Mengenal dan memerihalkan pola pelbagai set nombor dan objek dalam kehidupan sebenar, dan seterusnya membuat rumusan tentang pola.
1.2.1
Menerangkan maksud jujukan.
1.2.2
Mengenal pasti dan memerihalkan pola suatu jujukan, dan seterusnya melengkapkan dan melanjutkan jujukan tersebut.
Aktiviti
1. Murid dipaparkan slaid dari Modul HEBAT (Modul 1, PPT 1, Slaid 3). 2. Berdasarkan contoh paparan, murid diminta melakar pola atau corak yang mereka perhatikan sekeliling mereka.
3. Guru memberi penerangan maksud jujukan dan kaitannya dengan pola beserta contoh. 4. Guru membimbing murid untuk mencari perkaitan antara nombor dalam jujukan yang ditunjukkan dan menyambung jujukan nombor tersebut. 5. Contoh Jujukan nombor adalah 1, 3, 5, 7, 9,11..... 6. Murid menyatakan pola nombor di atas. 7. Guru meminta beberapa pelajar menjawab soalan di hadapan. 8. Guru membimbing murid untuk meneroka dan membuat generalisasi melalui aktiviti dalam buku teks. 9. Guru memberi latihan pengukuhan. KBAT / ITHINK
Mencirikan / Peta Bulatan
BBM
Gambar, Helaian Kerja
Refleksi
Oleh:
Fadzlin bt Mahammad Karoni (SMKAKL), Wan Norazlianti Bt Arifing (SMKSBU), Siti Norzura bt Hashim (SMKSI) Tarikh : 12 Julai 2017
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.