Pilihanraya 1955

August 6, 2017 | Author: Nur' Atiqah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

hubungan etnik...

Description

KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITY UTARA MALAYSIA NAMA KURSUS: HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS: SADN 1043 NAMA PENSYARAH: DR. SYAHRUL FAIZAZ BINTI ABDULLAH TAJUK TUGASAN: PILIHAN RAYA 1955 NAMA PELAJAR: BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

NAMA

NO. MATRIK

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK ISI KANDUNGAN BIL

TAJUK

MUKA SURAT

. 1 2 3

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 SEJARAH PILIHAN RAYA 2.1 Latar Belakang Pilihan Raya 1955 2.2 Senarai Pilihan Raya di Malaysia

4

3 4

3.0 FAKTOR KEMENANAGAN PARTI PERIKATAN PADA TAHUN 1955 3.1 Kepentingan Pilihan Raya 1955

5

1 2

5 5

4.0 IMPLIKASI PERISTIWA PILIHAN RAYA 1955 TERHADAP HUBUNGAN ETNIK PADA MASA ITU DAN

6

MASA SEKARANG 5.0 ITEM PEMBINAAN KERANGKA KESEPADUAN

6-7

SOSIAL DI MALAYSIA BERDASARKAN KEPADA PILIHAN RAYA 1955 5.1 Saling-kebergantungan 5.2 Permuafatakan Politik 5.3 Toleransi Agama 5.4 Toleransi Bahasa 5.5 Toleransi Budaya 5.6 Menjauhi Elemen-elemen Negatif 5.7 Asimilasi

8-9 9-10 10-11 11-12 13-14 14-15

7 8 9

6.0 KESIMPULAN 7.0 LAMPIRAN 8.0 RUJUKAN

15-16 17-18 19-27 28-29

1

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1.0 PENGENALAN Tajuk tugasan ini merupakan Pilihan Raya 1955. Rasional tugasan ini adalah untuk membantu pelajar lebih mengetahui pilihan raya pertama di Malaysia.Hal ini disebabkan majoriti pelajar tidak memahami sejarah tentang negara kita sendiri terutama tentang pilihan raya yang telah berlaku. Selain itu, Pilihan Raya 1955 merupakan suatu peristiwa yang penting dalam sejarah negara kita, kerana peristiwa ini telah memberikan beberapa kesan kepada negara kita. Melalui tugasan ini kami dapat lebih memahami sistem pilihan raya negara kita. Kajian ini dapat mengetahui kepentingan pilihan raya kepada sesebuah negara dan juga kepada rakyat negara tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa, kami juga dapat memahami implikasi peristiwa tersebut kepada hubungan etnik di negara kita. Tambahan pula, Pilihan Raya 1955 juga membawa beberapa rangka kesepaduan kepada masyarakat Malaysia. Pilihan raya merupakan sistem demokrasi yang menggunakan undian untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti atau di sekolah, Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

2

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 2.0 SEJARAH PILIHAN RAYA MALAYSIA 2.1 Latar Belakang Pilihan Raya 1955 Sebelum mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu telah melalukan banyak inisiatif bagi meraih kebebesan. Antaranya ialah melalui Pilihan raya Umum 1955. Pilihan raya umum ini merupakan pilihan raya Tanah Melayu yang tunggal sebelum bertukar kepada Malaysia. Pilihan raya umum ini diadakan pada 27 Julai 1955. Antara tujuan pilihan raya umum ini adalah untuk membina kesepaduan antara berlainan kaum. Parti yang bertanding dalam pilihan raya umum 1955 ialah Parti Perikatan, Parti Kemerdekaan untuk Malaya (IMP), Parti Islam SeMalaya (PAS), Parti Progresif Perak (PPP) dan Parti Kebangsaan Perak. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang dikendalikan oleh Tunku Abdul Rahman. Parti Perikatan telah mengemukakan 66 calon. Seterusnya Parti IMP diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar dan telah mengemukakan 33 calon. PAS pula mengemukakan 11 calon. Parti yang telah memenangi pilihan raya tersebut ialah Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan parti perikatan yang merupakan gabungan UMNO, MIC dan MCA telah membuktikan semangat kerjasama hubungan etnik yang kukuh dalam memncapai kemerdekaan negara. Antara manifesto parti perikatan ialah mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun, mewajibkan pendidikan kepada semua kaum, menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan, menjaga hak hak asasi manusia serta melindungi hak hak raja Melayu.

2.2 Senarai Pilihan Raya di Malaysia

No

Tahun

Kerajaan*

. Bil.

% Kerusi

Pembangkang % Undi

Bil.

Jumlah Kerusi

% Kerusi % Undi

3

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK Kerusi

Kerusi

1

1959**

74

71.15

51.7

30

28.85

48.3

104

2

1964**

89

85.58

58.5

15

14.42

41.5

104

3

1969

95

66.00

49.3

49

34.00

50.7

144

4

1974

135

87.66

60.7

19

12.34

39.3

154

5

1978

130

84.42

57.2

24

15.58

42.8

154

6

1982

132

85.71

60.5

22

14.29

39.5

154

7

1986

148

83.62

55.8

29

16.38

41.5

177

8

1990

127

70.55

53.4

53

29.45

46.6

180

9

1995

162

84.38

65.2

30

15.62

34.8

192

10

1999

148

76.68

56.5

45

23.32

43.5

193

11

2004

198

90.41

63.9

21

9.59

36.1

219

12

2008

140

63.1

50.27

82

36.9

46.75

222

13

2013

133

59.9

47.38

89

40.1

50.87

222

14

4

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 3.0 FAKTOR KEMENANAGAN PARTI PERIKATAN PADA TAHUN 1955 Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) Dan Kongres India Se-Malaya (MIC) telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Faktor kemenangan parti tersebut

dalam

Pilihan Raya 1955 adalah kerana manifesto yang diterapkan iaitu mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun, mewajibkan pendidikan kepada semua kaummenjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan, menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Perlembagan. Manifesto yang banyak memberi kebaikan dan kepentingan hak rakyat telah menarik rakyat Malaysia pada ketika itu untuk memilih undi Parti Perikatan sebagai parti yang boleh membentuk kerajaan dan negara. Di atas usaha yang gigih parti ini, Persekutuan Tanah Melayu berjaya memperoleh kemerdekaan dalam tempoh dua tahun selepas Pilihan Raya 1955. Selain itu, faktor kejayaan besar Parti Perikatan adalah disebabkan oleh perpaduan dan gabungan tiga kaum yang terbesar di negara ini. Ekoran semangat kerjasama dan perpaduan yang dibentuk daripada kepelbagaian etnik yang erat ini telah menyebabkan kemerdekaan Tanah Melayu dipercepatkan lagi. Sehingga ke hari ini kerjasama yang erat masih lagi diteruskan walaupun penukaran nama kepada Barisan Nasional. 3.1 Kepentingan Pilihan Raya 1955 Pilihan raya pertama pada tahun 1955 yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu memberi banyak manfaat dan kepentingan terhadap negara. Pengundi yang terdiri daripada rakyat Persekutuan Tanah Melayu diberi hak menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara. Selain itu, pilihan raya membuktikan wujudnya perpaduan dan kerjasama antara etnik yang menghasilkan kestabilan etnik yang harmoni. Hal ini dapat dilihat apabila semua kaum berkerjasama untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, kemenangan Parti Perikatan membolehkan rundingan kemerdekaan diadakan dengan pihak British dan akhir sekali Parti Perikatan dapat merangka perlembagaan negara iaitu undang-undang tertinggi negara yang menjadi rujukan bagi kerajaan.

5

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 4.0 IMPLIKASI PERISTIWA PILIHAN RAYA 1955 TERHADAP HUBUNGAN ETNIK PADA MASA ITU DAN MASA SEKARANG Pilihan Raya 1955 telah memberi impak yang amat besar terhadap hubungan etnik di Malaysia pada masa itu mahupun masa sekarang. Hal ini kerana Parti Perikatan pada ketika itu amat memberi pengaruhi yang besar kepada sistem politik negara. Seperti yang kita tahu bahawa Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan orang Melayu dan bukan Melayu iaitu UMNO,MCA dan MIC telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Sebelum ini MCA dan MIC hanya parti politik yang lebih mengutamakan kebajikan dan kepentingan kaum. Namun sifat keterbukaan dan toleransi yang ditunjukkan UMNO dilihat sebagai satu pengorbanan yang amat besar kerana sanggup berkongsi kuasa dengan kaum bukan Melayu. Penyertaan MCA dan MIC jelas dapat menggambarkan bahawa semangat perpaduan dan kerjasama politik dapat terjalin. Tahun 1955 dilihat sebagai tahun yang amat penting kerana ia adalah perkembangan awal politik tanah air dengan adanya pilihan raya yang pertama dan turut disertai oleh gabungan tiga wakil parti politik yang berlainan etnik. Dengan keputusan pilihan raya ini, pihak British terpaksa menerima hakikat bahawa Parti Perikatan disokong hampir keseluruhan rakyat Tanah Melayu. Kemenangan Parti Perikatan pada ketika ini telah membuka mata masyarakat dan dapat membuktikan bahawa kerjasama tetap dapat terjalin walaupun berlainan kaum.. Kejayaan ini telah menjadi batu asas dalam usaha untuk mempercepatkan dan menuntut kemerdekaan dari pihak British. Kemenangan Parti Perikatan membolehkan beberapa wakil dari parti ini bersama-sama dengan Raja-raja Melayu ke London bagi rundingan menuntut kemerdekaan. Penyertaan seorang wakil dari MCA dalam rombongan ini jelas menggambarkan bahawa kaum Melayu sudah mula memberi kepercayaan terhadap kaum lain Parti Perikatan yang

kemudiannya ditukarkan kepada Barisan Nasional semakin

bertambah besar dengan penyertaan beberapa buah parti politik yang lain. Kesedaran politik berasaskan perkauman sudah mula berkurangan apabila masyarakat tidak lagi mengundi parti yang hanya mewakili kaumnya sahaja dalam pilihan raya 1969. Pilihan raya 1955 merupakan peristiwa yang amat penting kerana ia merupakan titik tolak kepada perkembangan politik tanah air kita. Dengan wujudnya pelbagai parti-parti politik yang tidak hanya berasaskan perkauman dapat membentuk perpaduan dalam kalangan 6

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK masyarakat yang berbilang etnik. Jika kita lihat sekarang masyarakat Melayu, Cina dan India sudah mula bekerjasama dalam pentadbiran negara. Kebanyakan menteri-menteri kabinet terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini secara tidak langsung dapat membuktikan kepada dunia bahawa walaupun berbilang bangsa dan etnik kita mampu mentadbir negara sendiri. Kesimpulannya, permuafakatan politik yang terjalin antara pada ketika itu amat memberi pengaruh yang besar kepada tanah air. Kepimpinan dalam Parti Perikatan sememangnya tidak dapat dinafikan hebatnya. Generasi masa sekarang sepatutnya menghargai jasa-jasa tokoh terdahulu yang berusaha untuk menyatupadukan rakyat dan memerdekakan tanah air.

7

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 5.0 ITEM PEMBINAAN KERANGKA KESEPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA BERDASARKAN KEPADA PILIHAN RAYA 1955 5.1

Saling-kebergantungan

Pilihan raya 1955 merupakan salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah Malaysia. Tanpa peristiwa tersebut, negara kita tidak boleh mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan ini, sikap saling berkegantungan telah bermuncul dalam peristiwa itu. Sebuah parti yang dinamakan parti perikatan telah diwujudkan pada masa itu. Parti perikatan terdiri daripada tiga parti iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang mewakili orang Melayu, Persatuan Cina Malaya yang mewakili orang Cina dan juga Kongres India Se-Malaya yang mewakili orang India. Sikap saling-kebergantungan boleh dilihatkan apabila parti-parti dalam parti perikatan bertolak ansur antara satu sama lain. Misalnya, Persatuan Cina Malaya bertanding untuk kawasan yang mempunyai orang Cina yang banyak, Kongres India Se-Malaya bertanding untuk kawasan yang mempunyai orang India yang banyak dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bertanding untuk kawasan yang mempunyai kebanyakan orang Melayu. Keadaan ini telah menunjukkan tiga parti ini perlu bergantung antara satu sama lain untuk memenangkan lebih banyak undi. Hal ini dikatakan demikian kerana pada masa itu pengundi Cina telah mewakili 11% manakala pengundi India pula mewakili 5% daripada jumlah pengundi di Tanah Melayu pada tahun 1955. Statistik ini dapat menunjukkan bilangan kedua-dua kaum itu juga tidak kurang pada masa itu. Oleh itu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu amat bergantung kepada kedua-dua parti lain iaitu Persatuan Cina Malaya dan juga Kongres India Se-Malaya untuk mendapatkan undi daripada kaum lain. Pada masa itu, Persatuan Cina Malaya dan juga Kongres India Se-Malaya juga amat bergantung kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sedangkan pengundi Melayu pada masa itu telah mewakili 84% daripada jumlah pengundi di Tanah Melayu. Keadaan ini telah menunjukkan keadaan saling berkegantungan antara ketiga-tiga parti ini. Selain itu, sikap saling berkegantungan amat penting untuk kemerdekaan kerana kejayaan parti perikatan yang memenangi 51 daripada 52 kerusi telah membuktikan kepada British bahawa majoriti penduduk Tanah 8

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK Melayu sanggup bertolak ansur dan berkerjasama untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berkerjasama serta dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sentosa dalam sebuah kerajaayn yang mempunyai pemerintahan sendiri. Konklusinya, sikap saling-kebergantungan antara tiga-tiga parti politik tersebut semasa pilihan raya 1955 telah mewujudkan kesepaduan sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat jalinan kerjasama antara kaum pada pilihan raya umum 1955. 5.2 Permuafakatan Politik Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, permuafakatan memberi definisi persetujuan atau kata setuju yang hanya dapat diadakan dengan kerjasama antara sesuatu pihak yang berkepentingan, melalui mesyuarat yang berminit lebih penting berbanding yang dibuat secara tidak rasmi manakala politik, menurut Prof. Miriam Budiardj, adalah pelbagai kegiatan yang menyangkut penentuan tujuan-tujuan dan pelaksanaan tujuan itu. Menurut beliau lagi politik merupakan konsep-konsep asas tentang negara (state), kekuasaan (power), pembuatan keputusan (decision making), kebijaksanaan (policy of beleid), dan pembahagian (distribution) atau lokasi (location). Jika dikaji secara teliti elemen permuafakatan politik ini jelas diterapkan dalam pilihan raya pertama negara iaitu pada tahun 1955 dalam usaha mencapai kemerdekaan negara berdaulat ini. Seperti sedia maklum, pilihan raya merupakan asas utama dalam usaha menyatupadukan kepelbagaian kaum yang terdapat di negara ini. Dalam peristiwa pilihan raya tunggal Persekutuan Tanah Melayu iaitu sebelum kemerdekaannya, permuafakatan politik mampu dilihat setelah terdapat tiga pertubuhan berbeza bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu parti iaitu Parti Perikatan yang terdiri Pertubuhan Kerajaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC). Kesan penubuhan Parti Perikatan seterusnya membawa kemenangan secara besar–besaran dengan memenangi 81% daripada jumlah

undi

tersebut,

sebanyak

51

kerusi

daripada

52

kerusi

yang

dipertandingkan. 1 kerusi di kawasan pilihan raya, Krian, Perak telah dimenangi oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Malaysia. Kemenangan Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman memberi gambaran bahawa ramai pengundi menyokong manifesto yang dikemukakan 9

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK dalam kempen pilihan raya tersebut, antaranya mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun, mewajibkan pendidikan kepada semua kaum dan banyak lagi. Manifesto ini jelas bertepatan dengan kehendak pengundi yang inginkan keadilan dan kebebasan yang sama tanpa mengira agama dan kaum kerana mampu meraih undi lebih daripada 80%. Kejayaan parti ini juga telah meningkatkan semangat patriotisme dalam hati rakyat Malaysia serta bersatu padu dalam usaha membebaskan negara dalam cengkaman penjajah. 5.3 Toleransi Agama Pilihan raya 1955 adalah pilihan raya umum yang pertama diadakan di Tanah Melayu. Pilihan raya ini memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia hatta kerana wujudnya kerjasama dan toleransi yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kerusi pilihan raya. Permuafakatan yang terbentuk hasil persetujuan antara rakyat dan pemimpin tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang masing-masing mewakili United Malays National Organisations (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA), dan Malaysian Indian Congress (MIC) membawa kepada kesepaduan sosial yang berkekalan sehingga ke hari ini. (Mohd Rizal Yaakop, 2014). Salah satu bukti kesepaduan sosial yang paling menonjol terjadi dalam kalangan rakyat apabila wujudnya toleransi dalam beragama. Toleransi dalam agama ini didefinisikan sebagai bersikap toleran yang merujuk kepada sikap hormat dan bersedia menerima pendapat orang lain. Aspek ini sangat penting dalam menjaga kerukunan dan keharmonian masyarakat Malaysia. (Jacqueline Loh, 2015). Dalam usaha membentuk kesepaduan sosial, pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuh oleh tokoh-tokoh politik terdahulu kerana masyarakat Tanah Melayu belum bersedia untuk menyatakan kerelaan mereka berkerjasama sesama sendiri pada ketika itu. Perbezaan etnik menjadi halangan kerana masing-masing mempunyai agama yang tersendiri iaitu Islam untuk orang Melayu, Buddha untuk orang Cina dan Hindu untuk orang India. Berdasarkan Md. Salleh Md. Gaus (1984), dalam bukunya yang bertajuk Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada Februari 1948 selepas penghapusan Malayan Union. Salah satu perubahan yang 10

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK dibawa oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah mengadakan pilihan raya bagi Majlis Perundangan Persekutuan, Majlis-majlis Negeri dan Lembaga Bandaran sehingga mengundang pelbagai pandangan dari penduduk. Kebanyakan pemimpin berasa bimbang akan berlakunya sebuah situasi di mana satu kaum akan menguasai kaum yang lain apabila pilihan raya itu dilaksanakan. Bagaimanapun sikap itu berubah terutamanya dalam kalangan pemimpin bukan Melayu yang menyedari kerugian negeri pegangan mereka dari segi ekonomi dan pentadbiran lantas mempersetujui pelaksanaan sistem pilihan raya yang akhirnya memupuk sikap toleransi sesama rakyat. Penerimaan sepenuhnya dari segi toleransi agama dapat dicapai oleh orang Melayu dan bukan orang Melayu apabila tercatit dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara selaku teras pentadbiran kerajaan Malaysia di mana kebebasan beragama diberikan kepada setiap warganegara. Setiap individu diberikan kebebasan untuk menganuti sebarang agama tanpa hak atau paksaan dari mana-mana pihak. Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (Mel Cassie, 2014). Justeru, hal ini menggalakkan lagi keterbukaan masyarakat berbilang etnik di Tanah Melayu untuk saling bersatu-padu melaksanakan pilihan raya meskipun berbeza pegangan agama. 5.4 Toleransi Bahasa Pada peringkat awal perkembangan pergerakan politik Melayu, terdapat kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu dalam usaha menentang unsure-unsur luar iaitu kerajaan dan Pemerintah British. Walaubagaimanapun, pada peringkat kompromi politik antara orang Melayu dan orang bukan Melayu cuba diwujudkan dalam bentuk Perikatan, ketegangan antara dua golongan itu muncul semula. (Mustapa Mohamed, 2001). Antara salah satu masalah yang menimbulkan ketegangan adalah masalah dalam aspek bahasa. Bahasa merupakan antara perantaraan yang terpenting dalam komunikasi sesama individu.

Izyan

Syaqiena

(2015)

menyatakan

faktor

kepelbagaian

dan

ketidaksamaan bahasa merupakan antara punca yang utama menghalang kesepaduan sosial dan permuafakatan antara pemimpin setiap parti. Masalah 11

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK perbezaan bahasa menimbulkan kesukaran untuk setiap wakil mahupun anggota masyarakat itu sendiri dalam melakukan sebarang perbincangan demi mencapai kesepakatan dalam usaha melaksanakan pilihan raya pada tahun 1955 terbabit. Pada awal kerjasama, terdapat pelbagai halangan yang muncul seperti sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan. Telah dinyatakan dalam Laporan Razak bahawa tiada satu pun sistem pendidikan bersifat nasional di Tanah Melayu melibatkan setiap kaum. Setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sendiri oleh tenaga pengajar yang dibawa dari negara asal masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama kerana ada segelintir yang berpusat ke negara nenek moyang mereka sehingga tidak dapat mewujudkan bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini telah meluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan

persefahaman

dan

perhubungan

sesama

rakyat

disamping

mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warganegara yang beridentitikan satu negara. (Amirul Syazwan, 2017) Meskipun begitu, Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan ada menjelaskan

bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961. Namun

pada masa yang sama, bahasa-bahasa lain yang

digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia adalah bebas untuk digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India yang akhirnya membentuk toleransi dalam aspek bahasa. 5.5 Toleransi Budaya Memperlihat pada peristiwa Pilihan Raya 1955 yang merupakan pilihan raya pertama di Malaysia, banyak perkara yang boleh kita bincangkan. Antaranya kesepaduan sosial yang melibatkan percantuman tiga kaum dominan di Tanah Melayu pada ketika itu iaitu Melayu, Cina dan India. Kita dapat lihat bagaimana para pemimpin dari pelbagai etnik memimpin dan memancu Tanah Melayu pada ketika itu. Disebabkan perletakkan syarat kerajaan British yang menyatakan 12

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK bahawa kemerdekaan hanya akan diberikan apabila darurat dapat ditamatkan dan penduduk-penduduk pelbagai bangsa di negeri ini dapat bersatu padu dan saling memahami, pemimpin kaum Melayu bersetuju untuk mengikuti syarat British dengan melibatkan seluruh kaum dalam ke arah membentuk satu kerajaan. Maka dari itu muncullah Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Hasil penyatupaduan parti ini berjaya meraih undi para penduduk Tanah Melayu dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya tersebut. Rentetan daripada peristiwa ini, kita dapati bahawa terdapat kesepaduan sosial dari segi budaya kerana setiap etnik mempunyai budaya yang tersendiri dan unik. Bukan sahaja para pemimpin bahkan penduduk di Tanah Melayu sanggup berkorban dan bersetuju untuk duduk di bawah satu bumbung yang sama walaupun berbeza budaya dan adat. Pada mulanya, individu pertama yang menyedari bahawa pentingnya kesepaduan sosial ini ialah Dato’ Onn Jaafar namun ideanya ditentang sekeras-kerasanya oleh penduduk kaum Melayu kerana pada ketika itu mereka tidak sedar akan kepentingan. Namun perlahan-lahan perkara ini meresapi minda penduduk yang semakin terbuka akan penyatuan seluruh kaum. Kita sedia maklum bahawa setiap etnik mempunyai budaya masing-masing dan seharusnya dihormati seluruh lapisan masyarakat. Budaya seperti tarian, jenis pakaian, jenis makanan dan jenis perayaan masih diterima dan boleh diamalkan mengikut kepercayaan dan ajaran kaum masing-masing bahkan masih diterapkan sehingga kini. Kini, tidak ada masalah bagi kaum-kaum lain mempelajari dan mengamalkan budaya kaum yang lain kerana toleransi budaya yang dikecapi kini membolehkan kita lebih mengenali antara satu sama lain. Sikap keterbukaan ini seharusnya terus disemai terutamanya dalam kalangan belia agar mereka lebih menghargai usaha para pemimpin terdahulu yang bersusah payah memastikan kesepaduan kaum dapat dicapai dan dikekalkan sehingga kini. 5.6

Menjauhi Elemen-elemen Negatif

Dalam peristiwa pilihan raya 1955 tersebut, terdapat beberapa elemen – elemen negatif yang dikenalpasti sepanjang berlangsungnya tempoh mengundi. Pilihan 13

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK raya secara dasarnya diadakan selain menyatupadukan kaum dalam negara ini, secara tidak langsung mampu mengenali tingkah laku pengundi untuk dijadikan panduan merangka strategi pilihan raya seterusnya terutama bagi kawasan yang mempuyai penduduk yang ramai jumlahnya. Bagi parti politik yang bertanding pula seharusnya mencerminkan keperibadian yang unggul dalam usaha memenangi hati pengundi dengan manifesto yang disampaikan dalam kempen pilihan raya kelak. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang menggunakan taktik

tidak

sepatutnya

semata-mata

untuk

memenangi

kerusi

yang

dipertandingkan. 5.6.1

Tidak menghormati hak orang lain Sewaktu pilihan raya 1955, satu peristiwa telah berlaku di mana pekerja Syarikat Keretapi Tanah Melayu (Malaya Railways) tidak diberi pelepasan untuk keluar mengundi pada hari tersebut oleh pihak atasan syarikat tersebut. Wakil pekerja tersebut seterusnya telah bertindak dengan membuat aduan kepada Ibu Pejabat Parti Perikatan berkenaan kes tersebut. Kes ini jelas menggambarkan sikap tidak menghormati hak orang lain kerana seperti sedia maklum, mengundi merupakan tanggungjawab rakyat dalam menentukan pemerintah bagi sesuatu kawasan mengikut pilihan masing-masing tanpa sebarang paksaan. Setelah aduan dibuat, arahan dari pihak atasan telah dikeluarkan kepada pihak pengurusan untuk diberi pelepasan khas kepada para pekerja untuk mengundi selama dua jam pada hari tersebut.

5.6.2

Tidak telus dalam pengiraan undi Ketelusan badan yang mengawal kelancaran pilihan raya sangat penting dalam menetukan parti yang benar-benar layak memenangi kerusi yang dipertandingkan mengikut kebebasan rakyat yang mengundi. Pada pilihan raya pertama tersebut, ketelusan badan yang memainkan peranan itu sering dipersoalkan.

Hal

ini

kerana

terdapat

beberapa

peristiwa

yang

menyebabkan kekeliruan dalam pengiraan undi pada masa itu yang mampu mengundang sikap berat sebelah dan tidak amanah ketika membuat pengiraan. Menurut akhbar The Straits Times, terdapat satu parti telah mendakwa seorang lagi parti di negeri tersebut memenangi kerusi 14

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK yang dipertandingkan dengan menggunakan khidmat wanita cantik dalam usaha untuk meraih undi supaya jumlahnya lebih banyak daripada yang lain. 5.7 Asimilasi Asimilasi merupakan sesuatu proses pengurangan batasan etnik apabila budaya dan identiti sebuah kumpulan majoriti diamalkan oleh sebuah kumpulan etnik yang baharu atau minoriti. Selain itu, proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan

budaya

sehingga

membentuk

sebuah

kelompok

dengan kebudayaan dan identiti yang sama juga merupakan definisi Asimilasi. Terdapat dua jenis asimilasi iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Dalam konteks pilihan raya umum 1955, asimilasi struktur lebih dikaitkan. Asimilasi struktur merupakan sesuatu proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dalam masyarakat dominan. Sehubungan dengan ini, peratusan pengundi mengikut kaum pada tahun 1955 ialah 84% adalah Melayu, 11% Cina dan diikuti oleh India sebanyak 5%. Menurut statistik ini, peratusan jumlah pengundi Cina dan India hanya sebanyak 16%. Oleh itu, kaum Cina dan India dikenali sebagai kumpulan minoriti manakala kaum Melayu yang mempunyai 84% dikenali sebagai kumpulan majoriti. Semasa pilihan raya 1955, Persatuan Cina Malaya yang mewakili orang Cina dan juga Kongres India Se-Malaya yang mewakili orang India telah bergabung dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk membentuk sebuah institusi utama iaitu Parti Perikatan. Gabungan

tersebut

telah

membolehkan

ketiga-tiga

parti

mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum 1955 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi. Proses

asimilasi

antara

ketiga-tiga

parti

tersebut

berjaya

mewujudkan kesepaduan sosial sedangkan definisi kesepaduan sosial ialah jalinan kerjasama antara kaum yang berbeza. Jalinan 15

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK kerjasama tersebut dapat dilihatkan daripada pembentukan parti perikatan yang terdiri daripada tiga parti iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang mewakili orang Melayu, Persatuan Cina Malaya yang mewakili orang Cina dan juga Kongres India Se-Malaya yang mewakili orang India. Konklusinya, proses asimilasi antara ketiga-tiga parti ini telah mewujudkan kesepaduan sosial semasa pilihan raya umum 1955.

16

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 6.0 KESIMPULAN Hasil daripada tugasan yang dijalankan, didapati bahawa Pilihan Raya 1955 merupakan salah satu peristiwa yang amat penting kepada negara kita dan juga suatu peristiwa yang dapat membawa banyak impak kepada hubungan etnik di kalangan rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa Pilihan Raya 1955 juga memberikan banyak item pembinaan kerangka kesepaduan sosial kepada masyarakat Malaysia seperti saling kebergantungan, permuafakatan politik, toleransi agama, toleransi bahasa, toleransi budaya, menjauhi elemen-elemen negatif, dan asimilasi. Antara item pembinaan kerangka kesepaduan sosial tersebut amat membantu sebuah negara mencapai kesepaduan sosial. Kemenangan Parti Perikatan pada Pilihan Raya 1955 merupakan satu langkah yang amat penting untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Faktor yang menyebabkan kemenangan ini disebabkan kesepaduan antara etnik dengan etnik lain. Hal ini dapat melihatkan kepentingan bagi kesepaduan sosial merupakan amat penting kepada politik dan juga pembangunan sesebuah negara. Implikasi yang disebabkan oleh Pilihan Raya 1955 merupakan permuafakatan politik yang terjalin antara Parti Perikatan iaitu UMNO, MCA, dan MIC pada masa itu memberi pengaruh yang besar kepada negara kita. Pemimpin dalam Parti Perikatan sememangnya mempunyai kuasa kepimpinan yang hebat. Jasa-jasa tokoh yang berusaha untuk menyatupadukan rakyat dan memerdekakan tanah air ini patut dihargai oleh generasi masa sekarang. Antara item pembinaan kerangka kesepaduan sosial saling kerbergantungan. Sikap saling kerbergantungan bukan sahaja berlaku di antara parti politik dengan parti politik sahaja. Ia juga berlaku di kalangan calon politik dengan pengundi. Oleh itu, sikap tersebut amat penting kepada sesebuah negara untuk mencapai kesepaduan sosial. Selain itu, permuafakatan politik merupakan suatu kerangka kesepaduan sosial yang amat penting disebabkan gabungan parti-parti politik dapat memberikan raykat mengetahui kepentingan tentang kerjasama. Permuafakatan politik yang kuat telah membawa negara kita mencapai kemerdekaan. Tambahan pula, toleransi antara agama, bahasa, dan budaya merupakan perkara yang amat penting kepada kemenangan Parti Perikatan pada Pilihan Raya 1955. Toleransi antara ketiga-tiga perkara yang penting kepada etnik masing-masing telah menunjukkan kepentingan pada peristiwa tersebut. Hal ini demikian kerana setiap etnik mempunyai 17

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK agama, bahasa, dan budaya tersendiri. Oleh itu, etnik-etnik rela memberi toleransi kepada etnik lain untuk mencapai kemerdekaan tanah air. Perkara ini merupakan satu langkah besar yang telah dilaku oleh semua rakyat Malaysia supaya negara kita dapat mencapai kemerdekaan dan rakyat dapat hidup dengan harmoni dan damai. Tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat beberapa elemen yang negatif perlu kita jauhi pada peristiwa tersebut, antaranya perkara tidak menghormati hak orang lain dan tidak telus dalam pengiraan undi. Perkara-perkara tersebut jika tidak dapat di jauhi, kemungkin besar negara kita tidak akan menjadi maju dan jaya. Selain itu konsep Asimilasi struktur juga diamalkan dalam parti-parti politik terutamanya Parti Perikatan. Disebabkan konsep ini diamalkan, negara kita barulah dapat mencapai kesepaduan sosial. Akhir sekali, sesuatu perkara yang positif itu perlulah kita amalkan seperti saling kebergantungan, permuafakatan politik, toleransi agama, toleransi bahasa, dan toleransi budaya, manakala sesuatu perkara yang negatif itu perlulah kita menjauhi. Misalnya, elemen-elemen yang negatif seperti tidak menghormati hak orang lain dan tidak telus dalam pengiraan undi. Oleh itu, rakyat Malaysia mestilah bekerjasama dan berganding bahu untuk membentukan sebuah masyarakat dan negara yang lebih baik pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, hal ini akan menjadikan negara kita sentiasa aman dan kehidupan rakyat menjadi harmoni dan kesepadu.

18

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 7.0 LAMPIRAN

Manifesto Pilihan Raya 1955

Hari Mengundi Pilihan Raya 1955-1.0

19

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Hari Mengundi Pilihan Raya 1955-2.0

Hari Mengundi Pilihan Raya 1955-3.0

20

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Muka hadapan yang melaporkan kemenangan Perikatan ( TST, 28 Julai 1955)

21

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Keyakinan yang dizahirkan oleh Dato' Onn Jaafar ( Parti Negara) dan Tengku Abdul Rahman ( Perikatan) . ( TST , 27 Julai 1955)

22

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Ulasan Dato Onn tentang kegagalan parti pimpinannya dalam PRU 1955 ( TST, 29 Julai 1955)

23

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Keputusa n pilihan raya 1955 yang disiarkan dalam The Straits Times, 29 Julai 1955.

Kemenangan tunggal PMIP (kemudiannya dikenali sebagai PAS) di kawasan Krian, menerusi calon mereka , Haji Ahmad Tuan Hussain ( Sumber : TST, 29 Julai 1955)

24

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Kawasan Sungei Muda yang dimenangi oleh Tengku Abdul Rahman (TST, 29 Julai 1955)

Bekas Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Ahmed Kamil 'gugur' di kawasan Kelantan Selatan ( TST, 29 Julai 1955)

Kekalahan Dato Onn Ja'afar di kawasan Johor Bahru ( TST, 29 Julai 1955)

25

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Kekalahan teruk Dato Onn Jaafar seperti yang dilaporkan dalam The Straits Times bertarikh 28 July 1955

26

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

‘The First Federal Election 1955’-Pilihan Raya Pertama 1955 https://www.youtube.com/watch?v=zr3o6MdinMg Mari Mengundi Pilihan raya Pertama Tanah Melayu 1955 https://www.youtube.com/watch?v=jGl3zJm3OIg

27

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK Malaya's First Elected Assembly Meets (1955) -Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen https://www.youtube.com/watch?v=6kVNW2mcBA8

28

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 8.0 RUJUKAN Ahmad Farouq Amir (Januari 4,2012) - Bab 3 Hubungan Etnik Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik Retrieved on April 23, 2017 from https://www.slideshare.net/AhmadFarouqAmir/bab-3-hubungan-etnik-perlembagaanmalaysia-hubungan-etnik Amirul Syazwan. (2017) - Masalah Perpaduan di Malaysia. Retrieved on April 18, 2017 from http://www.academia.edu/4497096/Masalah_Perpaduan_di_Malaysia Arkib Negara - Pilihan Raya Umum Pertama 1955 Retrieved on April 21, 2017 from http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-umum-pertama-1955 Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman, Arbaiyah Mohd Noor (Jun 2016) - Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasional di Malaysia Retrieved on April 23, 2017 from http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4/4_018-Fatimi.pdf Harith Faruqi Sidek (Mei 2013) - Sekilas Kenangan: Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu 1955 Retrieved on April 20, 2017 http://harithsidek.blogspot.my/2013/05/sekilas-kenangan-pilihanraya-umum.html Izyan Syaqiena. (Ogos 2015) - Hubungan Kaum dan Masalah Perpaduan Retrieved on April 20, 2017 from http://izyansyaqiena.blogspot.my/ Jabatan Penerangan Malaysia (2008) - Bahasa Rasmi Retrieved on April 20, 2017 from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7961-bahasa-rasmi.html Jacqueline Loh(Jun 22, 2015) - Kepentingan Toleransi antara Agama di Malaysia dalam Memupuk Hubungan Etnik. Retrieved on April 21, 2017 from https://prezi.com/zg_ngakr5pka/kepentingan-toleransi-antara-agama-di-malaysiadalam-memupuk/ Md. Salleh Md. Gaus. (1984). Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957. Politik Melayu dan Pilihanraya. Cetakan Pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Mel Cassie. (October 23, 2014) - Kebebasan Beragama di Malaysia dan Hubungkait dengan Perlembagaan. Retrieved on April 18, 2017 from https://www.slideshare.net/cassiejasz/kebebasan-beragama-di-malaysia-hubungkaitdengan-perlembagaan 29

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Mohd Rizal Yaakop. (2014) - Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Toleransi Kaum. Retrieved on April 23, 2017 from https://books.google.com/books?isbn=967430298 Mustapa Mohamed. (2001). Kemelut Politik Melayu. Cetakan Pertama. TAS SDN. BHD : Petaling Jaya. Shamsul Amri Baharuddin (2012), Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia, Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua, (muka surat 121 hingga 126), Institut Kajian Etnik UKM. Zhcnt (2017) Pilihanraya 1955 Retrieved on April 24, 2017 from http://zhcnt38.ilovetranslation.com/MHSG0eSN-Z6=d/

30

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF