Penyediaan Akuarium Dan Peralatan

January 21, 2018 | Author: Amira Nazneen | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Akuarium dan Peralatan...

Description

PENYEDIAAN AKUARIUM DAN PERALATAN

PEMILIHAN LOKASI Berikut merupakan panduan untuk memilih lokasi peletakan akuarium: • Jangan meletakkan akuarium berdekatan jendela. • Cahaya matahari yang memasuki akuarium akan menyebabkan suhu air dalam akuarium meningkat. • Jauhkan akuarium dari jangkauan anak-anak, agar tidak diganggu oleh anak-anak. • Anak-anak mempunyai kecenderungan untuk mengganggu ikan dalam akuarium dan memasukkan berbagai benda ke dalamnya. • Keadaan ini membahayakan nyawa ikan.

1) KADAR CAHAYA • Pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. • Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. • Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan.

• Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. • Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. • Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya.

2) SUHU • Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit °C.  • Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat 25°C -35°C . • Manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4°C hingga 25°C. • Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer.

• Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. • Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut.

PEMBERSIHAN DAN MEMBASMI KUMAN PERALATAN

1) LANDSKAP DALAM AKUARIUM

Menyediakan dan Menghias akuarium

1. Sediakan semua aksesori tambahan akuarium

2. Bersihkan akuarium sebelum memasukkan aksesori pasaran kedalamnya

3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan seperti pasir, batu dan kayu. Kemudiannya, tuskan semua bahan tersebut dengan penapis atau bekas yang sesuai

4. Masukkan pasir, batu dan kayu buruk ke dalam akuarium dengan berhati-hati

5. Masukkan pam air ke dalam akuarium. Kemudian, pasangkan penapis

6. Titiskan larutan antiklorin ke dalam akurium

7. Letakkan tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan ke dalam akuarium

8. Letakkan dan pasangkan lampu di bahagian bawah penutup akuarium

9. Hidupkan suis alat penapis dan lampu

10. Akuarium yang sedia untuk dimasukkan ikan hiasan

2) RAWATAN AIR

• Tiga tahap kemasinan untuk kegunaan akuarium adalah air tawar, air payau dan air laut. • Selain dari kadar kemasinan, terdapat juga beberapa ciri air lain yang perlu diambil perhatian iaitu:Ph Air,    Ph air akan menentukan kadar keasidan dan kealkalian air. Pada tahap neutral, ph = 7 . Kurang daripada 7 adalah berasid dan lebih daripada 7 adalah alkali. Untuk akuarium , ph yang dicadangkan adalah  dari ph6 hingga ph9 tetapi sesetengah mencadangkan ph 6 hingga ph 8 . Seandainya terlalu rendah(kurang dari 6) ikan-ikan boleh jatuh sakit dan mati.

KLORIN KHLORINASI – Proses utama dalam proses penghilangan kuman penyakit air bersih atau air minum yang akan kita gunakan. Sebenarnya proses khlorinasi tersebut sangat efektif untuk menghilangkan kuman penyakit dalam air. Khlorinasi merupakan salah satu bentuk pengolahan air yang bertujuan untuk membunuh kuman dan mengoksidasi bahan-bahan kimia dalam air.

3) TEKNIK MELEPASKAN IKAN KE DALAM BEKAS

Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium

PENGURUSAN DAN PENJAGAAN

1 . Penjagaan harian - Beri makan 1 hingga 2 kali sehari - Perhatikan perlakuan ikan - Ikan yang mati perlu dibuang - Pastikan peralatan berfungsi - Ukur kualiti air   2. Penjagaan mingguan - Ganti ½ atau 1/3 air dari isipadu akuarium - Cantas tumbuhan akuatik yang tidak diperlukan - Bersihkan bahagian hadapan cermin - Cuci kapas penapis (jika perlu tukar baru) - Jangan beri makanan berlebihan   3. Penjagaan bulanan - Menguji kualiti air - Membersih penapis air

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF