Peristiwa 13 Mei

August 17, 2017 | Author: Kseven Hv | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Sejarah 13 Mei...

Description

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

PENGENALAN Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibitbibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran. . Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

1

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

Namun, Tunku Abdul Rahman menjelaskan bahawa antara faktor utama berlakunya kejadian tersebut adalah rentetan daripada wujudnya golongan penghasut daripada golongan komunis yang mahu memporakperandakan Negara. Golongan ini juga menurut beliau merupakan golongan chauvinist dan gemar mengapi-apikan semangat Mao Zedong dan komunisme di kalangan masyarakat cina.Hasil daripada sentimen yang dimainkan oleh parti pembangkang menyebabkan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) kurang mendapat sambutan dalam pilihanraya umum yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969. Rusuhan kaum yang berlaku pada tanggal 13 Mei adalah berpunca daripada golongan chauvinist terutamanya daripada Parti Buruh yang telah mengadakan perarakan. Perarakan mayat yang dianjurkan oleh komunis pada hari jumaat dan sambutan „kemenangan‟ yang dianjurkan oleh Parti Gerakan dan DAP pada hari isnin (11 Mei) merupakan dua kejadian yang bahaya dan seterusnya mencetuskan kekacauan yang buruk di bandaraya Kuala Lumpur.

2

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

1.0 PANDANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN MENGENAI PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI Tunku dengan jelas menyatakan bahawa terdapat banyak peristiwa yang berlaku yang mana pada akhirnya menimbulkan huru-hara pada 13 Mei, 1969. Menurut beliau, kesemua pilihanraya-pilihanraya yang telah dijalankan sebelumnya iaitu sejak kemerdekaan telah dapat dilaksanakan dengan baik, hatta Pilihanraya Umum 1969. PRU 1969 jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei, 1969 di Malaysia Barat berjalan dengan licin lagi lancar sebagaimana PRU-PRU sebelumnya. Namun, semasa PRU 1969, kempen pilihanraya telah dijalankan dengan begitu buruk dengan perbuatan-perbuatan liar yang dilakukan dan ucapan-ucapan yang tidak bertanggung jawab daripada pihak pembangkang. Tunku berpendapat terdapat anasir-anasir komunis yang memainkan peranan dengan hujah beliau bahawa beliau, selaku Perdana Menteri yang menjaga keselematan negara, menerima pelbagai maklumat dan laporan-laporan sulit. Ini tidak dapat tidak kita percaya akan keterangan beliau kerana beliau adalah orang yang bertanggung jawab dalam hal yang berkenaan. Dalam buku berkenaan juga beliau, walaupun secara tidak terancang, telah mengemukakan beberapa bukti akan hakikat ini. 1 Antara perkara yang disebutkan oleh Tunku Abdul Rahman ialah peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November, 1967 yang mana dibuat contoh oleh Tunku sebagai bukti yang jelas anasir-anasir komunis telah bergerak secara terang-terangan atau secara sulit untuk melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan Malaysia. Dalam peristiwa di Pulau Pinang pada tahun 1967 ini, Tunku melaporkan bahawa anggota-anggota

1

Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.

3

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

China dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Lanjutan daripada hartal ini, pertempuran-pertempuran telah tercetus di mana orangorang Melayu dan penyokong-penyokong setia kerajaan telah diserang. Beberapa orang terperangkap dalam kejadian yang berlaku juga telah terbunuh dan cedera. Perkara ini hanya dapat

diredakan

apabila

pasukan-pasukan

keselamatan

berjaya

mengembalikan

ketenteraman dan mengenakan perintah berkurung, serta menangkap orang-orang yang disyaki2. Menurut Tunku Abdul Rahman, komunis bertujuan melancarkan hartal ke seluruh negara. Namun, rancangan mereka gagal kerana penduduk-penduduk di tempat lain tidak mengindahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan seperti biasa. Pada bulan Jun tahun 1968, hukuman gantung hendak dilaksanakan ke atas sebelas (11) orang China yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya (ringkasnya PKM) yang mana dihukum mati kerana membantu pihak Indonesia yang diketuai oleh Presiden Sukarno yang melancarkan kempen ”Ganyang Malaysia” dalam usaha mereka menyerang selatan tanahair, iaitu Johor.3 Perintah hukuman gantung yang sama juga dikenakan ke atas dua (2) orang Melayu di Perak. Dr Tan Chee Khoon yang menjadi ahli Parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu, Selangor, telah membuat rayuan agar hukuman gantung itu tidak dilaksanakan. Beliau dan ahli-ahli Parti Buruh dan (yang disebutkan oleh Tunku disertai bersama) penyokongpenyokong komunis telah melancarkan kempen besar-besaran, dari rumah ke rumah, atau dari pintu ke pintu (kedai) untuk memungut tandatangan dan menimbulkan tanda simpati

2 3

Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions. ibid

4

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum sebagaimana yang diterangkan di atas. Menurut Tunku Abdul Rahman, akhbar-akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen yang dilakukan ini4. Tunku mendakwa anasir-anasir yang pro-Komunis tersebut telah menghasut ibu bapa dan para waris pemuda-pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Akan tetapi, rayuan mereka tersebut telah ditolak oleh Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu. Menjelang tarikh perlaksanaan hukuman gantung itu, di luar penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu telah berlangsung tunjuk-tunjuk perasaan secara liar di mana mereka membaling batu ke atas kendaraan yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas. Tunku menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan tunjuk perasaan liar berkenaan sebagai ”belia-belia komunis.” Atas pendapat atau kebijaksanaannya untuk mengelakkan timbulnya pergaduhan di seluruh negara yang membawa kepada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, Tunku Abdul Rahman telah menghadap Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu untuk membincangkan meringankan hukuman gantung berkenaan. Keduadua baginda Tuanku Sultan Johor dan Sultan Perak telah bersetuju lalu kesemua mereka yang terbabit diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.Kita tidak boleh melihat ini sebagai satu kelemahan Tunku dalam membuat keputusan atau mengendalikan keadaan, di mana logik Tunku Abdul Rahman dalam hal ini dapat diterima. Beliau menyatakan bahawa sama ada tindakannya betul atau salah, tujuannya adalah untuk memetik kata-

4

Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.

5

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

katanya ] ”menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan sebelas komunis di Johor dan dua penderhaka di Perak dari hukuman gantung5. 2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG LAIN YANG MENYEBABKAN PERISTIWA 13 MEI 2.1 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbezabeza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. 2.2 Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. 5

Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.

6

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi

perniagaan secara turun temurun dan tinggal

di

bandar manakala

masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 19696. Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan

6

Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.

7

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. 7 2.3 Latar belakang pendidikan yang berbeza Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi 7

Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.

8

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. 8 Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan 8

Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.

9

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. 2.4 Pertelingkahan Parti Politik Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orangorang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan 9.

9

Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.

10

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. 10 Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu 10

Siew Chang Yee ,2007,. Rusuhan kaum 13, Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindaka selepasnya. Universiti Kebangsaan Malaysia.

11

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orangorang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis. 2.5 Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak 12

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu11. 2.6 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

11

Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.

13

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. 2.8 Masalah ekonomi Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran12. 2.9 Persatuan-persatuan etnik

12

Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.

14

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan

kaum-kaum

yang

lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007)

Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.13

13

Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.

15

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

KESIMPULAN Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petandapetanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Peristiwa 13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat membangun bersama iklim politik yang sehat. Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan kebebasan politik. Tragedi berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya merupakan insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati antara kaum, merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara. ramai di kalangan kita seolah-olah enggan menerima kenyataan bahawa Peristiwa 13 Mei telah tercatat dalam sejarah hitam negara. Sejarah tercetusnya pergaduhan kaum yang berdarah. Dan para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Tetapi kita lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Bagaimana kita boleh melupakannya kalau kita tahu bahawa Rukun Negara dibentuk hasil Peristiwa 13 Mei?

16

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang. Ini kerana mereka lupa sejarah. Sejarah hitam 13 Mei 1969. Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.

17

JMS 213 SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

BIBLIOGRAFI Sumber dari Buku Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia. Lee Ban Chen, 2004. Sejarah sebagai hakim muktamad. Kuala Lumpur : Strategic Information Research Development (SIRD) Jawatankuasa Kolokium, Jabatan Sejarah ,1991. Masyarakat melayu abad ke-19. Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur. Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions. Siew Chang Yee ,2007,. Rusuhan kaum 13, Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindaka selepasnya. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramlah Adam ,2004. Bibliografi politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumber dari internet http://ms.shvoong.com/humanities/history/1652218-peristiwa-13-mei/ http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/

18

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF