Perbezaan Teori Realisme Dan Liberalisme
January 29, 2018 | Author: XiiAhnChoiPenjahatKunuk | Category: N/A
Short Description
differ...
Description
PERBEZAAN TEORI REALISME DAN LIBERALISME Teori Realisme dan Liberalisme adalah antara dua fahaman teoritikal antarabangsa yang sering menjadi pendekatan utama dalam kalangan pemimpin di seluruh negara di dunia. Kedua-dua ideologi tersebut merupakan pendekatan yang amat penting dan sangat berguna dalam mengkaji sistem pemerintahan dan cara pemikiran pemimpin sesebuah negara dalam mentadbir dan melindungi negaranya. Teori Realisme dan Liberalisme mempunyai perbezaan yang ketara baik dari segi konsep, mahupun prinsip. Golongan realis mempunyai satu anggapan tentang manusia yang mengatakan bahawa manusia pada hakikat dan semulajadinya hanya bersifat mementingkan diri sendiri serta tamak. Oleh itu, pergelutan untuk mendapatkan kuasa menjadi fokus utama antara manusia dan seterusnya negara, Tradisi pemikiran ini boleh dilihat daripada Sun Tzu dan Thucydides yang menasihati para pemerintah di wilayah masing-masing tentang cara menggunakan kuasa untuk mengukuhkan kedudukan serta mempertahankan kepentingan negara. Berbeza dengan golongan realis, golongan liberal pula lebih berteraskan kepada kepercayaan bahawa manusia pada hakikatnya adalah baik. Manusia yang berilmu, beradab dan diberi persekitaran yang sesuai boleh hidup dengan aman dan dapat bekerjasama dalam sebuah masyarakat yang berpegang kepada undang-undang dan peraturan yang dipersetujui oleh masyarakat.Secara keseluruhan, penyokong liberal lebih menekankan nilai moral dalam individu. Negara yang mengamalkan teori Realisme secara umumnya mengatakan bahawa dalam perhubungan antarabangsa, setiap negara-negara di sekelilingnya adalah ‘musuh’. Mereka beranggapan bahawa setiap perlakuan atau tindakan yang diambil oleh pihak luar ke atas mereka dianggap mempunyai agenda yang tersembunyi demi kebaikan dan kelangsungan kepada negara pelaku. “realists do not believe it’s prudent for a state to entrust its safety and survival on another actor or International Institution. In short, should not depend on others for their own security” (Dunne dan Schimdt, 2001:144). Selain itu, realist juga beranggapan bahawa sistem hubungan antarabangsa adalah bersifat anarki antarabangsa iaitu sistem tanpa adanya kekuasaan yang berlebihan dan tidak adanya pemerintah dunia. Pengamal realist juga sering menjadikan kekuatan ketenteraan dan kawalan keselamatan serta isu perang sebagai tumpuan utama dalam sistem pemerintahan mereka. Hal ini bagi mereka amat penting bagi memastikan kelangsungan negara mereka terjamin, mengelakkan sebarang ancaman daripada dalam dan luar, dan memastikan kestabilan hegemoni terjamin. Secara umumnya, pengamal realist beranggapan bahawa setiap perhubungan antara negara hanyalah diukur melalui kekuasaan. Disebabkan oleh itu tanggapan seperti itu, telah wujud satu
pepatah iaitu hak keadilan hanyalah milik bagi pihak yang kuat dan yang lemah kena mengikut ketentuan yang pihak yang kuat. Teori Liberalisme pula wujud sebagai tentangan dan kritikan terhadap fahaman Realisme yang dianggap sebagai sistem politik yang kejam dan pesimis. falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Liberalisme menekankan hakhak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Berbanding Berbeza dengan Realisme, liberalist mempunyai tanggapan yang baik terhadap sifat yang ada dalam diri manusia. Selain itu mereka juga mengambil konsep hubungan kerjasama antara negara sebagai dasar hubungan antarabangsa berbeza dengan konsep Realisme yang menganggap hubungan antarabangsa lebih bersifat konfliktual. Mereka percaya bahawa setiap manusia mempunyai keperibadian yang positif dalam diri masing-masing dan mempunyai kesedaran dalam memupuk sifat kerjasama bagi menjaga keamanan dunia. Liberalisme meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi yang mana menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Fahaman Realisme dan Liberalisme dalam Hubungan Antarabangsa dapat dibandingkan daripada beberapa perkara. Fahaman politik Realist menjadikan negara sebagai aktor utamanya, sedangkan Liberalisme beranggapan individu dan organisasi-organisasi bukan pemerintah memiliki peranan sebagai aktor utama. Keputusan atas tindakan yang akhirnya diambil negara yang mengamalkan fahaman Liberalisme adalah berasaskan daripada kepentingan rakyat yang diambil setelah melalui proses campuran, tawar-menawar dan berkompromi. Berbanding Realisme yang keputusannya dibuat sendiri oleh pemerintah semata-mata untuk kepentingan negaranya sahaja tanpa mengambil kira pandangan lain. Dalam Liberalisme masalah yang sering diperbahaskan biasanya lebih merangkumi keseluruhan seperti masalah politik, isu-isu sosial dan ekonomi yang menjadikan isu perbahasan tidak tertumpu kepada sesuatu isu sahaja. Berbeza dengan konsep Liberalisme.
Realisme lebih mementingkan kekuatan ketenteraan dan isu perang sebagai asas utama dalam perbahasan. Berbeza dengan konsep Realisme yang mengambil hierarki “top-down” sebagai asas utama dalam segala tindakan negara, liberalis menerima pandangan “inside-out” sebagai asas utama hubungan antara masyarakat dan negara, sehinggakan pandangan seseorang individu mampu mempengaruhi hubungan antarabangsa negara tersebut. Selain itu, perbezaan paradigma Realisme dan Liberalisme juga tampak pada perspektif permainan teori (game theory) yang diguna pakai. Realisme mengaplikasikan ‘game theory of zero-sum’, iaitu negara akan berusaha meningkatkan kekuatannya, dan membiarkan negara lain merasakan tekanan sehingga menimbulkan dilema keselamatan (security dilemma). Sementara itu, paradigma Liberalisme menggunakan ‘game theory of positive-sum’ iaitu semua negara yang terlibat dalam kerjasama untuk mencapai tujuan bersama akan merasai kelebihan bersama (all can win). Kesimpulannya, fahaman Realisme dan Liberalisme sememangnya mempunyai jurang perbezaan yang amat ketara baik daripada konsep, tanggapan fahaman tersebut terhadap dunia, sifat manusia, dan organisasi, keutamaan dalam sistem pentadbiran dan teori serta ideologi yang dijadikan sebagai asas kepada tanggapan mereka tentang hubungan antara negara. Secara dasarnya perbezaan yang ketara antara kedua fahaman tersebut adalah penting bagi memastikan kestabilan politik dunia kekal seimbang. Setiap fahaman mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun begitu berdasarkan asas fahaman Liberalisme dan Realisme, sesebuah negara dapat membentuk sistem pentadbiran yang akhirnya dapat mengekalkan keamanan serta kebaikan kepada sesebuah negara.
View more...
Comments