Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pengajaran Matematik
August 23, 2017 | Author: Athirah Asmeida Ismail | Category: N/A
Short Description
Download Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pengajaran Matematik...
Description
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik
’Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran’ (Seels & Richey,1994) Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari
kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar
kepada
kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal
display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan
pelbagai
masalah. Salah satu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini memasuki era teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan mengalami anjakan daripada teori behaviorisme ke kognitisme dan seterusnya ke konstruktivisme.
Penggunaan komputer yang meningkat dari hari ke hari akan memudahkan segala kerja yang ingin dibuat. Banyak perkara yang boleh dibuat dengan menggunakan komputer seperti membuat persembahan pengajaran dengan menggunakan powerpoint, membuat data dan analisis tentang pencapaian murid dan sebagainya. Dengan ini, guru digalakkan menggunakan ICT dalam proses P & P mereka. Kita dapat lihat perkembangan dunia yang cepat pada masa sekarang disebabkan oleh penggunaan ICT. Tanpa penggunaan ICT, dunia tidak akan berkembang dengan pesat. Begitu juga dalam pengajaran matematik, tanpa penggunaan ICT, segala pengajaran dan pembelajaran akan menjadi perlahan. Jadi tidak hairanlah jika pihak kerajaan telah membuat pelbagai usaha untuk meningkatkan penngunaan ICT dalam pengajaran di kelas. Salah satu usaha pihak kerajaan ialah program PPSMI iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Guru yang mengajar Sains dan Matematik akan dibekalkan dengan komputer riba bagi menggalakkan penggunaan ICT dalam pengajaran guru bagi subjeksubjek berkenaan.
Jadi persoalannya, bagaimana penggunaan ICT ini dapat mencapai matlamatnya dalam pendidikan di Malaysia. Di sini kita akan membincangkan bagaimana penggunaan ICT ini telah mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di Malaysia. Sebelum itu, kita lihat kepada apa itu Matematik. Matematik ialah kajian atau ilmu tentang pola dan juga bahasa yang menggambarkan
pola.
Penggunaan
ICT
ini
membolehkan
murid
mengorganisasikan dan mengukuhkan pemikiran tentang matematik dalam diri mereka. Melalui penggunaan ICT, data mentah atau maklumat yang dikutip dapat disusun dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti jadual, carta atau graf. ICT juga membenarkan murid memanipulasikan data-data dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti
penerokaan
dan
penyiasatan
yang
dapat
mengukuhkan kefahaman konsep-konsep matematik. Murid akan lebih senang untuk memahami konsep-konsep matematik sekirannya terdapat visual tentang
konsep-konsep berkenaan. Ini kerana mereka akan menggunakan kedua-dua belah otak iaitu otak kiri dan otak kanan dalam pembelajaran dan pemahaman dalam konsep itu. Pemindahan data atau maklumat yang dikumpul lebih senang dilakukan dengan penggunaan komputer. Di sini murid dapat memikirkan perkaitan antara data yang dikumpul dengan graf yang terbentuk dari data yang dikumpul. Di sini pendekatan deduktif dalam pengajaran Matematik telah digunakan dimana guru terlebih dahulu menunjukkan graf yang terhasil dari data yang dikumpul yang telah ditunjukkan dalam komputer dan seterusnya menerangkan bagaimana data atau maklumat akan dipindahkan ke dalam bentuk graf atau jadual. Dengan adanya gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. ‘Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan efektif.’ ( Al Ghamdi, 1987 )
Contohnya, guru menggunakan LCD dalam pengajarannya. Melalui visual yang ditayangkan, murid seolah-olah melihat penerangan tentang konsep yang diterangkan oleh guru. Oleh itu, murid akan memahami tentang konsep melalui dua cara iaitu mendengar dan melihat. Cara ini lebih berkesan berbanding dari hanya menggunakan kemahiran mendengar sahaja.
Selain itu juga, pengunaan ICT membolehkan murid menyampaikan pemahaman mereka tentang Matematik dengan jelas dan tepat. Melalui penggunaan ICT murid dapat menyampaikan idea yang diperoleh untuk dikongsi dan meyakinkan rakan sebaya. Contohnya penggunaan kalkulator, murid akan mendapat jawapan yang tepat kerana kalkulator telah diprogramkan untuk
mengira. Selain itu, murid akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dengan cepat. Dengan hanya menekan nombor dan operasi di kalkulator, murid akan dapat jawapan yang tepat dan ini akan menjimatkan masa mereka untuk mengira. Selalunya penggunaan kalkulator hanya dibenarkan semasa belajar di sekolah menengah. Murid sekolah rendah tidak digalakkan menggunakan kalkulator kerana di tahap itu, mereka haruslah memahami konsep supaya mereka dapat menyelesaikan masalah matematik dengan betul. Jika murid tidak memahami konsep matematik, penggunaan kalkulator juga tidak ada gunanya kerana nombor dan operasi yang dimasukkan ke dalam kalkulator bergantung kepada kepahaman murid dalam sesuatu operasi yang berlaku dalam masalah matematik berkenaan. Pemahaman yang salah dalam operasi matematik akan menyebabkan
jawapan
yang
salah
walaupun
dengan
penggunaan kalkulator. Di peringkat sekolah menengah, operasi matematik lebih rumit dan memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikannya sekiranya dilakukan secara pengiraan manual. Disebabkan itu
penggunaan kalkulator
dapat menjimatkan masa untuk murid-murid bagi menyelesaikan masalah matematik berkenaan. Disebabkan itu, penggunaan kalkulator ini hanya digalakkan semasa pembelajaran di sekolah menengah kerana di situ murid sudah memahami konsep dan operasi matematik yang rumit dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Bagi sekolah-sekolah di Malaysia Matematik dianggap sebagai satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kurikulum Matematik peringkat sekolah bertujuan membentuk pelajar yang berpemikiran mantik, bersistem serta berketrampilan dalam menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan. Dengan menggunakan teknologi multimedia melalui komputer dan internet, pelajar dapat dibimbing mencari maklumat-maklumat tambahan daripada apa yang terdapat di dalam buku teks. Mereka dapat melihat bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan menggunakan kaedah yang berbagai-bagai. Ini dapat membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah. Dalam dunia
pekerjaan
sekarang,
kemahiran
menggunakan
teknologi
komputer
dan
multimedia amat diperlukan. Dengan pendedahan di peringkat sekolah iaitu melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dapat menambah literasi pelajar dan menyediakan pelajar dengan ilmu teknologi tersebut. Pelajar juga mendapat peluang mempelajari dan menimba ilmu dari berbagai sumber dengan berbagai pendekatan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesetengah mata pelajaran seperti matematik telah dikenalpasti mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Kadangkala kaedah pengajaran yang digunakan akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lembab dan pasif serta bertumpu kepada guru semata-mata. Memandangkan sekolah merupakan medan ilmu untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan, maka wajarlah guru menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang cukup berkesan. Salah satu perkara yang perlu ditekankan oleh para guru, terutamanya di bidang matematik ialah mencari cara yang sesuai untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran masing-masing dan boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahan teknologi. Ini kerana murid akan boleh mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan Matematik di dalam internet seterusnya membuat latihan Matematik secara e-latihan yang terdpat di internet. Dengan ini, murid akan lebih berusaha dalam proses pembelajaran kendiri selain hanya bergantung kepada guru sahaja. Guru juga senang untuk memberi latihan dan menjimatkan penggunaan kertas. Guru juga dapat menjimatkan masa dengan mencari latihan di dalam internet sebelum memulakan pengajaran di mana guru tidak lagi perlu untuk menulis latihan yang disediakan di papan putih. Sekali lagi penggunaan ICT ini dapat menjimatkan masa dalam pengajaran guru dalam subjek Matematik.
Penggunaan ICT dalam pengajaran Matematik juga akan menarik minat murid untuk belajar Matematik. . Dengan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia ini dapat mengurangkan rasa bosan pelajar terhadap matematik. Ini kerana murid lebih suka suasana pembelajaran yang aktif berbanding pembelajaran yang pasif. Contohnya, guru menyediakan aktiviti permainan komputer yang berkaitan dengan matematik. Permainan seperti ini banyak terdapat di dalam internet. Guru hanya perlu mencari dan meletakkan sebagai langkah dalam pengajaran Matematik. Bagi sesetengah murid, Matematik merupakan subjek yang amat mencabar. Ramai murid tidak menyukai subjek ini. Disebabkan itu, guru disarankan menyediakan rancangan pengajaran yang menarik. Salah satu cara untuk membuat aktiviti pengajaran yang baik ialah dengan penggunaan ICT. Disebabkan itu, pihak kementerian selalu membuat kursus tentang penggunaan ICT kepada guru-guru. Di sini telah menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kementerian untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran
seseorang guru.
Selain
itu,
penggunaan
ICT
akan
menyebabkan murid akan lebih lama untuk mengingat tentang pembelajaran yang dilakukan. Dengan adanya visual dan penerangan oleh guru, murid akan lebih cepat memahami konsep Matematik. Ini kerana, ICT memudahkan pemahaman-pemahaman idea-idea Matematik yang abstrak. Ia membantu dalam
penyiasatan masalah
Matematik dan menunjukkan maklumbalas
perubahan bentuk objek atau ukuran secara spontan. Contohnya, dengan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP), perubahan satu titik pada objek akan mengubah bentuk objek tersebut, perubahan nilai data akan mengubah nilai data berkaitan secara spontan dalam MS-Excel. Disebabkan minat kerana aktiviti yang menarik, murid juga akan lebih bermotivasi untuk belajar. Selain dari murid, guru juga dapat meningkatkan kemahiran mereka juga. Dengan kemajuan negara yang semakin meningkat, guru haruslah mendalami ilmu tentang ICT ini. Dari guru yang cetek pengetahuan tentang IT kepada guru yang kreatif dalam penggunaan IT. Dengan itu, guru akan dapat membuat proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Mereka perlulah menguasai kemahiran menggunakan
komputer
dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam proses P&P. Pada waktu kini, kerajaan telah menyediakan kebanyakkan sekolah dengan alatalat ICT yang lengkap untuk digunakan oleh para guru dalam proses P&P. Antara alat ICT yang telah disediakan ialah LCD, CD-ROM, dan computer riba. Para guru perlulah mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat-alat ini kerana alat-alat ICT ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru mengajar dengan lebih efektif. Banyak perkara yang boleh guru-guru manfaatkan melalui penggunaan alat-alat ICT ini seperti membuat slide show, mencipta permainan dan sebagainya. Guru-guru yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan ICT ini, mempunyai peluang yang lebih besar untuk menarik minat murid-muridnya untuk mengikuti kelas namu guru tersebut perlulah kreatif dalam menggunakan kaedah ini kerana tidak semua murid-murid menyukai kaedah ini. Oleh itu, guru tersebut perlulah mencari cara lain sebagai gantian sekiranya kaedah ini tidak berjaya. Bagi memantapkan kebolehan murid, Penggunaan multimedia di dalam kelas boleh membina pengajaran berpusatkan murid yang mana dapat membantu murid memperkembangkan kemahiran koperatif, meneroka dan menyiasat. Guru boleh memberi satu tugasan kepada pelajar secara berkumpulan dan pelajar diminta menggunakan perisian MS-Powerpoint dan maklumat daripada internet bagi mempersembahkan tugasan tersebut. Bagi menjimatkan masa laman web yang berkenaan diberi kepada setiap kumpulan. Guru membimbing pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mendorong pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kesimpulannya, penggunaan ICT ini telah meningkatkan mutu dan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengajaran yang menggunakan ICT akan menyebabkannya menjadi menarik dan menjadikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid-murid. Penggunaan ICT ini akan menyebabkan proses pemahaman murid terhadap konsep Matematik ini lebih cepat dan mereka tidak akan lupa tentang
apa yang telah dipelajarinya sebelum ini kerana pembelajaran yang menarik itu. Dengan penggunaan ICT juga dapat menjimatkan masa guru dan murid-murid. Masa itu emas. Setiap masa adalah penting
dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini akan menyebabkan keberkesanan dalam proses P & P berkenaan.
View more...
Comments