PINTAR CERDAS
April 26, 2018 | Author: ABDUL RAZAK BIN ISMAIL | Category: N/A
Short Description
MENGENALI MURID PENDIDIKAN KHAS...
Description
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
PENGENALAN Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat pelbagai definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau pendidikan khas ditinjau. Sebagai perbandingan, perkembangan pendidikan khas di Britain dan Amerika Syarikat dibincang. Kanak-kanak yang belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai µkanakkanak berkeperluan khas¶. Tiga klasifikasi umum dikemukakan yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi dibincangkan sebagai pengenalan kepada topik-topik seterusnya Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa. Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu ³sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya ´. Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.
1
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas
Integrasi
pula
disediakan
untuk
murid-murid
bermasalah
pembelajaran,,
bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini. Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu. DEFINISI
PINTAR CER DAS
Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, 2
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan
beberapa
maklumat
dalam
menghasilkannya.
Umum
pula
mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai
Kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai ³The Stanford- Binet Test´ telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu: ³Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination General intellectual aptitude, Specific academic aptitude, Creative or productive thinking, Leadership ability and Visual and performing arts.
KAEDAH
MENGENALPASTI PELAJAR PINTAR CER DAS
Tiada satu konsep yang khusus untuk pintar cerdas/berbakat. Ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ia bukan sahaja berasaskan kecerdasan tetapi juga merangkumi keupayaan intelek yang umum, kebolehan akademik, pemikiran kreatif dan produktif, kepimpinan, seni tampak dan lakonan serta keupayaan psikomotor. Cara 3
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan ujianujian piawai mengenai keupayaan umum, pencapaian, kreativiti, kecenderungan dan personaliti. Ia juga boleh dikenalpasti berdasarkan ramalan guru, ibu bapa, rakan sebaya dan kendiri.
Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Dr Sternberg di dalam bukunya Conception of Giftedness pula berpendapat, kepintaran terdiri daripada tiga faktor iaitu : 1) kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif 2) kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis 3) kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.
CIRI-CIRI PELAJAR PINTAR CER DAS
BIL 1
KOMPONEN
PERSONALITI
PELAJAR PINTAR CER DAS Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami.
2
KREATIVITI
Kreatif
terutamanya
dalam
menguasai
kemahiran.
Mereka dapat menggunakan barang ataupun peralatan yang biasa secara kreatif & Mempunyai daya imaginasi yang tinggi, aktif dan pelik.
3
GAYA BELAJAR
Suka belajar dengan sistematik, member tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah serta rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru. Selain itu belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa
ingin
tahu
yang
tinggi
dan
berminat
dalam
pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi 4
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
4
KOGNITIF
Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang diajar
oleh
guru
dengan
mudah
dan
peka
dan
menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan berupaya menyelesaikan masalah
5
EMOSI
penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik dan mampu bersosial dengan cepat
6
BAHASA
mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan mengekal/ mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan mudah.
7
FIZIKAL
melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dan kesihatan
Pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahir dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. 5
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Senang Menyesuaikan
Diri Dalam
Situasi Baru
Salah satu takrif untuk kecerdasan adalah kebolehan menyesuaikan diri dalam situasi baru atau semasa dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak pintar-cerdas memperlihatkan adaptasi yang baik dalam keadaan baru, contohnya mereka tidak berasa takut atau menangis pada hari pertama ke sekolah, malah menjalin persahabatan baru dengan cepat dan memahami apakah tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah. Contoh yang lain adalah mereka senang menyesuaikan diri dalam budaya yang berbeza, termasuk menguasai bahasa asing dengan cepat. Mereka fleksibel membawa diri dalam situasi yang berbeza, seperti di organisasi yang tidak biasa. Sifat senang menyesuaikan diri ini juga boleh dilihat mereka senang menyesuaikan diri semasa masa transisi dari sekolah rendah kepada sekolah menengah sehingga peringkat pengajian tinggi. Contohnya cara pembelajaran untuk peringkat yang berbeza ini adalah berlainan, mereka cepat menguasai rahsia tersebut dan senang menjadi cemerlang dalam akademik, contohnya mereka lebih memahami apa yang dikehendaki oleh guru dan menjawab berdasarkan itu. Keadaan ini tidak bermakna mereka dapat menghadapi cabaran hidup dengan senang, sebab mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi orang lain. Masalah kanak-kanak pintarcerdas akan dibincangkan dalam bab yang satu lagi. Sifat senang menyesuaikan diri ini tidak begitu bertepatan bagi golongan yang terlampau pintar cerdas, di mana mereka menghadapi situasi agak berbeza dengan orang lain. Ini adalah sebab jurang perbezaan yang terlalu besar. Kebolehan
Intelek Am
Maksud kebolehan intelek am ini bermaksud, mereka bukan hanya menonjol dalam subjek atau kemahiran yang tertentu sahaja tetapi kelebihan dalam keupayaan mental secara am dan keseluruhan. Contohnya dari segi ingatan, bahasa, mengeluarkan idea, penaakulan, menganalisa dan pemahaman secara am. Mereka nampak lebih fahamfaham. Dengan kebolehan mental yang lebih tinggi ini, mereka boleh menguasai
6
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
kebanyakan subjek. Contoh yang biasa kepada kita adalah pelajar cemerlang dalam SPM. Mereka menunjukkan pengetahuan yang luas, dan mengetahui banyak maklumat yang tidak diketahui kanak-kanak lain, lebih-lebih lagi bagi topik yang menarik perhatiannya. Contohnya, apabila guru menanya apa warna isi buah tembikai, kanak-kanak menjawab warna merah, dan Ali mengatakan Ada tembikai kuning!, keadaan ini menunjukkan Ali lebih berpengetahuan berbanding kawannya. Kanak-kanak yang biasa hanya memahami bapa yang membeli susu, tetapi kanak-kanak pintar-cerdas menyedari susu dari pasarya adalah datang dari lembu! Katakanlah bagi tajuk telur, kita boleh membandingkan pengetahuan dan konsep dua orang kanak-kanak . Kelebihan yang lain termasuklah daya ingatan, daya pemerhatian dan tumpuan yang baik. Ingatan dan daya pemerhatian yang baik adalah berkait rapat dengan tumpuan yang tinggi itu. Daya pemerhatian yang baik bermakna mereka boleh mengenalpsti perincian yang diabaikan oleh kebanyakan orang lain. Contohnya, kanak-kanak itu mungkin boleh membezakan daun sayur yang berbeza, jenis kereta dan lain-lain. Mereka mungkin menanya kenapa ikan emas tidak pernah tidur, bentuk bulan boleh berubah dan sebagainya. Daya tumpuan yang tinggi bermaksud menjalankan sesuatu aktiviti untuk satu jangka masa dan tidak senang dipengaruhi oleh gangguan di sekeliling. Disebabkan kelebihan ini, dengan memberi pendedahan dan latihan yang sewajarnya, mereka
boleh
menjadi
perkembangan
pakar
kanak-kanak
dalam
bidang
pintar-cerdas
tersebut.
sepatutnya
Walau
bagaimanapun,
mengikut
minat
dan
kecenderungan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibubapa keliru antara bakat dan minat, mereka mungkin memaksa kanak-kanak yang berbakat dalam muzik belajar muzik sedangkan kanak-kanak itu walaupun berbakat tetapi tidak berminat sebenarnya. Minat Yang Luas Minat bukan terhad kepada subjek akademik di sekolah sahaja. Ia juga merangkumi aktiviti-aktiviti, hobi-hobi, topik-topik lain yang tidak dimasukkan dalam sukatan sekolah. Hobi adalah mainan bagi orang dewasa. Kebanyakan daripada kita memiliki hobi yang 7
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
tertentu, seperti mengumpul, seni lukis, seni muzik, beristirahat dan senaman, memasak dan berkomputer. Golongan pintar-cerdas menunjukkan bakat, minat dan hobi yang luas. Mereka juga terlibat giat dalam aktiviti tersebut itu dengan motivasi yang tinggi, mereka melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan tumpuan yang tinggi. Contohnya melukis dan membaca seorang diri selama beberapa jam. Kebanyakan kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku (tetapi bukan semuanya). Buku yang mereka baca luas dan mereka membaca buku yang lebih baik, atau buku yang lebih susah difahami, lebih banyak maklumat, lebih tinggi tahapnya dan lebih mencabar konsepnya, ini disebabkan pemahaman mereka yang lebih baik berbanding rakan yang sebaya. Topik yang mereka baca juga lebih luas. Mereka membaca sebab naluri ingin tahu yang tinggi bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan atau diminta oleh orang dewasa. Mereka juga memperlihatkan tingkah laku membaca yang lebih matang, seperti membaca secara senyap, menghabiskan satu buku sebelum membaca buku lain dan tumpuan tinggi (mengekalkan tumpuan selama beberapa jam) pada usia yang lebih muda berbanding orang lain. Dengan kata lain, mereka boleh membaca buku yang tebal pada usia muda. Katakanlah seorang kanak-kanak yang suka kepada matematik, dia bukan sahaja suka kepada buku matematik, dia juga tertarik kepada cerita matematik dan biografi ahli matematik. Seorang yang pintar-cerdas mungkin berminat dengan banyak subjek dan topik, seperti psikologi, biologi, agama, sejarah, sains dan pengurusan. Bagi kanak-kanak, mereka mungkin berminat dengan topik-topik seperti dinasour, makhluk asing, serangga, magnet, jam, telur, binatang, mengumpul spesimen daun, memasak, api dan bayang. Kalau anak murid anda memperlihatkan tingkah laku yang sangat berminat terhadap kebanyakan topik yang memberangsangkan, dia berkemungkinan seorang yang pintarcerdas. Dia mungkin menyimpan sebuah buku nota atau diari untuk merekodkan apa yang diketahuinya dan temubual orang dewasa. Dengan berlalunya masa, dia mencapai tahap kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam dua atau lebih bidang seperti melukis, menyanyi, astrologi, memasak atau dalam 8
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
bidang perubatan herba. Minat mereka luas dan mendalam, menunjukkan sikap tertarik kepada pengetahuan dan mengasah bakat yang ada pada mereka. PEMIKIRAN YANG ABSTRA K DAN KOMPLEKS Banyak golongan pintar-cerdas menunjukkan minat yang mendalam terhadap idea yang abstrak dan terperinci. Mereka tertarik kepada teori dan falsafah. Pada zaman remaja mereka menjadi kagum kepada ahli pemikir yang terkenal dan suka membaca buku terhadap falsafah, psikologi, pengajian sosial, sains dan matematik pada usia yang muda. Pemikiran abstrak boleh dikatakan satu-satunya ciri-ciri yang paling signifikan membezakan seorang yang pintar-cerdas dengan orang kebanyakan. Pada peringkat kanak-kanak, mereka lebih cepat memahami konsep yang abstrak seperti konsep sifar, nombor negatif, masa. Contohnya dia boleh menyatakan perbezaan antara jam tangan, jam, masa dan tempoh. Jam tangan adalah alat untuk menunjukkan masa, jam jugalah unit masa untuk mengukur panjangnya masa, tempoh adalah berapa lamanya masa itu. Pemikiran yang abstrak bukan setakat melibatkan pemikiran semata-mata, tetapi juga penyampaian idea itu dalam bentuk bahasa. Mereka cekap mendefinisikan sesuatu konsep. Sebenarnya inilah konsep yang digunakan oleh banyak ujian kecerdasan, iaitu keupayaan mendefinisikan konsep. Perkembangan bahasa selalu berkembang selaras dengan perkembangan konsep.
Adi Putra salah seorang kanak-kanak pintar cerdas di Negara ini
Buku menjadi teman baik yang penting dalam kehidupan mereka. Mereka biasanya suka kepada buku dan mana-mana bahan bercetak. Mereka suka kepada maklumat 9
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
dan menghargai ilmu. Fakta dan maklumat menjadi kegemaran. Implikasi kepada guru dan ibubapa adalah, membantu anak anda lebih cepat memahami konsep yang abstrak, untuk peringkat kanak-kanak, perkataan selain objek dan pergerakan boleh dianggap abstrak. Contoh perkataan yang abstrak pada peringkat kanak-kanak adalah seperti Tuhan, cantik, sibuk, lama, senang, malu, sedih, penyakit, kuman, nilai wang, konsep masa, sebab-akibat dan lain-lain. Kalau anak anda lebih cepat menggunakan atau memahami perkataan ini berbanding kanak-kanak lain. Ini menunjukkan kebolehan mental yang tinggi. Dalam konteks Malaysia ini, satu contoh sumber kepada idea yang abstrak adalah agama. Konsep-konsep keagamaan seperti balasan, moral (apakah yang betul dan apakah yang salah), mematuhi Tuhan dan lain-lain adalah abstrak. Bagi penganut Hindu dan Buddha, konsep seperti lahir semula, karma dan sebagainya jugalah idea yang abstrak.Kanak-kanak pintar-cerdas menunjukkan pemahaman tentang konsep keagamaan ini pada usia yang muda. Contohnya Farid yang berusia 6 tahun mengatakan Tuhan Muthu dan Tuhannya lain. Ini adalah petanda kanak-kanak pintarcerdas. Kefasihan
Bahasa
Dan
Aliran Idea Yang Lancar
Disebabkan perkembangan bahasa mereka yang lebih baik, mereka fasih bercakap dan banyak idea. Satu aspek yang senang diperhatikan adalah penggunaan perkataan yang tidak diketahui kanak-kanak sebaya, guru perlu prihatin kalau mendapati kanak-kanak lain menanya apakah maksud perkataan canggih yang digunakan oleh seorang kanakkanak. Contohnya dia bercakap tentang nama dinasour, atau oksigen. Mereka menunjukkan perbendaharaan kata yang luas. Ini juga satu petanda pengetahuan mereka yang banyak. Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan bahasa dan perkembangan pengetahuan adalah berkait rapat. Ayat yang dipertuturkan juga lebih kompleks dan pelbagai dari segi strukturnya, seperti menggunakan ayat pasif, menyoal serta ayat yang panjang dan lebih lengkap. Mereka menjawab dengan memberi alasan, bukan setakat Tidak atau Suka!, contohnya apabila 10
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
ditanya apa yang suka dimakan, Ali yang pintar-cerdas menjawab Ikan bilis! Sebab ada nasi! (maksudnya ikan bilis sedap dimakan bersama nasi). Apabila ditanya adakah Ana yang berumur 4 tahun cantik? Dia menjawab, Cantik kalau lepas mandi ada sikat rambut! Bahasa mereka juga lebih teratur, memperlihatkan aliran idea yang jelas dan lancar. Adalah biasa kanak-kanak bercakap dengan menjangkau perkataan dan sukar mengekalkan satu topik perbualan, sebaliknya kanak-kanak pintar-cerdas boleh bercakap dengan orang dewasa berkaitan sesuatu peristiwa dengan jelas.
Contoh Keratan Akhbar Kemahiran
Membaca
Adakah semua kanak-kanak yang pandai membaca pada peringkat umur rendah adalah pintar cerdas? Pertimbangkan kes-kes berikut: - Muhammad (5) boleh membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang diberikan kepadanya. - Ah Seng (6) boleh membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang diberikan kepadanya. - Siew Eng (5) tidak suka membaca lantang, tapi suka membaca buku sendiri secara senyap. - John (4) boleh faham buku abangnya yang 8 tahun tetapi tidak boleh mengeja
11
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Sekali lagi, penilaian terhadap kebolehan membaca perlu dinilai secara keseluruhan bukan aspek membaca yang tertentu sahaja. Dalam kes di atas, Muhammad mungkin membaca tanpa memahami maksud bahasa. Bagi bahasa yang fonetik seperti Bahasa Melayu, seseorang kanak-kanak boleh menyebut semua perkataan atau suku kata dengan menguasai beberapa kemahiran yang asas. Kemahiran ini tidak semestinya setimpal dengan pemahaman yang tinggi. Maka dia mungkin bukan kanak-kanak pintar cerdas. Bagi Ah Seng, dia dikatakan kanak-kanak pintar cerdas, sebab setiap perkataan dalam Bahasa Mandarin tidak boleh dikenalpasti dengan melihat kepada bentuknya semata-mata, setiap perkataan baru perlu diingati sebutan, maksud dan bentuknya. Bahasa Mandarin adalah bahasa ideogram, berbeza dengan bahasa fonetik seperti bahasa Melayu yang senang disebut kalau kita menguasai beberapa fonem.
KEMENTERIAN
Program Pendidikan
Khas
PELAJARAN MALAYSIA
Integrasi
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. urikulum K urikulum
Program Pendidikan
has K has
: Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah
pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa. Jamilah K.A. Mohamed (2006)
12
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan
has: K has:
Semua pelajar pendidikan khas mengambil
peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif. empoh T empoh y
Belajar:
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
y
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
y
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
Proses Pendaftaran Langkah
Kanak-Kanak
ke Program Pendidikan
Khas
1: Mula
Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa. Langkah
2: Mengenalpasti
Mengenalpasti
kanak-kanak
yang
disyaki
mempunyai
masalah
kurang
upaya.
Pengesahan murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan di hospital kerajaan, pusat kesihatan atau klinik swasta bagi tujuan penempatan, dan mendapatkan saringan awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Langkah
3: Pendaftaran
Daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan pendidikan bersesuaian.
13
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
*Juga
daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk mendapatkan perkhidmatan bersesuaian. Langkah
4:
elayakan K elayakan
Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan disaring di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan. *Kanak-kanak
yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang
serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK). Rohani Abdullah (2001) Langkah
5: Penempatan
Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan alamat yang terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas. Langkah
6: T empoh empoh Percubaan
Murid yang ditempatkan dengan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia diberi tempoh percubaan selama 3 bulan. Langkah
7:
ekekalan K ekekalan
Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).
14
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Pendidikan Vokasional Sekolah
Khas/Integrasi
(Teknik/Vokasional)
Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal (Adam, 2003; Ali, 2007; Lokman, 2007). Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemampuan pelajar berkeperluan khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Khas telah merangka dan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Antara kategori pelajar berkeperluan khas yang dianggap dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik ialah Sindrom Down, autisme ringan, Attention
Deficit
Hyperactive
Disorder,
terencat
akal
minimum
dan
masalah
pembelajaran spesifik (Siti Mapsiah & Nor Azizah, 1995). Dalam usaha mendidik dan meningkatkan keupayaan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar khas, silibus yang digubal tidak perlu berbeza dengan pelajar normal iaitu penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Mohd Dan, 2007). Namun begitu, kaedah yang digunakan dalam mendidik pelajar khas ini sememangnya berbeza dengan pelajar normal. Mereka perlu diberikan lebih keutamaan dari aspek penyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kelengkapan yang disediakan di institusi pendidikan. Dalam usaha mempertingkatkan peluang pekerjaan kepada pelajar berkeperluan khas, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah Pendidikan Berkeperluan
has K has
eknik T eknik
dan Vokasional untuk Pelajar
menyeru pihak majikan supaya membuka peluang pekerjaan yang
lebih luas kepada mereka supaya mereka boleh berdikari dan terlibat sama dalam pembangunan ekonomi. Untuk merealisasikan hasrat dan misi nasional, kini pihak kerajaan sedang berusaha gigih dalam mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran 15
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
untuk golongan berkeperluan khas di Malaysia supaya mampu bersaing dengan pasaran pekerjaan. Kemahiran-kemahiran yang diberikan perlu bersesuaian dengan kemajuan negara yang kini makin membangun untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini (Ku Seman, 2007). Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional: Sekolah
has: K has:
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang
menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV). Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Program Pendidikan
has K has
Integrasi (Masalah Pendengaran): Sekolah Menengah
Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru; Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah; Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak; Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan; Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah Tempoh Pengajian Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan. Objektif
Pendidikan Vokasional Sekolah
Khas/Integrasi
(Teknik/Vokasional)
Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas. Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain. Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat. Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all). Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan
16
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
kepada kategori / labelling. Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming). Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara. Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara. Jamilah K.A. Mohamed.(2006)
Contoh Sekolah Khas Vokasional
Menyediakan
kanak-kanak
dengan
keperluan-keperluan
pendidikan
khas
dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersamasama mereka. Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu. Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP). Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain. Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang
terdiri
daripada
pasukan
multi
disciplinary.
Menekankan
pembekalan
perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan. Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan 17
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja. Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai
kemahiran-kemahiran
bekerja
sendiri.
Menghasilkan
perkhidmatan-
perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan. Menentukan
supaya
pelajar-pelajar
dengan
keperlaun-keperluan
khas
rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM. Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekola
menengah
khas untuk persediaan SPM. Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan
SPM(Vokasional).
Menentukan
pelajar-pelajar
dengan
keperluan
pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia. Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK. Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional. Sekolah Khas Berasrama Sekolah Khas Berasrama adalah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Pusat Perkhidmatan Pendidikan
has K has
: Ditubuhkan pada Tahun 1999 bertujuan
untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada ibu bapa dan murid-murid
18
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
berkeperluan khas setempat. Pusat ini bersifat saling lengkap-melengkapi kepada agensi-agensi yang berkecimpung dalam hal-hal yang berkaitan dengan keperluan khas. Antara perkhidmatan yang disediakan:- Khidmat audiologi, Kelas bahasa isyarat, Aktiviti terapi, Kaunseling ibu bapa, Perpustakaan permainan, dan Bahan rujukan. Nordin Mamat.(2005) Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal i ni membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai
kanak-kanak
kurang
upaya
dan
kesedaran
masyarakat
terhadap
pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:
Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Bertanggungjawab pendidikan
khas
Dasar
untuk
merealisasikan
dasar,
dengan
menetapkan
peraturan
hala dan
tuju
dan
perkembangan
perundangan
mengenai
19
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.
Gambaran Panorama Asrama
Bahagian Pengurusan Sekolah Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.
Bahagian Latihan dan
Khidmat
Bantu
Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).
Unit Pengurusan Bertanggungjawab
untuk
meningkatkan
kualiti
pengurusan
Jabatan
melalui
perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.
Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk 20
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran.
Terdapat kirakira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian
Pendidikan
Malaysia,
70%
terdiri
daripada
pelajar
bermasalah
pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5% bermasalah penglihatan. Yuran Makan Asrama Untuk Sekolah Yuran
Khas
makan asrama bagi pelajar yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan
melebihi RM5,000 sebulan dinaikkan daripada RM1 kepada RM3 mulai tahun depan. Kos RM3 sehari untuk ibu bapa pendapatan lebih RM5,000 sebulan. Kenaikan 200 peratus itu membabitkan murid di asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara. Ia sebahagian daripada strategi dan langkah penjimatan Kementerian Pelajaran selepas peruntukan bantuan persekolahan pada tahun depan dikurangkan berbanding tahun sebelum ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata selain itu, bilangan hari bagi bayaran yuran makan asrama turut dikurangkan sebanyak 50 hari daripada 250 kepada 200 hari. Bagaimanapun, katanya, ibu bapa atau penjaga dengan jumlah pendapatan RM4,999 sebulan ke bawah kekal RM1 sehari. Murid di asrama sekolah pendidikan khas kekal dikecualikan daripada membayar yuran makan
dengan bilangan hari
dikurangkan daripada 270 kepada 220 hari. Asrama murid Orang Asli, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), asrama desa dan asrama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 250 kepada 200 hari," katanya dalam Surat 21
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2009 berhubung pindaan yuran makan asrama yang disiarkan di laman web Kementerian Pelajaran semalam. Alimuddin berkata, ketetapan itu diputuskan
dalam
dipengerusikan
Mesyuarat
Menteri
Pasca
Pelajaran
dan
Kabinet
Kementerian
Mesyuarat
Ketua-Ketua
Pelajaran
yang
Jabatan
yang
dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pada 30 Oktober lalu. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan),
Dr
Haili
Dolhan,
ketika
dihubungi
berkata,
kenaikan
itu
tidak
membebankan ibu bapa atau penjaga kerana ia hanya membabitkan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. Langkah ini akan mengurangkan bayaran subsidi kerajaan untuk yuran makan dan pada masa yang sama, ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan. "Walaupun yuran dinaikkan, subsidi kerajaan bagi makanan di asrama sebenarnya masih tinggi kerana peruntukan bayaran makan bagi seorang pelajar adalah antara RM8 hingga RM12 sehari," katanya. Beliau berkata, bilangan hari bagi pembayaran yuran makan untuk semua jenis asrama dikurangkan 50 hari selepas menolak semua hari cuti, termasuk cuti kelepasan am dan peruntukan cuti hujung minggu untuk pelajar pulang ke rumah masing-masing. Bagaimanapun, katanya, jika subsidi makan yang diperuntukkan kerajaan untuk manamana asrama tidak mencukupi berikutan hari pelajar berada di sekolah melebihi daripada hari yang ditetapkan, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan.
KESIMPULAN Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.
22
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Kebanyakan kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku (tetapi bukan semuanya). Buku yang mereka baca luas dan mereka membaca buku yang lebih baik, atau buku yang lebih susah difahami, lebih banyak maklumat, lebih tinggi tahapnya dan lebih mencabar konsepnya, ini disebabkan pemahaman mereka yang lebih baik berbanding rakan yang sebaya. Topik yang mereka baca juga lebih luas. Mereka membaca sebab naluri ingin tahu yang tinggi bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan atau diminta oleh orang dewasa. Manakala,
Program
berkeperluan
khas
Pendidikan
Khas
Integrasi
bermasalah
pembelajaran,
disediakan bermasalah
untuk
murid-murid
pendengaran
dan
bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan. Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri, membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu.
pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanakkanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. 23
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu bapa juga berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagi pun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan.
BIBLIOGRAFI Vasiliki Krikeli, Anastasios Michailidis And Niovi-Dionysia Klavdianou. (2010).
he T he
Case
Of Children With Developmental Disabilities : Aristotle University University Of Thessaloniki, University Of Maryland At College Park
Stanford Binet (1916) Child-Rearing Practices And Delinquency In Children And dolescents: Adolescents:
University Of Macedonia
Susan K. Golant (1995) The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs: University Of Macedonia
Marland (1972) Understanding Adhd In Girls: Identification And Social Characteristics: Characteristics : Indiana University Northwest, Purdue University
Hassan Mohd. Ali Ph.D.(2006). Anak K ita ita Memang Pintar Cerdas Panduan Membina Potensi Diri Anak- Anak . PTS Millennia Sdn. Bhd: Selangor
24
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS
Jamilah K.A. Mohamed.(2006). Pendidikan
has K has
Untuk K anakanak-K anak anak Istimewa. Istimewa. PTS
Profesional: Kuala Lumpur
Nordin Mamat.(2005). Asas Sosial K anakanak-K anak. anak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur
Rohani Abdullah.(2001). Perkembangan
anak-K anak anak K anak-
Penilaian Secara Portfolio.
Universiti Putra Malaysia: Malaysia : Serdang
25
View more...
Comments