Politik Malaysia Pasca Pru 13

January 4, 2018 | Author: Hidayati Ab Rahman | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Politik Malaysia Pasca Pru 13...

Description

POLITIK MALAYSIA PASCA PRU 13 Pilihan Raya Umum ke-13 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dengan 133 kerusi dan Pakatan Rakyat (PR), 89 kerusi parlimen. PR telah mendapat undi popular 51% manakala BN mendapat 47% undi. PR mempertikaikan kemenangan BN kerana PRU 13 dikatakan penuh penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Manakala BN tidak berpuas hati kerana penolakan pengundi Cina terhadap BN. Wan Saiful Wan Tan, seorang penganalisi politik menyatakan PRU 13 telus tetapi tidak adil. Oleh itu, usaha yang komprehensif hendaklah dijalankan bagi menyelesaikan masalah ini. Bagi mewujudkan politik baru yang demokratik, bermaruah, adil dan saksama, semua pihak hendaklah berlapang dada dan mengaku kesalahan dan kelemahan pada masa dahulu dan fokus kepada politik baru demi kebaikan rakyat dan negara. Politik baru bagi mewujudkan 'good governmant' hendaklah diwujudkan di Malaysia. Budaya politik lama yang bercanggah dengan amalan demokrasi dan melanggar perlembagaan hendaklah dihapuskan serta merta oleh semua pihak. Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Media hendaklah diberikan kebebasan kepada semua pihak. Media kerajaan seperti TV dan radio hendaklah diberi ruang yang sama kepada setiap parti politik yang bertanding. 2. Megharamkan penggunaan perkataan 'kerajaan BN', 'kerajaan PR', 'kerajaan DAP', 'kerajaan PAS' dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh, mempergunakan parti politik sebagai kerajaan adalah satu perkara yang tidak bijak dan mengelirukan rakyat. Penggunaan terma 'Kerajaan Negeri' dan 'Kerajaan Malaysia' hendaklah diperkasakan supaya dapat menyuburkan nilai patriotisme terhadap negara, bukanlah terhadap parti politik. 3. Daftar pemilih hendaklah dikemas kini dengan sebersih-bersihnya. Semua pemilih hendaklah didaftarkan untuk mengundi di alamat pemilih berdasarkan alamat yang tertera pada MyKad. Pengundi yang mempunyai status yang meragukan hendaklah dibatalkan mengikut proses undang-undang oleh SPR dengan segera. 4. Memansuhkan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (Persekutuan) atau JKKK(P) yang diwujudkan di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Pelantikan JKKK(P) ini bukan sahaja mengkhianati 'spirit' Perlembagaan Malaysia, malah telah memecah belahkan masyarakat dan membazirkan wang rakyat. Hal ini telah menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang mana sesebuah kampung mempunyai dua orang penghulu kampung. 5.Memansuhkan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk tujuan politik. a) Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan di negeri-negeri yang dikuasai PAkatan Rakyat; Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. b) Agensi JAKSA di Kementerian Penerangan. Jabatan ini ialah alat politik semaata-mata dan boleh memecahbelahkan umat Islam. 6. Pengasingan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan judisiari mestilah dilaksanakan sepenuhnya. Legislatif hendaklah menumpukan tugas dan tanggungjawabnya seperti berikut: a. Menggubal undang-undang b. Meminda undang-undang

c. Menyelia badan-badan eksekutif 7. Amalan politik rasuah iaitu ahli politik meluluskan peruntukan serta merta di peringkat Persekutuan dan Negeri hendaklah dihentikan. 8. Mengembalikan kuasa mengurus dan mentadbir negara kepada pegawai kerajaan sepenuhnya mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada, tanpa campur tangan politik. Pegawai dan kaki tangan kerajaan hendaklah bertindak secara bebas, profesional dan non-partisan. 9. Amalan memberikan Peruntukan Khas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen, Ketua Menteri, Menteri Besar, EXCO dan DUN mestilah dihapuskan. Peruntukan hendaklah disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti mana diluluskan dalam bajet tahunan. 10. Memansuhkan pelantikan Penyelaras Parlimen/DUN bagi kawasan BN/PR yang kalah dalam pilihan raya. Pelantikan ini menyalahi perlembagaan, merupakan suatu pembaziran dan tindakan yang tidak beretika. 11. Peruntukan Kerajaan Negeri dan Persekutuan hendaklah diagihkan secara adil dan saksama, tanpa mengira fahaman politik. Agihan hendaklah berteraskan kepada merit. 12. Semua projek kerajaan hendaklah dikendalikan secara tender terbuka yang telus dan adil. Amalan projek runding terus dan beri terus hendaklah dihapuskan sama sekali. 13. Amalan mengumpul rakyat dengan alasan majlis bersama rakyat/pemimpin hendaklah dihentikan kerana amalan ini membuang masa dan membazirkan wang rakyat semata-mata. 14.Amalan politik fitnah, maki hamun, seks, gangsterisme dan perkauman hendaklah ditentang habishabisan oleh semua pihak. 15. Semua wakil rakyat yang dilantik hendaklah memahami peranan dan tanggung jawab sebagai wakil rakyat. Amalan politik lama yang memberi kuasa meluluskan peruntukan dan menghulurkan bantuan sudah tidak relevan, lapuk dan ketinggalan zaman. Hal ini disebabkan oleh, meluluskan peruntukan dan memberi bantuan kepada rakyat ialah tugas dan tanggung jawab pejawat awam yang seramai lebih 1.4 juta orang. Wakil rakyat pula berfungsi memastikan pejawat awam menjalankan tugas dengan amanah. Amalan politik baru yang dicadangkan di atas akan berjaya dilaksanakan sekiranya semua pihak ikhlas dalam memainkan peranan masing-masing. Hal ini diperlukan dalam membentuk politik Malaysia yang bertamadun berteraskan kepada polisi dan idea yang bernas, dan bukanlah bertunjangkan kebendaan dan semngat perkauman yang sempit.

Penulis ialah bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik Malaysia angkatan 1980. AB RAHMAN BIN SALLEH 43 jalan perwira butterworth 13050

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF