Pengurusan Hutang

April 13, 2017 | Author: Razali Ayob | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Pengurusan Hutang...

Description

Pengurusan Hutang : Cara Kurangkan Hutang Bulanan Dari RM3000 Sebulan Kepada RM0 Ramai yang telah berjumpa dengan saya, menyatakan hasrat hendak mula membeli rumah sebagai pelaburan hartanah, namun ada segelintir yang stuck dengan kemampuan membuat pinjaman disebabkan terlalu banyak komitmen bulan yang perlu dibayar. Bagi saya perkara ini adalah normal dan banyak orang yang sedang menghadapi krisis ini saban hari disebabkan proses mendapat pinjamam terlalu mudah. Hari ini saya hendak berkongsi cara saya bagaimana saya selesaikan masalah ‘over-commitment’ dan ‘fix it’ salah seorang yang berjumpa dengan saya, moga anda semua dapat mengunakan konsep yang sama sekiranya bersesuaian dengan anda. Saya selalunya suka membuat pelan penyelesaian dan akan mengikuti pelan itu dengan sedikit perubahan di masa hadapan. Latar Belakang Hutang

Hutang

Bebanan Bulan

Baki

Remarks

Kereta

RM767

RM27,600

Baki lagi 4 tahun

Hutang Peribadi

RM608

RM43,800

Baki lagi 3 tahun

Kad Kredit

RM1,000

RM20,000

5% dari baki

Hutang Aeon Kredit

RM330

RM5,500

Hutang Installment 0%

RM310

RM4,000

Jumlah

RM3015

RM100,900

Secara umum, beliau masih lagi hidup seperti biasa cuma beliau tidak boleh ‘move forward’. Saya kongsi pelan penyelesaian yang kebiasaan saya cadangkan. Langkah #1 : Consolidate Hutang Sedia Ada

Kebiasaan langkah pertama ini penting dan bertujuan untuk memberi ruang supaya ada ruang untuk boleh bernafas. Jumlah keseluruhan hutang ialah RM100K, jadi saya cadangkan kepada beliau untuk mengambil personal loan sebanyak RM130K dengan Bank Islam atau Bank Rakyat. Bayaran bulanan sebanyak RM RM1473 iaitu penjimatan sebanyak RM3015 – RM 1473 = RM1542 atau sebanyak 51% reduction. Tips nya, masa pohon pinjaman peribadi beritahu banker tersebut untuk knock off hutang-hutang tersebut, cuma lebihan sebanyak RM30K beliau akan dapat. Dengan langkah ini sahaja, beliau sudah boleh bernafas. Ramai yang diluar sana cukup anti dengan personal loan, bagi saya tidak, cuma kena bijak mengunakannya sahaja. Lagipun personal loan hanya mengambil masa lebih kurang 2 minggu sahaja untuk dapat loan. Kepada bukan bekerja dengan GLC atau kerjaaan boleh dapat maklumat dengan bank Al Rahji Langkah #2 : Cipta Bakul Asset Yang Boleh Berlindung Selepas sebulan atau dua bulan, bolehlah meneruskan langkah kedua ini apabila CCRISS sudah bersih dari segala hutang di atas. Langkah ini, memerlukan beliau membeli hartanah, saya suggest membeli hartanah bernilai antara RM200K – RM250K, paling menarik ialah hartanah lelong atau hartanah basic yang tiada renovation. Modal awal boleh guna RM30K yang ada itu untuk membayar down payment dan lawyer. Rumah ini hendak disewa fully furnished atau dengan sewa bilik fully furnished .Anggaran jumlah sewa yang dapat adalah RM1500 sebulan dan bayaran bank ialah RM1,114 ( hartanah 250K), jadi terdapat lebihan RM386. Secara umum, beliau sudah mengurangkan hutang lagi kepada, RM1473 – RM386 = RM1087 atau sebanyak 64% daripada hutang asal atau lagi RM1926 ruang bernafas. Langkah #3 : Berlindung Semua Hutang Dalam Asset Pelan asal sebenar dengan membeli hartanah lagi dengan mengunakkan duit KWSP, cuma saya skip untuk ini. Langkah 3 ialah terpaksa tunggu antara 2-3 tahun supaya hartanah tersebut untuk meningkat kepada RM350 to RM400K, berdasar pengelaman hartanah dalam lingkup kemampuan mempunyai kenaikan cepat antara 15% to 30% setahun, secara purata 20%.

Caranya ialah bila nilai pasaran tersebut meningkat, maka keluarkan sedikit duit untuk membuat minor renovation seperti table top, kitchen cabinet, cornice dan plaster syiling supaya memboleh penilai memberi nilai yang tinggi sedikit daripada basic. Kalau andainya anda tahu, kosnya amat rendah. Maka langkah ini ialah refinance pada harga RM355K dan bayaran bulan ialah RM1757, maka anda dapat cash out sebanyak RM130K. Gunakanlah duit ini untuk membayar semua hutang peribadi sebanyak RM130K tadi. Disebabkan sudah 2 tahun, kemungkinan besar nilai pasaran sewa sudah meningkat, katalah disewa pada harga RM1800, Dengan ini jumlah bebanan hutang yang perlu beliau bayar ialah RM0, kerana jumlah bulanan sudah di bayar oleh penyewa dan semua hutangnya sudah disembunyikan dalam hartanah tersebut. Langkah #4 : Move forward Untuk move forward, beliau boleh guna hasil simpanan lebihan, account 2 EPF, bonus, personal loan untuk membeli hartanah berikutnya. Yang membeza ialah beliau atau anda ialah mengambil tindakan untuk sediakan pelan dan laksanakan pelan tersebut. Moga hasil case study ini, dapat membuka mata-mata kawan kearah mencari jalan financial freedom.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF