Pihak Yang Terlibat Di Dalam Projek Pembinaan

June 21, 2016 | Author: zuliss | Category: Types, Government & Politics
Share Embed Donate


Short Description

Di dalam sesuatu projek pembangunan, terdapat pelbagai pihak yang terlibat di dalam usaha untuk menjayakannya. Pihak-pih...

Description

KAJIAN UNDANG-UNDANG

Pihak Yang Terlibat di dalam Projek Pembinaan        

Pengenalan Majikan Pihak Perunding Kontraktor Pembekal Pihak Berkuasa Tempatan Buruh Timbangtara



PENGENALAN

Di dalam sesuatu projek pembangunan, terdapat pelbagai pihak yang terlibat di dalam usaha untuk menjayakannya. Pihak-pihak yang terlibat ini seharusnya mempunyai kepentingan hak dan tanggungjawab yang berbeza. Di dalam bab 1 ini, kami akan menerangkan secara terperinci mengenai kepentingan hak serta tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam melaksanakan sesuatu projek. Penglibatan pihak-pihak seperti perunding, kontraktor dan pembekal dari peringkat awal projek sehingga tamat projek banyak membantu pihak majikan di dalam usaha untuk merealisasikan impiannya. Tanpa penglibatan pihak-pihak tersebut, projek yang diimpikan oleh majikan tidak mungkin akan terlaksana. Oleh yang demikian, persefahaman yang tinggi adalah merupakan aset terpenting bagi majikan dan pihak-pihak terlibat dalam proses melaksanakan projek. Sepertimana senario yang berlaku dewasa ini, secara keseluruhannya kebanyakan projek pembangunan banyak bergantung kepada aset majikan dan juga daya usaha perunding dan kontraktor di dalam menjayakan sesuatu projek. Maka, gandingan usahama pihak-pihak terlibat bolehlah dikembangkan sepertimana rajah 1 yang dilampirkan kemudian ini. PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK B.O.T Terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung di dalam projek yang menggunakan sistem Build-Operate-Transfer sebagai sistem pembinaan. Pihak-pihak tersebut adalah: 1. 2. 3. 4. 5.

Pemaju Kerajaan Kontraktor Pelabur Syarikat kewangan

6. Pengendali/ Juruoperasi

1. Pemaju Pihak pemaju adalah pihak yang terpenting di dalam projek B.O.T, iaitu merupakan pihak pertama yang membuat cadangan kepada kerajaan untuk menjalankan projek menggunakan sistem B.O.T. Pihak pemaju biasanya adalah gabungan daripada beberapa golongan profesional seperti kontraktor, institusi perbankan, pelabur, peguam dan rakan kongsi industri yang mendorong kepada penubuhan sesebuah syarikat pemaju. Pihak pemaju akan membuat kajian pasaran, kajian sistem, kesan sosial dan ekonomi, kewangan, permasalahan undang-undang dan cukai dan lain-lain hal yang berkaitan dengan projek yang menggunakan sistem ini. 2.

Kerajaan

Kerajaan adalah pihak yang memiliki hak dan merupakan pengguna terakhir di dalam projek yang menggunakan sistem ini. Kerajaan akan menyerahkan hak sepenuhnya kepada pihak pemaju untuk membina dan menjalankan projek, seterusnya mengutip hasil pendapatan daripada projek tersebut. Apabila tamat tempoh perjanjian, projek tersebut akan diserahkan kembali kepada pihak Kerajaan yang akan menjadi pemilik mutlak projek tersebut. 3.

Kontraktor

Kontraktor boleh menjadi sebahagian daripada pihak pemaju yang menjalankan projek ini sekiranya diberikan kontrak pembinaan oleh syarikat pemaju tersebut. Biasanya kontraktor akan terlibat di dalam peringkat merekabentuk dan proses pembinaan di dalam projek tersebut. 4.

Pelabur

Pelabur merupakan syarikat awam atau swasta yang berminat terhadap konsep penyerahan hak ini serta ingin untuk turut serta melabur di dalam syarikat pemaju tersebut. Pelabur juga boleh terdiri daripada pihak pemaju projek tersebut sendiri, contohnya United Engineers adalah pemaju dan pelabur bagi projek lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Pulangan yang akan diberikan kepada pihak pelabur adalah di dalam bentuk dividen atau sejumlah wang penghargaan. 5.

Syarikat Kewangan

Oleh kerana projek yang menggunakan sistem B.O.T biasanya memerlukan dana yang sangat besar, maka ekuiti sahaja tidak dapat menampung projek ini dan biasanya dana daripada syarikat kewangan komersil dan syarikat peminjaman dana diperlukan. Pulangan yang akan diperolehi oleh pihak ini adalah berbentuk faedah. Pihak yang memberi

pinjaman (syarikat kewangan) kepada pemaju terbabit akan mengawal sumber kewangan, kestabilan kewangan projek, menguruskan pinjamanpinjaman dan mengkaji bagaimanakah cara untuk mencapai keuntungan dan mengembalikan modal yang telah dilaburkan. 6.

Pengendali / Juruoperasi

Tugas pengendali atau juruoperasi ini boleh juga dijalankan oleh pihak pemaju sendiri. Tanggungjawab pengendali ialah untuk mengumpul dan menguruskan hasil-hasil pendapatan semasa dalam tempoh pemilikan hak dan akan mendapat pulangan dalam bentuk kontrak untuk menguruskan hasil/ pendapatan projek tersebut. •

MAJIKAN

PENGENALAN Majikan merupakan satu pihak yang memulakan sesuatu projek pembinaan dan juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membayar segala kerja yang telah disiapkan dengan sempurna. Kadangkala majikan dikenali juga sebagai pemilik bangunan, kerajaan atau pemaju. Majikan mungkin terdiri daripada orang biasa yang tidak tahu menahu tentang bidang pembinaan. Maka sekumpulan pasukan diperlukan untuk berkhidmat bagi pihak majikan. Pasukan petugas atau dikenali sebagai kumpulan pereka bentuk ini terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Jurukur Bahan, Penilai, Perancang Bandar dan Wilayah, dan pakar-pakar lain yang memindahkan kehendak dan hajat majikan ke dalam bentuk kerja pembinaan yang dicadangkan. Mereka bekerjasama untuk mengilhamkan dan menghasilkan rekabentuk. Kadang-kadang majikan perlu dirujuk dan berunding bagi memutuskan sesuatu perkara yang memenuhi dan mencapai matlamatnya. Kumpulan perekabentuk tersebut bukan sahaja terhad untuk memberi nasihat mengenai proses pembinaan, malah mungkin juga perlu untuk memutuskan samada untuk meneruskan pembinaan ataupun tidak, atau memberi cadangan yang dapat membantu dalam perlaksanaan projek. Majikan boleh dikategorikan sebagai individu, korporat dan kerajaan. Majikan dari pihak individu terdiri daripada orang perseorangan manakala disektor korporat terdiri daripada syarikat atau perbadanan korporat dan disektor kerajaan terdiri daripada kerajaan negeri dan syarikat-syarikat dibawah kerajaan. TANGGUNGJAWAB MAJIKAN Setiap pihak yang berkontrak atau mempunyai hubungan dalam sesebuah kontrak itu pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk melancarkan lagi kerja atau apa sahaja yang diamanahkan kepadanya. Terdapat beberapa tanggungjawab yang perlu dititik beratkan oleh pihak majikan agar matlamatnya untuk memperolahi bangunan yang diidamkan, dari segi mutu sebenar dan bentuk yang dikehendakinya akan tercapai :1. Memberi kuasa Pihak majikan perlu memberikan kuasa atau menyerah pemilikan sementara tapak bina kepada kontraktor untuk membina sebuah bangunan atau projek. Yang dikehendakinya. Tanggungjawab memberi kuasa ini merupakan satu syarat dalam kontrak binaan. Tanpa pemberian kuasa pemilikan sementara tapak tersebut, kontraktor tidak akan dapat memasuki tapak bina secara sah walaupun tujuannya untuk membuat kerja- kerja pembinaan. Sekiranya kontraktor masuk ketapak tanpa kebenaran yang sah ia boleh dianggap sebagai penceroboh. Kegagalan memberikan pemilikan sementara tapak bina boleh dianggap sebagai satu tindakan menamatkankan kontrak oleh majikan. Oleh kerana ianya merupakan satu pecah syarat, kontraktor boleh memilih untuk menamatkan kontrak dengan memberi notis kepada majikan tentang niatnya untuk menamatkan kontrak tersebut. Ini dinyatakan dalam kes : TAN HOCK CHAN v KHO TECK SENG (1980) 1 MLJ 308 2. Mendapatkan kelulusan undang-undang Sebelum sesuatu projek itu dijalankan majikan perlu mendapatkan kelulusan undang-undang yang berkaitan dengan projek pembinaan tersebut. Contohnya mendapatkan kelulusan dari pihak yang berkuasa seperti Majlis Pembandaran tentang perancangan projek yang bakal dilaksanakan. 3. Memberikan kerjasama Majikan perlu memberikan kerjasama kepada kontraktor setelah keduaduanya bersetuju untuk menjalinkan kontrak. Ini untuk membolehkan kontraktor melaksana dan menyiapkan kerja dalam masa yang ditentukan dibawah kontrak yang ditandatangani. Kes : FREEMAN v HENSLER (1900) hbc, 4th. Edition 4. Menyediakan atau membekalkan segala butir-butir berkaitan projek Pihak majikan perlu menyediakan atau membekalkan kontraktor dengan segala butir-butir, lukisan-lukisan atau maklumat-maklumat penting dan arahan-arahan yang dirasakan perlu bagi memudahkan pihak kontraktor memahami kehendak majikan. Selalunya pihak majikan memindahkan kehendak-kehendaknya dalam bentuk lukisan yang disediakan oleh pihak arkitek atau jurutera. Pihak-pihak tersebut dilantik oleh majikan sebagai wakil daripadanya.

5. Sebagai Pengurus Projek Sekiranya majikan tersebut merupakan satu pertubuhan yang besar, biasanya ia akan melantik seorang wakil untuk menguruskan projek berkenaan. Wakil tersebut terdiri daripada kalangan eksekutif teknikal yang berpengalaman untuk bertindak sebagai wakil majikan. Segala urusan pengurusan projek akan dikendalikan oleh pengurus projek tersebut. 6. Tidak menghalang kerja kontraktor Seorang majikan sepatutnya tidak menghalang sebarang kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor melainkan kerja-kerja tersebut tidak mengikut kontrak atau melanggar kontrak yang telah ditandatangani. Contohnya majikan tidak boleh memberikan sebarang arahan perubahan sewenang-wenangnya kepada kontraktor yang dirasakan arahan tersebut tidak termasuk dalam syarat-syarat kontrak Sekiranya majikan ingin mengeluarkan arahan atau apa-apa yang dirasakan perlu kontraktor lakukan di tapak, ianya terlebih dahulu berbincang dan mendapatkan persetujuan dari arkitek kerana segala hal yang berkaitan dengan tapak bina hendaklah dirujuk dahulu dengan arkitek yang telah dilantik sebagai wakil kepada pihak majikan.Sekiranya untuk projek kerajaan ianya merujuk kepada Pegawai penguasa yang dilantik sebagai wakil pihak majikan di tapak bina. 7. Waranti tersirat Kadang-kala terdapatnya situasi yang menyebabkan majikan perlu menanggung risiko apabila mendapati projek yang hendak dilaksanakan mengandungi kesilapan yang tidak di duga dan memerlukan kos yang lebih untuk melaksanakannya. Walaupun fakta atau maklumat mengenai tender dibekalkan oleh majikan, ini tidak bermakna segala fakta yang diberikan adalah tepat dan majikan sepatutnya menanggung risiko dan waranti yang disiratkan. Kes : BACAL CNN (MIDLANDS) CORPORATION (1975) 8 BLR 88

LTD

v

NORTHAMTON

DEVELOPMENT

Huraian kes : Kontraktor mengambil tender untuk mereka dan membina 6 blok rumah, dibawah arahan untuk reka asas dalam hipotesis yang tertentu mengikut keupayaan tanah. Hipotesis ini yang mana asasnya adalah boreholes data didapati tidak tepat. Penyelesian : Dalam keadaan ini sepatutnya majikan perlulah mengambil waranti untuk keadaan tanah yang dilakukan hipotesis itu. 8. Salah nyata Salah nyata berlaku apabila pihak majikan memberikan maklumat yang salah atau tidak benar kepada pihak kontraktor. Apabila berlakunya penyembunyian maklumat ini majikan boleh dipersalahkan dan

dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat masalah dalam mengendalikan kerja tersebut. Kes : S. PEARSON AND SON LTD v DUBLIN CORPORATION (1907) AC 351 Huraian kes: Jurutera menandakan dalam lukisannya posisi dinding dimana Jurutera tersebut mengetahui bahawa itu adalah satu kesalahan. Terdapat fasal yang memperuntukkan kesan kepada kontraktor yang mana tidak semestinya bergantung kepada apa-apa gambaran yang diberi dalam pelan, tetapi ianya mesti memuaskan dirinya seperti aras, dimensi dan kerjakerja perobohan. Kontraktor mendapati bahawa lukisan jurutera adalah merupakan satu penipuan. Keputusan : Tuntutan bagi pihak kontraktor tidak boleh melindungi majikan kerana ianya bersabit dengan kesalahan sikap.

HAK-HAK MAJIKAN 1. Mengambil atau menolak sebarang atau mana-mana kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat berkontrak. Majikan boleh mengambil atau menolak sebarang atau mana-mana kontraktor yang dirasakan tidak mematuhi syarat-syarat kontrak contohnya seorang kontraktor telah diarahkan untuk membuka kembali kerja-kerja tertutup untuk pemeriksaan tetapi kontraktor enggan berbuat demikian. Ini menunjukkan kontraktor telah melanggari syarat-syarat kontrak. Majikan berhak menamatkan kerjanya dengan mengambil kontraktor lain untuk menyelesaikan kerja tersebut dengan bayaran yang di tanggung oleh kontraktor terdahulu. 2. Bahan dan Barang tak pasang Segala bentuk bahan-bahan dan barang-barang yang tak pasang ditapak bina bagi tujuan kerja tidak boleh dipindahkan melainkan atas urusan kerja. Jika bahan dan barang tak pasang tersebut telah termasuk dalam perakuan untuk bayaran kontraktor maka bahan-bahan dan barang-barang itu adalah menjadi milik majikan. Oleh itu bahan-bahan dan barang-barang tersebut perlulah dijaga oleh kontraktor dari sebarang kerosakan atau kehilangan di tapak bina seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak PAM Fasal 14. Namun begitu jika seorang kontraktor telah membeli bahan atau barang dari pihak pembekal yang mana bayarannya tidak dijelaskan sepenuhnya. Barang atau bahan tersebut pula telah digunakan dalam kerja-kerja tapak bina, kontraktor pula mengalami kebankrapan sebelum bayaran penuh dapat di laksanakan. Bahan atau barang tersebut tetap menjadi hak milik majikan dan pihak majikan juga terpaksa menjelaskan semua hutang-hutang yang

ditingalkan oleh kontaktor kepada pembekal tersebut. Ini bolehlah dirujuk dalam ‘Retantion of Title’ atau fasal Romalpa dan dinyatakan dalam Kes : DAWBER WILLIAMSON ROOFING LTD v HUMBERSIDE COUNTRY COUNCIL (1979) Fakta kes : Bahan yang dibeli dari pembekal walaupun dibayar secara ansuran merupakan milik majikan. Huraian kes : Majikan tidak berpuas hati dengan kualiti bahan yang digunakan dan menyuruh kontraktor menanggalkan semula kerja tersebut. Kontraktor menyerahkan urusan pembayaran kepada subkontraktor tetapi tidak menjelaskan sepenuhnya. Penyelesaian : Walaupun bahan tersebut masih tidak dibayar sepenuhnya ianya masih milik majikan dan majikan perlu menjelaskan kesemua baki hutang yang tinggal kepada pembekal. 3. Barang-barang antik Majikan mempunyai hak yang mutlak terhadap segala fosil, duit syiling dan barang berharga atau barang antik yang dijumpai di dalam tapak bina atau semasa kerja-kerja pengorekan kawasan tapak bina seperti yang dinyatakan dalam fasal 33 Borang Kontrak PAM. 4. Meletakkan pelatih di tapak bina Sekiranya terdapat program latihan ditapak bina, majikan berhak meletakkan pelatihnya bagi dalam jangka masa yang diingini. Ini adalah merujuk didalam Fasal 16 (a) Borang Kontrak Setara JKR 203A. Kontraktor pula perlulah menerima pelatih tersebut dan melatih mereka mengikut kehendak dan yang diperuntukkan oleh Kerajaan. 5. Tiada sebarang tuntutan keatas majikan Semasa penamatan subkontrak, tidak ada apa-apa tuntutan yang boleh dibuat pada majikan oleh kontraktor atau subkontraktor. 6. Pemilikan separa bangunan yang telah siap Majikan boleh mengambil bangunan atau bahagian yang telah siap tanpa dirancang dengan awal seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak PAM Fasal 16. Namun begitu kontraktor tidak bertanggungjawab (tidak boleh dipaksa) untuk menyiapkan bahagian yang hendak diambil itu. Walaubagaimanapun majikan boleh mengambil milikan sesuatu bahagian atau seksyen sebelum Perakuan Siap Kerja dikeluarkan untuk seluruh kerja yang dibuat dengan syarat mendapat persetujuan kontraktor. Oleh itu, kontraktor mempunyai budibicara samada untuk bersetuju atau

tidak. Bahagian yang diambil milikan oleh majikan itu dipanggil sebagai "the relevant part" 7. Penamatan pekerja Merujuk kepada Borang Kontrak PAM Fasal 25 (2), majikan boleh menamatkan kerja kontraktor secara automatik sekiranya berlaku perkaraperkara:1. Kontraktor Bankrup. 2. Kontraktor menghadapi perintah penggulungan dengan syarikatnya. 3. Menghadapi prestasi kerja yang teruk atau telah lari dari perancangan atau lembab. Namun begitu, kontraktor boleh diambil bekerja semula sekiranya terdapat perjanjian antara majikan dengan likuidator. •

PIHAK PERUNDING

Didalam sesuatu projek pembangunan penglibatan pihak perunding adakah sangat penting untuk memastikan objektif pihak klien dapat dipenuhi sepenuhnya. Antara perunding yang biasanya terlibat didalam sesuatu projek pembinaan adalah seperti pihak Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan dan Juruukur Tanah. Pihak perunding ini secara amnya mempunyai hak yang sama tetapi mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Antara hak pihak perunding terhadap majikan adalah seperti berikut:

HAK-HAK PERUNDING. 1.

Mendapatkan bayaran yang daripada pihak majikan.

Oleh kerana pihak perunding ini adalah merupakan golongan profesional maka dengan ini majikan adalah perlu untuk membayar segala khidmat perunding dengan kadar yang telah ditetapkan. Bayaran yang ditetapkan oleh pihak perunding ini adalah berbeza-beza antara satu sama yang lain. Oleh itu pihak perunding dengan ini adalah berhak untuk membuat tuntutan kepada pihak majikan jika mereka gagal untuk membuat pembayaran. 2.

Menjadi wakil kepada pihak majikan.

Selain itu juga pihak perunding juga adalah mempunyai hak untuk mewakili pihak majikan dalam membuat keputusan bagi pihak majikan. Dengan itu pihak kontraktor dalah dengan ini perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak perunding ini. 3.

Menasihati pihak majikan secara tenikal.

Pihak perunding juga dengan ini adalah berhak untuk memberikan nasihat sacara teknikal kepada pihak majikan. Ini adalah bertepatan dengan objektif perlantikan pihak perunding iaitu untuk menjayakan prsjek pembangunan ini dengan sebaiknya. Dengan memberikan khidmat nasihat kepada pihak majikan maka dengan ini pihak majikan akan dapat gambaran tentang projek yang akan dijalankan. Contohnya daripada melalui kajian kemungkinan yanng telah dilakukan maka pihak Juruukur Bahan telah memmberikan nasihatnya bahawa projek itu sangat sesuai dengan lokasi yang dipilih keran sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu pihak majikan akan dapat mengetahui sedikit sebanyak gambaran tentang projek yang bakal dibangunkan olehnya kelak.

TANGGUNGJAWAB PERUNDING. Berikut adalah pula senarai pihak perunding yang biasanya terlibat didalam proses pembangunan serta tanggungjawabnya: Arkitek Arkitek adalah merupakan profesional yang banyak memainkan peranan terpenting didalam sesuatu projek pembinaan. Ini adalah disebabkan oleh peranannya iaitu menyediakan rekabentuk dengan memuaskan kehendak klien. Walaubagaimanapun, tanpa bantuan dari pihak-pihak seperti Jurutera adalah mustahil proses rekabentuk yang dilakukan oleh pihak Arkitek ini akan mencapai kejayaan. Oleh itu antara kepentingan dan tanggungjawab Arkitek didalam proses pembangunan sesuatu projek adalah seperti berikut: 1.

Menyediakan rekabentuk.

Pihak Arkitek adalah merupakan prosesional yang bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan secara keseluruhan dengan dibantu dengan pihak Jurutera. Diperingkat ini pihak Arkitek akan menyediakan rekabentuk awalan, rekabentuk sekim dan rekabentuk terperinci. Disperingkat ini pihak Arkitek adalah dengan ini bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan dengan mengikut kehendak atau memuaskan hati majikan. 2.

Pentadbir kontrak

Didalam kebanyakan projek-projek swasta yang menggunakan Borang Kontrak Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) 69 Arkitek adalah merupakan ejen kepada pihak majikan atau pentadbir kontrak didalam sesebuah projek. Dengan itu Arkitek adalah bertanggungjawab didalam mengawasi perjalanan projek supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan yang boleh menyebabkan kelewatan didalam proses penyiapannya. Pihak Arkitek juga adalah bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu untuk memastikan perjalan projek adalah teratur. 3.

.Mengeluarkan arahan.

Oleh kerana Arkitek berperanan sebagai Pentadbir Kontrak bagi projek maka maka pihak arkitek adalah berhak untuk mengeluarkan apa arahan yang berkaitan dengan bidang kuasanya didalam kontak. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh di dalam fasal 2 (2) PAM 69. Oleh itu pihak Kontraktor juga mempunyai hak untuk mempertikaikan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek jika didapati bahawa arahan yang dikeluarkan itu adalah bukan didalam bidang kuasa Arkitek seperti yang dinyatakan didalam fasal 2(2) PAM 69. Namun begitu arahan yang diberikan oleh Arkitek ini mestilah dikeluarkan secara bertulis kepada pihak kontraktor. Selain itu juga arahan yang dikeluarkan itu juga mestilah dinyatakan dengan jelas. Merujuk kepada kes Holland Hannen & Cubbit (Northen) Ltd. Vs Welsh Health Technical Services Organitation (1981) 18 BLR 80. Didalam kes ini pihak Arkitek telah membuat komen tentang mutu kerja, tingkap yang telah dipasang oleh pihak sub-kontraktor. Mahkamah memutuskan bahawa tiada arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek kepada pihak Kontraktor kerana pihak Arkitek hanya membuat komen tentang mutu kerja pihak sub-kontraktor tanpa menyatakan arahannya untuk mengalihkan kerja terbabit dan menggantinya dengan bahan yang lain. 4.

Menyerahkan segala lukisan dan pelan.

Didalam proses pembinaan lukisan dan pelan pembinaan adalah merupakan perkara yang penting untuk tujuan kerja-kerja untuk melakukan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu pihak Arkitek juga perlulah mengeluarkan lukisan atau pelan pembinaan kepada pihak kontaktor bagi tujuan pembinaan. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa projek dapat berjalan dengan lancar. Jika pihak Arkitek gagal memberikan segala pelan ini dalam jangka \masa yang ditetapkan maka ini berkemungkinan akan menyebabkan kelewatan kerja kerana pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja kerana kelewatan menerima lukisan dan pelan pembinaan. 5.

Memastikan ketepatan kerja pemancangan.

Pihak kontraktor perlu membuat kerja-kerja pemancangan tanda dengan pelan dan lukisan yang lengkap yang diserahkan oleh pihak Arkitek. Selain itu juga pihak kontraktor juga perlulah menyatakan kepada kontraktor tentang aras tanah yang dikendaki. Dengan itu adalah menjadi tanggung jawab Arkitek untuk memastikan kerja-kerja pemancangan yang telah dilakukan oleh pihak kontrantor adalah dilakukan dengan tepat. Ketepatan yang dimaskudkan ialah bangunan yang dibina itu adalah seperti yang dinyatakan ddidalam lukisan atau pelan yang diberikan seperti yang dinyatakan didalam fasal 5 PAM 69. 6.

Bahan dan mutu kerja.

Adalah menjadi tanggungjawab Arkitek untuk memastikan segala bahan-bahan binaan dan mutu kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor

adalah mengikut apa yang telah dikemukakan oleh kontrak. Oleh itu jika pihak kontraktor gagal untuk menepati kehendak-kehendak seperti yang dinyatakan didalam kontrak maka pihak Arkitek adalah mempunyai hak untuk mengeluarkan arahan untuk ujian seperti ujian tertutup keatas kerja yang telah dilakkukan seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 6(3) PAM 69. Ujian tertutup adalah merupakan ujian yang dilakukan keatas kerjayang telah dilakukan oleh pihak kontraktor dimana ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya adalah pihak Arkitek mengesyaki bahawa pihak kontraktor telah menggunakan besi tetulang dengan saiz yang lebih kecil, oleh itu pihak Arkitek boleh membuat ujian tertutup dengan memecahkan bahagian tersebut untuk memeriksa saiz besi tersebut. Pihak Arkitek dengan ini juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan untuk mengalihkan bahan-bahan dan mutu kerja yang telah didapati tidak mengikut piawaian yang telah dinyatakan oleh kontrak. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam fasal 6(4) PAM 69. 7.

Pemecatan pekerja.

Pihak Arkitek juga berhak memecat pekerja yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor di tapak bina. Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor telah melakukan kesalahan jenayah dadah disekitr tapak bina. Oleh itu pihak Arkitek dengan ini boleh memecat pekerja tersebut dengan berpandukan kepada fasal 6 (5) PAM 69. Kemudiannya adalah menjadi tanggungjawab pihak kontraktor untuk menggantikan pekerja itu dengan kadar yang segera tanpa menjejaskan program kerjanya. 8.

Perubahan kerja (vo).

Kebiasaannya didalam sesuatu projek, kebiasaannya terdapat perubahan kerja samaada diminta oleh pihak klien ataupun oleh pihak kontraktor atas alasan masing-masing. Contoh perubahan kerja didalam projek pembinaan ini adalah seperti pihak majikan ingin mengubah jenis kemasan lantai daripada jenis terazzo kepada jenis marmar. Di peringkat ini juga Arkitek dan Juruukur Bahan akan menasihati pihak majikan tentang kesan kerja perubahan yang akan dibuat oleh pihak majikan terhadap jadual kerja ditapak bina dan dari segi kos samaada meningkat ataupun berkurangan. Dengan itu pihak Arkitek perlulah mengeluarkan arahan berhubung dengan perubahan kerja yang akan dilakukan kepada pihak kontraktor seperti yang dinyatakan dalam fasal 1 (1) PAM 69. Oleh yang demikian pihak Arkitek juga perlulah menyediakan lukisan atau pelan yang bersangkutan dengan kerja-kerja perubahan yang akan dibuat. Pihak kontraktor pula perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek ini. 9.

Mengendalikan mesyuarat tapak bulanan.

Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang prestasi kerja kontraktor, Arkitek akan mempengerusikan mesyuarat tapak bulanan yang

akan dihadiri oleh perunding-perunding, kontraktor utama, sub-kontraktor. Antara perkara yang akan dibincang semasa mesyuarat tersebut adalah seperti jumlah peratusan kerja yang telah dilakukan pada bulan tersebut, jumlah bayaran yang diterima oleh pihak kontraktor bagi bulan tersebut. 10.

Sijil perakuan siap kerja praktikal.

Apabila pada pendapat Arkitek kerja-kerja yang dilakukan oleh telah dianggap siap, maka pihak Arkitek bertanggungjawab dalam mengeluarkan mengeluarkan sijil perakuan siap kerja praktikal seperti yang dinyatakan didalam fasal 15 (1) PAM 69. Setelah sijil ini dikeluarkan kepada kontraktor maka tempoh liabiliti kecacatan kerja pun bermula selama 18 bulan dimana jika berlaku kerosakan terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor itu maka pihak kontraktor perlu memperbaiki segala kerosakan yang berlaku. Oleh itu setelah tamat tempoh liabiliti kecacatan kerja ini pihak Arkitek pula akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan Jadual kecacatan kerja kepada pihak kontraktor supaya pihak kontraktor dapat memperbaiki segala kecacatan atau kerosakan yang telah disenaraikan oleh piahk Arkitek. 11.

Insurans

Sebelum memulakan kerja, selalunya pihak kontraktor akan mengambil insuran untuk melindungi pihaknya serta pihak kerajaan. Oleh yang demikian adalah tanggungjawab Arkitek untuk memastikan bahawa pihak kontraktor telah mengambil semua insuran-insuran sebelum memulakan kerja ditapak bina. Antara nya ialah insuran kerja dan insuran liabiliti awam. ini adalah bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan koatraktor apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Selain itu juga pihak Arkitek juga perlulah memastikan bahawa jangka masa segala polisi insurans yang diambil oleh pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa pembinaan atau yang dikehendaki oleh kontrak. Jika tempoh insuran itu telah luput tarikhnya maka pihak Arkitek juga dengan ini perlulah memastikan pihak kontraktor memperbaharui polisi insuran tersebut. Jurutera. Secara amnya di dalam sesuatu projek pembangunan jurutera juga mempunyai peranan yang tersendiri didalam menjayakan sesuatu projek pembinaan tersebut. Antara Jurutera yang terlibat ialah: Jurutera Awam. Jurutera Mekanikal. Jurutera Elektrik.

Jurutera Awam. Jurutera Awam juga adalah merupakan profesional yang tidak kurang pentingnya dengan kemahiran yang dimilikinya. Oleh itu, kepakarannya didalam bidangnya mestilah diambil kira untuk menjayakan projek

pembinaan. Jurutera utama iaitu: Jurutera Awam Jurutera Awam Jurutera Awam

Awam ini juga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian (struktur) (Bekalan Air) (Jalan)

Oleh kerana kepakaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain namun ianya adalah berhubung kait dengan kerja-kerja yang akan dilakukan didalam sesuatu projek pembinaan. Antara tugas-tugas dan kepentingan Jurutera Awam ini adalah seperti berikut: 1.

Membuat penyiasatan tapak.

Kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu proses rekabentuk Jurutera Awam akan membuat penyiasatan tapak di tapak bina yang dicadangkan itu. Antara aktiviti yang dijalankan semasa penyiasatan tapak ialah mengkaji sifat-sifat tanah seperti kelembapan tanah, kekuatan tanah dan jenis tanah. Dengan adanya proses penyiasatan tapak ini maka kaedah pembinaan bagi projek ini dapat ditentukan. Selain itu juga dengan adanya maklumat mengenai tapak bina berkenaan maka ianya akan membantu Jurutera Awam dalam membuat proses rekabentuk. 2.

Merekabentuk struktur bangunan.

Jurutera Awam akan membuat rekabentuk struktur bagi bangunan yang akan dibina. Diperingkat ini Jurutera Awam perlulah memastikan yang rekabentuk yang dibuat adalah benar-benar selamat kepada pengguna bangunan tersebut. Rekabentuk yang digunakankan juga hendaklah ekonomi dan mempunyai tahap keselamatan yang baik. Selain itu juga adalah menjadi tanggungjawab pihak Jurutera Awam untuk memastikan bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor adalah seperti yang telah dinyatakan didalam lukisan kontrak. Jika Jurutera Awam mendapati pihak kontaktor gagal untuk memlakukan kerja tersebut seperti yang dinyatakan didalam lukisan kontrak maka pihak Arkitek berhak untuk mengeluarkan arahan untuk melakukan ujian terhadap kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. 3.

Merekabentuk sistem bekalan air.

Selain melakukan rekabentuk bagi kerja-kerja struktur bangunan, Jurutera Awam juga berperanan dalam merekabentuk sistem bekalan air yang akan digunakan bagi bangunan yang akan dibina. Rekabentuk tersebut juga mestilah bersesuaian dengan fungsi serta jumlah penghuni yang akan mengunakan bangunan itu. Dengan itu juga Jurutera Awam perlulah merekabentuk sistem bekalan air ini dengan mengutamakan faktor keselesean kepada penguna bangunan tersebut. 4.

Menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja perubahan.

Jika berlakunya kerja-kerja perubahan didalam kerja-kerja yang berkaitan dengan Jurutera Awam maka pihaknya akan membuat satu

rekabentuk yang baru bagi tujuan perubahan kerja tersebut. Sebagai contoh kebanyakan ujian beban yang dilakukan oleh pihak kontraktor kepada cerucuk telah didapati gagal. Dengan itu pihak Jurutera Awam telah mengambil keputusan untuk membesarkan saiz tukup curucuk (pile cap) tersebut. Dengan itu penukaran saiz punukup cerucuk (Pile cap) tersebut adalah dianggap sebagai perubahan kerja. 5.

Mengawasi ujian yang dilakukan oleh kontraktor.

Didalam proses pembangunan projek terdapat pelbagai ujian yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor tentang bahan binaan dan mutu kerja yang dihasilkan. Oleh itu untuk mengelakkan daripada ketidak jujuran kontraktor dalam melakukan ujian tersebut pihak Jurutera Awam akan mengawasi segala ujian yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor dari masa kesemasa. Melalui cara ini ianya bukan sahaja akan memberikan keadilan kepada keduadua belah bahkan akan memastikan segala keputusan ujian yang dilakukan adalah tepat. Jurutera Mekanikal. Didalam proses pembinaan Jurutera Mekanikal adalah adalah bertanggungjawab didalam kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak subkontraktor dinamakan. Antara kerja-kerja pakar yang berada dibawah pengawasan Jurutera Mekanikal adalah seperti berikut: Pemasangan sistem pendingin hawa. Pemasangan alat pencegah kebakaran. Pemasangan lift. Pemasangan eskelator. Sistem pengudaraan bangunan. Oleh itu tanggungjawab Jurutera Mekanikal didalam proses pembangunan projek adalah seperti berikut: 1.

Menyediakan rekabentuk.

Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan mekanikal seperti yang dinyatakan sebelum ini pihak Jurutera Mekanikal adalah bertanggungjawab dalam menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja berkenaan. Selain itu juga Jurutera Mekanikal juga perlu memastikan bahawa sistem yang dipilih adalah bersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut. Contohnya bagi sistem penghawa dingin bagi kegunaan pejabat hendaklah tidak sama dengan sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah. Ianya juga henndaklah sesuai dengan jumlah pengguna yang akan menggunakan bangunan. tersebut serta memberikan keselesaan yang maksimum. 2.

Menyediakan senarai kuantiti.

Setelah selesai kerja-kerja penyediaan rekabentuk maka pihak Jurutera Mekanikal adalah dengan ini bertanggungjawab untuk menyediakan senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-

kontraktor. Dengan ini ianya akan dapat memberikan jumlah sebenar bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan. Selain itu juga pihak Jurutera Mekanikal juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutann dengan mekanikal. 3.

Bahan dan mutu kerja.

Pihak Jurutera Mekanikal juga dengan ini juga perlulah memastikan yang bahan dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah menngikut kehendak kontrak seperti yang dinyatakan didalam fasal 6 PAM 69. Jika Jurutera Mekanikal mendapati pihak sub-kontraktor gagal untuk berbuat demikian maka hal ini hendaklah dimaklumkan kepada Arkitek untuk tindakan yang selanjutnnya. 4.

Ujian.

Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka pihak Jurutera Mekanikal bertanggungjawab mengawasi ujian keatas kerja yang telah dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Diperingkat ini pihak Jurutera Mekanikal adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan. Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Contohnya dengan adanya kerja ujian ini maka dapatlah diketahui tahap keselamatan bagi kegunaan lift yang telah dipasang. Ini adalah berbagi memastikan pengguna dapat menggunakan alatan tersebut dengan selamat. 5.

Penilaian kerja

Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Mekanikal akan dilakukan oleh pihak Jurutera Mekanikal sendiri. Penilaian kerja ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan kerja bagi pihak subkontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh kontraktor utama untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak. 6.

Merekabentuk perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja mekanikal seperti ingin penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak Jurutera Mekanikal adalah dengan ini akan megeluarkan satu rekabenntuk yang baru untuk kerja perubahan tersebut. Selain itu juga pihak Jurutera Mekanikal juga perlulah meyerahkan rekabentuk perubahan kerja itu didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.

Jurutera Elektrikal. Antara tanggungjawab pihak Jurutera Elektrik adalah seperti berikut: 1.

Menyediakan rekabentuk.

Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik seperti kerja pemasangan pendawaian bangunan adalah menjadi tanggujawab pihak Jurutera Elektrik untuk menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja tersebut. Dengan kepakaran yang ada, Jurutera Elektrik akan menyediakan satu rekabentuk yang bersesuaian dengan kegunaan bangunan seperti mana yang dilakukan oleh pihak Jurutera Mekanikal. Contohnya bagi sistem pendawaian elektrik bagi kegunaan pejabat semestinya berbeza dengan sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah serta dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada penguna bangunan tersebut. 2.

Menyediakan senarai kuantiti.

Selain menyediakan rekabentuk, pihak Jurutera Elektrik juga adalah dengan ini adalah bertanggungjawab bagi penyediaan senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan adanya senarai kuantiti ini jumlah kos kerja-kerja pakar akan diperolehi. Selain itu juga pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan elektrik. 3.

Bahan dan mutu kerja.

Pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab didalam memastikan yang bahan dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah mengikut kehendak kontrak seperti yang dinyatakan didalam fasal 6 PAM 69. Jika didapati pihak sub-kontraktor gagal untuk berbuat demikian maka Jurutera Elektrik hendaklah memaklumkan kepada Arkitek untuk tindakan yang selanjutnnya. 4.

Ujian.

Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka pihak Jurutera Elektrik dengan ini akan mengawasi segala ujian keatas kerja yang telah dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan ini Jurutera Elektrik adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan. Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Dengan itu pengguna dapat menggunakan kemudahan tersubut dengan selamat dan mendapat keselesaan yang maksimum.

5.

Penilaian kerja.

Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Elektrikal juga akan dilakukan oleh pihak Jurutera Elektrikal sendiri. Tujuan penilaian kerja ini dilakukan adalah untuk mengetahui jumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan kerja bagi pihak subkontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh kontraktor utama untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak. 6.

Merekabentuk perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja elektrik seperti ingin penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak Jurutera Elektrik juga adalah dengan ini akan mengeluarkan satu rekabenntuk yang baru bagi kerja perubahan tersebut. Selain itu penyerahan rekabentuk perubahan kerja itu hendaklah dilakukan didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.jika berlaku kelewatan maka iannya akan meningkatkan kos kerana

Juruukur Bahan. Didalam memastikan kos projek tidak melebihi budget yang ditetapkan oleh pihak majikan, Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan hal ini. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dari awal hinggalah keperingkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastukan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki. Oleh itu hak dan tanggungjawab pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut: 1.

Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.

2.

Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuanntiti dimana ketepatan dalam melakukan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Diperingkat ini juga pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menjualkan dokumen kontrak serta menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan. Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangkawaktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borangborang yang berkaitan. 3.

Analisis tender.

Setelah tender ditutup, piahk Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewanag mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak. Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan dan Arkitek akan mengesyorkan kepada majikkan kontraktor yang diaggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja tersebut. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan. Diperingkat ini Juruukur Bahan dan Arkitek hanya bberhak untuk mengesyorkkan kepada majikan. 4.

Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Doke\umen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak spesifikasi dan lain-lain lagi. 5.

Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja piihak konttraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam fasal 19 dan 20 PAM 69. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuuran yang taelah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah. Dengan itu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak

syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu. Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh piahk kontraktor adalah dari syarikat yang diibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juja perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangkawaktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance co [1925AC619 dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya. 6.

Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerjakerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor. Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam fasal 30 PAM 69. 7.

Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam fasal 11 PAM 69. 8.

Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Arkitek seperti yang dinyatakan dalam fasal 24 PAM 69, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain

itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Arkitek. 9.

Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 23 PAM 69. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kntraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut. 10.

Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Juruukur Tanah. Kebiasaannya peranan Juruukur Tanah didalam sesuatu projek pembangunan ini hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur Tanah ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding yang lain. Antara tanggungjawab pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut: 1.

Membuat penandaan sempadan.

Adalah menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan, mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk menentukan kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan dibina adalah didalam kawasan pihak majikan. Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek sedang berlangsung kelak. 2.

Menyediakan lukisan yang berkaitan.

Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada Juruukur Bahan untuk menetukan kos anggaran yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah yang akan dilakukan. •

KONTRAKTOR

PENGENALAN DEFINISI Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen atau pihak utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan. Segala kerja pembinaan yang dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan kontraktor akan mendapat balasan atau keuntungan yang berbentuk bayaran daripada pihak majikan atau gunawan. Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagai balasan terhadap perkhidmatan kontraktor dan ia telah ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pihak kontraktor dan pihak gunawan. Perjanjian akan wujud dengan syarat-syarat tertentu antara pihak kontraktor dan gunawan serta beberapa pihak lain yang terlibat yang mana kemudiannya perjanjian ini akan membentuk satu dokumen kontrak. Sepanjang proses pembinaan ini dijalankan dokumen kontrak ini merupakan asas yang menjadi rujukan kepada sebarang masalah yang timbul baik dipihak kontraktor ataupun pihak-pihak lain yang terlibat.

JENIS-JENIS KONTRAKTOR Secara umumnya kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu : Kontraktor utama (main contractor) Domestik subkontraktor (domestic subcontractor) Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor) Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama bagi melaksanakan projek pembinaan supaya berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa sebagaimana yang telah diperuntukan dalam dokumen kontrak untuk pambinaan tersebut. Setiap jenis kontraktor tersebut telah diperuntukan syarat-syarat tertentu dalam perlaksanaan kerja serta kontrak yang telah

ditandatangani. Segala peruntukan syarat-syarat ini telah jelas dinyatakan dalam sesuatu dokumen kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor dan pihak gunawan. 1.

Kontraktor Utama (main contractor)

Kontraktor utama merupakan seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama ini akan menandatangani kontrak antara pihak kontraktor dan pihak gunawan atau majikan. Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek pembinaan sehingga selesai sebagaimana yang terkandung dalam dokumen kontrak. Kontraktor utama akan melaksanakan proses pembinaan ini samada dengan menggunakan tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil subkantraktor ataupun kedua-duanya sekali. 2.

Domestik kontraktor (domestic contractor)

Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Domestik kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu : i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja subkontrak. ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan. iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh untuk melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa mahir dan kurang mahir. 3.

Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang dilantik oleh pihak gunawan. Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran masing-masing. Subkontraktor dinamakan ini biasanya melakukan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta perkhidmatan bangunan seperti : Sistem bekalan air Sistem hawa dingin Lif dan Eskulator Sistem pencegah kebakaran Sistem pemasangan elektrik HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA DAN SUBKONTRAKTOR

Secara umumnya hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak ini akan berlandaskan kepada kontrak yang telah dipersetujui antara kedua dua pihak. Syarat-syarat kontrak yang terlibat ialah kontrak kerja subkontrak yang dibuat diantara kontraktor utama dan subkontraktor disamping kontrak utama.yang terbentuk antara kontraktor utama dan majikan.Syarat- syarat kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor utama dan subkontraktor ialah seperti subkontraktor akan melaksanakan semua kerja berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat semua bayaran yang berkaitan dengan insuran dan wang tahanan, mengemukakanl mengambil pekerja yang komprehensif dan syarat-syarat tambahan yang lain jika terdapat peruntukan tersebut antara pihak kontraktor utama dan sub kontraktor. Selain dari peruntukan syarat-syarat kontrak tersebut kedua- dua pihak juga perlu mematuhi common low dan statut (peruntukan oleh kerajaan persekutuan, negeri, tempatan).Peruntukan dibawah commmon low ialah seperti undang-undang tort contohnya kacau ganggu, manakala statut pula ialah peruntukan atau akta-akta tertentu untuk sesuatu perkara contohnya akta keselamatan sosial pekerja 1969.Dalam industri binaan jika sesuatu projek berkenaan adalah kepunyaan kerajaan maka ianya tertakluk kepada peruntukan common law dan statut manakala jika projek tersebut dibawah hak milik pihak persendirian maka ianya hanya tertakluk kepada statut sahaja. Ini telah dinyatakan dalam Borang kontrak PAM Fasal 18(1). Hak dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dan sepatutnya dilaksanakan adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang ditandatangani atau dipersetujui oleh semua pihak.

HAK DAN UTAMA

TANGGUNGJAWAB

SUBKONTRAKTOR

TERHADAP

KONTRAKTOR

Dalam borang PAM Fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab subkontraktor ialah Fasal 27(a-g). Dalam Fasal 27(a)(i-xi) ini telah memperuntukan hak-hak dan tangungjawab bagi pihak subkontraktor.

HAK SUBKONTRAKTOR Subkontraktor mempunyai hak tertentu apabila ia menandatangani kontrak dengan kontraktor utama di bawah peruntukan yang dinyatakan sebelum ini. Diantara hak yang biasa wujud didalam sesuatu kontrak ialah: 1.

Mendapat kemudahan dalam melaksanakan kerja subkontrak

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapat kemudahan melaksanakan kerja subkontrak dari kontraktor utama. Kemudahan ini termasuklah kemudahan peralatan dan pengurusan. Kemudahan peralatan

ialah kemudahan menggunakan kelengkapan kontraktor utama untuk melaksanakan kerja subkontrak, manakala kemudahan pengurusan pula ialah berbentuk kemudahan untuk mendapatkan lukisan- lukisan kerja subkontrak, khidmat penyeliaan tapak, pejabat tapak dan sebagainya. Jika subkontrak kerja keseluruhan digunakan maka hak untuk mendapatkan kemudahan hanya terhad kepada penggunaan akses jalan, peranca dan bekalan elektrik serta air. Manakala mempunyai hak yang lebih luas. Hak mendapat bahan dan peralatan yang sesuai serta kemudahan pengurusan perlu diberi oleh kontraktor utama. Subkontraktor mempunyai hak yang sama dikalngan mereka. Jika berlaku ketidakadilan sehingga mengganggu perjlanan kerja subkontrak mereka boleh mengadu kepada kontraktor utama untuk kemudahan yang lebuh baik. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak dapat mengambil tindakan dari segi kontrak kerana tiada peruntukan yang khusus. Ia hanya berlandaskan kepada perikemanusiaan dan amalan yang biasa di jalankan oleh ahli ikhtisas. 2.

Mendapatkan bayaran

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran bagi kerja subkontrak yang telah dilaksanakan. Bayaran tersebut adalah merangkumi : 1. Bayaran interim 2. Bayaran tambahan didalam perubahan kerja subkontrak 3. Bayaran kerugian yang disebabkan oleh tindakan kontraktor utama Kelulusan pembayaran ini akan tertakluk kepada kerja subkontrak yang dilaksanakan. Jika tidak memenuhi syarat kontrak maka subkontrak tidak layak menerima bayaran. Hak yang terlibat berkenaan dengan bayaran ini ialah: 1. Jumlah yang sewajarnya 2. Tempoh sesuatu pembayaran 3. Kaedah bayaran oleh kontraktor utama Faktor-faktor ini perlu diambil dan dipertimbangkan oleh kontraktor dengan adil. Mengikut amalan biasa bayaran akan dibuat apabila subkontraktor menghantar satu tuntutan balik. Hak subkontraktor untuk mendapatkan bayaran ini telah dinyatakan dengan jelas dalam Borang PAM Fasal 27(a)(vii), (b), (c). Kes-kes yang menjadi rujukan berkenaan dengan fasal 27 (c) ialah: 1. Gilbert- Ash (Northern) Ltd V Modern Engineering (Bristol) Ltd [1973] 3 All ER 195 2. Morttam Consultant Ltd V Bernard Sunley & Sons Ltd [1975] 3. LIR 197

3.

Menagguhkan perlaksanaan kerja subkontrak

Subkontraktor juga mempunyai hak untuk menagguhkan kerja subkontrak yang tidak mengikut kontrak asal. Diantara sebab-sebabnya ialah kegagalan kontraktor utama membayar kerja subkontrak bagi subkontraktor yang terlibat.Walaupun dalam PAM Fasal 27 (c) telah dinyatakan bahawa jika kontraktor utama gagal membuat pembayaran terus kepada subkontraktor, arkitak akan membuat pembayaran terus, tetapi ini mungkin akan mendatangkan masalah kepada subkontraktor seperti masalah kewangan. Oleh sebab itu subkontraktor yang terlibat berhak untuk menangguhkan kerja buat sementara waktu sehingga selesai masalah yang dihadapi, mengikut persetujuan pihak yang majikan serta pihak-pihak lain yang bertanggungjawab keatas projek pembinaan yang dijalankan. 4.

