Proposal Kajian Tindakan Matematik

March 21, 2017 | Author: Muhammad Hanif Zol Hamidy | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Kajian Tindakan...

Description

Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH, TINGKAT KIKIR 8, TAMAN INDERAWASIH, 13600 PERAI, PULAU PINANG.

Nama Pengkaji MUHAMMAD HANIF MOHD SAFUAN LILI TAI NURUL AIN

Tajuk Kajian MENINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR MEMFAKTORKAN PERSAMAAN KUADRATIK DENGAN MENGGUNAKAN KALKULATOR (BACKWARD SOLUTIONKAEDAH KE BELAKANG) BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DINAMIK.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu

Kajian ini dijalankan kepada 42 orang murid Tingkatan 4 Dinamik di SMK Taman Inderawasih, Pulau Pinang. Objektif kajian, pertamanya untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam memfaktorkan persamaan kuadratik. Keduanya, mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan. Daripada rekod keputusan peperiksaan semester dan ujian bulanan kelas Tingkatan 4 Dinamik, didapati bahawa tahap penguasaan murid untuk bab dua “Quadratic Equations” (Matematik Tambahan) masih berada di tahap yang sederhana. Semasa memeriksa kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun, saya dapati bahawa murid masih lemah dalam melakukan pemfaktoran untuk soalan persamaan kuadratik. Daripada jawapan murid yang menggunakan kaedah silang, hanya 50% atau 17 orang murid sahaja dapat menjawab dengan betul. Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah cukup untuk pelajar menguasai konsep ini. Sangkaan saya ini meleset apabila mendapati rata-rata pelajar saya masih belum dapat menguasainya. Ini terbukti daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang baru saja berlalu. Mereka tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk ini dengan baik.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kes saya ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar saya yang gagal memfaktorkan persamaan kuadratik dengan betul. Saya merasakan bahawa penekanan dalam menyelesaikan masalah ini penting kerana konsep ini adalah sebahagian daripada soalan kertas 1 dan kertas 2 yang pasti mereka akan hadapi.

Fokus kepada kajian kes saya ialah: i.

Murid menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik menggunakan kalkulator.

ii.

Murid dapat menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik dengan cepat dan betul.

iii.

Murid tidak melakukan kesilapan dalam memfaktorkan persamaan kuadratik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid memfaktorkan persamaan kuadratik 3.2 Objektif Khusus 1. Murid menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik menggunakan kalkulator. 2. Murid dapat menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik dengan cepat dan betul.

3. Murid tidak melakukan kesilapan dalam memfaktorkan persamaan kuadratik.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan semua murid Tingkatan 4 Dinamik. Lelaki

: 20 orang

Perempuan : 14 orang Jumlah

: 34 orang

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Bil.

Aktiviti

Tarikh

Catatan

Pelaksanaan 1.

Mengenal pasti masalah dan

Ujian 1

pengumpulan data awal. 2.

Membincang dan menganalisis

Februari

masalah yang timbul dalam Tindakan 1. 3.

Menulis Proposal Kajian

April

4.

Pembentangan Proposal Kajian

29/4/2013

5.

Pelaksanaan „Program Backward

5 – 12 Mei 2013

Solution‟ Ujian Pra (memfaktorkan

4 Mei 2013

persamaan kuadratik) Bimbingan penggunaan kalkulator

5 – 11 Mei 2013

untuk memfaktorkan persamaan kuadratik Ujian post

12 Mei 2013

6.

Refleksi Kajian

Julai

7.

Menulis Laporan Kajian

Julai

8.

Pembentangan dapatan kajian

Julai

5.1

Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian Saya teruja untuk menjadikan tajuk kecil ini sebagai tajuk kajian (walaupun nampak mudah) tetapi menjadi masalah untuk murid saya menguasai konsep ini. Murid saya kurang memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, sebahagian murid kurang menunjukkan respon yang baik sebelum kajian dijalankan. Malah murid tidak menunjukkan sikap yakin diri apabila saya meminta mereka menjawab soalan

di papan putih. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun juga tidak memberangsangkan.

5.1.2 Ujian pra dan pros Ujian pra dijalankan kepada murid untuk menguji kemahiran mereka tentang konsep ini. Item adalah konsep asas pemfaktoran kepada „kaedah ke belakang‟ dalam menyelesaikan persamaan kuadratik dalam bentuk dan sebaliknya. Keputusan pelajar menunjukkan segelintir daripada mereka gagal dan tiada pelajar yang mendapat keputusan 100%. Konsep mudah ini kemudian saya konkritkan lagi dalam minda murid melalui aktiviti berkumpulan dan individu. Ganjaran diberikan kepada kumpulan dan individu yang mendapat markah tertinggi. Murid diuji lagi dengan ujian post dengan format soalan yang sama. Item dipilih dari soalan tahun lepas yang agak lebih mencabar minda murid.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisis pemerhatian 5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos 5.3 Tindakan yang Dijalankan 1. Langkah pertama yang saya ambil ialah memikirkan teknik berkesan untuk menyampaikan konsep ini kepada pelajar. Tiada teknik khas hanya pemantapan konkrit melalui latihan berkala. 2. Untuk memantapkan penguasaan konsep ini – teknik latih tubi saya terapkan pada murid. 3. Cungkil pengetahuan sedia ada murid tentang menukarkan persamaan kepada bentuk am.

4. Tekankan persamaan am persamaan kuadratik dalam bentuk dan disertakan nota ringkas. 5. Murid akan menulis konsep ini setiap kali sebelum memulakan sesi aktiviti. 6. Seterusnya, latihan berkumpulan diberikan. Dalam aktiviti ini, murid akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang dan ada 2 kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli. 7. Murid membuat latihan 1 dan latihan 2 di antara masa senggang yang ada untuk menguji kemahiran pelajar. Perbincangan dijalankan di antara guru dan pelajar. 8. Murid menjalani ujian pos untuk menguji pemantapan kemahiran. 9. Disusuli pula dengan perbincangan sebagai pengukuhan.

5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian/ penilaian Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (8 sesi) dan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya memperuntukkan lima waktu seminggu untuk bertemu murid dan membimbing mereka memantapkan konsep mudah ini. Minggu pertama saya konkritkan konsep topik ini kepada murid secara peta minda. Disusuli dengan beberapa latihan pengukuhan. Pada minggu kedua adalah sesi aktiviti berkumpulan untuk memantapkan kemahiran bersama rakanrakan. Aktiviti berkumpulan adalah seperti di bawah : Disediakan empat buah meja dengan aktiviti yang berlainan : -

Meja 1 : menukar persamaan kuadratik kepada bentuk am

-

Meja 2 : murid menentukan nilai a, b dan c

-

Meja 3 : menggunakan kalkulator untuk mendapat punca-punca kepada persamaan kuadratik

-

Meja 4 : menukar jawapan kepada faktor

5.5 Refleksi Kajian

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF