TUGASAN 2: LAPORAN KAJIAN KES DALAM NOMBOR DAN OPERASI PENGENALAN Matematik ialah salah satu subjek penting dan teras di peringkat sekolah. Murid perlu menguasai operasi asas dalam matematik yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) seperti pecahan. Matematik merupakan satu cabang ilmu yang seringkali dianggap sukar oleh murid-murid. Ramai murid tidak suka matematik dan menganggap matematik sukar dan membosankan. Nik Aziz (1992) menyebut istilah “matematik‟ menandakan suatu cabang ilmu yang kompleks. Hal ini menyebabkan masih ramai murid yang gagal menguasai kemahiran asas tambah, tolak, bahagi dan darab sekaligus lemah dalam menguasai pembelajaran yang lebih mendalam dalam matematik seperti nombor nisbah misalnya topik pecahan. ISU-ISU UTAMA Antara isu utama yang terdapat dalam topik pecahan ialah menukar pecahan tak wajar ke dalam bentuk perpuluhan, pendaraban pecahan dengan nombor bulat, pemahaman guru tentang konsep asas pecahan dan menambah dan menolak pecahan yang tak sama penyebut. Konsep pendaraban pecahan berkait rapat dengan konsep pendaraban nombor bulat. Jika seseorang tidak memahami konsep pendaraban nombor bulat, sukar baginya untuk menghuraikan konsep pendaraban pecahan. Konsep pendaraban nombor bulat, seperti “konsep penambahan berulang” dan “konsep daripada” amat sesuai digunakan untuk memberi makna kepada pendaraban pecahan. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa pelajarpelajar membuat kesalahan bukan kerana salah strategi tetapi lebih kepada kurang pemahaman tentang konsep pecahan. Seolah-olah tiada hubungan antara soalan berbentuk masalah atau gambar rajah dengan yang berbentuk terus pengiraan (Kerslake, 1986). Menurut Cramer (2002), pemahaman konsep asas pecahan yang kukuh di peringkat awal pendidikan boleh membantu pelajar membina strategi yang teratur untuk menyelesaikan masalah melibatkan pecahan. RANCANGAN AKTIVITI PEMULIHAN Saya telah memilih isu menambah dan menolak pecahan yang tak sama penyebut bagi melakukan aktiviti pemulihan. Dengan menggunakan ‘model pizza’ yang bulat, pelajar-pelajar dapat menggunakan ‘model pizza’ tersebut dan jadual sifir yang telah diberikan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan pecahan yang tak sama penyebut.
Jadual sifir yang dicipta ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi sifir kepada pelajar dan memudahkan pelajar untuk menyelesaikan operasi penambahan bagi pecahan tak sama penyebut. Jadual sifir yang akan saya gunakan adalah seperti berikut: x
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.