TAJUK : Formula empirik magnesium oksida TUJUAN : Menentukan formula empirik magnesium oksida PERNYATAAN MASALAH : Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan formula empirik magnesium oksida? HIPOTESIS :
PEMBOLEHUBAH I) II) III)
Dimalarkan : panjang pita magnesium oksida Dimanipulasi : Jisim pita magnesium oksida dan oksigen yang dibekalkan Bergerak balas : Jisim abu magnesium oksida
BAHAN : 10 cm pita magnesium dan kertas pasir RADAS : mangkuk pijar dan penutup, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan alas segi tiga tanah liat PROSEDUR :
RAJAH 3.3 DILUKISKAN DAN DILABELKAN (ms 25)
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Mangkuk pijar dan penutupnya ditimbang. 10 cm pita magnesium digosok dan dibersihkan dengan kertas pasir. Pita digulung dan diletakkan ke dalam mangkuk pijar. Mangkuk pijar ditimbang bersama-sama penutup dan gegelung pita itu. Susunan radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.3 Mula-mula, mangkuk pijar dipanaskan dengan kuat tanpa penutupnya. Apabila pita magnesium mula terbakar, mangkuk pijar ditutup dengan penutupnya. Dengan menggunakan penyepit, penutup itu dibuka sedikit sekali-sekala dan penutup itu ditutup semula dengan cepat.
PERBINCANGAN : 1. Mengapakah pita magnesium dibersihkan dengan kertas pasir sebelum digunakan ? Untuk mengeluarkan lapisan oksida (karat) di atas permukaan pita magnesium.
2. Namakan wasap putih yang terhasil. Wasap magnesium oksida
3. Nyatakan sebab bagi tindakan berikut: a) Tutup mangkuk pijar dengan penutup sebaik sahaja pita magnesium mula terbakar. Untuk mengelakkan wasap putih magnesium oksida terbebas keluar ke persekitaran
b) Buka penutup mangkuk pijar sedikit sekali-sekala semasa pemanasan. Untuk membenarkan oksigen masuk ke dalam mangkuk pijar untuk bertindakbalas dengan magnesium.
c) Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperoleh. Untuk memastikan semua pita magnesium telah lengkap bertindak balas.
4. Mengapakah wasap putih di dalam mangkuk pijar dielakkan daripada terbebas? Ia boleh mengurangkan jisim pita magnesium.
5. Bardasarkan keputusan anda, tentukan formula empirik magnesium oksida.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.