Petikan Ilmu Tanpa Iman

March 21, 2017 | Author: Arina Irrisya | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Petikan Ilmu Tanpa Iman...

Description

ABD.RAHMAN BIN MD.AMIN 650208015725 NPQEL16A1.SRI3 “ PETIKAN ILMU TANPA IMAN “

Kehidupan manusia sejak zaman berzaman tidak dapat dipisahkan dengan salah satu elemen terpenting iaitu kehidupan berkomuniti. Melaluinya maka lahirnya bentuk penyatuan seperti keluarga, kabilah, puak, perkampungan, daerah, wilayah, negara dan empayar. Bagi pendiikan pula adanya sekolah, kolej dan universiti. Manakala dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai organisasi samada formal atau bukan formal berbentuk perniagaan, kumpulan seminat (NGO) atau badan kerajaan yang diketuai oleh pemimpin yang diberi pelbagai jenis gelaran seperti Presiden, Perdana Menteri, CEO, Naib Canselor, Menteri, Pengarah dan lain-lain. Organisasi di sekolah pula terdiri daripada Pengetua atau Guru Besar. 1.0 Apa itu Pemimpin dan Kepimpinan ? 1.1 PEMIMPIN Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu pula mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan. Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut. 1.2 KEPIMPINAN Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Menurut Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas. Manakala, Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril O’Donnel. Pandangan Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik pula, menyatakan bahawa kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas. abdrahmanmaNPQEL16a1.SRI3

Page 1

Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi. 1.3 PENGURUSAN Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut. Kesimpulanya pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

2. 0 ISU-ISU PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN DI SMK TANJUNG BATU (SMKTB) Antara isu-isu pengurusan dan kepimpinan di Sekolah Kebangsaan Tanjung batu ialah seperti berikut :2.1 Isu Displin : 2.1.1 Tahap Displin Murid-murid Rendah seperti Malas Belajar, Suka Ponteng, Datang Lewat,dan Menghisap Rokok, Vandilisme dan Tidak Hormat Guru; 2.1.2 Guru Displin Kurang Kemahiran Menyelesaikan Masalah.Displin muridMurid; 2.1.3 Tindakan Guru Displin tidak mendapat sokongan pentadbir sekolah (PGB) 2.2 Prestasi Peperiksaan : 2.2.1 Rangking peperiksaan jatuh daripada Johan Sekolah Harapan Negara kepada kelompok 20 buah sekolah terendah. 2.3 Sikap Guru : 2.3.1 Berada dalam keadaan “ Zon Selesa”.

abdrahmanmaNPQEL16a1.SRI3

Page 2

3.0 FAKTOR –FAKTOR TIMBULNYA ISU Pada pandangan saya, antara faktor-faktor timbulnya isu ini ialah seperti berikut :3.1 Kurangnya komunikasi antara pemimpin (PGB) dengan guru-guru sekolah tersebut menyebabkan visi, misi ,target dan hala tuju sekolah tidak dapat disampaikan dengan tepat dan jitu. 3.2 Guru merasakan segala tindakan mereka untu meningkatkan prestasi akademik dan displin sekolah tidak dihargai kerana PGB tidak menunjukkan sokongan padu setiap langkah yang dilaksanakan. 3.3 Murid –murid tidak mempunyai tahap kesedaran kendiri yang tinggi menyebabkan mereka tidak bermotivasi, sering ponteng. Mereka tiada visi dan misi hadir ke sekolah. 3.4 Kerjasama antara guru-guru , kerjasama antara guru-guru dengan pemimpin sekolah, kerjasama antara guru-guru dengan murid serta ibu bapa dan komuniti berada dalam keadaan tahap yang paling rendah. Akibatnya, apabila ada isu di sekolah, isu tersebut tidak dapat diselesaikan dengan segera dan berkesan. 3.5 Guru-guru tidak mahu berubah kerana berada dalam “ Zon Selesa”. 4. JIKA SAYA DILANTIK APAKAH TINDAKAN ANDA? Jika saya dilantik sebagai pemimpin di SMKTB ini antara langkah-langkah yang akan saya ambil ialah:4.1. Mengadakan perjumpaan dengan semua warga SMKTB iaitu guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, PIBG, Pegawai Perhubungan (Pihak Polis) dan JKKK Kampung ( Penghulu dan Ketua Kampung) bagi menjelaskan keadaan sebenar di SMKTB ketika ini. Melaluinya tubuhkan Jawatan Kuasa Bertindak bersama untuk mencapai Visi, Misi dan Hala Tuju SMKTB yang baru yang ditetapkan bersama bukanya saya yang tentukan. 4.2. Bina Perancangan Strategik semula bersandarkan kepada Tinjuan Persekitaran dan menganalisis isu utama yang perlu diselesaikan segera secara bersama semua pihak warga SMKTB. . Bertindak segera atas keperluan secara bersama warga SMKTB dan pastikan ianya dilaksanakan dan mencapai target. 4.3. Pastikan individu yang menimbulkan kekangan , lantik dia sebagai ketua operasi atau mengetuai Jawatan Kuasa Bertindak agar melaluinya, kekangan dapat dikurangkan. 4.4. Pemantauan dan Penyeliaan serta kaji selidik dijalankan sepanjang masa dan berterusan oleh Jawatan Kuasa Bertindak Induk bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar dan Berjaya. Jika ada masalah, perbincangan bersama dengan abdrahmanmaNPQEL16a1.SRI3

Page 3

Peyelaras Jawatan Kuasa Bahagian yang ditubuhkan , dilaksanakan untuk mencari jalan penyelesaian segera. 4.5. Perjumpaan dengan semua murid dilakukan untuk menjelaskan visi, misi , hala tuju dan target sekolah . Program Motivasi Perdana, Motivasai Kelompok dan Motivasi Individu dilaksanakan mengikut keperluan dalam kalangan murid bagi meningkatkan Kesedaran Kendiri dan membantu mereka mencapai target. 4.6. Mengadakan Kolobrasi dengan Kominuniti Setempat seperti Pihak Polis, AADK, Syarikat Motivator bagi mengadakan Program Motivasi, Peningkatan Sahsiah dan Menjana Perubahan dalam kalangan Warga SMKTB. 4.7. Meningkatkan Kemahiran dan Motivasi Guru-guru cara untuk menyelesaikan masalah, menangani stress dan memupuk sahsiah cemerlang. 4.8. Membina semangat kekitaan, “ SATU UNTUK SEMUA , SEMUA UNTUK SATU , SMKTB KITA SEGALANYA” bagi mengukuhkan semangat kerjasama, kejelikitan dan menanamkan semangat sayangkan sekolah, sayangkan guru-guru dan staff serta sayangkan muri-murid dalam kalangan warga SMKTB. 5. KEKANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM Tidak dinafikan setiap perubahan dan tindakan untuk berubah pasti ada kekanganyang akan berlaku. Antaranya ialah :5.1 Guru yang berada dalam “Zon Selesa” pasti akan menolak perubahan ini kerana mereka takut akan Kehilangan Sesuatu seperti kedudukan, nilai diri atau kemudahan kewangan. Contoh , guru yang selesa dengan Jawatan Bendahari PIBG atau Bendahari Bilik Guru akan menentang perubahan jika jawatanya ditarik dan gantikan dengan orang lain. Individu ini pasti akan menimbulkan pelbagai alas an, cerita dan gossip jika jawatannya tergugat sehingga menimbulkan masalah perlaksanaan perancangan yang diatur. 5.2 Ibu bapa akan merasakan terbeban apabila diminta bekerjasama dalam usaha untuk menylesaikan masalah sekolah. Mereka yang sudah biasa menghantar anak kesekolah dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah, pasti akan menentang apabila pihak sekolah meminta mereka hadir kesekolah pada waktu tertentu untuk meninjau perilaku anak-anak mereka di sekolah atau membantu sekolah mengadakan gotong royong atau menghadiri program Motivasi Keibubapaan. Perasaan tidak puas hati ini akan dipanjangkan ke PPD , JPN atau KPM, atau mungkin diviralkan ke laman-laman sosial. Kesimpulannya, sebagai pemimpin kita jangan takut membuat perubahan kerana perubahan itu perlu demi untuk mencapai visi, misi, hala tuju dan target organisasi serta melaksanakan mandat yang telah diamanahkan oleh KPM dan Negara.

abdrahmanmaNPQEL16a1.SRI3

Page 4

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF