Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia

April 23, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia...

Description

Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia 1. PENGENALAN 1.1. KONSEP KURIKULUM MATEMATIK Di Malaysia dan di seluruh dunia, Matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat pendidikan. Matematik seperti mata pelajaran yang lain turut memiliki

sejarah

tersendiri berkaitan pembentukan dan kerangka kearah menghasilkan satu kurikulum Matematik yang lengkap. Oleh itu, untuk menambahkan sifat kecintaan terhadap mata pelajaran ini adalah perlu bagi setiap orang untuk mengetahui sejarah-sejarah perkembangan pembentukkan kurikulum Matematik di negara kita. Sebelum melihat kepada perkembangan-perkembangan tersebut, kita haruslah mendalami dulu dua perkataan yang membentuk “Kurikulum Matematik” iaitu “kurikulum” dan “matematik” Menurut Abdul Latif Samian (1997), Matematik ataupun dalam istilah Bahasa Inggeris, Mathematics merupakan satu bidang ilmu yang bersifat kejituan yang pasti diperolehi melalui kaedah deduksi. Ilmu Matematik juga dikatakan sebagai ilmu pasti kerana perbahasan mengenainya biasanya adalah pasti. Sebagai contoh, semua orang tahu bahawa satu tambah satu adalah dua dan kenyataan ini adalah sentiasa benar dan pasti. Matematik turut dikatakan sebagai satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dapat disimpulkan bahawa sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. “Kurikulum” dari segi istilah pula didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kurikulum turut dikatakn sebagai suatu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Ianya merupakan asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Husin, 1994).

Secara amnya, Kurikulum Matematik dapat dikatakan sebagai rancangan pendidikan berkaitan dengan mata pelajaran Matematik. Oleh itu, kurikulum Matematik di negara kita sentiasa mengalami perubahan selaras dengan pembangunan negara kita, Malaysia.

1.2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA Dalam memastikan keberkesanan dan halatuju yang jelas untuk pendidikan Matematik di negara kita, matlamat dan objektif kurikulum Matemaik yang tersendiri telah dibentuk dan dijadikan sebagai panduan kepada segala perkara berkaitan dengan pendidikan Matematik. Berdasarkan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988 ( dalam Noraini Idris, 2001:1 ) , matlamat pendidikan Matematik di negara kita ialah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Dimana, Matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan komunikasi. Selain itu, pendidikan Matematik di negara kita juga menjadikan pembelajaran Matematik bukan semata-mata pengiraan, penghafalan formula atau teori, bahkan ia melibatkan penyelidikan, pengujian dan penyelesaian masalah. Pelajar juga dibimbing untuk membina konsep dan kemahiran Matematik melalui pengetahuan dan pengalaman semasa pembelajaran Matematik. Secara umumnya, kurikulum Matematik di negara kita berobjektifkan untuk memberi penekanan kepada perkembangan para pelajar yang menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap dan psikomotor serta memupuk nilai-nilai murni untuk menjadi rakyat yang berguna selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Husin, 1994). Perkembangan dan pembentukan kurikulum tersebut berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara. Ianya dianggap sebagai satu proses yang

seimbang

dan

tidak

berlaku

dengan

sendiri

tanpa

sebab

yang

mempengaruhinya. 2.1. FAKTOR PERTAMA: FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan tonggak dan memainkan peranan penting dalam mencorak sistem pendidikan negara kita termasuklah kurikulum Matematik. FPK adalah seperti berikut: “Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” (Pusat

Perkembangan

Kurikulum, 2001) KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang boleh dilihat ialah: i.

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan

(

penyatuan

kemahiran-kemahiran

)

dan

penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. ii.

Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

iii.

Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv.

Program

pendidikan

yang

menitik

beratkan

pendidikan

umum

diperkenalkan. v.

Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.

vi.

Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

vii.

Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

viii.

Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.

ix.

Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.

x.

Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

xi.

Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

2.2. FAKTOR KEDUA: KEHENDAK MASYARAKAT Masyarakat sebagai asas sesebuah negara juga memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada kurikulum itu sesuai ataupun tidak dengan kehendak mereka. Penilaian berterusan dalam sesebuah kurikulum adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Hal ini disebabkan keadaan masyarakat negara kita yang kompleks dan pelbagai budaya. Antara kriteria kurikulum yang diinginkan oleh masyarakat ialah kurikulum yang dilaksanakan haruslah memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti menulis, membaca dan mengira, konsep-konsep asas cara hidup masyarakat masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyrakat. 2.3. FAKTOR KETIGA: POLITIK Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education"

Kenyataan tersebut menyedarkan kita bahawa setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Hal ini kerana kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap

badan

pemerintahan

menguatkan

pengaruh

mereka.

Kerajaan

bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. 2.4. FAKTOR KEEMPAT: PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PERKEMBANGAN DUNIA Menurut

Ee

Ah

Meng (1995),

kandungan

kurikulum

pendidikan

perlu

menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. Hal ini kerana perkembangan teknologi dunia membawa perubahan pesat kepada kehidupan manusia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Hal ini kerana kurikulum yang mengikut peredaran masa akan mampu melengkapkan para pelajar dengan kemahiran dan ilmu yang diperlukan dalam menjalani hidup seharian dan secara tidak langsung memastikan negara kita mampu bersaing dengan negara maju yang lain. 2.5. FAKTOR KELIMA: PERUBAHAN SOSIAL Sekolah merupakan agen sosial kepada masyarakat terutama untuk warga sesebuah sekolah itu. Sekolah bukanlah sekadar tempat menuntut ilmu sematamata tetapi ianya juga tempat menghubungkan masyarakat dan meningkatkan permuafakatan antara warga sekolah seperti pelajar, guru dan pekerja-pekerja sokongan sekolah tersebut secara langsung mahu pun tidak langsung. Kurikulum yang dibentuk haruslah membantu dalam mendekatkan silaturahim antara warga sekolah. Ianya harus melibatkan interaksi dan komunikasi antara warga sekolah sepenuh masa secara formal atau tidak formal. Interaksi dan komunikasi berterusan inilah yang akan menimbulkan semangat kekitaan dalam diri masyarakat.

2.6. FAKTOR KEENAM: PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM

Perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Hal ini kerana kurikulum yang ada haruslah disesuaikan dengan kemajuan dunia dan peredaran masa dalam memastikan generasi muda yang dihasilkan mampu bersaing dengan generasi muda negara maju yang lain dalam pelbagai bidang dan tidak ketinggalan dibelakang. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada muridmurid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). Oleh kerana kehidupan bermasyarakat sentiasa mengalami perubahan, maka pengetahuan baharu sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskan. 2.7. FAKTOR KETUJUH: MURID, KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT Kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial ( Ee Ah Meng, 1995). Perancangan kurikulum yang baik dan efektif akan mengambil kira segala keperluan murid-murid dan memberikan faedah secara menyeluruh. Kurikulum yang disediakan haruslah mampu menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan bentuk masyarakat yang bakal mereka hadapi di masa hadapan. Semasa pembentukan kurikulum tersebut juga, minat dan perkembangan murid-murid dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif harus diambil kira. 2.8. FAKTOR KELAPAN: PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA Ilmu bersifat dinamik. Dimana ianya sentiasa berkembang dan bertambah. Perancangan kurikulum yang baik mampu memastikan saluran ilmu-ilmu kepada para masyarakata dalah baik dan efektif. Kurikulum harus sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa agar dapat mengimbangi keperluan zaman dan masyarakat pada ketika itu. Pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu

pengurusan dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kurikulum itu sendiri. 2.9. FAKTOR KESEMBILAN: PSIKOLOGI PENDIDIKAN Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Plato dan Aristotle merupakan pelopor dan pengasas kepada teori disiplin mental yang amat mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Manakala pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60’an memerlukan guru untuk berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam murid-murid yang dianggap sebagai gelas kosong. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik. Untuk menyelesaikan permasalahan ini, satu kurikulum Matematik yang lengkap dibentuk dan dilaksanakan. Kurikulum tersebut memberi fokus kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis.

3. PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA 3.1. SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA 3.1.1. MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Sebelum tahun 1965, Matematik diajar berpandukan risalah-risalah panduan yang dikeluarkan oleh Pejabat Karang Mengarang, Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur kerana tiada sukatan pelajaran Matematik yang khusus untuk murid-murid sekolah rendah. Semua risalah tersebut telah dicetak dalam bentuk buku panduan untuk guru berjudul Kitab Hisab Bagi Murid-Murid tahun 1950. Kitab Hisab Bagi Murid-Murid tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis latihan untuk murid dan panduan kepada para guru berkaitan dengan jenis soalan yang sesuai untuk ditanyakan kepada para pelajar serta kegiatan yang boleh dijalankan. Pada ketika itu, Matematik yang diajar mementingkan kemahiran asas mengira dan

kegunaan Matematik dalam jual-beli, timbang-menimbang serta ukur-mengukur diberi penekanan. Oleh kerana keadaan yang serba kekurangan pada ketika itu, alat-alatan yang digunakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah alatan yang mudah seperti guli, kotak dan botol. 3.1.2. MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH Pada awalnya, di sekolah menengah Inggeris, murid-murid menggunakan sukatan pelajaran Cambridge “Alternatif A”. Alternatif tersebut dibahagikan kepada Aritmetik, Aljabar dan Geometri yang diajar secara berasingan. Setiap cabang tersebut memiliki buku –buku yang berasingan. Kemudian pada tahun 1945, Cambridge menggabungkan ketiga-tiga cabang Matematik tersebut menjadi “Alternatif B”. Malaysia turut mengikuti perubahan tersebut. Walaupun ketiga-tiga cabang tersebut disatukan dalam satu matapelajaran dan satu buku tulisan C. V. Durell, cabang-cabang itu masih dipelajari secara berasing dan tidak terdapat panduan atau kamiran di antaranya. Beberapa tajuk yang bersifat amalai diperkenalkan seperti Pelayaran, Pelan dan Pelan Tegak. Cara mengajar adalah bersifat formal dan “langsung”. Sesuatu konsep dan prinsip yang ingin diajar diberi terus penerangan mengenainya dan kemudian murid-murid selalunya menghafalnya tanpa kefahaman. Guru akan memberikan contoh-contoh menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep atau prinsip yang diajar sebelum menyuruh murid-murid membuat latihan. Pada lingkungan tempoh masa ini, tidak pernah kelihatan alatan mengajar digunakan dan murid juga kelihatan tidak mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan. Hal ini kerana interaksi pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku sehala sahaja. Di mana guru bercakap, murid mendengar tanpa bertanyakan soalan semula kepada guru. Keadaan ini menyebabkan hanya sekelompok kecil sahaja m urid-murid yang berminat, tinggi kebolehan dan mencapai prestasi tertinggi dalam mata pelajaran ini. 3.2. TAHUN 50-AN SEHINGGA 70-AN Tempoh masa ini merupakan tempoh masa di mana perkembangan Matematik adalah amat pesat. Hal ini kerana Malaysia turut merasai kesan dari gelombang

besar yang melimpah dari negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Negara kita telah mengatur pelbagai langkah untuk merombak semula kurikulum Matematik dan Sains di sekolah-sekolah supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa. Pada tahun 1965, Universiti Malaya mengadakan suatu seminar Matematik yang telah mengesyorkan agar suatu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengenalkan guruguru kepada konsep-konsep asas serta penggunaan Matematik Moden, mengkaji isi bahan-bahan baru Matematik dan menyesuaikan serta memasukkan ke dalam sistem pendidikan Malaysia mana-mana perkara yang dianggap sesuai dan perlu. Hasil daripada pengesyoran tersebut, Kementerian Pelajaran mengadakan satu kursus

untuk

tiga

puluh

orang

guru

kanan

Matematik

dengan

tujuan

memperkenalkan mereka kepada tajuk-tajuk baru yang difikirkan relevan untuk peringkat menengah. Peter Whyte dari projek “Scottish Mathematics Group (SMG)” telah dijemput menjadi pakar perunding kepada Kementerian Pelajaran dalam usaha menyediakan suatu sukatan pelajaran Matematik pada tahun 1969. Pada tahun 1970, sukatan pelajaran Matematik yang dikenali sebagai “Hisab Moden”

telah

dilaksanakan

di

26

buah

sekolah

menengah

rendah

dan

pelaksanaannya diteruskan secara berperingkat-peringkat. “Hisab Moden” tersebut hasil daripada pengubahsuaian dari SMG. Pada tahun 1973, “Hisab Moden” untuk peringkat menengah atas pula diperkenalkan. Ianya merupakan ubahsuai daripada “School Mathematics Project (SMP)”. Pada tahun 1978, kedua-dua sukatan pelajaran iaitu “Ilmu Hisab Moden” bagi tingkatan I-III dan bagi Tingkatan IV-V disatukan dan diberi nama “Sukatan Pelajaran Matematik Malaysia, Tingkatan I-V”. 3.2.1. MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Risalah-risalah panduan yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua untuk mata pelajaran Matematik terus digunakan sehingga tahun 1965. Suatu sukatan pelajaran Aritmetik bagi kegunaan semua sekolah telah digazetkan tetapi sukatan tersebut tidak memiliki banyak perbezaan daripada apa yang dipelajari sebelum ini.

Tiga perkara yang pada mulanya dikemukakan oleh sukatan pelajaran ini ialah tajuk-tajuk yang belum pernah diajar sebelum tahun 1965, perkembangan tajuk-tajuk yang cuba disusun mengikut prinsip-prinsip psikologi kanak-kanak dan juga arahanarahan yang meminta guru menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan ilmu pendidikan. Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang dikemukakan tersebut telah menimbulkan masalah iaitu ketiadaan tafsiran yang lengkap mengenai sukatan pelajaran tersebut untuk guru-guru. Perkara ini mengakibatkan prestasi murid-murid dalam Matematik terutama murid-murid luar bandar adalah amat rendah berbanding sasaran. Oleh itu, Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah dengan menubuhkan Projek Khas pada tahun 1968. Projek ini digunakan di sekolah-sekolah bermula pada tahun 1970. Penubuhan Projek Khas ini terhasil oleh dua perkara iaitu laporan Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan mengenai kedudukan pendidikann Matematik dan Sains di sekolah rendah Malaysia dan juga pengaruh gelombang yang berpunca daripada pelancaran Sputnik 1 oleh Rusia. Projek ini bertujuan meningkatkan mutu pelajaran Matematik dan Sains di sekolah-sekolah rendah kebangsaan terutama di kawasan luar bandar. Ramai yang telah salah faham tentang bahan-bahan hasil Projek Khas ini dan berpendapat bahawa yang diperkenalkan adalah “Matematik Moden” tetapi sebenarnya isi kandungan sukatan pelajaran tidak ditukar, hanya kaedah mengajar yang baharu sahaja disyorkan. Antara strategi pengajaran yang disyorkan oleh Projek Khas ini ialah: I. Topik-topik pengajaran disampaikan melalui penggunaan alat bantu mengajar, II. Pengajaran dan aktiviti pembelajaran adalah berpusatkan kepada murid-murid. Murid-murid digalakkan menyelesaikan masalah secara individu atau berkumpulan. III. Tiap-tiap topik disusuli dengan beberapa aktiviti yang dimuatkan dengan beberapa kaedah penyelesaian supaya murid-murid didedahkan kepada kesemua kaedah menyelesaikan sesuatu masalah. Ini bertujuan membimbing murid-murid memilih kaedah yang paling sesuai dengan dirinya.

IV. Pengajaran dan pembelajaran murid-murid dijalankan secara berkumpulan dengan berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid-murid. V. Penggunaan alat-alaat mengajar, bahan-bahan, buku panduan mengajar menjadi pokok kepada pengajaran. Guru digalakkan mencuba pelbagai strategi yang sesuai dengan isi pengajaran. VI. Pengajaran hendaklah dibinakkan atas konsep dan diikuti dengan latihan. Penilaian secara kualitif dan tak formal telah dijalankan sepanjang pelaksanaan Matematik Projek Khas ini. Hasil daripada penilaian sukatan pelajaran pada tahun 1976 dan sukatan pelajaran yang dipinda ini dicuba di 13 buah sekolah pada tahun 1977 sehingga 1979. Kemudian, sukatan pelajaran disesuaiakan dengan sewajarnya apabila kerajaan mengambil langkah untuk bertukar ke sistem metrik pada tahun 1979. 3.2.2. MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH Pelancaran Sputnik 1 pada tahun 1975 membawa kesedaran bahawa kurikulum Matematik dan Sains pada masa itu tidak sesuai lagi dan seterusnya membawa perubahan besar dalam pendidikan Matematik dan Sains di negara-negara Barat. Kesannya, turut dirasai di Malaysia. Setelah membuat pelbagai kajian dan persediaan yang perlu, keputusan diambil untuk melaksanakan Matematik “Moden” di semua sekolah menengah di Malaysia. Pelaksanaan dimulakan dengan 26 buah sekolah pada tahun 1970. Di peringkat menengah rendah, bahan-bahan yang digunakan merupakan hasil kajian dan pengubahsuaian bahan-bahan hasil projek “Scottish Mathematics Group (SMG)”. SMG dipilih kerana tidak terdapat terlalu banyak perubahan dari segi isi dalamnya dan struktur sistem pendidikan di Malaysia yang berasaskan sistem pendidikan di Britain. Di peringkat menengah atas pula, bahan-bahan diubahsuai daripada “School Mathematics Project (SMP)”. Hal ini kerana isi SMP merupakan yang paling dekat sekali dalam memenuhi keperluan kertas peperiksaan Cambridge Alternative C yang diambil oleh murid-murid yang menduduki peperiksaan SPM atau MCE. Matematik

“Moden”

di

sekolah

menengah,

beberapa

tajuk

baharu

diperkenalkan, beberapa tajuk lama tidak diajar lagi dan beberapa tajuk lama yang

lain ditukar cara penyampaiannya. Kaedah mengajar turut ditukar, di mana muridmurid menjadi fokus di dalam kelas, digalakkan mengambil bahagian yang aktif, kefahaman serta keseronokan diutamakan dan guru tidak digalakkan menggunakan cara tradisi iaitu dalam keadaan guru, papan hitam dan buku teks menguasai pembelajaran murid, manakala murid hanya menerima secara pasif sahaja. Dalam Matematik “Moden”, pada keseluruhannya terdapat kamiran di antara tajuk-tajuknya walaupun masih terdapat Aljabar,

Aritmetik, Geometrid an

Trigonometri. Antara tema yang ada ialah: I.

Set

- terdapat dalam semua tajuk.

II.

Hubungan

- dalam Aljabar, Geometri Penjelmaan, Trigonometri,

Aritmetik III.

Koordinat dan Graf - dalam Geometri, Aljabar, Aritmetik, Trigonometri, Statistik

Tajuk-tajuk “Moden” yang diperkenalkan sebenarnya telah dikenali sejak lebih seratus tahun yang lalu. Tajuk-tajuk ini dikatakan “Moden” dari segi ia baru diperkenalkan ke dalam kurikulum sekolah. Sejak tahun 1970, beberapa perubahan kecil telah berlaku kepada sukatan pelajaran Matematik Menengah, iaitu: Tahun 1972 - Pindaan kecil kepada Sukatan Pelajaran bagi Tingkatan I – III. Tahun 1978 - penyatuan Sukatan-sukatan Pelajaran bagi Tingkatan I – III. Tahun 1980 - Penukaran istilah kepada istilah baharu. 3.3. TAHUN 80-AN SEHINGGA SEKARANG 3.4. KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1983. Kurikulum ini dilaksanakan sebagai sebahagaian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga sebagai sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. Perubahan penting ialah mengurangkan kandungan Matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Di bawah KBSR, sukatan pelajaran terbahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I merupakan murid Tahun 1 sehingga Tahun 3, di mana sukatan mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep

asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Sukatan pelajaran untuk Aras II yang terdiri daripada muridmurid Tahun 4 sehingga Tahun 6 pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah. Perbezaan yang ketara antara Projek Khas dengan KBSR ialah KBSR menekankan penguasaan kemahiran kira-mengira secara spontan yang diikuti oleh kefahaman secara rasional. Terdapat dua perkara yang lebih diberi keutamaan dalam KBSR iaitu yang pertama, murid-murid harus menguasai kumpulan-kumpulan kemahiran tertentu dari satu peringkat ke satu peringkat dan yang keduanya ialah usaha hendaklah sentiasa diambil untuk memberikan setiap murid bimbingan dan cabaran yang sewajarnya. Hal ini kerana kesediaan dan kepantasan murid adalah berbeza-beza satu dengan yang lain. Secara amnya, KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid-murid dan juga penguasaan kemahiran-kemahiran asas Matematik. Kurikulum ini juga diharapkan mampu memberi murid-murid pengalaman dan latihan untuk berfikir secara mantik. Walau bagaimanapun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini telah ditukarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1994 selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994.

3.5. SUKATAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Pada tahun 1998, sukatan Matematik negara kita telah disemak semula. Semakan semula ini dilakukan berikutan pelancaran Sekolah Bestari pada tahun 1995 dan memenuhi keperluan teknologi maklumat (IT) seperti yang ada pada cabaran Wawasan 2020. Kemahiran belajar Matematik telah dibahagikan kepada sembilan tajuk utama iaitu Nombor Bulat dan Operasi Asas, Pecahan dan Operasi Asas, Perpuluhan dan Operasi Asas, Wang, Ukuran Panjang dan Berat, Ruang, Purata, Peratus dan Graf. Semakan

tersebut

memastikan

murid-murid

menguasai

kemahiran

asas

Matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian secara total. Perubahan yang berlaku dalam sukatan Matematik juga bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang

sedia ada. Perubahan dan semakan turut dilakukan sebagai tuntutan dalam merealisasikan objekti serta aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan dan Wawasan 2020. Pada Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 1, 4 dan 6 rendah. Perubahan ini bertujuan agar murid-murid mampu mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Hal ini sejajar dengan arus perkembangan teknologi maklumat.

3.6. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Pada tahun 2011, kurikulum Matematik sekolah rendah di negara kita berubah lagi dengan terlaksananya Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR). Kurikulum ini terhasil bagi memastikan kurikulum negara adalah holistik dan relevan dalam menghasilkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. KSSR memiliki transformasi dari segi bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, pentaksiran, bahan, pengurusan kurikulum dan lain-lain. Kurikulum ini adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Kurikulum ini juga memfokuskan kepada tiga tahap iaitu prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Kurikulum ini memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul bagi tahap prasekolah. Bagi Tahap 1 yang terdiri daripada murid-murid Darjah 1 sehingga Darjah 3, fokus diberi kepada penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai. Pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai pula difokuskan untuk murid Tahap 2 iaitu dari Darjah 4 sehingga Darjah 6.

4. KESIMPULAN Kurikulum Matematik seperti juga kurikulum untuk mata pelajaran yang lain turut memiliki kronologi perkembangan dan perubahan yang tersendiri. Sesebuah kurikulum itu digubal, dicuba, dinilai, diperbaiki, dicuba lagi, dinilai lagi dan proses ini terus berulang-ulang. Segala proses ini dilakukan selaras dengan arus perubahan masa dan kehendak serta keperluan rakyat pada ketika itu. Perkembangan dan

perubahan berlaku dari pelbagai aspek iaitu dari segi pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran, isi sukatan dan kandungan, matlamata, objektif dan juga bahan bantu mengajar atau sokongan guru mengajar. Bagi kurikulum Matematik sekolah rendah, dari dahulu sehingga sekarang, matlamatnya adalah hampir sama iaitu membolehkan dan memberi peluang kepada murid-murid menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Penumpuan juga masih kepada kefahaman tentang nombor ,

operasi

asas Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi serta kemahiran mengukur, timbang-menimbang, jual-beli, sukat-menyukat dan membuat anggaran. Kurikulum Matematik sekolah menengah pula, perubahan dan perkembangannya adalah lebih banyak berbanding sekolah rendah dari segi kandungan dan sukatan pelajaran terutamanya selepas pengenalan “Matematik Moden” pada tahun 1970. Walaupun perubahan tersebut dilakukan, tetap terdapat tajuk-tajuk yang lama dikekalkan. Pada permulaannya, sememangnya terdapat murid-murid yang menghadapi masalah dalam bidang-bidang tajuk baharu yang diperkenalkan. Bahkan sehingga ke hari ini, masih ada murid-murid merungut tentang betapa sukarnya mempelajari Matematik. Kejayaan atau kegagalan sesebuah kurikulum tersebut bergantung dengan bentuk pelaksanaan dan penerimaan rakyat negara kita. Amat penting bagi kita semua untuk menyedari bahawa adalah suatu kewajipan untuk memastikan muridmurid sebagai generasi yang akan memimpin negara kita pada masa hadapan untuk tidak ketinggalan oleh desakan kemajuan di seluruh dunia.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF