Peka 1 Mengkaji Kekonduksian Elektrik (Jawapan)

September 4, 2017 | Author: dasima83 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Peka 1 Mengkaji Kekonduksian Elektrik (Jawapan)...

Description

PEKA 1 Tujuan

: Mengkaji kekonduksian elektrik bagi logam dan bukan logam.

Masalah

: Apakah perbezaan sifat kekonduksian elektrik bagi logam dan bukan logam?

Hipotesis

: Logam boleh mengkonduksikan elektrik manakala bukan logam tidak boleh mengkonduksikan elektrik.

Pembolehubah Dimalarkan : nilai voltan dan bilangan mentol. Dimanipulasikan : jenis bahan Bergerak balas : bacaan ammeter. Bahan

: paku besi, rod karbon, batang kayu, rod kuprum dan kaca

Radas

: Sel kering, mentol, suis, wayar penyambung, klip buaya, ammeter.

Prosedur

:

1. 2. 3. 4. 5.

Litar elektrik disediakan seperti dalam rajah yang ditunjukkan di bawah. Litar tersebut disambungkan pada setiap hujung paku besi melalui klip buaya. Suis dihidupkan dan bacaan jarum ammeter direkodkan. Nyalaan mentol diperhatikan. Langkah 2 hingga 4 diulang menggunakan rod karbon, batang kayu dan rod kuprum.

Rajah 1 : Susunan radas untuk mengkaji kekonduksian elektrik. Pemerhatian / Keputusan : Jenis bahan

Bacaan ammeter ( A )

Pemerhatian

Paku besi

0.28

Mentol menyala

Batang kayu

0.00

Mentol tidak menyala

Rod kuprum

0.30

Mentol menyala

Kaca

0.00

Mentol tidak menyala

Analisis : 1. Senaraikan bahan logam. bahan logam ialah rod kuprum dan paku besi 2. Senaraikan bahan bukan logam Bahan bukan logam ialah batang kayu dan kaca 3. Bahan yang manakah boleh mengkonduksikan elektrik? Bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik ialah Rod kuprum dan paku besi 4. Bahan yang manakah tidak boleh mengkonduksikan elektrik? Bahan yang tidak boleh mengkonduksikan elektrik ialah kaca dan batang kayu 5. Berikan inferens kepada pemerhatian anda dalam ekperimen ini. Rod kuprum, paku besi dan rod karbon menyebabkan mentol menyala dan ammeter menunjukkan bacaan kerana mereka boleh mengkonduksikan elektrik. Kesimpulan : 1. Adakah hipotesis yang dibuat dapat diterima atau ditolak? Hipotesis diterima 2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini? Bahan logam boleh mengkonduksikan elektrik manakala bukan logam tidak boleh mengkonduksikan elektrik.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF