Download Penyelidikan Asas Dan Penyelidikan Gunaan...
Description
Penyelidikan Asas dan Penyelidikan Gunaan (Basic and Applied Research)
Penyelidikan Asas dan Penyelidikan Gunaan (Basic and Applied Research) Penyelidikan Asas Semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan manusia. Penyelidikan yang mempunyai tujuan intelek untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan. Penyelidikan ini berdasarkan keinginan untuk mengetahui sesuatu. Penyelidikan tentang alam sekelilingnya tanpa tujuan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Meliputi penyelidikan tentang muka bumi, dasar lautan, angkasa lepas dan cakerawala. Bersifat statik sekiranya teori yang ditemui tidak dapat diuji oleh ahli penyelidik penyelidikan gunaan. Jika diuji dan tidak tepat/benar, para penyelidik penyelidikan asas akan melakukan semula penyelidikan asas untuk memperbaiki model atau teori mereka.
Penyelidikan Gunaan ialah kajian asli yang dijalankan untuk memperoleh pengetahuan baru berdasarkan kepada teori asas bagi mencapai sesuatu tujuan praktis atau objektif yang spesifik. bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi ataupun menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan. Ia bertujuan untuk menemui sesuatu yang terbaik untuk dijalankan. Ia dapat memberikan data samada menyokong sesuatu teori, mengubahsuaikan sesuatu teori ataupun perkembangan sesuatu teori. “Developmental Research” juga merupakan sebahagian daripada penyelidikan gunaan. Ianya berkaitan dengan perkembangan produk yang berkesan untuk kegunaanya dalam institusi pendidikan. Contohnya, perkembangan rekabentuk kurikulum, garis, panduan guru, bahan-bahan pembelajaran, sistem pengurusan dan sebagainya.
Keperluan dalam penyelidikan Sehubungan itu untuk menjalankan penyelidikan dengan berkesan, penyelidik memerlukan beberapa perkara antaranya ialah: i) Teori Teori ialah dasar dan rangka suatu ilmu pengetahuan. Ia merupakan sekumpulan binaan konsep, definisi, dan dalil yang saling berkait yang menghadirkan suatu pandangan yang sistematis bagi maksud menjelaskan dan meramalkan fenomena. ii) Masalah Masalah merupakan setiap kesulitan yang menggerakkan manusia untuk menyelesaikannya. mengenali masalah perlu disertai pandangan yang kritis dan selektif. iii) Kriteria Masalah Penyelidikan Kriteria masalah atau problem mesti ditentukan dahulu sebelum memulakan sebarang penyelidikan ilmiah. Walau bagaimanapun, pengenalan suatu masalah yang akan ditetapkan untuk dikaji, memerlukan beberapa pertimbangan.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.