Pengajian Perniagaan Kertas 1 Bab 1

June 21, 2018 | Author: 'Izzul Nordin | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Pengajian Perniagaan Kertas 1 Bab 1...

Description

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1 BAB 1 Soalan Tahun 1999

1 (a) Berikan empat factor pengeluaran bagi perniagaan. [2] (b) Nyatakan empat tahap yang dilalui oleh sesebuah kitaran ekonomi. [2]

3 (a) Huraikan proses perniagaan . [3] (b) Jelaskan dengan ringkas mengapa pernigaan penting kepada ekonomi. [7] © Nyatakan lima factor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan. Dengan memberikan contoh , jelaskan bagaimana persekitaran tersebut mempengaruhi perniagaan. [15]

 Jawapan  Jawapan 1 (a) Empat factor pengeluaran bagi perniagaan -buruh/ guna tenaga, pekerja , pemgusaha -modal/ sumber kewangan -mesin dan peralatan -keusahawanan/ usahawan -tanah

(b) Empat tahap yang dilalui oleh sesebuah ekonomi -pertumbuhan/ pemulihan -kemewahan/ kemakmuran -kemerosotan

-kemelesetan

3 (a) Proses perniagaan -Proses / kitaran perniagaan bermula dari pengambilan input seperti bahan mentah -Input diproses melalui kaedah tambah nilai untuk mengeluarkan input. -output ijual kepada pelanggan untuk mendapatkan keuntungan.

(b) Kepentingan dari segi ekonomi -Memberikan peluang pekerjaan -memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat -meningkatkan pendapatan Negara melaluim kutipan cukai keuntungan perniagaan -mengeksploitasi sumber-sumber alam -meningkatkan pembangunan infrastruktur / prasarana -menggalakkan industry sokongan dan industry-industri lain -mencapai keseimbangan ekonomi

(c) Lima factor persekitaran umum i) Persekitaran ekonomi - Risiko dan ketidakpastian pasaran - Dinamik / perubahan-perubahan pasaran - Kedudukan pasaran wang - Keadaan – keadaan / pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi - Pusingan perniagaan Contoh : Penempatan pasaraya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan

-kemelesetan

3 (a) Proses perniagaan -Proses / kitaran perniagaan bermula dari pengambilan input seperti bahan mentah -Input diproses melalui kaedah tambah nilai untuk mengeluarkan input. -output ijual kepada pelanggan untuk mendapatkan keuntungan.

(b) Kepentingan dari segi ekonomi -Memberikan peluang pekerjaan -memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat -meningkatkan pendapatan Negara melaluim kutipan cukai keuntungan perniagaan -mengeksploitasi sumber-sumber alam -meningkatkan pembangunan infrastruktur / prasarana -menggalakkan industry sokongan dan industry-industri lain -mencapai keseimbangan ekonomi

(c) Lima factor persekitaran umum i) Persekitaran ekonomi - Risiko dan ketidakpastian pasaran - Dinamik / perubahan-perubahan pasaran - Kedudukan pasaran wang - Keadaan – keadaan / pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi - Pusingan perniagaan Contoh : Penempatan pasaraya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan

tinggi dan mampu.

ii) Persekitaran politik dan perundangan - Keadaan politik dan polisi awam sesebuah Negara peraturan , kawalan, sokongan dan galakan kerajaan . - System percukaian Contoh : cukai dinaikkan untuk pusat hiburan , kedai minuman keras dan pusat permainan video.

iii) Persekitaran sosiobudaya - Hubung kait nilai budaya social amalan sesuatu kaum - Perlindungan dan tanggung jawab social yang dipegang sesuatu bangsa - Perubahan populasi - Etika perniagaan Contoh : Pakaian orang Melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang cina. Oleh itu tidak sesuai jual baju melayu di Petaling Street.

iv) Persekitaran persaingan - Persaingan yang dihadapi - Jenes struktur pasaran ( persaingan tulen, monopoli, oligopoly, monopolistic) - Persaingan harga - Persaingan produktiviti - Persaingan antarabangsa Contoh : Perniagaan makanan segera, kereta baru / kereta terpakai

v) Persaingan teknologi

- Sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru atau membentuk tugas atau prosedur kerja yang baru dan lebih baik. Contoh : teknologi computer dalam perniagaan, penggunaan E-mail, E-commerce

vi) Persaingan fizikal - Persaingan yang sering dikaitkan dengan tenaga ( minyak, elektrik dll) - Sumber semulajadi - Pencemaran alam sekitar, ekologi - Kemudahan pengangkutan dan perhubungan Contoh : kemudahan berdekatan pelabuhan bagi mengurangkan kos pengangkutan untuk eksport dan import sama ada input / output.

Soalan Tahun 2000

1 (a) Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat. [3] (b) Jelaskan maksud perniagaan tahap huluan dan berikan contoh. [11/2]

3(a) Proses perniagan melibatkan tiga peringkat, iaitu (i) Membangunkan keluaran (ii) Menguruskan permintaan dan (iii) Memenuhi pesanan. Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan setiap peringkat tersebut . [6]

(b) Persekitaran fizikal adalah merupakan salah satu faktor penting dalam pembangunan

ekonomi di Malaysia. Jelaskan usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantapkan persekitaran fizikal perniagaan di Malaysia. [15]

© “Pelanggan dan pembekal merupakan dua pihak yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan.” Jelaskan penyataan ini. [4]

 Jawapan 1 (a) Kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat. -memenuhi keperluan pengguna dengan menyediakan barang dan perkhidmatan. -mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan. -pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menyertai perniagaan melalui system bekalan dan jualan. (b) Perniagaan huluan ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran bahan mentah. Contoh : perniagaan francais KFC (asas) membuka perladangan KFC (huluan)

3 (a) 1. Membangunkan keluaran • Kenalpasti apakah keluaran yang hendak dikeluarkan supaya ia dapat memberi kepuasan kepada pengguna. • Buat inovasi terhadap keluaran sedia ada supaya mutu keluaran dan fungsi penggunaan dapat ditingkatkan . • Mencipta satu keluaran yang baru • Contoh : PROTON keluarkan kereta WAJA

2. Menguruskan permintaan. • Mengenalpasti keperluan dan kehendak pengguna • Merangkumi penyelidikan pemasaran , promosi, pengiklanan, jualan, pembungkusan dan rangkaian. • Contoh : membuat pelancaran jualan secara besar-besaran dan menerima pesanan terlebih dahulu.

3. Memenuhi pesanan • Merangkumi proses pengeluaran, menyimpan, memasang dan perkhidmatan selepas jualan. • Contoh : menyediakan khidmat selepas jualan bagi kereta , computer dan lain-lain.

(b) Usaha-usaha kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantapkan persekitaran fizikal perniagaan di Malaysia: • Kemudahan pengangkutan Jalan raya

¬

Jalan keretapi

¬

Udara

¬

Laut

¬

• Kemudahan awam Elektrik,api dan dan air / bekalan yang cukup Kesihatanh dan riadah / keselamatan

¬

¬

• Zon perdagangan Binaan kilang

¬

Zon perdagangan bebas , harga tanah rendah • Perhubungan

¬

MSC , telekomunukasi – mudah membuat pesanan , pengecualian cukai.

¬

• Pelabuhan dan pergudangan Sistem yang digunakan cekap dan terkini.

¬

© Peranan pelanggan dan pembekal dalam perniagaan 1. Pelanggan merupakan pengguna kepada keluaran Pelanggan mahukan kepuasan dalan penggunaan barang dan perkhidmatan.

¬

Pelanggan yang akan menentukan kejayaan sesebuah perniagaan kerana mereka yang akan membayar bagi barang dan perkhidmatan yang disediakan. ¬

2. Pembekal membekalkan keperluan perniagaan Hubungan dengan pembekal penting untuk memastikan bekalan sentiasa terjamin

¬

Pemilihan pembekal yang dapat meyediakan pelbagai kemudahan dapat membentuk perjalanan operasi perniagaan . ¬

Soalan Tahun 2001

1 (a) Senaraikan enam persekitaran umum organisasi. [3] (b) Dari segi perundangan, bandingkan ketiga-tiga entity perniagaan yang berikut . (i) Perkongsian (ii) Syarikat Sendirian Berhad (iii) Koperasi [3]

3 (a) Huraikan perkaitan antara peranan sector swasta, sector awam dan badanbadan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [7] (b) Dengan memberikan contoh, jelaskan peranan firma kecil dalam industry barangan elektronik. [6] © Huraikan empat unsure persekitaran tugas yang mempengaruhi sesuatu perniagaan. [12]

 Jawapan 1 (a) Elemen persekitaran umum • Ekonomi • Persaingan dan jaringan • Sosiobudaya • Politik dan perundangan • Teknologi • Fizikal

(b) Perbandingan dari aspek perundangan Pendaftaran Keahlian Liabiliti Akta Perkongsian

Pendaftar Perniagaan 2 – 20 orang Tidak terhad Akta Perkongsia 1961 (pindaan) Syarikat Sdn. Bhd Pendaftar Syarikat 2 – 50 orang Terhad Akta Syarikat 1965 Koperasi Jabatan Pembangunan Koperasi Tidak kurang dari 100 orang Terhad Akta Koperasi 1948 (pindaan 1993)

3 (a) Peranan antara sector swasta, sector awam dan dan badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi Negara.

Sektor swasta • Menjalankan aktiviti perniagaan • Member/ menyediakan peluang pekerjaan

Sector awam • Pendorong dan penyokongbndengan member kemudahan dan panduan kepada pihak swasta. • Mengurangkan lapisan birokrasi di sector awam.

Badan Berkanun • Mengawal selia aktiviti perniagaan supaya aktiviti berlandaskan peraturan dan perundangan • Menjaga kewibawaan sector swasta • Menyediakan sumber manusia – university

(b) Peranan firma kecil dalam industry barangan elektronik Membekalkan bahan mentah kepada firma yang mengeluarkan barang siap.

¬

Menyediakan kepakaran khusus seperti peralatan audio dibekalkan oleh pengeluar peralatan audio kepada PROTON . ¬

Mengurangkan kos pengeluaran

¬

Membuat/ mengeluarkan barangan mengikut pesanan –tiada simpanan stok yang berlebihan. ¬

Kos pergudangan ditanggung oleh pembekal.

¬

© Unsur persekitaran tugas yang mempengaruhi perniagaan . Pelanggan

¬

- Merupakan pihak yang membekalkan bahan mentah kepada perniagaan. - Hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin bekalan yang berterusan pada harga yang berpatutan, serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya.

Pembiaya dan pemodal

¬

- Mereka ini merupakan kreditor atau tuan punya perniagaan. - Kebajikan mereka perlu diberi perhatian . - Ini termasuklah pembayaran faedah dan prinsipal hutang tepat pada waktunya. - Kelewatan pembayaran faedah akan menyukarkan syarikat/ perniagaan mendapat modal pada masa depan.

Kerajaan dan komuniti

¬

- Kerajaan memperuntukan peraturan dan undang-undang untuk dipatuhi oleh perniagaan. - Perniagaan/ syarikat tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidk boleh menaikkan barangann sewenang-wenangnya.

- Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab social supaya mereka dapat memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat.

Pekerja

¬

- Merupakan asset penting dalam perniagaan . - Dengan itu kebajikan pekerja tidak boleh diabaikan. - Perniagaan perlu sensitive kepada keperluan dan kehendak pekerja sama ada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. - Selain daripada itu pengetahuan dan kemahiran pekerja juga perlu ditingkatkan dengan menberi latihan-latihan tertentu. - Sekiranya produktiviti pekerja menurun, ini akan menyebabkan kos pengeluaran akan meningkat.

Pesaing

¬

- Merupakan perniagaan yang lai dalam industry yang sama yang menawarkan barangan yang hamper sama . - Syarikat perlu bersaing untuk mendapatkan syer pasaran bagi syarikatnya dan mendapatkan tapak yang kukuh dalam pasaran. - Namun begitu persaingan perlulah adil supaya tiada syarikat yang melanggar etika perniagaan dan peraturan perniagaan. - Persainga kan meningkatkan kecekapan dan member manfaat kepada pengguna.

Soalan Tahun 2002

1 (a) Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan kepada ekonomi Negara. [3] (b) Nyatakan tiga perbezaan selain daripada factor perundangan antara organisasi

perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan . [3]

3 (a) Terangkan empat persekitaran umum dan bincangkan bagaimana setiap persekitaran tersebut mempengaruhi prestasi perniagaan. [12] (b) Bincangkan proses perniagaan bagi sebuah kilang membuat basikal. [13]

 Jawapan 1 (a) Tiga kepentingan aktiviti perniagaan kepada ekonomi : • Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mendapat untung • Mewujudkan penenmpatan baru / bandar-bandar baru • Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan. • Membangunkan industry huluan dan hiliran • Menawarkan produk berkualiti dan pada harga yang berpatutan melalui persaingan. • Mengurangkan kadar pengangguran • Meningkatkan ekonomi Negara.

(b) Tiga perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan.

Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan Perniagaan 1.Matlamat utama adalah keuntungan 1.Matlamat utama adalah kebajikan social ahli 2.Sumber kewangan adalah daripada modal

dan keuntungan syarikat. 2.Sumber kewangan daripada yuran ahli dan sumbangan masyarakat. 3.Aktiviti utama organisasi adalah penjualan barangan dan perkhidmatan. 3.Aktiviti utama organisasi adalah bercorak kemasyarakatan.

3(a) Empat persekitaran umum yang mempengaruhi prestasi perniagaan

i) Persekitaran ekonomi - Risiko dan ketidakpastian pasaran - Dinamik / perubahan-perubahan pasaran - Kedudukan pasaran wang - Keadaan – keadaan / pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi - Pusingan perniagaan Contoh : Penempatan pasaraya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan mampu.

ii) Persekitaran politik dan perundangan - Keadaan politik dan polisi awam sesebuah Negara - peraturan , kawalan, sokongan dan galakan kerajaan . - System percukaian Contoh : cukai dinaikkan untuk pusat hiburan , kedai minuman keras dan pusat permainan video.

iii) Persekitaran sosiobudaya - Hubung kait nilai budaya social amalan sesuatu kaum - Perlindungan dan tanggung jawab social yang dipegang sesuatu bangsa - Perubahan populasi - Etika perniagaan Contoh : Pakaian orang Melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang cina. Oleh itu tidak sesuai jual baju melayu di Petaling Street.

iv) Persekitaran persaingan - Persaingan yang dihadapi - Jenis struktur pasaran ( persaingan tulen, monopoli, oligopoly, monopolistic) - Persaingan harga - Persaingan produktiviti - Persaingan antarabangsa Contoh : Perniagaan makanan segera, kereta baru / kereta terpakai

v) Persaingan teknologi - Sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru atau membentuk tugas atau prosedur kerja yang baru dan lebih baik. Contoh : teknologi computer dalam perniagaan, penggunaan E-mail, E-commerce

vi) Persaingan fizikal - Persaingan yang sering dikaitkan dengan tenaga ( minyak, elektrik dll) - Sumber semulajadi

- Pencemaran alam sekitar, ekologi - Kemudahan pengangkutan dan perhubungan Contoh : kemudahan berdekatan pelabuhan bagi mengurangkan kos pengangkutan untuk eksport dan import sama ada input / output.

(b) Proses perniagaan bagi sebuah kilang membuat basikal • Input -Faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran iaitu buruh, tanah, modal dan keusahawanan. -bahan mentah seperti besi, tayar, cat dan lain-lain. -peralatan seperti mesing pemasangan. -sumber kewangan yang diperlukan untuk membiayai aktiviti perniagaan dan membeli alatan.

• Proses Transformasi -Transformasi adalah aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran. -Input ditukar kepada output dengan menggunakan manusia, bahan, pengetahuan dan teknologi.

• Output -merujuk kepada hasil daripada proses pengeluaran -dalam kes ini, basikal adalah outputnya. Pemasar akan menjalankan fungsinya untuk mewujudkan cirri-ciri basikal seperti jenis, saiz dan lain-lain.

• Proses pemasaran

-Ialah urusniaga yang berlaku antara pengeluar dengan pelanggan . -Jabatan pemasaran akan menetapkan harga basikal berdasarkan aktiviti tabah nilai yang dilakukan.

• Untung atau rugi -untung adalah lebihan hasil daripada kos -rugi adalah kurangan hasil berbanding kos -untung merupakan ganjaran kepada usahawan.

Soalan Tahun 2003

1 (a) Galurkan hubungan antara perkembagan ekonomi Negara dengan pelanggan . [2] (b) Huraikan tiga sumbagan sector swasta kepada Negara. [3]

3 (a) Jelaskan kepentingan perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. [5] (b) Bincangkan peranan pengurusan permintaan kepada sesebuah perniagaaan . [8] © Jelaskan kesan persekitaran umum perniagaan yang berikut terhadap industry computer di Malaysia. (i) Politik dan perundangan (ii) Sosial (iii) Ekonomi (iv) Teknologi [12]

 Jawapan 1 (a) Hubungan antara perkembangan ekonomi Negara dengan pelanggan : • Apabila ekonomi berkembang , aktiviti perniagaan akan meningkat , ia akan meningkatka n peluang pekerjaan. • Seterusnya akan meningkatkan pendapatan pelanggan dan akan meningkatkan pembelian / dapat meningkatkan permintaan.

(b) Tiga sumbangan sector swastankepada negara. • Menwujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan membuka kilang / perniagaan / insdustri. • Meningkatkan hasil Negara melalui kutipan cukai • Memberi kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan produktiviti / pemb angunan sumber manusia kepada masyarakat melalui latihan / teknologi yang dibawa masuk. • Memberi sumbangan kepada Negara seperti derma • Membangunkan infrastruktur / fizikal seperti membina jalan / tempat menunggu bas kepada masyarakat. • Memindahkan teknologi luar ke dalam Negara iaitu membawa teknologi baru/ R&D.

3 (a) Kepentingan perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

i) Maksud keperluan dan kehendak • Kehendak manusia adalah tidak terbatas serta mempunyai keinginan yang banyak dan pelbagai. • Keperluan asas merupakan sesuatu yang perlu ada seperti makanan , pakaian dan tempat tinggal. • Keperluan sampingan merupakan sesuatu keperluan untuk tujuan keselesaan seperti pendidikan.

ii) Kepentingan • Menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. • Mengagih / mengedarkan barang dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos yang berpatutan , kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masanya. • Menyediakan barang yang berkualiti / bernilai tinggi , selamat digunakan dan tiada pencemaran.

3 (b) Peranan pengurusan permintaan kepada sesebuah organisasi Peranan : • Mengenalpasti keperluan dan kehendak manusia • Ia bertujuan mewujudkan permintaan bagi keluaran baru • Dan mengekalkan permintaan bagi keluaran sedia ada • Adalah untuk member kepuasan kepada pengguna

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan : 1. Membuat penyelidikan pemasaran • Memastikan keluaran yang dihasilkan memang diperlukan oleh pengguna • Mengenalpasti citarasa pengguna menerusi cirri-ciri produk • Menentukan sasaran pasaran • Mengenalpasti potensi pasaran

2. Mengadakan promosi (pengiklanan) • Memastikan pengguna diberikan maklumat yang lengkap • Mewujudkan permintaan dengan cara memujuk

• Mengekalkan permintaan terutama bagi keluaran yang sedia ada • Pembungkusan yang menarik dan selamat

3. Mengadakan aktiviti penjualan yang berkesan • Tempat yang sesuai iaitu mudah didatangi / selesa • Masa yang sesuai / berterusan • Harga yang berpatutan • Susun atur yang menarik iaitu mudah pengguna melihat produk dan membuat pilihan • Mempunyai faedah sampingan • Kemudahan bayaran dan khidmat pesanan

© Kesan persekitaran umum perniagaan terhadap industri komputer di Malaysia: 1. Dari segi politik dan perundangan • System politik yang diamalkan contohnya komunis/ kapitalis dari segi kebebasan mendapatkan maklumat • Undang-undang yang ketat dalam member perlindungan hak cipta/ paten • Penguatkuasaan peraturan • Kewujudan kestabilan politik kerana keadaan yangstabil jamin perniagaan akan kekal untuk mendapat pulangan pelaburan. • Galakan dari kerajaan menerusi prosedur percukaian • Mengalakkan usaha peningkatan teknologi.

2. Dari segi sosial • Budaya masyarakat yang celik komputer mengalakkan penerokaan dalam bidang ini. • Taraf pendidikan masyarakat contohnya masyarakat berpengetahuan

• Sikap iaitu minat dan kesedaran tentang kepentingan computer • Komposisi penduduk contohnya dari segi usia (muda / tua) • Taraf hidup penduduk

3. Dari segi persekitaran ekonomi • Sistem ekonomi yang diamalkan : - Sistem ekonomi kapitalis menggalakkan pelaburan dengan pemilikan harta dan hak ke atas keuntungan. - Sistem ekonomi campuran terdapat sedikit campurtangan kerajaan • Prestasi ekonomi - kepesatan kegiatan perniagaan memerlukan penggunaan solfware yang lebih berkesan • Peningkatan pendapatan penduduk menyebabkan mereka mampu memiliki komputer • Persaingan tulen boleh menurunkan harga, meningkatkan mutu / kualiti komputer • Mewujudkan industii baru / sampingan contoh perkhidmatan membaikpulih komputer, siber kafe .

4. Dari segi teknologi • Dri segi kemahiran teknik , penguasaan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat sesebuah negara. • Dari segi kepelbagaian software • Dari segi peralatan hardware yang canggih seperti teknologi robotic dan teknologi maklumat • Memudahkan pencapaian maklumat akan meningkatkan permintaan komputer • Menurunkan guna tenaga • Memudahkan pelaksanaan kerja

*****calon mesti menjelaskan kesan persekitaran umum kepada indutri komputer dan

bukan sebaliknya.

Soalan Tahun 2004

1 (a) Jelaskan maksud perniagaan tahap tertiar dan berikan empat contoh perniagaan tersebut. [3] (b) Dengan menggunakan industry minyak kelapa sawit, jelaskan bagaimana proses tambah nilai berlaku. [21/2]

4 Restoran Nasi Kandar Pak Teh merupak sebuah perniagaan yang sedang berkembang pesat. Pak Teh sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan perniagaannya secara milikan tunggal. Oleh sebab pertambahan pelanggan yang begitu pesat , Pak Teh memikirkan untuk mengembangkan perniagaan restorannya dengan menubuhkan beberapa cawangan . Beliau memikirkan untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad tetapi tidak pasti akan keberkesanannya.

Dikehendaki (a) Jelaskan kelemahan-kelemahan perniagaan milikan tunggal yang mungkin dihadapi oleh Pak Teh. [10] (b) Berikan nasihat anda krpada Pak Teh tentang cadangan beliau untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad bagi mengendalikan rantaian restorannya. [15]

 Jawapan 1 (a) Perniagaan tahap tertiar Ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan atau produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi. Contoh perniagaan tahap tertiar : i) Perkhidmatan langsung seperti doctor dan pendandan rambut

ii) Perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan seperti DHL iii) Perkhidmatan bank seperti pinjaman oleh Maybank Malaysia Berhad iv) Perkhidmatan insurans seperti perlindungan risiko yang disediakan oleh Great Eastern Assurance Bhd v) Perkhidmatan perhotelan seperti penginapan yang disediakan oleh Sherwood Marina Cove vi) Perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan internet disediakan oleh  Telekom Malaysia Berhad

(b) Input (buah kelapa sawit ) diproses untuk dijadikan minyak kelapa sawit yang seterusnya menjadi output lain iaitu produk berasaskan kelapa sawit. Proses tambah nilai berlaku dengan aktiviti pembungkusan / penjenamaan / pelabelan/ pewarnaan / pengawetan / pewangian. Ini menyebabkan harga minyak sawit dinaikkan. 4 (a) Pemilikan tunggal • Liability tidak terhad • Modal terhad • Pemilik tiada kemahiran • Beban pengurusan • Perniagaan jarang kekal dalam jangka panjang

(b) Kelebihan syarikat sendirian berhad • Modal besar • Liabiliti terhad • Operasi dapat mengembangkan perniagaan

• Terdapat pengkhususan – kewangan , pemasaran, sumber manusia • Jangka hayat perniagaan lebih panjang • Percukaian • Syarikat sendirian berhad sebagai entity yang berasingan , boleh didakwa dan mendakwa

Kelemahan syarikat sendirian berhad • Penguasaan cenderung kepada pemegang saham utama • Kos penubuhan sangat tinggi dan pembubaran yang kompleks • Konflik kepentingan dalam pengurusan • Pertelingkahan antara pemegang saham • Laporan kewangan mengikut Akta Syarikat 1965, perlu diaudit • Keputusan dibuat lambat kerana perlu mendapat persetujuan daripada pemegang saham • Kurang kerahsiaan

Nasihat kepada Pak Teh (Kaitkan sokongan penubuhan syarikat sendirian berhad)

Alasan / Kaitan i) Pelanggan / pasaran semakin besar ii) Menubuhkan beberapa cawangan iii) Mengembangkan perniagaan iv) Liability Pak Teh sebagai pemilik

Soalan Tahun 2005

1 (a) Nyatakan empat konsep asas perniagaan. [2] (b) Nyatakan dua sebab mengapa seorang peniaga keempunyaan tunggal sanggup menggunakan lebih masa dan usaha untuk mengurus perniagaannya. [2] 3 (a) Jelaskan mengapa entity perniagaan berbentuk keempunyaan tunggal dianggap sesuai bagi perusahaan kecil. [5] (b) Dengan memberikan contoh, huraikan pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan. [12] © Huraikan kepentingan persekitaran fizikal terhadap pembangunan perniagaan. [8]

 Jawapan 1 (a) Empat konsep asas perniagaan • Barangan dan perkhidmatan • Pertukaran nilai • Keuntungan perniagaan • Mem enuhi keperluan dan kehendak pengguna

(b) Dua sebab seseorang peniaga keempunyaan tunggal sanggup menggunakan lebih masa dan usaha untuk menguruskan perniagaanya : • Motivasi yang tinggi untuk menjayakan satu perniagaan yang diasaskannya sendiri. • Menanggung liability tidak terhad di mana harta peribadi boleh dituntut untuk membayar hutang jika perniagaan muflis.

3 (a) Sebab entity perniagaan keempunyaan tunggal sesuai bagi perusahaan kecil :

1. Mudah ditubuhkan • Peniaga hanya perlu mendaftar dengan Pejabat Pendaftan Perniagaan dengan melengkapkan Borang A dan membayar yuran pendaftaran. • Peniaga juga perlu dapatkan lessen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan dan terus berniaga.

2. Kos penubuhan yang rendah • Peniaga tidak perlu bayar cukai perniagaan yang tinggi tetapi hanya bayar cukai pendapatan individu.

3. Keputusan boleh dibuat sendiri • Peniaga tidak perlu dapatkan persetujuan pihak lain dalam membuat keputusan perniagaan. • Peniaga mudah mengembangkan perniagaan atau membubarkannya. • Peniaga terdorong untuk berusaha kerana keuntungan adalah milik sendiri.

(b) Pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan : Persekitaran tugas meliputi pihak-pihak yang berkepentingan dalam perniagaan . Berdasarkan contoh pendandan rambut.

1. Pelanggan • Pihak yang mengunjungi salun tersebut. • Salun perlu pastikan perkhidmatannya memenuhi kehendak pelanggannya. • membekalkan perkhidmatan yang berkualiti , harga yang berpatutan dan layanan yang baik.

2. Pemodal dan pembiaya • Pihak yang membekalkan modal kepada salun seperti bank, saudara mara atau orang perseorangan. • Peniaga perlu menggunakan modal ini secara bertabggungjawab supaya dapat membayar balik pinjaman beserta faedahnya kepada pemodal dan pembiaya.

3. Pembekal • Pihak yang membekalkan segala keperluan salun/ perniagaan seperti losyen rambut, syampu dan alat-alat yang berkaitan. • Peniaga perlu jalin hubungan baik dengan pembekal dan bayar tepat pada masanya. • Jika pembekal lambat hantae bekalan , perniagaan akan terjejas.

4. Pesaing • Salun dandanan rambut lain yang sama-sama bersaing dalam perniagaan ini. • Peniaga salun perlu mengkaji kelebihan dan kelemahan pesaing-pesaing ini • Kemudian mengatur strategi yang sewajarnya seperti promosi diskaun. • Salun haruis tawarkan perkhidmatan dan harga yang lebih baik dari pesaing supaya pelanggan tidak beralih kepada pesaing.

5. Kerajaan • Pihak yang menetapkan undang-undang perniagaan seperti pendaftaran, pelesenan, pembayaran cukai , undang –undang pekerja dan lain-lain. • Peniaga perlu pastikan undang-undang ini dipatuhi. • Jika tidak peniaga akan didakwa dan perniagaannya akan terjejas. 6. Pekerja

• Terdiri daripada pendanda rambut yang digajikan oleh peniaga salun. • Mereka menawarkan masa, kemahiran dan tenaga kepada perniagaan ini. • Peniaga perlu pastikan pekerja diberi gaji yang berpatutan dan tempat kerja yang selesa. • Jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi pekerja ini akan diambil bekerja oleh salun lain.

(c) Kepentingan persekitaran fizikal terhadap pembangunan perniagaan :

1. Input kepada perniagaan • Persekitaran fizikal termasuklah segala sumber alam yang terdapat di sesuatu kawasan. • Ia merangkumi sumber air,udara, tanih, galian, hutan , laut dan lain-lain. • Semua ini input kepada perniagaan . • Contoh industri perabut adalah berasaskan sumber hutan.

2. Bekalan sumber yang berterusan • Jika ada sumber yang berterusan memastikan perniagan dapat menjalankan pengeluaran tanpa gangguan. • Jika berlaku gangguan bekalan, pengeluaran akan terjejas. • Contoh ketiadaan bekalan elektrik akan menjejaskan pengeluaran.

3. Kehausan sumber yang tidak dapat diperbaharui • Kehausan sumber yang tidak dapat diperbaharui akan menjejaskan perniagan seperti sumber galian. • Peniaga terpaksa bayar kos yang tinggi untuk mendapatkannya. • Kos pengeluaran akan meningkat. • Contohnya petroleum dijangka haus 20 hingga 30 tahun lagi.

4. Pemeliharaan alam sekitar • Usaha menerokai alam perlu diimbangi dengan memelihara alam sekitar. • Ada perniagaan yang mengabaikan tanggungjawab ini. • Contohnya tumpahan minyak, pencemaran udara, jerebu dan lain-lain. • Ini akan menyebabkan kos operasi meningkat dan operasi terjejas

Soalan Tahun 2006

1 (a) Jelaskan maksud jaringan perniagaan . [2] (b) Dengan menggunakan pisang sebagai contoh, nyatakan perbezaan antara barangan konsumer dengan barangan industri. [3]

3 (a) Huraikan lima cabaran yang akan dihadapi oleh aktiviti perniagaan pada masa hadapan. [10]

(b) Huraikan bagaimana factor yang berikut dapat menggalakkan industry pelancongan di Negara kita. (i) Sosiobudaya (ii) Ekonomi (iii) Kerajaan

(iv) Fizikal [10]

(c) Jelaskan kepentingan untung kepada perniagaan. [5]

1(a) Jaringan perniagaan adalah merujuk kepada - Pakatan strategic atau hubungan perjanjian formal - yang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal , pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk atau memasarkannya di pasaran.

(b) Perbezaan barangan consumer dan industri Dimensi Barangan Konsumer Barangan Industri Kategori Pembeli Dibeli oleh pengguna akhir Dibeli oleh pengilang  Tujuan dibeli Digunakan utk dimekan/digoreng utk isirumah Diproses utk dijual semula kepada pengguna akhir Produk akhir Pisang, pisang goring, kerepek pisang Kek pisang, jem pisang Ciri produk Produk akhir Input kepada produk seterusnya

3(a) 5 cabaran perniagaan masa depan • Globalisasi / dunia tanpa sempadan -Persaingan sengit (kualiti , harga , penyampaian) , mobility pekerja/modal, celaru budaya. • Peningkatan kemajuan teknologi - perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek , perlu kemahiran teknologi , perlu modal tinggi.

• Peningkatan tanggungjawab social -batasan aktiviti komersial , desakan /tekanan pihak NGO , kerajaan, pihak berkepentingan : buruh kanak-kanak ; perihatin terhadap OKU . • Peningkatan system perniagaan Islam (perbankan Islam) -pematuhan syariah • Kewujudan blok-blok perdagangan -ketepuan pasaran , persaingan sengit, batasan perdagangan. • Sumber semakin berkurangan -batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi , meningkatkan produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan sumber) • Perubahan struktur demografi -kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan atau suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah “matang”.

(b) Faktor menggalakkan industry pelancongan Negara : 1. Sosiobudaya -nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat -Budaya unik (kepelbagaian agama, adat resam, perayaan , makanan, pakaian dsb) untuk tontonan pelancong. Contohnya “Truly Asia”. -Rakyat mudah mesra dan beradab – pelancong dihormati dan rasa diraikan. -Gabungan gaya hidup moden dan nilai traditional.

2. Ekonomi

-Keadaan / persekitaran ekonomi, kuasa beli , harga barangan -Barang murah dan pelbagai – syurga beli belah, zon bebas cukai, carnival beli belah. -Kadar pertukaran matawang menarik -Sistem kewangan dan perbankan yang efisien -Peniaga beretika.

3. Kerajaan -Sistem pemerintahan (institusi, pemguatkuasaan), gaya kepimpinan -Galakan kedatangan pelancong , Contoh : program Homestay, 2nd Home. -Kemudahan perjalanan - visa , pas lawatan, - kurang birokrasi -Insentif cukai untuk industry pelancongan -Keselamatan dan keadilan sy stem perundangan. -Program pelancongan – kesihatan, pendidikan , eko-pelancongan dan sebagainya.

4. Fizikal -Merujuk kepada kemudahan fizikal (bangunan, jalanraya, perhubungan) -Tempat penginapan yang banyak, selesa dan selamat. -Keindahan alam semulajadi / tempat lawatan yang menarik. -Kebersihan dan kesihatan (bebas penyakit) -Sistem pengangkutan / perjalanan / perhubungan -S istem komunikasi

(c) Kepentingan untung kepada perniagaan -Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko. Contoh dividen.

-Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan / kelangsungan perniagaan (survival) – pelaburan semula keuntungan. -Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat. -Matlamat dan hala tuju – ukuran kepada prestasi perniagaan. -Keyakinan atau dorongan kepada pelabur.

Soalan Tahun 2007

1 (a) Nyatakan kepentingan persaingan dan sosiobudaya kepada organisasi perniagaan. [2] (b) Jelaskan maksud perniagaan berasaskan pengeluaran barangan insudustri, dan berikan contoh. [3]

3 (a) Huraikan maksud perniagaan domestic dan sumbangannya kepada Negara. [13] (b) Jelaskan perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengn syarikat awam berhad. [12]

 Jawapan 1 (a) - Kepentingan Persaingan -Melakukan inovasi terhadap produk dan perkhimatan. -Meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos. -Meningkatkan kualiti -Mengurangkan kos.

- Kepentingan sosio budaya -Demografi/populasi penduduk menentukan pasaran dan permintaan

-Perubahan gaya hidup mengubah reka bentuk produk . -Kepercayaan/agama/adat/ nilai mempengaruhi produk yg ditawarkan.

(b) - Maksud – Perniagaan barangan industry adalah perniagaan yang melibatkan pembuat Menjual barangan/ keluarannya kepada pembuat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya (tambah nilai) bagi menghasilkan produk akhir.

-Contoh - Papan yg dihasilkan oleh kilang papan dibeli oleh kilang perabot untuk diproses seterusnya kepada produk berasaskan kayu seperti perabot, pintu dan sebagainya.

3. (a) Maksud (i) Perniagaan yang beroperasi dalam Negara (ii) Menggunakan sumber input yang terdapat dalam Negara (iii) Pasaran dalam negara.

Peranannya : (i) Memberi pendapatan cukai kepada Negara (ii) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan . (iii) Menggunakan sumber / input dalam Negara dan meningkatkan kegiatan perusahaan huluan. (iv) Mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas ( pengangkutan, makanan ). (v) Menjimatkan pertukaran asing.

(vi) Memberikan kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan.

(b)Perbezaan antara perniagaan domestic dengan perniagaan antarabangsa Bil Dimensi Syarikat Sdn Bhd Syarikat Awam Bhd 1. Bilangan pemilik Sekurang-kurang 2 orang dan maksimum 50 orang pemegang saham Sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham tetapi tiada jumlah maksimum ( terhad kepada bilangan saham berbayar)

2. Penjualan & pembelian syer Pemilikan syer terbuka kepada sekumpulan orang persendirian sahaja. Pemilikan syer terbuka kepada orang ramai melalui pasaran saham / bursa saham.

3. Laporan Kewangan Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai. Laporan kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai melalui akhbar 4. Pendaftaran dan nama syarikat Perkataan `Sdn Bhd’ perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada nama syarikat Perkataan `Berhad ‘ perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada nama syarikat

5. Pengurusan Lembaga pengarah mesti dilantik daripada pemegang syer . Sekurangkurangnya seorang pengarah akan mengurus syarikat.

Lembaga pengarah tidak semestinya dilantik daripada pemegang syer. Sekurangkurangnya dua orang pengarah akan mengurus syarikat 6. Sumber modal Sumber modal adalah terhad Mudah mendapat modal yg besar drp ramai pemegang saham 7. Pemindahan saham Pemindahan saham terhad dan perlu ada persetujuan ahli-ahli. Pemindahan saham adalah bebas

Soalan Tahun 2008

1 (a) Nyatakan tiga kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan . [3] (b)Nyatakan perbezaan antara fungsi persekitaran umum dengan fungsi persekitaran tugas [2]

3 (a) Dengan merujuk kepada perniagaan di Malaysia, jelaskan kepentingan perniagaan kepada pihak yang berkepentingan. [15] (b)Dengan memberikan contoh, jelaskan bagaimana factor persekitaran umum, iaitu teknologi dan sosial dapat menyumbang kepada perkembangan dan pertumbuhan industri perbankan Islam di Malaysia. [10]

 Jawapan 1(a) Tiga kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan : • Perniagaan dapat beroperasi secara sah • Mendapat kemudahan infrastruktur • Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan • Mendapat sumber pembiayaan • Mendapat garis panduan menjalankan aktiviti perniagaan • Mendapat peluang perniagaan di luar negara • Mendapat faedah daripada penyelidikan yang dijalankan oleh agensi kerajaan • Pembangunan/ latihan / khidmat nasihat • Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan perkhidmatan. (isi berkaitan dengan apa faedah yang perniagaan boleh dapat daripada agensi kerajaan)

(b)Perbezaan fungsi persekitaran umum dengan persekitaran tugas Dimensi Persekitaran Umum Persekitaran Tugas 1.Liputan Factor yang luas dan menyeluruh Factor yang khusus melibatkan pihakpihak yang berkepentingan terhadap perniagaan

2.Kesan Terlibat secara tidak langsung dengan operasi perniagaan / semua industry  Terlibat secara langsung dalam setiap tindakan pengurusan perniagaan 3.Kawalan Factor yang sukar dujangka/ dikawakmoleh pihak pengurusan organisasi Faktor yang boleh dijangkakan / dikawal oleh pihak pengurusan organisasi

****Jawapan ikut dimensi. Tiada dimensi markah kosong.

3 (a) kepentingan perniagaan kepada pihak-pihak yang berkepentingan Pihak Berkepentingan Maksud Kepentingan perniagaan kepada pihak berkepentingan

Pelanggan Pembeli produk yang dikeluarkan oleh syarikat -Mendapat barang / perkhidmatan yang berkualiti -mendapat pelbagai pilihan produk -mendapat produk yang selamat digunakan - mendapat produk pada harga yang berpatutan -Mendapat kuantiti barangan yang mencukupi

Pekerja Tenaga pekerja yang memberi sumbangan mental dan fizikal kepada syarikat -Mendapat pekerjaan -Mendapat gaji dan upah -Mendapat faedah pekerjaan -Dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman -Mewujudkan jalinan social / kumpulan kerja

Pembekal Pihak yang membekalkan bahan mentah / input kepada perniagaan -Dapat membekalkan bahan mentah / input -Mendapat untung -Mendapat bayaran tepat pada masanya -Dapat terus beroperasi sebagai pembekal -Mendapat maklumat daripada perniagaan untuk meningkatkan kualiti produk

Pemodal / Pembiaya Pemodal – pihak yang melabur dalam syarikat

Pembiaya – pihak yang memberi pinjaman kepada syarikat -Mendapat dividen atau keuntungan -Mendapat peluang pelaburan yang menguntungkan -Menambah kekayaan

Kerajaan Pihak yang berkuasa menetapkan undang-undang dan peraturan perniagaan -Mendapat hasil atau cukai daripada keuntungan perniagaan -Mengatasi masalah pengangguran / masalah social -Mengurangkan perbelanjaan pembinaan infrastruktur -Mengalakkan pertumbuhan ekonomi

Pesaing Firma lain dalam industry / pasaran yang sama -Menggalakkan inovasi produk -Sumber idea -Menjadi penanda aras harga dan kualiti -Strategi pemasaran yang dapat bersaingan

(b)Persekitaran teknologi dan social menyumbang kepada industry perbankan Faktor Maksud Katan /contoh Sumbangan

 Teknologi Peralatan / pengetahuan/ kaedah menukarkan input kepada output Internet  Telebanking ATM -peluang mewujudkan dan menawarkan produk baru -peluang untuk meluaskan pasaran /

Promosi -peluang untuk meningkatkan bilangan pengguna -Peluang untuk meningkatkan cara Penyampaian produk yang lebih berkesan Sosial Interaksi antara ahli masyarakat/ perkongsian nilai dalam masyarakat -Halal -Produk mengikut syariah -Tanpa riba -Perkongsian untung -Perbankan Islam -Penawaran produk -Meluaskan pasaran -Meningkatkan bilangan pelanggan -Cara penyampaian *** Contoh khusus mesti dikaitkan dengan sumbangan- jika tiada kaitan , tiada markah untuk contoh dan sumbangan. Soalan Tahun 2009

1 (a) Nyatakan empat isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para pengurus pada masa hadapan. [2]

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF