PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

March 4, 2018 | Author: Hamidah Budi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Analisis jurnal...

Description

Bab 1 1.0 PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat. Pendidikan juga menggambarkan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Pendidikan bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan, malah ia bertujuan untuk mendidik anak bangsa, membentuk peribadi, rohani, emosi dan jasmani yang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial iaitu (JERIS).

Guru memainkan peranan dan tanggungjawab yang berat bukan sahaja mengajar malah mendidik anak-anak bangsa agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Anak-anak bangsa inilah yang merupakan modal insan kepada negara dan merupakan agen perubahan kepada kemajuan dan kestabilan Negara.

Guru seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah. Hal ini kerana profesionalisme guru dapat memberikan kefahaman kepada pelajar di dalam kelas. Selain itu, hasil pembelajaran juga tercapai disebabkan oleh keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru yang profesional. Menurut Sufean Hussein (1995) dalam Azhar et al (2007) mentakrifkan profesionalisme sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Profesionalisme boleh dirujuk sebagai kerjaya yang mempunyai komitmen yang tinggi.

1

Tahap profesionalisme guru novis semasa pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran di Sekolah amat dititiberatkan. Hal ini kerana cabaran guru novis sangat tinggi terutamanya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru novis atau guru permulaan yang baru menamatkan program pendidikan dikenali sebagai guru novis Khalid (2009). Guru permulaan seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi yang meliputi aspek kesedian, pengetahuan dan motivasi guru permulaan semasa pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini amat mempengaruhi hasil pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian pelajar. Oleh itu, guru novis hendaklah menyahut cabaran iaitu melengkapkan diri dengan persediaan sebelum pengajaran, pengetahuan yang luas mengenai topik yang hendak diajar dan motivasi yang tinggi bagi mempamerkan keyakinan diri dan kesungguhan semasa mengajar.

1.2

Latar Belakang Kajian Setiap tahun lebih daripada 15,000 guru permulaan yang juga disebut sebagai guru novis ditempatkan di seluruh Malaysia. Profesion perguruan antara profesion yang paling mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Guru merupakan suatu profesion yang mempunyai ahli yang begitu ramai. Pada tahun 1999, seramai 157,415 orang adalah guru di Malaysia (Siti maisarah, 2008). Sesetengah guru-guru novis ini telah menjalani atau mengikuti kursus dan latihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan motivasi guru novis agar lebih kelihatan berkompetensi dan berkeyakinan untuk membantu pelajar-pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah (Mohammad Sani, 2007). Walaupunbegitu, masih ramai dalam kalangan guru novis masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini. Menurut Ahmad Yusuf kasim et al (2010) pengetahuan merupakan komponen teras dalam pendidikan sesuatu matapelajaran di sekolah menengah. Guru novis yang mengajar sesuatu mata pelajaran harus menguasai secara keseluruhan bidang ilmu ini agar dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang benar kepada pelajar-pelajarnya.

2

Keprofesionalan guru novis dari segi kedalaman ilmu pengetahuan amat penting di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan banyak menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion perguruan. Profesion perguruan sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja (Lokman dan et al, 2007). Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketarmpilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006). Ini menunjukkan bahawa guru perlu ada persediaan bukan sahaja dari mental tetapi juga dari segi fizikal. Aspek profesioanalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran juga dilihat dari aspek motivasi. Motivasi secara umumnya adalah merupakan satu daya yang menggerakkan seseorang untuk mencapai sesuatu objektif. Ditinjau dari aspek kerja, motivasi merupakan usaha yang dilakukan oleh seseorang pekerja bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ia merupakan keinginan, kehendak dan kemahuan untuk melakukan sesuatu yang baik (Mahmood Naza Mohamed dan Sabitha Merica, 1985). Motivasi dapat mempengaruhi prestasi kerja. Oleh yang demikian, guru novis merupakan guru baru yang akan berkhidmat di sekolah, motivasi guru novis yang tinggi menghasilkan keputusan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, kajian ini mengkaji profesionalisme guru dari aspek motivasi. Oleh itu, kajian ini mengkaji profesionalisme guru novis dari tiga aspek iaitu pengetahuan, kesediaan mengajar dan motivasi guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 1.3

Pernyataan Masalah Krisis profesionalisme keguruan perlu diberikan perhatian yang serius kerana guru merupakan agen utama sebagai pembentuk wajah kepimpinan dan pemacu pembangunan ekonomi Negara. Profesionalisme perlu dititikberatkan terutamanya kepada guru novis. Hal ini kerana tahap profesionalisme guru novis dikatakan berada pada tahap yang

3

sederhana. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji mengukur profesionalisme guru novis dari segi tiga aspek yang utama iaitu persediaan, pengetahuan dan motivasi guru novis semasa menjalankan prosespengajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Guru novis berhadapan dengan masalah besar dalam tahap kesediaan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hashim Othman dan Mohd Daud Hamzah (2001) pedagogi guru novis dikatakan kurang memuaskan dan keyakinan diri dalam menyampaikan isi pelajaran masih rendah. Selain itu, Baharin Abu (2006) menyatakan pengetahuan dan kemahiran mengajar guru novis yang berada pada tahap sederhana. Guru novis seringkali dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pengajaran di bilik darjah. Aspek-aspek seperti penerapan nilai dan kemahiran berfikir tidak ditekankan dalam proses pengajaran. Guru ini sepatutnya menggunakan kemahiran berpusatkan pelajar dan sanggup mengajar subjek yang bukan bidang pengkhususan.

Persediaan guru novis semasa berada di kelas berada pada tahap yang sederhana dan merupakan masalah terhadap tahap profesionalisme.

Hal ini kerana bahan bantu

mengajar yang digunakan tidak mempunyai inovasi dan kreativiti yang boleh menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman pelajar. Ada guru novis yang dikatakan tidak mempunyai kesediaan langsung terhadap proses pengajaran dan proses pembelajaran di Sekolah. Kekurangan kesedian pengajaran boleh membantukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, kesediaan semasa pengajaran dan pembelajaran guru novis seharusnya ditingkatkan untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru novis.

Masalah seterusnya ialah pengetahuan guru novis masih berada pada tahap sederhana. Guru tidak menguasai sepenuhnya subjek yang diajar. Guru novis seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan secukupnya. Selain itu, guru juga perlu mengikuti perkembangan terkini dan sentiasa menambahkkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, pelajar pada masa kini tidak sama dengan pelajar pada

4

masa dahulu. Keadaan ini disebabkan oleh kecanggihan teknologi yang tinggi membolehkan pelajar memperolehi maklumat dan pengetahuan yang luas. Akibatnya pelajar lebih berpengetahuan dari guru. Oleh itu, guru novis harus melengkapkan diri dengan pengetahuan yang secukupnya dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengikut arus kemodenan.

Guru permulaan mempunyai tahap motivasi yang rendah. Kebanyakkan guru novis tidak yakin untuk mengendalikan kelas yang ramai. Mereka juga tidak mampu untuk mengawal kelas yang ramai. Guru juga didapati tidak berkeyakinan untuk menyampaikan pengajaran. Guru novis didapati gementar semasa mengajar dan kelihatan kaku semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran. Hal ini akan mempengaruhi keyakinan pelajar terhadap guru novis. Akibatnya proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.

1.4

Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan–persoalan di bawah: 1.4.1

Ada guru novis profesional dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah?

1.4.2

Bagimanakah tahap pengetahuan guru novis mata pelajaran yang di ajar dalam pengajar dan pembelajaran dalam bilik darjah?

1.4.3

Adakah guru novis bersedia untuk mengajar para pelajarnya?

1.4.4

Sejauh manakah tahap motivasi guru novis dalam pengajaran dan pembelajarannya?

1.4.5

Adakah

aspek

pengetahuan,

kesediaan

mengajar

mempengaruhi profesionalisme seorang guru novis?

5

dan

motivasi

1.5

Hipotesis Kajian Sebanyak empat hipotesis kajian telah dibina untuk mencapai tujuan kajian. Terdapat hubungan antara profesionalisme guru novis dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 1.5.1

Terdapat hubungan antara profesionlisme guru novis terhadap pengajaran dan pembelajaran

1.5.2

Terdapat hubungan singnifikan antara pengetahuan guru novis dengan pengajaran dan pembelajaran

1.5.3

Terdapat hubungan signifikan antara kesediaan mengajar guru novis dengan pengajaran dan pembelajaran

1.5.4

Terdapat hubungan signifikan antara motivasi guru novis dengan pengajaran dan pembelajaran

1.6

Tujuan Kajian 1.6.1

Mengkaji profesionalisme guru novis dari tiga aspek iaitu pengetahuan, kesediaan mengajar dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.6.2

Melihat adakah aspek pengetahuan mempengaruhi profesionalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.6.3

Melihat sejauh mana tahap kesediaan mengajar guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan P&P yang berkesan.

1.6.4

Mengetahui

tahap

motivasi

guru

novis

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran agar objektif P&P dapat dicapai. 1.7

Objektif Kajian 1.7.1.

Mengenal pasti tahap pengetahuan guru novis dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

6

1.7.2.

Mengenal pasti tahap kesedian guru novis dalam P&P dapat memberi kesan kepada pembelajaran murid-murid

1.7.3.

Mengenal pasti tahap motivasi guru novis semasa menjalankan P&P dapat memberi Pembelajaran berkesan murid-murid.

1.8

Definisi Operasional Definisi yang diberi kepada istilah-istilah yang digunakan dan bersesuaian dengan permasalahan kajian ini. Berdasarkan kepada tujuan dan kepentingan kajian ini, terdapat beberapa istilah yang membawa makna khusus seperti berikut:

1.8.1.

Profesionalisme Guru Novis Setiap tahun, Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institusi Perguruan Guru (IPG) mengeluarkan graduan pendidikan atau lebih dikenali sebagai guru novis. Berdasarkan Modul Program Induksi Guru Permulaan, guru novis atau guru permulaan merujuk kepada guru baru yang dikategorikan sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dalam Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1/1987. Guru permulaan akan ditempatkan di sekolah setelah tamat menjalani latihan keguruan sama ada di institut Perguruan atau Institusi Pendidikan Tinggi.

Guru permulaan juga perlu menamatkan tempoh perkhidmatan selama satu hingga tiga tahun sebelum dipertimbangkan untuk disahkan dalam jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada Gred DG41. Tahap keprofesionalan guru dapat ditingkatkan dengan cara menguasai beberapa aspek keterampilan (Othman, 2000) dan (Mohammed Sani, 2002). Guru-guru juga perlu berketerampilan dan berusaha untuk menjadikan sekolah sebagai makmal uji kaji pedagoginya dan bukannya hanya menjadikan premis tersebut sebagai tempat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semata-mata (MacDonald, 1971). Peningkatan tahap keprofesionalan bidang perguruan seharusnya juga

7

dapat dicapai menerusi proses penambahbaikan program perguruan yang bersepadu dan dinamik (Mohammed Sani, 2002). Tambahan pula hasil kajian yang menunjukkan bahawa guru yang melalui program induksi sepenjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah menunjukkan kualiti pengajaran yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid (Humphrey et al, 2007). Guru novis yang didedahkan dengan program ini juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil daripada peningkatan kemahiran dan kualiti pengajaran guru itu sendiri (Duke et al, 2006). 1.8.2.

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dalam pendidikan, guru memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman terhadap aspek pembelajaran murid (Kauchak dan Enggan (1989). Guru novis perlu dibimbing untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid (Laura et al, 2006). Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjayam memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al, 2003).

1.8.3.

Pengetahuan Sejak dulu lagi, pengetahuan menjadi asas kepada ilmu pengetahuan seseorang individu terutamanya dalam bidang pendidikan.

Menurut Magisos (1989),

sebaik-baik guru adalah mereka yang berpengatahuan tinggi, mahir dalam bidang teknikal dan cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru. Asas

8

pengetahuan bagi pendidikan guru juga banyak memberi fokus kepada pengetahuan isi kandungan (Shulman, 1986). Pengetahuan dan kemahiran yang ada pada guru dapat menjamin P&P yang berkualiti. Kenyataan ini urut disokong oleh Ryan D.G. (dalam Crow & Crow, 1983) iaitu guru yang efektif ialah guru-guru yang mempunyai sifat-sifat seperti pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya, mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membuat pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar memahami suatu konsep dengan mudah dan guru tersebut dapat menggunakan alatan serta bahan pengajaran dengan baik dalam pengajarannya.

1.8.4.

Persediaan Mengajar Persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. Berdasarkan persediaan mengajar, pengajar akan boleh melaksanakan rancangan mengajarnya dengan sistematik, lancer dan berkesan serta mengelakkan kekecohan dalam kelas. Persedian mengajar membantu pengajar mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan. Disamping itu, pengajar boleh menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakannya dalam masa yang sesuai sebagaimana yang dirancang dalam persediaan (Laman web sekolah Kebangsaan Panglima Adnan).

1.8.5.

Motivasi Menurut Chaplin (1985), motivasi sebagai pemboleh ubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor dalam organisasi yang membangkitkan, mengekalkan dan mengarah tingkah laku kearah suatu matlamat. Motivasi guru boleh dilihat daripada dua aspek iaitu motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik (Wan Noraini Wan Razab dan Noraini Othman, 2011). Motivasi instrinsik bermaksud motivasi itu datang daripada diri guru tersebut. Contohnya, guru tersebut memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, maka guru tersebut sangat bersedia dalam menghadapi alam persekolahan. Manakala motivasi

9

ekstrinsik bemaksud motivasi yang datang dari sekeling kita. Contohnya dorongan ibu-bapa, guru, rakan dan sebagainya.

10

Bab2 2.0 SOROTAN KAJIAN 2.1

Pengenalan Umumnya, bab ini akan mengupas tentang perkaitan antara cadangan penyelidikan ini dengan beberapa kajian lepas di dalam dan luar negara. Selain itu, bahagian ini juga akan mengkaji perkaitan antara konsep, teori dan model dalam mengkaji profesionalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

2.2

Definisi Konsep 2.2.1 Profesionalisme Profesionalisme merupakan satu set ciri, pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai dalam sesuatu profesion. Selain itu, profesionalisme juga boleh dikatakan sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Ini memberi maksud bahawa seseorang yang terlibat dalam sesuatu profesion perlulah menghayati matlamat dan kehendak profesion yang diceburinya (Azhar et al, 2007).

Selain itu, menurut Sufean Hussein (1995) dalam Azhal et al (2007), mentakrifkan profesionalisme sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Ini memberi maksud bahawa seseorang yang terlibat dalam sesuatu profesion perlulah menghayati matlamat dan kehendak profesion yang diceburinya. Selain itu, profesionalisme bermaksud ciri-ciri kualiti bagi sesuatu profesion memerlukan semua ahlinya menjalani latihan, dedikasi menjalankan tugas, mempunyai autonomi semasa menjalani tugas, menggunakan keupayaan intelek,

11

menganggotai organisasi profesional dan mematuhi etika profesion (Esah Sulaiman, 2003).

2.2.1

Guru Novis Guru Novis merujuk kepada guru sandaran dan terlatih yang baru memulakan perkhidmatan di Sekolah. Menurut Khalid (2009),mendefinisikan guru novis merupakan yang telah menamatkan program pendidikan guru dan baru memulakan perkhidmatannya di sekolah. Manakala Abu Bakar (1995) dalam Khalid (2009), mentakrifkan guru novis sebagai guru sandaran terlatih yang ditempatkan di sekolah-sekolah selepas menjalani latihan perguruan dalam satu jangka masa yang ditetapkan oleh maktab-maktab perguruan atau universitiuniversiti. Selain itu, Mohammed Sani, Zamri dan Norasmah (2006) dalam Khalid (2009), memberi definisi guru novis sebagai guru baru yang terlatih dan mula berkhidmat diantara satu hingga tiga tahun, dalam tempoh percubaan dan belum disahkan lagi dalam jawatan.

2.2.3 Pengajaran Pengajaran merupakan aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan berbagaibagai bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juga melibatkan perhubungan antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar yang lain (Omardin, 1997).

2.2.4 Pembelajaran Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku kepada pelajar akibat daripada rinteraksi dengan persekitaran. Secara umumnya pembelajaran diertikan sebagai proses dengan kaedah- kaedah tertentu sehingga pelajar memperolehi pengetahuan, pemahaman, dan cara yang bertingkah laku yang sesuai dengan keperluan (Baharuddin et al , 2001).

12

2.3

Teori Konstruktivisme Teori konstruktivisme merupakan anjakan paradigma teori behaviorisme kepada teori kognitivisme (Gagnon dan Collay, 2001). Dalam pendidikan, teori konstruktivisme merupakan pengetahuan individu yang dibentuk melalui interaksi sosial (Vygotsky, 1978 dalam Quaintance, 2005). Beliau juga menyatakan bahawa interaksi sosial pemikiran individu akan bertambah bersama dengan pengetahuan sedia adanya dan membentuk pengetahuan baru.

Berdasarkan pendekatan pengajaran konstruktivisme, pelajar tidak boleh pasif dalam menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru dan guru berperanan untuk menjadi penyalur ilmu serta menguruskan kelas dengan baik ( Fosnot, 1996 ). Terdapat 5 prinsip dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme (Brooks & Brooks, 1993 ). Pertama, pengajaran guru bermula dengan memberi masalah relevan kepada pelajar. Masalah yang diberi perlu menarik dan mencabar minda pelajar. Kedua, aktiviti dan masalah perlu berteraskan kepada konsep-konsep yang terdapat dalam kandungan mata pelajaran.ini dapat memudahkan pelajar untuk lebih memahami konsep melalui konteks masalah yang ingin diselesaikan oleh mereka. Ketiga, pelajar-pelajar perlu diberi peluang oleh guru untuk memberi pandangan dan mengemukakan idea mereka berkaitan aktiviti yang dibuat. Keempat, guru perlu menyesuaikan pengajaran dengan pemikiran pelajar selepas idea awal berjaya dicungkil oleh guru. Kelima, soalan-soalan yang mencabar digalakkan untuk dibina oleh guru kerana untuk menguji pemikiran pelajar pada aras kognitif yang tinggi. Teknik penyoalan ini dapat meransang pelajar-pelajar sekaligus dapat mewujudkan pembelajaran bermakna.

Sehubungan itu, teori konstruktivisme merupakan teori yang amat sesuai digunakan oleh guru terutamanya guru novis.

13

2.4

Model Kajin ini menggunakan model pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme 5 Fasa yang terdapat dalam Children’s Learning in Science Project ( CLIS ) ” oleh Needham, 1987 dalam Poh Swee Hiang, 1997. Berikut merupakan gambarajah model tersebut: Orientasi

Pencetusan Idea

Penstrukturan Semula Idea

Penggunaan Idea

Refleksi Rajah 1 : Fasa-Fasa Berasaskan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ( Sumber : Poh Swee Hiang, 1997 ) Pada fasa orientasi, guru novis berperanan untuk mencetuskan minat murid bagi meneroka lebih jauh tentang pelajaran yang akan dipelajari. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru novis untuk menarik minat pelajar terhadap tajuk pelajaran yang akan pelajari. Antaranya aktiviti seperti

lakonan, puisi, tayangan filem, video dan

pelbagai aktiviti yang boleh memotivasikan pelajar. Seterusnya, fasa kedua iaitu fasa pencetusan idea merupakan fasa yang meransang pelajar untuk meninjau semula idea asal mereka. Misalnya, guru novis meminta pelajar untuk memberi pandangan dan idea mereka mengenai konsep yang telah dipelajari. Fasa penstrukturan semula idea pula adalah untuk mendedahkan pelajar kepada pembinaan idea baru dan menilai idea tersebut.

14

Pada peringkat ini, guru novis digalakkan untuk merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar mengubah idea asal mereka sendiri dan idea rakan-rakan yang lain. Dalam fasa aplikasi idea pula, idea baru yang dihasilkan oleh pelajar boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan idea-idea tersebut. Peringkat terakhir dalam

Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ialah fasa

refleksi. Dalam fasa ini, pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat mengembangkan kemahiran meta kognitif pelajar.

2.5

Kajian lepas dalam negeri Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Hajira Bee dan Ong (1998), penyelidik mendapati amalan dalam bilik darjah kini semakin dipengaruhi oleh perubahan kurikulum dalam bidang pendidikan yang berteraskan teori konstruktivisme. Dapatan yang diperolehi oleh penyelidik juga menunjukkan bahawa ciri-ciri yang terdapat dalam proses P&P yang menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh meningkatkan kefahaman dan pembinaan makna dalam kalangan pelajar, mengembangkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif dan membuat keputusan serta kemahiran proses pelajar dapat ditingkatkan. Berdasarkan Aziah Ismail et al (2002) menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dalam kalangan guru-guru novis di Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan cara melakukan temu bual dan analisis dokumen. Antara yang dipilih sebagai responden ialah enam orang guru novis dan seorang Penolong Kanan Pentadbiran melalui kaedah persampelan bertujuan. Dalam kajian ini, pengkaji-pengkaji tersebut telah mendapati bahawa guru-guru novis mempunyai cara yang tersendiri untuk membangunkan profesionalisme perguruan mereka. Hal ini dilakukan untuk membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemampuan mereka sebagai guru. Namun begitu, dalam kajian ini mendapati bahawa

15

guru-guru novis ini menghadapi beberapa masalah dan halangan yang berpunca daripada pihak sekolah ataupun pandangan negatif individu di sekolah tersebut. Oleh yang demikian, pengkaji dapat merumuskan bahawa peningkatan profesionalisme yang terdapat dalam diri guru-guru novis adalah disebabkan keazaman mereka terhadap profesion perguruan walaupun mereka tidak dapat membuat pilihan memilih sekolah dan terpaksa bertugas di sekolah yang baru beroperasi serta menghadapi banyak rintangan dan kekurangan semasa melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru novis ini, ia perlu dimulakan dengan mengenal pasti serta membantu mengatasi masalah guru-guru novis tersebut agar mereka dapat fokus kepada peningkatan tahap profesionalisme guru-guru tersebut. Menurut Yusuf Ahmad (2008) guru-guru novis melalui suasana sebenar yang berbeza yang dialami mereka dengan suasana semasa latihan. Guru-guru novis perlu berhadapan dengan pelbagai masalah. Menurut kajian beliau, guru novis kerap menghadapi kejutan realiti, penyesuaian diri kepada persekitaran sekolah dan masalah-masalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sedikit sebanyak dapat menjejaskan guru sebagai pekerja profesional sekaligus dapat mempengaruhi profesionalisme guru tersebut. Oleh yang demikian, dalam kajian yang beliau laksanakan, pihak sekolah perlu memainkan peranan utama untuk membantu menyelesaikan masalah guru-guru novis ini. Beliau juga mendapati bahawa sekolah bertanggungjawab untuk membentuk amalan dan sikap guru novis ke arah perkembangan yang positif dan memperlengkapkan guru novis dengan kemahiran profesional guru demi mempertingkatkan profesionalisme guru-guru novis ini.

2.6 Kajian lepas luar negeri Kajian luar negara pula menunjukkan terdapat beberapa kajian yang dilakukan terhadap guru-guru novis diluar negara. Whittington et al (2006) menerangkan didalam kajiannya

16

iaitu keberkesanan guru yang baru berkhidmat selama tiga tahun dalam bidang pertanian di Ohio yang mana menunjukkan kajian berkaitan dengan peringkat perkembangan, aktiviti musim panas, pembolehubah bilik darjah, dan rancangan masa depan guru-guru novis dalam pengajaran. Kajian ini mengkaji keberkesanan guru-guru novis di akhir tahun persekolahan. Didalam kajian ini, para pengakaji tersebut mendapati tahap keberkesanan guru mengikut tahun perkhidmatan iaitu satu tahun perkhidmatan, dua tahun perkhidmatan dan tiga tahun perkhidmatan adalah sama. Dalam kajian tersebut, tidak terdapat kebolehubahan yang mencukupi dalam keberkesanan guru novis dalam ketiga-tiga peringkat perkembangan untuk mencari hubungan yang signifikan. Faktor keberkesanan dianggap sebagai faktor penting dalam profesionalisme perguruan guru novis dalam menilai sejauh mana mereka dapat memberikan kesan didalam pengajaran didalam bilik darjah. Caprio ( 1994 ) dalam Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ) membuat kajian dari luar negara, penyelidik mendapati guru yang menggunakan pendekatan konstruktivisme dapat mewujudkan pelajar-pelajar yang lebih berkeyakinan serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran

mereka

berbanding

dengan

pelajar

yang

menggunakan

kaedah

pembelajaran tradisional. Seterusnya, kajian di Secondary College of Victorian, Australia oleh Hand dan Peterson (1997), mendapati seramai 69% pelajar menyukai pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang terlibat dalam pendekatan pembelajaran konstruktivisme ini dapat berfikir sendiri dan menjana idea-idea yang bernas dan menyebabkan mereka lebih berdikari dalam pembelajaran. Di samping itu, kajian yang dijalankan oleh Boddy, Watson dan Aubusson ( 2003 ) terhadap murid tahun tiga di sebuah sekolah di australia dengan menggunakan model konstruktivisme ” Five E’s ” iaitu ” Engagement, Exploration, Explanation, Elaboration and Evaluation ”mendapati bahawa pelajar tahun tiga yang menggunakan modul ini lebih seronok untuk belajar. Motivasi pelajar tahun tiga tersebut juga dapat ditingkatkan dalam

17

pembelajaran mereka sekaligus meningkatkan tahap pemikiran mereka di aras yang tinggi. 2.7

Kerangka teoritikal kajian Berikut merupakan kerangka teoritikal kajian yang digunakan sebagai panduan penyelidikan ini: Pengajaran & Pembelajaran

Profesionalisme Guru Novis

Pelajar

Persedian P&P

Alat Bantu Mengajar & Bahan Bantu Mengajar

Pengetahuan

Motivasi Objektif Pengajaran & Pembelajaran

2.8

Rumusan Keseluruhan bab ini membincangkan tentang pendekatan pengajaran konstruktivisme model 5 Fasa Needham. Teori dan model konstruktivisme ini amat sesuai digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terutamanya guru novis. Hal ini kerana model 5 Fasa Needham membantu guru novis dalam mencapai objektif P&P.

18

BAB 3 METODOLOGI 3.1

Pengenalan Bab ini merupakan gambaran keseluruhan mengenai kajian metodologi. Metodologi bermaksud satu sistem yang merangkumi kaedah atau cara, peraturan dan prinsip yang meliputi disiplin, aktiviti dan sebagainya yang digunakan di dalam sesuatu kajian. Metodologi kajian mengandungi rekabentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen kajian, prosedur dan menganalisis data. Lima perkara penting yang diambil kira dalam menjalankan kajian iaitu:

3.2

i.

Pendekatan kajian yang sesuai digunakan untuk mendapatkan data.

ii.

Pemilihan sampel kajian.

iii.

Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data.

iv.

Prosedur memungut data.

v.

Penganalisisan kajian.

Reka Bentuk Kajian Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian pendekatan kuantitatif merupakan penyelidikan bersifat logikohipotetiiko verifikatif dan pendekatan ini banyak menggunakan statistik (Khalid, 2003). Kajian Tindakan pula merupakan satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis kepada amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalanamalan tersebut (McNiff, 1988).

19

Pendekatan Kajian ini menggunakan satu set kertas soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang profesionalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran. Persamplelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah yang diambil dari populasi guru novis yang berada di sekitar Sekolah Menengah Kota Kinabalu. Dalam kajian ini, data-data akan dikutip menerusi edaran soal selidik kepada responden. Bentuk soal selidik yang diedarkan adalah dalam bentuk tertutup dan bahasa yang digunakan adalah dalam bentuk Bahasa Malaysia yang mudah difahami. Seterusnya data-data yang dikumpulkan akan dianalisis. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan SPSS (Statistical Package For Sosial Science) realease 13.0 untuk menganalisis data. Statistik yang didapatkan daripadanya berbentuk peratusan, min, kekerapan, dan sisihan piawai. Selain itu, Ujian –t akan digunakan untuk meneliti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan.

3.3

Populasi Dan Persampelan Populasi dan persampelan kedua-duanya penting kerana kedua-dua istilah ini mewakili responden kajian. Populasi membawa maksud sekumpulan individu yang mempunyai satu atau lebih ciri-ciri yang sama dan ianya juga merupakan objek serapan yang mempunyai ciri atau sifat yang sama dan yang boleh diukur. Populasi diperlukan dalam pengkajian kerana padanya berlaku interaksi antara dua atau lebih pemboleh ubah yang perlukan perhatian atau penyelesaian yang disebut sebagai masalah kajian (Khalid Johari, 2003). Manakala Pensampelan pula adalah proses mengambil sejumlah individu atau objek dari populasi (Khalid Johari, 2003). Simon (2006) pula menyatakan pensampelan adalah sebahagian atau subset kepada populasi. Oleh itu, sebilangan kecil individu dalam populasi diambil sebagai sampel untuk menerangkan apa yang terkandung dalam populasi. Perkara ini bermakna, sampel adalah subset daripada keseluruhan yang dikaji.

Dalam kajian ini tumpuan kepada populasi sasaran iaitu guru novis sekitar Sekolah Menengah Kota kinabalu pada tahun 2011. Sebanyak 135 orang orang guru novis yang

20

berkhidmat di beberapa buah Sekolah Menengah Kota Kinabalu. 48 orang adalah lelaki dan 87 orang perempuan. Sampel yang diambil dari populasi guru novis sekitar Kota Kinabalu sebanyak 70 orang sahaja. Persampelan adalah sebagai rawak mudah. Ia meliputi 13 buah sekolah menengah yang mempunyai guru Novis. Daripada 50 orang guru Novis sebanyak 20 orang guru lelaki dan 50 orang guru perempuan yang telah dipilih secara rawak.

3.4

Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Pengkaji memilih soal selidik sebagai instrumen kajian berdasarkan beberapa sebab, antaranya; I.

Soal selidik dapat memperolehi data dengan lebih tepat dan penyelidik berkeyakinan bahawa responden dapat memberikan tindak balas yang berkesan terhadap aspek yang dikaji berbanding dengan kaedah lain.

II.

Soal selidik boleh membantu penyelidik berhubung dengan responden dengan lebih cepat.

III.

Soal selidik dapat menjimatkan masa, tenaga serta perbelanjaan penyelidikan.

Pengkaji membina sendiri item soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji yang dinamakan inventori profesionalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran. Inventori ini mengandungi sebanyak 50 item soal selidik. Inventori ini mengandungi lima bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B, C, D, dan E.

Bahagian A merupakan bahagian yang mengandungi soalan-soalan demografi yang berkaitan dengan jantina, kelulusan akademik, pengalaman dalam perkhidmatan pendidikan dan jawatan semasa responden. Manakala untuk bahagian yang kedua (soal selidik) iaitu bahagian B, C, D dan E ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan tahap profesionalisme terhadap bidang perguruan. Secara keseluruhannya, sebanyak 50

21

item soalan telah dibina dan ia dibina berasaskan kepada persoalan kajian. Bahagian B dan C masing-masing mempunyai 10 soalan, dan bahagian D dan E pula, masing-masing mempunyai 15 soalan.

Kesemua item soalan yang dibentuk juga menggunakan format Skala Likert bagi memudahkan proses penyelidikan yang dijalankan. Format tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan kepada responden untuk membuat pilihan jawapan secara tepat dan fleksibel. Skala Likert tersebut terdiri daripada lima kategori skor iaitu 1 = (Sangat Tidak Setuju), 2 = (Tidak Setuju), 3 = (Kurang Setuju), 4 = (Setuju) dan 5 = (Sangat Setuju).

3.5

Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan mengikut tatacara yang tertentu bagi memastikan gerak kerja yang dilakukan teratur dan sistematik. Setelah borang soal selidik yang disediakan mendapat kelulusan penyelia, penyelidik mula mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada responden. Penyerahan borang soal selidik ini dilakukan sendiri oleh pengkaji agar tujuan kajian dapat diterangkan dengan lebih terperinci kepada sampel-sampel yang terlibat.

Tempoh masa tertentu diberikan kepada responden untuk menjawab borang soal selidik. Setelah borang soal selidik dikumpulkan, pengkaji mula menganalisis data-data yang terdapat pada borang tersebut. Data-data yang diperoleh dianalisis dan direkodkan sebelum kesimpulan berkaitan dengannya dilakukan.

3.6

Penganalisian Kajian Data-data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Social Science Version 11.5 for Windows (SPSS) iaitu suatu perisian komputer bagi menganalisis data peratusan dan min.

22

Pada bahagian A, data dianalisis bagi mendapatkan peratusan. Pada bahagian B pula data dianalisis bagi mendapatkan peratusan dan min bagi setiap item yang ditandakan oleh responden. Data-data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif. Keputusan kajian akan dinyatakan dalam bentuk jadual kekerapan.

Menurut Mohamad Najib Abdul Ghaffar (2003) dalam Azhar et al (2007), menyatakan penyelidik kadangkala boleh menggunakan pelbagai teori dan formula sendiri bagi menghasilkan satu indeks tersendiri berdasarkan objektif kajian. Justeru, untuk mengklasifikasikan nilai min kepada tinggi, rendah dan sederhana, maka pengkaji telah mengubah suai skor min mengikut skala pengkaji.

3.7

Kesimpulan Secara Kesimpulanya, bab 3 ini meliputi rekabentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen kajian, prosedur dan menganalisis data pengkaji. Rekabentuk yang digunakan oleh pengkaji ialah rekabentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk memperoleh maklumat mengenai tahap profesionalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran. Populasi kajian tertumpu kepada semua guru novis sekitar kota kinabalu dan mengambil sampel sebanyak 70 orang dan persampelan adalah rawak mudah. Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang mempunyai lima bahagian dan mempunyai 50 soalan yang mengukur tahap profesionalisme guru novis dalam aspek kesediaan, pegetahuan dan motivasi guru novis. Prosedur kajian untuk mendapatkan data adalah sistematik dan terkawal. Pengkaji menggunakan perisian SPSS untuk mengira min, varian, sisihan piawai. Ujian–t (t-test) digunakan untuk menguji signifikan kajian dan hipotesis kajian.

23

Rujukan Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan pedagogical Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 2 (2), 2010 13-30. Atas talian Kertas kerja seminar nasionalisme pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke 14. Diakses pada 15 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi dalam laman web https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:4biX6YvFOMgJ:www.iab.edu.my /SN14/drmdsani.pdf+konsep+profesionalisme+guru+novis&hl=en&gl=my&pid= bl&srcid=ADGEESjw0RZKipYeOrCcC3yYA8mmyxVRD3L6iaE6c8nUa6K9BOcH2Yn54lW2i5SMvq3lKQ7fYKtIJL5RekPhT prs16WZdNf-5GfcdmTmBoGEhokqurv9f8pXUvmRvEYBwJxuin3_Gc&sig=AHIEtbRQ4SbOeHGItA8Am7mca_nPM1SdiQ

dan

Definisi pengetahuan serta Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengetahuan http://duniabaca.com/definisi-pengetahuan-serta-faktor-faktor-yangmempengaruhi-pengetahuan.html. Atas talian Motivasi guru . (2009). Di akses pada 15 Disember 2011, pada 9.00 pagi dalam laman webhttp://www.oocities.org/usrafidi/motivasi.html Atas talian sekolah Kebangsaan panglima Adnan bagan Pulau pinang. Di akses pada 18 Disember 20011 pada jam 10 pagi dalam laman web http://www.skpa-

bgnpinang.net/v2/buletin-skpa/110-kepentingan-persediaan-mengajar.html. Azhar bin Muhammad, Abdul Hafiz bin Abdullah, Azmi Shah bin Suratman, Kamaril Azmi bin Jasmi dan Mohd Ismail Mustari (2007). Tahap Profesionalisme guruguru pelatih pendidikan Islam dalam Latihan Praktikum. Shah Alam: Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial. Azhar bin Muhammad, Abdul Hafiz bin Abdullah, Azmi Shah bin Suratman, Kamaril Azmi bin Jasmi dan Mohd Ismail Mustari (2007). Tahap Profesionalisme guru-

24

guru pelatih pendidikan Islam dalam Latihan Praktikum. Shah Alam: Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Aziah Ismail et al. (2002). Amalan Pembangunan Profesionalisme Dalam Kalangan Guru-guru Novis. Universiti Sains Malaysia. Baharin Abu. (2006). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM Dalam Latihan Mengajar. Kertas kerja dibentang dalam Kolokium Fakulti Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Baharin Abu. (2006). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM Dalam Latihan Mengajar. Kertas kerja dibentang dalam Kolokium Fakulti Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Duke, L., Karson, A., Wheeler, J. 2006. Do mentoring and induction program have greater benefits for teachers who lack preservice training?. Jurnal of Public & International Affairs-Princeton. 17, pg.61-82.

Hashim Othman, & Mohd. Daud Hamzah. (2001). Latihan Mengajar Kendalian Sekolah: Penerokaan Komponen-komponen Kecekapan Mengajar Guru Pelatih Prasiswazah. Kertas kerja dibentang dalam Conference On Challenges And Prospects In Teacher Education, Concorde Hotel, Shah Alam, pada 16-17 Julai 2001.

Humphrey, D.C.; Wechsler, M.; Bosetti; K.R. 2007. Teacher induction in Illinois and Ohio: a preliminary analysis. Commission by the Joyce Foundation, U.S.A. Kauchak dan Enggan .(1989). “ Learning And Teaching. “ Massachussest : Allyn and Bacon. Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Selangor: Prentice Hall. Pearson (M). Sdn. Bhd. Khalid Johari. (2009). Pola Efikasi Guru-Guru Novis Sekolah Menengah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

25

Lokman bin Mohd Tahir dan Ida Juliana binti Mat Johari. 2007. Tahap kesediaan bakal guru tahun akhir perdana UTM (Kemahiran Hidup) dalam menceburi profesion perguruan. Fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. M. Susie Whittington et al . (2006). Teacher Efficacy Of Novice Teachers In Agricultural Education In Ohio At The End Of The School Year. Ohio. MacDonald, B. & Rudduck, J. 1971. Curiculum Research and Development Project: Barries to Success. British Juornal of Educational Psychology. 41: 148-154. Magisos, J.H. (1989). “Vokcational Teacher Education Principles, Practise, Problem and Promissing Direction”. London : The Plamer Press. Mahmood Nazar Mohamed dan Sabitha Marican (1995). Hubungan Manusia Dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn. Bhd. McNiff, J. (1988). Action Research: Principles and Practice. London : Routledge. Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. “Asas Penyelidikan Sains Sosial”. Panel Asas Pendidikan. Shah Alam : Fakulti Pendidikan, UTM (tidak diterbitkan). Mohammed Sani Ibrahim. 2002. Pendidikan Guru yang Bersatu dan Dinamik. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammed Sani Ibrahim. 2007. Strategi Menginstitusikan Program Mentoran Kearah Perkembangan Kerjaya Guru-guru Novis di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Othman Lebar. 2000. Kretif dan Inovasi dalam Pendidikan Guru. Prosiding Seminar Kebangsaan Seminar Kebangsaan JPPG. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Shulman, L.S. 1986. Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher 15(2): 4-14.

26

Simon, S. D. (2006). Statistical Evidence in Medical Trials: What Do The Data Really Tell Us?. New York: Oxford University Press. Siti Maisarah binti bahrun. 2008. Persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan. Universiti Teknologi Malaysia Wan Noraini Wan Razab dan Nooraini Othman. 2011. Tahap motivasi dan punca tekanan guru yang melanjutkan pengajian. Jurnal Kemanusiaan bil.1. Universiti Teknologi Malaysia. Yusuf Ahmad. (2008). Masalah Kesediaan Guru Permulaan: Sekolah Perlu Memainkan Peranan Utama Untuk Menyelesaikannya. Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah Darul Aman. Zakaria Kasa, Soaib Asimirin, Abdul Rasid Jamian, & Yahya Othman. (2001). Persepsi Pelatih Terhadap Latihan Mengajar. Suara Pendidik (23), 20-30.

27

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF