Menggambarkan maklumat abstrak dalam bentuk yang lebih konkrit
Menggambarkan perhubungan antara fakta dengan konsep
Menyimpan maklumat dengan
Mengaitkan
baik dan mengingat kembali dengan mudah
maklumat baru dengan peta yang sedia ada
CARA MENGGUNAKAN
Merancang dan menyusun idea
Menterjemahkan sesuatu fikiran
dengan teratur untuk persembahan aktiviti pembelajaran.
yang tersirat dalam minda kepada bentuk yang tersurat.
Memahami proses pemikiran kendiri sekiranya pelajar menulis apa yang difikirkannya langkah demi langkah.
Menggunakan pola-pola berlainan untuk menghubungkan maklumat dan mencari cara yang berlainan untuk mengorganisasikan isi kandungan.
PENGURUSAN GRAFIK Konsep dan Definisi Mengikut Bahagian Bahagian Pendidika Pendidikan n Guru (1996), pengurus pengurusan an grafik merupakan s salah alah satu bentuk lakaran atau ilustrasi yang dapat membantu dan mengurus cara berfikir seseorang ke arah lebih tersusun dan mantap. Pengurusan grafik adalah satu pendekatan yang memuatkan keseluruhan ruang maklumat dalam satu lembaran kertas. Maklumat yang diwakili oleh kata kunci dan imej grafik akan memberikan kesan tanggapan yang lebih mendalam. Pusat Perkembangan Kurikulum (1992) telah menyenaraikan faedah penggunaan grafik yang merangkumi merekod maklumat dan melihat pertaliannya, menyusun idea, memahami dan mengurus pemikiran dan pembelajaran serta mengingati maklumat dengan lebih mudah. Poh (1998) pula mendefinisikan pengurusan grafik sebagai langkah membuat pemetaan, penyusunan pola-pola yang boleh digunakan bagi mewakili perkaitan maklumat tentang sesuatu idea. Pengurusan Grafik (PG) atau Graphic Organiser (GO) digunakan dengan meluas oleh Swartz and Parks (1994) dalam program Penyebatian Pemikiran Kritis dan Kreatif dalam Pengajaran Konten. Pengurusan Grafik membantu guru atau pelajar memvisualkan bagaimana mereka berfikir tentang konten atau isi kandungan sesuatu bidang kajian. Pengurusan Grafik merupakan pemetaan atau pola penyusun penyusunan an yang boleh digunakan u untuk ntuk mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu idea. Pengurusan grafik menyokong pengajaran dan pembelajaran kerana fotograf menyempadankan gambar di dalamnya untuk membentuk suatu persembahan visual. Tanpa kerangka ini, fotograf ini kelihatan menyepah tanpa sempadan. Kerangka bangunan pula menyokong keseluruhan bangunan itu. Kedua-dua metafora ini menonjolkan ciri penting bagi kerangka pemikiran. Pengurusan grafik sebagai kerangka pemikiran, menyokong dan menyusun pemikiran tetapi secara tersendiri tidak melakukan pemikiran.
Sesuatu pengurusan grafik mempunyai bahagian-bahagian yang boleh ditukar-tukar untuk membolehkan kita mengawal proses mencari dan mengaitkan perhubungan. Bahagian-bahagian ini termasuk garis, bulatan, gambar dan perkataan. Pengurusan grafik boleh dibentuk pada kertas nota atau kad. Tujuan Penggunaan Pengurusan Grafik Pengurusan grafik dapat membantu pangajaran dan pembelajaran kea rah kaedah yang lebih berkesan. Dengan menggunakan pengurusan grafik, maklumat yang disampaikan oleh guru dapat disusun dengan sistematik dan hubungan antara konsep-konsep menjadi jelas. Pengurusan Grafik dapat memba membantu ntu pelajar melihat maklumat yang dipelajari daripada perspektif baru serta menggalakkan pelajar mencuba sendiri strategi pembelajaran. Pengurusan grafik dapat merancang dan menyusun idea pelajar yang ingin membuat persembahan dalam sesuatu pembelajaran, misalnya pelajar yang ingin membuat persembahan sesuatu projek secara berkumpulan dalam pembelajaran di dalam kelas. Pelajar boleh menggunakan pengurusan grafik secara bertulis bagi menjelaskan idea-idea secara tersusun dan sistematik. Pengurusan grafik dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang seperti guru yang sedang menyampaikan isi pelajaran dalam bilik darjah dan pelajar yang memberi maklum balas isi pelajaran yang diterima daripada guru. Penggunaan pengurusan grafik secara terancang dan bertepatan dengan objektif pengajaran dapat memaksimumkan kemahiran komunikasi guru dan pelajar. Selain itu, dengan penggunaan pengurusan grafik juga, pelajar dapat mengenalpasti proses pemikiran kendiri seseorang. Ini dilakukan apabila pelajar dapat melakar sendiri kesemua idea yang difikirkan secara jelas, satu persatu dan bersistematik. Jika amalan ini dibuat berterusan dan bersungguh-sungguh, maka idea yang disampaikan lebih jelas dan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Tambahan pula, pengurusan grafik boleh dijadikan alat bantuan mengajar yang berkesan. Alat ini boleh digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran mereka dengan cara disediakan terlebih dahulu oleh guru dan diedarkan kepada pelajar atau dilukis di papan hitam. Guru juga boleh meminta pelajar menyediakan pengurusan grafik
atau meminta mereka berbincang dalam kumpulan bagi menghasilkan pengurusan grafik yang sesuai.
Cara menggunakan pengurusan grafik Kita perlu merancang dan menyusun idea untuk persembahan aktiviti pembelajaran secara lisan mahupun bertulis supaya pelajar dapat menjelaskan idea-idea mereka secara teratur. Jika menggunakan pengurusan grafik, kita perlu memahami proses pemikiran kendiri sekiranya pelajar menulis apa yang difikirkannya langkah demi langkah menurut turutan dalam Pengurusan Grafik (PG). Kita perlu menterjemahkan sesuatu fikiran yang tersirat dalam minda kepada bentuk yang tersurat dalam pengurusan grafik. Proses ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Sekiranya diusahakan oleh pelajar-pelajar seluruh kelas, PG boleh berkembang menjadi suatu jaringan gambar, benda kecil, rencana akhbar dan kad berperkataan yang dihubungi oleh tali-tali berwarna yang menyeluputi suatu dinding besar. Dengan menggunakan pola-pola berlainan untuk menghubungi maklumat-maklumat, guru dan pelajar boleh mencari cara-cara yang berlainan untuk mengorganisasikan isi kandungan yang dikaji.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.