Pembelajaran-Matematik-Melalui-Kecerdasan-Pelbagai.pptx

July 2, 2018 | Author: thomas | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Pembelajaran-Matematik-Melalui-Kecerdasan-Pelbagai.pptx...

Description

SELAMAT DATANG KE MTES3073

Lim Lim Wen Shan Tan Sin Yin

Wong ong Seng eng Zi

NAMA NA MA PENSY PENSYAR ARAH AH:: Puan Puan Haja Hajah h Natr Natrah ah bint bintii Shaa Shaari ri

Daniel iel Ling ing Chu Wei

Pengasas Teori Kecerdasan Pelbagai Nama Penuh

: Howard Earl Gardner

Tarikh lahir

: 11 Julai 1943

Tempat lahir

: Scranton Pennsylvania

Kewarganegaraan : Warganegara Amerika





Menurut Gardner (1983), kecerdasan pelbagai adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat untuk menghasilkan output yang efektif. Menurut Howard Gardner, setiap manusia mempunyai 9 kecerdasan pelbagai. Beliau juga menyatakan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza mengikut kecerdasan masing-masing.

1) Verbal-Linguistik •

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, keyakinan orang lain.



Mereka mempunyai kebolehan memanipulasikan ayat, gaya Bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

Cara Pembelajaran : •

Menggunakan stesen pembelajaran (Gallery Walk) serta penerangan lisan dalam membuat cara pengiraan Matematik.

2) Logik Matematik •

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).



 Melibatkan penikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristic, induktif dan deduktif, membuat onferens, mengkategori, generalisasi dan perhitungan,

Cara Pembelajaran : •

Contohnya : Menyelesaikan pelbagai masalah yang mempunyai berkaitan dengan nombor.

3) Kecerdasan Visual-Ruang •

Kebolehan mengesan dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi seperti kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Cara Pembelajaran : •



Menggunakan gambar rajah, video dan tunjuk cara  Menggunakan peta minda

4) Kecerdasan Naturalis •

 Kebolehan mengenal serta mengklasifikasikan dan menghargai alam semulajadi.



 Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu melihat perhubungan dan pola rapat antara alam tumbuhan dan kehidupan haiwan.

Cara Pembelajaran : Guru meminta murid untuk mengumpul daun kering di sekitar alam sekolah sehinggan 10 keping setiap kumpulan. 

Menulis nombor pada pasir, membentuk nombor menggunakan tanah liat

5) Kecerdasan Muzik •



Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi.  Individu yang mempunyai kecerdasan ini sensitive kepada bunyi.

Cara Pembelajaran : •

Murid mencipta lirik lagu yang berkaitan dengan Matematik.



Guru mencipta lirik lagu supaya murid mudah memahami.

6) Kecerdasan Kinestetik •

Kebolehan menggunakan anggota badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah.



Individu seperti ini berkemahiran dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus dan kasar.

Cara Pembelajaran : Melalui perbuatan seperti permainan.

Topik : Masa Guru menyediakan gambar Jam sebagai latar belakang dan pelajar  menggunakan tangan atau kaki sebagai jarum jam untuk tunjuk masa yang disebut oleh guru.

Topik : Geometri Guru membimbing pelajar untuk membentukkan bentuk geometri seperti bulatan, segi empat dan sebagainya untuk menggunakan bahagian badan mereka.

7) Intrapersonal •

 Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan.



 Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh memahami perasaan orang lain termasuk kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain,

Cara Pembelajaran : •

 Aktiviti membuat refleksi seperti melahirkan perasaan selepas sesuatu aktiviti pembelajaran selesai dijalankan. (membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid dan ini akan menjadi satu motivasi kendiri dalam diri murid)

8) Interpersonal •

 Pelajar yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi adalah seseorang yang peka terhadap perasaan dan ingin orang lain. Dengan itu, pelajar dapat faham dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain.

Cara pembelajaran: •

Guru Matematik memberi projek berkumpulan atau soalan Matematik yang bertahap KBAT terhadap para pelajar (memberi peluang kepada pelajar untuk mengajar rakan sebaya dan melatih kemahiran berkomunikasi yang berkesan)

9) Eksistensialisme •



Cenderung bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup Menelaah sesuatu dengan lebih mandalam

Cara Pembelajaran: •

Guru bersabar dan berusaha menjawab dengan segala persoalan dan pertanyaan murid

Soalan 1) Berdasarkan 9 jenis kecerdasan pelbagai, cuba fikirkan anda merupakan kecerdasan yang mana? 2) Cuba nyatakan cara pembelajaran kecerdasan visual-ruang.

RENUNGAN •

Pengajaran matematik perlu mengaplikasikan aktiviti-aktiviti berteraskan kecerdasan pelbagai untuk meningkatkan kualiti pembelajaran matematik di kalangan murid-murid.



Setiap guru harus peka terhadap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar dan apabila kecerdasan diterokai secara tidak lansung akan membantu memotivasikan pelajar.

Sekian,Terima Kasih.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF