PENYEPADUAN KEMAHIRAN ABAD KE-21 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Masyuniza Binti Yunos
[email protected] Zamri Mahamod Syahida Nadia Binti Zakaria Noor Syazwani Roni Hjh Vivi Norhaffizah Binti Muhamad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keupayaan pelajar dalam kemahirankemahiran abad ke-21 dan pengaruh sikap dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.. Domain kemahiran abad ke-21 yang dikaji terdiri daripada lima komponen utama iaitu kemahiran literasi era digital, kemahiran pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan tahap kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina dan lokasi sekolah. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian bagi mengutip data. Seramai 280 orang pelajar Tingkatan 4 di daerah Segamat, Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Analisis data yang digunakan adalah SPSS 17 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar, dan tahap kemahirankemahiran abad ke-21 adalah sederhana tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran tersebut berdasarkan lokasi sekolah. Secara keseluruhannya, hubungan sikap dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 adalah kuat dan tinggi (r=0.711, 0.673). Oleh itu, berdasarkan kajian dan dapatan yang diperoleh mendapati pembinaan kemahiran baru dapat membantu pelajar untuk menghadapi kehidupan yang mencabar di luar sekolah dan juga masa akan datang yang dapat mewujudkan daya saing yang positif antara satu sama lain. Kata kunci:- Sikap, Bahasa Melayu, kemahiran-kemahiran abad ke-21.
Abstract: This study aimed to evaluate the skills of the 21st century students in Malay Language. Domain 21st century skills being studied consists of five major components which is digital age literacy, inventive thinking skills, effective communication skills and high productivity production and norm and spiritual value. The first four components were adapted from enGauge 21st century skills while another additional component, norms and spiritual values are adjusted with Malaysian education. In addition, this study also looked the different levels of the 21st century skills of students based on gender and school location. The questionnaires were used as the instrument to collect data. 280 students from Form 4 in Segamat district were chosen as respondents. SPSS 17 was used to analyze descriptive and inferential data. The results showed that students' attitudes and the level of skills of the 21st century is moderately high and there are significant differences in the skills based on the location of the school. Overall, the correlation between attitude and perception of the students and the skills of the 21st century are high (r = 0,711, 0,673). Therefore, based on the findings of the study revealed that the application of the skills acquired in the existing study as well as new skills development can help student to face challenge in the future and also build a positive competitive environment among them.
Key Words : attitude,. skills of the 21st century, Malay Language. LATAR BELAKANG KAJIAN Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi serta menggunakan prasarana teknologi maklumat terkini dalam kehidupan seharian (Juriah, Khalid, Raja Mohd Fauzi, Siti Fatimah, Nik Mohd Rahimi, Zamri & Zarin 2001). Pada dasarnya Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, Bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Walaubagaimanapun, tidak bererti Bahasa Melayu tidak lagi mempunyai peranan dalam abad ini. Pada hari ini perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jonassen (1996) bentuk pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 masih tetap berpusatkan guru tetapi guru memainkan peranan lebih penting untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa. Penekanan dalam menguasai kemahiran – kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah bermula dengan menerapkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Oleh yang demikian kurikulum pendidikan haruslah sentiasa mengikut peredaran zaman bagi memastikan pelajar yang dikeluarkan bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan malah menguasai kemahiran abad ke-21 bagi menghadapi era globalisasi pada masa kini.
Kajian berkaitan penyepaduan kemahiran-kemahiran abad ke-21 di dalam bidang pendidikan telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji, namun kajian berkaitan penyepaduan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu belum pernah dijalankan. Lantaran itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu pelajar untuk menghadapi kehidupan yang mencabar di luar sekolah dan juga masa akan datang yang dapat mewujudkan daya saing yang positif antara satu sama lain. Hal ini kerana, betapa pentingan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam dunia globalisasi hari ini.
TUJUAN KAJIAN Secara amnya, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan di beberapa buah sekolah di daerah Segamat, Johor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
OBJEKTIF KAJIAN Secara khususnya, objektif kajian ini adalah; i) ii) iii) iv)
Mengenalpasti tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Mengenalpasti perbezaan kemahiran abad ke-21 antara jantina. Mengenalpasti perbezaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi sekolah. METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Pendekatan ini melibatkan pengumpulan data yang menggunakan borang soal selidik untuk meninjau dan mengenal pasti kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang diterapkan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil daripada borang soal selidik ini kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk analisis statistik. Kaedah tinjauan dipilih kerana didapati sesuai untuk ditadbir ke atas sampel yang besar dalam masa yang terhad.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat di daerah Segamat, Johor. Sampel kajian adalah seramai 280 orang pelajar. Dalam kajian ini hanya empat buah sekolah sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kamalrul Ariffin, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Ibrahim Labis, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam Segamat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat. Kesemua sekolah ini dipilih berdasarkan tujuan kajian yang ingin melihat perbezaan sekolah luar bandar dan sekolah dalam bandar. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah Bahagian A yang berkaitan dengan demografi responden. Bahagian kedua pula iaitu Bahagian B berkaitan dengan sikap pelajar terhadap P&P Bahasa Melayu dan Bahagian C adalah konstruk kemahiran-kemahiran abad ke-21. Data daripada soal selidik akan dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 17.0. . Penentuan julat tanda aras skor min berpandukan kepada skala yang digunakan di dalam instrumen kajian (skala lima likert) dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu lemah, rendah, sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Penentuan tahap dan julat tanda aras skor min
1
2
Sangat tidak
3
Tidak
setuju
Kurang
setuju
1
1.99
4
5
Setuju
Sangat
setuju 2.99
setuju 3.99
5
1-99
1-2.99
3-3.99
4-5
Lemah
Rendah
Sederhana
Tinggi
Sumber: Adaptasi dan modifikasi daripada (Roslina Radzali, 2007) DAPATAN KAJIAN
Tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian bagi meninjau tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Dapatan kajian adalah dilihat daripada kemahiran abad-21 iaitu dimensi kemahiran literasi digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan, penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Jadual 1: Min dan sisihan piawai kemahiran abad ke-21 secara keseluruhan Kemahiran abad ke-21 Literasi Era Digital
Min 3.85
Sisihan Piawai 0.672
Tahap Sederhana
Pemikiran Inventif
4.07
0.680
Tinggi
Komunikasi Berkesan
3.69
0.576
Sederhana
Penghasilan Produktiviti Tinggi
3.79
0.686
Sederhana
Norma Dan Kerohanian Keseluruhan
4.21 3.92
0.705 0.557
Tinggi Sederhana
Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan maklum balas yang diperoleh daripada soal selidik. Didapati tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 bagi setiap dimensi adalah pada tahap sederhana dan tinggi. Dapatan menunjukkan dimensi pemikiran inventif serta norma dan nilai kerohanian adalah pada tahap tinggi. Manakala dimensi kemahiran literasi digital, komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi adalah pada tahap sederhana. Keputusan tersebut dapat dilihat menerusi pencapaian nilai skor min iaitu antara 3.68 (tahap sederhana)
hingga 4.21 (tahap tinggi). Secara keseluruhannya,
kemahiran abad ke-21 adalah pada tahap sederhana iaitu pada nilai skor min 3.92. Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu Jadual 2 menunjukkan terdapat 10 pernyataan berkaitan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini adalah bagi menjawab persoalan kedua kajian iaitu “Apakah sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?”.Berdasarkan pernyataan dalam jadual tersebut, dapatan menunjukkan nilai skor min bagi setiap pernyataan adalah di antara 3.57 (nilai min terendah) hingga 4.63 (nilai min tertinggi). Ini menunjukkan tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana dan tinggi.
Jadual 2: Min dan sisihan piawai bagi sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu No
Sikap Pelajar Terhadap Bahasa
1
Melayu Saya rasa BM perlu dipelajari
2
oleh setiap pelajar Ilmu BM berguna kepada saya
3
Saya seronok belajar BM.
4
Topik dalam mata pelajaran BM
5
berkaitan dengan kehidupan saya. Ilmu BM berguna dalam
6
pembangunan negara. Saya suka mengikuti perkembangan
7
10
menggalakkan
pelajar
berfikir secara kritis dan kreatif. BM mengandungi aktiviti yang dapat
9
dalam
karya kesuasateraan Melayu. BM mengandungi aktiviti yang dapat
8
terbaru
menggalakkan
pelajar
meneroka dan menyelidik. BM menyediakan saya untuk menghadapi
cabaran teknologi
abad ke-21. Guru BM
sentiasa
memberi
maklumat tentang kerjaya dalam
STS
Frekuensi, Peratusan TS TP S
Min
Tahap
SS
5 (1.8%)
4 (1.4%)
7 (2.5%)
57 (20.4%)
207 (73.9%)
4.63
Tinggi
1 (0.4%) 5 (1.8%) 2 (0.7%)
3 (1.1%) 4 (1.4%) 20 (7.1%)
10 (3.6%) 31 (11.1%) 66 (23.6%)
94 (33.6%) 133 (47.5%) 120 (42.9%)
172 (61.4%) 107 (38.2%) 72 (25.7%)
4.54
Tinggi
4.19
Tinggi
3.86
Sederhana
2 (0.7%)
7 (2.5%)
37 (13.2%)
100 (35.7%)
134 (47.9%)
4.27
Tinggi
11 (3.9%)
26 (9.3%)
87 (31.1%)
102 (36.4%)
54 (19.3%)
3.57
Sederhana
3 (1.1%)
14 (5.0%)
47 (15.8%)
125 (44.5%)
91 (32.5%)
4.02
Tinggi
2 (0.7%)
16 (5.7%)
69 (24.6%)
127 (45.4%)
66 (23.6%)
3.85
Sederhana
8 (2.9%)
16 (5.7%)
70 (25.0%)
113 (40.4%)
73 (26.1%)
3.81
Sederhana
15 (5.4%)
12 (4.3%)
56 (20.0%)
106 (37.9%)
91 (32.5%)
3.88
Sederhana
4.06
Tinggi
bidang BM. Keseluruhan
Penyataan ini meliputi (1) saya rasa Bahasa Melayu perlu dipelajari oleh setiap pelajar (min=4.63), (2) ilmu Bahasa Melayu berguna kepada saya (min=4.54), (3) saya seronok belajar Bahasa Melayu (min=4.19), (4) topik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkaitan dengan kehidupan saya (min=3.86), (5) ilmu Bahasa Melayu
berguna dalam
pembangunan negara (min=4.27) dan penyataan (6) saya suka mengikuti perkembangan terbaru dalam karya BM (min=3.57). Selain itu, penyataan ini juga meliputi (7) Bahasa Melayu mengandungi aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (min=4.02), (8) Bahasa Melayu mengandungi aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar meneroka dan menyelidik (min=3.85), (9) Bahasa Melayu menyediakan saya untuk menghadapi cabaran teknologi abad ke-21 (min=3.81) dan pernyataan (10) Guru Bahasa Melayu maklumat tentang kerjaya dalam bidang Bahasa Melayu
sentiasa memberi (min=3.88). Secara
keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap tinggi iaitu pada nilai min=4.06. Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina Jadual 3: Analisis ujian Mann-Whitney U kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina Jantina Kemahiran Lelaki Perempuan abad ke-21
N
Mean
U
z
r
P
136 144
Rank 133.58 147.03
8851.500
-1.389
0.08
0.165
p>0.05 Jadual 3 menunjukkan min rank kemahiran abad ke-21 bagi pelajar perempuan (147.03) adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki (133.58). Namun, ujian Mann-Whitney U menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan jantina pelajar (U=8851.500, z=-1.389, r=0.08, p>0.05). Hal ini bermakna kemahiran abad ke-21 antara pelajar lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza. Dapatan ini dibuktikan dengan nilai saiz kesan yang sangat kecil (r=0.08). Oleh itu, hipotesis nol adalah diterima. Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan lokasi sekolah Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi sekolah Jadual 4: Analisis Ujian Mann-Whitney u kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi sekolah Lokasi Sekolah Bandar Kemahiran Luar abad ke-21 Bandar **p