Persediaan Buku Log
February 8, 2017 | Author: Amy Wong Sook Fun | Category: N/A
Short Description
pengakap kelana...
Description
PERSEDIAAN BUKU LOG APAKAH ITU BUKU LOG? Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’. Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap. Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bent uk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik. Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhada p ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut. NOTA:Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama. Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah ‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?’ Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya? Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuktajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap. UNIT PENGAKAP KELANA 1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan – 1 buku 2) Lencana-lencana Kemajuan – 1-5 buku 3) Projek – 1 buku
4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) – 1 buku Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut : – Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya. – Kursus dan seminar yang dijalani – Jambori dan perkhemahan yang dihadiri – ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG Saiz dan ketebalan Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)
Kulit Luar (Cover) Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah. Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa me mbezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya. Halaman pertama Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).
Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut : Maklumat Asas Nama Penuh No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan Tarikh dan Tempat Lahir No. telefon / Telefon bimbit Alamat e-mail / url Alamat surat menyurat Maklumat Kepengakapan Tarikh Mula Berpengakap Nama KREW (terkini) No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini) Daerah (terkini) Maklumat Waris Alamat tetap Nama Bapa dan pekerjaannya No. telefon / Telefon bimbit Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit Halaman kedua Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencan a (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan. Nota : Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan ‘Kad Ujian’ (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.
Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai ‘Kad Ujian’ bagi setiap ahli Pengakap.
Ruangan Catatan di setiap muka surat Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkaraperkara berikut : 1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku. 2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan. 3) Penambahan fakta (jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)
Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log. Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.
Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.
Contoh lukisan di dalam Buku Log
Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.
Contoh bentuk penulisan laporan Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi? Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan ‘Profail’ diri penulis secara keseluruhan. Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut : 1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap 2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan) 3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan) 4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki. Kesimpulan Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).
Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap
View more...
Comments