Proses Kejadian Matahari Dan Orbit Dari Sudut Pandangan

September 10, 2017 | Author: amierrazali | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Kejadian Matahari Dan Orbit Dari Pandangan Al-Quran....

Description

SUBJEK: DUA2012(SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM)

PENSYARAH: PUAN ZAINUN BINTI SALLEH TAJUK: PROSES KEJADIAN MATAHARI DAN ORBIT DARI SUDUT AL QURAN NAMA: 1) 12DEP15F1009:MUHAMMAD SHAFIQ BIN ABDULLAH 2)12DEP15F1039:ABDUL HADI BIN DIN

PROSES KEJADIAN MATAHARI DAN ORBIT DARI SUDUT PANDANGAN AL QURAN

PROSES KEJADIAN MATAHARI DAN ORBIT DARI SUDUT PANDANGAN AL QURAN • Matahari adalah sebuah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8-10bilion tahun selepas berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight). Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.

• Sebenarnya kestabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian (core) menguncup ( contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu, suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Maka lahirlah planetary nebula. Dengan itu, tamatlah riwayat hidup matahari.

JANGKA HAYAT MATAHARI •



Matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang ahli fizik Jerman, Hermann von Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati perkembangan matahari yang ternyata diameter matahari setiap tahunnya menyusut 85 m. Kalau pengamatan Helmholtz benar, maka berdasarkan perhitungan penyusutan diameter matahari, umur matahari hanya akan bertahan untuk waktu 20.000.000 sampai dengan 25.000.000 tahun sejak matahari mengalami penyusutan. Teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan terkubur

JANGKA HAYAT MATAHARI •

Allah menjelaskan dalam surah at-Taqwir ayat 1 ‫إ إرذا ال ش‬ ‫ت‬ ‫س ك كوورر ت‬ ‫ش ت‬ ‫م ك‬ Maksudnya: "Dan matahari semasa ia digulungkan." 



Perkataan penting di sini ialah perkataan 'kuwwirat'. Sahabat Abdulullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi ' atau 'menghilang' manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'. Ia menjelaskan apabila berlaku hari kiamat alam ini seolaholah digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilanagn cahayanya.

PROSES PEREDARAN MATAHARI MELALUI ORBIT

• “Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).” (Surah al-Anbiya; 33) • “Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. “ (Surah Yaasin;38) • Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur’an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. • Tambahan pula,terdapat sembilan planet yang lain mengelilingi matahari.Planet bumi berada di orbit ketiga mengelilingi matahari.

PROSES MATAHARI MENGELILINGI GALAKSI

• ‫سا عتلجمر يا ملرملسعتعقررا لعه اا عذملعكا عتلقمدزيررا ا ل عمززيمزا ا ل عملميمم‬ ‫ا عواللشلم ر‬ •

• •

Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui." penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

MATAHARI MENGELILINGI GALAKSI •



Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit

KESIMPULAN

• Suatu yang pasti, ketika Al-Qur’an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit ‘dipenuhi dengan lintasan dan orbit’ seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur’an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF