Pendekatan Gabung Jalin Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

September 22, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Pendekatan Gabung Jalin Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran...

Description

 

Pendekatan Gabung Jalin Dalam Pengajaran dan Pembelajaran  Pembelajaran  Oleh Tengku Nor Akmaliana Bt Tengku Zainuddin Norshahila Binti Abdul Kadir Siti Faezah Binti Kadri Abstrak Penyerapan pendekatan dalam proses pembelajaran danyang pengajaran adalah satu inovasi dan gabung anjakan jalin ke arah mewujudkan suasana p&p kondusif(p&p) bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan pelajar.  pelajar.   Sebagai guru pelatih, ianya menjadi cabaran dalam mengaplikasi dan mengintegrasikan ilmu-ilmu keguruan yang telah dipelajari dalam konteks sebenar. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka proses pendekatan gabung jalin yang memberi tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi agar dapat meningkatkan pencapaian dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses p&p untuk subjek Matematik, Kemahiran Hidup, Perdagangan dan Ekonomi Asas. Kajian ini dilakukan terhadap 57 orang pelajar yang terdiri daripada Program Pendidikan Khas Integrasi dan aliran perdana. Bagi mata pelajaran Matematik dan Kemahiran Hidup, kajian dilakukan dalam aliran pendidikan khas, manakala bagi matapelajaran Perdagangan dan Ekonomi mengenalpasti faktor-faktor  Asas dalam aliran aliran perdana.  perdana. Tinjauan awal telah dilakukan dalam mengenalpasti yang menjadi punca kepada kurangnya penglibatan pelajar di dalam P&P dan juga kurangnya kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran membaca, melukis dan sebagainya. Teknik pemerhatian, senarai semak dan temubual serta refleks refleksii pengkaji digunakan untuk pengumpulan dan penganalisisan data. Didapati pendekatan gabung jalin amat sesuai digunakan digunakan oleh oleh guru-guru pelatih pelatih semasa P&P P&P dijalankan. dijalankan. Ia telah dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas semasa proses P&P sekaligus dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar dari semua aspek di dalam pembelajaran.

PENGENALAN Dalam era globalisasi kini, zaman telah berubah dengan pesat sekali termasuk juga sistem pendidikan. Pelbagai kaedah dan pendekatan baru yang diperkenalkan serta digunakan agar strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Salah satu pendekatan yang digalakkan untuk guru-guru gunakan ialah penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan memantapkan lagi penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui pendekatan ini, pengajaran sepatutnya mampu dikaitkan dengan kemahiran-kemahiran tambahan yang ditekankan di dalam kurikulum. Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi. Ianya berbeza sama sekali dengan konsep kesepaduan dan intergrasi yang masing-masing membawa maksud yang berbeza. Bagi konsep kesepaduan, ianya bermaksud gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal pelajar. Manakala konsep integrasi pula membawa maksud mencantumkan strategi-startegi yang terbaik, menarik, sesuai dan berkesan. Oleh yang demikian,maksud sebenar penggabungjalinan ini ialah proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.   Antara kemahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat. bercakap. membaca mengira, menulis dan melukis pendekatan ini, suasana pembelajaran pelajar lebihpenyalur bermakna berbanding denganDengan pengajaran secara tradisi yang kebiasaanya guru sebagai maklumat dan

 

pelajar hanya duduk mendengar dan mencatat isi penting sahaja. Pengajaran guru yang kebanyakkannya menggunakan kaedah tradisional tanpa menyisipkan beberapa kemahiran dalam pembelajarannya akan menjadikan pelajar kurang berminat dalam sesuatu pelajaran dan mengkategorikan sebagai matapelajaran yang sukar difahami dan membosankan. Pengajaran tradisi kebiasaannya berpusatkan kepada guru semata dan tiadanya interaksi dua hala antara pelajar dan guru mengakibatkan pelajar pasif di dalam kelas . Selain daripada untuk menarik minat pelajar,pendekatan ini juga dilihat mampu meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar melukis, dalam pembelajaran. Kemahiran yang dimaksudkan tahap termasuklah kemahiran bertutur, mengira dan sebagainya. Pengajaran yang tidak menggabungkan pelbagai bidang kemahiran adalah sesuatu yang tidak bermakna kerana ianya tidak akan memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan perkembanga n pelajar secara seimbang dan menyeluruh PERMASALAHAN KAJIAN Berdasar pemerhatian dan refleksi para pengkaji sebagai guru pelatih semasa di peringkat awal mengajar di sekolah, didapati cara pengajaran yang agak konvensional kini amat membosankan pelajar. Tuntutan untuk menghabiskan sukatan pelajaran untuk mempersiapkan pelajar dengan peperiksaan di sekolah mahupun berpusat menyebabkan guru terpaksa mengajar hanya menggunakan kaedah “chalk and talk”   di dalam kelas dan menumpukan pada subjek yang diajar semata-mata. semata-mat a. Ia telah membuatkan pelajar pasif dan bosan untuk belajar. Penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran juga dilihat kurang diberi penekanan menjadikan pengajaran hanya tertumpu kepada matapelajaran yang khusus sahaja. Oleh itu, pendekatan merentas kurikulum iaitu pendekatan gabung jalin dilihat dapat menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang idea serta minda pelajar. Pembelajaran lebih bersifat interaksi dua hala dilihat dapat menarik minat pelajar supaya dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru satu kajian tindakan boleh dilaksanakan oleh guru pelatih yang masih baru, tetapi perlu mengaplikasi dan mengintegrasikan ilmu teori dan praktikal semasa tujuh bulan dalam konteks sebenar semasa latihan mengajar. Objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Meneroka bagaimana proses penggabungjalinan dat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan 2. Meroka bagaimana proses penggabungjalinan penggabungjalina n dapat meningkatkan meningkatk an tahap kemahiran pelajar dalam pembelajaran

KAJIAN KEPUSTAKAAN Kajian kepustakaan ialah satu aspek yang sangat penting dalam penyelidikan. Ia penting kerana membantu penyelidik memahami topik yang dikaji secara mendalam, aspek yang dikaji, bagaimana ianya telah dikaji dan isu utama yang dikaji (Hart, 1998). Hasil daripada kajian kepustakaan ini, kita akan dapat memahami teori utama dalam subjek kajian, bagaimana teori diguna dan diperkembangkan serta kritikan utama yang diketengahkan. Kajian ini merupakan kajian tindakan dalam pendidikan yang mengkaji pendekatan gabung  jalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran pembelajaran di sekolah. Kajian ini dilakukan terhadap kelas matapelajaran Ekonomi Asas, Perdagangan, Matematik dan Kemahiran Hidup. Bagi kelas Kemahiran Hidup dan Matematik, respondennya adalah pelajar berkeperluan khas manakala kelas Ekonomi Asas dan Perdagangan pula adalah pelajar aliran perdana. perdana. Gabung jalin bermaksud tumpuan seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi, sosialisasi nilai, dan perhubungan positif.   Penggabungjalinan juga merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran, kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya serta mendengar, lisan, membaca dan

 

menulis secara bersepadu. Antara ciri-ciri gabungjalin adalah mengintegrasikan mengintegras ikan beberapa kemahiran, penggunaan pendekatannya secara bersepadu dan menyeluruh, aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan dengan menarik. Selain daripada itu, ciri penggabungjalinan adalah memfokuskan kemahiran-kemahiran yang utama, organisasi kemahiran yang fleksibel dan juga kemahiran k emahiran diintergrasikan diintergrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. Terdapat tiga jenis penggabungjalinan iaitu: 1) penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran  yang melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan,membaca, pertuturan,membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna   Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori kemahiran fokus dan dan lain-lain. kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan suatu kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran memfokus. 2) pengabungjalinan pengabungjalina n kemahiran daripada matapelajaran matapelajar an lain iaitu perlu wujud penggabugjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran murid. Sebagai contoh, kemahiran mata pelajaran Matematik digabungjalinkan dengan kemahiran matapelajaran Bahasa Melayu. 3) penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum ialah dengan cara melibatkan kemahiran  –kemahiran seperti kemahiran belajar untuk belajar kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan, dan kemahiran generik.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) mengaplikasikan pendekatan bersepadu dalam perlaksanaan kurikulum atau pengajaran. Dalam konteks bersepadu ini, pengajaran sesuatu mata pelajaran adalah berpusatkan pelajar dan menekankan konsep gabungjalin dan konsep penyerapan (Esah Sulaiman, 2003). Konsep gabungjalin dalam pengajaran ialah dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran guru tidak sahaja mengajar idea, fakta dan nila dalam mata pelajaran berkenaan tetapi juga mengajar idea, fakta dan nilai daripada mata pelajaran lain yang didapati sesuai (Esah Sulaiman. 2003).Menurut Haminah bte Suhaibo (1999),  Gabung jalin unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan tentang sejarah Negara mampu melahirkan pelajar yang berwatak dan berdaya saing.Manakala,menurut  Abu Bakar Sidek (1997) yang mengkaji mengenai pendidikan luar menyatakan bahawa pendidikan luar boleh dianggap sebagai gabungjalin dan integrasi kedua-dua pendekatan pendidikan, iaitu pendidikan primitif dan pendidikan moden untuk mewujudkan alam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui domain: (1) kognitif; (2) psikomotor dan (3) afektif.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin terdiri dari empat komponen, iaitu ; a) merancang ( planning   planning ), ), b) tindakan (acting  (acting ), ), c) pemerhatian (observing  (observing ), ), dan d) refleksi (reflecting  ( reflecting ). ). Tiga guru pelatih menjadi peserta aktif kajian. Kajian ini dilakukan terhadap 57 orang pelajar yang terdiri daripada 20 orang pelajar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi dan 37 orang daripada pelajar aliran perdana. Kajian ini menggunakan integrasi beberapa kemahiran dimana ianya dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Antara kemahiran yang terlibat adalah membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi menyanyi,, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dan sebagainya. Data kajian dikumpulkan menggunakan kaedah iaitu pemerhatian, pemerhatian, temubual t emubual bersama guru dan senarai semak. Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin yang terdiri daripada satu kitaran, iaitu ; a) merancang ( planning   planning ), ), b) tindakan (acting  (acting ), ), c) pemerhatian (observing  (observing ), ), dan d) refleksi (reflecting ))..

 

a)

Merancang - Pendekatan dan strategi yang digunakan dalam kajian ini adalah penggabungjalinan. Dalam kitaran ini, pengkaji merancang menggunakan pendekatan gabungjalin berikutan daripada pemerhatian pengkaji mengenai masalah yang timbul iaitu pelajar kurang melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran serta kurang memberi penumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian pengkaji merancang untuk mempelbagaikan pendekatan dengan merentas kurikulum dalam pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat melibatka melibatkan n mereka dalam aktiviti berkumpulan.

b)

Bertindak  –  Pengkaji telah menyelitkan beberapa subjek dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh dalam mata pelajaran kemahiran hidup, guru menyelitkan menyelitka n unsur bahasa melayu, pendidikan seni dan matematik. matematik . Bagi matapelajaran matematik, pengkaji menyelitkan unsur bahasa melayu, pendidikan  jasmani dan kesihatan, muzik dan pendidikan seni. Manakala bagi matapelajaran ekonomi asas pula, pengkaji menyelitkan matematik dan juga unsur-unsur perdagangan. Bagi matapelajaran perdagangan diselitkan beberapa elemen dalam muzik, ekonomi dan bahasa melayu. Pada mulanya pengkaji menunjukkan video sebagai set induksi. Ciri video itu sendiri yang mengandungi unsur bahasa Melayu, muzik dan lain-lain sudah pasti menarik perhatian pelajar. Jika di awal pengajaran mereka sudah tertarik, peratusan untuk mereka memberi tumpuan penuh terhadap P&P adalah besar. Pendekatan ini bukan sahaja digunakan di awal pengajaran tetapi dilakukan sepanjang proses P&P berjalan.

c)

Pemerhatian   Pemerhatian akan dilakukan terhadap reaksi pelajar pelajar apabila unsur pendekatan  – gabungjalin cuba diterapkan. Adakah kaedah ini membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam ketiga-tiga subjek secara aktif? Pemerhatian ini dilihat ketika proses P&P dijalankan di mana pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku dan penglibatan pelajar semasa P&P dijalankan. Di dapati pelajar seronok dan menumpukan perhatian serta melibatkan diri secara aktif dengan memberikan komen dan pendapat. Selain itu, kami mendapati pelajar tidak mengantuk di dalam kelas. Selain itu pemerhatian turut dilakukan pada aktiviti individu pelajar yang telah ditanda oleh guru. Cara jawapan diberikan dan kebolehan pelajar menjawab soalan yang diberikan akan dijadikan sebagai kayu ukur setakat mana pendekatan ini berkesan.

d)

Refleksi  –  Refleksi pengkaji ditriangjula ditriangjulasikand sikand data pemerhatian (c) dan temubual yang dilaksanakan terhadap guru-guru matapelajaran dan guru pembimbing. Dalam kajian ini, jenis temubual yang digunakan ialah temubual tidak berstruktur. Kaedah temubual digunakan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana peningkatan para pelajar dalam matapelajaran tertentu. Ia merangkumi kemahiran-kemahiran tertentu seperti bertutur, mengira, mewarna, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya. Dalam temubual ini, guru akan ditanya pandangan mereka berkaitan dengan pendekatan yang digunakan? Adakah pendekatan ini membuatkan pelajar terlibat secara aktif semasa proses P&P dijalankan dan perlukah pendekatan ini diterapkan dalam semua matapelajaran?

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dari data pemerhatian, melalui penggabungjalinan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di dapati bahawa pelajar seronok untuk belajar selain dapat mengikuti setiap pengajaran tanpa rasa jemu. Pengajaran untuk ketiga-tiga matapelajaran ini, lebih berkesan „chalk

and

talk‟ 

kepada pelajarkerana berbanding hanyahanya menggunakan yang membosankan pembelajaran berpusatkan kaedah guru manakala pelajar pula  hanya mendengar. Pelajar lebih mudah memahami isi pengajaran selain pengajaran berpusatkan

 

pelajar manakala guru sebagai skafolding. Kaedah pembelajaran ini sesuai digunakan kepada pelajar pelajar aliran perdana juga untuk untuk pelajar berkeperluan berkeperluan khas. Di awal pemerhatian, pemerhatian, pelajar tidak memberikan respon yang baik apabila di ajar satu subjek semata-mata tanpa menerapkan unsur-unsur yang lain. Namun, apabila penggabungjalinan diterapkan, pelajar menunjukkan penglibatan yang agak meberangsangkan apabila mula melibatkan diri dalam apa sahaja aktiviti yang guru lakukan. Hasil daripada temubual yang dijalankan terhadap guru mendapati bahawa kesemua guru bersetuju dengan jalin inidapat kerana bukan sahaja dapat meningkatkan tahappendekatan komunikasigabung pelajar,malah jugaianya meningkatkan kemahirankemahiran tertentu. Mereka memperlihatkan perubahan yang positif samada di dalam kelas semasa pembelajaran mahupun perubahan dalam perhubungan sosial. Pelajar dilihat semakin mempunyai keyakinan untuk menjawab pertanyaan guru dan melibatkan diri secara aktif semasa pembelajaran. pembelajaran. Dari segi kemahiran kemahiran pula, pula, pelajar dilihat sedikit demi demi sedikit dapat menguasai kemahiran membaca dan mengeja, kemahiran melukis serta bertindak balas dengan muzik yang telah digunakan. Sebelum pengkaji menerapkan pendekatan gabung jalin ini, satu senarai semak telah disediakan bagi melihat dan mencatat segala hasil dari pendekatan yang digunakan. Hasil yang diperolehi sangat positif di mana skala menunjukkan peningkatan penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas dan tahap kemahiran pelajar meningkat meningkat sedikit demi sedikit. Bagi bulan pertama penerapan pendekatan ini, dilihat secara keseluruhan pelajar masih belum menunjukkkan sebarang peningkatan di mana hanya 10-15% sahaja yang memberi komitmen semasa P & P dijalankan. Namun berbeza pada bulan ke dua dan ketiga di mana peningkatan sedikit demi sedikit mula ketara dan berterusan. Pada bulan kedua berdasarkan senarai semak didapati sebanyak 20-24% dan terus meningkat sebanyak 20% pada bulan ketiga. Ini jelaslah menunjukkan bahawa ada peningkatan walaupun secara berperingkat dan juga pendekatan gabung jalin yang berkonsepkan merentas kurikulum ini secara tidak langsung langsung mampu membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran kemahiran-kemahiran tertentu. Berdasarkan dapatan yang telah diperolehi, secara keseluruhannya pelajar telah mula untuk bersuara berbanding sebelum ini hanya guru yang bersuara. Hasil temubual bersama guru pula menyatakan perubahan positif dapat dilihat terhadap pelajar-pelajar di mana mereka telah dapat menguasai beberapa kemahiran contohnya seperti kemahiran berkomunikasi. Penerapan pendekatan gabung jalin terhadap pelajar aliran perdana dan juga berkeperluan khas sememangnya pendekatan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka semasa proses P&P di dalam kelas. Melalui kajian ini, didapati objektif kajian telah tercapai kerana pelajar telah dapat dan mampu menguasai menguasai pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga dapat menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara seimbang dan menyeluruh.  menyeluruh.   Namun begitu, data dan keputusan yang di perolehi masih tidak cukup dan tidak kukuh untuk digunapakai.Ini adalah kerana hasil yang digunapakai dalam kajian ini hanya diperoleh dalam tempoh tidak sampai 3 bulan. Tempoh ini merupakan satu tempoh yang singkat untuk melihat sejauh mana perubahan dan perkembangan pelajar secara keseluruhan. Selain daripada daripada itu juga, semua guru pelatih perlulah terliba terlibatt sama dalam menerapkan pendekatan gabung jalin ini dalam P&P mereka. Sekiranya semua guru menggunapakai pendekatan merentas kurikulum ini, sudah pasti hasil yang diperolehi juga mengaplikasikan pendekatan ini, sangat-sangatt memberangsangkan sangat-sanga memberangsangkan.. Namun begitu, dalam mengaplikasikan guru juga memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu dan penguasaan dalam semua perkara. Ini bagi memudahkan mereka menyusun strategi pengajaran dan juga membuat perancangan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.

 

 IMPLIKASI KAJIAN Kajian ini dilihat dapat digunakan oleh guru sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh pelajar-pelajar. Ini kerana kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif P&P. Pendekatan ini ini juga dapat menimbulkan menimbulkan kesedaran kepada pa para ra guru untuk mempelbagaikan kaedah mengajar dan tidak hanya bertumpu kepada kaedah syarahan semata-mata yang sememangnya membuatkan pelajar mudah bosan dan juga hanya berpusatkan guru. Melalui kajian inimengelakkan juga, pendekatan ini berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan kebosanan terhadap pelajar. Pelajar boleh melibatkan diri semasa P&P dijalankan dengan bergiat aktif contohnya menjawab pertanyaan guru, membaca, melukis dan sebagainya. Ini dapat membuktikan bahawa pelajar lebih mudah menumpukan perhatian sekiranya guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan merangsang minda pelajar. Pembelajaran yang menyeronokkan menyerono kkan adalah berpusatkan kepada pelajar. Selain itu, pendekatan ini juga menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar pelajar-pela jar secara seimbang, seimbang, harmonis dan bersepadu. Pelajar digalakkan untuk berfikir dan memberikan pendapat semasa pengajaran yang berlangsung. Dengan ini, secara tidak langsung ianya mendidik pelajar dalam kemahiran-kemahiran tertentu dan pelajar-pelajar  juga berpeluang berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan seharian mereka. CADANGAN DAN RUMUSAN Daripada kajian ini, telah dapat dikenalpasti beberapa kelemahan yang memerlukan penambahbaikan. Antaranya adalah dari segi kekangan masa. Masa yang diperuntukkan hanyalah 3 bulan dan adalah lebih releven sekiranya ianya dipanjangkan kepada semester (6 bulan). Ini kerana, hasil dapatan daripada kajian yang panjang akan lebih jelas dan mampu memperkukuhkan data-data yang diperolehi. Ini adalah kerana, k erana, pendekatan gabung  jalin adalah adalah pendekatan yang merentas kurikulum dan fokusnya adalah pada kemahiran-kemahiran sampingan sahaja dan bukanlah kemahiran utama semasa pengajaran dilakukan. Oleh yang demikian, hasil yang diperolehi agak lambat dan memerlukan masa yang secukupnya. Kelemahan yang kedua adalah dari segi penglibatan guru dalam menerapkan pendekatan gabung jalin ini. Guru dilihat tidak mengaplikasikannya semasa pengajaran walaupun kementerian telah menggalakkan pembelajaran merentas kurikulum. Adalah diseru agar semua guru menerapkan pendekatan ini dalam pengajaran mereka agar para pelajar lebih menonjol dalam semua kemahiran. Sekiranya hanya guru praktikal yang menerapkan pendekatan ini, ianya terhad kepada matapelajaran tertentu sahaja dan ianya tidak dapat dilakukan secara menyeluruh (semua matapelajaran)  matapelajaran)  Ketiga, dalam proses merancang untuk menerapkan pendekatan gabung jalin ini, kemahiran k emahiran utama perlulah digunakan di peringkat perkembangan pelajaran dan kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran secara tersusun dan bersistematik. Guru juga perlulah bijak untuk mengintegrasikan kemahiran-kemahiran dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal dan bukanlah kemahiran yang tiada hubungkaitnya dengan topik . 

 

RUJUKAN  Alis Bin Putih (2008). (2008). Kajian Tindakan Di Sekolah: Definisi, Proses dan Cabaran. Cabaran. Penerbitan Pure Homey Enterprise. R. Murray Thomas (2005). Teachers Doing Research: An Introductory Guidebook . Copyright Perason Education. Inc. Dr. Ee Ah Meng (2004). Education Studies III : Professioanalism Of Teachers. Teachers . Penerbitan Fajar

Bakti SDN.BHD.

J.Pine Gerald (2009).Teacher (2009).Teacher Action Research : Building Knowledge Democracies Democracies.. SAGE Publication. Esah Sulaiman (2003). Amalan (2003). Amalan Profesionalisme Profesionalisme Perguruan Perguruan.. Penerbitan UTM. David Hopkins (2002). A Teacher‟s Teacher‟s Guide To Classroom R esearch. esearch. New York, NY: The McGraw-Hill Companies.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF