pengurusan kewangan sekolah

January 21, 2019 | Author: Cahaya Hati | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

ulasan bagi setiap jurnal yang dipilih berkaitan tanggungjawab pengetua dalam pengurusan kewangan di sekolah....

Description

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

1.0 PENGENALAN PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat, agar kewangan boleh diperolehi secukupnya, dibelanja dan diurus mengikut tatacara yang betul serta dapat memenuhi matlamat organisasi. Aspek pengurusan kewangan merupakan sesuatu yang sangat penting dan perlu dikendalikan dengan sistematik dan berkesan. Wan Mohd.Zahid (1994), dalam buku garis  panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah menyatakan pengetua selaku pengurus pendidikan p endidikan  bukan sahaja dikehendaki mahir dalam bidang pendidikan tetapi juga mahir dalam bidang  pengurusan khususnya pengurusan kewangan sekolah perlu dipertingkatkan. Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip  pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor (Mahashim Bajuri, 1994). Ia melibatkan  pentadbiran kewangan ditadbir secara bijaksana, agar mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks pengurusan kewangan di peringkat sekolah ianya ditadbir bagi mencapai objektif  tertentu iaitu; pertama, untuk mengadakan kawalan yang ke atas pungutan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan kehilangan. Keduanya adalah untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan kewangan sekolah. Ketiganya pula adalah untuk membolehkan kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah diketahui pada masa-masa tertentu (Zaidatol Akmaliah, 2001). Sehubungan dengan itu Mahashim Bajuri (1994), menegaskan bahawa fungsi utama pengurusan kewangan meliputi merancang penggunaan dan keperluan kewangan, memperolehi sumber 

[1]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

kewangan, mendapatkan wang dengan syarat-syarat yang ditentukan dan melaporkan prestasi kewangan dengan tepat. 2.0 TANGGUNGJAWAB PENGETUA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

Tugas pengetua sangat kompleks, merangkumi beberapa aspek seperti pentadbiran,  pengurusan dan juga kepimpinan. Pengurusan kewangan merupakan satu proses di mana jentera  pentadbiran sekolah menggunakan cara-cara tertentu bagi memperolehi dana memperuntukkan sumber-sumber kewangan berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan berkenaan dan mematuhi  prosedur-prosedur serta kawalan-kawalan tertentu bagi mencapai matlamat-matlamat awam secara cekap dan berkesan. Dalam pengurusan kewangan tradisional, tiga komponen utama yang  perlu diberi perhatian iaitu belanjawan, pembiayaan dan kawalan termasuk perakaunan, laporan dan auditan. Selain daripada itu, pengetua juga berdepan dengan dua prinsip utama dalam menjalankan tugasnya iaitu legaliti dan akuntabiliti. Legaliti bermaksud pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang digubal olehnya. Legaliti yang terpaksa dipikul oleh seseorang pengetua termasuk terimaan wang awam, simpanan wang awam,  pengeluaran wang awam, bayaran wang awam dan perakaunan wang awam. Akauntabiliti yang  bermaksud

memikul

amanah

untuk

menjalankan

aktiviti

yang

ditentukan

secara

 bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalannya. Aspek yang perlu dipikul oleh pengetua seperti Akauntabiliti Fiskal iaitu dari segi integriti kewangan, maklumat, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan pentadbiran awam dan Akauntabiliti Pengurusan iaitu dari segi  penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain secara cekap dan ekonomik.

[2]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

3.0 ULASAN JURNAL YANG DIPILIH UNTUK PERBANDINGAN PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan pengurusan kewangan sekolah, tiga buah jurnal telah dipilih untuk membuat perbandingan peranan guru besar dalam mengurus kewangan dan akaun sekolah dengan cekap dan berkesan. Hasil daripada perbandingan ini dapat merumuskan sejauhmana tahap amalan pelaksanaan pengurusan kewangan di sekolah dan keberkesanan peranan pengurus sekolah dalam mengurus akaun sekolah dengan lebih efektif.

Bilangan

Jurnal 1

Tajuk 

Tinjauan Terhadap Keterlibatan dan Efikasi Guru Besar dalam P engurusan Kewangan Sekolah

Penulis

Sazali Yusoff 

Jurnal

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Bilangan

Jurnal 2

Tajuk 

Implementing a type of financial managements in Malaysian pub lic schools: an initial study

Penulis

Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi and Saedah Siraj

Jurnal

Global Business and Economics Research Journal

Bilangan

Jurnal 3

Tajuk 

Exploring Perceptions of Parents on Head Teache rs’ Financial Management Skills in Public Primary Schools in Tanzania.

Penulis

Juma Saidi Mwinjuma dan Roselan Bin Baki

Jurnal

Journal of Education and Practice

[3]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

4.0 JURNAL 1 Tajuk

: Tinjauan Terhadap Keterlibatan dan Efikasi Guru Besar dalam Pengurusan Kewangan Sekolah

Penulis : Sazali Yusoff  Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kementerian Pelajaran Malaysia

4.1 Rin gkasan dan Sampel K aji an 

Tujuan utama kajian ini adalah menilai sejauhmana tahap penglibatan guru besar dalam  pengurusan kewangan sekolah, mengukur tahap efikasi pengurusan kewangan sekolah guru  besar dan menentukan perbezaan penglibatan dan efikasi antara guru besar yang pernah hadir  kursus pengurusan kewangan dengan yang belum hadir. Kaedah kajian dalam Jurnal 1 ini melibatkan persampelan seramai 67 orang guru besar daripada sekolah-sekolah Zon Utara yang dipilih secara rawak. 4.2 I nstru men Kaji an 

Rekabentuk kajian menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan pendekatan tinjauan, yang bertujuan untuk mengumpul data daripada satu set populasi. Di sini, kaedah pengumpulan data terdiri daripada soal selidik yang diedarkan kepada guru besar yang terlibat dengan program tersebut. Pembinaan instrumen Keterlibatan Guru Besar dalam Pengurusan Kewangan, KGBPK  (Sazali, 2006) adalah berasaskan kepada inventori pemeriksaan sekolah oleh Jabatan Audit, dan  perbincangan dengan pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai latihan kewangan IAB. Pembinaan Instrumen  KGBPK  adalah jenis Likert dengan empat mata respons dan mempunyai 10 item dan Instrumen

 EPKS 

pula adalah jenis Likert dengan enam

mempunyai lima item.

[4]

mata respons dan

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

4.3 A nal isis Data 

Seterusnya, bagi mendapatkan maklumat yang tepat melalui data soal selidik, penganalisisan datas telah menggunakan Analisis Statistik Deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan. Penulis telah menguji kebolehpercayaan dan kestabilan dalaman data soal selidik bagi instrument KGBPK

(2006)

dengan

menggunakan

Statistik

Cronbach

Alpha

(Cronbach,

1951).

Walaubagaimanapun, instrumen EPKS (2007) pula merupakan adaptasi daripada instrumen Skala Efikasi Pengurusan Sekolah Rendah, SEPSeR (Sazali, Zurida, & Mustapa, 2004). Keduadua instrumen ini digunakan bagi mengukur keterlibatan dan efikasi guru besar dalam  pengurusan kewangan sekolah. Jadual peratusan, statistik min dan sisihan piawai digunakan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penglibatan guru besar dalam kursus kewangan sekolah seperti yang terdapat dalam dapatan kajian. Manakala statistik anova sehala digunakan untuk menguji perbezaan min antara guru besar yang pernah hadir berkursus dan yang  belum lagi hadir kursus dari aspek keterlibatan dan efikasi pengurusan kewangan. 4.4 D apatan Kaj ian 

Min

Sisihan Piawai

Peratusan guru besar  Sedikit/Sederhana & Rendah

Banyak/Tinggi

Keterlibatan

3.245

0.541

26.9

73.1

Efikasi

3.702

0.949

49.3

51.7

Jadual 1: Min, Sisihan Piawai dan Peratusan guru besar. Berdasarkan jadual di atas, nilai min skor tertinggi yang diperoleh menunjukkan keterlibatan guru besar dalam pengurusan kewangan adalah agak baik (min =3.245). Data turut menunjukkan  peratus bilangan guru besar yang aktif dalam pengurusan kewangan adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 73.1%. Seterusnya, nilai min tertinggi bagi efikasi (min =3.702) menunjukkan efikasi

[5]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

guru besar dalam pengurusan kewangan baik dan peratus menunjukkan peningkatan bilangan guru besar yang mempunyai efikasi yang baik sebanyak 51.7%. Analisis inferensi juga dibuat menggunakan ujian Anova dan di dapati nilai min (F = 2.589, p = .061) menyatakan tiada perbezaan yang signifikan di antara guru besar yang pernah hadir dan  belum hadir untuk kursus pengurusan kewangan sekolah, Ini menunjukkan samaada mereka hadir atau belum pernah menghadiri kursus, ianya tiada perkaitan dalam penglibatan mereka menguruskan kewangan di sekolah. Walaubagaimanapun, analisis ini telah mendapati terdapat  perbezaan yang signifikan dalam efikasi pengurusan kewangan sekolah di antara guru besar yang  pernah hadir ke kursus dan belum pernah hadir kursus (F = 5.660, p = .002).

4.5 Perbi ncangan Dapatan Kaj ian 

Pengurusan kewangan sekolah mempunyai perkaitan dengan tanggungjawab pengurus sekolah dan mereka seharusnya mempunyai ilmu dan sikap kebertanggungjawaban terhadap semua aspek   pengurusan kewangan sekolah. Oleh kerana itu, guru besar seharusnya memiliki ilmu  pengetahuan dalam pengurusan kewangan sekolah bagi membolehkan mereka memantau dan menyelia setiap aspek dan peringkat pengurusan kewangan sekolah. Didapati 26.9 % guru besar  dalam kajian melibatkan diri secara sedikit sahaja dalam pengurusan kewangan sekolah menunjukkan suatu angka yang agak membimbangkan. Seharusnya semua guru besar mesti melibatkan diri mereka secara aktif bagi setiap aspek dan peringkat pengurusan kewangan sekolah bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kewangan sekolah. Hampir separuh guru besar dalam kajian (49.3 %) mempunyai tahap ‘efikasi pengurusan kewangan’ pada tahap sederhana dan rendah. Guru besar mesti mempunyai efikasi pada tahap

[6]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

tinggi dalam mengurus kewangan sekolah dengan belajar sama ada secara formal atau bukan formal. Kajian turut mendapati sebilangan guru besar yang tidak aktif menyertai kursus kewangan sekolah lebih banyak menyerahkan tugas mengurus hal ehwal kewangan sekolah kepada pembantu tadbir. Dari segi efikasi pengurusan kewangan turut menunjukkan guru besar yang telah hadir kursus dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam mengurus kewangan dengan cekap dan berkesan. Namun begitu, di sebabkan kekangan masa yang terhad, mereka hanya sempat menghadiri satu kursus dari tiga kursus yang di anjurkan. Walau bagaimanapun, dengan menghadiri kursus tersebut ia dapat meningkatakan tahap kecekapan dan efikasi pengurusan kewangan di sekolah.

[7]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

5.0 JURNAL 2 Tajuk

: Implementing a type of financial managements in Malaysian public schools: an initial study

Penulis : Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi and Saedah Siraj Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

5.1 Rin gkasan dan Sampel K aji an 

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai strategi-strategi penting yang perlu diberi perhatian oleh pengurus sekolah samada di peringkat individu dan peringkat sekolah untuk menguruskan kewangan sekolah dengan baik. Ini penting bagi membawa perubahan yang berkesan ke atas sistem pengurusan tersebut. Kaedah kajian dalam Jurnal 2 ini melibatkan persampelan seramai 10 orang pengetua daripada sekolah-sekolah yang dipilih berdasarkan kriteria seperti mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, berpengalaman sebagai pengetua selama

lebih

daripada tujuh tahun di sekolah-sekolah PTj dan dilakukan di sekolah-sekolah yang telah diiktiraf sebagai sekolah PTj selama lebih daripada tujuh tahun.

5.2 I nstru men Kaji an 

Rekabentuk kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan cara untuk menjawab soalan penyelidikan kerana ia membantu penulis untuk mendapatkan sekurang-kurangnya  pengalaman peserta

secara terperinci. Justeru itu, sesi temuduga telah dijalankan dengan

 bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai strategi yang diperlukan bagi pelaksanaan  pengurusan kewangan berasaskan sekolah (SBFM) yang berkesan. Bagi melaksanakan kaedah tersebu dengan lancar, penulis telah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa pendidikan melalui surat kebenaran rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pendidikan Dasar dan [8]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

Penyelidikan, Kementerian Pendidikan (BPPDP). Instrumen seperti soalan-soalan penyelidikan dalam protokol temu bual disediakan serta periksa oleh dua orang pakar dari sekolah kewangan dan kajian kualitatif bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan soalan-soalan tersebut dalam  protokol temuduga.

5.3 An ali sis Data 

Seterusnya, bagi mendapatkan maklumat yang tepat, sesi temuduga telah di jalankan serta di rekodkan bagi tujuan dokumentasi. Seterusnya, proses penyusunan data telah di kumpul secara sistematik bertujuan untuk mendapatkan maklumat kajian dengan lebih terperinci. Data yang telah direkodkan, kemudiannya di salin untuk memastikan bahawa maklumat dapat di fahami dan di analisis oleh penyelidik dengan tepat. Proses pengekodan pula di jalankan iaitu melibatkan penyusunan dan pengkategorian data. Secara keseluruhannya, proses ini telah menggunakan Microsoft Word 2007 untuk tujuan transkripsi dan NVivo versi 9, merupakan  perisian untuk menganalisis data kualitatif dengan tepat.

5.4 Perbi ncangan Dapatan Kaj ian 

Hasil dapatan kajian ini menjelaskan bahawa perlunya satu jawatankuasa pengurusan kewangan sekolah yang cekap serta dapat merancang strategi yang diperlukan untuk mencapai keberkesanan dalam mengurus akaun sekolah. Penemuan daripada semua responden yang terpilih mengesahkan bahawa pihak pengurusan kewangan sekolah perlu melantik ahli-ahli  jawatankuasa tetap dalam sekolah termasuk wakil PIBG yang mana pembentukan jawatankuasa ini adalah untuk menguruskan sumber kewangan dengan berkesan. Jawatankuasa kewangan sekolah adalah dipengerusikan oleh pengetua dengan dibantu oleh seorang pembantu pentadbiran [9]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

kewangan dan seterusnya ahli-ahli jawatankuasa termasuk seorang guru yang dilantik sebagai  juruaudit dalaman. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa kejayaan pengurusan kewangan sekolah diperingkat PTj di Malaysia adalah disebabkan adanya kerjasama pihak sekolah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Ia dilihat sebaga usahasama yang memberi manfaat untuk kedua-dua pihak bagi jangka masa panjang. Seterusnya, analisis data yang dikumpulkan dalam sesi temuduga turut mendedahkan beberapa elemen-elemen yang perlu dilengkapi oleh pengetua sekolah untuk mencapai SBFM berkesan di Malaysia dalam hal ehwal pengurusan kewangan sekolah. Di antara elemen-elemen tersebut seperti i) pengetua perlu menetapkan satu misi dan visi yang baik dan berkualiti yang membawa kepada perlaksanaan mengurus dan menggunakan sumber kewangan dengan baik bagi tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ii) pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan dan teknikal bagi memantau kerja-kerja penyediaan rekod, dokumentasi untuk   penyata kewangan sekolah, iii) pengetua perlu bersikap telus, akauntabiliti dan mempunyai integriti yang tinggi bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan sumber, iv) pengetua perlu mempunyai sikap keusahawanan, v) pengetua mempunyai kuasa autonomi bagi menguruskan  bajet dengan cekap, vi) pengetua perlu menyebarkan maklumat yang tepat kepada ibubapa dan masyarakat luar dan akhir sekali adanya pengiktirafan prestasi untuk kakitangan dan guru-guru yang terlibat dalam unit pengurusan kewangan sekolah.

[10]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

6.0 JURNAL 3 Tajuk

: Exploring Perceptions of Parents on Head Teachers’ Financial Management Skills in Public Primary Schools in Tanzania

Penulis : Juma Saidi Mwinjuma dan Roselan Bin Baki Univesiti Putra Malaysia

6.1 Rin gkasan dan Sampel K aji an 

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pemerhatian ibu bapa mengenai kemahiran guru  besar dalam pengurusan kewangan di sekolah rendah awam di Tanzania. Ia bertujuan menilai cara sumber kewangan diurus dan ditadbir oleh guru besar dengan cekap dan berkesan. Kaedah kajian dalam Jurnal 3 ini melibatkan persampelan seramai 4 peserta kajian yang mana salah seorang daripada mereka adalah bekas ahli jawatankuasa sekolah di salah sebuah sekolah rendah awam di Tanzania manakala peserta lain adalah ibu bapa yang mempunyai anak-kanak yang  belajar di sekolah rendah awam di Tanzania. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tahu dan mempunyai pengalaman yang sedia ada berkenaan situasi yang berlaku dalam pengurusan kewangan sekolah rendah awam dan Pendidikan Rendah Program Pembangunan (PEDP).

6.2 I nstru men Kaji an 

Rekabentuk kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif beserta satu kajian kes sebagai strategi untuk mengumpul data. Sesi temuduga merupakan alat untuk mengumpul data tentang  persepsi ibu bapa mengenai kemahiran pengurusan kewangan yang dimiliki oleh guru besar di sekolah-sekolah rendah awam. Temuduga ini bertujuan untuk menyiasat persepsi peserta dalam  persekitaran yang berbeza bagi mendapatkan mak lumat pengurusan sumber kewangan di sekolah

[11]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

rendah peringkat sekolah. Setiap peserta telah ditemuramah sebanyak empat kali dengan purata dua puluh lima minit yang bertujuan untuk membiasakan diri peserta serta lebih bersedia untuk  menjawab soalan ketika sesi tersebut berlansung. Ini membolehkan responden memberi maklumbalas dengan baik. 6.3 A nal isis Data 

Seterusnya, bagi mendapatkan maklumat yang tepat, sesi temuduga telah di jalankan serta di rekodkan bagi tujuan dokumentasi. Seterusnya, proses penyusunan data telah di kumpul secara sistematik bertujuan untuk mendapatkan maklumat kajian dengan lebih terperinci. Data yang telah direkodkan, kemudiannya di salin untuk memastikan bahawa maklumat dapat di fahami dan di analisis oleh penyelidik dengan tepat.

6.4 Perbi ncangan Dapatan Kaj ian 

Hasil dapatan kajian ini menjelaskan bahawa persepsi ibubapa adalah mengharapkan peranan guru besar yang aktif

i) untuk mengurus dan membuat keputusan kewangan dari segi

 pengurusan dan pentadbiran, ii) meningkatkan kemahiran dalam bidang kewangan yang mana amat penting bagi menguruskan kewangan sekolah dengan berkesan, iii) menambah pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan kewangan dan akaun sekolah seperti merekod belanjawan dan menyemak penyediaan buku tunai serta penyata kewangan sekolah, iv) mengambil berat serta prihatin terhadap pandangan ibubapa tentang

pengurusan kewangan semasa serta

 jangkamasa panjang, proses dan prospek pembiayaan pendidikan di sekolah rendah awam. Penemuan kajian menunjukkan bahawa guru besar dan pihak-pihak berkepentingan di sekolah rendah awam Tanzania adalah kurang berkemahiran dan berkeupayaan untuk menguruskan

[12]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

kewangan sekolah. Selain itu, dana yang sepatutnya diperuntukkan kepada sekolah selaras dengan bilangan murid mendaftar tidak mencukupi dan tidak dikeluarkan dengan sepenuhnya, dan ini menyebabkan berlakunya sekatan dalam pemerolehan bahan-bahan pendidikan yang lain dari agensi luar. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, perlunya sebuah dasar yang di gubal bagi memantau serta menilai keupayaan guru besar dalam menguruskan kewangan sekolah dengan cekap dan berkesan. 7.0 RUMUSAN PERBANDINGAN TIGA JURNAL

Berdasarkan pendapat Mahani Hafiz (2000) yang mana menekankan kepemimpinan  pengetua atau guru besar yang berkualiti berupaya untuk mengubah pembolehubah pembolehubah tidak bersandar yang lain seperti visi dan misi sekolah, iklim keseluruhan sekolah dan bilik darjah, gelagat guru, pengurusan guru di dalam bilik darjah, pengendalian dan  penyeliaan kurikulum, serta peluang murid untuk belajar. Sehubungan dengan itu juga,  pengetahuan, kemahiran dan kepakaran adalah pra-syarat yang perlu dimiliki oleh seseorang  pemimpin di sesebuah organisasi seperti sekolah bagi menguruskan kewangan sekolah dengan cekap dan berkesan. Oleh itu, secara keseluruhannya didapati ketiga-tiga jurnal ini lebih memfokuskan kepada  peranan yang dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar sekolah dalam mengurus dan mentadbir kewangan sekolah dengan cekap dan berkesan. Burrup (2003) menegaskan  pengurusan kewangan yang cekap bukan bermakna penjimatan wang daripada berbelanja tetapi lebih menumpukan perbelanjaan berkesan yang menghasilkan manfaat yang banyak kepada  pencapaian murid. Justeru, pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan amat bergantung kepada kebijaksanaan kepemimpinan sekolah untuk merancang sebelum perbelanjaan dilakukan

[13]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

di mana dengan perancangan yang teliti, kepemimpinan pengetua akan dapat menentukan agihan  bantuan dengan baik. Berdasarkan  Jurnal

1,

kajian lebih menjurus kepada kesan daripada penglibatan guru

 besar dalam kursus kewangan yang di anjurkan. Di samping itu, ia turut menjelaskan implikasi dan kesan daripada kurangnya penyertaan mereka dalam kursus tersebut yang mana boleh menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas mengurus dengan baik. Namun begitu, sekiranya mereka aktif melibatkan diri dalam kursus tersebut, secara tidak lansung ia memberi  pendedahan yang secukupnya dalam aspek-aspek pengurusan serta dapat meningkatkan efikasi  pengurusan kewangan di sekolah. Justeru itu, sesuatu kursus, latihan dan program yang di anjurkan amat penting bagi setiap pengetua atau guru besar untuk meningkatkan tahap  pengetahuan serta mempelbagaikan kemahiran yang di miliki supaya lebih kompetensi dalam memimpin dan mentadbir urusan kewangan di sekolah. Seterusnya, kita melihat hasil perbandingan  Jurnal

2

yang mana menekankan peranan dan

kerjasama yang perlu di mainkan oleh ibubapa dan pihak NGO bersama-sama pengetua sekolah amat penting bagi membantu sekolah meningkatkan sumber-sumber kewangan, mengukuhkan kedudukan kewangan serta memudahkan proses pembangunan sekolah di laksanakan dengan  jayanya. Di samping itu, ia turut menekankan peranan yang perlu di laksanakan oleh pengetua diantaranya ialah i) pengetua perlu menetapkan satu misi dan visi yang baik dan berkualiti yang membawa kepada perlaksanaan mengurus dan menggunakan sumber kewangan dengan baik bagi tujuan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ii) pengetua perlu membuat pengagihan tugas

dengan jelas, iii) pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan dan teknikal bagi memantau kerja-kerja penyediaan rekod, dokumentasi untuk penyata kewangan sekolah, iv) pengetua perlu bersikap telus, akauntabiliti dan mempunyai integriti yang tinggi bagi [14]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan sumber, v) pengetua perlu mempunyai sikap keusahawanan, vi) pengetua mempunyai kuasa autonomi bagi menguruskan bajet dengan cekap, vii) pengetua perlu menyebarkan maklumat yang tepat kepada ibubapa dan masyarakat luar dan akhir sekali adanya pengiktirafan prestasi untuk kakitangan dan guru-guru yang terlibat dalam unit pengurusan kewangan sekolah. Selain itu, pengetua juga perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menguruskan kewangan sekolah dengan baik tanpa menyerahkan tugas mereka kepada pihak-pihak yang tidak berupaya melaksanakannya. Ini bagi mengelakkan berlakunya hasil yang tidak produktif serta memberi impak negatif kepada prestasi sekolah. Zaidatol Akmnaliah (2000) menjelaskan kepemimpinan sekolah yang dilantik tanpa sebarang pendedahan mengenai pengurusan kewangan telah menyebabkan mereka mentadbirkan sekolah secara ‘trial and error ’. Senario tersebut berlaku disebabkan sistem pelantikan pengetua sekolah ketika ini berdasarkan kekananan dan bukan  berdasarkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran (Loo, 1999). Implikasinya, mereka akan menyerahkan tanggungjawab dan peranan tersebut kepada staf bawahan seperti Pembantu Tadbir  Akaun sekolah (Mahani Hafiz, 2000). Kita juga melihat perbandingan menerusi  Jurnal 3, yang mana menyatakan hasil kajian tentang  persepsi ibubapa berkenaan mendapati terdapat banyak kekurangan kemahiran pengurusan kewangan sekolah oleh guru besar. Ia dapat dilihat dari aspek perancangan dan belanjawan kewangan serta menyimpan rekod. Justeru, mereka mencadangkan supaya disediakan prosedur  kewangan semasa bagi keberkesanan sesebuah pengurusan kewangan sekolah. Adi Badiozaman Tuah (2001) dan Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1998) dalam menghuraikan amalan tersebut berdasarkan konteks di Malaysia telah menjelaskan bahawa seseorang pengetua

[15]

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 

2013

 bertanggungjawab untuk memenuhi kehendak perundangan dengan menguruskan kewangan sektor awam secara check and balance. Perundangan atau peraturan yang digubal bertujuan untuk menjamin pengurusan kewangan awam diuruskan secara cermat, amanah dan akauntabiliti. Oleh itu, guru besar dikehendaki melaksanakan aspek-aspek berikut iaitu semua rancangan dan aktiviti yang telah dilaksanakan seharusnya mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan sekolah, kuasa yang diberikan atau diwakilkan telah digunakan dengan sempurna dan semua urusan dikendalikan mengikut apa yang dituntut oleh badan perundangan dan peraturan peraturan serta tatacara yang berkuatkuasa. Chediel (2009) menyatakan guru besar bertanggungjawab untuk keseluruhan pengurusan sekolah.. Berdasarkan kajian ini, ia menunjukkan bahawa guru besar merupakan ketua secara keseluruhannya dan mempunyai akauntabiliti serta bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan hal ehwal kewangan sekolah. Guru besar juga perlu menguruskan sumber-sumber  kewangan dengan cekap dan menyokong pembiayaan kewangan yang berkesan dan mampan oleh agensi luar. Selain itu, guru besar turut bertindak sebagai pegawai pengawal yang seharusnya berupaya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam menguruskan kewangan sekolah bagi tujuan penambahbaikan. Justeru, rumusan yang dapat dibuat adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah, guru besar perlu merujuk kepada panduan piawaian mengenai kompetensi yang perlu dimiliki oleh seseorang pengurus sekolah iaitu mempunyai aspek-aspek pengetahuan dalam  pengurusan kewangan, memiliki nilai professional seperti integriti, akauntabiliti dan telus dalam menyelenggara kewangan sekolah dan melakukan amalan terbaik dengan mematuhi prinsip dan  peraturan yang telah ditetapkan.

[16]

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF