Pengkaji Barat dalam bahasa Melayu

June 27, 2018 | Author: Mohd Salleh Azman | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Pengkaji Barat dalam bahasa Melayu...

Description

1.0 PENGENALAN

Alam Melayu yang banyak mengeluarkan hasil hutan dan rempah-ratus, menjadi tumpuan orang Eropah. Mereka menyedari bahawa untuk memudahkan perniagaan,  bahasa anak negeri perlu difahami dan dikuasai. Di samping itu pula orang Eropah sudah mulai ramai yang tinggal di ceruk rantau Nusantara ini kerana berniaga, membuka ladang, atau ditugaskan oleh kerajaan mereka sebagai pegawai. Para mubaligh Kristian turut sama ke Kepulauan Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada orang Eropah yang bertugas di sini dan juga kepada orang tempatan. Semua ini memerlukan kemahiran  bahasa Melayu. Sejak itu, buku petunjuk sederhana dan kamus bahasa Melayu dianggap  penting.

Sebilangan masyarakat kita tahu bahawa pengkaji Barat mempelajari dan mengkaji   bahasa Melayu bukanlah bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi tujuan utama mereka adalah untuk memudahkan dalam campur tangan mereka bagi setiap aspek  masyarakat Melayu. Penguasaan tersebut banyak membawa keuntungan kepada mereka termasuklah menguasai pentadbiran tanah Melayu. Kedatangan mereka ini walaupun tidak diundang tetapi banyak memberi nilai yang positif dalam bahasa Mela yu.

2.0 BATASAN KAJIAN

Terdapat

ramai tokoh-tokoh dari Barat yang telah menjalankan penyelidikan tentang

  bahasa dan bangsa Melayu. Namun dalam tugasan ini hanya merangkumi kajian yang telah dibuat oleh enam orang tokoh iaitu William Marsden yang telah menulis A Grammar of the Malayan language pada tahun 1812 M, R.J Wilkinson, R.O Winstedt,

1

Thomas

Bowrey, W. E. Maxwell dan Hugh Clifford.

Tokoh-tokoh

ini telah menjadi

 penyumbang  penyumbang yang besar dalam bidang pengkajian bahasa Melayu.

3.0 LATAR B LATAR BELAKANG PENGKAJI 3.1 R . J WILKINSON

R.J Wilkinson tiba di

Tanah

Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai pegawai

  pentadbiran kolonial. Beliau telah didorong oleh Sir William Maxwell, gabenor negeri Selangor dan W. Skeat seorang penulis buku tentang ilmu ghaib. R.J Wilkinson telah menjadi setiausaha Strait Branch of the Royal Asiatic Society. Society. Pada masa itu politik wakil-wakil Kerajaan Inggeris bertujuan memerintah dan mendalangi para µRaja¶ tempatan dan menggunakan bahasa Melayu dengan fasih adalah menjadi syarat utama untuk menjayakan   pentadbiran. Beliau juga telah terpesona oleh Kamus Melayu-Perancis Abbe Favre dan terkejut akan tahap pengetahuannya. pengetahuannya. Pada tahun 1895 M, R.J Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut Harun Aminurrashid, kamus ini sangat berguna dan bersemangat dalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902M. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik  menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itulah terkenalnya Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam kamus tersebut. Semasa berada di Dinding, Perak, Wilkinson   berpeluang memperbaiki seluruh leksikon tentang fauna dan flora. Beliau telah mendapat kehormatan dengan namanya diberikan kepada sejenis tupai (tupai ferruginea Wilkinson). Pada tahun 1903M, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch yang memberi kesempatan kepada beliau untuk menerbitkan bukunya   Paper on Malay subjects dan 2

menyelesaikan hampir keseluruhan draf kamusnya. Jawatan-jawatan selanjutnya yang dipegang oleh beliau adalah di Sierra Leone pada tahun 1915, kemudian di Smyne pada tahun 1922. Dr. C. Hooykaas dalam bukunya µPerintis Sastera¶ mengatakan bahawa Pantun Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (  Malay Literature Series 12), mengandungi sejumlah lebih kurang 1,500 rangkap pantun, lebih 10% daripadanya adalah seloka. Weltanschauung atau pandangan hidup orang Melayu boleh juga wujud dalam  pantun tersebut.

3.0 R .O WINSTEDT

Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England. Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan di Magdalen College School dan di New College, Oxford di mana beliau telah menerima satu MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah lama menetap di Kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca, tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu beliau memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual. Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika di Oxford dan pernah mengikuti kursus Undang-undang selama setahun di universiti yang sama. Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada a khir  tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari suatu sudut beliau tidak  mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang merupakan bidang yang diceburinya ketika di

Tanah

3

Melayu.

Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam negeri India dan

Tanah

Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana

kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan menyebabkan markahnya agak  rendah dan beliau telah dihantar untuk berkhidmat di

Tanah

Melayu iaitu di negeri Perak 

  pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk mempelajari sistem marrilenial. Dalam 1913 beliau telah dilantik Pegawai Daerah dalam kuala Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1920an, Winstedt menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden pertama, di Raffles College Singapura pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai presiden dia juga telah berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;bagi   Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan anggota majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal council, 1927 hingga 1931. Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik sebagai  pensyarah, pembaca dan kemudian sebagai  H onorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran  pada 1939 hingga 1959. Di samping itu beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah jajahan Mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939. Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presiden di Royal Asiatic society pada tahun 1947. Beliau juga turut   berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Institut Voor  meninggal dunia pada 2 Jun 1966.

4

TaalLanden

Volkenkunde. Beliau telah

3.3 THOMAS BOWREY

Thomas

Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan Melayu

dan buku tatabahasa melayu. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St Phillips, Gloucestershire London, England dan telah menyertai syarikat Hindia Tenggara

Timur

Inggeris ke Asia

selama 19 tahun dan menghasilkan beberapa karya. Selama beliau tinggal di

Benggal dan Kepulauan-kepulauan di Asia

Tenggara,

Teluk 

beliau telah menghasilkan kamus

dwibahasa yang pertama pada lewat kurun ke-17. Kamus itu ditulis ketika dalam perjalanan  pulang ke England pada tahun 1688, dan kemudiannya diterbitkan oleh µ The Sam London¶   pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk   A Dictionary of English and   Malayo-Malayo and   English (1701). Beliau juga mengkaji tatabahasa Melayu semasa berada di Kepulauan Melayu dan walaupun amat ringkas dalam bahasa Inggeris yang terkandung dalam kamus tersebut. Kamus ini dicetak oleh

The

Sam London ketika beliau berumur 32 tahun iaitu

daripada 13 tahun barulah kamus beliau dikeluarkan dan merupakan kamus pertama dwibahasa Melayu dihasilkan.

3.4 WILLIAM EDWARD MAXWELL

William Edward Maxwell atau dikenali juga dengan W.E Maxwell merupakan seorang pegawai British yang popular di

Tanah

  berkhidmat sebagai pegawai British di

Melayu. Beliau diberi gelaran µSir¶ sewaktu

Tanah

Melayu. Semasa pentadbirannya, beliau

sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan penduduk di

Tanah

Melayu. Sir W.E

Maxwell telah mempelajari bahasa Melayu selama 16 tahun sewaktu berkhidmat sebagai   pegawai British di Pulau Pinang, Melaka dan Perak. Hasil dari pengalaman beliau bertutur  dalam bahasa Melayu dengan penduduk tempatan memberi peluang kepadanya untuk  menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu. 5

Beliau juga turut membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain seperti   bahasa Sanskrit bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa-bahasa lain di   Nusantara. Kesan daripada hubungannya dengan orang Melayu dan usahanya mengkaji tentang pelbagai dialek dalam bahasa Melayu, telah menjadikan beliau seorang pegawai British yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ini telah memberi idea kepadanya untuk  menerbitkan buku tatabahasa Bahasa Melayu yang berjudul   A Manual of Malay Language. Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, pegawai British yang  berkhidmat di Tanah Melayu dan juga pengkaji-pengkaji bahasa.

3.5 HUGH CLIFFORD

Hugh Clifford atau lebih dikenali di

Tanah

Melayu sebagai Sir Hugh Clifford telah

mengembara ke Tanah melayu pada tahun 1887 iaitu ketika berumur 17 tahun. Setelah berada lama dan bergaul dengan masyarakat Melayu, beliau mula faham dan fasih berbahasa Melayu. Oleh itu, beliau telah berminat untuk mengkaji asal usul bahasa M elayu. Hugh Clifford telah dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park Devon, London. Beliau telah memasuki tentera setelah dipilih oleh sepupunya Sir Frederick Weld yang menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak, Selangor dan Sungai Ujung bersama 11 orang kadet-kadet yang lain.

Tugas

yang pertama di

British Malaya ialah sebagai Setiausaha kepada Residen Perak Sir Hugh Low. Walau  bagaimanapun , setelah lancar bahasa Melayu, Clifford telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1885. Apabila British mencampuri urusan di Pahang, Clifford dihantar sebagai wakil British di Pekan tanpa mempunyai kuasa yang luas. Clifford dipertanggungjawabkan untuk mendesak sultan mewujudkan sistem residen di Pahang.

6

Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai Superintendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di Pahang iaitu J.P Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929 sebagai Gabenor dan Pesuruhjaya

Tinggi

Malaya kerana kesihatan tidak mengizinkan beliau memanjangkan

khidmatnya. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 1941 di saat-saat

Tanah

Melayu

diserang oleh tentera Jepun.

4.0 SUMBANGAN DALAM BAHASA MELAYU 4.1 William Marsden

Sebelum P. Farve, William Marsden telah menulis A grammar of the Malayan language pada tahun 1812 M. Pendahuluan buku ini mengandungi 50 halaman. Banyak   perkara yang dibincangkan oleh Marsden dalam pendahuluan bukunya ini. Beberapa hal yang penting ialah:

(a) Yang dimaksud dengan Kepulauan Melayu itu ialah Semenanjung

Tanah

Melayu,

Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan beberapa buah pulau yang lain. Setiap pulau, masyarakatnya memiliki bahasa mereka sendiri tetapi dalam hal  perniagaan terutama di bandar pelabuhan, mereka menggunakan bahasa Melayu. Di antara pelbagai dialek yang dituturkan di pasar semasa berhubungan, dialek  Melayulah yang paling asas dan ia kemudian berkembang menjadi bahasa Melayu.

(b) Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya pula sehingga perkataan pinjaman pun akan mereka selaraskan dengan  pengucapan setempat.

7

(c) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa, namun orang Jawa menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan pergaulan. Bahasa Melayu di Sumatera hampir sama dengan bahasa Melayu di Semenanjung dan perbezaan tersebut hanyalah vokal akhir sahaja.

(d) Langkapura terletak di antara Palembang dan Jambi, bukan di Pulau Jawa kerana tidak ada kesan kerajaan ini di sana.

(e) Orang di atas angin bermaksud orang Arab manakala orang di bawah angin   bermaksud orang Melayu. Orang di bawah angin lebih suka menyembelih kerbau daripada lembu.

(f) Perkataan Jawi (tulisan) bukanlah berasal daripada perkataan Jawa, Jawi (lembu, atau   pokok jawi-jawi) tetapi membawa maksud campuran tulisan Arab, Parsi, dan Melayu. Perkataan ini dikiaskan daripada anak Jawi yang bermaksud anak campuran.

(g) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskrit memperkaya bahasa Melayu, sungguhpun ada persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog,

Bisaya, dan Pampanga tidak dapat dibuat sebagai alasan bahasa orang Melayu

  berasal dari Filipina kerana orang Melayu berkulit kekuning- kuningan dan berambut  panjang manakala Filipina berkulit agak gelap dan berambut keriting.

(h) Bangsa Melayu di Sumatera, Jawa, Sulawesi, dan di beberapa buah pulau yang lain telah lama memiliki abjadnya sendiri sebelum tulisan Arab diperkenalkan.

(i) Menolak pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang dituturkan di Indo-China dengan alasan bahawa pengkaji tersebut (J.C. Leyden) tidak menyenaraikan perbendaharaan kata dalam sifatnya yang asal. Jika seseorang

8

  pengkaji tidak mempunyai pengetahuan tentang budaya masyarakat yang menuturkan   bahasa tersebut lazimnya ia akan menyampaikan sesuatu yang lain daripada yang sebenarnya dan ini akan menyebabkan sesuatu kajian tersebut tidak sempurna.

(j) Pendengaran pengkaji yang tidak tepat, penyisipan bunyi atau huruf pada ejaan yang asal didapati berlaku. Untuk siapakah penyesuaian sebutan tersebut dilakukan? Bagi   penutur Eropah yang sudah mahirkah? Penutur tempatan yang terpelajar, penyesuaian tersebut jelas tidak memanfaatkan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa ejaan Melayu  bukan seperti yang mereka katakan tida k tepat atau tidak mempunyai peraturan tertentu.

Dalam pendahuluan itu juga Marsden banyak menyanggah beberapa pendapat penulis Barat tentang bangsa dan bahasa Melayu yang menurutnya lebih mengutamakan kepentingan  

pemerintah

yang

menjajah

daripada

kebenaran

data

dan

Isi buku ini tidak dibahagikan pada bab melainkan pada beberapa tajuk kecil.

Tajuk

di antara lain ialah: Abjad Jawi, Konsonan, dan Vokal,

Tulisan

Tanda

Bacaan

fakta.

tersebut Jawi,

Golongan Kata, Bahagian Ayat, Nama, Sifat, Perbandingan, Bilangan, Ganti Nama, Penunjuk, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, Pengimbuhan, Binaan Ayat, Dialek, Prosodi, dan Praksis.

Beberapa hal yang menarik dalam isi buku ini ialah, Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, iaitu £, [, \, ], Ð, a, b, d, e, f, g, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, u, v, w, x, z, y, å dan mencipta enam huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada  

bentuk

yang

sudah

sedia

ada,

iaitu

c,

h,

p,

s,

u,

Marsden telah menggolongkan perkataan bahasa Melayu pada tujuh golongan, iaitu Ganti   Nama Diri, Perbuatan, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, dan Partikel. Marsden memasukkan Adjektif ke dalam kata yang menerangkan Sifat Nama. Dalam bahasa Melayu  bentuk perkataan tidak menunjukkan tunggal atau jamak tetapi Bilangan tersebut dinyatakan 9

].

secara khusus, iaitu menggunakan bilangan dan bila perlu dengan penjodoh bilangannya sekali.

Menurut Marsden, Kata Sendi sangat penting untuk membezakan makna, seperti ke rumah, dari rumah, di r umah, di luar rumah, di atas rumah, di bawah rumah, dan lainlain. Dengan demikian, sesuatu Nama akan mudah diketahui sama ada Nama pada Objek  atau Nama pada Kata Sendi.

Beliau tidak setuju Kata Bilangan dimasukkan ke dalam golongan Adjektif kerana Kata Bilangan memiliki ciri yang khusus. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar  digunakan Kata Bilangan Kardinal, Ordinal, dan Pecahan. Kata Bilangan ini pula sangat  penting untuk menyatakan sesuatu Nama sama ada tunggal atau jamak, kerana dalam bahasa Melayu

Nama

tunggal

dan

jamak

tidak

dicirikan

oleh

perubahan

bentuk.

Perkataan angkau berubah apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi vokal a seperti mana bagi kelompok kata darimana angkau yang akan disebut menjadi darimanangkau. Begitu juga perubahan tersebut berlaku apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi asal n seperti akan bagi kelompok kata akanangkau. Untuk  mengelakkan bunyi seperti ini maka perkataan angkau diubah menjadi dikau sehingga lahirlah perkataan darimana dikau dan akan dikau. Perkataan dikau kini jarang digunakan dan kembali

mengambil

perkataan

engkau

atau

disingkatkan

menjadi

kau.

Perkataan iya atau inya juga mengalami hal yang sama. Apabila bunyi akhir perkataan sebelumnya bunyi h seperti suruh bagi kelompok kata suruhiya dan bunyi akhir sebelumnya vokal a seperti mana bagi kelompok kata ke manaiya maka perkataan iya mendapat   penambahan d sehingga menjadi diya. Dengan demikian, ada selang bunyi di antara

10

  perkataan sebelumnya dan sesudahnya, iaitu suruh diya atau ke mana diya. Perkataan diya kini dieja menjadi dia.

Perkataan iya bagi milik atau kepunyaan biasa disebut niya seperti pada kelompok kata kapala niya atau rambut niya. Lama-kelamaan bunyi niya berubah menjadi nya sehingga kelompok kata di atas menjadi kepalanya atau rambutnya. Inilah sebabnya nya dikatakan  berasal daripada perkataan dia kerana dia berasal daripada iya dan inya juga berasal daripada iya.

Pembinaan Awalan dengan Kata Dasar ditentukan oleh huruf awal sesuatu Kata Dasar. Dengan demikian, beliau mengemukakan rumus seperti yang berikut ini:

(a) Awalan (b) Awalan

(d) Awalan

mendahului perkataan yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, h, g.

meng-

(c) Awalan

mendahului perkataan yang bermula dengan huruf j, c, d.

men-

memme-

mendahului perkataan yang bermula dengan huruf b, p.

mendahului perkataan yang bermula dengan huruf r, m, n, w, l.

(e) Perkataan yang bermula dengan huruf t, s, p, k suku kata pertama Kata Dasar ini akan mengubahsuai bunyi bagi kelancaran pelafazan apabila digabungkan dengan Awalan. Perkataan tolong, huruf t gugur dan awalannya menjadi men- dan hasilnya menolong. Perkataan susu, huruf s gugur dan Awalannya menjadi meny- dan hasilnya menyusu. Perkataan palu, huruf p gugur dan Awalannya menjadi mem- dan hasilnya memalu. Perkataan kata, huruf k gugur dan Awalannya menjadi meng- dan hasilnya mengata.

Di samping imbuhan di atas, Marsden juga mengemukakan Awalan ber-, bel-, dan be-. Menurut beliau lagi Awalan be- lebih umum digunakan dalam bahasa lisan, Awalan beruntuk

bertulis

dan

bel-

 

jarang

berlaku,

11

kecuali

pada

perkataan

belajar.

Di dalam buku tersebut, yang dimaksudkan dengan Kata Penunjuk itu ialah Penunjuk Kala yang terbahagi tiga, iaitu

(a) (b) (c)

Kala

Kini

Kala

Contoh:

lagi,

Lepas

Kala Akan Datang Contoh:

sambil,

Contoh: mahu,

serta, telah,

seraya. sudah.

hendak, akan.

Dikatakan bahawa Awalan ter- apabila diimbuhkan pada Perbuatan, ia menghasilkan Imbuhan Pasif, seperti terpukul, teralah, tertulis yang beliau samakan dengan i mbuhan Latin tus, seperti amatus, doctus, loctus. Awalan ter- ini akan berubah menjadi te- apabila ia diimbuhkan dengan Kata

Terbitan

yang mendapat Awalan per- seperti persayang menjadi

tepersayang. Imbuhan yang lain ialah: pen-, peng-, pe m-, pe-, per-, pel-, di-, ke-, se-, kan-, -i, -an, -lah, -kah, -tah, -nya, -ku/ku-, - mu, -kau/kau-, -nya, -pun, -nda . Di dalam buku ini terlihat bahawa Marsden mengutamakan perbincangan tentang binaan perkataan dan hanya sedikit sahaja  binaan ayat. Marsden berpendapat bahawa binaan ayat dalam bahasa Melayu sederhana atau mudah kerana peraturannya sedikit dan setiap golongan perkataan mempunyai tugasnya masingmasing. Semasa pembinaan ayat tidak berlaku perubahan perkataan (pada Kata Perbuatan), tidak ada perubahan perlambangan (huruf) untuk jantina mahupun bilangan. Beliau memberi kesimpulan bahawa nahu bahasa Melayu tidak serupa dengan nahu bahasa Latin. Marsden juga menyedari bahawa ada perbezaan di antara bahasa lisan dengan bahasa   bertulis. Banyak perkataan yang tidak disebut (digugurkan) pada bahasa lisan tetapi maknanya tidak berubah. Katanya hal ini sangat ketara apabila orang Melayu menjawab soalan yang biasanya dijawab s eringkas mungkin.

12

Ciri yang umum dalam Ayat Penyata bahasa Melayu menurut Marsden ialah Nama merupakan Subjek kepada Perbuatan yang kedudukannya di hadapan. Perbuatan biasanya diikuti oleh Nama (Objek) atau perkataan lain yang menerangkan Perbuatan atau Nama. Bagi Ayat Perintah pula Perbuatan mendahului Nama atau Ganti Nama. Dalam membina ayat,   pengguguran

perkataan

tertentu

boleh

berlaku

tanpa

menjejaskan

makna

ayat

tersebut.Walaupun Marsden mengakui bahawa nahu bahasa Melayu tidak serupa dengan nahu bahasa Latin, namun beliau tidak dapat melepaskan nahu bahasa Inggeris dalam mengkaji bahasa Melayu. 4.2 R . J Wilkinson

Seterusnya kita lihat sumbangan R.J Wilkinson yang telah menyusun kamus dwibahasa iaitu A Malay-English Dictionary pada tahun 1901. Merupakan kamus dwibahasa yang terawal pada abad ke-20 dengan tiga bahagian iaitu bahagian I, II dan III. Kata kemasukan kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dengan aturan huruf Rumi serta keterangan data dalam bahasa Inggeris (Abdul Rashid Daing Melebek:176).Wilkinson telah melakukan tiga kali semakan iaitu: a) Edisi A Malay-English Dictionary I-II dalam ejaan Rumi pada tahun 1932.  b) Edisi A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi dengan tempelan ejaan Jawi  pada tahun 1959. c) Pengemaskinian A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi sepenuhnya pada tahun 1959. Kamus setebal 1300 halaman merupakan karya leksikografi yang paling terperinci tentang bahasa Melayu hingga sekarang. Kamus ini diulang cetak oleh Penerbit Macmillan di London pada tahun 1959. Wilkinson telah mengumpulkan sebanyak 15 ribu frasa dan ungkapan daripada Hikayat Abdullah untuk mendapatkan kosa kata kamus ini. Beliau juga 13

telah menggunakan 3 naskhah karya berbentuk hikayat seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Koris dan Hikayat Bestamam.

Tiha

cerita rakyat yang digunakan untuk 

menambahkan kosa kata ialah seperti Sang Samba, Parang Putting dan Putra Jaya Pati serta satu roman panji. Kamus ini sehingga sekarang merupakan kamus yang paling lengkap tentang bahasa Melayu abad ke-19. Wilkinson banyak berbincang dengan ahli leksikografi Belanda seperti Klinkert, Pijnappel dan Von Dewall serta individu berbangsa Melayu bernama Zainal Abedin Haji Ghani, yang banyak memberi idea dan input untuk menyusun kamus ini. Kekayaan maklumatnya adalah luar biasa, terutama sekali mengenai Semenanjung

Tanah

Melayu dan

Sumatera. Kandungannya mengandungi istilah berkenaan dengan bidang teknik (pelayaran, kraftangan), budaya, zoologi dan botani. Kamus

Wilkinson ini bermutu kerana beliau telah benar-benar mengkaji

kesusasteraan Melayu Klasik abad ke-17. Kamus ini disertakan dengan lampiran, bukti-bukti dan banyak contoh berserta rujukan yang terperinci. Wilkinson tidak hanya menggunakan sumber-sumber sastera sahaja tetapi juga merujuk buku-buku tentang batu permata, kraftangan kayu, teka-teki dan ubi kayu. Semua rujukan ini dimasukkan ke dalam senarai terperinci yang terdapat pada akhir jilid kedua ka musnya. Jumlah kata masukan kamus Wilkinson terdapat sekitar 32 000 perkataan termasuk  17% merupakan rujukan. Ia adalah dua atau tiga kali ganda jumlah yang a da pada kamus lain. Berikut adalah perbandingan kadar asal perkataan (tidak termasuk r ujukan) dengan kamuskamus yang wujud sekarang. Bahasa Sanskrit 2.5%

Bahasa Jawa/Batavia 8.5%

Bahasa Tamil/Hindi 1.4%

Bahasa Sumatera 7.4%

14

Bahasa Arab/Parsi 1.5%

Bahasa Semenanjung T. Melayu 6%

Bahasa Cina 1%

Bahasa Eropah 3.5%

Lain-lain 2% Terdapat

53% kata masukan lain tanpa diberi bahasa asalnya, yang boleh dianggap sebagai

 perkataan bahasa Nusantara, terutamanya bahasa Melayu. Kata masukan tentang zoologi dan  botani merupakan 18% daripada 53% kata masukan tersebut. Berdasarkan perbandingan dengan kamus-kamus yang ada sekarang, kadar perkataan yang berasal dari bahasa Arab adalah lebih tinggi dan kadar perkataan yang berasal dari   bahasa Eropah adalah agak rendah. Di kalangan bahasa-bahasa Sumatera, bahasa Minangkabau yang mendapat tempat utama, satu kedudukan yang diwarisi secara berturutturut oleh kamus-kamus yang lain. Para sarjana menyifatkan kamus ini sebagai kamus bahasa Melayu dwibahasa yang terbesar sebagai ensiklopedia Melayu Klasik (Abdul Rashid Daeng Melebek:178). Kamus dwibahasa Inggeris-Melayu setebal 152 halaman yang disusun oleh Sir  Richard Winstedt dari University Of London merupakan edisi ketiga yang dicetak pada tahun 1952. Cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya dicetak oleh Kelly, Walsh di Singapura. Menurut pengakuan penyusunnya dalam   pendahuluan edisi pertama yang ditulis di Kuala Pilah pada tahun 1913, kamus ini disusun  berdasarkan hasil yang dikumpulkan oleh Wilkinson dala m Kamus Malay-English , dengan   persetujuan penyusunnya sendiri. Wilkinson telah menyerahkan semua bahan yang belum diterbitkan lagi yang dikumpulkan selama 10 tahun sebelumnya untuk dimasukkan ke dalam kamus ini. Winstedt telah menambahkan beberapa ratus perkataan baharu, memperluaskan

15

makna sebanyak mungkin dan memberi takrifan dengan lebih terperinci bagi setiap kata masukan. Sistem pengejaan yang digunakan ialah sistem pengejaan yang terdapat dalam Kamus Kechil

Tuan

Wilkinson kecuali ejaan beberapa perkataan kesusasteraan Arab yang

didasarkan kepada pengejaan yang lebih saintifik iaitu berdasarkan Kamus Besar 

Tuan

Wilkinson. Perkataan dialek ditandakan dengan tahi bintang (*) tetapi bagi kaya dialek yang sudah diketahui umum, kata-kata tersebut ditandai huruf awal negeri berkenaan, misalnya K   bagi negeri Kedah. Kata-kata sastera ditandai dengan tanda (+). Dalam keluaran edisi yang kedua, penyusun kamus telah memperbaiki kesalahan ejaan dan kesalahan lain yang terdapat dalam edisi pertama. Banyak penambahan perkataan dan frasa baharu yang diperoleh daripada J.I Humprey, J.E Nathan, M.C Hay, C Boden Kloss dan H.C Robinson. Satu lagi sumbangan Wilkinson adalah Kamus Jawi-Melayu-Inggeris ketika  beliau berkhidmat sebagai pegawai Inggeris di ke awal abad ke-20. Kamus Melayu

Tulisan

Tanah

Melayu pada akhir abad ke-19 hingga

Jawi ini telah disusun oleh Wilkinson dalam

tahun 1902 dan diterbitkan pada tahun 1903. Huruf Arab dengan huruf Jawi Melayu digunakan dalam kamus ini. Dengan itu, huruf Jawi Melayu digunakan sepenuhnya selain huruf-huruf dari aksara bahasa Arab. Oleh yang demikian, huruf-huruf yang digunakan oleh Wilkinson sama dengan huruf-huruf jawi yang digunakan sekarang, kecuali huruf yang baru dicipta dalam Konvensyen

Tulisan

jawi di

Terengganu.

Oleh yang demikian, di bawah kata

masukan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini berlaku kerana alif ( £ ) mewakili semua vokal. Setelah kata masukan alif, ia diikuti oleh B ( [ ),

T

( \ ),

TH

 b ), D ( d ), DZ ( e ), R ( f ), S ( i ), SH ( j ), S ( k ), DL ( l ),

( ] ), J ( Ð ), C ( c ), H ( a ), KH ( T

( m ), TL ( n ), 'A ( o ), GH ( p

), NG ( p ), F ( q ), P ( s ), K ( r ), K ( u ), G ( u ), L ( v ), M ( w ), N ( x ), W ( z ), H ( y ), Y (

16

å ), NY ( ] ).Sepintas, agak sukar menggunakan kamus ini bagi pengguna sekarang kerana urutan abjadnya yang berbeza. Sebenarnya, tidaklah susah kerana kamus ini menyediakan indeks menurut abjad yang kita kenali sekarang ini. Bahagian akhir kamus ini pula menyediakan nama burung, ular, dan pokok berserta nama saintifiknya dala m bahasa Latin.

4.3 SUMBANGAN R . O WINSTEDT

Sewaktu bekerja di Kuala Pilah, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang  berjudul Colloquial (Malay: A simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A   Dictionary of  Colloquial Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap   baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu,   beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian   Journal of Politics and  H istory, ³Winstedt adalah cendekiawan British pertama untuk  membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan  bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan sainstifik dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu´. Dengan kata lain, kamus Winstedt ini banyak menunjukkan persamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20, Winstedt juga telah menghasilkan   buku tatabahasa melayu yang berjudul   Malay Grammar  iaitu pada tahun 1913. Namun   begitu, pada tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan  An Unabridget English-Malay  Dictionary diikuti dengan kamus bahasa Melayu pada tahun 1960.

17

Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang Melayu khususnya, beliau sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadangannya Sultan Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British  E m  pire, Order of St. Michael  and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di Maktab Perguruan sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. Winstedt dan O. T Dussek telah dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah nasihat Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah  Malay School Series. Di samping itu, Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai kesusasteraan Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di

Tanah

melayu.

Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan Wilkinson, Winstedt telah berjaya menghasilkan esei yang berjudul ³The Literature of Malay Folklore.Beginning: Fables, Farcical Tales,  Romance´. Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri  Papers of Malays Subject  yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk  mengenali

Tanah

Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan  A  H istory

of Classical Malay Literature diikuti dengan ³  Father Civet ´ pada tahun 1908 dan diikuti dengan ³Musang Berjanggut´ setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh  puluh zaman telah dihidupkan kembali oleh Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu. Sebagai perkembangan pada tahun 1910, Winstedt sendiri telah merumikan ³Hikayat Seri Rama´ dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul ³Awang Sulung 18

Merah Muda´, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang   penglipur lara keturunan Tunggal´

Temusai.

Diikuti dengan esei berjudul ³Hikayat Anggun CHe

yang dihasilkan pada 1914. Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul

³Misa Melayu´ pada tahun 1919 dan diikuti dengan ³ Shaman, Saiva and Sufi.A Study of the evolution of Malay

magic´

pada tahun 1925. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan Melayu

Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul ³  A Malay  H istory of Riau and   Johore´,etc. (Malay text of the Tuhfat Al-Nafis) pada tahun 1932. Pada tahun yang sa ma juga   beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul ³ A

 H istory

of Johore ´, iaitu mengenai

salasilah Kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah pada tahun 1934, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul ³ A  Perak ´ dan diikuti dengan ³ A

 H istory

 H istory

of 

of Malaya´. Pada tahun 1938, beliau telah

menghasilkan karya yang berjudul ³The Date, Autorship, Content and So me New MSS.Of    Malay Romance of Alexander The Great ´ diikuti dengan ³The Malay Annals or Sejarah   Melayu;(with An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940, beliau menghasilkan karya yang berjudul ³ Valentjin copy of The Sejarah Melayu´. Pada tahun 1941 pula, beliau menghasilkan karya yang berjudul ³ The Panji Tales´ dan ³  A Literary Device Common to homer and the East ´. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan karya yang berjudul ³  Nature in Malay Literature and Folk Verse´. Manakala pada tahun 1944 pula beliau menghasilkan ³  An Undersribed Malay Version of the Ramayana´. Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan ³The  Malays:A Cultural  H istory´ pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan karyanya yang berjudul ³ Notes On Malay subjects´. Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja. Pada tahun 1949,  beliau telah menghasilkan ³ A Panji Tale From Kelantan´ dan ³ Malay Annals Again, Goa and 

19

the King Of Singapore´. Pada tahun 1961, beliau telah menghasilkan satu lagi tulisannya yang berjudul ³ Modern Malay Poetry´.

4.4 SUMBANGAN THOMAS BOWREY

Sumbangan Thomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar terutamanya di dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama yang menghasilkan perkamusan Melayu Inggeris dan telah berkembang dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Kamus  beliau telah diterbitkan pada tahun 1701 oleh

The

Sam London yang bertajuk  A Dictionary of 

 English and Malayo-Malayo and English (1701). Pada bahagian pendahuluan kamus ini,

Thomas

Bowrey telah menulis bahawa,´..di

mana-mana sahaja di kepulauan-kepulauan ini..., bahasa Melayu telah diterima dan secara umumnya digunakan di semua pelabuhan di kepulauan-kepulauan itu,´ dan beliau juga menulis bahawa ³... hanya untuk perdagangan di kebanyakan tempat di mana bahasa Melayu digunakan.´ Kamus beliau ini mengandungi senarai-senarai perkataan yang wujud dalam  bahasa Inggeris-Melayu dan juga dalam Melayu-Inggeris. Sebagai tambahan beliau juga ada memasukkan seperti berikut: a) Penerangan dan peraturan tatabahasa pendek   b) Beberapa perkara c) Dialog-dialog d) Syrat-surat dalam bahasa Inggeris dan Melayu Kamus ini menerangkan dua bahagian iaitu:

20

a) Sebahagian aspek-aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu terutamanya yang berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan bandingkan dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam buku

Tatabahasa

Dewan (1994).  b) Penerapan

semulajadi

ke

atas

bentuk

asas

sintetik

bahasa

Melayu

dan

 perbandingannya dengan yang ada pada masa kini. Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa fungsi kepada imbuhan   ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif meng-. Ini adalah bertentangan dengan tatabahasa moden pada buku

Tatabahasa

Dewan (1994). Sebagai penanda pasif, ia kelihatan

seperti mempunyai versi bahasa Melayu berbanding dengan imbuhan pasif pada bahasa Melayu lewat kurun ke-17. Sebagai bentuk asas di dalam sintaksis ( syntax), ia akan melaporkan tentang penerapan ke atas ayat-ayat komplimen, persaudaraan dan bentuk-bentuk  struktur interrogatif.

Teori

morphological tradisional akan digunakan untuk menerangkan

morfologi itu. Sementara itu, teori µX¶ daripada ³  Principle and Parameters of Culicover ´ (1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang sintatik. Sejarah perkembangan bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi

Thomas

Bowrey. Sistem ini menjadi

  begitu popular di kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia da n pemerintah Indonesia.

21

4.5 SUMBANGAN WILLIAM EDWARD MAXWELL

Sir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar dalam   perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular ialah Buku

Tatabahasa

Bahasa Melayu iaitu µ  A Manual of Malay Languages With an Introductary Sketch of the Sanskrit Element in Malay¶ . Karyanya ini merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu moden  pertama diterbitkan. Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17. Dalam karyanya ini, beliau menyatakan bahawa, bahasa Melayu mempunyai struktur  dan binaan yang sama. Namun sebutan yang sama hanya dapat didengar di daerah yang sama tetapi sebutan akan berlainan di daerah atau negeri yang berlainan walaupun mempunyai maksud yang sama. Beliau juga menjelaskan bahawa perkataan µsaya¶ dan µawak¶ mempunyai sebutan yang berlainan di daerah atau negeri yang berlainan. Beliau telah menulis tentang pembentukan kata, penggolongan kata, pembinaan ayat dan kamus dwi  bahasa. Beliau juga merumuskan tentang pengaruh bahasa lain di Nusantara yang dibawa ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, dialek Kedah banyak dipengaruhi oleh bahasa Pattani. Selain itu, bahasa Melayu juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, bahasa Sanskrit,  bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa di kepulauan Melayu yang lain. Maxwell turut mengklasifikasikan bahasa Melayu kepada beberapa bahagian iaitu   bahasa dala m, bahasa bangsawan, bahasa dagang dan bahasa campuran atau kacukan. Dari aspek penulisan pula, Maxwell menyatakan bahawa penulisan dalam bahasa Melayu banyak  dipengaruhi oleh bahasa Arab. Contohnya, antara karya penulisan bahasa Arab yang diterjemah dalam bahasa Melayu iaitu µKisah 1001 Malam¶. Beliau juga menyatakan, orang Melayu lebih baik dalam aspek pertuturan berbanding aspek penulisan. Penulisan dalam  bahasa Jawi banyak digunakan pada masa itu.

22

Buku

Tatabahasa

µ  A Manual of Malay Languages¶, hasil karangan Maxwell

mengandungi lima bahagian atau bab. Setiap bab di dalam buku ini ditulis dalam susunan yang sempurna pada zamannya. Kamus dwibahasa yang ditulis ini sangat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di kalangan penutur bahasa tersebut.

4.6 SUMBANGAN HUGH CLIFFORD

Hugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa Melayu di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bidang penyelidikan asal usul Bahasa Melayu. Beliau juga telah membandingkan bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu Klasik dan membuat kesimpulan bahasa kedua-dua bahasa tersebut mempunyai  persamaan dari segi cara sebutan dan bentuk ejaan hampir sama. Dengan beberapa penemuan yang dikaji oleh beliau telah banyak membantu bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh Tanah

Melayu. Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap perkataan-

  perkataan yang t erdapat dalam bahasa Melayu. Beliau berpendapat bahawa pawang dirujukkan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja magis atau ghaib, khusus untuk  mencari bahan galian, mengenali tumbuh-tumbuhan, memperoleh ikan atau perkara yang  berkaitan dengan alam. Manakala tugas bomoh pula adalah semata-mata untuk penyembuhan   penyakit yang menyerang manusia. Walaupun demikian fungsi kedua-duanya itu boleh ditukarganti penggunaannya. Sumbangan paling besar, Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah beliau dan F. Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang berjudul   A Dictionary of 

23

the Malay Languages. Kamus tersebut telah disusun dari abjad A hingga G setebal 509 halaman. Selain itu, Hugh Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat Melayu dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila beliau   banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di samping menjalankan tugas sebagai Residen British di Pahang. Seterusnya, Hugh Clifford melibatkan diri dalam bidang masyarakat melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut ditulis berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas di Tanah Melayu.

5.0 KELEMAHAN PARA PENGKAJI BARAT

Walaupun begitu besar sumbangan para pengkaji Barat ini, namun mereka juga tidak  lari daripada melakukan kelemahan dalam kajian mereka. Contohnya R.J Wilkinson ya ng  berpegang teguh kepada ejaan pengaruh Arab tahap kedua, dan ejaan pengaruh Melayu tahap  pertama yang diberi istilah oleh Za¶ba sebagai µejaan tua¶.

T imbul

kekeliruan dalam kamus

ini hingga orang Melayu yang mahir bahasanya pun agak sukar membezakan kata-kata yang diejanya. Terdapat

Terdapat

perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan sebutan dan maknanya.

perkataan dalam kamus ini yang telah ada ejaan Melayunya tetapi masih dikekalkan

ejaan pengaruh Arabnya. Langkah yang dibuat oleh Wilkinson yang mengekalkan ejaan Jawi yang asli mempunyai motif yang tertentu. Beliau s engaja mengekalkan ejaan pengaruh Arab kedua dan   pengaruh Melayu tahap pertama, untuk menggambarkan kepada para pengguna kamus  bahawa tulisan Jawi yang digunakan untuk bahasa Melayu tidak sesuai kerana banyak yang mengelirukan. Hal ini beliau perlu tanamkan ke dalam hati orang Melayu, supaya mudah orang Melayu menerima tulisan rumi untuk bahasa Melayu yang beliau sedang susun pada masa itu dan diterbitkan setahun selepas terbitnya kamus ini, iaitu pada tahun 1904. 24

Usaha Wilkinson ini diteruskan oleh R.O Winstedt dalam tulisan-tulisannya. Beliau tetap terus menggunakan ejaan tua, dan usaha ini dipertahankan terus oleh keraninya seorang Melayu yang bernama Daeng Abd. Hamid. Ejaan yang digunakan oleh Wilkinson yang boleh mengelirukan para pembaca bukunya adalah kerana beliau menggunakan sistem ejaan tua. T erdapat

beratus-ratus kata yang sama ejaan untuk beberapa kata yang berlainan sebutan dan

makna (homograf). Boleh dikatakan setiap halaman bukunya yang tebal itu mengandungi kata-kata yang berbentuk homograf. Ada kata yang sama ejaan tetapi mengandungi dua kata yang berbeza sebutan dan makna seperti: i)

Untuk asta dan asut

ii)

Untuk asah dan asuh

Terdapat

juga kata yang sama ejaan yang mengandungi banyak kata yang berbeza sebutan

dan makna. Contoh homograf yang lain: iii)

Untuk asak, asik, asok 

iv)

Untuk angat, angit, engut, angut

v)

Untuk alang, aling, along, elang, along

vi)

Untuk ambik, embak, embik, embok, embek, ombak 

vii)

Untuk antang, anting, entang, enteng, ontang, unting, untong.

Bukti-bukti yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa pengekalan ejaan pengaruh Arab memang sengaja ditonjolkan dengan menggunakan alasan untuk memelihara ³keaslian dan kemurnian´ ejaan Jawi Melayu. Di sebalik alasan itu ialah supaya orang Melayu akan sentiasa terkeliru dengan sistem Jawi yang ada. Lama-kelamaan mereka akan benci terhadap tulisan sendiri dan berpindah ke tulisan Rumi yang sedang diperluaskan penggunaannya oleh   penjajah pada masa itu. Pada masa yang sama Wilkinson telah ditugaskan untuk menyusun sistem ejaan rumi Melayu. 25

Ejaan Jawi yang mengelirukan ini dipertahankan terus oleh orang Inggeris yang lain termasuk orang melayu yang bekerja di bawah mereka. Apabila sistem ejaan Rumi Melayu telah mula mantap, buku kamus Wilkinson tidak lagi memasukkan versi tulisan Jawinya, melainkan hanya versi yang rumi sahaja. Ini terbukti daripada kamusnya yang dicetak selepas tahun 1932. Alasan yang diberikan ialah ejaan Jawinya telah ada pada buku yang telah lama. Inilah taktik halus yang digunakan oleh orang Barat untuk memisahkan orang Melayu daripada tulisan kesayangannya, iaitu tulisan Jawi. Usaha ini terbukti kejayaannya apabila anak-anak Melayu sekarang termasuk di negeri-negeri yang kuat latar belakang sekolah agama tradisionalnya seperti di Kelantan dan Kedah, banyak yang tidak tahu membaca Jawi. Seperti para pengkaji sebelumnya, Winstedt juga begitu kontroversial kerana   beberapa sudut pandangannya yang boleh disebut µimperialistik¶ yang diterapkan dalam   berbagai-bagai buku karyanya tentang bahasa Melayu, sastera dan budaya Melayu. Satu kenyataan yang cukup jelas menggambarkan niat sebenar kerajaan Inggeris memberi   pendidikan kepada orang Melayu ialah kenyataan George Maxwell dalam Annual Report  bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1920 (Azma h Abdul Manaf:279). Tujuan

kerajaan bukanlah hendak mengadakan segelintir pemuda yang berpendidikan   baik, tidak juga sebilangan budak yang kurang terdidik, melainkan ialah untuk  membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk dan menjadikan anak Melayu atau   petani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya.Serta menjadikan ia mengerti, menerusi pelajarannya, bahawa peluangnya dalam hidup ini adalah sesuai dengan cara hidup sekelilingnya. Begitu juga dengan Thomas Bowerey yang menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh   pedagang yang datang ke Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayat yang dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis).

26

6.0 KESIMPULAN

Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh kerana kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi oleh susuk bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaima napun, beberapa orang   penulis tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka   pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris.

Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori-teori tentang asal usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar di kalangan tokoh-tokoh barat seperti William Marsden, John Crawford, Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan sebagainya yang mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa penjajahan Barat ke

Tanah

Melayu jika dilihat pada suatu sudut

sebenarnya membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil kajian yang dibuat oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur  setakat mana kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu.

27

28

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF