Tugasan C iaitu pembinaan Buku Matematik yang meminta saya untuk menghasilkan sebuah buku skrap yang berkaitan dengan topic Pecahan yang mana telah menuntut saya untuk mencari serta merancang sebuah aktiviti berkaitan dengan topic yang telah disediakan.
Melalui tugasan C ini saya telah diajar serta dibimbing oleh pensyarah serta rakan-rakan dalam menghasilkan sebuah buku matematik atau buku skrap yang bukan hanya meminta saya untuk menghasilkan sebuah teknik atau aktiviti yang baharu bagi membantu dalam mengajar topik pecahan tetapi turut membantu dalam meningkatkan lagi kreativiti yang ada dalam diri saya.
Selain itu juga, pembinaan buku skrap ini telah meluaskan lagi pemikiran saya dan telah memberikan idea-idea yang boleh saya gunakan bagi memberi sesuatu kelainan dalam pembelajaran bersama dengan murid-murid terutamanya dalam meningkatkan lagi lagi tahap pemahaman serta minat minat murid untuk belajar subjek subjek matematik yang dianggap sebagai salah satu “killer subjek” bagi ba gi murid.
Pembinaan buku matematik ini juga mengajar saya untuk meghasilkan sebuah pengajaran secara meluas dan tidak terlalu rigid mengikut skema pembelajaran. Ini adalah untuk membawa murid lebih kea rah pembelajaran konstruktivisme dimana mereka boleh menerokai sendiri pembelajaran yang diajar oleh guru denan menggunakan bahan yang telah guru sediakan. Maka dengan ini amatlah perlu untuk menjadi seorang guru yang kreatif serta penuh dengan idea-idea baharu bagi meningkatkan lagi motivasi murid dalam belajar.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.