Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku

August 18, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku...

Description

 

 

1.0 Pengenalan

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggung jawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang  juara masyarakat yang yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Sehubungan Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang. Pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas tugas pengajaran guru “one of the most wonderful  jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah.  Antara model pengurusan pengurusan bilik darjah adalah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Disiplin Asertif Canter, Akibat Logical Dreikurs, Pengurusan kelompok Kounin dan Terapi Realiti.

Secara

ringkasnya

model Modifikasi Tingkah

Laku

oleh

Skinner

menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif yang mempunyai peranan yang tersendiri. Sebagai rumusan, pengurusan disiplin bilik darjah adalah sangat penting untuk membentuk iklim bilik darjah yang kondusif agar keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dipertingkatkan.  dipertingkatkan.  

1

 

 

2.0 Tugasan Esei

Senario 1 Cikgu anita adalah seorang guru di sebuah sekolah pinggir Bandar. Beliau menghadapi masalah tingkah laku pelajar dalam bilik darjahnya. Beliau kecewa kerana pelajarnya tidak pernah menyambutnya dengan baik apabila dia memasuki kelas. Ada pelajar yang minum air dan ada  juga yang mengemas buku diatas meja dan ada yang masih berbual. Semasa sesi pembelajaran ada pelajar yang memanggil kawannya, ada yang meninggalkan tempat duduk mereka, bercakap dengan pelajar lain dan ada juga yang mengedarkan nota. Cikgu Anita menulis nama-nama pelajar yang bercakap selepas diberikan amaran beberapa kali supaya berhenti bercakap. Dia telah memberikan amaran dua kali kepada seorang murid lelaki kerana memberikan jawapan kepada pelajar lain yang telah dipanggil untuk menjawab. Beliau menahan dua murid lelaki yang menembak bola kertas ke dalam tong sampah dan menyebabkan pelajar-pelajar lain ketawa. Namun demikian tindakan beliau dan hukuman itu tidak berjaya mengatasi masalah ini.

Senario 2 En. Andy mengambil berat mengenai dua orang muridnya Danish yang jarang menyiapkan kerjanya walaupun en. Andy membantunya untuk memahami pelajaran yang diajar. Sebaliknya  Ani dapat menyiapkan kerjanya tetapi seringkali seringkali menggangu pelajar lain. En. Andy berusaha untuk menyelasaikan masalah ini dengan memindahkan meja Danish dekat dengan mejanya supaya Danish dapat menyiapkan kerja yang diberi. Ani seringkali tidak mengendahkan apa yang dicakap oleh gurunya dan dia akan tersengih setiap kali ditegur. Dia juga sering melakukan perkara yang menjengkelkan dan menyebabkan orang lain ketawa. Cikgu Andy telah beberapa kali memindahkan meja Ani jauh dari kawan- kawannya namun Ani tidak berubah sikap dan menganggu pelajar lain.

Berdasarkannscenario diatas, analisis kedua-dua kajian tersebut. Kenal pasti dan bincangkan cabaran dan tingkah laku dan pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru. Nilaikan keberkesanan strategi pengurusan disiplin di kalangan guru dalam kedua-dua kes. Berikan hujah-hujah dan cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah dengan merujuk kepada model- model disiplin bilik darjay yang sesuai.

2

 

 

2.1 Penyelasaian Masalah Senario 1

Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh cikgu Anita, beliau boleh mengunakan model pengurusan bilik darjah iaitu disiplin Asertif Canter untuk menghadapi masalah pelajar- pelajar dalam kelas. Disiplin Asertif ini telah diusulkan oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati ramai guru kurang berdaya mengawal tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik darjah. Dalam hal ini , cikgu Anita boleh menberikan arahan yang tegas, jelas dan ringkas dalam menangani murid-murid dalam kelas. Contohnya sebelum masuk kelas, pastikan semua pelajar berdiri dan memberikan salam hormat kepada guru dan harus dilakukan sekali lagi sekiranya murid- murid tidak memberikan perhatian. Selain itu, cikgu Anita haruslah mengambil pendekatan dengan murid adalah bukan musuh dan tidak boleh menggunakan gaya dan bahasa yang kasar , menyindir, menghina dam marah kepada murid. Hal ini akan menimbulkan kebencian murid dan mereka akan tidak berminat untuk belajar subjek yang diajar oleh cikgu Anita. Selain itu, cikgu anita harus percaya bahawa bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang terbaik untuk murid- murid. Dalam hal ini, sikap kurang tegas akan menyebabkan murid- murid dalam kelas akan sambil lewa dan tidak menumpuhkan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Model ini juga melibatkan

ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Dalam hal ini, cikgu Anita harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Oleh itu, cikgu Anita haruslah yakin dalam menjalankan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas dengan memastikan semuanya dalam keadaan yang terkawal. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid 3

 

 

lain untuk belajar dengan selesa. Sebagai seorang guru yang bijak , cikgu Antia harus menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah dan kemudian menyuruh mereka membawa balik ke rumah untuk ditandatangani oleh ibu bapa mereka dan sekiranya berlaku tingkah laku yang tidak diingini, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta. tindakan seperti ini dapat membantu cikgu anita mengawal kelas dengan baik dan suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Selain model disiplin Asertif Canter, cikgu Anita juga boleh menggunakan model  Akibat Logikal Dreikurs ( Logical Concequences Concequences Dreikurs ) dimana cikgu Anita haruslah memahami punca masalah tingkah laku murid dalam kelasnya dengan menyelidiki latar belakang mereka. Mengikut Dreikurs, murid yang bertingkah laku laku disebabkan kekurangan keperluan kepunyaan dalaman, dan memberi sumbangan kepada sesuatu kumpulan sosial yang berinteraksi dengannya. Untuk memenuhi kekurangan ini, murid akan menggunakan tingkah laku yang tidak diingini untuk mencapai matlamatnya. oleh itu , cikgu Anita harus mengenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya agar murid sedar akan kesalahan yang dilakukan. Seterusnya, cikgu Anita juga boleh menggunakan Model Pengurusan Kelompok Kounin.   Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik Kounin. darjah iaitu Jacob Kounin. Dalam hal ini, cikgu Anita harus sedar seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Oleh itu, cikgu Anita harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa bagi memastikan semua murid mematuhi arahan yang telah diberikan.

4

 

 

2.2 Penyelasaian Masalah Senario 2 Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh en. Andy, beliau boleh mengaplikasikan model masalah

Modifikasi Tingkah Laku yang dipelopori oleh Skinner dalam menyelasaikan dua orang muridnya iaitu Danish dan Ani. Model ini menggunakan prinsip prinsip

peneguhan yang mengutamakan elemen- elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Untuk menyelasaikan masalah Danish yang jarang menyiapkan kerjanya walaupun sering dibantu oleh gurunya, en. Andy boleh mengunakan peneguhan positif iaitu berlaku apabila rangsangan,

seperti hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan.

Dalam hal ini, en. Andy boleh memberikan hadiah atau pujian bagi meningkatkan lagi motivasi Danish untuk terus belajar dan membuat kerja yang disuruh selain menghargai usahanya walaupun sedikit.

Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku

murid yang diingini. Untuk menangani masalah Ani pula, en. Andy boleh menggunakan kaedah peneguhan negatif iaitu berlaku apabila rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan

yang

dikeluarkan

adalah

untuk

meningkatkan

tingkah

laku

pelajar.

Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya, Pelajar membuat m embuat bising dalam kelas dan guru membuat mem buat amaran kepada k epada pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Walaubagaimanapun, dendaan hanya memberikan kesan dalam tempoh yang singkat sahaja , selepas itu tingkahlaku yang tidak diingini akan berulang semula. Murid yang didenda kerana tidak boleh menguasai sesetengah kemahiran dalam matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajara matematik.

5

 

 

Selain itu, model Disiplin Asertif Canter juga boleh digunakan oleh en. Andy dalam menyelasaikan masalah muridnya iaitu Ani yang suka menganggu pelajar lain. Dalam hal ini, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus  jelas dengan dengan matlamat matlamat pengurusan, pengurusan, yakin yakin dan tegas tegas dalam dalam menetapkan menetapkan peraturan. peraturan. En. Andy haruslah tegas dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas dengan memastikan semua murid mematuhi peraturan bilik darjah yang telah dibincangkan bersama dengan ibu bapa murid dan haruslah mengambil tindakan serta mertasekiranya terdapat mana- mana murid yang melakukan kesalahan mengikut peraturan bilik darjah. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Bagi masalah Danish pula,

en. Andy boleh menggunakan model Akibat Logikal

Dreikurs ( Logical Consequences Dreikurs ) dimana beliau haruslah menyelidiki tentang latar belakang danish iaitu, tentang pekerjaan ibu bapa Danish, bilangan adik- beradik, dan dimana muridnya tinggal dan minta laporan pihak hospital sama ada Danish menghadapi masalah “Slow learner “ ataupun “ ataupun tidak. Hal ini sangat penting agar en. Andy boleh memilih kaedah pengajaran yang sesuai berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi. Aspekaspek ini harus diambil perhatian yang serius kerana ia mampu mempengaruhi perkembangan murid sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Selain itu, en. Andy juga boleh bertanya terus tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya dan guru boleh berbincang terus dengan ibu bapa pelajar tentang bagaimana cara menangani masah tersebut.

6

 

 

Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Oleh itu, dalam hal ini en.  Andy haruslah haruslah mengambil mengambil satu masa yang yang sesuai untuk untuk mengenal mengenal pasti punca tingkah tingkah laku Danish dan Ani dalam kelas seterusnya perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. En.  Andy juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Suasana kelas yang menarik dan kondusif dapat menarik perhatian murid untuk belajar. Selain

itu,

en.

Andy

harus

mempertingkatkan mempertingkatk an

cara penyoalan

dan

mengadakan perbincangan dengan murid-murid mengenai sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugasan. Contohnya dalam mata pelajaran kajian tempatan dimana en. Andy berbincang dengan murid mengenai punca- punca berlakunya tanah runtuh. En. Andy juga boleh membawa memb awa muridmurid - muridnya muri dnya ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak t idak mengancam menganc am orang yang menyelia mereka. Ini bagi menimbulkan lagi minat murid untuk belajar selain dapat merasai pengalaman terus mengenai sesuatu tajuk, sebagai contoh kelas kajian d tempatan dimana en. Andy membawa muridnya di kawasan tanah runtuh dan membuat pemerhatian mengenai tugasan mereka.

7

 

 

3.0 Rumusan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut. Sekian

8

 

 

4.0 Rujukan

 Akhlar Pardi Pardi dan Shamsina Shamsina Shamsuddin, Shamsuddin, (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd, Laku

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku , Laku  , Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd, Shah Alam

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Perguruan, Kuala Lumpur: Edisi Kedua, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh  Salleh  (2009). „Pengurusan Bilik Darjah’ . Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:

Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak , PTS Professional , Plublishing Sdn. Bhd

Mok Soon Sang. ( 2011 ). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd,.Puchong

Maklumat

daripada

internet

:http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-

 _Pengurusan_Bilik_D  _Penguru san_Bilik_Darjah_-_200 arjah_-_2009.pdf 9.pdf : Dilayari pada pada 25 March March 2014

9

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF