Program Sekolah Lestari Laporan Kitar Semula
July 6, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Program Sekolah Lestari Laporan Kitar Semula...
Description
PROGRAM SEKOLAH LESTARI ( PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR )
JAWATANKUASA KITAR SEMULA Penyelaras
:
Mohd.Shukri B. Awang Yahya
Setiausaha
:
Rosnani Bt Dahaman
: Ahli Jawatankuasa
:
Faridon Kamal Bin Fadzil
:
Rusniwati Bt. Sadry
:
Norhijat Binti Hassan
:
Izan Azahirah Bt Othman
:
Nurul Syuhada Bt Alias
:
Tajudin Bin Ismail
:
Konesegaran A/L Kesavan
LAPORAN PROJEK SEKOLAH LESTARI
PROGRAM KITAR SEMULA
OBJEKTIF: 1)
Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kitar semula.
2)
Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.
3)
Memupuk semangat kerjasama murid-murid dalam bilik darjah.
4)
Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar.
5)
Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula.
6)
Memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
STRATEGI PELAKSANAAN: 1)
Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua murid semasa perhimpunan pagi.
2)
Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalahrisalah tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
3)
Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.
4)
Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini.
5)
Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada hari penamat program ini.
6)
Dapat mengkategorikan mengkategori kan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.
7)
Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar semula yang berjaya dikumpul oleh murid-murid di setiap kelas.
KATEGORI PENGASINGAN: PENGASINGAN:
Tong warna BIRU
- untuk menyimpan kertas
Tong warna COKLAT
- untuk menyimpan kaca
Tong warna JINGGA
- untuk menyimpan tin aluminium & plastik
REFLEKSI:
1)Kekuatan Projek/ Aktiviti: Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Program Kitar Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran murid-muridtentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolah lagi. Program Kitar Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal ( solid waste), mendidik murid-murid tentang cara yang betul untuk membuang sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab antara murid ± murid. Melalui taklimat ringkas yang diberi kepada murid-murid dapat membantu mereka memahami dengan lebih jelas berkaitandengan isu kitar semula. Semua murid juga berkesempatan mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu,kami menyediakan plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untuk membezakan kumpulan bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium. Murid-murid juga sedar akan kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan memupuk sikap jimatcermat.melalui risalah yang diberikan kepada setiap kelas. Mereka juga menggunakan bahan kitar semula yang telah dikumpul dalam pertandingan rekacipta dengan bahan kitar semula semasa Hari Kokurikulum. Bertitik-tolak daripada manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa murid-murid memahami tujuan Program Kitar Semula yang diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk menjayakannya.
Seperti yang diketahui, tajuk kitar semula memang dimasukkan dalamsukatan matapelajaran Sains Tahun Empat. Dengan melaksanakan program kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on
learning environment di mana murid dapat melatih dan meningkatkan sikap
bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga menjadi rakyat yang mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga menganjurkan pertandingan Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula antara kelas dengan menyediakan ganjaran kepada kelas yang berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak. Pertandingan ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan dankerjasama murid-murid dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada murid lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori untuk kelas masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu ini, penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif kerana mereka sanggup mengumpul semua botol-botol plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan murid-murid mula menyedari tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli.
2)Kelemahan
Projek/ Aktiviti:
Apa yang difahami oleh murid dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan tujuan mereka ialah mamastikan kelas mereka menang dalam pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula. Oleh itu, murid-murid telah membawa semua suratkhabar lama,kertas-kertas bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas masing masing untuk memenuhkan plastik kitar semula yang diberi kepada setiap kelas. Info berkaitan penggunaan semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh semua murid. Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini kami hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula kepada murid-murid
dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang panjang dan dimana-mana jua anda berada.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN:
Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang Berjaya menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan.
Pertandingan
yang
diadakan
hendaklah
meliputi
cadangan
kaedah
pengurangan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon diskaun membeli buku di koperasi sekolah boleh diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi menjayakan program kitar semula. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap warga sekolah dengan menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat membuang sampah mengikut kategori yang sesuai dan mengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain itu, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan penggunaan plastik atau polisterin dan menyeru murid-murid membawa bekas sendiri ke sekolah begitu juga dengan botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar semula seperti pengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan sebagainya harus ditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari semasa ke semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan berjaya.
KESIMPULAN: Semua murid mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar,sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi di kalangan murid-murid sekolah ini, Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah untuk memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat. Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
_____________________ _______________________ (ROSNANI BINTI DAHAMAN) (MOHD. SHUKRI B. AWANG YAHAYA) Setiausaha, Penyelaras, Jawatankuasa Kitar Semula Jawatankuasa Kitar Semula SK Bakap Indah SK Bakap Indah
Disahkan oleh,
_______________ (NAZARUDIN BIN SHAARI) Guru Besar, SK Bakap Indah
View more...
Comments