa tetapi tidak melihat orang yang bercakap.
Seperti mendengar radio atau menonton televisyen
Mendengar untuk mendapatkan idea-idea yang penting tetapi tidak mengambil bahagian untuk berinteraksi dengan orang yang bercakap.
Satu kuliah yang pada akhirnya akan disudahi dengan ujian.
Mendengar dengan sempit – memandang kepada orang yang bercakap tetapi tidak dapat menangkap idea yang penting kerana telah membuat kesimpulan awal.
PERINGKAT 2
Kemungkinan cara ini banyak digunakan.
PERINGKAT 3
Mendengar dengan aktif dan menyoal. Memberi fokus kepada idea yang penting, memerhati gerak-geri, air muka dan mendengar tanpa membuat penilaian atau kesimpulan awal.
55
Cara ini harus dipraktikkan apabila mendengar di dalam bilik darjah, bercakap dengan kawan-kawan, dan lain-lain.
Pengurusan PRS TITANIC OBJEKTIF: 1. Memupuk sifat berani di kalangan peserta untuk membuat pengucapan umum 2. Pelajar sedar dan dapat menyatakan kelebihan dan kepentingan diri berbanding peserta lain 3. Peserta dapat meyakinkan orang lain. BAHAN YANG DIPERLUKAN : 1. Kertas yang dipotong memanjang ( 1sm X 5 sm ) mencukupi untuk 5 helai bagi seorang peserta 2. Radio 3. Lagu Titanic LANGKAH : 1. 2. 3. 4.
Pelajar duduk dalam kumpulan LDK masing-masing Fasilitator menerangkan cara permainan Peserta duduk dalam kedudukan bulatan ( bahu bertemu bahu ) Peserta diberi masa 1 minit untuk memikirkan tentang kelebihan diri dan sebab mengapa dia lebih layak diselamatkan berbanding peserta lain 5. Peserta berdiri dalam kedudukan bulatan ( bahu bertemu bahu ) 6. Setiap peserta di beri masa 30 saat untuk merayu dan mempengaruhi peserta-peserta yang lain dengan pengucapan umum yang disampaikan olehnya 7. Lagu Titanic dimainkan 8. Peserta duduk semula dalam bulatan sambil menutup mata 9. Fasilitator menyentuh bahu peserta tanda giliran mereka telah sampai untuk memilih siapa yang ingin diselamatkannya. Ini diteruskan sehingga semua peserta selesai membuat pilihan. 10. Peserta bergilir menyerahkan keratan kertas kepada rakan-rakan yang mereka fikir perlu untuk dibantu. 11. Setelah selesai fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk membuka mata 12. Peserta membuka mata dan mengira bilangan kertas yang ada dalam tangan mereka. 13. Peserta yang mempunyai bilangan kertas yan banyak akan dikira selamat manakala yang lain dikira mati tenggelam. 14. Fasilitator meminta peserta membayangkan keadaan ini betul-betul berlaku. Bayangkan keadaan rakan-rakan dalam kumpulan yang mati dan yang terselamat. 15. Fasilitator mengulas permainan.
56
Pengurusan PRS Nota: 1. Lagu Titanic akan dipasang secara perlahan sepanjang permainan untuk membawa mood kepada peserta. 2. Bilik haruslah dalam keadaam suram untuk menambah impak kepada permainan Falsafah: 1. Pelajar dapat belajar menghargai rakan-rakannya 2. Memupuk sifat berani di kalangan peserta 3. Peserta dapat merasakan perasaan dihargai orang lain
Tajuk
: Menghantar Mesej
Objektif
: 1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan yang sesuai dengan gerakgeri. 2. Supaya
peserta
komunikasi
sedar
yang
tentang
boleh
beberapa
menimbulkan
halangan masalah
perhubungan manusia. 3. Supaya peserta sedar tentang kesan komunikasi sehala dan dua hala. Alat
: Kad Mesej (Lampiran), kertas kosong, pen
Langkah
: 1. Peserta duduk dalam bulatan. 2. Pembimbing menyampaikan cerita yang tertulis di atas kad mesej secara berbisik kepada peserta pertama. 3. Peserta itu pula membisikkan cerita berkenaan kepada rakan sebelahnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir. 4. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima di atas kertas kosong yang diberi. 5. Pembimbing meminta peserta itu membaca mesej itu dengan kuat. 6. Bandingkan cerita terakhir itu dengan cerita asal.
57
Pengurusan PRS Bincangkan : Bincangkan mengapa cerita itu terpesong daripada cerita asal. Ini dihubungkaitkan dengan bahaya mendengar khabar angin, cerita umpatmengumpat, mengata orang, membawa mulut, dan lain-lain. Kaitkan dengan bahaya seorang PRS jika suka mendengar cakap orang, kerana ia akan membuat kesimpulan awal terhadap seseorang itu. Sikap ini akan membuat orang tidak percaya dan berasa takut untuk menghampirinya. Mereka harus mengasah sifat berfikiran terbuka dan tidak mudah menilai seseorang sebelum mengenalinya dengan lebih rapat. Falsafah
: 1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi seorang, mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau didapati ada kekurangannya. 2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar. 3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara bertulis. ADA SEEKOR ANAK KAMBING DI LEHERNYA ADA LOCENG BUNYINYA KLING … KLING … KLING DITENDANG OLEH MALING JATUH TERGULING-GULING LALU MATANYA JULING
58
Pengurusan PRS Tajuk
: Kemahiran Mendengar
Objektif
: Selepas menjalani latihan ini peserta diharapkan: 1. Menyedari pentingnya mendengar dengan teliti 2. Memahami kesan memberi perhatian dengan teliti 3. Memahami bahawa dalam proses membimbing, kemahiran mendengar amat penting agar mesej yang diterima tepat seperti maksud yang hendak disampaikan oleh penyampai
Alat
: Tiada
Langkah
: 1. Peserta dikehendaki memilih pasangan masing-masing (A dan B) 2. Aktiviti dijalankan secara berpasangan A dan B. A akan menceritakan tentang dirinya atau pengalamannya kepada B (5 minit). B mendengar dengan teliti dan akan menceritakan semula apa yang didengar kepada A. 3. Ulang aktiviti ini dengan B menceritakan tentang dirinya atau pengalamannya kepada A (5 minit). A mendengar dengan teliti dan akan menceritakan semula apa yang didengar kepada B. 4. Semua peserta berkumpul semula berkumpul semula dalam bulatan dan membincangkan kesan mendengar dengan penuh perhatian. 5. Perbincangan dibimbing oleh fasilitator dengan menekankan bahawa: i)
Dalam proses melayan rakan-rakan, PRS mestilah memberi
penuh
perhatian
agar
rakan
yang
dibimbing berasa diterima dan dihormati. ii)
Kemahiran mendengar penting dalam proses membimbing supaya mesej yang disampaikan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan, salah faham ataupun rasa tersinggung kepada rakan itu.
59
Pengurusan PRS Tajuk
: Kemahiran Memberi Respon dan Tindakbalas
Objektif
: Supaya peserta dapat berlatih mengenal pasti respon yang menggalakkan komunikasi dan yang menghalang komunikasi
Alat
: Kertas Latihan Komunikasi (Lampiran A)
Langkah
: 1. Tiap-tiap peserta diberi satu kertas latihan. Dalam masa 10 minit mereka diminta mencari respon yang paling sesuai bagi tiap-tiap kenyataan yang diberi. 2. Berbincang dan mencari respon yang paling menggalakkan. Mendapatkan pendapat peserta mengapa respon yang lain dianggap tidak sesuai dan apakah kesannya jika seseorang memberi
respon
demikian.
Pastikan
tiap-tiap
mendapat peluang mengeluarkan pendapat mereka.
60
peserta
Pengurusan PRS Lampiran A 1. “Ali beritahu saya, cikgu hendak jumpa saya” a. Ya, saya dengar awak tidak boleh bergaul dengan orang lain di dalam kelas. b. Oh ya! Memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku di antara awak dengan kawan-kawan lain di dalam kelas c. Memang sudah lama saya hendak bercakap dengan awak. Bagaimana perasaan awak tentang kawan-kawan awak di dalam kelas selama ini? d. Ya, saya cuma ingin menolong awak supaya berasa senang di dalam kelas. Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini? e. Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di dalam kelas.
2. “Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal seperti dahulu juga” a. Tidak, awak takkan gagal. Kata pada diri awak, awak takkan gagal. b. Hai, awak harus yakin pada diri sendiri. Saya pasti awak berjaya c. Awak runsing kalau-kalau awak gugup apabila awak masuk temuduga? d. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan e. Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas, kali ini pun akan gagal juga.
61
Pengurusan PRS 3. “Saya tak faham mengapa kami berdua selalu bertengkar. Nampaknya kami tak boleh berbincang langsung” a. Ceritakanlah lagi pada saya b. Gigi dan lidah lagikan tergigit, inikan pula sahabat karib c. Memang menakutkan apabila awak memendam perasaan marah pada kawan awak itu. Ini merunsingkan awak kerana awak tidak faham apa yang telah berubah. d. Apa punca yang awak selalu bertengkar dengan dia sekarang? e. Mungkin awak perlukan perubahan. Ubahlah tabiat awak. f. Jauhkan diri buat sementara waktu darinya.
4. “Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya buat?” a. Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus awak lakukan. b. Perkara pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan beberapa banyak maklumat. Sudah awak tanya tentang biasiswa? c. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak. d. Apa yang awak hendak buat? e. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu? 5. “Keputusan UPSR makin bertambah baik tahun ini. Saya dengar mereka tidak mahu mengambil pelajar yang gagal walau satu mata pelajaran masuk ke tingkatan satu” a. Awak bimbang awak tidak diberi tempat ke tingkatan satu jika keputusan awak tidak memuaskan. b. Tak tahulah. Saya pun risau juga. Tak tahu saya dapat atau tidak. c. Makin hari makin bertambah susah. Sudah ramai sangat orang yang bijak-bijak sekarang. d. Jangan takut. Tentu awak dapat tempat. Itu cuma khabar angin saja. Awak dengan saya sama sahaja. Tak tahu lagi nasib. 62
Pengurusan PRS
6. “Saya tak pasti sekolah swasta yang mana saya hendak masuk. Saya ingat hendak belajar di Singapura tetapi saya tak dapat pasport” a. Nampaknya awak banyak berfikir tentang hal ini b. Apa dia perkara-perkara yang awak pentingkan dalam sekolah swasta yang awak hendak masuk itu? c. Awak dah pergi melawat sekolah-sekolah yang awak cadang hendak masuk? d. Memang sukar membuat keputusan. Elok kita bincangkan tentang perasaan awak pada tiap-tiap sekolah yang awak cadang hendak pergi. e. Awak kelihatan hilang semangat. Ceritakan pada saya apa yang perlu perubahan. 7. “Saya datang berjumpa awak, awak tidak menolong saya sedikit pun. Awak tak boleh mengubah apa-apa” a. Awak berharap sangat saya dapat meringankan beban awak b. Awak seperti hilang harapan. Awak mengharapkan yang saya akan berupaya mengubah keadaan yang awak alami sekarang. c. Pada pandangan saya, awak tidak mahu mencuba langsung. d. Mungkin ada perkara-perkara lain yang boleh awak ubah. e. Saya boleh nampak awak putus harapan. Ceritakanlah pada saya apa yang harus diubah. 8. “Kalaulah saya dengar cakap bapa saya, perkara ini tidak akan berlaku” a. Kita hidup dan kita belajar. Bukanlah buruk sangat kalau membuat kesilapan. b. Menyesali perkara yang telah berlaku tidak berguna. c. Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang telah berlaku. d. Awak rasa takut sebab bapa awak selalu betul dalam beberapa perkara. Mungkin ada perkara lain yang dia salah. e. Saya tertanya-tanya apa yang awak telah usahakan untuk menolong diri awak sendiri. 63
Pengurusan PRS
9. “Ibu bapa saya sentiasa mencari salah saja. Dia mahu tahu di mana saya pergi, dengan siapa, apa buat, dia tak pernah memberi saya kebebasan.” a. Memanglah ibu bapa kita risau tentang diri kita. b. Awak benar-benar kecewa kerana awak fikir ibu bapa awak tidak percaya pada awak. c. Ibu bapa awak sayang awak. Mereka bimbang dan mengambil berat. Zaman remaja sekarang sangat mencabar. d. Pernahkah awak melakukan sesuatu yang membuatkan mereka tidak percaya pada awak? e. Memang elok kalau kita sedar mereka sangat mengambil berat tentang diri kita.
64
Pengurusan PRS PANDUAN SENARAI KEMAHIRAN MEMBANTU PRS SENARAI KEMAHIRAN KEMAHIRAN ASAS 1. Menerima klien dengan terbuka 2. Menggalakkan klien bercerita 3. Membuat klien berkeyakinan dan percaya kepada PRS 4. Menggunakan kemahiran bertanya soalan tepat pada masa dan keadaan 5. Mendapatkan kepelbagaian dan kemungkinan kepada pencetus permasalahan klien 6. Memberi tunjuk sasar dan hala tuju kepada klien dalam proses membantu 7. Memberi peluang kepada klien untuk memikirkan agendanya sendiri 8. Membuat klien menyusun langkah-langkah mengatur agenda 9. Menganalisa segala kemungkinan dan risiko yang bakal dihadapi klien 10. Menggunakan segala maklumat yang diperolehi daripada klien sepanjang sesi 11. Mendapatkan komitmen daripada klien secara konsisten KEMAHIRAN MENGENAL EMOSI 1. Menggunakan Pra – frasa 2. Menggunakan bahasa bukan lisan yang bersesuaian 3. Mengklasifikasikan perasaan klien 4. Menilai ketepatan maklumat dari klien berdasarkan perasaan emosi yang ditonjolkan 5. Menjadi pemudahcara bagi klien meluahkan perasaan KEMAHIRAN BEREMPATI 1. Mendengar dan menggunakan ekspresi yang bersesuaian 2. Menggunakan nada dan bahasa yang membuat klien rasa selesa 3. Memberi perhatian pada klien dan menerimanya tanpa syarat 4. Mewujudkan interaksi ‘ perhubungan ‘ yang harmoni dalam sesi membantu KEMAHIRAN MENDENGAR 1. Peka pada setiap rangsangan yang klien tunjukkan (melalui pancaindera ) 2. Memberi perhatian pada fakta dan perasaan klien 3. Memahami setiap maklumat yang diberi oleh klien 4. Mengingati segala maklumat penting yang boleh digunakan untuk menganalisa masalah klien 5. Menunjukkan empati dengan perhatian dan pertanyaan yang tepat kepada klien. 6. Memberi tindakbalas secara lisan dan bukan lisan
65
YA
TIDAK
Pengurusan PRS
JUMLAH
Pembimbing Rakan Sebaya :………………………………………. Nama Penyelia :……………………………………………………………
BAHAGIAN 4: PENTAULIAHAN CARTA ALIRAN PENTAULIAHAN PRS (FORMAT JPS)
Mula / Promosi
Isi Borang Permohonan
Pemilihan Temuduga Tidak
66
Pengurusan PRS Sesi Temuduga
LULUS Ya Mengikuti Kursus
Ujian Bertulis , Ujian Lisan dan Asas Sesi Kaunseling Tidak LULUS Ya Latihan Praktikal Tidak LULUS Ya Tamat
CADANGAN ATURCARA MAJLIS PENTAULIAHAN PRS -
Nyanyian lagu : “Negaraku” : Negeri : Lagu Sekolah
-
Bacaan doa
-
Ucapan guru penasihat PRS
67
Pengurusan PRS
-
Ucapan pengetua/guru besar
-
Majlis pentauliahan PRS
-
Bacaan ikrar PRS
-
Nyanyian lagu PRS
Contoh sijil lulus peperiksaan LOGO JPN PRS
LOGO
SIJIL PENILAIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Dengan ini disahkan __________________________________________________________
68
Pengurusan PRS telah mengikuti Kursus Pembimbing Rakan Sebaya pada _____________ bertempat di _________________________ dan telah mendapat keputusan UJIAN BERTULIS
UJIAN LISAN
UJIAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Pada _________________________ di _____________________________
……………………… (Pengarah JPN)
Tarikh:………………
Contoh Sijil Pentauliahan LOGO JPN PRS
LOGO
SIJIL PERLANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Dengan ini disahkan __________________________________________________________
69
Pengurusan PRS dari Sekolah ___________________________________________________________ telah lulus Ujian Penilaian Pembimbing Rakan Sebaya dan dilantik sebagai PEMBIMBING RAKAN SEBAYA mulai ________________________
……………………………. Pengarah JPN
Tarikh: ……………….
ANUGERAH BESTARI PRS KATEGORI PRS TAHAP I
SYARAT KRITERIA Mengikuti Kursus Asas
TAHAP II
Prestasi akademik 1. Mengikuti Kursus Lanjutan I /’Kem J’ 2. Lulus Ujian Lisan / Ujian Bertulis I 3. Sokongan daripada 2 orang guru 70
Pengurusan PRS TAHAP III
5. Mengikuti Kursus Lanjutan II
1. Kem Perkhemahan
(KJ2)
2. Kem Komputer
6. Lulus Ujian Lisan / Bertulis II
3. Kem Fasilitator
7. Mengendalikan lebih daripada
4. Kem Pengucapan Awam
5 kes rakan sebaya 8. Sokongan guru
BAHAGIAN 5: LATIHAN LANJUTAN Latihan Lanjutan perlu diberi kepada PRS untuk meningkatkan kemahiran membantu. Latihan lanjutan tidak perlu panjang dan lama. Aspek latihan terpulang kepada keperluan pelajar. Contoh Modul : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.
Kemahiran membuat keputusan Kemahiran belajar Kemahiran mengurus masa Kemahiran mengatasi masalah Kemahiran mengendali mesyuarat Kemahiran mengurus tekanan Kemahiran berfikir cemerlang Tutor sebaya Lain-lain kemahiran yang berkaitan.
BAHAGIAN 6: PEMANTAUAN Pemantauan penting kerana apabila PRS dipantau dengan teliti mereka berupaya berkembang dan mendapat panduan dalam menjalankan tugas mereka. Pemantauan adalah satu aspek penting di dalam program latihan pembimbing rakan sebaya. Tanpa pemantauan mereka tidak akan tahu sama ada peranan mereka telah dijalankan dengan betul atau tidak. 6.1
Faedah Pemantauan : 1. Melalui pemantauan program latihan akan berkembang dan mempunyai kualiti yang tinggi. 2. Guru Kaunseling mendapat maklumbalas tentang kemajuan yang dicapai oleh PRS. 3. Pemantauan yang teratur memberi keyakinan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling bercakap tentang program latihannya, kemajuan yang dicapai dan aspirasi pada masa hadapan.
6.2
Cara Pemantauan
71
Pengurusan PRS
1. Bertemu dalam kumpulan perbincangan untuk mendengar laporan tiap-tiap pembimbing rakan sebaya. 2. Pemantauan dijalankan secara individu melalui pertemuan yang berstruktur. 3 Guru Kaunseling berada bersama-sama semasa satu projek atau sesi itu dijalankan dengan keizinan kedua-dua pihak. 4. Pemantauan boleh juga dijalankan melalui laporan peribadi yang dibuat oleh PRS mengenai kemajuan, halangan dan keperluan yang dialami semasa bertugas. 5. Pemantauan boleh juga dibuat melalui laporan guru-guru mengenai perkembangan dan perubahan diri PRS dari kaca mata orang luar. 6. Galakkan tiap-tiap PRS mempunyai satu buku catatan harian PRS (diari) mengenai perasaan, reaksi mereka dan rakan-rakan yang mereka tolong, kemajuan, kelemahan dan lain-lain.
BAHAGIAN 7: PROJEK PRS Projek PRS boleh dijalankan mengikut tempoh masa tertentu atau mengikut perancangan yang telah dibuat.. Antaranya ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.
Membina sistem Tutor Rakan Sebaya Info Unit Bimbingan dan Kaunseling Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling Fasilitator Program Maju Diri Budaya Ucap Terima Kasih Program Khidmat Masyarakat Program “Study Group” Program Pendidikan Kerjaya – Buku Skrap, Kiosk Kerjaya dll. Minggu PRS Kempen-kempen Masalah Remaja – Kempen Anti Merokok dsb.
72
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 8: PENGURUSAN BUKU LOG ANALISA BIMBINGAN PRS MENGIKUT BULANAN BULAN: TING/ TAHUN PERALIHAN 1 2 3 4 5 6 RENDAH 6 ATAS JUMLAH
MELAYU L P
JENIS KAUM KLIEN CINA INDIA L P L P
LAIN-LAIN L P
A
D
JENIS BIMBINGAN K P
R
L
JUMLAH
LAIN-LAIN L P
A
D
JENIS BIMBINGAN K P
R
L
ANALISA BIMBINGAN PRS SECARA KESELURUHAN TAHUN: TING/ TAHUN PERALIHAN 1 2 3
MELAYU L P
JENIS KAUM KLIEN CINA INDIA L P L P
73
JUMLAH
Pengurusan PRS
4 5 6 RENDAH 6 ATAS JUMLAH
REKOD PENGHANTARAN BUKU LOG MENGIKUT BULAN BULAN: ………………………………
BIL.
NAMA PRS
NO. PENDAFTARAN PRS
TINGKATAN/ TAHUN
TARIKH
REKOD PENGHANTARAN BUKU LOG MENGIKUT TAHUN
74
CATATAN
Pengurusan PRS
TAHUN: ………………………………
NAMA PRS
NO PENDAFTARA N PRS
TING/TAHUN
BULAN TARIKH
1
2
3
4
TANDATANGAN
BIL
75
5
6
7
8
9
10
11
12
JUM
Pengurusan PRS (Muka Hadapan Buku Log)
LOGO JPN PRS
LOGO
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
LOGO PRS BUKU LOG
Nama Tingkatan/Tahun Sekolah Tahun No. Pendaftaran PRS
: : : : :
76
Pengurusan PRS
MAKLUMAT DIRI NAMA : SEKOLAH : TAHUN/TINGKATAN : TARIKH LAHIR : TARIKH LANTIKAN : TARIKH PEPERIKSAAN UPSR : KEPUTUSAN : TARIKH PEPERIKSAAN PMR : KEPUTUSAN : TARIKH PEPERIKSAAN SPM : KEPUTUSAN : TARIKH PEPERIKSAAN STPM : KEPUTUSAN : NAMA BAPA/PENJAGA : PEKERJAAN BAPA/PENJAGA : NAMA IBU/PENJAGA : PEKERJAAN IBU/PENJAGA : ALAMAT RUMAH : NO. TELEFON :
77
Pengurusan PRS
FALSAFAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) “BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN” PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan. PRINSIP PRS 12.0. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal. 13.0. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS. PERANAN ANDA SEBAGAI PRS a. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. b. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. c. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. d. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu. e. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu. f. Sebagai Role Model kepada pelajar lain. g. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati. h. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. i. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. j. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif. k. Mematuhi etika kerahsiaan. l. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi. m. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal. n. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya. o. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. p. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
78
Pengurusan PRS
ETIKA PRS PRS perlu patuh kepada etika berikut: 1. Amanah dan menyimpan rahsia. 2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain. 3. Tahu batasan dan keupayaan diri. 4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek. 5. Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain. 6. Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. 7. Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat
dan agama.
79
Pengurusan PRS
PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS Perkara yang boleh dilakukan oleh PRS a. Pemudah cara dalam keadaan terbuka,penuh kepercayaan rasa selesa dan empati.
Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh PRS a. Mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.
b. Menerima rakan dengan terbuka.
b. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
c. Mendengar,menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
c. Memberi nasihat atau memberi cadangan penyelesaian untuk diikuti.
d. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
d. Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
e. Mematuhi kerahsiaan.
e. Bercerita kepada orang lain.
f. Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi
f. Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
g. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa seharian.
g. Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam.
h. Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalamannya.
h. Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
i. Merujuk kes-kes yang berat kepada guru bimbingan dan menjadi jambatan kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru BK atau
i. Menghadapi sendiri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
80
Pengurusan PRS orang yang lebih arif. j. Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
j. Menjalankan projek bersendirian dan mengenepikan rakan lain.
k. Memberatkan kesejahteraan diri dan memahami limitasi diri untuk membantu.
k. Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.
CARA MEREKOD MAKLUMAT Tarikh :
1) 2) 3)
Catatkan tarikh setiap kali anda berbincang dengan rakan anda berkenaan dengan sesuatu isu atau aktiviti. Tarikh harus ditulis semasa PRS menyediakan laporan. Guru Kaunseling menulis tarikh semasa membuat pemantauan laporan aktiviti PRS.
Nama :
Gunakan nama samaran rakan yang berbincang dengan anda.
Kod Bimbingan:
BI BK
: :
Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok
Jenis Bimbingan : Bulatkan jenis bimbingan yang diberi. A D K P R L
: : : : : :
AKADEMIK DISIPLIN KELUARGA MASALAH PERIBADI RAKAN SEBAYA LAIN-LAIN
Latar Belakang Rakan :
81
Pengurusan PRS Latar belakang keluarga, keadaan ekonomi ibu bapa, keadaan fizikal, emosi rakan semasa berjumpa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Isu Perbincangan : Catatkan isu perbincangan merujuk jenis bimbingan. Tetapkan matlamat perbincangan. Maklumbalas : Nyatakan respon daripada rakan atas alternatif yang diberi. ada perubahan tingkahlaku atau tiada perubahan. Masalah bertambah serius. Tindakan Susulan : Dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Berbincang seminggu sekali. Berbincang setiap hari dengan rakan.
82
Pengurusan PRS
83
Pengurusan PRS
IKRAR PRS Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____. 1.
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
2.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
3.
Berusaha menjadi pelajar contoh.
4.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
5.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
6.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS
84
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 9: JAWATANKUASA PRS
Penasihat (Guru Kaunseling) Pengerusi (Pelajar Tingkatan Lima) Naib Pengerusi (Pelajar Tingkatan Empat) Setiausaha (Pelajar) Naib Setiausaha (Pelajar) Bendahari (Pelajar) Naib Bendahari (Pelajar) AJK
Biro Akademik
Biro Publisiti
Biro Kerjaya
Biro Kebajikan
Biro Lawatan Wakil Tingkatan
85
Biro Latihan
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 10: RANCANGAN TAHUNAN PRS CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN PRS Bulan Januari
Februari
Mac
April
Mei
Aktiviti
Sasaran
Promosi PRS • Pemilihan Ahli • Temuduga • Ujian Personaliti • Mesyuarat Agung PRS • Rancangan Tahunan • Perlantikan Biro / AJK • Pembahagian Tugas
PRS tingkatan 1-4
Personalia Guru Kaunseling AJK UBK
1,2,4
Program Orientasi PRS PRS tingkatan 1• Ramah Mesra • Taklimat AktivitiTahunan 5 • Kursus PRS 1 (Modul Asas 1- Kesedaran Kendiri dan Asas Komunikasi) • Kursus PRS 2 (Modul Asas 2- Asas Kaunseling dan Perkembangan Remaja)
Guru Kaunseling
Pemantauan PRS PRS • Semakan Buku Log PRS tingkatan 1• Bimbingan Penyelesaian 5 Masalah Pesta Sukan PRS peringkat sekolah, daerah dan zon
Guru Kaunseling
Pemantauan PRS PRS • Semakan Buku Log PRS tingkatan 1• Bimbingan Penyelesaian 5 Masalah Aktiviti Luar • Kursus Kepimpinan • Rekreasi • Lawatan
Guru Kaunseling
Pemantauan PRS
Guru Kaunseling
PRS tingkatan 1-
86
AJK UBK
AJK UBK
AJK UBK
Catata n
Pengurusan PRS • •
Semakan Buku Log PRS 5 Bimbingan Penyelesaian Masalah Latihan Kemahiran Lanjutan Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
AJK UBK
Pemantauan PRS PRS • Semakan Buku Log PRS tingkatan 1• Bimbingan Penyelesaian 5 Masalah Penglibatan Aktiviti Pertandingan Kerjaya Sekolah / Daerah
Guru Kaunseling
Pemantauan PRS PRS • Semakan Buku Log PRS tingkatan 1• Bimbingan Penyelesaian 5 Masalah Aktiviti Luar • Kursus PRS • Lawatan
Guru Kaunseling
Pemantauan PRS PRS • Semakan Buku Log PRS tingkatan 1• Bimbingan Penyelesaian 5 Masalah Penglibatan Aktiviti Pertandingan Kerjaya Peringkat Negeri
Guru Kaunseling
Penilaian PRS dan Laporan Pencapaian Penilaian Anugerah PRS Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan
PRS tingkatan 15
Guru Kaunseling
Penyediaan Sijil Jamuan Akhir Tahunan / Jamuan Perpisahan Konvensyen PRS peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan
PRS tingkatan 15
87
AJK UBK
AJK UBK
AJK UBK
AJK UBK
Guru Kaunseling AJK UBK
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 11 : PERLEMBAGAAN PRS
PERLEMBAGAAN KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
1. MATLAMAT
Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan dan juga sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Selain itu, murid dapat menyakinkan diri dalam memberi bantuan dan juga cadangan serta boleh berinteraksi dengan lebih baik dari masa ke semasa.
2. OBJEKTIF
2.1
Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri .
2.2
Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
88
Pengurusan PRS 2.3
Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya
mempraktikkannya
dengan
rakan-rakan,
guru,
keluarga dan orang lain. 2.4
Mengetahui dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan-rakan dan berupaya membantu rakan dengan lebih berkesan.
2.5
Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
2.6
Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.
3. KEAHLIAN
3.1
Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
3.2
Pemohon menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
3.3
Temuduga akan diadakan dari semasa ke semasa dan murid yang layak sahaja akan dipilih.
3.4
Kelayakan murid yang akan dipilih ialah : i.
Minat dan aktif
ii.
Boleh berkomunikasi dengan baik.
iii.
Personaliti yang baik.
89
Pengurusan PRS iv.
Tiada masalah disiplin.
v.
Mempunyai pencapaian akademik yang baik.
4. GURU PENASIHAT
4.1
Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
4.2
Guru
penasihat
merancang,melaksana
mempunyai atau
kuasa
membatalkan
sesuatu
mutlak aktiviti
apabila difikirkan perlu.
5. AHLI JAWATANKUASA
5.1
Dilantik semasa mesyuarat agung.
5.2
Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.
5.3
Pemilihan AJK adalah secara undian.
5.4
AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
5.5
AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6
AJK yang tidak hadir semasa aktiviti / perjumpaan / mesyuarat sebanyak tiga kali tanpa sebab-sebab yang munasabah akan dilucutkan jawatannya serta merta.
90
Pengurusan PRS 5.7
5.8
AJK Kelab terdiri: i.
Pengerusi
ii.
Naib Pengerusi
iii.
Setiausaha Agung
iv.
Penolong Setiausaha
v.
Bendahari
vi.
Penolong Bendahari
vii.
AJK mengikut tingkatan
viii.
Pemeriksa kira-kira
Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.
6. KEHADIRAN /PENYERTAAN
6.1
Ahli kelab dikehendaki menghadiri setiap aktiviti/perjumpaan sekurang-kurangnya 70% sepanjang tahun.
6.2
Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian kelab.
7. AKTIVITI
7.1
Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.2
Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
91
Pengurusan PRS
8. PERATURAN-PERATURAN
8.1
Peraturan sekolah adalah peraturan asas kelab.
8.2
Peraturan khas yang ditetapkan oleh kelab hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
8.3
Ahli-ahli yang melanggar peraturan kelab akan dikenakan tindakan tatatertib.
8.4
Semua ahli mestilah patuh dengan etika PRS yang telah ditetapkan.
9. TINDAKAN DISIPLIN
9.1
Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
9.2
Tindakan disiplin adalah seperti berikut: i.
Amaran lisan
ii.
Amaran bertulis
iii.
Menggantung keahlian
iv.
Pecat keahlian
92
Pengurusan PRS 9.3
Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak ahli kelab.
9.4
Ahli yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat Kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
10. PINDAAN PERLEMBAGAAN
10.1
Mana-mana bahagian dari perlembagaan kelab ini sah sehingga ia dipinda.
10.2
Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, guru penasihat, murid, ahli jawatankuasa atau pentadbir
sekolah
dengan bertulis. 10.3
Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan sekiranya perlu.
10.4
Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua.
11. DERMA
11.1
Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.
93
Pengurusan PRS 11.2
Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
11.3
Ahli yang menyertai sesuatu aktiviti yang memakan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayainya.
12. HAL-HAL LAIN
12.1
Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti kelab
12.2
Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti kelab dengan penuh minat.
BAHAGIAN 11: LAGU PRS PRS PRS we’re always there for you when you need us lending an ear to you PRS we’ll help light up your life Together, friends for eternity *(P) Positivity (R) Rational thinking (S) Sensitivity That’s what we strive to be you’ Time after time (through and through) PRS, that us! When you’re down, when you are full of frowns And you’re alone, screaming for help, a shoulder to cry on, PRS, your friend in times of need, So don’t feel shy, don’t wait, just look for us (Repeat*) Your friend in need, that’s us! (PRS, That us) Drop in for a chat with us! (PRS, That’s us) Anytime, anyplace, everybody welcome! (PRS, that’s us) PRS, that’s us!! PRS,kan s’lalu di sampingmu Sambutlah bantuan yang ikhlas dari kami PRS, menyuluhi jalan hidupmu Bersama, sahabat ’tuk selamanya
94
Pengurusan PRS (P) Sikap positif ® minda rasional (S) sikap sensitf ‘Tuhan harapan kami Setiap masa (setiap kali) Kami PRS Bila dirimu, muram dan hilang senyumanmu Dan kan perlukan bantuan, tempat ‘tuk mengadu PRS, sahabatmu yang sejati Pintu kami ’kan terbuka tuk mu Kami PRS! Kami PRS! Kami PRS! KAMI PRS!!!
1. SURRANGGANI SURANGGANI (2X) SURANGGANI KAMALUKANAVA, MALU-MALU KAMALU KANAVA, SURANGGANIKA MALU, SURANGGANIKA MALU KANAVA...
2. EPO A TAI TAI HEY EPO A TAI TAI A YAH (2X) HEY APO A TAI TAI APO, ITUKI TUKI APO, ITUKI TUKI EYAHHH...
3. SAMBALEE SAMBALE SAMBALOA, AMINAMINA SAMBALOA, AMINAMINA YEH YEH YEH, AMINAMINA OOOOOO, LU SAMA LU GUA SAMA GUA, LU JANGAN DENGKI SAMA KITAK PRS, PRS NO.1 PRS NO. 1 YEAHH...
4. MASIHKAH KAU INGAT MASIHKAH KAU INGAT, PADA WAKTU ITU, SEKUNTUM BUNGA MEKAR, KU SELIT KE RAMBUTMU, MASIHKAH KAU INGAT, IA MENJADI MIMPI DAN MENJADI RINDU, MASIHKAH KAU INGAT, MASIHKAH KAU INGAT KITA BERLARI-LARI DI KAKI LANGIT MENCARI PELANGI LALU HUJAN TURUN KITA BASAH BERSAMA MASIHKAH KAU INGAT MASIHKAH KAU INGAT
95
Pengurusan PRS
MASIHKAH KAU INGAT SEKUNTUM BUNGA ITU DI TAPAK TANGAN INI IA MENJADI LAYU LALUKU GENGAM IA MENJADI DEBU MASIHKAH KAU INGAT MASIHKAH KAU INGAT...
5. I HAVE A DREAM I HAVE A DREAM, A SONG TO SING TO HELP ME COPE WITH ANYTHING IF YOU SEE THE WONDER OF A FAIRY TALE YOU CAN TAKE THE FUTURE EVEN IF YOU FAIL CHORUS: I BELIVE UN ANGEL SOMETHING GOOD IN EVERYTHING I SEE I BELIVE IN ANGEL WHEN I KNOW THE TIME IS RIGHT FOR ME I’LL CROSS THE STREAM I HAVE A DREAM............ I HAVE A DREAM,A FANTASY TO HELP ME THOUGH REALITY AND MY DESTINATION MAKES IT WORTH THE WHILE PUSHING THROUGH THEDARKNESS,STILL ANOTHER MILE
96
Pengurusan PRS
FIKIRKAN BOLEH!!!! Engkaulah apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran, Kau fikir boleh melakukan, Fikirkan boleh
Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan, Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu.
Percaya apa kau lakukan, Tabah apa kau usahakan, Bertindak atas kemampuan Engkau Boleh, Engkau Boleh, Engkau Boleh,
Jika kau fikirkan kekalahan, Kau hampiri kegagalan, Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan.
LAGU PEMIMPIN WAJA
TIADA GUNUNG TERLALU TINGGI BUAT KAMI DAKI DI SIANG HARI TIADA JURANG TERLALU DALAM BUAT KAMI TURUN DI MALAM KELAM-MALAM KELAM, HUTAN RIMBA 2X PADANG LALANG 2X DUSUN SUNYI JALANNYA JAUH PANAS TERIK, HUJAN GERIMIS AYOHLAH! AYOHH, MAJU KAWANKU, HARAM PATAH 2X HATI KAMI 2X KERANA TERLATIHNYA KAMILAH, PEMIMPIN WAJA AYOH LAWAN SEMUA 2X
97
BUMI LUAS TERBENTANG DI SELURUH NUSANTARA DEBURAN OMBAK KU KAYUH CUACA GELAP KU REMPUH KAMILAH, PEMIMPIN WAJA - WAJA
Pengurusan PRS
RUKUNEGARA
Kepercayaan kepada tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan
98
Pengurusan PRS
BAHAGIAN 12: UJIAN PRA DAN POS UJIAN PRA Sila jawab dengan jujur pernyataan no. 1 hingga 15 dengan menandakan ( √) pada skala YA atau TIDAK. Bil 1. 2. 3. 4.
Pernyataan / Item Saya tahu apa itu PRS Saya tahu peranan PRS Saya tahu etika PRS Saya tahu membantu guru kaunseling adalah salah satu tanggungjawab pemimpin
5.
PRS Saya tahu bagaimana merekodkan
6.
maklumat-maklumat di dalam buku log PRS Saya sudah didedahkan dengan kemahiran
7. 8.
–kemahiran asas kaunseling Saya yakin pada diri sendiri Saya boleh berkomunikasi dengan rakan-
9.
rakan Saya boleh berkongsi pengalaman dengan
10. 11. 12.
orang lain Saya boleh bekerjasama dengan orang lain Saya boleh bercakap dikhalayak ramai Saya bersedia membantu orang lain pada
13. 14. 15.
bila-bila masa Saya tahu kekuatan diri saya Saya tahu kelemahan diri saya Saya boleh berbual dengan kawan baru
99
Skala YA TIDAK
Pengurusan PRS UJIAN POS Sila jawab dengan jujur pernyataan no. 1 hingga 15 dengan menandakan ( √) pada skala YA atau TIDAK. Bil
Pernyataan / Item YA
1. 2. 3. 4.
Skala TIDAK
Saya tahu apa itu PRS Saya tahu peranan PRS Saya tahu etika PRS Saya tahu membantu guru kaunseling adalah salah satu tanggung jawab pemimpin
5.
PRS Saya tahu bagaimana merekodkan
6.
maklumat-maklumat di dalam buku log PRS Saya sudah didedahkan dengan kemahiran
7. 8.
–kemahiran asas kaunseling Saya yakin pada diri sendiri Saya boleh berkomunikasi dengan rakan-
9.
rakan Saya boleh berkongsi pengalaman dengan
10. 11. 12.
orang lain Saya boleh bekerjasama dengan orang lain Saya boleh bercakap di khalayak ramai Saya bersedia membantu orang lain pada
13. 14. 15.
bila-bila masa Saya tahu kekuatan diri saya Saya tahu kelemahan diri saya Saya boleh berbual dengan kawan baru
Jawatankuasa Penulisan Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Rendah dan Menengah Malaysia
100
Pengurusan PRS
Penasihat
: En Salleh B. Mohd. Husein Pengarah Bahagian Sekolah
Pengerusi
: En Mohd Zais B. Mohd Akil Ketua Penolong Pengarah (Sektor Hal Ehwal Murid)
Jawatankuasa En Abdul Rahim B. Othman Penolong Pengarah (Sektor Pengurusan Sekolah Menengah) Y.M. Raja Mazlan B. Raja Shahdan Penolong Pengarah (Sektor Hal Ehwal Murid) En Shahidin B. Mohd Shah Penolong Pengarah (Sektor Hal Ehwal Murid) Tn Hj Ishak B. Naim Penyelia Kaunseling, JPS Selangor. En Ahmad Kamal B. Ariffin Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK. Seksyen 18 Shah Alam, Selangor Pn Zubaidah Bt. Mat @ Ahmad Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK. Tengku Ampuan Rahimah, Klang En. Safie B. Ibrahim Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka. En Mohd Said B. Julpin Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Puchong Utama (1),Petaling Pn Julia Bt. Abu Sari Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Puchong Perdana,Petaling Pn Zunaidah Bt. Zakaria Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK(P) Taman Petaling,Petaling En. Zulkipli B. Othman Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Arau,Perlis. Pn Masbah Bt. Lamat
101
Pengurusan PRS Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Gading, Gombak Pn Hamidah Bt. Mohammad Ali P.P.N. Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Rahman Putra ,Gombak Pn Chuah Mooi Kim Guru Bimbingan dan Kaunseling SMJK Yu Hua,Kajang En. Abdullah Sani B. Long Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Tajar,Alor Star, Kedah. En Adnan B. Hj. Mansor Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK USJ 13,Subang Jaya, Petaling Cik Sabariah Bt. Bakar Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK USJ 4, Subang Jaya, Petaling Pn. Norazwa Bt. Mohd Sidek Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Cheras Jaya, Hulu Langat. Pn. Helena Tong Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Connaught, Kuala Lumpur. Pn Salmiah Bt. Monshie Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Dengkil, Sepang Pn. Yusnita Bt. Mohamed Yusop Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK (P) Bukit Kuda, Klang Pn. Noor Aza Bt. Abd.Aziz Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu, Terengganu Pn. Noraini Bt. Mohd Mustaffa Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi Pn. Zaiton Bte Sharif Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Cik Noor Adilah Bt. Sahrir Guru Bimbingan SK Seri Bayu, Pulau Pinang.
[email protected]
102