Pembangunan dan Perpaduan

August 25, 2017 | Author: Tok Wan Ali | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Kaitan Pembangunan dalm perpaduan...

Description

Belum Sempurna lagi…

Rancangan Pembangunan Memupuk Perpaduan Kaum: Pembuktian Wujud Matlamat Perpaduan Dalam Setiap Rancangan Pembangunan Negara Wan mohd nasir bin wan ali [email protected]

Abstrak Sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kesedaran kerajaan Malaysia terhadap kepentingan perpaduan kaum dalam mencapai kemajuan negara seiring dengan negara-negara maju adalah sesuatu yang penting dan tidak boleh diabai atau dipandang sebelah mata. Hal ini kerana, Malaysia diterajui oleh pelbagai bangsa dan mempunyai warganegara yang pelbagai ras. Kewujudan perasaan prasangka terhadap bangsa-bangsa lain sudah pasti akan ada dan mampu mengoncangkan kestabilan ekonomi dan politik negara. Sehubungan dengan itu, artikel ini membuktikan bahawa setiap dasar rancangan pembangunan kerajaan adalah berkonsepkan untuk mencapai perpaduan. Pembangunan politik yang berubah corak dari zaman penjajah hingga zaman moden bermatlamatkan untuk mencapai perpaduan. Rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan menampakkan kesungguhan kerajaan untuk mengimbangi keperluan pembangunan dan pendapatan rakyat yang berbilang kaum. Penggubalan dasar pendidikan sejak awal kemerdekaan sehingga kini jelas berpaksikan ke arah perpaduan kaum dan melahirkan warganegara berilmu. Kata kunci : perpaduan dalam pembangunan, konsep perpaduan dan pembangunan, pembangunan politik, pembangunan ekonomi, pembangunan pendidikan.

1.0

Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya

bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup dengan rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama.

Dalam masa memantap dan mengekalkan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia, pelbagai pembangunan telah dan sedang dirancangkan bagi memenuhi pertumbuhan ekonomi dan politik hari ini seiring dengan kepesatan kemajuan dunia. Uniknya pembangunan yang dirangka itu adalah berteraskan untuk mencapai perpaduan. Untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bersumberkan daripada kepelbagaian kaum dan kepercayaan, intergrasi perpaduan perlu dibentuk dari pelbagai sudut pembangunan politik, ekonomi dan sosial. Pembangunan yang strategik dan bernas akan menjayakan matlamat untuk mencapai intergrasi perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. 2.0

Konsep Perpaduan dan Pembangunan. Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan

wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. Dari segi definisi, integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan agar berjaya. Perpaduan adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. (Syalviana Sahelin, 2013) Perpaduan dan integrasi nasional dapat diertikan sebagai satu proses dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dalam negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal dikalangan warganegara. Selain itu, ia juga membawa maksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan penempatan didalam sesebuah unit politik.

Perpaduan nasional merupakan aspek dasar dan teras kepada kekuatan dan ketahanan negara. Bila kita sebut perpaduan sebagai aspek dasar, ia membawa makna perpaduan menjadi salah satu dasar yang tidak boleh dipisahkan daripada kerangka dasar besar negara. Kerajaan telah menggubal Dasar Perpaduan Nasional yang secara menyeluruhnya bermatlamatkan perpaduan. Pun begitu, pelbagai dasar sosial dan dasar pembangunan negara yang dirangka turut mengandungi matlamat perpaduan nasional. Antara dasar negara yang bermatlamatkan perpaduan nasional ialah Wawasan 2020 dan Dasar Transformasi Nasional Semuanya itu menunjukkan betapa kerajaan memberikan perhatian yang cukup serius terhadap pentingnya agenda perpaduan nasional di negara ini. Suatu rancangan untuk membangun, memaju atau memelihara hasil bumi Rancangan Pembangunan

dalam sesuatu kawasan pembangunan, mengusahasilkan hasil bumi itu atau menambah peluang-peluang bekerja dalam kawasan itu. (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 92 (3) Rancangan Pembangunan Negara)

Pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

3.0

Perpaduan Dalam Pembangunan JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telah

merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional iaitu: Perpaduan dan integrasi merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan dan mengekalkan kebebasannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. Ini kerana ia merupakan faktor penting dalam menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka waktu yang panjang. Konsep pembangunan berteraskan perpaduan jelas nyata menjadi teras kepada pembangunan Negara yang diamalkan dari dulu hingga kini. Hal ini dapat dibuktikan melalui

kenyataan daripada badan kerajaan sendiri yang bertanggungjawab menjadi pusat rujukan maklumat awam. “Wawasan 2020 dan Dasar Transformasi Nasional adalah kerangka besar dasar negara yang tidak dapat dipisahkan dari agenda perpaduan nasional. Ia menjadi elemen atau unsur asas kepada kekuatan dan keutuhan negara bangsa.” (Pusat Maklumat Rakyat, 2014) Kaedah dan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membina negara bangsa melalui cara– top-down seperti penghayatan ideologi negara, penerapan dasardasar awam dan pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol dan ritual negara. ia bertujuan untuk merangka pembangunan yang dapat memupuk perpaduan nasional. Apabila perpaduan berjaya dipupuk, hasil keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara dapat membantu kerajaan mentadbir negara secara bottom-top. Secara khususnya, negara mempunyai Dasar Perpaduan Nasional. Pun begitu, pelbagai dasar sosial dan dasar pembangunan negara yang dirangka turut mengandungi matlamat perpaduan nasional. Semuanya itu menunjukkan betapa kerajaan memberikan perhatian yang cukup serius terhadap pentingnya agenda perpaduan nasional di negara ini. Perpaduan merupakan agenda penting dalam kemajuaan sesebuah Negara yang dilaksanakan melalui proses pembangunan negara dalam aspek ekonomi dan politik. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan. Hal ini ditegaskan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. "Sebaik mana kawalan atau dasar ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan, ia pasti tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah sekiranya rakyat masih tidak bersatu dan meletakkan perpaduan sebagai agenda utama pembangunan ekonomi Negara”. (Bernama.com. 2008) Hal ini turut disokong dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya sempena sambutan hari Kemerdekaan ke-55.

“Adalah mustahil untuk kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara bersendirian. Sudah pasti ia didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat seperti Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak yang mempunyai kelebihan masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di peringkat global”. (Najib Razak. 2012) Perpaduan tidak boleh dibina begitu sahaja tanpa merangka dasar dan haluan perpaduan secara konkrit dan berkesan. Justeru, pengukuhan perpaduan nasional mula diberi perhatian serius selepas berlakunya tragedi perkauman pada 13 Mei 1969. (Pusat Maklumat Rakyat, 2014) Selain itu, perpaduan selepas tragedi 13 Mei 1969 juga dijana melalui pelaksanaan dasar sosial ekonomi bersepadu. Ini dimanifestasikan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 menerusi Rancangan Malaysia Kedua. DEB menjadi instrumen berkesan dalam membangun keyakinan masyarakat dan memperkasa kestabilan negara. Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dilihat sebagai satu piagam yang besar menjadi pegangan rakyat ke arah mewujudkan suasana keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia bertujuan menangani konflik perkauman serta membina kehidupan yang aman dan harmoni. Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk mencapai matlamat perpaduan. Antaranya pembentukan sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan etnik turut serta dalam proses pembangunan negara. Menyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan memberi fokus kepada pembasmian kemiskinan berasaskan identity kaum. Kerajaan juga menggalakkan penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA, FELDA, UDA dan sebagainya yang bertujuan untuk membantu rakyat peringkat rendah untuk memacu pembangunan ekonomi. Selain itu, kerajaan juga menggunakan platform sistem pendidikan sebagai medium utama pembentukan perpaduan dengan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Malaysia di semua peringkat pengajian dari pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas, dan pengajian tinggi. (Noor Azam Abdul Rahman. 2012).

Ringkasnya,

perpaduan

dan

integrasi

nasional

adalah

matlamat

asas

bagi

pembangunan negara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi, politik dalam jangka masa panjang Antara cara yang digunakan dalam membina perpaduan dan integrasi nasional ialah dengan pembentukan satu sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan kumpulan etnik turut serta secara adil dan saksama dalam proses pembangunan negara. Bagi memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi melalui pendekatan pembangunan politik, ekonomi dan pendidikan untuk mencapai matlamat-matlamat perpaduan. 4.0

Pembangunan politik Pembangunan politik ditafsirkan sebagai segala kegiatan yang dilakukan untuk

mengubah suatu keadaan menjadi lebih baik, sehingga terwujudnya tingkat kehidupan masyarakat dan bangsa menjadi suatu bangsa yang moden, yang mampu berhubungan dengan baik secara nasional mahupun internasional dan memperoleh kehormatan Kepelbagaian latar belakang warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kumpulan etnik yang berbeza dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan suasana politik yang stabil bagi menjamin keamanan dan ketenteraman rakyat di segenap lapisan masyarakat. Menerusi kaedah konsesus atau persetujuan, perpaduan politik negara dapat diwujudkan. Ini bermakna rakyat boleh menentukan kerajaan yang memerintah melalui proses pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Pemimpin-pemimpin politik yang dipilih ini perlu mengamalkan semangat perundingan dan kerjasama di kalangan parti-parti politik untuk memastikan penyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah boleh dikatakan hampir setiap rancangan pembangunan politik berteraskan kepada perpaduan. Pembangunan politik tidak sahaja merujuk kepada pertubuhan-pertubuhan politik, malah ia merangkumi dasar-dasar yang digunapakai dalam mentadbir negara seperti cabang-cabang kementerian dengan dasar masing-masing jelas nyata bersandarkan kepada matlamat perpaduan. Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa kementerian yang menyatakan secara terang-terangan perkara tersebut.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam objektif pertama perlaksanana dasarnya menyatakan untuk memperkasakan seni, budaya dan warisan berteraskan dasar kebudayaan kebangsaan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.( Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. 2014) Dalam rancangan pembangunan politik, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara ini dimanifestasikan melalui permuafakatan dengan perkongsian kuasa. Pembangunan politik di Malaysia sebenarnya bermula semasa penjajahan British terhadap Tanah Melayu lagi. Begitu juga yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Pembangunan ini wujud melalui pertubuhan-pertubuhan kesatuan yang seterusnya berkembang menjadi parti politik.

Proses dan struktur politik tradisional (kuasa Sultan) berubah ke proses dan struktur moden (British – pemisahan dan pembahagian kuasa). Penglibatan rakyat dalam proses politik dan pentadbiran adalah minimum semasa penjajahan British dan Jepun. Penglibatan menjadi meluas bila Malayan Union diperkenalkan pada 1946 (setelah Jepun tamat penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak). Namun, kerjasama antara kumpulan etnik telah bermula semasa penjajahan Jepun dan sebelum kemerdekaan– Contohnya, AMCJA-PUTERA; UMNO-MCA-MIC. Kerjasama etnik UMNO-MCA-MIC membawa kejayaan besar dalam proses politik awal – cthnya: pilihan raya Majlis Perbandaran KL 1952 dan Pilihan Raya Persekutuan 1955 – bersedia untuk kemerdekaan. Percubaan lanjut untuk memupuk kerjasama dan perpaduan etnik telah diusahakan oleh Dato‟ Onn Jaafar – menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) – sebuah parti multietnik. Selepas penubuhan Malaysia 1963, konsep musyawarah antara etnik diperluas lagi – Parti Perikatan + PAS + Gerakan + SUPP – menubuhkan BN pada 1972. Sejak Pilihan Raya Umum 1974 sehingga kini, BN dipilih oleh rakyat untuk menerajui negara – mencerminkan keyakinan rakyat terhadap tradisi kerjasama etnik.

Pola tersebut turut berlaku di Sabah dan Sarawak – kebanyakan parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kumpulan etnik masing-masing telah menyertai BN. Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya terdiri daripada kelompok etnik tertentu memang tidak dapat dielakkan – ditentukan oleh pola taburan penduduk (faktor sejarah, ekonomi dsb.) Formula BN – agihan kerusi parlimen yang mencerminkan komposisi penduduk Malaysia adalah penting - kerjasama politik dan perkongsian kuasa yang telah diamalkan dalam perjalanan pembentukan negara bangsa Malaysia. selepas penubuhan Malaysia Dalam bidang politik, usaha bagi mencapai perpaduan dan integrasi etnik masih dijalankan dengan giat. DEB, DPN dan DWN – suntikan penting daripada kerajaan untuk mewujudkan perpaduan. Kesemua dasar yang dirangka menyediakan peluang supaya semua etnik berada dalam satu ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama.

yang dimulai oleh parti Perikatan dalam pilihan raya umum 1955 dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973. Penubuhan Barisan Nasional yang merupakan komponen perikatan UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti yang asalnya adalah parti pembangkang telah diperluaskan. Semua komponen parti dalam Barisan Nasional telah membuat persetujuan politik untuk menghadapi segala masalah dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan kebudayaan melalui perbincangan dan mencari penyelesaian bersama di meja rundingan. Permuafakatan politik murni ini berasaskan semangat kerjasama, setia kawan dan perpaduan antara kaum. Hasilnya masyarakat Malaysia hidup bersama dengan aman, harmoni serta saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. - BH 29 Mei 2013 (Pusat Maklumat Rakyat, 2014) Dari segi politik, konsep perkongsian kuasa yang diamalkan sejak Parti PERIKATAN yang kemudiannya Barisan Nasional ternyata berhasil megekalkan keharmonian dan

kecemerlangan negara. Ini kerana melalui perkongsian kuasa semua kaum dilibatkan sama dalam mentadbir dan mengurus negara. Tidak ada kaum yang disisih, semua kaum diberi peluang dan ruang menyuarakan pandangan, pendapat dan komen melalui wakil-wakil mereka di Dewan Rakyat dan Negara yang dipilih melalui proses pilihanraya. Malah wakil-wakil pelbagai kaum terlibat dalam mentadbir negara melalui barisan kabinet persekutuan yang dibentuk setiap lima tahun. Kerjasama, persefahaman dan persetujuan di kalangan semua parti politik secara tidak langsung membawa kepada kestabilan dan perpaduan politik. Penghayatan dan pemahaman menerusi perpaduan politik dapat mengatasi sebarang pertelingkahan. Maka, wujudlah Negara Malaysia yang aman dan makmur. 5.0

Pembangunan ekonomi Menurut Syed Husin Ali (1976) menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan

untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat. Bahawa pencapaian yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang-bidang lain seperti pendidikan, kemasyarakatan dan kebudayaan. Maka, pembangunan tidak boleh terbatas kepada hal-hal ekonomi sahaja. Sebaliknya, meliputi semua bidang kehidupan masyarakat. (Rahimah Aziz 1989: 3). Masalah ekonomi merupakan halangan yang terbesar dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah merangka pelbagai rancangan dan strategi untuk membolehkan semua kaum dan etnik menyertai pelbagai sektor ekonomi di semua peringkat pekerjaan. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu contoh formula yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1970 untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud antara kaum, wilayah dan di antara kawasan dalam wilayah yang sama. Ini merupakan reaksi pantas dari rusuhan kaum yang berlaku pada13 Mei 1969. Falsafah dasar ini ialah “Pembangunan dan Pengagihan Bersama”. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua matlamat utama selain perpaduan negara iaitu (a) pengambilan pekerjapekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan dan (b) hakmilik produktif yang terdapat di dalam negara disusun semula supaya orang-orang Melayu dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hak milik tersebut pada tahun 1990. Selain itu, Dasar Ekonomi Baru mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira

kaum.

Selain

itu,

penyusunan

semula

masyarakat

perlu

dilakukan

untuk

mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Ini berpunca daripada dasar „pecah dan perintah‟ yang diperkenalkan oleh British semasa mentadbir Tanah Melayu yang telah menyebabkan berlaku tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara, keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum. Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah

bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang penting ialah rancangan ini telah

menganjurkan suatu usaha membangunkan masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang, iaitu mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). (Azman Azhar, 2012) Kerajaan kemudiannya telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991, kesinambungan daripada Dasar Ekonomi Baru yang berakhir pada tahun 1990. DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara. Dasar ini menggariskan beberapa strategi yang jelas menggambarkan kemakmuran dan membina bangsa yang bersatu padu.Dengan terhapusnya perbezaan kuasa ekonomi mengikut satu kaum sahaja, perpaduan dapat dalam sektor ekonomi dapat diwujudkan. Secara tidak langsung, taraf pembangunan ekonomi nasinal keseluruhannya dapat ditingkatkan. 6.0

Pembangunan Pendidikan Pendidikan merupakan satu lagi komponen teras dalam membina generasi yang bersatu

padu. Perkara ini terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Razak (1956) yang memperakukan satu sistem pelajaran yang dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum. Laporan Jawatankuasa Rahman Talib (1960) turut memperkukuhkan kepentingan dan nilai-nilai perpaduan dalam sistem pendidikan negara. (Pusat Maklumat Rakyat, 2014) Sistem pendidikan merupakan salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara kaum dan etnik. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut membolehkan mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan diperingkat sekolah, masyarakat dan bangsa. Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai strategi telah digubal untuk mencapai matlamat perpaduan kaum antaranya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Penggunaan satu bahasa rasmi akan dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid-

murid dan seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Kurikulum yang seragam dan berorientasikan Malaysia di semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya juga telah diperkenalkan. Unsur-unsur pendidikan kewarganegaraan juga telah diterapkan ke dalam semua mata pelajaran. Melalui dasar ini juga, kerajaan mengamalkan pendemokrasian pendidikan dari segi peluang dan mutu pendidikan untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama. Peruntukan dan perhatian diberikan dengan adil, tidak kira sama ada bersekolah di bandar atau di luar bandar mahupun golongan yang tidak bernasib baik. Dasar pendidikan kebangsaan juga turut digubal di peringkat maktab dan universiti bagi mencapai matlamat perpaduan yang lebih kukuh. Pendidikan berperanan memupuk semangat patriotik kepada negara dikalangan pelajar sekolah. Di samping itu, pendidikan turut membentuk sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan: 1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolahsekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. 2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. 3) Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). 4) Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan perpaduan. Melalui matapelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. 5) Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.

7.0

Implikasi Pembangunan Berkonsepkan Perpaduan Kepelbagaian bangsa, agama dan adat resam merupakan suatu hikmah besar kepada

rakyat malaysia. Kepelbagaian ini membolehkan kita mempelajari dan mengenali antara satu sama lain keunikan serta manfaat yang wujud darinya. Firman Allah dalam surah al-Hujrat (49) ayat ke 13 secara khusus meletakkan asas pluraliti global dan kepelbagaian manusia yang merangsang serta menggalakkan berlakunya pertalian universal, kerjasama serta saling melengkapi, pertumbuhan tamadun dan bukannya kemelut. (Suzalie Bin Mohamad.(2012). Bahkan kepelbagaian ini dijelaskan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Ruum (30) ayat ke 22 yang menerangkan kepelbagaian pertuturan/bahasa serta warna kulit sesuatu bangsa itu merupakan satu rahmat untuk manusia mengembangkan ilmu pengetahuan dan belajar dari kalangan mereka apa sahaja yang dapat memberikan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, pengajaran yang mesti kita ambil ialah peluang untuk belajar (menimba ilmu) dan semangat saling kenal-mengenali antara satu sama lain perlu dikayakan kerana dengan cara ini masyarakat akan dapat memperkaya ilmu pengetahuan dan mengaut sebanyak mungkin manfaat dari pengetahuan itu untuk memperbaiki kekuatan, kelemahan, bakat dan keistimewaan. 8.0

Cadangan Pembangunan Kebangsaan

CADANGAN MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya. Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya. Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru dan peruntukan kursus ke seluruh negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-masing.

dengan Guru

Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang. Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan. Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar. Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan. Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran di SJK Cina dan Tamil. Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan memantau

rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan. (Adzidane, 2012)

9.0

Kesimpulan Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam

mengekalkan perpaduan kaum di negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama. dasar pembangunan ekonomi dan sosial

telah digunakan dalam usaha

membina

negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Perpaduan dan keharmonian rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding negara-negara maju. Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan,etnik, agama

malah kefahaman politik

harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera dipersada dunia.

Rujukan Malaysia Kita,( 2003). Institut Tadbiran Awam Negara, JPN, Adzidane. (2012). Sistem Pendidikan Malaysia dan Perpaduan Kaum. Kuala Lumpur: http://adzidane.blogspot.com/2012/08/sistem-pendidikan-malaysia-dan.html Azman Azhar, (2012). Kaitan Antara Pembangunan Ekonomi & Hubungan Etnik Di Malaysia. http://putranamza.blogspot.com/2012/01/kaitan-antara-pembangunan-ekonomi.html Bernama.com. (2008). Perpaduan Masyarakat Mampu Kukuhkan Ekonomi Negara. Kuala Lumpur: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=380654 Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Pelancongan Dan http://www.motac.gov.my/bm/profil/dasar-kementerian

(2014). dalam Kebudayaan

Portal Rasmi Malaysia.

Najib Razak. (2012). 55 Tahun Pembangunan Melalui Perpaduan. Kuala Lumpur: http://www.1malaysia.com.my/55 Tahun Pembangunan Melalui Perpaduan _ 1MALAYSIA.htm Noor

Azam Abdul Rahman (2012). Integrasi & Perpaduan http://azamrahman.blogspot.com/2012/03/integrasi-perpaduan-nasional.html

Nasional.

Pusat Maklumat Rakyat, Jabatan Penerangan Malaysia (2014). Perpaduan Nasional Teras Kekuatan dan Keutuhan Malaysia. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ component/content/article/524-kolumnis-akhbar/15692-perpaduan-nasional-teraskekuatan-dan-keutuhan-malaysia.html Suzalie Bin Mohamad.(2012). dalam Institut Kefahaman Islam Malaysia. Kerjasama Dan Perpaduan Masyarakat Majmuk Mendukung Dasar Kerajaan. Kuala Lumpur: http://www.ikim.gov.my/index.php/en/berita-harian/7458-kerjasama-dan-perpaduanmasyarakat-majmuk-mendukung-dasar-kerajaan Syalviana Sahelin, (2013). Masalah Perpaduan Di Malaysia. http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2013/10/masalah-perpaduan-di-malaysia.html

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF