Penyalahgunaan Bahasa
July 24, 2017 | Author: scand84 | Category: N/A
Short Description
sample...
Description
Tajuk : Penyalahgunaan bahasa 1. : Penggunaan bahasa rojak. 2. : Penggunaan bahasa melayu dalam SMS. 3. : Penggunaan bahasa melayu dalam internet.
1
Pengenala n
Penyalahgunaan bahasa Melayu bukanlah persoalan baru. Penyalahgunaan bahasa Melayu pernah menjadi isu hangat semenjak tahun 1970-an lagi. Penyalahgunaan termasuk aspek ejaan, sebutan , tatabahasa dan istilah. Faktor kos, masa dan ruang menjadi punca berlaku penyalahgunaan bahasa. Antara penyalahgunaan bahasa yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa rojak, penggunaan bahasa dalam sms dan penggunaan bahasa dalam internet. 2
Definisi konsep
Menurut Teo Kok Seng (2006:hlm 699-700) dipetik jurnal bahasa jilid 6, hlm. 14. Thn 2006. Penyalahgunaan bahasa Melayu bermaksud bahasa yang melanggari syarat-syarat linguistik yang sepatutnya. Kamus dewan edisi ketiga (2000 hlm 174) penyalahgunaan bahasa bermaksud perihal menyalahgunakan sesuatu bahasa.
3
Analisis perbincangan
Penggunaan bahasa rojak
Dalam bidang linguistik sebenarnya tidak pernah wujud istilah bahasa rojak. Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang awam yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur baur antara bahasa Melayu dan bahasa asing (khususnya bahasa Inggeris ). Mereka mengaitkan sesuatu yang bercampur aduk itu sebagai rojak seumpama nama makanan yang dicampur dengan pelbagai bahan. Justeru timbullah istilah bahasa rojak. Bahasa rojak dirumuskan sebagai satu variasi bahasa basahan yang diterima umum dalam situasi tidak rasmi. 4
Manakala dalam disiplin Linguistik, percampuran ini dikenali sebagai ‘pertukaran kod’. Bentuk pertama - yang dikenali secara ilmiah sebagai ‘penukaran kod tempelan’ ialah campur aduk bahasa Melayu-Inggeris. Ianya melibatkan penggunaan hanya sepatah perkataan Inggeris dalam ungkapan yang hampir keseluruhannya bahasa Melayu. Contoh; i- Ok, kita teruskan majlis penyampaian hadiah ini. ii- Alright, nampaknya semua pihak gembira. staf dari ibu pejabat di Kuala Lumpur akan ditukar ke sini.
5
Bentuk kedua – ‘penukaran kod dalam ayat’. Berlaku dalam penukaran satu bahasa kepada satu bahasa lain terjadi dalam ayat sama. Contoh; i – Para hadirin diminta switch off telefon bimbit Bentuk ketiga – ‘penukaran kod di antara ayat’. Berlaku apabila penukaran daripada satu bahasa ke bahasa lain terjadi di antara ayat. Contoh; i – Some changes are expected to take place soon. Sesetengah staf dari ibu pejabat di Kuala Lumpur akan ditukar ke sini.
6
Bentuk keempat- ‘penukaran kod dalam perkataan’. Biasa berlaku- bahasa Inggeris dalam pembentukan bahasa Melayu. Contoh; i- terdelete ii- terprint iii- forwardkan iv- berblouse v- mentargetkan iv- ditransfer Campur aduk bahasa ini memperlihatkan sikap bahasa yang ‘arbitrari’.Hakikatnya ia telah mencabuli peraturan linguistik.
7
Bentuk dan penggunaan campur aduk ini di anggap sebagai kes pencabulan peraturan linguistik bahasa Melayu. Ini antaranya kerana; i- Perkataan bahasa Inggeris yang digunakan itu tidak pernah dipinjam/diserap ke dalam bahasa Melayu. ii- Ayat-ayat bahasa Inggeris yang digunakan sebegitu tidak pernah merupakan gaya wacana/berbahasa yang dibenarkan dalam bahasa Melayu. iii- Kerancuan dalam bahasa Melayu yang mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris juga harus dilihat dari dimensi penyebutan kata-kata pinjaman/serapan bahasa Inggeris, yang tidak berasaskan sistem bunyi (fonetik dan fonologi) bahasa Melayu khususnya sebutan baku. Ketiga-tiga aspek tersebut sebenarnya adalah unsur-unsur bahasa yang boleh ‘mencemari’ dan ‘menjahanamkan’ kejatian linguistik bahasa Melayu. 8
Sebagai contoh ekoran penggunaan bahasa rojak atau penukaran kod ini secara berleluasa, kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta. Contoh – TV3 telah menukarkan nama Carnival Sure Heboh- Karnival Jom Heboh. 9
Penggunaan bahasa Melayu dalam sms
Sms adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan. Popular dalam kalangan remaja. Sms alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan Penggunaan simbol,kod dan perkataan singkatan telah berleluasa Dikatakan punca kemerosotan bahasa Melayu dikalangan pelajar.
10
( Sumber : Berita Harian ( 22/06/2004) ) Pengarah jabatan DBP, Dr. Awang Sariyan berkata langkah meminimumkan bahasa sms tidak dapat ditolak kerana ruang terhad. Beliau berkata penggunaan bahasa yang minimum itu tidak salah jika hanya menggunakan melalui sms. Masalah sekarang – pengguna tidak dapat membezakan ragam bahasa rasmi dengan ragam bahasa basahan – pencemaran bahasa telah berlaku. 11
Antara contoh bahasa sms: – ‘x’ – tidak – ‘4’ – untuk – ‘cnma’ – macam mana ( dsbnya ) Menurutnya lagi, DBP tidak dipertanggungjawabkan dalam mengawal penggunaan sms dalam bentuk peribadi atau perbualan harian masyarakat. Tanggungjawab DBP ialah memajukan bahasa dalam urusan rasmi seperti pendidikan, perundangan dan lain-lain. Tetapi jika ragam sms itu digunakan dalm urusan rasmi DBP akan memberi perhatian serius. 12
Felo Penyelidikan Kanan Institut Tamadun dan Alam Melayu ( ATMA ) UKM, Prof. Madya. Dr. Supyan Hussin berkata – tiada salah menggunakan bahasa sms asalkan penerima maklumat faham maksud yang cuba disampaikan. Kajian beliau – meneliti salinan ayat sms penonton di saluran @ 15 astro, mengkelaskan 3 kategori bentuk penyampaian maklumat menerusi sms 1- singkatan lazim yang sudah diterimapakai dalam kamus 2- huruf vokal yang digugurkan seperti ‘blk’ (balik), ‘cpt’ (cepat), ‘skg’ (sekarang) 3- singkatan lazim kolokial iaitu bahasa harian seperti ‘ambil-amik’, ‘cerita-citer’. 13
Petikan:Peratusan Penggunaan bahasa Melayu dalam sms
SMS-Tergugatkah Bahasa? Tuesday, November 04th, 2008 | Author: hamimnasoha Dalam rencana bertajuk Telefon Bimbit telah dipaparkan hasil soal selidik yang mendapati 54% responden menggunakan panggilan telefon dan SMS yang sama banyak untuk berhubung menggunakan telefon bimbit. Sementara itu 28% menggunakan SMS, 18 % menggunakan panggilan telefon dan 0% lain-lain cara. Gambarajah 1 menunjukkan bahasa utama yang digunakan untuk berkomunikasi melalui telefon bimbit. 86% menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, 14% menggunakan Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) yang sama banyak dan lain-lain 0%. 14
Gambarajah 1 15
Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Internet
Proses evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan ICT. Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas. Pengguna gemar menggunakan bahasa Melayu kerana mudah dieksploitasi. Ini terbukti dengan wujudnya laman-laman web berbahasa Melayu di internet yang di bentuk bukan sahaja dari negara kita malah Indonesia dan Singapura. Penyediaan kemudahan email dan chat secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu. Penggunaan internet juga membawa kepada timbulnya perkembangan pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, istilah spesifik dan penggunaan simbol-simbol dengan tujuan untuk memeriahkan suasanan perbualan, kemesraan dan peringkasan teks semasa berkomunikasi.
16
Penggunaan bahasa Melayu di alam siber telah menghasilkan istilahistilah baru yang digelar ‘bahasa Melayu Internet’. ‘bahasa Melayu Internet ini banyak menggunakan singkatan atau percampuran kod. Misalnya- ‘kang’ (nanti) ‘a’kum’ (assalamualaikum) ‘tipon’ (telefon) ‘biler’ (bila) dsb. 17
Pada pragmatiknya, situasi ini adalah percubaan yang menarik dalam evolusi bahasa Melayu.
Namun, memanipulasi bahasa sedemikian jika tidak dibendung akan memudaratkan martabat bahasa Melayu. Amalan begini akan menghasilkan ayat-ayat tidak gramatik kerana menyeleweng hukum tatabahasa.
18
Wujud istilah baru
Perkembangan ICT
Kurang bahan rujukan dlm BM
Faktor-faktor penyalahgunaan bahasa Melayu
Ketidaktegasan Jab. Kerajaan & swasta
Persepsi masyarakat Pengaruh bahasa asing Memodenkan BM
19
Faktor-faktor penyalahgunan bahasa Melayu
Perkembangan arus globalisasi dalam dunia ICT Pengguna memandang remeh terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pengaruh bahasa Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu. Kemasukan istilah bahasa-bahasa lain khasnya bahasa Inggeris -tanggapan bahasa yang intelek “high class” khususnya golongan profesional & remaja masa kini. Memperkaya khazanah bahasa Melayu cth: melahirkan istilah-istilah baru (bahasa rojak). Menjadi bahasa moden dan maju seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Kekurangan bahan rujukan terutama di pusat pengajian -terpaksa membuat rujukan dalam bahasa Inggeris. Ketidaktegasan pelaksanaan dasar bahasa Melayu di jabatan kerajaan dan swasta.
20
Implikasi Penyalahgunaan bahasa Melayu . Merendahkan darjat kedaulatan bahasa Melayu. . Menjejaskan kualiti bahasa Melayu (cth: situasi dlm sesebuah mesyuarat) . Mendorong bahasa Melayu ke kancah “bahasa mati” . Dunia memandang bahasa Melayu sebagai bukan bahasa yang terbina (cth: bahasa dalam pendidikan:situasi di sekolah). . Kemerosotan pencapaian akademik pelajar – terpengaruh dengan bahasa rojak. (cth: dlm subjek penulisan bahasa Melayu). . Mencemarkan maruah golongan para pencinta bahasa. . Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kacukan seperti bahasa Pijin dan Kreol. 21
21
Cadangan pembanterasan penyalahgunaan bahasa Melayu . Pemerintah perlu membuat keputusan melalui kuasa politik-tindakan tegas terhadap agensiagensi kerajaan dan swasta. . Masyarakat patut mengamalkan bahasa yang tidak rancu (bukan bahasa rojak) . Pengguna-pengguna internet seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan bahasa Melayu terpelihara. . Pemupukan “budaya linguistik bahasa Melayu”aspek pemahaman, sikap, kepercayaan, dan nilai positif terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa negara. 22
Budaya linguistik bahasa Melayu
. Penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul . Penggunaan bahasa Melayu yang murni dan tulen . Penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dalam ranah rasmi. 23
Kesimpulan . Bahasa Melayu hanya boleh menjadi kuat, perkasa, besar dan hebat sebagai bahasa yang mampu menjana dan mengungkapkan peradaban tinggi untuk bangsa Malaysia. . Syarat linguistik adalah penting sekali kalau Malaysia ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa moden di dunia. . Martabat dan citra bahasa Melayu selaku bahasa negara, hendaklah sentiasa dijaga oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.
24
Tak kan Melayu hilang di dunia, Ungkapan Hang Tuah menjadi pedoman, Bahasa Melayu bahasa kita Disalahguna membawa kerancuan.
25
View more...
Comments