Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21
December 9, 2016 | Author: Wan Fadh | Category: N/A
Short Description
21st century classroom...
Description
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
1.0 PENDAHULUAN Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan tertumpu kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan penghayatan identiti nasional yang kukuh. Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat.
Rajah 1 : Standard Kemahiran Abad Ke-21 1
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
Dalam melakukan penambahbaikan ini, perhatian khusus diberikan kepada kumpulan murid yang keperluannya berbeza supaya mereka berpeluang mengembangkan potensi diri. Menyedari hakikat bahawa sekolah merupakan pusat pembelajaran, maka keupayaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan diperkasakan bagi memastikan hasrat murni dasar dapat diterjemahkan secara tekal dan realistik, dalam konteks pengalaman bertaraf dunia di sekolah dan di dalam bilik darjah.
2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan secara luas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengkhusus kepada tiga objektif, iaitu: i.
Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;
ii. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan iii. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. Pelbagai perspektif daripada kalangan pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia. Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikannya sejajar dengan dasar awam berkaitan pendidikan. Tambahan lagi, inilah kali pertama Kementerian melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran. Sepanjang tempoh setahun, lebih 55,000 pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid, dan orang awam di seluruh negara telah menyertai sesi temu bual, kumpulan fokus, kaji selidik, Dialog Nasional Pendidikan Negara, hari terbuka, dan perbincangan meja bulat. Lebih 200 memorandum telah diterima oleh Kementerian dan lebih 3000 artikel termasuk daripada blog telah ditulis tentang isu berkaitan dengan pelan ini. 2
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
Rajah 2 : 5 Aspirasi Sistem, 6 Ciri Murid dan 11 Anjakan bagi Transformasi Sistem bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 3
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
2.2 Membentuk dan Mengaplikasi Pembelajaran Abad Ke-21 Kurikulum yang direka bentuk menuntut kita untuk membuat pilihan tentang elemen penting pada masa kini bagi membantu murid untuk masa depan mereka.
Rajah 3: Kemahiran Abad Ke-21
Rajah 4: Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian murid berlaku secara aktif agar tercapai 6 aspirasi abad ke-21 iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional yang diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai orang yang
Rajah 5: Perubahan yang Perlu
akan memimpin proses pembelajaran. Buku panduan ini menerangkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk dan susunan bilik darjah abad ke-21 dan
kesediaan guru bagi membolehkan guru membuat refleksi dan membuat persiapan untuk merealisasikan konsep pembelajaran abad ke-21 dengan jaya. 4
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
3.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Rajah 6: Pembelajaran Abad Ke-20
Rajah 7: Pembelajaran Abad Ke-21
Rajah 6 menunjukkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-20 dan rajah 7 menunjukkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Transformasi dalam pendekatan dan pedagogi pembelajaran diperlukan untuk menghasilkan generasi yang menguasai pelbagai kemahiran dalam menghadapi cabaran abad ke-21.
5
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
3.1 Huraian Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Bil 1
Elemen Pembelajaran berasaskan murid
Definisi/ penerangan Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011). Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran.
Perincian/ Contoh/ Situasi/ Aktiviti Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu: i. Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah) ii. Tahap kematangan murid iii. Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) iv. Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal, audiotori, verbal, logikal, sosial dan individual). Aktiviti pembelajaran haruslah bersesuaian dengan tahap kecerdasan, tahap kematangan murid, kecenderungan, kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran murid. Contoh: i. Murid yang cenderung pada visual, guru perlu menyediakan bahan pembelajaran berbentuk grafik yang menyokong pembelajaran. ii. Murid yang cenderung pada aktiviti fizikal, perlu dilibatkan dalam aktiviti seperti aktiviti hands-on dan eksperimen
Murid belajar menggunakan bahan visual mengembangkan kreativiti
Aktiviti pembelajaran disesuaikan dengan tahap kematangan murid
Murid belajar melalui aktiviti hands -on sesuai dengan kecenderungan mereka Murid menjalankan aktiviti penerokaan
6
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
2
Pembelajaran kolaboratif
PPD MUAR 2014
Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan Pembelajaran kolaboratif adalah i. Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, situasi dua atau lebih menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan. manusia belajar ii. Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu bersama-sama (Bruffee, untuk mencapai objektif pembelajaran 1993). Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan bersama (Dillenbourgh, 1999).
Kolaboratif guru dengan murid dalam pembelajaran
Kolaboratif murid dengan murid dalam pembelajaran
Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian. Kolaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti perbincangan, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian
7
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
3
Kemahiran
Pembelajaran yang berkesan membolehkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisien (Colin, Brown & Newman, 1989).
PPD MUAR 2014
Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatikan. Contoh: i. ii. iii. iv.
Murid yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat Murid yang mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen akan dapat menjalankan eksperimen dengan betul dan selamat. Murid mempelajari teknik melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan kemas. Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tata bahasa yang betul Contoh aplikasi kemahiran dengan efisien
Menulis dengan kemas
Menggunakan radas dengan betul 8
Berucap dengan tatabahasa yang betul
Cekap menyelesaikan masalah matematik
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
4
Pembelajaran adalah proses
Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperolehi melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb,1984).
PPD MUAR 2014
Semasa belajar: i. Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru. ii. Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran.
Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran
Pembentangan hasil
Refleksi pembelajaran
Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran.
5
Pemikiran aras tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). .
Rajah 3 menunjukkan Kemahiran aras tinggi dan rendah dalam Taksonomi Bloom. Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom.
Mencipta
Kemahiran aras tinggi
Menilai Menganalisis Mengaplikasi Memahami Mengingat Rajah 8: Taksonomi Bloom 9
Kemahiran aras rendah
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam pendidikan abad ke-21. Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya: i. Penyelesaian masalah ii. Penyoalan yang melibatkan pemikiran aras tinggi iii. Pelaksanaan projek iv. Integrasi i-think dalam proses pembelajaran Contoh pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis
Penyelesaian masalah
Projek Sains
Penyoalan
10
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
6
Praktikal
PPD MUAR 2014
Pembelajaran akan Guru harus membimbing murid supaya dapat: menjadi lebih berkesan i. Mengaitkan teori dengan amali sekiranya teori yang ii. Belajar melalui pelbagai aktiviti konstruktif berbentuk abstrak boleh iii. Mengaplikasi teori secara praktikal dipelajari oleh murid iv. Menjalani pembelajaran secara kontekstual secara praktikal dan kontekstual (Abell & Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan ialah: Lederman, 2007). • • • • • • • •
Inkuiri penemuan Projek Penyelesaian masalah Kerja lapangan Eksperimen Simulasi Main peranan Aktiviti hands- on
Contoh aktiviti pembelajaran praktikal dan kontekstual
Inkuiri penemuan 11
Projek Sains
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
Contoh aktiviti pembelajaran praktikal dan kontekstual (sambungan)
Penyelesaian masalah
Kerja lapangan
Eksperimen
Simulasi tawaf
Aktiviti hands-on
Main peranan
12
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
7
Kemahiran untuk kehidupan
Pembelajaran tidak terbatas kepada penguasaaan isi kandungan kurikulum sahaja tetapi melibatkan penguasaan pelbagai kemahiran untuk kehidupan (Draves & Coates, 2011).
PPD MUAR 2014
Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran haruslah: i. ii. iii. iv.
sentiasa releven dengan perkembangan terkini. melibatkan integrasi kecerdasan pelbagai (multiple intelligence). membolehkan kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan murid. menggunakan maklumat, sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi terkini.
Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang kreatif, kritis, inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. 13
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
8
Berkumpulan
Pembelajaran berkumpulan melibatkan sekumpulan murid-murid belajar dan menyelesaikan tugasan bersama-sama (Muijs & Reynolds, 2011). Pembelajaran berkumpulan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi penyelesaian masalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan mereka (Amstrong, 2012; O’Donnell, 2006).
PPD MUAR 2014
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan. Antaranya termasuklah pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa teknik pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah: Jigsaw, Think-Pair-Share, Round Robin, Numbered Heads dan sebagainya.
Contoh Pembelajaran Koperatif
Jigsaw
Think Pair Share
Round Robin
Numbered Heads
14
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
9
Komuniti
Sekolah adalah satu komuniti kecil tempat murid belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi murid dengan rakan, guru dan warga sekolah.
PPD MUAR 2014
Sekolah sebagai komuniti
Komuniti sekolah melibatkan murid, guru dan kakitangan Seterusnya sekolah Terdapat beberapa bentuk kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat setempat. Untuk perlu membina jaringan meningkatkan kualiti pendidikan, antaranya: kerjasama dengan komuniti setempat, i. Sumbangan kepakaran golongan profesional dalam masyarakat setempat kepada sektor awam dan sektor sekolah swasta dalam ii. Program sekolah angkat atau kerjasama sektor awam,sektor swasta dan persatuan pembelajaran murid. bukan kerajaan iii. Contoh kerjasama sekolah dengan komuniti
Ceramah kerjaya - doktor
Murid melawat kilang 15
Kerjasama dengan pasukan pakaian seragam
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
10
Pentaksiran formatif
Pentaksiran formatif adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapat maklumat pencapaian murid, pengetahuan dan kemahiran, Maklumat yang diperoleh digunakan untuk memberi maklum balas kepada murid, membuat pemulihan dan menambah baik pembelajaran (Muijs & Reynolds, 2011).
PPD MUAR 2014
Ciri-ciri pentaksiran formatif: i. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. ii. Dijalankan sepanjang pembelajaran berlangsung. iii. Contoh instrumen: Latihan, sesi soal jawab, kuiz, hasil kerja murid, pembentangan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Beberapa contoh penilaian formatif:
Latihan Murid
Ujian ringkas
Buku skrap
Laporan projek
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
Kuiz Pembentangan murid 16
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
11
Belajar untuk kehidupan
Pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membangunkan insan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi manusia yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
PPD MUAR 2014
Pembelajaran seharusnya tidak difokuskan hanya kepada pencapaian akademik tetapi merupakan proses pembangunan insan secara menyeluruh. Pembelajaran di sekolah harus menyediakan murid untuk: i. kerjaya dan masa depan mereka ii. generasi bagi kemajuan negara.
Aktiviti pembelajaran perlu berteraskan falsafah pendidikan negara dan mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 (kreatif, kritis, komunikasi dan kolaboratif).
17
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
4.0 Bilik Darjah Pembelajaran Abad Ke-21 4.1
Konsep Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Konsep bilik darjah yang ideal mestilah berubah mengikut perkembangan pendidikan semasa. Dalam era globalisasi serta zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, kesedaran dalam menyediakan ruang belajar yang kondusif semakin meningkat. Kewujudan bilik darjah dalam usaha merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sangat berkait rapat dengan kesediaan guru mengurus ruang pembelajaran tersebut secara optimum. Richards (1990), mentafsirkan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru pada tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Guy (1999), sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Oleh itu, konsep bilik darjah dapat ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikalnya. Bilik darjah boleh berupa sebuah bilik, padang, makmal sains, dewan, atau makmal komputer tetapi keberkesanan fungsinya sangat bergantung kepada pengurusannya.
18
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
4.2 Ciri-Ciri Bilik Darjah Abad ke-21 Struktur dan prasarana sekolah Bil
Elemen
Perincian / Contoh / Situasi / Aktiviti
Definisi dan Penerangan
1
Bilik Khas
Bilik mengikut keperluan seperti • Makmal Sains, • Bilik Kemahiran Hidup, • Bilik Media, • Bilik Tayang
Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras atau kritikal . (Subject based Classroom –SBC) • Kerusi meja disusun mengikut kumpulan. • Pelbagai peralatan yang berkaitan dengan mata pelajaran . • Bahan Bantu Mengajar (BBM)
2
Bilik Khas Mata Pelajaran
Bilik mengikut mata pelajaran seperti • Bahasa Melayu, • Bahasa Inggeris, • Matematik
Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras. (Subject based Classroom –SBC) • Kerusi meja disusun mengikut model kumpulan. • Bahan Bantu Mengajar (BBM) • Media cetak seperti buku, kamus, majalah untuk bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar. • Jadual penggunaan bilik disediakan • Bilik khas untuk guru mata pelajaran berkenaan
Contoh Bilik Darjah Berdasarkan Mata Pelajaran – Bilik Matematik 19
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
4.3 Susun Atur Meja dan Kerusi Murid Bil 1.
Elemen Meja dan kerusi
Perincian / Contoh / Situasi / Aktiviti
Definisi dan Penerangan Kerusi dan meja murid disusun secara berkumpulan
• •
2
Komputer
Sebuah komputer untuk setiap kumpulan murid
• •
Disusun mengikut kumpulan antara 4 hingga 5 orang mengikut kebolehan masing-masing atau pelbagai kebolehan dan menjalankan aktiviti berkumpulan secara kolaboratif . Guru sebagai pemudahcara.
Mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian. Melaksanakan tugasan kumpulan atau digunakan untuk pembelajaran melalui proses komunikasi, kolaboratif dan persaingan sihat antara kumpulan.
20
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
4.4. Peralatan Tambahan Bil 1
2
Elemen Komputer
IQ-Board, Smart Board
Perincian /Contoh /Situasi /Aktiviti
Definisi dan Penerangan Komputer untuk kegunaan guru
Papan interaktif
Untuk proses pengajaran dan pembelajaran: • • •
mengakses maklumat; menyempurnakan tugasan; pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian melalui komunikasi secara maya.
•
Layar paparan interaktif menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Proses pengajaran dan pembelajaran bersifat interaktif antara guru dengan murid, dan murid dengan murid
•
21
3
Papan putih Papan kenyataan
• •
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
Papan putih di hadapan bilik darjah dan Papan kenyataan di sekeliling bilik darjah
• •
PPD MUAR 2014
Papan putih lebih praktikal Papan kenyataan untuk menampal hasil-hasil kerja , perbincangan dan bahan bantu mengajar.
22
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
4.5
PPD MUAR 2014
Model Bilik Darjah Abad Ke-21
Rajah 9: Model 1
Rajah 10: Model 2 23
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
Rajah 11: Model 3
PPD MUAR 2014
Rajah 12: Model 4
24
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
Rajah 9: Model 2
LOKAR BUKU
Rajah 14: Model 6
Rajah 13: Model 5
25
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
4.6 Contoh Bilik Darjah Abad Ke-21
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4 26
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
Contoh 5
Contoh 6
Contoh 7
Contoh 8
27
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
5.0 Kesediaan Guru Guru ialah sumber kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi. Hal ini merupakan kriteria peribadi pendidik yang boleh menjadi contoh yang berkesan. Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai elemen terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. 5.1
Lima Minda Pendidik Abad Ke-21 :
Rajah 15: Lima Minda Pendidik
Keterangan
Bil
Elemen
1.
Minda Berorientasikan Disiplin Ilmu ( The Disciplined Mind) Minda Mensintesis (The Synthesizing Mind)
• • •
Menguasai subjek kepakaran dan mempunyai pengetahuan tentang subjek lain. Mempraktikkan cara berfikir yang berbeza dalam menyampaikan ilmu. Mempunyai kebolehan untuk menggunakan ilmu dan maklumat sedia ada untuk menjanakan idea baharu.
3.
Minda Mencipta (The Creating Mind)
•
Berfikir di luar kotak bagi meneroka idea dan membina kefahaman baharu.
4.
Minda Menghormati (The Respectful Mind)
•
Memahami, menghormati dan menerima perbezaan individu serta bertoleransi dalam membina perhubungan.
5.
Minda Beretika (The Ethical Mind)
•
Peranan individu dan warganegara yang menjadi teladan melalui penghayatan nilai-nilai serta amalan terbaik dalam masyarakat.
2.
28
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
5.2
Ciri-ciri Pendidik Abad ke-21
Rajah 16: Ciri-Ciri Pendidik Abad Ke-21 29
PPD MUAR 2014
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
Bil
Elemen
1.
Menyesuaikan Diri
2.
Pembelajaran Sepanjang Hayat
PPD MUAR 2014
Keterangan • •
Pemudahcara yang menyampaikan pengajaran dengan penuh kreativiti dan kebebasan Menyesuaikan segala perisian dan perkakasan.
•
Mengupayakan pengajaran yang dinamik
•
Menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.
•
Mengamalkan prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai misi dan objektif pembelajaran. Kesediaan untuk berubah dan mempelajari sesuatu yang baharu ke arah
•
pembelajaran abad ke-21. 3.
4.
Berkomunikasi
Mempunyai Visi
•
Mahir berkomunikasi dan berkolaboratif menggunakan TMK.
•
Menjadi pengguna, pemudahcara, pengantara dan pengurus yang baik.
• •
Mempunyai imaginasi, kreativiti serta berwawasan dalam menyediakan murid menghadapi dunia sebenar. Mengadaptasi , menghubung kait dan menggabung jalin sumber.
5.
Kepimpinan
•
Pemimpin yang berketrampilan sebagai peneraju perubahan.
6.
Model Teladan
•
Model teladan kepada murid melalui amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian secara realiti dan maya.
7.
Berkolaboratif
•
8.
Mengambil Risiko
•
Pemudahcara berkolaboratif, berkongsi, memberi sumbangan, mengadaptasi dan mereka cipta melalui pelbagai media elektronik untuk meningkatkan kualiti dan jaringan pembelajaran. Berani menghadapi cabaran dan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Meletak kepercayaan yang tinggi kepada keupayaan murid.
•
30
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
5.3
PPD MUAR 2014
Kemahiran Abad Ke- 21
Rajah 17: Kemahiran Abad Ke-21
Bil
Elemen
1.
Cara Berfikir
Keterangan • • •
2.
Alat Berfikir
• •
3.
Cara Bekerja
•
Nilai
•
4.
•
• •
Kreativiti dan Inovasi – berfikir secara kreatif, bekerja secara kreatif dengan rakan sekerja dan melaksanakan inovasi. Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan membuat keputusan – menyatakan sebab secara berkesan dalam penilaian keputusan. Menyelesaikan masalah dan menyatakan dapatan secara efektif. Belajar untuk belajar dan metakognitif – motivasi kendiri, berpandangan positif dan kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan. Literasi Maklumat – mempunyai akses dan menilai maklumat. Menggunakan teknologi secara berkesan. Literasi TMK – berfikiran terbuka kepada idea baharu, informasi dan cara berfikir. Menggunakan TMK secara betul, kreatif, dan beretika. Mengetahui dan memahami perbezaan budaya dan sosial. Komunikasi – Kemahiran lisan dan bertulis. Berfikiran terbuka dan kesediaan untuk mendengar. Sensitif terhadap perbezaan budaya ketika berkomunikasi. Kolaboratif dan Kerja Sepasukan – berkomunikasi dengan efektif dengan rakan. Bekerja dengan kumpulan yang pelbagai. Dapat menyatakan kepentingan, rancangan dan mengurus projek. Jatidiri – peka dan faham tuntutan dan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia. Menghormati nilai dan hak orang lain. Tanggungjawab peribadi dan sosial – membina hubungan komunikasi merentas situasi sosial berbeza. Memahami pandangan dan perspektif berbeza. Kehidupan dan Kerjaya – Dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan. Dapat mengurus masa dan matlamat. Menjadi seorang individu yang mempunyai arah serta dapat berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. 31
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
5.4
PPD MUAR 2014
Cabaran
Rajah 18: Model F.R.E.S.H
Bil
Keterangan
Elemen
1.
Flexible (Luwes)
• •
Menyesuaikan diri dengan perubahan ( Adapt To Change ) Menerima perubahan dengan hati yang terbuka ( Embrace Change )
2.
Resourceful (Bermaklumat)
• •
Memiliki dan meluaskan jaringan maklumat berkaitan sumber dan kaedah pengajaran. Sentiasa peka pada perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.
3.
Enthusiastic (Bersemangat)
• • •
Bersemangat untuk melaksanakan transformasi pendidikan. Bersikap positif dan terbuka menerima perubahan. Model kepada pelajar.
4.
Supportive (Sokongan)
• • •
Khidmat sokongan kepada rakan sejawat menelusuri transisi pendidikan abad ke-21. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran. Mewujudkan persekitaran yang positif.
5.
Harmonious (Harmoni)
• • •
Kerja sepasukan melangkaui sempadan sekolah. Mewujudkan kumpulan guru yang sudi berkongsi dan belajar bersama-sama. Mewujudkan kesamarataan dalam komunikasi.
32
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
PPD MUAR 2014
5.5 Kesimpulan Pembelajaran pada abad ke-21 memerlukan guru untuk menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaboratif Sehubungan dengan itu, guru perlu melengkapkan diri dengan minda serta ciri-ciri pendidik abad ke-21 di samping bersedia untuk menghadapi cabaran dalam sistem pendidikan.
Rujukan Abell,K.A. & Lederman,N.G. (2007). Handbook of research on science. New York: Lawrence Erlbaum Associates. Armstrong, J.S. (2012). Natural learning in higher education. Encyclopedia of the Sciences of Learning Bruffee, K. (1993). Collaborative learning. Baltimore: The Johns Hopkins University Press. Collins, A., Brown, J.S., & Newman, S.E. (1989). Cognitive apprenticeship: Teaching the craft of reading, Writing and mathematics! In L.B. Resnick (ed.) Knowing, learning, and instruction: Essa in Honor of Robert Glaser Hillsdale, NJ: Erlbaum Dillenbourg, P. (1999). Collaborativel learning: Cognitive and computational approaches. Advances in Learning and instruction Series. New York, NY: Elsevier Science, Inc Draves, W.A. & Coates, J. (2011).The pedagogy of the 21st century. Wisconsin: LERN Gardner, H. (2006). Five minds for the future. Boston: Harvard Business School Press. Guy,R.L.(1999). Psychology for teaching. California: Wadsworth/Thomson Learning. Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and development. Englewood Cliffs: Prentice Hall. O’Donnell, A.M. (2006). The role of peers and group learning . In P. Alexander and P. Winnie(eds). Handbookof educational psychology (2nd ed.). Mahwah, NJ:Lawrence Erlbaum. Richards, J.C. (1990). Conversationally speaking: approaches to the teaching of conversation. New York: Cambridge University Press.
33
View more...
Comments