Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

November 16, 2017 | Author: Lan Reak | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam...

Description

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

o

Pengenalan

Perbelanjaan kerajaan merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam identity belanjawan fiskal dan perakaunan pendapatan negara. Justeru, kajian ini menaksir arah hubungan jangka pendek dan jangka panjang antara komposisi perbelanjaan kerajaan pusat (yang merupakan saiz kerajaan) dengan pertumbuhan ekonomi. Ini bererti analisis turut mengambil kira kewujudan perubahan komponen perbelanjaan tidak simetri mengikut kitaran perniagaan. Menerusi aplikasi model Vector Autoregressif (VAR), dapatan keseluruhan membuktikan teori Keynes wujud dalam jangka panjang di Malaysia, yang bererti pendapatan negara dominan dipengaruhi oleh jumlah perbelanjaan kerajaan. Namun, didapati banyak komponen perbelanjaan awam dipengaruhi oleh pendapatan negara, lantas ini mencerminkan wujud hukum Wagner dalam jangka pendek.

Malaysia merupakan salah sebuah negara ASEAN yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

Keajaiban ini bermula dalam tahun 1980an berikutan tindakan kerajaan membangunkan

sektor perindustrian serta mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur menerusi kerjasama dan gandingan ekonomi dengan negara Asia termaju iaitu Jepun. Seterusnya, usaha kerajaan meliberalisasi sektor domestik bagi menarik kemasukan pelaburan asing pula dilihat telah merancakkan lagi pertumbuhan output dalam tahun 1990an. Namun begitu, jika diperhalusi arah aliran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga semasa, didapati berlaku turun naik dalam kadar pertumbuhan KDNK. Sebagai contoh bagi kes pertumbuhan tahunan, kadar

MS 1 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

pertumbuhan KDNK meningkat daripada 4.99 peratus pada 1970 kepada 9.76 peratus pada 1972, kemudian ia mencapai tahap puncak dalam tahun 1973 (31.67 peratus) dan selepas itu kadar pertumbuhan KDNK merosot hingga 1975 (-2.3 peratus). Begitu juga dengan pertumbuhan KDNK dalam era 1980an yang mana kadar pertumbuhan KDNK ini meningkat dari 1981 (8.08 peratus) sehingga 1983 (11.76 peratus), mencapai puncak pada 1984 (13.74 peratus) dan kemudiannya merosot pada 1985 (-2.52 peratus) dan 1986 (-7.68 peratus). Namun, secara keseluruhannya, kadar pertumbuhan output Malaysia memuncak pada akhir 1980an hingga pertengahan 1990an, dan kemudiannya ia semakin menurun hingga tahun 2000an berikutan daripada krisis kewangan yang melanda negara pada akhir 1997 dan 2008. Di samping itu, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia ini juga mempunyai arah aliran seperti flying geese. Ini disebabkan dalam tahun-tahun 1970anhingga pertengahan tahun 1980an, kadar pertumbuhan output berbeza-beza atau mencapah (convergence) dari tahun ke setahun.

Hanya selepas 1986, kadar pertumbuhan output semakin menumpu

(divergence) atau hanya wujud perbezaan kecil dalam kadar pertumbuhan output antara tahun. Kertas kerja ini akan mengupas berkenaan pelaburan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan projek-projek mega dan bagaimana projek-projek terbabit dapat memberi kesan atau impak dalam pelaburan yang telah dijalankan.

MS 2 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

1.0 Projek Greater KL/Klang Valley Enjin Pertumbuhan Ekonomi Negara o

DEFINISI NKEA GREATER KL/KV Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Greater KL/KV melangkaui sempadan WP Kuala Lumpur. Ia ditakrifkan sebagai kawasan yang meliputi 10 munisipaliti, di mana setiap satu ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan: DB Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, MB Shah Alam (MBSA), MB Petaling Jaya (MBPJ), MP Klang (MPK), MP Kajang, MP Subang Jaya (MPSJ), MP Selayang, MP Ampang Jaya (MPAJ) dan MD Sepang. Kawasan metropolitan Greater KL/KV lebih kecil berbanding dengan Kelompok Bandar Kecil Kebangsaan. Kuala Lumpur seperti yang didefinisikan dalam Pelan Fizikal Negara (National Physical Plan) edisi semakan terkini. Ia menumpukan pengelompokan ekonomi yang paling padat dalam Kelompok Bandar Kecil, termasuk kawasan penting seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada tahun 2010, penduduk Greater KL/KV adalah sebanyak kira-kira 6 juta orang, dengan sumbangan sebanyak kira-kira RM263 bilion kepada PNK negara. Dalam erti kata lain, 20% daripada penduduk negara menyumbangkan 30% PNK negara, lantas mengesahkan bahawa Greater KL/KV sememangnya enjin pertumbuhan ekonomi negara dan oleh itu patut diambil kira sebagai NKEA. Sila lihat Gambarajah 1.1.

MS 3 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

Gambarajah 1.1 : Kerajaan Tempatan yang terlibat dalam Projek KL Greater

o

Prestasi bandaraya utama amat mustahak

Antara semua ekonomi bandar yang terdapat di Malaysia, Greater KL/KV sehingga kini merupakan ekonomi bandar yang terbesar. Greater KL/KV merupakan penyumbang terbesar bagi PNK per kapita pada masa ini dan juga bagi tahun 2020, dengan lebih 7 kali ganda berbanding dengan Johor Bahru, bandaraya kedua terbesar, dan lebih 2.5 kali berbanding sektor industri terbesar, iaitu minyak, gas dan tenaga. Pada dekad akan datang, sasaran Greater KL/KV adalah untuk mencatat pertambahan penduduk dan PNK masing-masing sebanyak 5 dan 10% setahun. Perubahan sebanyak satu peratus terhadap sasaran ini akan memberikan impak yang besar terhadap keseluruhan ekonomi Negara.

MS 4 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

2.0 Produktiviti Bandar memang penting

Faktor penghijrahan biasa dari kampung ke bandar sahaja tidak mencukupi untuk mencapai aspirasi Greater KL/KV . Produktiviti bandar adalah lebih penting, dan pada peringkat global, ia berbeza antara satu bandaraya dengan yang lain. Saiz, bentuk dan corak kepadatan penduduk bandaraya menentukan cara penggunaan tenaga dan sumber lain, dan juga hasil daripada faktor berdaya huni. Banyak daripada hasil tersebut terjana daripada hubung kaitan antara corak kepadatan dengan infrastruktur pengangkutan. Faktor ini menentukan kecekapan dan kelancaran pengendalian harian sesebuah bandaraya. Selain itu, penyediaan perkhidmatan asas seperti sistem pembetungan, pengurusan sisa pepejal, bekalan elektrik dan air perlulah mencukupi untuk memenuhi permintaan yang didorong oleh

jumlah

penduduk. Oleh itu, cabaran bagi Greater KL/KV adalah untuk menggabungjalinkan kuasa pembandaran sambil membentuknya untuk memaksimumkan produktiviti bandar dan pada masa yang sama menyasarkan keberkesanan dan tarikan daya boleh huni.

o

3.0 Bandaraya hebat perlu mempunyai ciri boleh berdaya huni

Pilihan seseorang untuk menetap di sesuatu tempat adalah berdasarkan pertimbangan bahawa tempat berkenaan memenuhi keperluan kehidupan dirinya. Dalam ekonomi global dan serba mudah alih ini, golongan profesional boleh memilih untuk tinggal dan bekerja di tempat yang mereka rasakan sesuai. Persaingan untuk mendapatkan tenaga mahir bukan sahaja berlaku antara negara bahkan antara bandaraya. Bandaraya yang ceria dan berdaya huni merupakan daya penarik bagi golongan berkemahiran tinggi. Lazimnya, bandaraya mewah mempunyai beberapa penunjuk boleh berdaya huni. Ini termasuklah tersedianya kemudahan asas seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan selain MS 5 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

keupayaan untuk memenuhi pelbagai tuntutan kebudayaan dan kehendak lain masyarakat yang semakin canggih. Oleh itu, sambil pembandaran semakin giat dijalankan, Greater KL/KV perlu menumpukan pada usaha untuk memperbaik aspek daya huninya.

o

4.0 Cabaran bagi Greater KL/KV

Greater KL/KV telah pun terlakar di dalam peta dunia sebagai salah sebuah bandaraya ikonik di Asia Tenggara. Ia cukup terkenal dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara Berkembar dan acara antarabangsa seperti perlumbaan Formula One, serta ciri pelbagai kaum dan warisannya. Greater KL/KV juga dianugerahkan dengan sumber alam semula jadi yang kaya - seperti tepian sungai, kawasan hijau dan hutan belantara simpanan. Pelaburan secara berkala dalam infrastruktur telah menyediakan rangkaian perhubungan jalan raya yang baik serta perkhidmatan asas seperti air dan elektrik yang berkualiti tinggi. Jelas sekali, Greater KL/KV mempunyai potensi yang sangat besar. Walau bagaimanapun, persoalan tetap timbul. Pertama, bagaimanakah ia boleh menjadi lokasi pilihan syarikat besar di rantau ini? Kedua, bagaimanakah kita boleh menukar aliran keluar kemahiran, dan menarik kembali tenaga mahir terbaik ke bandaraya ini? Ketiga, bagaimanakah kita boleh mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi agar kita dapat keluar daripada ekonomi berpendapatan sederhana? Sekiranya kita tidak berjaya untuk menangani segera cabaran yang ada, Greater KL/KV menghadapi risiko ketinggalan jauh di belakang bandaraya lain di rantau ini yang sedang pesat membangun. Antara cabaran tersebut termasuk:

MS 6 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

5.0 Persaingan sengit daripada bandaraya Negara jiran

Greater KL/KV bukan merupakan lokasi pilihan utama syarikat multinasional dan golongan professional yang mencari tapak di Asia atau juga di Asia Tenggara. Dalam hal ini, Malaysia ketinggalan di belakang negara pesaingnya dalam usaha menarik syarikat asing. Terdapat kira-kira 1,600 syarikat asing yang beroperasi di Malaysia berbanding dengan 4,000 syarikat di Beijing, 6,000 syarikat di Singapura dan 17,000 syarikat di Shanghai. Malah bagi sektor yang Malaysia dianggap sebagai pesaing yang baik, seperti kewangan Islam, pun kita tidak begitu dominan, jika dilihat dari segi penyertaan pemain utama global.

o

6.0 Faktor boleh berdaya huni ketinggalan di belakang banyak bandaraya lain di Asia

Pada hari ini, Greater KL/KV berada pada kedudukan ke-79 daripada 130 bandaraya dalam indeks boleh berdaya huni EIU, dan berada di tempat ke-10 daripada 31 bandaraya Asia yang dibuat perbandingan. Oleh itu kita perlu memperbaiki pelbagai dimensi daya boleh huni, termasuk keselamatan, penjagaan kesihatan, pendidikan, kebudayaan dan persekitaran.

o

7.0 Pengangkutan awam masih lagi tidak mencukupi

Pengangkutan awam di Greater KL/KV adalah sesak, tidak bersepadu dan tidak andal. Jalan raya semakin sesak dari hari ke hari. Mod pengangkutan awam hanya mencakupi 12% (data tahun 2009), setelah merosot daripada 34% pada tahun 1985 dan 20% pada tahun 1997. Kawasan metropolitan utama lain seperti Singapura, Hong Kong dan Tokyo, lazimnya mempunyai bahagian mod pengangkutan awam lebih tinggi, melebihi 50%.

MS 7 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

8.0 Banyak kekayaan semula jadi masih belum diterokai sepenuhnya

Gombak yang tercemar sememangnya tidak banyak mempunyai potensi, sama ada dari segi nilai komersial mahupun sebagai destinasi yang boleh merancakkan aktiviti di bandaraya. Selain itu, Greater KL/KV mungkin akan kehilangan kawasan semula jadi dan kawasan hijaunya yang kaya, sekiranya pembangunan di kawasan bandar tidak dikawal dengan baik.

o

9.0 Aspirasi Greater KL/KV

Kedinamikan ekonomi dan aspek daya boleh dihuni perlu seiring. Aspirasi Greater KL/KV boleh dirumuskan sebagai 20-20 menjelang tahun 2020 – iaitu, untuk menjadi satu-satunya bandaraya yang akan mencapai secara serentak kedudukan 20 teratas dari segi pertumbuhan ekonomi bandaraya (seperti yang didefinisikan mengikut kadar pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar bandaraya) sambil menjadi antara 20 bandaraya teratas di dunia sebagai bandaraya paling berdaya huni menjelang tahun 2020. Ini merupakan cabaran yang besar, memandangkan tiada bandaraya lain yang sentiasa dapat mencapai sasaran ini. Dari segi sejarah, kebanyakan bandaraya cenderung untuk berkembang dahulu dan setelah itu baru menangani isu kebolehdayahunian, seperti yang berlaku di London, New York, dan baru-baru ini di Shanghai. Sebaliknya, sebilangan bandaraya yang tinggi daya huninya secara relatif kekal kecil, seperti Copenhagen, Vancouver dan Zurich. Greater KL/KV akan terus memajukan aspek pertumbuhan seiring dengan daya boleh huninya.

Membangunkan

Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi Aspirasi ekonomi bagi Greater KL/KV adalah untuk meningkatkan sumbangannya kepada PNK sebanyak 2.5 kali, iaitu daripada RM258 bilion kepada kira-kira RM650 bilion setahun. Langkah ini boleh menaikkan bahagiannya kepada PNK, daripada kira-kira 30% daripada PNK negara kepada

MS 8 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

kira-kira 40%, lantas menjana kadar pertumbuhan dinamik sebanyak 11% setahun. Berkaitan dengan ini, aspirasi tambahan meliputi: • Menaikkan PNK per kapita sebanyak hampir dua kali, daripada RM40,000 kepada RM70,000 setahun; • Mencapai kedudukan 20 teratas dalam kajiselidik Liveability Index EIU. Lebih nyata, ini bermakna mengatasi bandaraya lain seperti Seoul (kedudukan ke-58 pada tahun 2010), Singapura (ke-53 pada tahun 2010), dan Hong Kong (ke-31 pada tahun 2010); • Menambah bilangan penduduk daripada 6 juta kepada 10 juta orang, dengan fokus pada meningkatkan kumpulan tenaga mahir asing daripada 9% kepada 20% daripada penduduk, khususnya bagi tenaga mahir bernilai tinggi; dan • Mewujudkan 553,000 lagi peluang pekerjaan, selain jumlah pekerjaan yang akan diwujudkan secara khusus oleh NKEA lain.

o 10.0 Sembilan EPP bagi Menjana Impak PNK sebanyak RM193.0 bilion Sembilan EPP, dengan berlandaskan empat dimensi, telah dikenal pasti untuk merealisasikan aspirasi Greater KL/KV . EPP ini, digabungkan kesemuanya, berpotensi untuk menambah sumbangan sebanyak RM193.0 bilion kepada PNK. Selain daripada sembilan EPP ini, satu pemboleh EPP diperlukan untuk menyokong pertumbuhan penduduk. Pemboleh EPP ini tidak akan menghasilkan impak ke atas PNK, namun memerlukan pembiayaan awam sebanyak RM4.0 bilion.

MS 9 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

Dimensi 1: Greater KL/KV sebagai daya penarik

Greater KL/KV akan menjadi lokasi pilihan bagi syarikat dan golongan profesional. MNC antarabangsa dan serantau yang dinamik, serta peneraju yang semakin penting dalam subsektor sasaran akan digalakkan untuk menempatkan ibu pejabat global atau serantau mereka di Greater KL/KV . Ini bukan sahaja akan merangsangkan aktiviti ekonomi yang lebih giat bahkan mewujudkan permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sehubungan itu, langkah ini akan disokong oleh program imigresen tempatan dan luar untuk menambah penduduk Greater KL/KV kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020, dengan tumpuan pada pekerjaan bernilai tinggi. • EPP 1: Menarik 100 firma paling dinamik di dunia dalam sektor yang diutamakan; dan • EPP 2: Menarik campuran kumpulan tenaga mahir tempatan dan luar yang sesuai.

o

Dimensi 2: Sistem perhubungan Greater KL/KV yang lebih cekap

Sistem perhubungan Greater KL/KV dengan pihak luar dan dalam negeri akan menjadi lebih baik. Keterhubungan serantau akan dipercepatkan melalui penggunaan sistem keretapi berkelajuan tinggi (HSR) untuk menghubungkan Greater KL/KV dengan Singapura. Contoh daripada seluruh dunia membuktikan bahawa manfaat daripada sistem perhubungan berkelajuan tinggi akan membolehkan kedua-dua kawasan metropolitan mendapat manfaat yang besar daripada aktiviti ekonomi yang lebih giat melalui rangkaian hubungan yang penting ini. Pada masa sama, hubungan antara bandaraya akan menjadi lebih kukuh dengan adanya sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT). Memandangkan penduduk Greater KL/KV dijangka bertambah seperti yang dirancang, sistem pengangkutan dalam bandar akan MS 10 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

mengalami kesesakan yang lebih teruk. Oleh itu, MRT bersepadu amat penting disediakan bagi memastikan kelancaran hubungan. • EPP 3: Menghubungkan dengan Singapura melalui sistem keretapi laju; dan • EPP 4: Membina sistem transit aliran berkapasiti tinggi bandar yang bersepadu.

o

Dimensi 3: Tempat-tempat baharu Greater KL/KV

Greater KL/KV akan menjadi tempat yang ceria dan menarik untuk dihuni. Destinasi baharu berpotensi tinggi dalam kawasan Greater KL/KV akan dikenal pasti sebagai tarikan dan ditambahbaik bagi meningkatkan daya boleh dihuni penduduk dan menarik pelancong dan pendatang dari luar untuk melawat dan berpindah ke Greater KL/KV . Pertama, Pusat Bandaraya KL dianugerahi dua batang sungai dan tepian air yang indah, yang akan dieksploitasi sebagai pusat perniagaan dan komersial. Meskipun banyak yang perlu dilakukan untuk memulihara sungai dan membangunkan semula kawasan sekitarnya, sungai tersebut mempunyai potensi yang amat besar untuk mempertingkatkan daya boleh dihuni dan daya tarikan Greater KL/KV . Kedua, Bandaraya KL ketinggalan di belakang oleh bandaraya terkemuka yang lain dari segi kawasan hijaunya (hanya 12 meter persegi kawasan hijau bagi setiap penduduk berbanding standard WHO sebanyak 16 meter persegi bagi setiap penduduk). Justeru, langkah untuk menambah keluasan kawasan hijau adalah penting untuk memperbaiki keseluruhan kualiti hidup bandaraya itu. Ketiga, Greater KL/ KV kaya dengan aset semula jadinya yang boleh dimanfaatkan untuk menjadi pusat tarikan (contohnya, kawasan Penjara Pudu lama dengan pintu gerbangnya yang ikonik, stesen keretapi lama KTM dan Chinatown). Pembangunan semula yang strategik dengan takrifan sempadan yang cukup jelas berpotensi untuk membolehkan lebih banyak tempat

MS 11 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

dibangunkan sebagai ikon dalam Greater KL/KV , lantas menambah keceriaan kehidupan dan daya tarikannya. • EPP 5: Memulihara Sungai Klang untuk dijadikan pusat warisan dan komersial bagi Greater KL/KV ; • EPP 6: Menghijaukan Greater KL/KV bagi memastikan setiap warganya dapat menikmati kawasan hijau yang cukup luas; dan • EPP 7: Mewujudkan tempat dan daya tarikan ikonik.

o

Dimensi 4: Penambahbaikan perkhidmatan di Greater KL/KV

Greater KL/KV akan berfungsi dengan lancar dan cekap. Kekurangan dan lowongan dalam perkhidmatan asas seperti rangkaian tempat pejalan kaki, pengurusan sisa pepejal, pembetungan dan kebersihan bandaraya perlu ditangani bagi memastikan bandaraya dapat berfungsi dengan baik dan berdaya huni. Antara perkhidmatan yang diperlukan untuk membangunkan bandar yang benar-benar cekap dan boleh berdaya huni, dua faktor keutamaan telah dikategorikan sebagai EPP. Pertama, laluan pejalan kaki sekitar kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur nyata tidak mencukupi dan tidak bersepadu. Menangani isu ini bukan sahaja akan meningkatkan daya boleh dihuni tetapi juga menggalakkan lagi potensi sector pelancongan dan komersial. Memandangkan penduduk Greater KL/KV akan bertambah lebih 65% dalam masa 10 tahun akan datang, adalah penting untuk memastikan proses dan pengurusan pengutipan sisa pepejal yang mantap disediakan. • EPP 8: Membina rangkaian pejalan kaki yang komprehensif; dan • EPP 9: Membangunkan ekosistem pengurusan sisa pepejal yang cekap.

MS 12 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

Selain EPP tersebut, pertumbuhan minimum, peluang perniagaan dan kesan penggandaan akan menjana peningkatan PNK sebanyak hampir RM200 bilion.

o

11.0 GREATER KL/KV SEBAGAI DAYA PENARIK

Greater KL/KV perlu menjadi daya penarik bagi firma dinamik dan tenaga mahir global. Justeru, inisiatif pencarian yang proaktif akan dilancarkan untuk menarik firma dan tenaga mahir sedemikian untuk mencapai aspirasi ini. • EPP 1: Menarik 100 Firma Paling Dinamik Dunia dalam Sektor Keutamaan

o

Rasional

Saiz adalah penting. Di Greater KL/KV hari ini, 4% syarikat teratas menjana 79% daripada jumlah pendapatan dan 10% syarikat teratas menggaji 63% daripada jumlah pekerja. Usaha untuk merangsang lagi aktiviti ekonomi banyak bergantung pada keupayaan bandaraya untuk menarik firma asing utama atau syarikat multinasional (MNC). Dengan hasrat untuk menggandakan PNK per kapita, bentuk pelaburan langsung asing yang digalakkan ke negara ini seharusnya bukan lagi bentuk pelaburan yang menumpukan pada pekerja bergaji rendah, tetapi seharusnya pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tambah lebih tinggi. Oleh yang demikian, kita perlu menarik firma terkemuka dunia dan paling dinamik untuk membuka ibu pejabat mereka di bandaraya ini, terutamanya MNC yang berkaitan dengan sector keutamaan bagi Greater KL/KV . Dengan menarik 100 firma sedemikian, ia MS 13 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

akan dapat menyumbangkan PNK sehingga sebanyak RM40 bilion setahun kepada Greater KL/KV. Nilai yang dapat dijana daripada Greater KL/KV adalah jelas: kumpulan tenaga mahir yang besar dengan kecekapan berbahasa Inggeris yang tinggi, lokasi strategik di tengahtengah rantau Asia yang pesat berkembang, infrastruktur yang cukup baik, kos hidup yang lebih rendah berbanding dengan bandaraya pesaing seperti Singapura dan Hong Kong selain persekitaran yang berdaya huni. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kelebihan berbandingnya, Malaysia perlu membuat pembaikan yang nyata, khususnya dalam memudahkan urusan untuk menjalankan perniagaan, misalnya dari segi berapa hari diperlukan untuk memulakan perniagaan, kadar cukai syarikat dan indeks perlindungan pelabur. Dari segi kualiti ruang, firma dan aktiviti ekonomi yang akan menumpukan pada kelompok ekonomi merentas landskap Greater KL/KV yang ditunjukkan dalam Carta 5-5. Semua kelompok ini akan dilengkapi dengan kemudahan dan sistem perhubungan bertaraf dunia. Kelompok ekonomi ini membentuk sebahagian daripada tawaran yang lebih tinggi kepada syarikat sasaran. o

Tindakan

Sektor keutamaan ekonomi Greater KL/KV telah pun dikenal pasti berdasarkan sumbangan semasa dan sumbangan akan datang kepada PNK, dan sektor ini termasuk perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, pelancongan dan runcit. Pada tahun 2009, gabungan kesemua sektor ini menyumbangkan 41% kepada jumlah PNK Greater KL/KV . Bagi setiap subsektor ini, syarikat telah dikenal pasti dari seluruh dunia, dengan lokasi sebilangan MNC sasaran yang menarik telah diketahui (berpandukan hasil pendapatan). Antaranya termasuk institusi kewangan Islam di Timur Tengah seperti Bank Melli di Iran dan Dubai Islamic Bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Syarikat ini akan mendapat manfaat daripada Malaysia, memandangkan negara ini merupakan negara Islam, dan juga MS 14 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

kedudukannya yang strategik di rantau Asia yang pesat membangun. Usaha untuk menarik syarikat sedemikian termasuk menawarkan insentif menarik kepada MNC, pemasaran proaktif kepada MNC yang diutamakan, memperkukuhkan golongan tenaga mahir tempatan dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

o

Menawarkan pakej insentif yang menarik bagi Ibu Pejabat MNC.

Kami akan membaiki kriteria sedia ada bagi Ibu Pejabat Operasi, yang kini menikmati pengecualian cukai antara 5 hingga 10 tahun. Penambahan yang mungkin boleh dibuat terhadap kriteria bagi kelayakan status Ibu Pejabat Operasi MNC termasuk: jumlah aset syarikat induk perlu melebihi RM300 juta, modal berbayar minimum RM5 juta daripada syarikat induk, mengekalkan rangkaian syarikat besar di luar Malaysia dan mengekalkan 50% kumpulan pekerja mahir sepanjang tempoh insentif tersebut dengan penggunaan definisi yang jelas bagi guna tenaga mahir berdasarkan pensijilan. o

Mempromosikan Greater KL/KV secara proaktif kepada MNC yang diutamakan.

Satu pasukan pemasaran dan kumpulan pelaksanaan yang khusus akan membina dan menyelenggarakan satu pangkalan data syarikat keutamaan tinggi untuk menyesuaikannya dengan buku pemasaran yang dibina khusus bagi menyediakan panduan setempat untuk pemindahan lokasi ke Greater KL/KV . o

Memperkukuh kumpulan tenaga mahir tempatan dengan menekankan kepada peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula.

Antara usaha berkaitan ialah memulakan Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian dan memperluas Skim Pengurusan Peningkatan Nilai Siswazah. MS 15 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

Mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Kami akan memanfaatkan inisiatif yang didorong oleh PEMUDAH sehingga kini dan juga inisiatif yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Antara contohnya ialah memperkenalkan proses mendapatkan lesen melalui jendela tunggal menerusi portal eKerajaan bagi kerajaan tempatan dan negeri, menyatupadukan perkhidmatan antara agensi dan mengurangkan prosedur yang diperlukan kepada tiga prosedur sahaja dalam masa tiga hari, yang kini boleh dilakukan dengan pelancaran nombor pengenalan syarikat Malaysia yang standard (MyCoID). Satu entiti yang menumpukan pada usaha menarik syarikat sedemikian ke Greater KL/KV akan ditubuhkan. Entiti ini akan dikenali sebagai Invest KL, dengan misi untuk memastikan Greater KL/ KV menjadi destinasi pelaburan serantau paling utama, dengan menarik syarikat yang mempunyai kepentingan pada peringkat serantau dan berfokus global, serta mencipta perniagaan bertaraf dunia dan peluang kerjaya bagi warga Greater KL/KV . Skop dan mandat yang dicadangkan bagi organisasi..

Entiti ini akan

bertanggungjawab kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar; namun sebahagian daripada pejabatnya akan bertempat di Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk memanfaatkan sinergi dalam infrastruktur dan keupayaan yang kini terletak di MIDA. Sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan, tugas dan tanggungjawab yang khusus dan terperinci bagi Invest KL, model interaksi dengan MIDA dan agensi lain yang berkaitan (seperti Perbadanan Pembangunan Multimedia), pengambilan kakitangan dan keperluan dana, serta sasaran yang ditetapkan dari awal, merupakan antara perkara yang perlu didefinisikan menjelang akhir tahun 2010 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hasil perbincangannya dengan MIDA. o

Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang diperlukan adalah sebanyak RM82.2 bilion. MS 16 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

Impak

EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM41.4 bilion setahun dan mewujudkan hampir 234,000 pekerjaan menjelang tahun 2020. EPP 2: Menarik Kumpulan Tenaga Mahir Tempatan dan Luar yang Sesuai o

Rasional

Aktiviti ekonomi dalam Greater KL/KV yang lebih giat akan menambah jumlah pekerjaan daripada 2.5 juta pada tahun 2010 kepada 4.2 juta menjelang tahun 2020. Ini didorong oleh kombinasi pertumbuhan pekerjaan minimum dan jumlah pekerjaan yang diwujudkan oleh 12 projek NKEA, yang mempunyai bahagian pekerjaan yang tinggi dalam Greater KL/KV . Jumlah pekerjaan yang didorong khusus oleh EPP Greater KL/KV dan peluang perniagaan mencakupi kira-kira 553,000 peluang pekerjaan baharu. Secara keseluruhan, tambahan peluang pekerjaan yang dijangka terhasil akan dapat menyumbangkan sebanyak RM118.2 bilion PNK setahun kepada bandaraya ini menjelang tahun 2020. Bagi memenuhi permintaan pekerjaan, penduduk Greater KL/KV perlu bertambah daripada 6 juta orang pada tahun 2010 kepada 10 juta menjelang tahun 2020. Ini merupakan kenaikan nyata dalam kadar pertumbuhan sebanyak 5.6% setahun berbanding anggaran pertumbuhan semasa antara 1.9 hingga 2.9%. Perubahan yang nyata dalam pertumbuhan penduduk ini mungkin agak tinggi, namun bukan tidak pernah dicapai. Contohnya, sepanjang tempoh tahun 1999 hingga 2009, Shenzhen tumbuh pada kadar purata 7.1% setahun. Pertambahan penduduk sebanyak 4 juta orang di Greater KL/KV terdiri daripada pertumbuhan penduduk sebanyak 1.6 juta orang, dan jumlah selebihnya daripada penghijrahan dari dalam dan luar negara. Daripada jumlah pendatang sebanyak 2.5 juta orang yang dijangka berpindah ke Greater KL/KV , 20% daripadanya dijangka datang dari luar negara, iaitu ekspatriat dan juga masyarakat Malaysia di luar negara (diaspora Malaysia). MS 17 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

Tindakan

Dari perspektif permintaan, lima sektor guna tenaga keutamaan telah dikenal pasti bagi Greater KL/KV , iaitu pendidikan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, pelancongan dan peruncitan. Dari sudut penawaran pula, sasaran dari segi geografi telah ditetapkan bagi mengenal pasti negara yang menjadi tumpuan tinggi diaspora Malaysia seperti di Singapura, UK, AS, Australia dan Kanada, yang diduduki oleh lebih 700,000 rakyat Malaysia, dan negara seperti India, China, Jepun dan UK yang merupakan Negara asal bagi hampir 50% tenaga mahir di Malaysia hari ini. Usaha menarik tenaga mahir yang ramai ini memerlukan gabungan faktor seperti mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk tempat tinggal, tempat bekerja dan tempat beriadah, serta langkah khusus yang diambil secara proaktif untuk menarik mereka. o

Menubuhkan Malaysia Hall di bandaraya keutamaan

sebagai tempat yang mudah bagi masyarakat Malaysia di luar negara berkumpul selain menjadi saluran untuk meningkatkan kesedaran akan peluang yang ada di tanah air, dan juga sebagai pusat sehenti untuk membantu rakyat Malaysia yang sedang dalam proses untuk kembali semula ke Malaysia. o

Menggunakan personality terkemuka di Malaysia

seperti Perdana Menteri untuk mengenal pasti 100 individu teratas dari kalangan diaspora Malaysia. Contohnya, mengutus surat persendirian kepada kesemua individu tersebut dan menggariskan tiga perkara yang mereka boleh sumbangkan untuk pembangunan negara (contohnya, menyokong pelaburan dalam bidang pendidikan). o

Menjejak dan berhubung dengan 5,000 individu diaspora Malaysia paling menarik

dan juga terkenal pada peringkat antarabangsa kerana sumbangan besar mereka dalam bidang masing-masing, termasuk individu yang mempunyai nilai aset bersih yang tinggi, MS 18 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

pengusaha berpotensi tinggi dan ahli akademik terkemuka. Kami akan menggunakan khidmat agensi pencari bakat yang akan menggalakkan individu tersebut untuk kembali berkhidmat di Malaysia. o

Meningkatkan perkhidmatan consular di bandaraya keutamaan

supaya perkhidmatan pantas lagi cekap dapat ditawarkan kepada individu keutamaan tinggi yang memenuhi kriteria asas, seperti profesion atau nilai bersih mereka.

o

Mewujudkan anugerah untuk mengikitraf rakyat Malaysia bertaraf dunia

Sepertimana anugerah World Class New Zealand. Anugerah tersebut diadakan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang rakyat New Zealand yang berjaya dan juga rakan New Zealand yang membantu mempertingkat reputasi negara tersebut di persada antarabangsa. o

Menubuhkan enjin carian pekerjaan dalam talian

khusus untuk diaspora Malaysia sasaran dan warga asing yang berminat untuk berpindah ke Malaysia, seperti portal Jobs@Singapore yang ditubuhkan oleh Contact Singapore dan Kea Global Talent Centre untuk New Zealand. o

Menggunakan khidmat university terkemuka bagi memperkukuh hubungan alumni

dan menanamkan minat untuk berpindah ke Malaysia. o

Memberikan status Pemastautin Tetap

kepada anggota keluarga terdekat ekspatriat yang telah mendapat status pemastautin tetap. o

Melanjutkan tempoh visa pelajar kepada graduan asing sehingga selepas tamat pengajian bagi memberikan tempoh lanjutan kepada mereka supaya boleh bekerja di negara ini. Inisiatif untuk menarik tenaga mahir akhirnya akan MS 19 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

menjadi tanggungjawab Talent Corporation (Perbadan Bakat), dan mekanismenya adalah seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Seperti terkandung dalam Bab 3, perbadanan tersebut akan mula beroperasi pada awal tahun 2011. Talent Corporation akan bekerjasama rapat dengan Invest KL dan MIDA untuk membangunkan perspektif komprehensif berhubung dengan permintaan terhadap tenaga mahir untuk dijadikan asas bagi membuat senarai keutamaan seterusnya, selain terus membangunkan dan melaksanakan inisiatif menarik tenaga mahir. o

Pembiayaan

Jumlah pembiayaan tambahan yang diperlu dianggarkan sebanyak RM18 juta dari tahun 2011 hingga 2020, dan kebanyakan daripadanya adalah untuk membiayai penubuhan Malaysia Hall dan pusat sehenti yang serupa di bandaraya antarabangsa. o

Impak

EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM118.2 bilion setahun menjelang tahun 2020.

o

SISTEM PERHUBUNGAN GREATER KL/KV YANG LEBIH CEKAP

Sesebuah bandaraya terkemuka dunia perlu mempunyai saluran fizikal untuk menarik jutaan orang dan untuk membawa mereka bergerak di dalam kawasan bandar. Sistem perhubungan ke hab lain dan keterhubungan di Greater KL/KV adalah sama penting untuk pembangunan bandar dan meningkatkan produktiviti penduduk bandar. Dua EPP akan digunakan untuk mengurangkan kesesakan sistem hubungan antara Greater KL/KV dengan bandaraya lain dan juga di dalam Greater KL/KV sendiri. EPP 3: Menghubungkan dengan Singapura melalui Sistem Keretapi Berkelajuan Tinggi o

Rasional MS 20 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

Greater KL/KV dan Singapura boleh dikatakan bandaraya global sebenar. Cadangan penggunaan sistem keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Greater KL/KV dengan Singapura akan menghubungkan dua kelompok ekonomi terbesar di Asia Tenggara serta menjana pertumbuhan ekonomi di bandaraya berhampiran Malaysia. Kini, lebih 9.2 juta perjalanan dibuat setiap tahun antara kedua-dua bandaraya ini, dengan perjalanan darat mencakupi bahagian terbesar sebanyak 68% daripadjumlah perjalanan. Perkhidmatan HSR pada amnya akan mentransformasikan laluan Greater KL/KV –Singapura dengan menjadikan perjalanan harian sebagai alternatif yang berdaya maju. Perjalanan dari pintu ke pintu hanya akan mengambil masa antara 1.5 hingga 2 jam, lantas meletakkan laluan ini dalam kategori perjalanan harian. Ini merupakan penjimatan lebih dua jam jika dibandingkan dengan perjalanan melalui udara, iaitu kaedah perjalanan terpantas yang terdapat pada hari ini.

o

Menjadikan Greater KL/KV sebagai lokasi pilihan perniagaan.

Greater KL/KV akan menjadi suatu alternatif yang menarik bagi sektor perniagaan selain Singapura, kerana kos guna tenaganya yang rendah. Contohnya dalam sektor perkhidmatan hari ini, kos guna tenaga di Singapuadalah kira-kira dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Greater KL/KV .

o

Mentransformasikan kaedah perjalanan kita.

Permintaan perjalanan akan meningkat dengan nyata berdasarkan keputusan awal kajian yang dijalankan. Kajiantersebut menunjukkan bahawa akan terdapat kenaikan permintaan sebanyak tiga hingga enam kali ganda baperjalanan untuk tujuan perniagaan dan libur (Carta 5-10). Di bandaraya lain, permintaan yang bertambah untuk perjalanan telah mempengaruhi MS 21 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

pengkhususan dalam perniagaan selain membuka peluang perniagaanbagi firma lebih kecil, seperti dalam kes Paris dan Lille di Perancis selepas perkhidmatan TGV berkelajuan tinggi diperkenalkan di kedua-dua bandaraya tersebut. Kenaikan permintaan terhadap perjalanan untuk tujulibur adalah positif bagi Malaysia, dengan anggaran kenaikan antara RM2 hingga RM5 bilion dalam jumlah perbelanjaan pelancongan bersih setiap tahun.

o

Mencergaskan kembali pasaran hartanah.

Permintaan terhadap hartanah Greater KL/KV akan bertambah tinggi untuk menyamai pencapaian Negara serantau lain. Hari ini, harga hartanah di Greater KL/KV dinilai lima kali lebih rendah berbanding dengan unhartanah yang sama di Singapura. o

Meningkatkan produktiviti pekerja.

Penjimatan besar dalam masa perjalanan akan meningkatkan produktiviti pekerja. Pengembara perniagaan amenghargai penjimatan masa perjalanan. Secara keseluruhan, produktiviti pekerja dijangka meningkat dengapengembara perniagaan bukan hanya menjimatkan antara 2 hingga 2.5 jam setiap perjalanan, bahkan dapat bekerja degan selesa sepanjang perjalanan ke tempat kerja apabila menggunakan perkhidmatan HSR. o

Pelan tindakan

Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan bersama-sama memacu peringkat permulaan inisiatif ini. Khususnya, agensi ini akan menyediakan kertas kajian semula terperinci mengenai kewajaran inisiatif ini, yang akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun 2010. Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Langkah pertama dalam menggunakan HSR ialah

mengesahkan kes bagi sistem keretapi. Ini memerlukan langkah melihat kembali kes bagi MS 22 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

HSR, menjelaskan pilihan untuk mengoptimumkan modal swasta yang membiayai potensi pembangunan hartanah, mengenal pasti peluang sekitar pengurusan nilai untuk mengurangkan kos keseluruhan inisiatif ini serta memperjelas model operasi pilihan. Kajian semula ini akan siap pada akhir tahun 2010, dengan keputusannya dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Pada peringkat itu dan dengan andaian ia mendapat maklum balas positif, kami akan memulakan perbincangan dan rundingan dengan pihak Singapura. o

Pembiayaan

Projek ini dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM16.5 billion. o

Impak

EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM6.2 bilion setahun dan mewujudkan sebanyak 29,000 peluang pekerjaan dalam pasaran guna tenaga langsung dan tidak langsung menjelang tahun 2020. EPP 4: Membina Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Bandar yang Bersepadu o

Rasional

Sistem pengangkutan awam Greater KL/KV sedang menghadapi tekanan yang hebat, setelah hamper satu dekad berlalu, tidak ada pelaburan yang besar dibuat terhadap kapasiti keretapi bandar. Di bawah Program Transformasi Kerajaan, inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara untuk Pengangkutan Awam Bandar akan meningkatkan kapasiti keretapi bandar yang sedia ada, terutamanya menerusi pelaburan dalam peralatan pengangkutan. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk memperluas liputan penduduk yang tinggal dalam lingkungan jarak yang membolehkan mereka mengakses sistem keretapi yang cekap. Melangkah ke hadapan, aspirasi Greater KL/KV untuk mencapai 50% bahagian penumpang yang menggunakan mod pengangkutan awam tahun 2020 perlu disokong menerusi MS 23 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

peningkatan dari segi liputan perkhidmatan dan kapasiti keretapi bandar. Sistem MRT yang dicadangkan akan merentang sejauh 141 kilometer dengan tiga buah laluan utama memberikan perkhidmatan dalam radius sejauh 20 kilometer dari pusat bandar. Sistem ini diunjurkan berupaya membawa sehingga 2 juta penumpang pada tahun 2020, memberikan perkhidmatan kepada 11% perjalanan keseluruhan dalam Greater KL/KV dan 64% daripada perjalanan masuk dan keluar ke Pusat Bandaraya KL.

Selain memberikan kelegaan terhadap masalah kesesakan dan peningkatan ketercapaian kepada landskap pengangkutan Greater KL/KV , sistem MRT akan memberikan sumbangan secara langsung kepada aspirasi PNK negara. Sebagai sebuah projek infrastruktur terbesar yang pernah dilaksanakan oleh Malaysia, projek tersebut dianggarkan akan mengambil 130,000 pekerja apabila pembinaan mencecah puncak kerancakannya dengan impak penggandaan yang nyata dalam industri yang berkaitan. o

Tindakan

Pendekatan yang disyorkan bagi sistem MRT menandakan peralihan asas dalam pandangan kita terhadap pengangkutan awam – iaitu menukar persepsi yang sekadar melihat sistem MRT sebagai penggerak jumlah besar manusia semata-mata, kepada persepsi yang melihat wujudnya peluang perniagaan berdaya maju, yang mempunyai pembangunan komersial bernilai tinggi yang memanfaatkan pergerakan jumlah besar manusia. Empat wahana utama akan memastikan bahawa projek ini bakal menghasilkan sebuah sistem MRT bertaraf dunia, dengan nilai tertinggi untuk dinikmati oleh orang ramai dan pada masa yang sama, memberikan pulangan yang sewajarnya kepada sektor swasta. o

Serlahkan kuasa sector swasta.

MS 24 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

Wahana ini membentuk peranan dan peruntukan risiko yang jelas merentas sektor awamswasta berdasarkan prinsip PPP (perkongsian awam swasta) yang terbaik sambil pada masa sama mengenal pasti peluang bagi sektor swasta memberikan sumbangan dalam mengurangkan beban perbelanjaan awam keseluruhan. Sebagai contohnya, dalam sistem MTRC Hong Kong, pelaburan modal dalam infrastruktur keretapi lazimnya diberi subsidi silang dengan pemberian hak pembangunan hartanah yang diberikan kepada MTR bagi kawasan bersebelahan dengan stesen. Pelaksanaan strategi yang sama bagi MRT Greater KL/KV memerlukan pengenalan hak milik strata yang membolehkan pembangunan hartanah komersial dilakukan di atas tanah yang diperuntukkan bagi hak laluan MRT.

o

Berikan nilai yang lebih baik, lebih pantas dengan membuat gesaan terhadap pengurusan nilai pada setiap peringkat pelaksanaan: bermula daripada reka bentuk hingga kepada operasi. Usaha untuk mengoptimumkan nilai dalam projek berintensif modal besar yang sama, seperti projek Metro di Jepun, telah menghasilkan penjimatan kos sebanyak 22% (secara purata) hingga 40% (pembinaan landasan yang baharu). Mendapatkan nilai pada setiap peringkat proses bermula daripada perancangan, reka bentuk, pemerolehan hingga kepada pembinaan adalah penting untuk menghasilkan jenis dan skala penjimatan yang serupa dengan projek Metro di Jepun bagi sistem MRT Greater KL/KV .

o

Menyepadukan sistem sepenuhnya dengan kepesatan dan bentuk pembangunan Greater KL/KV.

Sistem MRT perlu direka bentuk untuk menyampaikan perkhidmatan kepada pembangunan komersial sedia ada (permintaan perjalanan sedia ada) dan juga pembangunan baharu utama yang akan datang (permintaan masa hadapan) seperti pembangunan Institut

MS 25 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

Penyelidikan Getah Sungai Buloh, Pusat Matrade dan Kuala Lumpur International Financial District. Memastikan integrasi sepenuhnya stesen MRT dan penjajaran dengan pembangunan baharu yang akan datang bukan sahaja mampu mengumpul jumlah manusia yang besar dan berkualiti malah mempermudahkan peningkatan nilai pembangunan hartanah pada masa hadapan.

o

Menyampaikan

visi

menerusi proses perundingan dengan orang ramai yang dilakukan secara produktif untuk memahami perkara yang mustahak bagi bakal pelanggan transit berkapasiti tinggi. Ini bertujuan memperoleh maklumat tentang aspek reka bentuk dan pelaksanaan yang dihasratkan selain memberikan maklum balas secara proaktif terhadap kebimbangan orang ramai menerusi persepsi yang dipacu oleh pendekatan vendor. Untuk melaksanakan MRT, sebahagian besar kerja telah dilaksanakan oleh penyokong sektor swasta pemula. Kerajaan pula, dalam tempoh lima bulan yang akan datang, akan mengesahkan cadangan ini di samping menjalankan kajian terperinci untuk menggunakan empat wahana tersebut bagi mengurangkan keperluan perbelanjaan awam sambil pada masa sama memaksimumkan faedah bagi orang ramai daripada sistem ini. Hasil kajian terperinci ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada akhir tahun 2010, dan pada peringkat itu keputusan akan dibuat berkaitan dengan kaedah pelaksanaan. o

Pembiayaan

Unjuran awal menunjukkan keperluan pembiayaan keseluruhan berjumlah lebih kurang RM47 bilion. Ini terdiri daripada kos infrastruktur sebanyak RM36 bilion dengan kemungkinan tambahan RM2 bilion untuk tujuan mempercepatkan pemerolehan tanah. MS 26 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

Untuk pelaburan seterusnya, lebih kurang RM9 bilion diperlukan untuk aset operasi syarikat, seperti peralatan pengangkutan. o

Impak

Potensi impak PNK hasil daripada penggunaan MRT diunjurkan dalam lingkungan RM21.3 bilion setahun pada tahun 2020. Hampir 20,000 pekerjaan juga akan diwujudkan dalam guna tenaga langsung dan tidak langsung.

o

TEMPAT BAHARU GREATER KL/KV

Bandaraya di serata pelosok dunia sering ditunjangi oleh tempat ikonik yang wujud di bandaraya itu. Tempatini meningkatkan daya boleh huni bandar dan lazimnya menjadi tempat tumpuan utama bagi aktiviti kerja dan riadah para penghuni bandar pada siang hari. Selain itu, dengan kunjungan oleh penduduk tempatan dan juga para pelawat ke tempat ini, sudah pastinya akan merangsang aktiviti ekonomi. EPP 5: Memulihara Sungai Klang untuk dijadikan Pusat Warisan dan Komersial bagi Greater KL/KV o

Rasional

Tepian Sungai Klang barangkali merupakan aset semula jadi Greater KL/KV yang tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Sungai Klang mempunyai segala ramuan untuk menjadi tepian air yang segar dan hidup. Kepentingan unsur sejarah, pusat budaya dan lokasi dalam lingkungan pusat bandar mempunyai potensi ekonomi dan daya boleh huni yang begitu besar sekali untuk direalisasikan. Sebilangan besar bandaraya berdaya huni yang menduduki tempat teratas mempunyai tepian air atau sungai yang dimanfaatkan untuk tarikan ekonomi dan daya boleh huni. Contoh bandar termasuklah Vancouver, Melbourne, Auckland, Genevadan Seoul. MS 27 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

Tindakan

Pemuliharaan sungai melibatkan pembangunan semula beberapa buah lokasi di sepanjang 10 kilometer sungai, di samping program pembersihan sungai yang dilaksanakan dengan intensif. Sebanyak 10 nod aktiviti ekonomi sepanjang Sungai Klang dan Sungai Gombak telah dikenal pasti, sebagaimana yang digambarkan dalam Carta 5-12. Bagi setiap nod, di samping pengindahan tebing sungai dan penambahbaikan keterhubungan, pembangunan pelbagai kegunaan akan digalakkan untuk meningkatkan aktiviti peruncitan, pilihan kediaman dan tempat bagi aktiviti libur seperti taman dan kawasan hijau. Bagi setiap nod ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakarkan pelan pembangunan terperinci dengan penumpuan pada pembangunan bercampur, pendefinisian yang optimum bagi setiap unsur dan bakal struktur PPP untuk pembangunan semula. Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan DBKL sedang menjalankan kajian terperinci terhadap langkah pembersihan sungai yang bakal memulakan pelaksanaannya pada akhir tahun 2010 atau awal 2011. Aspirasinya adalah untuk menambah baik kualiti air kelas semasa, iaitu Kelas III (yang didefinisikan sebagai tidak selamat untuk sentuhan badan) kepada Kelas IIB (yang didefinisikan sebagai lebih selamat untuk kegunaan rekreasi dengan sentuhan badan). Inisiatif pembersihan utama termasuklah menaik taraf sistem pembetungan sedia ada untuk mengurangkan bahan pencemaran daripada memasuki sistem sungai, menguatkuasakan dasar setinggan sifar menerusi kerjasama dengan DBKL dan pihak berkuasa tempatan lain, menaik taraf sistem pengairan untuk mengelakkan banjir dan menguatkuasakan panduan mengenai sisa air buangan ke atas penduduk, kilang dan ruang perniagaan komersial di sepanjang sungai. Semua inisiatif ini akan dilaksanakan bersamasama dengan Kerajaan Negeri Selangor, mengambil kira bahawa aktiviti huluan adalah penting untuk memastikan kualiti air hiliran di MS 28 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

KL.

Melaksanakan sebarang pembangunan semula bandar pada skala dan skop yang

sedemikian besar sesungguhnya merupakan usaha yang mengambil masa bertahun-tahun dan melibatkan pelbagai fungsi. Pembangunan semula ini akan diuruskan oleh satu pihak berkuasa berkanun kecil tetapi amat professional yang diwujudkan di bawah undang-undang Persekutuan. Pihak berkuasa tersebut akan memacu perancangan induk tapak dan pempakejan tapak pembangunan kepada para pemaju, perancangan dan penyelarasan pembersihan sungai, penambahbaikan pembangunan semula unsur warisan dan budaya, proses perundingan dengan orang ramai, pemasaran keseluruhan serta aspek kewangan dan perundangan EPP. Pihak Berkuasa ini perlu diwujudkan secara rasmi pada akhir tahun 2011, tertakluk pada jadual perundangan. Sementara itu, inisiatif ini akan dipacu oleh sebuah Majlis Pembangunan Bersama (Joint Development Council atau JDC) yang ditaja oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan penyelarasan oleh DBKL. JDC tersebut akan memainkan peranan sebagai penyelaras dan menjalankan peranan menerusi keupayaan dan kuasa para peserta dalam empat pasukan petugas: pewujudan pihak berkuasa; pembersihan dan pengindahan sungai; perancangan dan pembangunan dan pemasaran. Ini akan mencetuskan momentum bagi usaha pemuliharaan seiring dengan pewujudan pihak berkuasa rasmi yang akan memacu inisiatif ini dalam tempoh jangka panjang. o

Pembiayaan

Untuk mencapai sasaran EPP ini, perbelanjaan modal sebanyak RM17.9 bilion diperlukan, dengan RM14.3 bilion daripadanya ditandakan sebagai bahagian pelaburan swasta dalam pembangunan hartanah. o

Impak

MS 29 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

Potensi impak PNK hasil daripada pemuliharaan dan pembangunan semula nod yang dikenal pasti di sepanjang Sungai Klang dianggarkan berjumlah hampir RM4.3 bilion setahun pada tahun 2020. Peluang pekerjaan pula dianggarkan sebanyak 17,000 menjelang tahun 2020. Impak ini dipacu terutamanya oleh kegiatan ekonomi yang meningkat di sepanjang tepian sungai, potensi pelancongan yang meningkat dan hartanah yang bertambah nilai.

EPP 6:

Penghijauan Greater KL/KV untuk Memastikan Setiap Penduduknya Menikmati

Kawasan Hijau yang Mencukupi o

Rasional

Untuk menjadi sebuah bandaraya berdaya huni yang berada di kedudukan 20 teratas di dunia, Bandaraya Kuala Lumpur perlu meningkatkan dengan nyata kawasan hijaunya. Pada hari ini, jumlah keluasan kawasan hijau bagi setiap orang di pusat bandar hanyalah 12 meter persegi. Ukuran tersebut bukan sahaja lebih rendah daripada standard WHO, iaitu 16 meter persegi setiap orang, malah juga jauh ketinggalan di belakang bandaraya berdaya huni dunia yang terkemuka, seperti Vancouver yang mempunyai keluasan 22 meter persegi seorang. Berdasarkan trajektori pertumbuhan penduduk, keluasan kawasan hijau bagi setiap orang bakal merosot kepada hanya separuh daripada standard WHO iaitu sebanyak 8 meter persegi seorang pada tahun 2020. Fokus EPP adalah tertumpu dalam pusat bandar Kuala Lumpur memandangkan kawasan di luar bandaraya mempunyai kawasan hijau yang mencukupi. Penghijauan bandar akan menambah baik daya boleh huni melalui pewujudan persekitaran kehidupan yang selesa dan penyediaan kawasan untuk aktiviti rekreasi yang sihat. Malah, penghijauan bandar akan meningkatkan nilai hartanah kerana kawasan yang MS 30 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

lebih hijau lazimnya mendapat harga yang tinggi. Yang lebih penting lagi, penghijauan mewujudkan persekitaran yang lestari, dengan suhu dalam Bandar direndahkan dan pelepasan gas rumah hijau dikurangkan. o

Tindakan

Bandaraya yang lebih hijau boleh dicapai menerusi tiga inisiatif utama o

Menerima pakai

dasar pembangunan berfokuskan

hijau

dalam pembangunan semula Kerajaan dan swasta. Keperluan ruang kosong sebanyak 30% akan diutamakan untuk kawasan hijau. Ini bakal merangkumi pembangunan semula utama Kerajaan yang keluasannya melebihi 40.5 hektar seperti TUDM Sg. Besi dan sebarang tanah di bawah bidang kuasa Unit Perkongsian Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri (Unit Kerjasama Awam Swasta, UKAS), Media City Angkasapuri, rizab infrastruktur yang tidak digunakan dan tanah yang dimiliki oleh entiti swasta yang akan dibangunkan semula.

o

Menggunakan

kaedah pelanskapan

yang

kreatif,

termasuk penanaman pokok berdaun tebal, penghijauan pada atap bangunan dengan penanaman rumput dan pokok , dan pelanskapan menegak. Secara taktikalnya, DBKL akan memperluas inisiatif penanaman pokok semasa daripada 25,000 batang pokok kepada 100,000 batang pokok, dengan penekanan terhadap pokok yang rimbun dan berdaun lebat untuk membangkitkan pemandangan indah dan suasana koridor hijau. Menerusi langkah menghijaukan atap bangunan, 150,000 meter persegi daripada atap bangunan yang tidak digunakan akan dimanfaatkan untuk memperbanyakkan kawasan hijau. Menerusi pelanskapan menegak, yang mana tumbuhan hijau ditanam secara menegak dan pada struktur tergantung, sehingga 20% permukaan hijau tambahan dapat dihasilkan bagi struktur yang ditransformasikan. MS 31 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

Menyepadukan taman dan menggalakkan aktiviti luar.

Ini bukan sahaja akan memperbaik lagi tanggapan terhadap bandaraya hijau malah secara langsung menyumbang kepada PNK menerusi aktiviti komersial. Sistem taman bersepadu akan diwujudkan untuk meliputi semua bandar dalam segala rupa bentuk saiznya, boulevard (jalan berhias), pelanskapan laluan dan kawasan terbuka awam, di mana kawasan terbuka berbeza di dalam bandar dihubungkan menerusi denai hijau. Visinya adalah supaya orang ramai boleh berjalan merentasi bandar tanpa perlu meninggalkan denai hijau. Di samping itu, usaha akan dibuat secara proaktif untuk menarik acara dianjurkan di taman itu, termasuk penganjuran acara orang ramai (seperti konsert, pertunjukan, pertandingan sukan) dan juga penganjuran acara persendirian (seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, dan majlis korporat).

o

Pembiayaan

Pembiayaan keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM149 juta dari tahun 2010 hingga 2020, disebabkan oleh kenaikan keperluan pembiayaan bagi inisiatif penanaman pokok.

o

Impak

Potensi impak PNK dianggarkan sebanyak hampir RM1 bilion setiap tahun, dan penciptaan sebanyak 3,000 pekerjaan menjelang tahun 2020.

EPP 7: Mewujudkan Tempat dan Tarikan Ikonik o

Rasional MS 32 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

Semua bandaraya tersohor di dunia memiliki tarikan unik masing-masing yang memberikan definisi ciri dan identiti tersendiri bandaraya tersebut. Eiffel Tower dan Seine River menghiasi kota Paris, Broadway dan Statue of Liberty melatari kota New York sementara Oriental Pearl dan Bund mewarnai kota Shanghai – semua nama masyhur tersebut merupakan tarikan yang terjalin rapi dengan identiti bandaraya masingmasing. Pada hari ini, pembayangan Greater KL/KV mungkin terjalin utuh dengan Menara Berkembar PETRONASdan Bangunan Sultan Abdul Samad. Walau bagaimanapun, Greater KL/KV mempunyai potensi yang besar untuk memanfaatkan secara lebih meluas lagi tapak warisan sedia ada yang boleh dipulihara dan dibangunkan semula menerusi penghayatan sejarah dan warisan Greater KL/KV , serta keyakinan untuk menjadi sebuah bandaraya kosmopolitan dan global pada masa hadapan. Tambahan pula, tempat ikonik ini juga menjana aktiviti ekonomi yang lebih tinggi menerusi aktiviti penginapan hotel yang lebih lama, hasil runcit daripada pelancong dan warga tempatan yang bertambah serta guna tenaga yang meningkat.

o

Tindakan

Sebagai permulaan, tiga tarikan keutamaan telah disyorkan di dalam pusat bandar, dengan memanfaatkan aset warisan Greater KL/KV yang amat bernilai. o

Muzium warisan jalan kaki segi tiga

menghubungkan tapak budaya dan sejarah sekitar kawasan Masjid Jamek – Dataran Merdeka – Dayabumi – Pasar Budaya menerusi laluan pejalan kaki rasmi – sebuah kembara pengalaman menelusuri sejarah KL yang bertunjangkan tapak warisan yang mempunyai ciri keunikan tersendiri. Matlamatnya adalah untuk mempamerkan tempat budaya dan warisan kota yang kaya, yang dilengkapi dengan kiosk interaktif di tapak utama, pameran yang hidup

MS 33 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

dan aktiviti runcit bertumpukan budaya menerusi satu rangkaian laluan pejalan kaki yang diteduhi dengan baik. o

Koloni kesenian Pasar Budaya,

di mana bangunan Pasar Budaya sedia ada akan ditransformasikan dan direka bentuk semula menjadi sebuah kompleks yang mempunyai studio seni hidup. Projek tersebut, iaitu sebuah PPP antara DBKL dengan pemilik sedia ada (Kha Seng Textile), akan mereka bentuk pakej insentif untuk menarik artis terkenal dan memperuntukkan kawasan bagi pertunjukan langsung dan acara pendidikan. Dengan fokus terhadap peruncitan kebudayaan dan libur kelas atasan, kawasan sekitar juga akan dicergaskan semula menerusi pewujudan sesiaran pejalan kaki dan penempatan semula kedai kraftangan dan cenderamata sedia ada ke kawasan di sekitar Pasar Budaya. o

Penjara Pudu

yang dibina pada tahun 1895, mempunyai Pintu Gerbang Penjara Pudu sebagai perlambangan sejarah bandaraya kita yang kaya. Tapak ini menghadirkan peluang untuk menggarap sejarah tradisi berusia 115 tahun dengan kecemerlangan seni bina moden. Tapak seluas 7.9 hektar tersebutakan ditransformasikan menjadi sebuah pembangunan yang menggabungkan kediaman, pejabat dan komponen runcit, dan diserlahkan dengan tarikan kebudayaan dan rekreasi. Tarikan ikonik seperti Muzium Kesenian Moden untuk menandingi muzium bertaraf dunia seperti Guggenheim di New York atau Tate Modern di London, dewan konsert atau amfiteater terbuka akan dibangunkan di tapak ini. Pembangunan itu pula akan dihubungkan dengan baik dengan laluan pejalan kaki bandar, monorel dan laluan aliran transit ringan dengan stesen bersebelahan. DBKL akan mengenakan keperluan untuk memastikan bahawa semua bangunan dibangunkan sebagai bangunan hijau, dan beberapa bahagian bangunan asal Penjara Pudu dipulihara (contohnya pintu gerbang ikonik). Selain MS 34 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

itu, pembangunan perlu menyediakan 30% ruang kosong yang boleh diakses oleh orang ramai. Pembangunan tersebut juga akan diberikan kenaikan dalam nisbah plot sebanyak 20%. Tapak tambahan lain di Greater KL/KV yang mempunyai potensi untuk menjadi tempat ikonik termasuklah seperti stesen KTM lama dan China Town. Bagi tapak ini, DBKL akan menetapkan kriteria pembangunan yang ketat termasuk keperluan 30% ruang terbuka, dan sebagai gantinya pemaju diberi 10% lagi nisbah plot di kawasan keseluruhan. Di samping itu, DBKL sedang menentukan keperluan tarikan ikonik yang sejajar dengan warisan tapak tersebut. Untuk mengurangkan bebanan awam dan memanfaatkan kepakaran komersial, usaha pembangunan akan dipacu menerusi perkongsian dengan sektor swasta untuk bersama-sama mereka bentuk dan membina tarikan bertaraf dunia, terutamanya untuk lokasi yang dimiliki oleh pihak swasta seperti Pasar Budaya. o

Pembiayaan

Keperluan pembiayaan keseluruhan bagi dua tarikan utama adalah sebanyak RM240 juta dari tahun 2010 hingga 2020 dengan sektor swasta memberikan sumbangan sebanyak 50%.

o

Impak

Potensi impak PNK dianggarkan kira-kira RM460 juta setiap tahun dengan penciptaan hampir 13,000 pekerjaan menjelang tahun 2020. o

PERKHIDMATAN LEBIH BAIK GREATER KL/KV

Dengan kebanjiran syarikat antarabangsa dan tenaga mahir di Greater KL/KV , keterhubungan yang ditambah baik dan destinasi baharu bagi warga tempatan dan pelancong, perkhidmatan utama seperti rangkaian laluan pejalan kaki dan pengurusan sisa pepejal perlu ditambah baik untuk memastikan pertumbuhan mampan jangka panjang. Berdasarkan perbincangan dengan pihak berkuasa dan pemilik yang berkaitan, MS 35 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

perkhidmatan lain yang diperlukan untuk pertumbuhan (seperti perumahan, tenaga elektrik, air dan kumbahan) akan diuruskan dan tidak lagi menjadi halangan yang nyata kepada Greater KL/KV . EPP 8: Mewujudkan Rangkaian Pejalan Kaki yang Menyeluruh o

Rasional

Berdasarkan tinjauan pendapat orang ramai yang dijalankan oleh Seranta Awam, Greater KL/KV bukanlah sebuah kota yang mesra pejalan kaki, kerana pada masa ini ia mempunyai reka bentuk yang tidak cekap, penyelenggaraan yang teruk dan ketercapaian yang lemah. Penduduk tempatan dan para pelancong jarang menemui hubungan antara bangunan, sebaliknya sering mendapati kesinambungan yang lemah dalam laluan pejalan kaki dan kekurangan akses bagi golongan kurang upaya dan warga tua. Di samping impak langsung terhadap daya boleh huni, nilai rangkaian pejalan kaki yang menyeluruh akan ditingkatkan dengan nyata sekiranya ia disepadukan dengan pembangunan utama lain di dalam bandar. Menghubungkan laluan pejalan kaki dengan sistem MRT akan membantu menambah baik aliran lalu lintas masuk dan keluar dari stesen, menambah baik keterhubungan antara nod transit dan meningkatkan aktiviti peruncitan sama ada di stesen MRT atau berhampiran dengannya. Menghubungkan laluan pejalan kaki dengan Sungai Klang yang dipulihara akan mendorong pelancong dan warga tempatan melawat pusat bandar dan menggalakkan aktiviti komersial dan libur di sepanjang tebing sungai. o

Tindakan

Pada masa ini, DBKL dan sektor swasta telah memulakan program untuk membina 4.5 kilometer perhubungan laluan pejalan kaki berbumbung dan bertingkat di pusat bandar, dengan jangkaan program bakal disiapkan pada pertengahan tahun 2012. DBKL akan menyempurnakan dua set laluan pejalan kaki pada akhir tahun 2011. Yang pertama MS 36 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

menghubungkan antara Berjaya Times Square dengan Pavilion. Yang kedua menghubungkan Jalan Perak dan Pavilion dengan Crowne Plaza dan Jalan P. Ramlee serta menghubungkan Jalan Sultan Ismail dengan Jalan Pinang. Selain itu, Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) akan menyempurnakan enam hubungan di pusat bandar pada akhir tahun 2010 sebagai sebahagian daripada program pelaburan pengangkutan awamnya yang meluas. Usaha yang diterajui oleh PETRONAS pula untuk menyempurnakan laluan pejalan kaki bertingkat di sekitar kawasan KLCC akan disiapkan pada tahun 2011. Pada masa yang sama, sebuah pelan jangka panjang akan dibangunkan oleh DBKL untuk mengadakan sebuah rangkaian laluan pejalan kaki sepenuhnya di seluruh Bandaraya KL sepanjang 45 kilometer. Pelaksanaan koridor yang diperluaskan ini akan bermula pada tahun 2012 dan dijangka siap pada tahun 2014. Terdapat tiga fasa untuk pelan menyeluruh tersebut. • Fasa 1: Laluan utama sejauh 3 kilometer dari Dataran Merdeka ke Jalan Tunku Abdul Rahman, yang berakhir di kawasan Chow Kit. Ini akan memberikan perkhidmatan kepada jumlah pejalan kaki yang besar di beberapa tempat di bandar yang mempunyai aktiviti komersial utama; • Fasa 2: Laluan pejalan kaki primer sejauh 14 kilometer bagi lalu lintas pejalan kaki antara lokasi utama dengan nod transit; dan • Fasa 3: Laluan sekunder yang menghubungkan laluan pejalan kaki utama (9 kilometer) dan memperluas liputan perkhidmatan pejalan kaki ke seluruh pusat bandar (16 kilometer). Untuk mewujudkan rangkaian pejalan kaki yang cekap, DBKL dan pihak berkuasa tempatan yang relevan akan mendapatkan secara proaktif pandangan orang ramai dan mengambil kira pandangan tersebut dalam seluruh proses reka bentuk, melaksanakan analisis kos yang MS 37 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

terperinci untuk menjimatkan kos pembinaan dan menyepadukan reka bentuk untuk dihubungkan dengan pembangunan utama yang lain (contohnya MRT, pemuliharaan Sungai Klang, ruang perniagaan runcit). o

Pembiayaan

Keperluan pembiayaan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM105 juta dari tahun 2011 hingga tahun 2020 untuk menyiapkan keseluruhan rangkaian laluan pejalan kaki. o

Impak

Potensi impak PNK dianggarkan lebih kurang RM6 juta setiap tahun

EPP 9: Membangunkan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal yang cekap o

Rasional

Sistem pengurusan sisa pepejal di Greater KL/KV yang ada sekarang tidak dapat bertahan lama, disebabkan oleh empat faktor kebimbangan utama. Pertama, jumlah sampah terkumpul dijangka meningkat daripada 10,000 tan sehari kepada 17,000 tan sehari menjelang tahun 2020, melebihi keupayaan menampung harian tempat pembuangan sampah yang dirawat. Kedua, kadar kitar semula iaitu pada 11% (pada tahun 2009) masih lagi jauh ketinggalan di belakang negara maju seperti Singapura, kadarnya pada 57%, dan Denmark, pada 42%. Ketiga, kadar bayaran bagi pengurusan sisa pepejal mencakupi bahagian yang tinggi, iaitu kira-kira 60% daripada jumlah kutipan cukai tanah isi rumah dan MS 38 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

ini menjadi beban yang besar bagi perbelanjaan pihak berkuasa tempatan. Akhirnya, perkhidmatan pengutipan sampah pepejal dan fungsi pembersihan yang tidak memuaskan hati telah menyebabkan aduan yang diterima bertambah, contohnya, DBKL, secara purata menerima 45 aduan sehari berhubung dengan kedua-dua perkhidmatan tersebut. Melangkah ke hadapan, pengurusan sampah pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam yang cekap amat penting untuk menyokong corak pembangunan pesat di Greater KL/KV Tindakan Usaha memperbaik pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam akan tertumpu pada empat kaedah utama.

o

Menyemak bayaran pengurusan sampah pepejal.

Cara pengeluaran bil dan kutipan bayaran tidak menghuraikan dengan jelas kos berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal. Melangkah ke hadapan, pengeluaran bil secara langsung akan diperkenalkan supaya premis akan dikenakan bayaran berasingan bagi pengutipan dan pengurusan sisa pepejal. Kini, kos pengurusan sisa pepejal mencakupi bahagian yang besar daripada belanjawan pihak berkuasa tempatan. Contohnya, cukai taksiran DBKL kini adalah RM367 bagi setiap isi rumah, dan dua-pertiga daripada pendapatan ini disalurkan sematamata untuk pengurusan sisa pepejal. Melangkah ke hadapan, tariff bayaran pengurusan sisa pepejal akan mencerminkan kos, dibezakan, dan dikaitkan dengan jumlah sampah yang dibuang, bagi memberikan insentif pengurangan pengumpulan sampah sejajar dengan prinsip orang

yang mencemarkan alam sekitar perlu membayar. Prinsip yang telah

digunakan dengan jayanya di luar negara termasuk kes di sebuah kawasan perbandaran di Belgium yang menyaksikan kadar pengumpulan sampah menjadi stabil berikutan pelaksanaan tarif berbeza dan kadar kitar semula yang tinggi pada kirakira 75%.

MS 39 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

Meningkatkan pelaksanaan3R - mengurangkan, mengguna semula dan

mengitar

semula. Inisiatif yang dilaksanakan akan membentuk ekosistem kitar semula bagi mencapai kadar kitar semula pada 40% menjelang tahun 2020, berbanding dengan sasaran yang ditetapkan pada 22%. Pengasingan mandatori sampah akan dikuatkuasakan (contohnya, pemungut sampah akan hanya mengutip sampah yang telah diasingkan) menjelang tahun 2012. Melalui langkah pengasingan sampah di rumah, inisiatif utama kitar semula untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihantar ke tempat pembuangan sampah boleh dilaksanakan, seperti pengomposan dan penghadaman anaerobik (anaerobic digestion) bagi sampah organic (45% daripada jumlah sampah terkumpul). o

Mencari pilihan rawatan sisa pepejal.

Pada masa sekarang, kebanyakan sampah dibuang di tempat isian sanitari dan isian bukan sanitari. Melangkah ke hadapan, faktor kekurangan tanah dan keprihatinan tentang alam sekitar lantas memerlukan cara rawatan sampah alternatif. Kerajaan akan menyemak pilihan yang ada seperti tanah isian sanitari dan pembakaran (insinerasi), serta kemudahan rawatan mekanikal-biologikal. Sementara Kerajaan perlu membuat keputusan mengenai pilihan teknologi rawatan, sebarang pelaburan dalam rawatan sampah pada masa akan datang perlu dibuat secara PPP. Melalui cara tersebut, pemilihan pelabur swasta akan dibuat secara tender terbuka, dengan tempoh masa kontrak ditentukan berdasarkan prestasi yang boleh diterima. o

Memastikan prestasi pemegang konsesi pengurusan sampah dan pembersihan awam adalah baik.

Di bawah proses persekutuan, perkhidmatan pengutipan sampah akan disediakan di bawah tempoh konsesi jangka panjang 22 tahun. Kontrak juga akan mengandungi penalti yang MS 40 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

sesuai dan wajar terhadap syarikat dengan prestasi yang buruk (dan bukan hanya potongan bayaran), dan pada masa yang sama, ganjaran akan diberikan bagi prestasi yang baik. Kontrak juga perlu memberikan kefleksibelan kepada Kerajaan untuk selalu menyemak tarif bagi memastikan kadar yang dikenakan adalah adil dan wajar. Pembiayaan Keperluan pembiayaan keseluruhan sepanjang tempoh tahun 2011 hingga 2020 dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion, satu bahagian yang besar daripada jumlah ini adalah melalui pelaburan sektor swasta daripada inisiatif penswastaan fungsi pengutipan dan rawatan sisa. Impak Potensi Impak PNK dianggarkan kira-kira RM157 juta setiap tahun.

o

PEMBIAYAAN

Cabaran 20-20 pada tahun 2020 NKEA Greater KL/KV merupakan satu cabaran yang amat besar, dan akan memerlukan jumlah pembiayaan yang besar. Pembiayaan ini akan dicapai menerusi model perkongsian awam-swasta.

o

Tinjauan Keseluruhan terhadap Keperluan Pembiayaan

Aspirasi 20-20 merupakan cabaran yang amat getir. Meningkatkan PNK KL sebanyak tiga kali ganda pada tahun 2020 dan bergerak lebih tinggi dalam kedudukan, iaitu daripada bandar yang menduduki tempat ke-79 kepada antara 20 teratas dalam Indeks Daya Boleh Huni EIU akan menjadi suatu tugasan yang amat besar. Meskipun sektor swasta akan membiayai 66 peratus daripada keperluan pembiayaan merentasi kesemua sembilan EPP, Kerajaan terus kekal memainkan peranan penting dalam menyumbangkan sebahagian pelaburan, terutamanya dalam infrastruktur perkhidmatan awam untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang menarik dan kondusif bagi pemupukan aktiviti ekonomi yang dinamik dan MS 41 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

inovatif. EPP Greater KL/KV memerlukan pembiayaan kumulatif berjumlah RM172 bilion dari tahun 2011 hingga 2020.

o

12.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pendapatan negara dominan dipengaruhi oleh jumlah perbelanjaan kerajaan. Senario ini sebenarnya menggambarkan kepentingan peranan yang dimainkan oleh perbelanjaan kerajaan persekutuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang, terutama sekali menerusi projek penyediaan infrastruktur yang akan memberi manfaat terhadap semua negeri di Malaysia. Namun, disebabkan pelaksanaan projek sebegini kebiasaannya memakan masa yang lama, maka dua perkara harus diteliti. Pertama, perancangan bagi projek-projek ini perlulah dibuat secara teliti oleh tenaga pakar dan profesional terutama sekali dari aspek peruntukan kos dengan mengambil kira pergerakan tingkat harga di pasaran. Pemilihan projek pula perlulah dilakukan dengan berasaskan kepada keutamaan, yang mana projek yang dilihat berstatus ‘kritikal’ perlu diutamakan.

Kedua, apabila sesuatu projek itu telah dilaksana, maka perlu ada

jawatankuasa daripada kalangan pakar dan profesional yang akan memantau perjalanan projek tersebut sehingga ia berjaya diselesaikan dan memberi manfaat kepada kumpulan sasaran. Perlu ditegaskan di sini bahawa kegagalan projek-projek pembangunan yang dibiayai oleh perbelanjaan kerajaan akan merugikan banyak pihak kerana kegagalan projek tersebut disiapkan bererti belanja yang telah diperuntukkan atas projek tersebut secara automatik akan menjadi tidak produktif walaupun sektor tersebut merupakan sektor yang MS 42 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

produktif. Melalui projek Greater KL/KV pelaburan yang akan dilakukan oleh kerajaan akan menjana perkembangan ekonomi Negara dan meningkatkan sumbangannya kepada PNK sebanyak 2.5 kali, iaitu daripada RM258 bilion kepada kira-kira RM650 bilion setahun. Langkah ini boleh menaikkan bahagiannya kepada PNK, daripada kira-kira 30% daripada PNK negara kepada kira-kira 40%. Pelaburan ini amat penting dalam menjana perkembangan ekonomi Negara setrerusnya menjadi pemankin kepada negara berpendapatan tinggi.

MS 43 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

13.0 KERATAN AKHBAR PROJEK GREATER KL

MS 44 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

MS 45 of 46

Pengurusan Dan Analisis Pelaburan Awam GMGF 3013

o

13.0 RUJUKAN

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/home/443-berita/8508-greater-kl-lembah-klang-bakaljana-rm100-bilion.html http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2330%3Atransit-aliranpantas-wujud-130000-pekerjaan&catid=150%3Anews&Itemid=624&lang=my http://www.infodesa.gov.my/web/guest/arkib/keratan-akhbar/-/asset_publisher/G9nd/content/10lagi-projek-etp-bakal-diumum;jsessionid=FF3F3556C480BC7ACE6A3EC4F42B73F1?redirect=%2Fw http://www.utusan-malaysia-online.com/najib-garis-empat-dimensi-aspirasi-greater-kl http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224def/49ebf6b9d73e42e54 8257937000d1d78?OpenDocument

MS 46 of 46

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF