Proses Pembentukan Teori Komunikasi Tugasan 2

July 24, 2017 | Author: wyt9555 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

teori komunikasi...

Description

1.0 PROSES PEMBENTUKAN TEORI KOMUNIKASI

Teori berasal dari perkataan Yunani, iaitu therio yang bererti pemandangan. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2000:1423 ) teori bermaksud: 1. Pendapat ( bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya ) yang dikemukan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain; 2. Prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi sesuatu pengetahuan; 3. Asas, dasar ( bukan amalan atau apa biasanya berlaku ). Namun demikian menurut Mana Sikana (1997 : 150 ) : bahawa teori merupakan gagasan tentang definisi , konsep, prinsip, keteria dan saranan yang menjelaskan sesuatu subjek. Menurut beliau lagi terdapat sifat umum teori, iaitu: Mengandungi kumpulan saranan, Penjelasan tentang Subjek dan Objektif dan Deskripsi secara sistematis akan fenomena dan perubahannya. Terdapat perbezaan di antara teori dengan hipotesis. Menurut Winarno Surachmad ( dipetik daripada A. Rahman Yusof dalam Hamzah Hamdani (peny) 1988:7-8) hipotesis adalah perumusan jawapan sementara terhadap sesuatu saoal, yang dimaksudkan sebagai tuntutan sementara dalam penyelidikan untuk mencari jawapan sebenar. Manakala menurut Sutrisno Hadi pula sebuah hipotesis adalah dugaan yang mungkin benar, atau mungkin juga salah. Justeru itu, hipotesis tidak perlu selalu benar, ia terpulang pada pembuktian berdasarkan data yang dikumpulkan. Apabila hipotesis itu tidak dapat dibenarkan sebahagian sahaja, apa yang harus dilakukan si penyelidik ialah mengubal semula hipotesis itu. Sebaliknya jika hipotesis itu dapat dibenarkan keseluruhannya, hilanglah statusnya sebagai hipotesis dan ia menjadi teori.

Teori komunikasi merupakan satu proses yang memainkan peranan penting kepada masyarakat dan menjadi perantaraan yang digunakan didalam kehidupan manusia seharian bagi mencapai objektif yang tersendiri. Sejak dari awal lagi manusia berkomunikasi dalam bentuk lisan, tulisan dan lakaran pada sesuatu objek dan permukaan gua. Melalui proses komunikasi ini manusia dapat berkongsi maklumat dan ianya sentiasa berlaku berterusan seolah-olah tiada permulaan dan pengakhiran. Teori Komunikasi terdiri daripada empat komponen utama iaitu bermula daripada sumber, dimana orang yang mempunyai ataupun membawa sesuatu maklumat; maklumat ataupun mesej yang hendak disampaikan saluran yang digunakan untuk menyampaikan.maklumat tersebut 1

dan akhir sekali adalah penerima iaitu pihak yang menerima mesej tersebut. Dalam hal ini , apabila maklumat berjaya disampaikan oleh sumber kepada penerima, dan penerimanya berjaya melakukan seperti apa yang disampaikan oelh sumber, maka suatu komunikasi tersebut dianggap berjaya. Sesuatu teori mempunyai ciri-ciri tertentu ( Syed Arabi, 1998 ). Teori merupakan satu kenyataan yang bersifat tetap dan kosisten. Bagi menerangkan fenomena yang sama, tidak seharusnya berlaku percanggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Teori perlu dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas. Teori juga hendaklah mengandungi konsep yang membolehkan pengkaji membuat ujian dan keputusan. Sesuatu teori yang sempurna bermakna ia telah diuji dan sentiasa diuji. Proses pengembangan atau pembentukan teori secara umumnya mengikut model eksperimental. Peringkat pertama dalam proses penyelidikan- penyelidikan dimulakan dengan pertanyaan soalan. Mengikut Miller and Nicholson (1976 ), Setiap proses penyelidikan dimulakan dengan cara yang teratur dan sistematik. Suatu teori ialah persoalan atau kenyataan sementara berkenaan fenomena komunikasi yang perlu kita uji sebelum mendapat jawapan. Selepas suatu teori dibentuk, teori masih lagi diuji sehingga kepastian dapat dibuat. Proses menguji teori ialah proses penyelidikan. Tanpa penyelidikan kita dapat membentuk teori yang berkesan dan mantap dan umum bagi menerangkan pelbagai aspek komunikasi.

Peringkat kedua proses penyelidikan ialah pemerhatian iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji. Kaedah pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kesesuaian kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Ada yang berminat mengkaji rekod dan artifak , ada juga yeng melibatkan diri sendiri dalam pemerhatian. Selain itu ada juga menggunakan perlalatan dan uji kaji yang terkawal, da nada yangmembuat kajian tinjauan menggunakan soal selidik atau boring temu bual. Semua kaedah yang digunakan dirancang bagi mendapatkan jawapan kepada soalan yang dibentuk pada tahap pertama. Peringkat ketiga iaitu membentuk jawapan. Pada peringkat ini, para penyelidik cuba memberi definisi, menerangkan dan menjelaskan bagi membuat pertimbangan. Setiap peringkat berkait dengan peringkat-peringkat lain dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

2

Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan baru. Teori pula dapat dicabar oleh pemerhatian dan persoalan. Teori juga dapat menjurus kepada persoalan-persoalan baru dan sebahagian pemerhatian dikenal pasti sebagai teori. Ini dapat dilihat daripada proses pembentukan teori. Peringkat ini perlu memberi definisi, penerangan, membuat pertimbangan. Jawapan boleh menggalakkan kajian seterusnya. Borman (1965 ) mengatakan

bahawa kaedah keilmuan

komunikasi terbahagi kepada 3 iaitu keilmuan, saintifik, keilmuan humanistik dan keilmuan sains sosial. Keilmuan saintifik berobjektif membentuk satu piawai untuk kegunaan bersama. Keilmuan saintifik adalah bermatlamatkan sains iaitu menjelaskan fenomena setepat mungkin. Ia sesuai untuk kajian alam semulajadi. Keilmuan humanistik adalah berbentuk subjektif, kaedah ini cuba memahami individu yang bersifat subjektif dan bertumu kepada manusia atau individu. Kaedah ini sesuai untuk perkara-perkara seni, pengalaman peribadi. Interprestasi ilmu banyak menggunakan gerak hati ( intuition), kreativiti, interprestasi pemikiran dalam ( insight).

Terdapat empat kaedah yang digunakan oleh penyelidik komunikasi untuk mengkaji fenomena komunikasi iaitu eksperimen, tinjauan, analisis tekstual dan etnografi. Eksperimen dan tinjauan adalah kaedah kuantitatif yang digunakan oleh ahli sains untuk menguji teori manakala testual dan etnologi adalah kaedah kualitatif yang digunakan oleh sarjana kemanusiaan . ( Saodah Wok.). Eksperimen adalah kaedah di mana ia cuba membentuk hubungan sebab akibat dengan cara memanipulasi secara sistematik satu verabel bebas dalam satu situasi ketat untuk melihat kesan ke atas variable bergantung. Tujuan merupakan kaedah di mana boring soalselidik digunakan bagi mendapatkan jawapan sendiri daripada responden manakala analisis tekstual bertujuan menerangkan dan membuat interprestasi sesuatu mesej yang tidak terhad kepada teks bertulis tetapi ekspresi simbolik. Etnografik pula merupakan kaedah melibatkan diri secara peribadi dalam proses penyelidikan dengan memerhati, pendekatan intepretif dalam mengkaji sesuatu fenomena. ( Saodah Wok ). Kaedah-kaedah di atas adalah amat penting dalam membentuk teori komunikasi.

3

Terdapat beberapa pendekatan atau paradigma yang membentuk teori. Dalam disiplin komunikasi, teori-teori komunikasi dikatakan bermula dengan pemikiran tentang proses maklumat menerusi pemikiran sibernetik ( West dan Turner, 2003 ). Paradigma dalam konteks pendekatan kontemporari. Pendekatan awal merujuk kepada pendekatan strukturalis dan pendekatan tingkah laku. Pendekatan kontemporari pula merujuk kepada pendekat system, pendekatan budaya dan pendekatan kritikal. Pembentukan teori bagi bidang komunikasi adalah amat mencabar kerana ia adalah berdasarkan campuran berbagai-bagai disiplin dan ilmu. ( Littlejohn & Foss, 2005 ). Ditegaskan bahawa berbagai-bagai pendekatan perlu digunakan dalam proses pembentukan dan pengembangan teori komunikasi dan tidak mungkin hanya satu pendekatan dapat merungkai dan menjejaskan pelbagai-bagai fenomena yang berlaku di dalam masyarakat. Kepelbagaian perspektif dalam pembentukan teori komunikasi boleh dan sepatutnya berlaku.

4

2.0 KESIMPULAN

Teori Komunikasi ialah teori yang menjelaskan fenomena komunikasi. Maka itu, teori komunikasi sangat perlu dan penting dalam menjalankan kajian saintifik. Teori akan sentiasa di rujuk dalam perbincangan, perbandingan. mengenal pasti dan memahami fenomena lepas. Dengan adanya teori dalam kajian, kajian yang dijalankan akan lebih fokus dan membincangkan perkaraperkara yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, teori juga sentiasa dikembangkan atau dipertingkatkan. Di samping itu juga terdapat situasi yang hanya berlaku pada masa lampau dan ia hanya boleh dijelaskan dengan teori. Maka untuk memahami masalah yang dialami pada masa lampau, teori diperlukan.

5

3.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof Hussain. (2003). Teori-teori komunikasi. Bentong: PTS Publication & Distributiors Sdn Bhd.

Vernon, C., Pearce.W. B., & Haris, L. (1979). The logic of the coordinated management of meaning. Communication Education, 28, 22-38.

Theodorson, George dan Achilles Theodorson, 1970. A Modern Dictionary of Sociology. London: Methuen

Mana Sikana (peny.), 1997. Teori Santera dan Budaya dalam Kajian Akedemik. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://andrebessie.blogsports.my/2013/04/teori-komunikasi-menurut-bukulittle.html?m=1

6

7

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF