PROJEK LANDSKAP TAMAN
April 18, 2017 | Author: Azli Muda | Category: N/A
Short Description
Download PROJEK LANDSKAP TAMAN...
Description
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBLS 2103:PENGENALAN AGROTEKNOLOGI SEMESTER SEPTEMBER 2010 ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama
ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. 2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times New Roman” dan langkau baris 1.5. 3. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya pada tutorial ke 4 (empat) 4.
Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalam soalan tugasan.
5. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan. 6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.
SOALAN TUGASAN Anda telah diminta oleh pihak sekolah untuk menyediakan sebuah taman di kawasan sekolah yang menggabungkan tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan, sayur-sayuran dan ikan hiasan. Sediakan satu kertas cadangan kepada jawatankuasa Keceriaan sekolah. Dalam penyediaan kertas cadangan tersebut, perkara-perkara berikut haruslah disertakan: i.
Pengenalan
ii.
Rasional pemilihan dan jenis-jenis:
a.
Pokok hiasan
b.
Sayur-sayuran
c.
Ikan Hiasan
iii.
Lukisan pelan induk taman
iv.
Sertakan gambar-gambar contoh taman yang telah dilawati sebagai rujukan dan
panduan dalam perancangan taman anda. v.
Spesifikasi pengurusan dan penyenggaraan taman yang merangkumi
a.
Penjagaan pokok hiasaan
b.
Penjagaan sayur-sayuran
c.
Penjagaan dan pengurusan ikan hiasan
(markah 30)
PENGENALAN TUJUAN Cadangan pembangunan untuk menyediakan sebuah taman di kawasan sekolah yang menggabungkan tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan, sayur-sayuran dan ikan hiasan di kawasan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar ,Masjid Tanah Melaka. MATLAMAT 1. Merancang penyediaan lanskap meliputi keperluan ‘softscape’ and ‘hardscape’ dalam pembinaan taman di sekitar kawasan sekolah. 2. Menonjolkan imej serta identiti Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar yang menjadikan suasana pembelajaran murid adalah berasaskan Pembelajaran di Dalam Taman. 3. Memelihara dan memelihara flora dan fauna yang terdapat di kawasan tapak terutamanya spesis yang hampir pupus dan sukar ditemui seperti 4. Menambah nilai estetik sekolah ini terutama kepada para ibu bapa serta pelawat yang melawat ke sekolah ini. OBJEKTIF Projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah taman yang berinformasi (mesra pelajar) di samping memelihara dan memulihara unggas dan tanaman asal yang mungkin pupus ditelan arus pembangunan..Ianya juga dapat menyediakan tapak untuk muridmurid lebih mengenali pokok-pokok hiasan ,jenis-jenis ikan hiasan dan sayur-sayuran yang mungkin sebelum ini mereka tidak pernah temui.
LATAR BELAKANG PROJEK DAN TAPAK NAMA PROJEK Cadangan pembinaan taman bunga di kawasan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar. LOKASI Tapak lokasi terletak di satu kawasan lapang yang dahulunya dikenali sebagai Dataran Juara KESESUAIAN LOKASI 1. Kawasan ini telah terbiar dengan agak lama dan telah berlaku sedikit hakisan tanah terutama selepas hujan , tanah-tanah tadi akan dihanyutkan air dan sedkit demi sedikit membawa kepada hakisan yang teruk.Cadangan untuk menanam tumbuhan hortikultur terutama tumbuhan penutup bumi seperti rumput turf ,Arachis pintoi dan ros Jepun boloeh menutup bumi dengan baik dan mengelakkan hakisan dari berlaku. 2. Terdapat sebuah kolam lama di tengah-tengah kawasan projek yang akan di baik pulih serta sesuai untuk penternakan ikan-ikan hiasan. 3. Memandangkan kawasan projek sebelum ini agak panas ,maka dengan menanam tumbuhan hiasan ini dapat menyekat pancaran matahari terik dan dengan ini dapat menyejukkan persekitaran. 4. Keadaan topografinya yang rata dan rendah serta cuaca yang berangin membuatkan tapak ini sesuai sebagai tempat untuk murid-murid berehat serta dapat membuat aktiviti luar di kawasan ini.
SKOP PROJEK DAN CADANGAN Projek ini bakal menggabungkan antara tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan , sayursayuran dan ikan hiasan.Ketiga-tiga elemen ini akan berfungsi di dalam mewujudkan suasana flora dan fauna di samping memberikan suasana santai di kalangan murid dan guru apabila berada di dalam kawasan taman ini.Rasional pemilihan jenis-jenis ketigatiga elemen ini adalah seperti berikut: 1. Pokok Hiasan BIL 1.
NAMA/JENIS Rumput turf
GAMBAR CONTOH
RASIONAL Rumput Turf akan
di gunakan
sebagai penutup bumi.Ianya bukan sahaja dapat mengindahkan suasana malah dapat menghalang hakisan tanah daripada berlaku.
2.
Pokok Jenjarum
Pokok
(Ixora Javanica)
tumbuhan renek yang hidup rendah di
atas
Jenjarum permukaan
ini
adalah
bumi.Ianya
berbunga dengan cantik dan sesuai ditanam di sekeliling taman.
3.
Pokok Palma Kipas (Licuala Grandis)
Pokok Palma ini merupakan Tumbuhan Pinggiran Jalan yang terdiri daripada pokok – pokok besar yang boleh memberi teduhan kepada murid-murid yang ingin berteduh atau berehat di bawahnya.Akarnya pula tidak merosakkan jalan serta daun dan bunganya tidak mengotorkan jalan.
4.
Akar Dani (Quisqualis indica)
Pokok Akar Dani ini merupakan Tumbuhan Memanjat yang sesuai di tanam bagi memanjat kayukayu sokongan yang dinina dalam bentuk para.Pokok ini akan dapat memberi teduhan yang baik dan boleh menghiaskan kawasan – kawasan pejalan kaki.Pokok ini juga mengeluarkan bunga-bunga yang menarik.
5.
Teratai
Pokok Teratai boleh tumbuh dengan baik di dalam kolam.Ianya bukan sahaja cantik malah dapat menjadi tempat untuk ikan-ikan hiasan mendapatkan makanan. Teratai termasuk tumbuhan yang hidup di air (hidrofit). Daun teratai umumnya berbentuk bulat. Ada jenis teratai yang diameter daunnya mencapai 1-2 meter. Daun yang lebar ini memudahkan penguapan air serta fotosintesis. Tanaman teratai tumbuh dari dasar air. Tangkai daun cenderung tumbuh menjalar, sehingga helai daun selalu terlihat mengapung. Tangkai bunga cenderung tumbuh tegak sehingga bunga teratai dapat muncul dan menyembul dari permukaan air. Akar tanaman teratai tumbuh di dasar air batangnya berada di dalam air. Bunga teratai memiliki banyak lapisan kelopak.
2. Sayur- sayuran Objektif untuk menanam sayur-sayuran di dalam taman ini adalah bertujuan untuk mendedahkan murid-murid tentang kepentingan sayuran tanpa mengira peringkat umur.Selain daripada membekalkan vitamin sayur-sayuran juga dapat meneutralkan bahan-bahan berasid yang dikeluarkan semasa penghadaman daging dan lain-lain makanan. Murid-murid juga bakal didedahkan tentang proses penanaman , cara pengurusan dan cara pemugutan hasil tanaman. Untuk kertas kerja ini , kami telah merancang untuk menanam sayur-sayuran daripada Jenis Daun, Jenis Buah dan Jenis Akar. Rasional pemilihan adalah seperti berikut : BIL.
JENIS
NAMA
GAMBAR CONTOH
SAYURAN SAYURAN 1.
Sayuran Daun
Sawi Hijau
RASIONAL Kebaikan
sayur-sayuran
tidak terhingga. Pertama, ia rendah lemak, kalori dan natrium
serta
mengandungi
tidak
kolesterol.
Selain itu, sayur-sayuran juga
mengandungi
vitamin,
mineral,
serat,
karoteinoid dan bahan bioaktif
(dipanggil
bahan fitokimia).
sebagai
Kailan
Kailan merupakan sejenis sayur daun yang bernilai sederhana
tinggi
dan
digemari
ramai.
Ia
dipercayai
berasal
dari
kawasan
Mediteranean,
tetapi
kini
ditanam
kebanyakan beriklim
di
negeri tropika
dan
sederhana. Di Semenanjung Malaysia, kawasan pengeluar utama kailan ialah Johor diikuti oleh Melaka, Perak dan Pulau Pinang. 2.
Sayuran
Kacang
Buahan
Panjang
Cili
Kaya vitamin C, mineral dan nutrien. sayuran hijau membantu dalam menguatkan imunisasi badan serta kesihatan mata dan kulit Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakannya
ditanam
dikawasan tanah rendah
Keledek 3.
Sayuran
Keledek
Akar
merupakan
sejenis
sayuran
yang
kaya
berubi dengan
karbohidrat dan karotena. Dipercayai
berasal
dari
Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin
3. Ikan Hiasan Ikan Hiasan merupakan satu identiti bagi mewujudkan situasi menarik bagi sesebuah taman. Dalam pada itu dapat mendedahkan murid-murid tentang perasaan sayang terhadap hidupan fauna. Di samping itu juga , murid-murid dapat mengenali sifat-sifat sebenar ikan-ikan hiasan. Untuk projek ini , ikan-ikan hiasan akan dipelihara di dalam kolam yang terletak di tengah-tengah taman.Kolam berbentuk sfera ini akan dipenuhi dengan ikan – ikan daripada jenis ikan air tawar iaitu ikan koi. Rasional pemilihan bagi ikan jenis ini adalah seperti berikut : BIL
JENIS
1.
Ikan Koi
CONTOH GAMBAR
RASIONAL PEMILIHAN Ikan Koi merupakan sejenis ikan kap yang banyak dipelihara sebagai ikan hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. Ia hampir menyerupai ikan Emas dan memang dalam famili yang sama dengan ikan Emas.Jenis Ikan Koi Terdapat banyak sekali jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal disebut Gosanke.
PELAN KEDUDUKAN TAMAN
CADANGAN TAPAK TAMAN
Jalan Makmal Komputer Padang Bangunan Sekolah
PELAN INDUK TAMAN
Pokok Palma Kipas
Pokok Jenjarum Kolam Ikan Hiasan
Gondola
Sayur
Pintu Masuk Sayur
Batu Rawatan Kaki
Titi Kolam Pokok Palma Kipas
Sayur Rumput Penutup Bumi
Maklumat Sokongan
(Sorotan tinjauan ke taman)
Gambar
Lokasi / Maklumat
Lokasi : Jenis Tanaman: Maklumat:
SPESIFIKASI PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN a.) Penjagaan pokok hiasan
b.) Penjagaan sayur-sayuran c.) Penjagaan dan pengurusan ikan hiasan
Penjagaan pokok hiasan
Tumbuhan hiasan akan tumbuh lebih sekata jika ditanam pada satu batas yang disediakan dengan betul. Untuk menanam pokok – pokok hiasan di dalam taman ini kami bercadang untuk menanam secara bekumpulan atau sekelompok. 1)
Tanah – tanah akan digemburkan terlebih dahulu sedalam 30 cm.
2)
Batas dinaikkan setinggi 15 hingga ke 30 cm tinggi.Selain itu ditambah dengan
bahan-bahan pembaikan tanah. 3)
Campuran baja NPK 10-10-10 sebanyak 0.45 kg bagi setiap kaki persegi luas
batas boleh digunakan. 4)
Anak pokok akan ditanam mengikut cara menanam pokok secara tunggal .
5)
Permukaaan tanah akan ditutup dengan beberapa sentimeter sungkupan untuk
menghalang pertumbuhan rumpai dan mengawal kelembapan. 6)
Batas seterusnya akan disiram dengan sama rata.
Kebanyakkan tanaman hiasan dalam landskap memerlukan penjagaan untuk terus hidup sihat dan menarik. Penyiraman , pembajaan ,pemangkasan ,sungkupan dan kawalan perosak serta penyakit yang teratur adalah penting dalam proses pengurusan landskap yang bagus.
1)
Penyiraman dan Sungkupan
a)
Penyiraman
Tumbuhan memerlukan cukup air semasa awal pertumbuhan. Namun apabila ia telah sempurna tumbuh ,tanaman boleh hidup tanpa siraman selama beberapa hari malah berminggu-minggu. Tanda tanaman yang kekurangan air boleh kita dapati daripada melihat daun nya yang mula layu dan warnanya semakin pudar.Oleh yang demikian ,penyiraman perlu dilakukan
sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu pada musim kurang hujan ataupun di tempat-tempat yang terlindung daripada hujan. b)
Sungkupan
Ia adalah merupakan proses penutupan permukaan tanah di sekeliling pangkal pokok dengan bahan-bahan seperti rumput kering , lalang kering ,jerami padi dan plastik hitam. Sungkupan dilakukan bertujuan untuk pokok tidak perlu disiram selalu.Ia juga dapatmenghalang pertumbuhan rumpai , mengelakkan penyakit bawahan tanah tertentu terutama pada daun dan menstabilkan suhu tanah agar akar terlindung daripada suhu yang ekstrim. Selain itu bahan organik pada tanah akan bertambah jika bahan organik digunakan sebagai sungkupan. 1)
Membaja dan Memangkas
a)
Membaja
Pembajaan adalah sangat penting bagi mengekalkan unsur-unsur nitrogen , fosforus , kalium dan sebagainya kepada tanaman. Terdapat pelbagai bentuk baja di pasaran dan dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk debu , cecair , bebutir ,kapsul ,pellet dan sebagainya.Baja berbeza dari segi kandungan dan kadar pelepasan nutriennya.Jenis baja dipilh bukan sahaja berdasarkan kos malah perhatian juga perlu diberikan terhadap jenis pokok yang hendak dibaja,kandungan nutrien yang sedia ada di dalam tanah dan bentuk pertumbuhan yang diinginkan. Cara Melakukan Pembajaan
Menabur
Alur
Poket
Suntikan
Membaja •
Tabur baja di bawah sudut pokok.
•
Gembur tanah supaya baja mudah bergaul dengan tanah dan siram.
Alur •
Letakkan baja di dalam alur kecil yang digali di bawah hujung kanopi di sekeliling pokok.
•
Kambus semula alur dan siram.
Poket •
Gali lubang – lubang kecil di bawah kanopi di sekeliling pokok jarak di antara 4560 cm dan kedalaman lubang lebih kurang 15 cm.
•
Letak baja di dalam lubang , kambus semula dan siram.
Suntikan •
Untuk keadaan tertentu sekiranya akar pokok telah rosak dan tidak dapat mengambil baja dengan baik.
•
Lubang boleh ditebuk pada batang dan masukkan baja kapsul ke dalam lubang.
•
Baja cecair boleh disuntik dengan alat khas ke dalam lubang.
Memangkas Bermaksud memotong bahagian –bahagian tertentu tumbuhan. Bertujuan untuk : •
Mendapatkan sesuatu bentuk atau saiz yang diingini.
•
Membuang dahan atau ranting yang mati , rosak atau berpenyakit.
•
Menggalakkan pertumbuhan baru yang cergas.
Potong berhampiran dengan (a) tunas, (b) cabang sisi, dan (c) Batang utama.Jangan tinggalkan tunggul Perlindungan Tanaman a) Kawalan Rumpai Rumpai boleh dikawal secara mekanikal iaitu menggunakan tangan, sungkupan atau secara kimia dengan menggunakan racun rumpai.Racun rumpai pracambah digunakan untuk mengawal rumpai diperingkat awal sebelum percambahn biji benih rumpai. b)Perosak dan Penyakit • Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang serangga perosak atau penyakit. • Mengikuti program pengurusan yang betul untuk menjamin kesihatan tanaman. • Awasi tanaman secara berkala.Mengesan awal penyakit dapat menyelamatkan Pokok
Pengurusan Sayur-Sayuran Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam mineral, protein, karbohidrat dan lemak. Jenis Sayur-sayuran Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian makanan. Jadual Jenis Sayur-Sayuran
Bil 1 2 3 3
Jenis sayuran daun
Contoh bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan
kekacang
kangkung kacang botor/kelisa, kacang buncis, kacang
buah
tanah dan kacang panjang bendi, cili, kundur, terung, petola, timun,
akar / umbisi
tomato halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi sengkuang, keladi
Pemilihan Tapak Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran.Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan.Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien. Penyediaan tapak Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut: •
Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.
•
Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.
•
Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.
•
Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi .Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahanair dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.
Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid. Penyediaan batas Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-sayuran seperti : •
Membuang rumpai dan batu batan
•
Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan.
•
Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.
•
Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.
•
Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 – 25 cm.
Sungkupan
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk; •
mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.
•
menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah.
•
mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
•
mengelakkan tumbesaran rumpai
. Pemilihan biji benih Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi. Ciri-ciri biji benih yang baik •
Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.
•
Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
•
Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi.
•
Tidak rosak atau cacat.
Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran •
Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit.
•
Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak.
•
Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
•
Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
•
Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan
•
Penyemaian biji benih
Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat tiga cara penyemaian: Semaian terus biji benih besar •
Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
•
Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
•
Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
•
Tanam sebiji atau dua biji selubang
•
Selepas bercambah, lakukan penjarangan.
•
Semaian terus biji benih kecil Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain boleh menggunakan dua cara: Semaian terus ke batas tetap. •
Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
•
Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
•
Beri perlindungan (sungkupan) dan air.
•
Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.
•
penjagaan anak benih lebih mudah
Menyemai cara semai tabur Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut, •
tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis.
•
beri perlindungan (sungkupan) dan air.
•
selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.
Penjarangan
Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi. Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok
atau
memotong
batang
dengan
pisau
yang
tajam.
Menyulam Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat. Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih. Penanaman Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman.
Mengubah Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ; •
Segarkan anak benih sebelum diubah
•
Lakukan waktu pagi atau petang
•
Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah.
•
Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar.
•
Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
Naungan Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih. Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan. Penjagaan tanaman sayuran Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut: Menyiram Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan Merumput
penyiram
yang
mempunyai
lubang
siraman
yang
halus.
Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia. Membaja Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia. Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.
Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor .Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit
pula
biasanyadi
sebabkan
oleh
kulat
dan
bakteria.
Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran Penyakit Melecur
Agen anak Kulat
Simptom Anak benih layu dan mati
benih Reput akar
Kulat
Bintik daun
bakteria Kulat
Daun dengan bintik perang
Bakteria
atau hitam Urat daun menjadi hitam.
Bakteria
Pokok akan layu dan mati Daun yang diserang layu dan
Layu bakteria Kulapok Karat
batang/ Kulat
daun atau lengai
atauPokok layu dan mati
mati. Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh.
Panduan memungut hasil Sayur-
Tempoh mula memungut hasil Panduan
sayuran Sawi
4 hingga 6 minggu
Cukup besar tetapi belum
4 hingga 6 minggu
berbunga Buahnya muda tetapi belum
Timun
bertukar Kacang panjang
6 hingga 8 minggu
menjadi
warna
kekuning-kuningan Lengai mudah di patahkan tetapi
bijinya
belum
Sengkuang
terbunjul keluar Daun mula menjadi kuning
20 hingga 24 minggu
dan gugur.
Cara memungut yang betul ; •
memotong dengan pisau / sekatur contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu
•
mencabut contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.
•
Memetik contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.
•
menggali dengan cangkul/serampang contoh - sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan lainlain.
Pengurusan Ikan Hiasan 1. Memeriksa
kualiti
air
kolam
sekiranya
terdapat
tanda-tanda
yang
menunjukkan kemerosotan kualiti air.Pemeriksaan kualiti air memerlukan alat-alat untuk mengukur kualiti air.Aktiviti ini dilakukan bila timbul masalah 2. Memantau kualiti air kolam dengan cara memerhati samaada air mengalami perubahan warna dan sama ada ikan menunjukkan tabiat tertentu yang berkaitan kemerosotan air. 3. Memberi makan ikan.Pemberian makanan perlu dilakukan setiap hari. 4. Memerhati samaada system-sistem pengudaraan kolam berfungsi dengan baik.Aktiviti boleh dilakukan setiap hari kerana sekadar memerlukan pemerhatian.
5. Membaiki system pengudaraan dan penapisan jika timbul masalah. 6. Memerhati
sekiranya
mendapati
ikan
menghadapi
masalah
seperti
penyakit.Ikan akan menunjukkan tanda-tanda dan tabiat tertentu jika ia di serang penyakit.Aktiviti ini boleh dilakukan setiap hari kerana sekadar memerlukan pemerhatian. 7. Membersihkan kolam dan aksesori yang berkaitan.Aktiviti ini dilakukan secara berkala apabila timbul keperluan. Mengawal dan Mengurus Kualiti Air Kolam Ikan Hiasan. Air kolam yang mengalami perubahan dari segi bau, warna air dan tabiat luar biasa ikan perlu dibersihkan dengan segera. Selain daripada itu kita tidak boleh mengisi ikan yang terlalu banyak ke dalam sesebuah kolam dimana ianya kan menyebabkan bertambahnya timbunan bahan organic dari najis ikan dan sisa makanan. 1. Mengawal dan Membasmi Patogen Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit.Jika terdapat tanda-tanda ini,seluruh sistem kolam akan dibersihkan dan dirawat.
2. Mengawal dan Mengurus Kolam Hiasan. Aktiviti ini dilakukan dengan cara membersihkan kolam serta aksesori tambahan tanpa menunggu tercetusnya penyakit. 3. Mengawal dan Menguruskan Makanan Ikan Ikan perlu diberi makanan yang secukupnya.Ikan yang kekurangan makanna dan sentiasa lapar akan menyebabkan tekanan dan mudah dijangkiti penyakit.Makanan perlu diberikan sekurang-kurangnya dua kali sehari bergantung kepada sepsis ikan. Elakkan memberi terlampau banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang diberi.Lebihan makanan ini juga kan menurunkan kualiti air.Pilih waktu ikan-ikan ini makan dengan aktif sewaktu memberi makan.
KESIMPULAN
View more...
Comments