Mendapatkan Lanjutan Masa

Lanjutan masa juga boleh diperolehi oleh subkontraktor jika ia berpunca dari sebab-sebab yang munasabah contohnya kejadian bencana alam seperti banjir atau hujan yang tidak berhenti yang menyebabkan kerjakerja pembinaan tidak boleh dijalankan. Selain dari itu lanjutan masa juga boleh diberi kepada subkontraktor yang mana kesilapan atau masalah yang menyebabkan kelewatan itu berpunca daripada kontraktor utama contohnya tiada bekalan bahan binaan yang mencukupi dari pembekal bahan binaan yang telah diberi tugas untuk membekalkan bahan-bahan binaan tempatan. Pada kebiasaannya lanjutan masa ini diperolehi jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti yang terdapat dalam peruntukan kontrak utama sebagaimana yang telah dinyatakan diatas. Dalam Borang PAM peruntukan berkenaan dengan lanjutan masa yang menjadi hak kepada subkontraktor telah dinyatakan dengan jelas dalam Fasal 27 (a)(v dan vi) dan (d)(i) manakala fasal 27 (d)(ii) pula memperuntukan apabila timbulnya masalah dari pihak subkontraktor setelah mendapatkan lanjutan masa. Kes yang berkaitan dengan lanjutan masa ini ialah kes Percy Bilton Ltd V Greater London Council (1982) 20 BLR 1

TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR Subkontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah diberi sepertimana yang telah dijanjikan dalam peruntukan syaratsyarat kontrak antara pihak kontraktor utama dan pihak subkontraktor. Dalam PAM Fasal (1) telah diperuntukan tanggungjawab kontraktor dimana kontraktor itu perlu menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga

memuaskan hati pihak majikan. Tetapi bagi pihak subkontraktor pula mereka harus menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak kontraktor utama sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Fasal 27 (a)(iii) yang mana pihak kontraktor utama harus dipertanggungjawabkan jika kerja yang dilakukan oleh subkontraktor tidak memuaskan hati pihak majikan. Oleh sebab itu tanggungjawab subkontraktor adalah besar dalam menjaga kepentingan kontraktor utama. Antara beberapa tanggungjawab subkontraktor yang biasa wujud dalam subkontrak ialah : 1.

Pematuhan kepada nilai kuantiti

Kuantiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak yang telah ditanda tangani oleh subkontraktor. Ini kerana untuk menjamin kualiti binaan yang dibuat adalah terjamin dan selamat digunakan dengan baik dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.Dalam PAM Fasal 6 (1), (2), dan (3) telah diperuntukan dengan jelas bahawa pematuhan kepada mutu kerja dan nilai adalah amat penting Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada subkontraktor mendapat bahan dan melaksanakan kerja subkontrak dengan baik. 2.

Menjaga kepentinan awam

Subkontraktor perlu sentiasa memastikan kepentingan awam tidak terjejas akibat dari kerja subkontrak yang dilaksanakannya dan ini secara tak langsung ia akan menjaga kepentingan kontraktor utama. Kepentingan ini merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan, keselesaan dan seumpamanya. Dalam hal ini subkontraktor perlu menginsurankan kerja yang akan dibuat kemudian pula perlu mengemukakan polisi insuran terhadap kontraktor utama sebagai syarat terdahulu sebelum memulakan kerja. Ini telah dinyatakan dengan jelas dalam PAMFasal (18) dan (19) serta Fasal 27 (a)(iv), yang mana menyatakan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan. Dalam PAM Fasal 20 juga telah memperuntukan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran kerja sebelum memulakan kerja pembinaan. Peruntukan dan syarat undangundang yang berkaitan kepentingan awam perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan serta kepentingan pihak awam. 3.

Menjaga Kebersihan Tapak Bina

Bahan buangan atau lebihan dari sesuatu kerja subkontrak yang dijalankan perlu dibersihkan semula oleh subkontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini dilakukan diakhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain ditapak bina. Jika tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk melakukan obligasi itu dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut perbelanjaan yang ditanggung. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari kerja pihak lain, contohnya subkontraktor lain.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR

KONTRAKTOR

UTAMA

TERHADAP

HAK KONTRAKTOR UTAMA 1.

Memeriksa kerja subkontrak

Kontraktor utama mempunyai hak untuk memeriksa kerja subkontrak yang telah dilaksanakan oleh subkontraktor. Pemeriksaan boleh dibuat pada bila-bila masa diperlukan samada diminta oleh gunawan atau tidak. Walau bagaimanapun hak ini adalah tertakluk kepada kerja subkontrak yang telah dilaksanakan sahaja. Pemeriksaan ini tidak boleh dibuat keatas kelengkapan yang digunakan. Walaupun demikian kontraktor utama boleh menasihati bagi penggunaan peralatan yang sesuai demi kepentingan kerja subkonrak berkenaan.Sekiranya pihak subkontraktor gagal melaksanakan kerja dengan baik maka pihak kontraktor utama perlu bertanggungjawab jika pihak majikan tidak puas hati. Ini juga telah dinyatakan dengan jelas dalam PAM Fasal 27(a)(iii). Oleh sebab itu kontraktor utama berhak sepenuhnya untuk memeriksa kerja yang dilakukan oleh pihak subkontraktor dibawah pengawasannya.untuk memuaskan hati pihak majikan. 2.

Menolak kerja subkontrak

Kerja subkontrak yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan dari segi bahan yang digunakan, penyempurnaan terhadap penyiapannya boleh ditolak oleh kontraktor utama. Kontraktor utama berhak membuat penolakan kerana kontraktor utama yang akan bertanggunjawab keatas kerja yang dilakukan oleh subkontraktor. Penolakan ini boleh didalam bentuk keseluruhan atau sebahagian daripada kerja subkontrak yang berkenaan. Penolakan oleh kontraktor utama ini akan menyebabkan samada subkontraktor akan membuat semula kerja yang tidak memuaskan hati kontraktor tersebut atau subkontraktor akan dikategorikan tidak dapat menyiapkan kerja dengan sempurna dan PAM fasal 27 (a)(vi) akan berkuatkuasa. 3.

.Menolak bayaran

Menolak bayaran ini bermaksud menolak mana-mana wang subkontraktor yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepadanya. Penolakan ini dibuat adalah dengan beberapa sebab seperti subkontraktor enggan memperbaharui insuran atau enggan menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan keatasnya yang mana ianya berkaitan dengan kontraktor utama atau pihak majikan.Pada kebiasaannya hak menolak bayaran sebahagian daripada bayaran kemajuan yang berupa wang tahanan boleh dilakukan. Kaedah penolakan ini sebenarnya dikenali sebagai set-off. Ini telah

dinyatakan didalam PAM Fasal (20) serta Fasal (19) dan(20) yang mana ianya menyentuh tentang pembaharuan insurans yang mana kaedah set-off digunakan. Walaupun demikian penolakan wang tahanan tidak boleh melebihi nilai peratusan yang diperuntukan dalam kontrak utama. Kontraktor utama juga berhak menolak sesuatu bayaran jika subkontraktor gagal memenuhi obligasinya, samada dilakukan sendiri atau oleh kotraktor utama atau pihak lain yangg diambil oleh kontraktor utama. 4.

Mengambil subkontraktor lain

Hak mengambil subkontraktor lain untuk menyelesaikan kerja yang tertanggung oleh sesuatu subkontraktor boleh digunakan oleh kontraktor utama. Segala bayaran yang berkaitan boleh dipotong dari bayaran yang sepatutnya dibayar kepada subkontraktor yang pertama. Walaupun demikian ia perlulah menyatakan bahawa subkontraktor telah berlaku cuai sehingga menjejaskan kepentingan kontraktor utama dari pandangan gunawan serta pihak berkuasa yang lain. Selain dari itu, pihak kontraktor tama juga boleh mengambil subkontraktor lain jika subkontraktor yang ada tidak mempunyai kepakaran didalam sesuatu projek yang terdapat pelbagi jenis elemen yang memerlukan kepakaran yang khusus. 5.

Menamatkan kontrak

Penamatan kontrak boleh dibuat oleh kontraktor utama jika kontraktor gagal menjalankan obligasi yang sepatutnya. Penamatan ini tertakluk kepada oblogasi yang besar mengikut syarat subkontrak sahaja tetapi tidak meliputi yang kecil contohnya tidak mengikut arahan dari segi kualiti bahan dan mengikut masa yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA 1.

Menyelaras Subkontraktor

Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras semua subkontraktor dibawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk memastikan perjalanan kerja subkontrak memenuhi kehendak kontrak utama dan subkontrak. 2.

Menyediakan kelengkapan kerja

Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada subkontraktor terutamanya subkontraktor kerja. Kelengkapan yang disediakan mestilah mencukupi dan sesuai dengan kerja dan produktif. Selain dari itu kontraktor utama juga perlu menghubungkan subkontraktor dibawahnya dengan pihak perunding. Hal ini perlu dilakukan untuk

memudahkan pemeriksaan dan pengiktirafan kerja subkontrak yang talah dilaksanakan. 3.

Menyelesaikan Masalah subkontraktor

Kontraktor utama perlu menyelesaikan sebarang kerimitan yang timbul dikalangan subkontraktor. Kontraktor utama perlu menasihati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi jika ianya berpunca daripada tindakannya.ianya akan menjamin kelancaran kerja dan tingkat kualiti akhir. 4.

Mengawasi Kerja subkontrak

Kontraktor utama juga perlu dari masa kesemasa mengawasi kerja subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontraktor. Sehubungan dengan itu kontraktor utama perlu menyediakan wakil ditapak untuk memudahkan subkonraktor mendapatkan maklumat yang sepatutnya.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP PIHAK LAIN 1.

Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap pekerjanya.

Hak-hak kontraktor terhadap pekerjanya adalah kontraktor berhak untuk mengambil pekerja yang komprehensif dan dapat melakukan kerja dengan baik. Jika terdapat pekerja yang tidak memuaskan hati kontraktor atau yang menimbulkan masalah maka kontraktor berhak untuk memecat pekerja tersebut tetapi mengikut persetujuan pihak majikan terlebih dahilu. Dalam PAM fasal (19) dan (20) telah dinyatakan mengenai peruntukanperuntukan mengenai perkara ini. Kontraktor juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya keatas kebajikan pekerjanya yang mana kontraktor perlu menginsurankan pekerjanya serta membayar caruman wang PERKESO. Selain dari itu kontraktor juga perlu memastikan bahawa pekerja yang diambil bekerja adalah dapat melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan supaya kerja yang dilaksanakan dapat memuaskan hati pihak majikan. Hak-hak dan tanggungjawab ini amat penting kerana untuk menjamin kedua-dua pihak dapat bekerjasama dan mendapat keuntungan atau balasan masing-masing yang setimpal deangan apa yang diberikan. Apabila kedua-dua pihak berpuas hati maka segala kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna. 2.

Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap majikan

Dalam melaksanakan sesuatu kontrak hak dan tanggungjawab pihak-pihak utama sering dipertikaikan dan masalah inilah yang seringkali timbul. Walau bagiamanapun kedua-dua pihak yang telibat ini mempunyai

hak dan tanggungjawab yang sama rata. Dalam memperkatakan hak dan tanggungjawab kontraktor dan majikan ini kedua-dua pihak mempunyai peranan dan hak yang sama pentingnya. Hak kontraktor ke atas majikan adalah mendapatkan bayaran atau balasan daripada kerja majikan yang telah dilaksanakan. Selain dari itu kontraktor juga berhak untuk mendapatkan insuran kontraktor boleh mendapatkan insuran kerja dari pihak majikan sekiranya mengikut PAM Fasal (20)(b)dan (c) yang mana memperuntukan bahawa kontraktor berhak mendapatkan insuran kerja yang diperuntukan kepadanya sekiranya pihak majikan menggunakan Fasal (20)(b) dan (c). Tanggungjawab kontraktor terhadap majikan pula ialah melaksanakan kerja yang diberikan dengan baik sehinga memuaskan hati majikan Ini tertakluk kepada PAM Fasal (1)(i) dan (ii). Selain dari itu pihak kontraktor juga perlu menginsurankan segala kerja majikan yang akan dilaksanakan. Ini tertakluk kepada Fasal (20)(a) yang mana pihak majikan tidak mengambil sebarang insuran kerja. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk mengambil insuran tersebut. Selain dari itu pihak kontraktor juga mempunyai tanggungjawab dan hak untuk menyiasat dan meneliti segala maklumat yang diberikan sebelum memasuki tender yang ditawarkan oleh majikan. Ini adalah untuk tidak menimbulkan segala masalah yang tidak dapat dielakkan keatas tanggungjawab masing-masing setelah perlaksanaan pembinaan ini dijalankan. 3. perekabentuk.

Hak dan

tanggungjawab kontraktor terhadap kumpulan

Kumpulan perekabentuk adalah terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan dan beberapa ahli profesional yang lain. Mereka adalah pihak yang bertanggungjawab yang mana menterjemahkan idea yang disampaikan oleh pihak majikan atau gunawan kedalam bentuk lukisan kerja. Kemudian melalui lukisan-lukisan ini maka kontraktor akan membina dan menyiapkan kerja tersebut manjadi sebuah bangunan atau binaan lain. Pihak kumpulan perekabentuk ini juga akan berurusan dengan kumpulan pereka bentuk secara tidak angsun dan ini menyebabkan mereka juga tidak lepas daripada hak dan tanggungjawab masing-masing. Kontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan lukisan-lukisan yang jelas dan baik daripada pihak pereka bentuk ini. Selain dari itu pihak pereka bentuk juga perlu memastikan lukisan kontrak adalah tidak bercanggah dengan dokumen kontrak. Walaupun percanggahan antara dokumen kontrak dengan lukisan ini ,jika berlaku tidak menyebabkan mana-mana pihak dipersalahkan kecuali majikan tetapi menjadi tangunggjawab bersama untuk memastikan agar ianya tidak berlaku. Dalam PAM Fasal (1)(2) menyatakan dengan jelas bahawa menjaditanggungjawab kontraktro untuk memberitahu jiak terjumpa, tetapi

bukan menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menyemak kesilapan tersebut. Masalah ini boleh dirujuk kepada kes London Borough of Merton V Stanley Huge Leach Ltd (1985) 32 BLR 51. Hak dan tanggungjawab ini amat penting supaya tiada kerumitan yang akan berlaku dan wujudnya kerjasama antara kedua-dua pihak ini.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN Hak kontraktor keatas institusi kewangan adalah sangat penting yang mana ianya merupakan satu hak yang diperolehi oleh kontraktor tetapi dibuat dalam konsep serah hak. Konsep serah hak adalah satu konsep dimana hak pihak tertentu diserahkan kepada satu pihak lain untuk menguruskannya. Jadi bagi pihak kontraktor hak atau balasan yang diperolehi daripada majikan telah diserah hakkan kepada pihak institusi kewangan berupa modal duluan untuk melaksanakan kerja majikan. Dalam PAM Fasal (17)(1) dan (2) telah diperuntukan berkenaan sub sewa atau serah hak ini. Setelah mendapat hak tersebut maka kontraktor perlu bertanggungjawab untuk menjalankan kerja dengan baik dan memuaskan hati pihak kontraktor. Kontraktor juga perlu berurusan dengan pihak institusi kewangan secara baik dan perlu mendapatkan satu jaminan bank atau insurans. Jika seseorang kontraktor tidak banyak menimbulkan masalah dengan pihak bank maka ini akan menyenangkan lagi pihak bank dan juga pihak kontraktor turutamanya untuk berurusan degannya seterusnya kerana pihak institusi kewangan telah memberi kepercayaan kepada pihak kontraktor. •

PEMBEKAL

Pembekal (supplier) merupakan salah satu pihak yang terpenting di dalam industri binaan. Pembekal berperanan untuk membekalkan bahan-bahan binaan dan juga peralatan untuk bagi pembinaan di tapak bina. Secara amnya, pembekal boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu: 1.

Pembekal (Domestic Supplier)

Pembekal jenis ini merupakan pembekal biasa yang membekalkan bahan binaan ke tapak bina. Di peringkat ini, kontraktor utama bebas memilih pembekal mereka bagi membekalkan bahan binaan seperti simen, blok bata, kayu dan sebagainya. Ini bergantung kepada kelebihan-kelebihan yang ada pada pembekal tersebut. Contohnya pembekal tersebut dapat memberikan jumlah kredit yang besar kepada kontraktor utama ataupun dapat menawarkan pilihan bahan binaan dan peralatan yang pelbagai untuk kegunaan kontraktor utama. 2.

Pembekal Dinamakan (Nominated Supplier)

Pembekal dinamakan ini merupakan pembekal yang telah dicalonkan untuk dipilih oleh kontraktor utama. Pembekal dinamakan ialah individu atau perniagaan perkongsian, firma atau syarikat yang tendernya hanyalah untuk membekal dan menyerahhantar bahan-bahan atau peralatan yang telah disetujuterima semasa berurusan dengan pihak kontraktor. 3.

Pengilang

Pengilang merupakan pengeluar untuk sesuatu bahan binaan. Selalunya bahan-bahan tersebut dikeluarkan atau dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Dalam sesetengah kes, ada pengilang yang memasarkan sendiri hasil pengeluaran mereka tetapi ada juga yang terpaksa melalui pengedar. 4.

Pengimport

Pengimport pula merupakan pengimport bahan-bahan binaan dan peralatan dari luar negara yang tiada di dalam pasaran tempatan. 5.

Pengedar

Pengedar pula merupakan orang atau pihak yang bertanggungjawab untuk mengedar bahan-bahan dan peralatan binaan. Pengedar merupakan orang tengah di antara pengilang atau pengimport dengan pembeli.

KEPENTINGAN HAK PEMBEKAL Hak ini merupakan perkara yang seharusnya diperolehi oleh pihak pembekal. Antara hak-hak serta kepentingan tersebut adalah seperti mana berikut: 1.

Mendapatkan Kontrak Membekal

Pembekal dinamakan berhak untuk mendapatkan kerja atau kontrak membekal setelah pihak klien telah menamakan pembekal tersebut. Kerja membekal ini adalah seperti mana yang telah diperuntukan dalam Wang Kos Prima atau Wang Peruntukan Sementara. Dengan kata lain kontraktor utama terpaksa membuat subkontrak dengan pembekal dinamakan yang telah dipilih oleh pihak klien. Walau bagaimanapun ini terpulang sekiranya kontraktor utama ada bantahan terhadap pemilihan pembekal yang telah dibuat oleh pihak klien atau pihak pembekal sendiri enggan mengikat kontrak dengan kontraktor utama tersebut atas sebab-sebab tertentu. 2.

Membuat Bantahan Terhadap Penamaan

Pembekal berhak untuk membuat sebarang bantahan terhadap pihak klien semasa penamaan atau pemilihannya bagi kontrak membekal bahanbahan binaan. Pembekal boleh menolak kontrak tersebut sekiranya pihak beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara seperti yang telah disenaraikan dalam borang kontrak setara PAM/ ISM dibawah fasal 28 (b). 3.

Mendapatkan Bayaran

Hak Pembekal yang seterusnya adalah berhak mendapat bayaran daripada kontraktor utama ke atas barangan yang telah diserah hantar ke tapak bina. Kontraktor perlu membayar kepada pembekal dalam tempoh masa 30 hari setelah barang-barang dihantar ke tapak bina seperti yang dijelaskan di bawah fasal 28 (c) borang kontrak setara PAM/ ISM. 4.

Pertikaian Bayaran

Pembekal mempunyai hak untuk mempertikaikan sebarang keputusan sekiranya tidak berpuas hati dengan bayaran yang telah diperakui oleh pihak Arkitek. Contohnya pertikaian boleh dibuat oleh pembekal seandainya pihak kontraktor tidak menjelaskan bayaran kepadanya dalam masa yang telah ditetapkan. 5.

Bon Perlaksanaan

Pembekal berhak untuk mendapatkan kembali baki bon perlaksanaan iaitu setelah ditolak dengan semua potongan. Ini adalah kerana kontraktor tidak berhak ke atas bon tersebut dan seharusnya diserahkan kepada pihak pembekal.

TANGGUNGJAWAB PEMBEKAL Tanggungjawab pembekal sama ada kepada pihak klien atau atau pihak kontraktor adalah amat penting. Ini adalah untuk memastikan supaya semua kerja yang dirancang berjalan dengan lancar dan tidak terganggu oleh sebarang kegagalan. Antara lain tanggungjawab pembekal adalah: 1.

Pelaksanaan Subkontrak

Pembekal hendaklah melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja pembekalan dan serah hantar bahan atau peralatan kepada pihak kontraktor. Ini bagi membolehkan pihak kontraktor melaksanakan obligasi-obligasinya di bawah kontrak utama. Sebarang kegagalan pihak pembekal untuk menjalankan tugasnya boleh menyebabkan pihak Arkitek melantik pembekal lain bagi meneruskan kerja-kerja subkontrak tersebut. Kes rujukan adalah: TA Bickerton & Son Ltd v North-West Metropolitan Regional Hospital Board

Dalam kes ini, TA Birckerton merupakan pembekal (pertama) untuk subkontrak membekal bahan-bahan binaan. Tetapi plantif telah gagal untuk melaksanakan tugasnya dalam pembekalan tersebut sebelum kerja pembekalan tersebut siap. Oleh sebab itu, pihak Akitek telah melantik Pembekal yang baru untuk kerja pembekalan tersebut. 2.

Pastikan Keselamatan Barang

Menjadi tanggungjawab pembekal untuk memastikan barang-barang dan bahan yang diserah hantar ke tapak bina berada dalam keadaan selamat dan tidak rosak. Sebarang kerosakan yang berlaku dalam proses penghantaran bahan-bahan tersebut ke tapak bina adalah di bawah tanggungan pihak pembekal. 3.

Bon Perlaksanaan

Sebelum memulakan kerja-kerja membekal, Pembekal hendaklah memberi deposit kepada pihak kontraktor berbentuk bon perlaksanaan. Ini adalah sebagai jaminan dari pihak pembekal untuk melaksanakan kontraknya dan jika berlaku sebarang kemungkiran, pihak kontraktor boleh mencairkan bon tersebut. 4.

Penggantian atau Pembaikan

Menjadi tanggungjawab Pembekal untuk mengganti dan membaiki apaapa bahan dan peralatan yang telah dibekalkannya setelah diberitahu secara bertulis oleh pihak kontraktor. Kerosakan tersebut termasuklah samada rosak, cacat atau rendah mutunya. Semua perbelanjaan untuk menggantikan barang-barang tersebut hendaklah ditanggung keseluruhannya oleh pihak pembekal. Perkara ini boleh dirujuk di bawah fasal 28 (b)(ii) PAM/ ISM. 5.

Serahhak

Pembekal tidak boleh menyerahhak dan memindah milik subkontrak ini atau kepentingannya kepada orang lain melainkan sudah mendapat persetujuan bertulis dari pihak kontraktor dan Arkitek.

PEMBEKAL BAHAN-BAHAN BINAAN DAN LOJI. (Materials and equipment supplier.) Pembekal bahan-bahan binaan dan/atau loji adalah pihak yang membekalkan bahan-bahan binaan dan/atau loji kepada pihak kontraktor bagi membolehkan kontraktor menjalankan Kerja dan seterusnya menyiapkan Kerja. Terdapat beberapa bahagian pembekal bahan-bahan binaan dan/atau loji: Pembekal dinamakan (Nominated suppliers)

Pengilang bahan-bahan binaan (Manufacturers of construction materials) Pengilang loji (Manufacturers of construction equipment) Pengimport bahan-bahan binaan (Importers of construction materials) Pengimport loji (Importers of construction equipment) Pengedar bahan-bahan binaan (Distributors of construction materials) Pengedar loji (Distributors of construction equipment) 1.

Pembekal dinamakan (Nominated suppliers).

Pembekal dinamakan adalah pembekal bahan-bahan binaan dan/atau loji bagi sesuatu projek yang dicadangkan atau dinamakan oleh majikan atau akitek (menurut Borang Kontrak Setara PAM/ISM 69), tetapi hubungan kontrak adalah diantara kontraktor dan pembekal dinamakan sahaja dan tidak secara langsung dengan majikan. Pembayaran pembekal dinamakan diperuntukkan didalam Wang Kos Prima (Prime Cost Sum) atau wang diperuntukkan melalui Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sum) 2.

Pengilang bahan-bahan binaan (Manufacturers of construction materials)

Pengilang bahan-bahan binaan adalah pihak yang membuat bahanbahan binaan dan mempunyai kilang untuk membuat bahan-bahan binaan. Ada pengilang yang memasarkan bahan-bahan binaan keluarannya sendiri dan ada yang memasarkannya melalui pengedar bahan-bahan binaan. 3.

Pengilang loji (Manufacturers of construction equipment).

Pengilang loji adalah pihak yang membuat loji-loji untuk kegunaan industri pembinaan. Walau bagaimanapun, banyak loji-loji yang digunakan untuk pembinaan di negara kita diimport daripada negara luar seperti Jepun, Taiwan dan negara Barat seperti Jerman dan Amerika. 4.

Pengimpot bahan-bahan binaan (Importers of construction materials).

Pengimpot bahan-bahan binaan adalah pihak yang mengimport bahanbahan binaan dari luar negara, samada bahan-bahan binaan itu ada dipasaran tempatan ataupun tidak. Kadangkala, ada majikan yang mahu menggunakan bahan-bahan binaan daripada luar negara walaupun ada bahan-bahan binaan penggantu buatan tempatan. Ada juga majikan yang menggunakan bahan-bahan binaan luar yang diimport kerana memang bahan-bahan binaan itu tiada dipasaran tempatan atau tidak dibuat didalam negara. 5.

Pengimpot loji (Importers of construction equipment).

Pengimpot loji adalah pihak yang mengimport loji untuk kegunaan pembinaan daripada luar nagara. Kebanyakan loji-loji yang diimport tiada

dipasaran tempatan manakala loji-loji yang diimport biasanya adalah model tterkini sertacanggih yang hanya didapati dari pasaran luar. 6.

Pengedar bahan-bahan binaan (Distributors of construction materials)

Pengedar bahan-bahan binaan adalah pihak yang mengedarkan bahanbahan binaan. Biasanya, pengedar akan membekalkan, samada bahan-bahan binaan tempatan ataupun dari luar negara, dan mengedarkannya kepada kontraktor. Kontraktor mempunyai pilihan yang luas jika berurusan dengan pengedar tetapi harga bahan-bahan binaan yang ditawarkan adalah lebih tinggi sedikit kerana pengedar mengambil keuntungan daripada harga asal yang ditawarkan oleh pengilang bahan-bahan binaan. 7.

Pengedar loji (Distributors of construction equipment)

Pengedar loji adalah sama dengan pengedar bahan-bahan binaan cuma pengedar loji mengedarkan loji-loji kepada kontraktor disamping menawarkan pilihan yang perbagai kepada kontraktor. 8.

Tanggungjawab Pembekal Dan Peranannya

Adalah menjadi tanggungjawab yang besar bagi pembekal untuk menghantar bahan-bahan binaan dan/atau loji ke tapak bina pada masa yang telah dipersetujui antara pihak pembekal dan kontraktor. Kelewatan menghantar bahan-bahan binaan dan/atau loji akan menjejaskan kelancaran Kerja secara langsung. Pembekal juga mestilah jujur dalam menjalankan tugasnya dan penipuan tidak sepatutnya berlaku, seperti bahan-bahan yang tidak elok dari segi mutu dan piawaiannya. Pembekal mestilah menuntukkan pengesahan-pengesahan yang perlu bagi bahan-bahan binaan yang tertentu, seperti pengesahan SIRIM bagi pintu rintangan api, sampel-sampel yang telah disahkan dan diuji seperti ujian kiub yang disahkan oleh jurutera yang bertauliah bagi penghantaran simen siap bancuh ke tapak. Pembekal mestilah bertanggungjawab keatas kerosakan bahan-bahan binaan dan/atau loji yang dibekalkan kepada kontraktor jika kerosakan yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian yang dilakukan oleh pembekal sendiri atau wakil-wakil pembekal.

KEPENTINGAN PEMBEKAL Pembekal mempunyai peranan yang penting didalam industri binaan. Adalah penting bagi pihak pembekal untuk menghantar semua bahan-bahan binaan dan/atau loji ke tapak bina mengikut masa yang ditetapkan.

Kelewatan pembekal berbuat demikian akan menyebabkan kerja tergendala secara langsung. Pembekal juga biasanya menyediakan kemudahan pengangkutan/penghantaran bahan-bahan binaan dan/atau loji ke tapak bina. Adalah sangat penting bagi kontraktor untuk membuat penyusunan tapak dengan cara yang paling efisyen dan teratur bagi mengelakkan kesulitan yang bakal timbul, hasil daripada kaedah penyusunan tapak yang lemah, iaitu menyukarkan pembekal untuk membawa masuk bahan-bahan binaan dan logi yang kadangkala mempunyai saiz yang sangat besar.

'Retention Of Title Clause', Satu Tinjauan. Didalam Borang Kontrak Setara PAM/ISM 69 fasal 14 menyatakan bahawa apabila bahan-bahan dan barang tak pasang (bahan-bahan binaan) telah dibayar didalam 'Interim Certificate', bahan dan barang tak pasang itu akan menjadi milik majikan. Fasal diatas bertentangan dengan fasal-fasal didalam Sales of Goods Act, Malay States Ordinance Fasal 25 (1) Sales of Goods Act, Malay States Ordinance menyatakan mengenai 'Preservation of Right' yang bererti milikan barangan yang dihantar kepada pembeli (dalam konteks pembinaan kontraktor) oleh pembekal tidak berpindah milik sehinggalah segala syarat-syarat yang dipersetujui didalam kontrak antara pembeli (kontraktor) dan pembekal dipenuhi. Apabila kontraktor membeli bahan-bahan binaan daripada pembekal, pembekal biasanya meletakkan 'Retention Of Title Clause'.untuk melindungi haknya. Fasal 19 (1) Sales of Goods Act, Malay States Ordinance pula menyatakan bahawa milikan barangan berpindah pada masa/ketika pihak yang berkontrak mahu ia berpindah. Contoh 'Retention Of Title Clause' ialah 'milikan barang yang dihantar tidak berpindah kepada pembeli sehinggalah pembeli menjelaskan semua bayaran. Kes yang berkenaan adalah kes Dawber Williamson Roofing Ltd. V Humberside Country Council (1979) 14 BLR 70. Dawber Williamson Roofing Ltd.membekalkan 'roofing slates' kepada kontraktor utama yang kemudiannya menjadi muflis. Majikan menyatakan bahawa 'roofing slates' itu adalah miliknya kerana sudah menjelaskan pembayarannya didalam bayaran 'Interim Certificate' kepada kontraktor, tetapi kontraktor tidak membayar kepada pembekal, iaitu Dawber Williamson Roofing Ltd. Mahkamah menyatakan bahawa 'roofing slates' itu adalah milik Dawber Williamson Roofing Ltd kerana 'Retention Of Title Clause' yang dinyatakan didalam kontrak antara kontraktor dan Dawber Williamson Roofing Ltd dan milikan barangan berpindah hanya jika kontraktor mempunyai milikan yang penuh diatas barangan tersebut.

Langkah keselamatan yang perlu diambil ialah dengan memastikan segala syarat-syarat kontrak antara pembekal dan kontraktor dipenuhi jika kontrak antara pembekal dan kontraktor mempunyai 'Retention Of Title Clause' dan kontraktor membeli bahan-bahan itu secara kredit. PIHAK BERKUASA TEMPATAN Bagi sesebuah projek yang hendak dilaksanakan, adalah perlu untuk melibatkan pihak-pihak tertentu di dalam menjayakannya. Pihak-pihak tersebut seharusnya berganding nahu untuk memastikan bahawa projek tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan sejak pelan kasar dahulu. Di dalam konteks peranan pihak berkuasa untuk sesebuah projek, ia terbahagi kepada beberapa sektor atau jabatan di mana kebiasaannya pihak berkuasa tempatan akan memegang dan memainkan peranan yang terpenting di dalam memastikan piawaian projek mengikut apa yang sepatutnya. Tujuan sebenarnya adalah untuk memastikan bahawa projek adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan selamat sama ada semasa projek berjalan serta untuk didiami. Secara kasarnya, tugas pihak-pihak berkuasa adalah lebih kepada; a ) meluluskan permohonan untuk mendirikan bangunan b ) meluluskan pelan bangunan terbabit c ) mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki ( CFO ) Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat (selain pihak berkuasa tempatan) untuk meluluskan dan menyokong perakuan berkenaan adalah sepertimana berikut; 1.

Jabatan Bomba

· memastikan adanya perkakas yang perlu ada seperti pili bomba, sistem semburan automatik dan laluan kecemasan. 2.

Jabatan Bekalan Air

· memastikan sistem bekalan air, tangki air dan rezab laluan paip air adalah mengikut piawaian. 3.

Jabatan Kerja Raya

· binaan struktur hendaklah mengikut syarat kelulusan.

· pelan susunatur projek adalah bersesuaian · memastikan rezab tangki air, penyediaan parit yang cukup besar berfungsi dengan baik. 4.

Jabatan Parit dan Saliran

· memastikan sistem paip dan saliran adalah mengikut pelan yang telah diluluskan. 5.

Tenaga Nasional Berhad

· memeriksa kesempurnaan sistem bekalan tenaga ke bangunan. 6.

Jabatan Kesihatan

· sistem kawalan kesihatan memenuhi keperluan Jabatan Kesihatan sebelum perakuan yang berkenaan dikeluarkan.

Mengikut apa yang acapkali dipraktikkan di dalam industri binaan, peranan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba adalah amat diberatkan walau pun jabatan-jabatan yang lain juga mempunyai agendanya yang tersendiri bagi memastikan keperluan projek adalah mengikut piawaian. Oleh yang demikian, untuk bahagian peranan pihak-pihak berkuasa, peranan pihak berkuasa tempatan dan pihak bomba akan ditikberatkan dan diberikan penumpuan.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) Di dalam konteks ini, kebiasaannya pihak yang berkaitan adalah merupakan salah satu nadi kerajaan di dalam melancarkan urusan tidak kira samada ia melibatkan hal-hal hartanah, pembinaan dan sebagainya. Walau bagaimana pun, untuk kesesuaian topik perbincangan, perbincangan mengenai peranan di dalam konteks pembinaan akan dibincangkan dengan lebih mendalam. Terdapat pelbagai bidang tugas yang menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan di dalam memastikan prosedur kontrak adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Di antara bidang tugas tersebut adalah : 1.

Meluluskan pelan

· pelan-pelan yang sudah disiapkan oleh pihak arkitek hendaklah didepositkan di pejabat pihak berkuasa dengan yuran tertentu. · tujuan bangunan itu didirikan hendaklah dinyatakan sekali.

· pelan-pelan tersebut hendaklah mengandungi ; a ) pelan tapak ( tapak lot, jalan masuk ke tapak, skel, aras tanah dsbg. ) b ) pelan lantai ( dimensi berangka, garisan saliran ) c ) muka keratan ( aras tanah, aras jalan, tinggi tingkat, saiz ) d ) tampak hadapan, belakang dan sisi 2.

Kuasa Untuk Menolak Pelan Struktur

· pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa mana-mana pelan struktur dan boleh menolak mana-mana pelan yang tidak mengikut piawaian yang tercatat di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. · pihak berkuasa tempatan juga boleh mengarahkan pihak yang berkenaan untuk mengemukakan pelan yang baru berkenaan dengan bahagian yang ditolak tadi. 3.

Mengeluarkan permit sementara

· tempoh yang terhad diberikan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mendirikan bangunan sementara seperti; a ) bangsal pertunjukan b ) tempat sembahyang c ) mendirikan peranca, pelantar kerja d ) mendirikan papan dinding · pihak yang hendak melaksanakan projek perlu mengemukakan pelan-pelan untuk mendapatkan permit sementara ini. 4. Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) · kontraktor akan mengawasi proses pembinaan dan perlu memastikan bahawa projek tersebut adalah mengikut syarat-syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan. · semua perkhidmatan yang perlu hendaklah disiapkan terlebih dahulu seperti; a ) jalan masuk b ) tempat letak kereta

c ) parit dan saliran d ) air dan elektrik e ) lif bomba f ) pili bomba g ) sistem pembentungan h ) pembuangan sampah · pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa kerja-kerja bangunan pada mana-mana peringkat dan boleh mengarahkan kontraktor untuk membetulkan mana-mana bahagian kerja yang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 5.

Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (CF)

· perakuan ini diberikan dengan syarat bahawa; a ) semua perkhidmatan yang perlu telah disediakan atau disiapkan b ) bangunan tersebut tidak akan mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan dan keselamatan. 6.

Kuasa Melanjutkan Tempoh

· apabila pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa adalah wajar untuknya melanjutkan tempoh apabila mendapati bangunan dikelaskan sebagai berbahaya serta mempunyai risiko khas. · pihak kontraktor boleh merayu secara bertulis kepada Menteri atau pihak berkuasa negeri di dalam tempoh 30 hari.

JABATAN BOMBA Jabatan Bomba adalah merupakan salah satu dari pihak-pihak berkuasa yang mempunyai kuasa di dalam menentukan bahagian atau kerja-kerja bangunan adalah mengikut piawaian. Di antara bidang tugas Jabatan Bomba adalah sepertimana berikut ; 1.

Memberikan Kelulusan

· pemasangan dan perkakas tentang kebakaran hendaklah terlebih dahulu diuji dan kemudiannya diluluskan jika menepati syarat yang ditetapkan.

· pelan lukisan dan kiraan bagi pemasangan tetap hendaklah dikemukakan kepada pihak Jabatan Bomba sebelum kontraktor memulakan kerja. · tiap-tiap pelan bagi pemasangan semburan automatik hendaklah dikemukakan sebagaimana Jadual Kesepuluh mengenai kehendak-kehendak sistem pemadaman api, penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan. 2.

Perakuan Apabila Siap

· perakuan ini akan diberikan apabila pemasangan tetap telah disiapkan dan ujian terakhir telah dilakukan merujuk kepada Borang B. 3.

Sistem Kuasa kecemasan

· kontraktor hendaklah menyediakan sistem berkenaan untuk pembekalan cahaya dan kuasa secara automatik apabila keroasakan atau kecelakaan kepada sistem berlaku. · sistem ini hendaklah merangkumi ; a ) sistem kawalan asap b ) pencahayaan c ) sistem penggera kebakaran d ) pam bomba e ) sistem siaraya f ) lif bomba •

BURUH

PENGENALAN Buruh juga merupakan salah satu sumber terpenting yang terlibat dalam sesuatu proses pembinaan. Ini kerana tenaga buruh diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja di tapak bina seperti yang diarahkan oleh pihak kontraktor berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui. Kontraktor bertanggungjawab penuh ke atas semua buruh yang di ambil bekerja di bawahnya. Perkara pertama yang perlu dipatuhinya sebelum memulakan kerja-kerja di tapak bina adalah mendaftarkan pengambilan pekerja termasuklah butir-butir mengenai buruh-buruh dibawah tanggungannya kepada Jabatan Buruh Negeri.

Selain itu juga, kontraktor bertanggungjawab memastikan buruh-buruh upahannya supaya mematuhi semua syarat-syarat atau undang-undang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam Ordinan Kerja 1955, Akta Kerja (Sekatan) 1968, Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan sebagainya yang bersangkutan dengannya. Sebarang keingkaran akan menyebabkan pekerja tersebut boleh di buang kerja. Pegawai penguasa atau pihak arkitek adalah berhak dan mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak kontraktor agar memecat mana-mana pekerja yang diambil oleh pihak kontraktor atas alasan yang munasabah. Pekerja-pekerja atau buruh di bawah kontraktor adalah berhak diberi cuti mengikut hari-hari yang telah ditetapkan, contohnya hari rehat mingguan, hari cuti am dan sebagainya. Buruh-buruh tersebut juga berhak untuk tidak bekerja pada waktu malam iaitu di antara pukul enam petang sehingga pukul enam pagi esoknya kecuali mendapat arahan daripada pihak yang berkuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut. Selain itu, ia berhak menerima bayaran pada masa-masa tertentu dari pihak kontraktor berdasarkan kepada kerja-kerja yang telah dilaksanakannya. Terdapat banyak peruntukan yang berkaitan di dalam Borang Kontrak Setara PAM/ ISM yang membicarakan tentang kepentingan hak dan tanggungjawab pekerja atau buruh yang diambil bekerja olek pihak kontraktor. Walaubagaimana pun, ia tidaklah menerangkannya secara terperinci, cuma melalui hak dan tanggungjawab kontraktor yang mengambil pekerja atau buruh tersebut. Secara amnya, buruh boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu: 1. buruh mahir 2. buruh separa mahir 3. buruh tidak mahir 1.

Buruh mahir

Merupakan buruh yang mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu dalam sesuatu kerja, contohnya kerja kayu, kerja besi, kerja konkrit dan sebagainya. Selalunya, upah yang diterima adalah lebih mahal berbanding dengan upah yang diterima oleh buruh-buruh yang lain. 2.

Buruh separa mahir

Adalah buruh yang juga mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu kerja tertentu, tetapi kepakarannya tidak melebihi atau tidak dapat menandingi kepakaran yang dimiliki oleh buruh mahir. Dengan kata lain, kedudukan buruh separa mahir terletak di antara buruh mahir dan buruh tidak mahir. 3.

Buruh Tidak Mahir.

Peringkat kemahiran atau kepakaran terendah berbanding dengan buruh-buruh di peringkat lain. Selalunya, buruh di peringkat ini adalah dari kalangan mereka yang baru mula bekerja dan yang masih kurang pengalaman bekerja di tapak bina. Kerja-kerja yang biasa dilakukan adalah yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, contohnya kerja mengikat bata, kerja-kerja penggalian dan sebagainya. Upah yang diterima juga adalah lebih murah berbanding dengan buruh-buruh di peringkat lain. Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja binaan di tapak bina, mereka mempunyai kepentingan hak tertentu dan tanggungjawab tersendiri yang patut mereka tunaikan.

KEPENTINGAN HAK BURUH 1.

Mendapatkan Kerja Daripada Kontraktor.

Pekerja atau buruh yang berkelayakan berhak mendapat kerja daripada kontraktor berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor. 2.

Di daftarkan ke Jabatan Buruh.

Buruh-buruh yang telah di ambil bekerja oleh pihak kontraktor hendaklah di daftarkan terlebih dahulu oleh pihak kontraktor sebelum memulakan sebarang kerja di tapak bina. 3.

Dibuat Caruman Daripada Potongan Gaji.

Setiap pekerja atau buruh warganegara Malaysia yang di ambil bekerja secara tetap layak dibuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja oleh pihak kontraktor. Setiap kali pembayaran dibuat kepada pihak buruh, sejumlah wang akan dipotong berdasarkan peratus yang telah ditetapkan daripada jumlah gaji keseluruhan buruh tersebut. 4.

Mendapat Bayaran Upah.

Berdasarkan progres kerja yang telah dijalankan oleh buruh-buruh di tapak bina, mereka berhak mendapat bayaran upah daripada pihak kontraktor berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukan di tapak bina. Selalunya, pihak kontraktor akan membuat bayaran kepada buruh-buruh upahannya sebulan sekali selepas pihak klien membuat bayaran interim kepada pihak kontraktor. 5.

Mendapat Cuti Kerja.

Pekerja-pekerja atau buruh di bawah kontraktor adalah berhak diberi cuti mengikut hari-hari yang telah ditetapkan, contohnya hari rehat mingguan, hari cuti am dan sebagainya. Buruh-buruh tersebut juga berhak untuk tidak bekerja pada waktu malam iaitu di antara pukul enam petang sehingga pukul enam pagi esoknya kecuali mendapat arahan daripada pihak yang berkuasa dalam mengeluarkan arahan tersebut. 6.

Mendapat Pampasan.

Sekiranya berlaku kematian atau sebarang kecelakaan ke atas diri buruh tersebut dalam masa beliau sedang bekerja di tapak bina, beliau atau ahli keluarganya berhak mendapat pampasan daripada pihak Skim Keselamatan Sosial (PERKESO).

TANGGUNGJAWAB BURUH 1.

Mematuhi Arahan Kontraktor.

Buruh-buruh yang telah berjaya diambil bekerja hendaklah mematuhi segala arahan-arahan yang diberikan oleh pihak kontraktor. Sekiranya mereka engkar atau tidak patuh kepada arahan tersebut, boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja di tapak bina tersebut. 2.

Mematuhi Undang-Undang Dan Syarat.

Selain itu, buruh-buruh tersebut bertanggungjawab untuk mematuhi semua syarat-syarat atau undang-undang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam Ordinan Kerja 1955, Akta Kerja (Sekatan) 1968, Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan sebagainya yang bersangkutan dengannya 3.

Menyiapkan Kerja.

Buruh-buruh tersebut juga bertanggungjawab untuk menyiapkan apa-apa kerja sekalipun yang telah diarahkan oleh pihak kontraktor untuk disiapkannya, selagi kontraknya dengan pihak kontraktor masih ada. 4.

Menjaga Keselamatan Diri.

Dalam masa menjalankan kerja-kerja ditapak bina, pekerja atau buruh hendaklah memastikan bahawa keselamatan diri diutamakan. Ini memandangkan keadaan ditapak bina yang agak merbahaya dan ada sesetengah kerja-kerja yang dilakukan oleh buruh mempunyai risiko yang tinggi. •

TIMBANGTARA

Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara dua pihak iaitu pihak kontraktor dan pihak Arkitek yang mewakili klien, perkara tersebut haruslah di rujuk kepada pihak ketiga, iaitu timbangtara. Timbangtara merupakan satu pihak yang dilantik oleh badan khas dalam industri binaan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul akibat daripada pertelingkahan atau perselisihan daripada pihak kontraktor dan Arkitek. Timbangtara membuat keputusan berdasarkan kepada fakta-fakta kes tersebut dan keadaan semasa. Semua keputusan yang dibuat oleh timbangtara adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini kerana untuk menjadi seorang timbangtara, seseorang itu perlu mengambil ujian khas bagi melayakkannya dilantik sebagai seorang timbangtara. Timbangtara adalah lebih arif dalam selok-belok industri binaan berbanding dengan hakimhakim biasa yang mengendalikan kes-kes di mahkamah. Selalunya, sesi perbicaraan dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh pihak-pihak yang terlibat sahaja. Keadaan ini akan lebih memberikan keselesaan kepada pihak-pihak terbabit kerana bebas daripada gangguan pihak-pihak luar. Sekiranya kedua-dua pihak yang bertelingkah telah melantik timbangtara bagi pihak masing-masing, maka akan wujud wasit iaitu orang yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan di antara dua orang timbangtara tersebut. Seorang timbangtara mempunyai kepentingan hak dan tanggungjawab yang tersendiri dalam menjalankan tugasnya. Di antara kepentingan hak dan tanggungjawab yang harus dipatuhinya adalah seperti berikut:

KEPENTINGAN HAK 1.

Mengetahui Masalah Dengan Terperinci

Setiap timbangtara yang dilantik adalah bertujuan untuk mengeluarkan atau membuat sesuatu keputusan bagi satu-satu pertelingkahan yang berlaku. Untuk membuat sesuatu keputusan, timbangtara perlulah meneliti terlebih dahulu fakta kes berkenaan dengan terperinci. Ini adalah bagi mengelakkan keputusan yang dibuat oleh timbangtara bukan hanya dibuat secara sesuka hati atau sambil lewa sahaja. Oleh itu kedua-dua pihak harus memberikan keterangan yang benar dan tepat sehingga menyebabkan pertelingkahan tersebut berlaku bagi memudahkan timbangtara membuat keputusan. Timbangtara juga berhak untuk mengkaji dan menyemak manamana perakuan, pendapat, keputusan, permintaan atau notis yang berkaitan. Kes rujukan bagi penyataan ini adalah Northen Regional Heath Authority v Derek Crouch Construction Ltd. (1986) 26 BLR 1 dan Central Provident Fund Board v Ho Bock Kee (1981) 17 BLR 21. 2.

Membuat Keputusan Yang Adil

Setelah meneliti fakta kes dan mengambil kira keadaan-keadaan tertentu, timbangtara tersebut berhak untuk memutuskan apa-apa keputusan sekalipun yang dianggap baginya patut atau adil bagi menyelesaikan pertelingkahan atau perselisihan tersebut. Keputusan yang dibuat adalah bergantung kepada budibicara timbangtara tersebut tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. 3.

Mendapatkan Bayaran (Award)

Sebagai balasan di atas segala khidmat yang diberikan oleh timbangtara kepada pihak-pihak yang bertelingkah, beliau berhak mendapat bayaran atau award yang setimpal di atas perkidmatan yang telah beliau berikan. 4.

Menetapkan Harga

Timbangtara mempunyai hak untuk menetapkan harga yang dikenakan kepada pihak yang melantiknya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Selalunya caj yang dikenakan mengambil kira faktor masa, tenaga dan kos yang telah dihabiskan dalam masa membuat perbicaraan terhadap kes tersebut. Sebarang jumlah harga yang telah ditetapkan oleh timbangtara adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

TANGGUNGJAWAB TIMBANGTARA 1.

Berlaku Adil

Sebelum membuat sebarang keputusan bagi menyelesaikan sesuatu masalah, timbangtara perlulah mengkaji dan menyemak segala perkara yang berkaitan agar mendapat gambaran sebenar perkara yang berlaku sehingga membawa kepada pertelingkahan atau perselisihan. Ini penting bagi membantu timbangtara membuat keputusan dengan adil dan saksama. 2.

Membuat Keputusan

Timbangtara adalah bertanggungjawab untuk membuat atau mengeluarkan sebarang keputusan berdasarkan pengalaman atau mengikut budibicaranya bagi menyelesaikan sesuatu kes yang membawa kepada pertelingkahan atau perselisihan di antara dua pihak iaitu pihak kontraktor dan Arkitek. Disebabkan timbangtara mempunyai kuasa untuk menetapkan atau membuat sebarang keputusan, maka pihak-pihak yang bertelingkah tersebut perlulah akur dan patuh di atas segala keputusan muktamad yang dibuat dan dikeluarkan oleh timbangtara.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF