Proposal Final Project

May 28, 2016 | Author: Shaiful Amirul | Category: Types, Instruction manuals
Share Embed Donate


Short Description

Politeknik...

Description

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PROJEK AKHIR 1 (CC506) (JABATAN KEJURUTERAAN AWAM)

PROJEK: HAND AUGER DISEDIAKAN OLEH :

NAMA

NO. MATRIX

SAID NUH IQBAAL BIN SAID INDRA

08DKA11F2152

SHAIFUL AMIRUL BIN AHMAD ZAAI

08DKA11F2164

MUHAMMAD AMIRUL FADZLY BIN MOHD FADZIL MOHD AFFYZAN BIN ISMAIL

08DKA11F2165 08DKA11F2181

PENGENALAN

Penyiasatan tapak adalah sebahagian daripada pemeriksaan tanah yang sangat penting dalam bidang kejuruteraan geoteknikal. Kerja-kerja penyiasatan tapak termasuk peninjauan, pemerhatian, pensampelan, ujian insitu, dan penentuan profil tanah. Kerja ini adalah penting bagi reka bentuk dan pembinaan kerja-kerja asas kerana tanah mempunyai ciri-ciri yang tidak homogen, elastik, atau isotropi dan jenis tanah juga berbeza dengan ketara pada paras sehingga 30m dari kedalaman 50m dari permukaan tanah. Dalam BS 5930 telah menyenaraikan tujuan penyiasatan tapak. Antaranya ialah untuk menentukan sama ada tapak ini adalah sesuai untuk kerja-kerja dicadangkan. Kedua, bagi membolehkan reka bentuk yang selamat dan ekonomi reka bentuk bangunan. Kemudian, untuk mengatasi masalah semasa pembinaan berpunca daripada tanah dan keadaan tempatan. Akhirnya, penyiasatan tapak adalah untuk menyiasat punca perubahan sesuatu kawasan sama ada dalam keadaan semula jadi atau akibat daripada faktor-faktor lain. Di Malaysia, sampel tanah juga sering dikategorikan sebagai sama ada terganggu (disturbed) atau tidak terganggu (undisturbed). Hand augers biasanya digunakan untuk mendapatkan sampel tanah terganggu (disturbed) pada atau berhampiran permukaan tanah dan untuk pengalian kedalam di mana sampel itu boleh diperolehi dengan sampler tanah atau coresampler tanah. Augers akan digilirkan ke dalam tanah sehingga mereka dipenuhi dan kemudian diangkat keluar daripada lubang gerudi untuk dikosongkan. Auger selalu digunakan sehingga kedalaman kira-kira 6 meter atau lebih jika diperlukan. Subjek Geotechnic (CC502) yang diambil oleh pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Shah juga melibatkan penggunaan hand auger dalam menjalankan penyiasatan tapak untuk pengutipan sampel tanah-tanah. Auger hanya digunakan sehingga kedalaman 1 meter.

PENYATAAN MASALAH

Masalah yang kami dapati adalah pengambilan sampel di bawah tanah memakan masa yang lama. Keadaan tanah yang tidak menentu mengakibatkan kerja-kerja penggalian sedalam 1 meter lambat dijalankan kerana kekerasan tanah yang berbeza-beza. Keadaan ini telah menyusahkan para pelajar yang hanya mempunyai 3 jam masa kerjakerja makmal yang selalunya tidak mencukupi.

Selain itu, penggalian tanah oleh para pelajar memerlukan banyak tenaga buruh. Penggalian yang dilakukan dengan 6 orang dalam satu kumpulan pun tidak mencukupi. Sebagai contoh, seorang atau dua perlu duduk di atas hand auger yang tidak stabil demi menambahkan berat untuk tekanan ke atas tanah, 2 orang untuk menstabil pelajar yang duduk di atas hand auger dan yang selebihnya perlu menggerakkan hand auger tersebut dalam gerakan membulat (circular motion). Perkara ini akan menimbulkan kecederaan kepada para pelajar dan membuat pelajar kesuntukkan masa untuk menyiapkan kerja.

Di Politeknik juga, hand auger yang digunakan tidak sesuai untuk kesemua keadaan tanah. Antara keadaan tanah ialah tanah berpasir, tanah liat, tanah gembur dan sebagainya. Jika terdapat tanah berbatu atau berlumpur, penggalian menggunakan hand auger akan bertambah sukar. Bukan sahaja kesukaran untuk menggali malah kesukaran untuk mengeluarkan hand auger tersebut daripada dalam tanah.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah memastikan pengguna atau para pelajar dapat menjalankan kerja-kerja penyiasatan tapak dengan mudah di Politeknik. Secara khusus, kajian ini dapat mencapai objektif seperti berikut:-

 Menjimatkan masa untuk menjalankan kerja-kerja hand auger untuk mendapatkan sampel tanah di Politeknik.  Memudahkan kerja-kerja pengambilan sampel tanah dengan munggunakan hand auger di Politeknik.  Membuat hand auger untuk dapat menembusi apa-apa jenis keadaan tanah di Politeknik.

SKOP KAJIAN

Pada umumnya, kajian ini dijalankan bagi menghasilkan satu reka bentuk yang dapat mempercepatkan kerja-kerja pengambilan sampel tanah dan menghasilkan produk yang dapat menjimatkan masa untuk kegunaan para pelajar Geotechnic (CC502) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

KAJIAN LITERATUR

DEFINISI Hand auger digunakan untuk menggali ke dalam tanah dengan kedalaman kira-kira 6 meter atau lebih jika diperlukan untuk pengambilan sampel bagi tujuan penyiasatan tapak. Hand auger atau kadang-kadang dikenali sebagai Handheld auger adalah alat yang diperbuat daripada keluli yang digunakan untuk menggali lubang yang bukan sahaja dalam tanah tetapi seperti ais, kayu dan juga bahan-bahan lain.

JENIS-JENIS HAND AUGER Berdasarkan kajian, terdapat beberapa jenis hand auger seperti auger mekanikal dan bermotor, auger paip atau dikenali sebagai Plumber’s Snake, Garden Auger, Ice Auger dan juga Hand Auger Soil Sampling. Kesemua hand auger mempunyai kegunaan yang berbeza.

Auger mekanikal dan bermotor Auger mekanikal dan bermotor sering digunakan untuk pengalian lubang-lubang untuk pagar atau pintu ke dalam. Ini juga dikenali sebagai lubang pengorek atau pengorek kulit kerang. Augers bermotor yang biasanya tidak dianggap sebagai hand auger kerana ia boleh menjadi alat yang berdiri sendiri atau ia boleh menjadi attachments yang digunakan bersama drill tangan yang menggunakan elektrik.

Plumber’s Snake Auger seorang tukang paip atau Plumber’s Snake berbeza sedikit daripada kebanyakan augers kerana ia digunakan untuk unclog paip dengan menolak sekatan keluar tetapi hand auger ini digunakan menggunakan tenaga tangan.

Garden Auger Garden Auger atau auger tanaman berfungsi sama seperti auger bermotor. Auger sering digunakan untuk tujuan pengalian, penanaman pokok-pokok dan juga kerja-kerja landskap.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF