Penggubalan Dan Kepentingan Akta Pendidikan 1996 Terhadap Masa (1) - Copy

April 13, 2017 | Author: Noor Fadhilah Ab Aziz | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Penggubalan Dan Kepentingan Akta Pendidikan 1996 Terhadap Masa (1) - Copy...

Description

KPF3012 PENGGUBALAN DAN KEPENTINGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP MASA DEPAN PENDIDIKAN KUMPULAN 15 NAMA

NOMBOR MATRIK

NOOR FADHILAH BINTI ABD. AZIZ

D20111047510

WAN HAYATUN SYAMILA BINTI MEGAT ABDULLAH

D20111047379

NUR SYAFIQAH BINTI ONN

D20111047573

NURUL ASYIKIN BINTI MOHD ISA

D20112051955

PENSYARAH : CIK AZIZOL BINTI IDRIS

PENGENALAN  Akta Pendidikan 1996 turut dikenali Akta 550 adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, akta tersebut telah mengemukakan satu undang-undang

baru tentang pendidikan bagi melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang disediakan melalui akta ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan akan memenuhi keperluan negara, serta juga memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

Telah berkuatkuasa mulai 31 Dis 1997 Untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan pendidikan

Berpaksi kepada perakuan utama Penyata Razak

Menampilkan kesinambungan daripada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada

Untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perkara yang berkaitannya

Akta Pendidikan 1996

Mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pendidikan 1961

Untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan Lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1991

PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996 • Akta Pendidikan 1996 merupakan akta untuk memperuntukkan undangundang bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini diwujudkan khusus bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961 untuk memantapkan sistem pendidikan untuk generasi akan datang sejajar dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang berkualiti serta bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 adalah satu akta baru, tetapi masih merupakan kesinambungan kepada dasar pendidikan yang sedia ada. • Akta Pendidikan 1996 telah mengekalkan banyak peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang didapati masih relevan. Sebaliknya yang didapati tidak lagi relevan telah digugurkan. • Akta Pendidikan 1996 mengandungi 156 seksyen.

Sejarah Perkembangan Akta Pendidikan 1996 Akta Pendidikan 1961

Akta Pendidikan 1996 merupakan kesinambungan

Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum

Lahirnya UKM (1971) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah

Penyata Razak dan Rahman Talib

Semua kursus di IPT dikehendaki di ajar dalam bahasa Melayu

Beberapa sekolah bercorak teknik dan vokasional ditubuhkan

TUMPUAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

STATUS BAHASA KEBANGSAAN

KONSEP SISTEM PENDIDIKAN

Mempertingkatkan pendidikan teknikal

Perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan swasta

Memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan

TUJUAN PENGGUBALAN

Menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama

Memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan

Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan

KEPENTINGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PENDIDIKAN NEGARA

Asas pembangunan negara Pembangunan dari segi material, emosi dan jasmani serta intelektualisme individu. Adalah sesuai pada waktu itu dan ia perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini.

Melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020.

Ilmu dan pendidikan sebagai penentu utama arah tujuan negara • DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Memperkembang potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundangan (legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.

Dasar Pendidikan Kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Akta Pendidikan 1996 menjelaskan bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan  Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.  Seksyen 17 Dalam Akta Pendidikan 1996 dijelaskan tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagaimana yang telah ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan; sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan.

Kurikulum kebangsaan dan sistem peperiksaan yang sama Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. (dalam Seksyen 18) Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian muridmurid dari sekolah-sekolah di negara kita. (dalam Seksyen 19)

Sistem Pendidikan Kebangsaan Di Semua Peringkat Seksyen 15 dan Seksyen 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Perpaduan kaum Mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Pengajaran bahasa Cina , Tamil dan bahasa bumiputera diperuntukkan di sekolah.

Pendemokrasian pendidikan Seksyen 21, memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Mutu program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan boleh diikuti oleh kanak-kanak bermula lima tahun.

Pendidikan teknik diperluas • Bagi memenuhi keperluan pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi. Dengan ini Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan. • Seksyen 37 dan Seksyen 38, menaiktarafkan sekolah vokasional dan memudahkan politeknik mengadakan program kerjasama sejajar dengan keperluan tenaga kerja kemahiran yang tinggi di masa akan datang terutama bagi pelajar berkemahiran dalam bidang vokasional.

Pengajaran Agama Islam dan Nilai Murni • Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat. • Institusi pendidikan swasta dikehendaki mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai murni.

Mempertingkat maktab perguruan • Melalui Seksyen 47 (1) selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolahsekolah. Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebih banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia.

KESIMPULAN Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat. Tanpa sistem pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya. Implikasi daripada itu negara akan mengalami pelbagai masalah termasuk masalah perpaduan dan pembangunan. Oleh sebab itu, dengan wujudnya Akta pendidikan 1996 ini merupakan panduan untuk negara dalam menyatukan kepelbagaian bentuk dan corak pendidikan yang seimbang kepada semua masyarakat.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF