Download Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Semester 1...
Description
LAPORAN AKHIR Pengalaman
Berasaskan
Sekolah
(PBS)
merupakan
satu
aktiviti yang dapat menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia pendidikan bagi seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi hasil daripada PBS yang telah saya jalankan di SK Pekan Bongawan, Sabah. Walau pun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di sekolah ini, namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan bilik darjah di sekolah kurang memuaskan dari aspek keselesaan dan keselamatan yang diperlukan untuk menjadi bilik darjah yang kondusif. Cermin pada
pada tingkap-tingkap di
kebanyakan bilik darjah tidak lengkap sepenuhnya di mana hampir keseluruhan cermin pada tingkap kebanyakan pecah. Selain itu, struktur meja di dalam bilik darjah didapati tidak kukuh dan berada dalam
keadaan
baik.
Jika
diperhatikan
laci
meja
tersebut
kebanyakannya sudah berlubang dan hanya terdapat ruang untuk menulis sahaja. Di bilik darjah juga paparan maklumat, sudut pembelajaran, sudut bacaan dan paparan bahan pembelajaran tidak diselaraskan di semua bilik darjah. Ada kelas yang lengkap dengan kriteriakriteria
di
atas
namun
terdapat
juga
kelas
yang
kurang
mementingkan perkara di atas ataupun tidak ada dana yang cukup untuk melakukannya. Begitu juga dengan peraturan sekolah di
mana peraturan am sekolah tidak dilekat sepenuhnya oleh pihak pentadbiran. Saya ada mengusulkan hal ini dan pihak sekolah menyatakan bahawa peraturan am tersebut dikatakan dalam proses untuk melekatkan dan menampalkan di bilik darjah. Kelemahan-kelemahan seperti di atas perlu diperbaiki supaya suasana sekolah menjadi lebih ceria dan perkembangan minda pelajar menjadi lebih baik dan sihat. Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini dari segi keceriaan sekolah, aktiviti dan program sekolah serta pencapaian sekolah tidak kira dalam bidang akademik mahupun aktiviti kokurikulum. Menurut pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung kata-kata hikmat di kawasan sekitar sekolah. Usaha seperti ini menyebabkan persekitaran sekolah kelihatan ceria dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid juga dapat dijana dengan baik. Masalah disiplin di sekolah adalah di antara sekolah-sekolah yang mempunyai peratusan masalah disiplin yang rendah. Ini dibuktikan melalui rekod murid yang bersih daripada kes-kes berat seperti buli, merokok dan yang lain-lain. Hal ini berlaku disebabkan oleh usaha keras pihak pentadbiran untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid, dan juga kerjasama daripada muridmurid di sekolah ini untuk mematuhi semua peraturan sekolah selain menghormati guru-guru mereka. Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah ini termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar sekolah sentiasa menjadi sekolah yang terbaik di daerah ini. SK Pekan Bongawan banyak mencapai kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pencapaian ini bukan sahaja hanya dalam bidang kokurikulum, malah dalam bidang
akademik. Perkara ini telah saya perhatikan sejak saya masih bersekolah di sini lagi. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini. Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang dapat saya ambil iktibar, saya juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah sekolah dan rutin harian sesebuah sekolah. Secara amnya objektik utama PBS ini telah saya capai sepenuhnya. Kesimpulannya PBS ini dapat mendedahkan saya kepada budaya sekolah. Saya dapat mempelajari daripada PBS ini mengenai pengurusan pihak pentadbiran sekolah, sesi P & P yang berkesan dan berjaya, dan yang paling penting sekali adalah saya dapat membina persesi dan sikap positif terhadap profesion perguruan. Saya menyimpulkan bahawa PBS seharusnya diwajibkan kepada semua guru pelatih bagi mendedahkan guru pelatih kepada budaya sekolah dan profesion perguruan itu sendiri.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.