Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
October 3, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer...
Description
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
1.0 PENGENALAN Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya teruta manya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL.
Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan la tihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan berci rikan pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif.
2.0 PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum-balas kepada pengguna, kreatif, krea tif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.
Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestila mestilah h tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan
rekabentuk antaramuka perisian.
3.0 ISTILAH-ISTILAH PPBK Antara Istilah-istilah yang selari dengan PPBK dalam bahasa asing ialah seperti "computer-assisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-assisted learning" dan "computer-aided learning". Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinya tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah antara istilah-istilah yang lazim digunakan apabila berbincang tentang soal PPBK; 3.1 Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI) CAI adalah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran disampaikan oleh komputer. Pengguna belajar dengan berinteraksi dengan komputer. Maklumbalas dari komputer akan dikeluarkan berdasarkan respond yang diberi oleh pengguna. Dalam proses pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcara yang lazimnya dilakukan oleh seorang guru. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI.
3.2 Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL) Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk pembelajaran untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. Ia berbeza dengan cara CAI yang berdasarkan kepada respond pelajar dan maklum-balas komputer.
3.3 Courseware / Perisian Kursus Menurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisian kursus merujuk kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungan dan teknik yang yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Ia merujuk kepada isi kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan kedalam alat pengarangan seperti ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengan kata lain perisian kursus adalah PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulu sebelum ini.
4.0 Pembelajaran Berasaskan W Web eb (Web-Based Learning) Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yang disampaikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi, urusan ujian dan lain-lain adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001) sistem pembelajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas sekali. Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem pembelajaran berasaskan web ini akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah kelas tradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukartukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan. Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pentingnya merangka dan memantau pertukaran maklumat ini untuk mempastikan pembelajaran yang bermakna sebenarnya berlaku.. Oleh itu, dalam kesungguhan dan keghairahan untuk menggunakan web sebagai media pengajaran, para pendidik perlu juga menekankan tentang keperluan untuk pembelajaran. Bagi Duchastel (1997) sumber maklumat, tahap interaktiviti, pembelajaran berstruktur dan komunikasi adalah empat ciri yang sepatutnya ada dalam seting keperluan pengajaran dan pembelajaran. Memperolehi maklumat baru adalah sebab utama pelajar belajar. Interaktiviti pula adalah apa yang berlaku antara pelajar dan sumber pembelajaran - iaitu sama ada buku, simulasi, perbincangan mahupun program multimedia. Disini proses peningkatan dan pemurnian pengetahuan pelajar akan berlangsung. Struktur pula mempastikan fokus pembelajaran adalah selari dengan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Dan sebagai tambahan, ta mbahan, komunikasi pula memberikan seting sosial supaya pertukaran maklumat, bantuan peribadi dan motivasi berlaku. Sebagai kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web ini menggunakan corak pembelajaran secara penerokaan. Sungguhpun capaian maklumat amat senang didapati dengan menerokai dan melayari internet, maklumat tersebut tidak semestinya berilmu atau berguna. Oleh kerana inilah Duchastel menekankan kepentingan keempat-empat keperluan tersebut semasa proses pengajaran-pembelajaran berlaku.
5.0 PENDEKAT PENDEKATAN PPBK P PBK PPBK menggunakan beberapa jenis pendekatan interaksi pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis-jenis interaksi yang popular ialah tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan. Setiap jenis interaksi ini mempunyai kelebihannya masing-masing. Ia boleh dibangunkan secara sendiri. Bagaimanapun, perisian yang menggunakan gabungan tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan akan bersifat lebih interaktif dan menarik.
5.1 Tutorial Tiga perkara asas yang perlu ada dalam sesi tutorial iaitu isi pelajaran yang kemas,
pengguna boleh menjawab soalan dan komputer memberi maklumbalas. Dalam sesi tutorial, pada asasnya, komputer akan mengajar pengguna sesuatu konsep atau teori yang baru. Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadar kendiri pengguna. Setelah konsep-konsep tertentu dipersembahkan kepada pengguna dan kefahaman pengguna diukur, komputer kemudian akan mengeluarkan arahanarahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklumbalas pengguna.
5.2 Latihtubi (Drill and Practice) Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan pengukuhan. Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Proses latihtubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari. Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer. Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papankekunci. 5.3 Permainan Pendidikan (Educational Games) Keadah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut Jonassen (1996) para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan.
Permainan pendidikan dalam PPBK adalah permainan yang berorientasikan pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah para pengguna dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini akan merangsang pengguna untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya dipelaja rinya terlebih dahulu. Dengan ini ia membantu pelajar melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan PPBK yang berasaskan simulasi dan latihtubi la tihtubi boleh juga disampaikan melalui permainan. Permainan yang baik seharusnya mampu untuk mengasah pemikiran yang kreatif kerana dalam sesi permainan, pelajar akan cuba membuat keputusan berdasarkan syarat, logik dan hukum tetentu. Situasi ini juga dapat mencabar motivasi pelajar.
5.4 Simulasi (Simulation)
Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan. Contohnya dalam pembelajaran sains tentang tajuk meosis, adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada menggunakan gambarajah-gambarajah statik untuk menerangkan proses meosis. Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi masa dan kos-kos yang tidak perlu dapat dielakkan. Apa Apa yang penting, pengguna simulasi dapat meneroka sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran mereka.
6.0 KESIMPULAN Walaupun pendidikan teknologi maklumat dan penggunaan internet di sekolahsekolah masih lagi baru, semua pihak menyedari penggunaan perisian kursus dalam pendidikan telah membuka berbagai peluang belajar bagi para pelajar. Walaubagaimanapun, menghasilkan satu perisian pendidikan yang bermutu adalah sesuatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi terutama jika proses pengajaran dan teknologi mahu disepadukan dalam bilik darjah seperti yang dicadangkan dalam projek sekolah bestari. Persoalannya, siapakah yang patut membangunkan perisian tersebut? Membiarkan guru-guru dengan tanggungjawab membina perisian pendidikan disamping tugastugas yang sedia ada adalah terlalu membebankan. Dalam pada masa yang sama mengharapkan jurutera perisian membangunkan perisian pendidikan pula beerti menjemput masalah yang sudah dijangka kerana pengetahuan pedagogi mereka adalah terbatas. Walau apapun jalan penyelesaiannya, penghasilan perisian yang berkualiti perlu ditekankan agar ia menjadi lebih dari mempersembahkan maklumat dalam bentuk multimedia sahaja.
RUJUKAN Alessi S.M. & Trollip S.R. 1985. Computer-Based Instruction - Methods and Development. New Jersey, Prentice-Hall Inc. Boyle, T. T. 1997. Design for Multimedia Learning. Europe, Prentice Hall. Khan, B.H. 2001. Web Based Learning. http://www.bookstoread.com/bestseller/khan/wbl.html (25 Jun 2001) Duchastel 1997. A Web-Based Web-Based Model for University Instruction. Journal of Educational Technology Systems 25, (3):221-228. ( 3):221-228. Jonassen, D. H. 1996. Computers in the Classroom: Mindtools for Critical Thinking. New Jersey, Prentice-Hall. Lee, G. S. 2000. IT & Education In Malaysia. Kuala Lumpur, Longman.
Munden, C.D. 1996. Computer Assisted Instruction. http://www.auburn.edu/~mundecd/cai.html (1 Julai 2001). Siti Fatimah. 2001. Pengajaran Pembelajaran Pe mbelajaran Bantuan Komputer. Nota Kuliah. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tanpa (Tanpa pengarang dan tarikh) Smart Learning System. http://www1.jaring.my/sle/ (25 Jun 2001)
View more...
Comments