Dua novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan novel Tirani. Watak utama novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Leftenan Adnan manakala watak utama novel Tirani ialah Waheeda. Keistimewaan kedua-dua watak ialah sikap penyayang yang ada pada diri mereka. (2m: ayat isi) Misalnya, Leftenan Adnan begitu menyayangi tanah airnya sehingga sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan penjajah Jepun, manakala Waheeda dalam novel Tirani menyayangi anaknya, Izzati dengan menjaganya seorang diri selepas penceraiannya dengan suaminya, Zahid. (2m:ayat contoh) Keistimewaan watak utama novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah sikap keberanian yang ada pada diri Leftenan Adnan. Manakala, watak utama novel Tirani ialah sikap kegigihan yang ada pada diri Waheeda. (2m: ayat isi) Misalnya, Leftenan Adnan begitu berani semasa mempertahankan Tanah Melayu sehingga sanggup berkorban nyawa dengan menyeraang penjajah Jepun dengan senjata ringan sahaja menakala Waheeda begitu gigih berusaha untuk menguruskan chaletnya seorang diri dan akhirnya berjaya. (2m:ayat contoh)
CONTOH 2 (SPM 2007)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (7 markah)
(Tulis 2 isi. Markah isi 4. Markah bahasa 3)
JAWAPAN
Berdasarkan novel Konserto Terakhir, watak utamanya iaitu Helmi menerima penghinaan daripada Datin Salmah (1m:ayat isi) dan menyelesaikannya dengan cara mengambil keputusan keluar dari rumah Datuk Johari dengan alasan balik ke kampung tetapi sebenarnya dia berpatah balik dan bekerja di stesen minyak. (1m:ayat contoh)
Manakala dalam novel Bukit Kepong, watak utamanya Othman Yusof menghadapi konflik semasa tidak mendapat keizinan daripada ibunya untuk menyertai pasukan polis. (1m:ayat isi) Othman tetap tegas untuk menyertai pasukan polis tanpa memberitahu ibu dan ayahnya. (1m:ayat contoh)
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.