Pengurusan Pembelajaran

October 27, 2018 | Author: Nor Hannan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Pembelajaran di Sekolah...

Description

EDU3024/KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

PENGAJIAN PENDIDIKAN PENGAJIAN PENDIDIKAN BERASASKAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Sosiologi Pendidikan (KPS) Psikologi Pendidikan (KPP) Falsafah Pendidikan (KPF) Pedagogi (KPD) Penilaian dalam Pendidikan (KPN) Teknologi Pendidikan (KPT)

SOSIOLOGI PENDIDIKAN SOSIOLOGI: Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial Sistematik dan saintifik: penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains

Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat. Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu

Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi

PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian 3 teori utama: Fungsionalisme Konflik Interaksionisme Simbolik

TEORI FUNGSIONALISME Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu] Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat

TEORI KONFLIK ØMenganalisis

konflik-konflik dalam masyarakat

Ø

Berlaku konflik dalam struktur masyarakat

Ø

Mengkritik kapitalisme

Ø Persoalan mengenai sama ada

struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK

Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif  Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra Makna adalah sesuatu yang dirundingkan Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol sangat

Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat

KAJIAN MASYARAKAT

Ibnu Khaldun (1332-1406) ØMengkaji

perubahan dan fenomena sosial

Ø

Mengkaji perkaitan antara institusi sosial

Ø

Membezakan antara masyarakat primitif  dan moden

Ø

Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah

Ø Penyelidikan

masyarakat secara saintifik dan empirikal

AUGUSTE COMTE (1798-1857) Ø

Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat) Ø Memperkanalkan hieraki sains dengan sosiologi kedudukan teratas (ratu) Ø Sosiologi ilmu sains paling kompleks berbanding dengan sains lain Ø Penyelidikan dilakukan secara saintifik dan sistematik Ø Membahagikan masyarakat kepada statik dan dinamik Ø Perkembangan atau perubahan masyarakat berlaku secara evolusi Ø Menekankan perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat moden

KARL MARX (1818-1883) Ø Menganalisis

hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah sosial Ø Perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi Ø Mengkritik kapitalisme Ø Pengasas teori konflik

EMILE DURKHEIM (1858-1917) Ø Mengkaji

manusia seperti mengkaji benda (fungsionalisme) Ø Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat Ø Moraliti dalam masyarakat moden Ø Anomie menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral

MAX WEBER (1864-1920) ØStrafikasi

disebabkan oleh multidimensi: berasaskan ekonomi, status dan kuasa Ø Agama penting sebagai agen perubahan Ø Rasionalisasi dalam masyarakat moden Ø Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai (selain faktor ekonomi) Ø Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang peri laku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal)

GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931) ØKonsep simbol dan bahasa Ø

Interaksionisme simbolik: simbol yang mempunyai makna

Ø

Konsep: kendiri, masyarakat dan minda

Ø

Simbol: perkataan, objek, perlakuan, bahasa

Ø

Kendiri: definisi siapakah kita/untuk mengenali diri sendiri

Ø

Pemikiran: penghayatan dalam kendiri individu terhadap isyarat

TOKOH LAIN Ø HERBERT SPENCER: Perkembangan

masyarakat berlaku secara evolusi Ø

PIERRE BOURDIEU: Habitus, Modal Budaya, Penganiayaan Simbolik

Ø

C WRIGHT MILLS: Imaginasi sosiologi

Ø

BASIL BERNSTEIN: Kod sosial/bahasa

Ø DAVID

HARGREAVES: Konsep guru dan interaksi

KONSEP SOSIALISASI §Proses

mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. §Satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya §Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi



Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:

a) Perkembangan kognitif  b) Pemerolehan moral c) Perkembangan kemahiran sosial

(1) PRIMER

(3) RESOSIALISASI

(2) SEKUNDER

JENIS SOSIALISASI 1. Sosialisasi Permulaan: Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa

2. Sosialisasi Sekunder ( sosialisasi penyertaan) • Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga) • Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan ras. • Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya

3. Sosialisasi Semula (resosialisasi) •

Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada



Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll



Faktor yang melengkari sosialisasi

a) Keluarga b) Agama c) Pendidikan d) Ekonomi e) Kerajaan/ suasana persekitaran politik

REFLEKSI •

ADAKAH SEKOLAH MENJADI AGEN SOSIALISASI YANG PALING BERPENGARUH DALAM SISTEM PENDIDIKAN YANG DIAMALKAN DI NEGARA KITA.



BERIKAN HUJAH ANDA DENGAN MEMBERIKAN CONTOH YANG ANDA SENDIRI PERNAH ALAMI

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF