Pendawaian 3 Fasa

May 8, 2017 | Author: amalinamusa | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Pendawaian 3 Fasa...

Description

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

UNIT 1

ETE 208/UNIT1/1

AKSESORI

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mengetahui pelbagai jenis aksesori yang digunakan dalam pemasangan tiga fasa, pendawaian dan peraturan elektrik yang berkaitan

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :

 Mentakrifkan aksesori-aksesori pemasangan tiga fasa  Menyatakan fungsi setiap aksesori pendawaian tiga fasa  Memilih aksesori yang sesuai bagi sesuatu pemasangan

ST/FB/RM/2004

ETE 208/UNIT1/2

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

INPUT 1A 1.0

Pengenalan Aksesori ialah sebarang alat yang digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik yang tidak menggunakan arus seperti ros siling, pemegang lampu, kotak sambungan, soket alur keluar, penyesuai, penyambung, pengganding, pemutus litar, palam dan sebagainya kecuali lampu, motor, kipas dan beban-beban lain.

1.1

Jenis-jenis aksesori. 1.1.1

i.

Ros siling Takrif – Ros siling ialah tempat sambungan penamat pendawaian tetap. Beban-beban seperti lampu, kipas dan sebagainya disambung ke ros siling menggunakan kabel mudah lentur. Rujuk rajah 1-1, 1-2 dan 1-3 Jenis-jenis ros siling a. Dua plat b. Tiga plat c. Empat plat

Rajah 1-1 : Ros siling dua plat

ST/FB/RM/2004

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

Rajah 1-2 : Ros siling tiga plat

Rajah 1-3 : Ros siling empat plat

ST/FB/RM/2004

ETE 208/UNIT1/3

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

1.1.2

ETE 208/UNIT1/4

Pemegang Lampu Takrif - Pemegang lampu ialah alat tambah yang digunakan untuk memegang lampu dan ia memudahkan sambungan lampu dari punca bekalan. Rujuk rajah 1-4, 1-5, 16 dan 1-7. i. Jenis-jenis pemegang lampu a. Pangkal kilas b. Skru edison c. Skru goaliat d. Pin

Rajah 1-4 : Pemegang lampu pangkal kilas

Rajah 1-5 : Pemegang lampu skru edison

ST/FB/RM/2004

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

Rajah 1-6 : Pemegang lampu skru goaliath

Rajah 1-7 : Pemegang lampu pin

ST/FB/RM/2004

ETE 208/UNIT1/5

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

ETE 208/UNIT1/6

ii. Pemegang lampu jenis pangkal kilas atau pin biasanya digunakan untuk lampu berfilamen tungsten kerana ia mempunyai kadaran kuasa sehingga 150 watt. iii. Pemegang lampu jenis skru edison pula boleh digunakan untuk lampu filamen yang mempunyai kuasa hingga 200 watt. iv. Pemegang lampu jenis skru goaliath pula boleh digunakan bagi lampu yang melebihi 200 watt. v. Pemegang lampu jenis pin boleh digunakan untuk lampu pendaflour biasa. 1.1.3

Penyambung dan pengganding kabel Takrif - Pengganding kabel ialah alat tambah yang digunakan untuk membuat sambungan kabel boleh lentur. Ia terdiri daripada penyambung dan palam, sementara penyambung ialah sebahagian daripada pengganding. Penyambung pula menyediakan sentuhan betina dan disambung ke kabel mudah lentur. Rujuk rajah 1-8.

Rajah 1-8 : Penyambung dan Pengganding

ST/FB/RM/2004

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA 1.1.4

ETE 208/UNIT1/7

Kotak Sambungan Kotak sambungan ialah tempat sambungan kabel. Kotak ini biasanya digunakan apabila cabang litar diperlukan misalnya pada pangkalan tenaga elekrik dari sebuah rumah ke sebuah rumah atau sambungan gelung seperti dalam rajah di bawah. Peraturan IEE yang berkaitan dengannya mengikut peraturan sambungan dan penutupan. Rujuk rajah 1-9.

Rajah 1-9 : Kotak sambungan

ST/FB/RM/2004

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA 1.1.5

ETE 208/UNIT1/8

Soket Alur Keluar Soket alur keluar ialah punca sambungan betina yang dipasang ke pemasangan tetap. Ia boleh menerima satu palam untuk menyambungkan bekalan ke alat-alat mudah alih. Terdapat beberapa saiz, bentuk dan jenis soket alur keluar. Ia juga menyediakan 2, 3 atau 4 sentuhan atau punca sambungan. Rujuk rajah 1-10 dan 1-11

Rajah 1-10 : Soket alur keluar 5A dan 15A

Rajah 1-11 : Soket alur keluar 13A

ST/FB/RM/2004

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA 1.1.6

ETE 208/UNIT1/9

Suis Suis ialah alat tambah yang boleh memutus dan menyambung litar elektrik secara mekanik (kawalan tangan) sama ada secara terus atau melalui perantaraan tali atau tombol pemetik atau tangkai pada arus litar itu. Jenis-jenis suis dan simbol: i. Suis satu kutub satu hala ii. Suis dua kutub iii. Suis tiga kutub iv. Suis perantaraan v.Suis pilihan vi. Suis siri-selari vii. Suis dua hala

ST/FB/RM/2004

ETE 208/UNIT1/10

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

AKTIVITI 1A

Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi. a.

Senaraikan 2 jenis aksesori pendawaian yang anda tahu. i. ............................................. ii. .............................................

b.

Padankan kenyataan berikut Pangkal Kilas Skru Edison Skru Goaliath Pin

c.

Lampu Lampu Watt Lampu watt Lampu

Filamen Tungsten Melebihi 200 watt Filamen Tungsten Tidak Melebihi 200 Filamen Tungsten Tidak Melebihi 150 Jenis Pendaflour

Namakan aksesori-aksesori di bawah

i. _____________________

iii. ST/FB/RM/2004

_____________________

ii. _____________________

iv. _____________________

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

d.

ETE 208/UNIT1/11

Senaraikan kadaran soket alur keluar mengikut piawaian British. i.

___________________ ii. ______________________

iii. ____________________ iv.______________________

ST/FB/RM/2004

ETE 208/UNIT1/12

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1A a. Senaraikan 2 jenis aksesori pendawaian yang anda tahu. i. Ros siling ii. Pemegang Lampu iii. Penyambung dan Pengganding kabel iv. Kotak Sambungan v. Soket Alur Keluar vi. Penyesuai vii. Suis b. Padankan kenyataan berikut Pangkal Kilas Skru Edison Skru Goaliath Pin

Lampu Lampu Watt Lampu watt Lampu

Filamen Tungsten Melebihi 200 watt Filamen Tungsten Tidak Melebihi 200 Filamen Tungsten Tidak Melebihi 150 Jenis Pendaflour

c. Namakan aksesori-aksesori di bawah

i. Pemegang Lampu Skru Edison

ST/FB/RM/2004

ii. Ros Siling 3 Plat

ETE 208/UNIT1/13

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

iii. Soket Alur Keluar 13 Amp

iv. Pengganding

d. Senaraikan kadaran soket alur keluar mengikut piawaian British. i. ___2 Amp___________ ii. __5 Amp________ iii. __13 Amp___________ iv. _15 Amp_________

ST/FB/RM/2004

ETE 208/UNIT1/14

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

INPUT 1B 1.2

Peraturan IEE/STG 1.2.1

Ros Siling i.

553-19

ii.

553-20

Ros Siling tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250 volt. Bersama-sama dengan ros siling tidak boleh dipasang lebih dari satu keluaran kord mudah lentur kecuali ia dibuat khas untuk berbilang keluaran.

1.2.2

Pemegang lampu i.

553-15

ii.

553-14

1.2.3

ST/FB/RM/2004

Pemegang lampu berfilamen hanya boleh digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak melebihi 250 volt. Pemegang lampu tidak boleh disambung ke mana-mana litar yang mempunyai nilai kadaran pelindung arus lebih yang melebihi nilai yang terdapat di dalam jadual 6.1

Penyambung dan Pengganding Kabel i.

553-10

ii.

553-11

Penganding kabel hendaklah mengikut kehendak BS 196,1778 atau 343 Palam pengganding hendaklah disambung

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

iii.

1.2.4

ke bahagian beban. Pengganding untuk pemasangan di tapak binaan hendaklah mengikut BS 4343

Soket Alur Keluar i.

553-2

Setiap palam dan soket alur keluar hendaklah tidak berbalik pinnya(hanya satu arah sahaja yang boleh masuk kedalam soket alur keluar ) dan direka agar fius itu tidak boleh bersambungan dengan pengalir pelindung kecuali untuk bekalan voltan keselamatan yang amat rendah.

ii.

553-8

Jika soket alur keluar di pasang menegak ke dinding atau sebarang struktur, soket itu hendaklah berada pada ketinggian tidak kurang daripada atas paras lantai ( kira-kira 30 cm ) atau sebarang permukaan kerja bagi tujuan mengurangkan bahaya mekanik pada palam soket alur keluar atau kabel/kord mudah lentur semasa memasang atau menanggalkan palam.

1.2.5

ST/FB/RM/2004

553-12

ETE 208/UNIT1/15

Suis i.

13-13

ii.

530-2

iii.

543-17

Pada pemasangan bekalan 2 dawai,satu daripada kutubnya dibumikan, semua fius dan alat kawalan satu kutub, pemutus litar dan laras suhu hendaklah disambung ke dawai hidup sahaja. Peralatan suis yang berkutub tunggal tidak boleh disambung dengan pengalir neutral pada sistem bekalan TN atau TT. Pensuisan tidak boleh di pasang dalam pengalir pelindung,tetapi jika boleh diputuskan dengan peralatan khas untuk tujuan pemeriksaan adalah dibenarkan.

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA iv.

514-1&3

ETE 208/UNIT1/16

Setiap suis atau pemutus litar yang di ketahui fungsinya hendaklah di tandakan ( di nyatakan fungsinya dan nama peralatan yang di kawalnya ).

AKTIVITI 1B Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi. a. Mengikut kehendak dan peraturan IEE, pemegang lampu yang sesuai untuk bilik mandi mestilah .............. b. Berikan 2 peraturan IEE berkaitan dengan pemasangan suis. i. ______________________________________________ ii.______________________________________________

c. Berikan 2 peraturan IEE berkaitan dengan soket alur keluar. i. ______________________________________________ ii. ______________________________________________

d. Bincangkan 3 peraturan IEE yang berhubung dengan pemasangan lampu berfilamen. i. ______________________________________________ ii.______________________________________________

ST/FB/RM/2004

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

ETE 208/UNIT1/17

iii. ____________________________________________

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1B a.

Mengikut kehendak dan peraturan IEE, pemegang lampu yang sesuai untuk bilik mandi mestilah ... i. Bertutup sepenuhnya ii. Berpelindung atau berpengadang

b.

Berikan 2 peraturan IEE berkaitan dengan suis.

ST/FB/RM/2004

i

13-13

ii.

530-2

iii.

543-17

iv.

514-1&3

Bekalan 2 dawai, satu daripada kutubnya dibumikan, semua fius dan alat kawalan satu kutub, pemutus litar dan laras suhu hendaklah disambung ke dawai hidup sahaja. Peralatan suis yang berkutub tunggal tidak boleh disambung dengan pengalir neutral pada sistem bekalan TN atau TT. Pensuisan tidak boleh di pasang dalam pengalir pelindung, tetapi jika boleh diputuskan dengan peralatan khas untuk pemeriksaan adalah dibenarkan. Setiap suis atau pemutus litar yang di ketahui fungsinya hendaklah di tandakan ( di nyatakan fungsinya dan nama peralatan yang dikawalnya )

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

c.

d.

ETE 208/UNIT1/18

Berikan 2 peraturan IEE berkaitan dengan soket alur keluar. i.

553-2

Setiap palam dan soket alur keluar hendaklah tidak boleh berbalik pinnya ( hanya satu arah sahaja sahaja yang boleh masuk kedalam soket alur keluar ) dan di reka agar fius itu tidak tidak boleh bersambungan dengan pengalir pelindung kecuali untuk bekalan voltan keselamatan yang amat rendah.

ii.

553-8

Jika soket alur keluar di pasang menegak ke dinding atau sebarang struktur, soket itu hendaklah berada pada ketinggian tidak kurang daripada atas paras lantai ( kira-kira 30 cm ) atau sebarang permukaan kerja bagi tujuan mengurangkan bahaya mekanik pada palam soket alur keluar atau kabel/kord mudah lentur semasa memasang atau menanggalkan palam.

Bincangkan 3 peraturan IEE yang berhubung dengan pemasangan lampu berfilamen. i. ii. iii.

ST/FB/RM/2004

Hanya untuk litar yang voltannya tidak melebihi 250 volt Sentuhan tengah pemegang lampu edison disambung ke pengalir hidup Tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai pelindung arus lebih yang kadarannya lain daripada kadaran yang ditetapkan.

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

ETE 208/UNIT1/19

FAKTA KUNCI

1.

Aksesori ialah sebarang alat tambah yang tidak memerlukan arus elektrik dan merupakan pelengkap pada sesuatu litar pendawaian.

2.

Pemasangan aksesori mestilah berpandukan kepada peraturan IEE/STG.

ST/FB/RM/2004

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

ETE 208/UNIT1/20

PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SELAMAT MENCUBA Soalan 1-1 a.

Sebagai seorang juruteknik di sebuah hotel terkemuka, anda dikehendaki membuat pemasangan 10 unit lampu berfilamen tungsten 150 watt di lokasi yang telah ditetapkan. Anda dikehendaki menyediakan aksesori yang diperlukan untuk pemasangan tersebut mengikut kreativiti anda. Gunakan ruangan seperti di bawah untuk menjawab soalan ini. Bil 01

b.

Item

Kuantiti

Nyatakan 2 tempat kawalan lampu yang biasa menggunakan suis 2 hala.

ST/FB/RM/2004

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA c. d.

ETE 208/UNIT1/21

Terangkan tentang binaan, kegunaan dan beban yang boleh ditanggung oleh soket alur keluar 13 amp. Lakukan latihan berdasarkan kepada lembaran kerja BIL. A KRITIKAL SKIL 1 dan KRITIKAL SKIL 2.

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI Sudahkah anda mencuba? Jika YA sila semak jawapan di bawah Jika TIDAK sila selesaikan bahagian penilaian kendiri terlebih dahulu.

Jawapan Soalan 1-1 a. Sebagai seorang juruteknik di sebuah hotel terkemuka, anda dikehendaki membuat pemasangan 10 unit lampu berfilamen tungsten 150 watt di lokasi yang telah ditetapkan. Anda dikehendaki menyediakan aksesori dan peralatan yang diperlukan untuk pemasangan tersebut mengikut kreativiti anda. Gunakan ruangan seperti di bawah untuk menjawab soalan ini.

Bil 01 02 03 04 05 06 07 08 ST/FB/RM/2004

Item Lampu filamen tungsten 150 watt Pemegang lampu pangkal kilas Suis 1 kutub Test pen Tukul pendawaian Player Cutter Kabel 2.5 mm2

Kuantiti 10 10 10 1 1 1 1 Secukupnya

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA 09 10 11 12

Klip kabel Paku pendawaian Skru kayu 1 inci Multimeter

ETE 208/UNIT1/22

Secukupnya Secukupnya Secukupnya 1

b. Nyatakan 2 tempat kawalan lampu yang biasa menggunakan suis 2 hala. i. ii.

Di Tangga. Di Beranda.

c. Terangkan tentang binaan, kegunaan dan beban yang boleh ditanggung oleh soket alur keluar 13 amp. i.

ii. iii.

d.

Soket alur keluar ini mempunyai badan yang dibuat daripada barkelit atau logam. Ia mempunyai tiga pin dan palamnya berfius. Ia digunakan untuk membekalkan litar kuasa dan disambung dalam litar jejari atau litar gelang. Ia mampu membawa beban sehingga 3 kilowatt pada voltan 250 volt arus ulang alik

Rujuk lampiran

ST/FB/RM/2004

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF