Panduan Penjaminan Kualiti Pt3 2016

January 4, 2017 | Author: nubli | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Panduan Penjaminan Kualiti Pt3 2016...

Description

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016 i

@ Hak Cipta Lembaga Peperiksaan Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa-apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lainlain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Segala pertanyaan berkaitan dalam Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ini hendaklah dirujuk kepada: PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MELALUI PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

ii

KANDUNGAN HALAMAN

1.0

2.0

3.0

PRAKATA

iv

PERNYATAAN DASAR PT3

1

1.1

Definisi Pentaksiran Pusat

2

1.2

Instrumen Pentaksiran

2

1.3

Calon PT3

3

1.4

Mata Pelajaran PT3

1.5

Personel

4-5 6

PENJAMINAN KUALITI PT3

7

2.1

Komponen Penjaminan Kualiti

8

2.2

Pementoran

9-14

2.3

Pengesanan

15-17

2.4

Pemantauan

18-21

2.5

Penyelarasan

22-36

SURAT DAN SENARAI SEMAK

37

3.1

Surat Pelantikan Personel Penjaminan Kualiti

3.2

Senarai Semak Personel Pentaksiran

iii

38-40 41

PRAKATA

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dokumen ini. Penghasilan Panduan Penjaminan Kualiti PT3 ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 yang menggunakan instrumen pentaksiran berbentuk Ujian Bertulis, Ujian Lisan, Pelbagai Instrumen dan juga instrumen pentaksiran subjek Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT. Hal ini seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 adalah mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan PT3 iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penjaminan kualiti dalam pentadbiran dan pemeriksaan. Kejayaan PT3 adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan integriti yang berterusan daripada semua pihak bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan PT3 demi menjaga imej negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini dipelihara demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

Terima kasih.

DATIN NAWAL BINTI SALLEH Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

iv

1.0 PERNYATAAN DASAR PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

1

1.1

DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan pelengkap (compliment) kepada Pentaksiran Sekolah (PS) iaitu pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara sumatif untuk melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan PP menggunakan instrumen pentaksiran yang standard (standardised instrument) bagi mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah. 1.2

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

INSTRUMEN PENTAKSIRAN UJIAN BERTULIS

UJIAN LISAN

PELBAGAI INSTRUMEN

1.

Bahasa Melayu

1.

Bahasa Melayu

1.

Sejarah

2.

Bahasa Inggeris

2.

Bahasa Inggeris

2.

Geografi

3.

Mathematics

3.

Hifz al- Quran

3.

Pendidikan Kesenian

4.

Science

4.

Maharat al-Quran

5.

Pendidikan Islam

6.

Kemahiran Hidup Bersepadu

7.

Bahasa Arab

8.

Bahasa Cina

9.

Bahasa Tamil

10.

Bahasa Punjabi

11.

Bahasa Iban

12.

Bahasa Kadazandusun

13.

Maharat al-Quran

2

1.3 i.

CALON PT3 Calon Sekolah a.

Calon Sekolah Kerajaan 

Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan

 b.

Murid berada di tingkatan 3

Calon sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Sekolah Integriti

c.



Murid berada di tingkatan 3



Menduduki Ujian Bertulis di sekolah yang ditetapkan oleh JPN.

Calon Sekolah Swasta 

Semua murid sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan

KPM

tetapi

atau Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar

mengikuti

kurikulum

kebangsaan

melaksanakan PP di peringkat menengah rendah dan

ii.



Murid berada di tingkatan 3.



Yuran menduduki ujian ditetapkan RM 65.00

Calon Persendirian 

Tidak berada dalam sistem persekolahan dan



Berumur 14 tahun ke atas pada 1 Januari tahun pendaftaran



Yuran menduduki ujian ditetapkan RM 65.00



Mendaftar melalui JPN



Menduduki Ujian Bertulis di sekolah yang ditetapkan oleh JPN



Menduduki Ujian Bertulis PT3 sahaja

3

hendaklah

1.4

MATA PELAJARAN

Calon sekolah Pilihan Pertama 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Sejarah Geografi

Pilihan Kedua 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Sejarah Geografi Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Punjabi Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun

Mata pelajaran calon beragama Islam : 8 atau 8 + bahasa tambahan Mata pelajaran calon bukan beragama Islam : 7 atau 7 + bahasa tambahan

Calon sekolah aliran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) Mata pelajaran KBSM 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Sejarah Geografi Bahasa Arab

Mata pelajaran KBT 1. 2.

Hifz al-Quran Maharat al-Quran

Mata pelajaran calon aliran Kurikulum Bersepadu Tahfiz : 10 atau 10 + bahasa tambahan

4

Calon Sekolah Seni Malaysia Mata Pelajaran KBSM 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kurikulum Pendidikan Kesenian

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Sejarah

1. 2. 3. 4.

Muzik Tari Teater Seni Visual

Bahasa Tambahan 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Punjabi Bahasa Iban Bahasa kadazanduzun

Mata pelajaran calon beragama Islam : 7 atau 7 + bahasa tambahan Mata pelajaran calon bukan beragama Islam : 6 atau 6 + bahasa tambahan Calon Persendirian Pilihan Pertama 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pilihan Kedua

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Punjabi Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun

Mata pelajaran calon beragama Islam : 6 atau 6 + bahasa tambahan Mata pelajaran calon bukan beragama Islam : 5 atau 5 + bahasa tambahan Nota : Calon Persendirian hanya dibenarkan menduduki Ujian Bertulis sahaja.

5

1.5

PERSONEL

PERSONEL PENTADBIRAN

PERSONEL

SINGKATAN

PENGETUA

PENGETUA

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PKP

GURU KANAN MATA PELAJARAN

GKMP

KETUA PANITIA

KP

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

SuP

GURU MATA PELAJARAN

GMP

GURU LANTIKAN PENGETUA

GLP

ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

AKP

KETUA PENGAWAS PENTAKSIRAN

KPP

PENGAWAS PENTAKSIRAN

PP

Personel Pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan instrumen pentaksiran dan pentadbiran PT3.

PERSONEL PENTAKSIRAN

PERSONEL

SINGKATAN

KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (lantikan LP)

KPK

KETUA PENTAKSIR NEGERI (lantikan LP)

KPN

KETUA PENTAKSIR KAWASAN (lantikan JPN)

KPKw

PENTAKSIR KAWASAN (lantikan JPN)

PKw

KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (Pengetua)

KPS

KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN

KPMP

(Ketua Panitia atau guru lantikan Pengetua) PENTAKSIR MATA PELAJARAN

PMP

(Guru mata pelajaran Tingkatan 3) Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor.

6

2.0 PENJAMINAN KUALITI PT3

7

2.1

KOMPONEN PENJAMINAN KUALITI

Penjaminan kualiti adalah piawaian bagi menentukan kualiti pelaksanaan PT3 mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor demi keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 dilakukan melalui aktiviti Pementoran, Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan oleh Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran yang dilantik oleh LP, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pengetua Sekolah. . AKTIVITI

KETERANGAN

PEMENTORAN

Pementoran dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran bagi menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan PT3.

PENGESANAN

Pengesanan dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran bagi menilai instrumen pentaksiran. Ini dilakukan dengan membuat verifikasi instrumen pentaksiran.

PEMANTAUAN

Pemantauan dilaksanakan oleh Personel Pentadbiran bagi mengawal selia pelaksanaan PT3.

PENYELARASAN

Penyelarasan dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran bagi memastikan keseragaman penskoran. Ini dilakukan dengan membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

8

2.2

PEMENTORAN

Pementoran dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran bagi menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan PT3. Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / Pentadbir Sekolah memberi latihan mentaksir dan penskoran skrip jawapan calon (SJC) kepada Personel Pentaksiran bagi memastikan tugas pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah demi menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor calon. PEMENTORAN PERSONEL PENTAKSIRAN i.

Mengadakan latihan pemasangan instrumen bagi meningkatkan kompetensi guru dan memastikan guru faham dan boleh melaksanakan kaedah pemasangan instrumen pentaksiran PT3.

ii.

Mengadakan latihan penskoran SJC bagi meningkatkan kompetensi guru dan memastikan guru dapat menskor skrip jawapan PT3 berpandukan panduan penskoran atau rubrik penskoran.

iii.

Menilai kefahaman guru dan kesediaan guru untuk menjalankan pentaksiran.

Pegawai LP / Pegawai JPN / Pentadbir Sekolah memberi taklimat pentadbiran kepada Personel Pentadbiran bagi memastikan pentadbiran instrumen pentaksiran PT3 mematuhi dokumen yang disediakan oleh LP. PEMENTORAN PERSONEL PENTADBIRAN i.

Mengadakan taklimat Takwim, Jadual Kerja, Panduan Pentadbiran dan tugasan instrumen pentaksiran.

ii.

Menilai kefahaman pegawai / pentadbir sekolah dan kesediaan untuk menjalankan pemantauan.

9

PT3 / P1

PEMENTORAN PEMASANGAN INSTRUMEN DAN PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON (Untuk kegunaan Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran PT3) Nama Pentaksir

: ……………………………………………………………………..

Nama Guru

: ……………………………………………………………………..

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Mata Pelajaran

: ……………………………………………………………………..

ARAHAN Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL

PERNYATAAN

YA

A.

Kefahaman mengenai Pemasangan Instrumen Pentaksiran.

1.

Muat turun instrumen pentaksiran menggunakan Aplikasi PT3

2.

Percetakan instrumen pentaksiran setara dengan paparan pada skrin

3.

Penyusunan instrumen mengikut nombor soalan dan halaman.

4.

Keperluan semakan teknikal dari aspek cetakan (dalaman sahaja).

5.

Kepentingan penyimpanan mengikut prosedur keselamatan.

B.

Kefahaman berkaitan Penskoran Skrip Jawapan.

1.

Kepentingan memahami kehendak soalan.

2.

Kepentingan mematuhi Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran

3.

Perbezaan teknik peskoran secara holistik dan analitik.

4.

Kepentingan moderasi bagi tujuan penyelarasan penskoran.

5.

Keperluan verifikasi skor bagi tujuan kesahan skor.

Tandatangan Pentaksir :

TIDA K

Pengesahan Pengetua:

10

CARTA ALIR PEMENTORAN PEMASANGAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

MULA

Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / Pentadbir Sekolah menyampaikan taklimat Pemasangan Instrumen Pentaksiran.

Pegawai LP / Pentaksir / Pentadbir Sekolah mengesahkan pelantikan guru sebagai Personel Pentaksiran.

Guru melaksanakan pemasangan instrumen pentaksiran berdasarkan Panduan Pemasangan Instrumen menggunakan Aplikasi PT3

TAMAT

11

CARTA ALIR PEMENTORAN PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON

MULA

Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / KPMP melaksanakan latihan penskoran SJC berdasarkan Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran

Pegawai LP / Pegawai yang dilantik oleh LP / KPMP melaksanakan semula latihan.

Tidak

Guru melaksanakan penskoran SJC berdasarkan Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran. Ya Pegawai LP / KPMP mencadangkan GMP boleh dilantik sebagai Personel Pentaksiran oleh Pegawai LP / Pengetua.

b TAMAT

12

PT3/P2

PEMENTORAN PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (Untuk kegunaan Personel Pentadbiran PT3) Nama Pentaksir

: ……………………………………………………………………..

Nama Guru

: ……………………………………………………………………..

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Mata Pelajaran

: ……………………………………………………………………..

ARAHAN Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL

PERNYATAAN

YA

1.

Menerima taklimat dan memahami Jenis-jenis Instrumen PT3 (Pelbagai Instrumen / Ujian Lisan / Ujian Bertulis)

2.

Menerima taklimat dan memahami Jadual Waktu PT3

3.

Menerima taklimat dan memahami Jadual Kerja PT3 yang dikeluarkan oleh LP

4.

Menerima taklimat dan memahami Jadual Kerja PT3 diperingkat sekolah

5.

Menerima taklimat dan memahami Panduan Pentadbiran PT3 (Pelbagai Instrumen / Ujian Lisan / Ujian Tilawah dan Hafazan / Ujian Bertulis)

6.

Menerima taklimat dan memahami Panduan Penjaminan Kualiti PT3

7.

Menerima taklimat dan memahami Tempoh Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran (Pelbagai Instrumen / Ujian Lisan / Ujian Bertulis)

Tandatangan Pentaksir :

TIDA K

Pengesahan Pengetua:

13

CARTA ALIR PEMENTORAN PENTADBIRAN INSTRUMEN

MULA

Pegawai LP / Pegawai JPN / Pentadbir Sekolah menyampaikan taklimat Jadual Waktu PT3, Jadual Kerja PT3, Panduan Pentadbiran dan Tempoh Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran.

Pegawai LP / Pegawai JPN / Pentadbir Sekolah menyampaikan semula taklimat.

Pegawai JPN / Guru dapat memahami Jadual Waktu PT3, Jadual Kerja PT3, Panduan Pentadbiran dan Tempoh Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran.

Tidak

Ya

TAMAT

14

2.3

PENGESANAN

Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran. Personel Pentaksiran membuat Verifikasi Instrumen Pentaksiran iaitu mengesahkan instrumen dicetak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh LP dan Panduan Pemasangan Instrumen. PENGESANAN- VERIFIKASI PEMASANGAN INSTRUMEN i.

Menyemak instrumen pentaksiran yang telah dipasang oleh Guru Lantikan Pengetua.

ii.

Memastikan instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen.

iii.

Memastikan instrumen pentaksiran disediakan dari soalan yang dimuat turun dari Aplikasi PT3. Memaklumkan kepada LP sekiranya berlaku ketidakaturan dalam penyediaan instrumen pentaksiran.

iv.

Memastikan instrumen pentaksiran menepati aspek cetakan teknikal.

v.

Menghantar laporan penjaminan kualiti kepada LP.

15

PT3/VI

VERIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran PT3) Nama Pentaksir

: ……………………………………………………………………..

Nama Guru

: ……………………………………………………………………..

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Mata Pelajaran

: ……………………………………………………………………..

ARAHAN Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL

PERNYATAAN

YA

1.

Instrumen pentaksiran dipasang berpandukan Panduan Pemasangan Instrumen.

2.

Instrumen pentaksiran dimuat turun daripada Aplikasi PT3.

3.

Bilangan item di dalam instrumen pentaksiran cukup.

4.

Susunan item mengikut turutan.

5.

Jumlah muka surat mencukupi.

6.

Cetakan grafik jelas

7.

Cetakan grafik setara dengan paparan di skrin komputer

8.

Cetakan keseluruhan instrumen jelas.

9.

Muka hadapan memaparkan mata pelajaran, kod mata pelajaran dan tempoh masa yang betul.

10.

Instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen dan disahkan oleh Pengetua.

Tandatangan Pentaksir :

TIDA K

Pengesahan Pengetua:

16

CARTA ALIR PEMASANGAN DAN VERIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN BERTULIS OLEH PENGETUA / PKP DAN SuP

MULA

Pengetua menerima kata laluan Aplikasi PT3 dari LP/JPN

SuP yang dilantik oleh Pengetua memuat turun instrumen pentaksiran berdasarkan Panduan Pemasangan Instrumen.

SuP menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Pengetua / PKP untuk diverifikasi.

Pengetua / PKP membuat verifikasi bagi memastikan instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen dan aspek cetakan teknikal.

Guru menyediakan dan mencetak semula instrumen pentaksiran.

Tidak

Instrumen pentaksiran menepati Panduan Pemasangan Instrumen dan aspek cetakan teknikal. Ya Instrumen pentaksiran disahkan oleh Pengetua dan boleh dicetak serta diperbanyakkan.

TAMAT

17

2.4

PEMANTAUAN

Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PT3. Personel Pentadbiran menjalankan pemantauan bagi memastikan instrumen PT3 disediakan dan ditadbir mengikut Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Panduan Pentadbiran yang disediakan oleh LP.

PEMANTAUAN PENTADBIRAN i.

Memastikan penyediaan dan pentadbiran Instrumen PT3 mematuhi garis panduan yang disediakan oleh LP.

ii.

Memberi bimbingan bagi mengelakkan ketidakakuran dalam percetakan, penyimpanan dan pentadbiran instrumen pentaksiran. Memaklumkan kepada LP sekiranya berlaku ketidakakuran dalam percetakan, penyimpanan dan pentadbiran instrumen pentaksiran.

iii.

Menghantar laporan penjaminan kualiti kepada LP.

18

PT3 / PP1

PEMANTAUAN PENTADBIRAN PT3 (Untuk kegunaan Personel Pentadbiran PT3) Nama Pemantau

: ……………………………………………………………………..

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Instrumen

: Ujian Bertulis / Ujian Lisan / Pelbagai Instrumen

ARAHAN Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL

PERNYATAAN

YA

A.

Pematuhan kepada dokumen Lembaga Peperiksaan.

1.

Surat Siaran dan Pekeliling yang dikeluarkan oleh LP.

2.

Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang dilantik menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972.

3.

Jadual Waktu PT3

4.

Jadual Kerja PT3 (Pelbagai Instrumen / Ujian Lisan / Ujian Bertulis)

5.

Panduan Pentadbiran PT3 (Pelbagai Instrumen / Ujian Lisan / Ujian Tilawah dan Hafazan / Ujian Bertulis)

6.

Mematuhi Arahan Penyediaan Instrumen dan Arahan Pelaksanaan Tugasan.

B.

Pematuhan kepada dokumen sekolah.

1.

Jadual Kerja PT3 peringkat sekolah (Pelbagai Instrumen / Ujian Lisan / Ujian Bertulis)

2.

Jadual Sidang Ujian Lisan Mendengar / Jadual Ujian Lisan Bertutur / Ujian Tilawah dan Hafazan

3.

Jadual Penyediaan dan Penyimpanan Instrumen Pentaksiran.

4.

Menyedia dan menandatangani buku log/buku rekod pergerakan instrumen dan skrip jawapan calon

CATATAN PENTAKSIR: a. PT3 ditadbir dengan MEMATUHI / BELUM MEMATUHI garis panduan LP b. PT3 ditadbir dengan MEMATUHI / BELUM MEMATUHI garis panduan sekolah Tandatangan :

Pengesahan Pengetua : 19

TIDA K

CARTA ALIR PEMANTAUAN PENTADBIRAN PT3

MULA

Pegawai LP / JPN / PPD menyemak dokumen pentadbiran PT3 yang disediakan oleh Sekolah.

Pentadbir sekolah menyediakan semula dokumen.

Tidak

Dokumen pentadbiran PT3 sekolah akur dengan dokumen Lembaga Peperiksaan.

Ya Pegawai LP/ JPN / PPD membuat teguran dan membetulkan cara pentadbiran PT3.

Pegawai LP / JPN / PPD memantau pentadbiran PT3.

Tidak

Pentadbiran PT3 menepati arahan dan pentadbiran Lembaga Peperiksaan.

Ya Pegawai LP / JPN / PPD mengesahkan pentadbiran PT3 menepati arahan dan pentadbiran Lembaga Peperiksaan.

TAMAT

20

PT3 / PP2

PEMANTAUAN PERCETAKAN DAN PENYIMPANAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN (Untuk kegunaan Personel Pentadbiran PT3) Nama Pemantau

: ……………………………………………………………………..

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Instrumen

: Ujian Bertulis / Ujian Lisan / Pelbagai Instrumen

ARAHAN Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah. BIL

PERNYATAAN

YA

A.

Percetakan Instrumen Pentaksiran.

1.

Pengetua melantik Anggota Kumpulan Pelaksana untuk mencetak instrumen pentaksiran.

2.

Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan jadual percetakan.

3.

Instrumen pentaksiran dicetak di premis sekolah / kerajaan.

4.

Maklumat pada media penstoran dan mesin fotostat dilupuskan selepas percetakan.

5.

Instrumen pentaksiran dicetak mengikut bilangan calon dan lebihan instrumen pentaksiran dilupuskan serta merta.

B.

Penyimpanan Instrumen Pentaksiran.

1.

Pengetua melantik personel untuk menyimpan instrumen pentaksiran.

2.

Instrumen pentaksiran disimpan mengikut mata pelajaran

3.

Instrumen dibungkus mengikut kelas/tingkatan

4.

Instrumen pentaksiran disimpan mengikut jadual pentaksiran

5.

Instrumen pentaksiran disimpan di dalam almari berkunci dan di dalam bilik berkunci.

TIDA K

CATATAN PENTAKSIR: a. Instrumen Pentaksiran PT3 dicetak dengan MEMATUHI / BELUM peraturan pentadbiran LP.

MEMATUHI

b. Instrumen Pentaksiran PT3 disimpan dengan MEMATUHI / BELUM MEMATUHI peraturan pentadbiran LP. Tandatangan :

Pengesahan Pengetua : 21

2.5

PENYELARASAN

Penyelarasan

dilaksanakan

bagi

memastikan

keseragaman

penskoran.

Personel

Pentaksiran membuat Moderasi Penskoran dan Verifikasi Skor.

2.5.1

MODERASI PENSKORAN

Personel Pentaksiran menjalankan moderasi penskoran bagi calon sekolah dan calon persendirian seperti berikut:

Calon Sekolah

i.

KPMP menjalankan Moderasi Penskoran Pertama bagi 10% atau sekurang-kurangnya sepuluh (10) sampel SJC atau hasil kerja murid yang telah diskor oleh setiap guru mata pelajaran di sekolahnya.

ii.

PKw/ KPKw menjalankan Moderasi Penskoran Kedua bagi 10% atau sekurangkurangnya sepuluh (10) sampel SJC atau hasil kerja murid yang telah diskor oleh setiap guru mata pelajaran di sekolah yang diperuntukkan kepadanya oleh JPN. Jumlah peruntukan SJC antara 200 hingga 250.

PKw/ KPKw akan melaporkan kepada LP melalui JPN sekiranya terdapat ketidakakuran dalam moderasi penskoran kedua. PMP perlu membuat penskoran semula semua SJC di bawah tanggungjawabnya. Contoh agihan skrip jawapan calon kepada PKw : BILANGAN CALON

10% SKRIP JAWAPAN CALON

Sekolah A

500

50

Sekolah B

600

60

Sekolah C

900

90

Sekolah D

500

50

iii.

Jumlah

iv.

250

KPN atau KPKw akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan Moderasi Penskoran Ketiga. LP / JPN akan mengeluarkan surat arahan Moderasi Penskoran Ketiga.

22

Calon Persendirian

i.

Ketua Pentaksir Negeri (KPN) atau Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) menjalankan penskoran SJC yang diperuntukkan oleh JPN

ii.

KPN menjalankan Moderasi Penskoran Pertama bagi 10% skrip jawapan calon persendirian yang diperuntukkan kepada KPKw.

iii.

KPKw menjalankan Moderasi Penskoran Pertama bagi 10% skrip jawapan calon persendirian yang diperuntukkan kepada KPN.

PERSONEL PENTAKSIRAN

CALON SEKOLAH

CALON PERSENDIRIAN

MODERASI PENSKORAN

MODERASI PENSKORAN

PERTAMA

KEDUA

Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) Ketua Pentaksir Negeri (KPN) Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) Pentaksir Kawasan (PKw) Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP)

23

KETIGA

PERTAMA

KEDUA

KETIGA

Kes Khas

KES

MODERASI PENSKORAN

MODERASI PENSKORAN

PERTAMA

KEDUA

KPMP

PKw

KPMP

PKw

PKw

KPKw

Sekolah yang mempunyai lebih dari seorang PMP membuat penskoran SJC. Sekolah yang mempunyai hanya seorang PMP membuat penskoran SJC tetapi PMP itu bukan KPMP. Sekolah yang mempunyai hanya seorang PMP membuat penskoran SJC dan PMP itu adalah KPMP.

Pemilihan Sampel SJC

i.

Personel Pentaksiran yang menjalankan Moderasi Penskoran Pertama dan Moderasi Penskoran Kedua hendaklah memilih skrip jawapan yang berbeza berdasarkan tiga aras pencapaian murid iaitu rendah, sederhana dan tinggi dengan nisbah 3:4:3.

Panduan Pemilihan Sampel SJC Mengikut Aras Pencapaian Murid ARAS PENCAPAIAN

SKOR

NISBAH

Aras Tinggi

66 dan ke atas

30%

Aras Sederhana

41 hingga 65

40%

Aras Rendah

40 dan ke bawah

30%

24

Panduan Bilangan Sampel SJC Mengikut Jumlah Calon Bagi Setiap Guru Mata Pelajaran

PENTAKSIR MATA PELAJARAN

BILANGAN CALON

KIRAAN 10% SJC

JUMLAH SEBENAR SJC YANG PERLU DIMODERASI

JUMLAH SKRIP MENGIKUT ARAS

3 skrip aras tinggi GURU A

48

10

5

4 skrip aras sederhana 3 skrip aras rendah 3 skrip aras tinggi

GURU B

65

10

7

4 skrip aras sederhana 3 skrip aras rendah 3 skrip aras tinggi

GURU C

85

10

9

4 skrip aras sederhana 3 skrip aras rendah 9 skrip aras tinggi

JUMLAH

198

21

30

12 skrip aras sederhana 9 skrip aras rendah

25

Panduan melaksanakan Moderasi Penskoran

i.

Mengadakan latihan / penyelarasan penskoran bagi memastikan guru memahami Panduan Penskoran.

ii.

Menjalankan moderasi penskoran secara rawak / semak balas sepuluh peratus (10%) atau sekurang-kurangnya sepuluh (10) sampel SJC atau hasil kerja murid yang telah diberi skor oleh setiap guru mata pelajaran bagi memastikan penskoran menepati Panduan Penskoran, ketekalan dan konsistensi dalam pemberian skor.

Memastikan guru menyemak semula cara penskoran dan keakuran pada Panduan Penskoran sekiranya beza skor antara penskoran guru dan pentaksir adalah / melebihi 5% markah. Contohnya: Markah penuh 100 markah ANGKA GILIRAN CALON iii.

SKOR

SKOR

BEZA (+-)

GURU

PENTAKSIR

V100 A001

80

85

5%

V100 A100

70

65

5%

V100 A150

59

64

5%

V100 A185

60

61

1%

V100 A190

70

68

2%

V100 A200

68

69

1%

26

CATATAN

Guru perlu menyemak semula cara penskoran SJC dan memastikan penskoran mematuhi Panduan Penskoran

Guru telah membuat penskoran SJC dengan mematuhi Panduan Penskoran

iv.

Memastikan guru membuat penskoran semula kesemua SJC sekiranya 25% atau lebih SJC yang dimoderasi menunjukkan perbezaan skor adalah atau melebihi 5%. Contohnya: BILANGAN CALON

200

120

200

120

v.

PERATUS / BILANGAN SKRIP JAWAPAN YANG DIMODERASI

PERATUS / BILANGAN SJC YANG BEZA SKOR ANTARA MARKAH GURU DAN SKOR PENTAKSIR ADALAH / MELEBIHI 5%

10%

30%

(20 skrip jawapan)

(6 skrip jawapan)

10%

25%

(12 skrip jawapan)

(3 skrip jawapan)

10%

20%

(20 skrip jawapan)

(4 skrip jawapan)

10%

17%

(12 skrip jawapan)

(2 skrip jawapan)

CATATAN

Guru membuat penskoran semula semua SJC di bawah tanggungjawabnya. Guru tidak perlu membuat penskoran semula semua SJC di bawah tanggungjawabnya.

Skor akhir calon bagi SJC yang telah dimoderasi adalah skor yang diberi oleh PKw atau KPKw Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya berlaku ketidakaturan dalam Skrip Jawapan Calon dan penskoran yang dilaksanakan oleh GPMP. Personel Pentaksiran menghantar laporan Penjaminan Kualiti kepada LP.

27

PT3 / MP MODERASI PENSKORAN

Nama Pentaksir

: ……………………………………………………………………..

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Nama Guru

: ……………………………………………………………………..

Mata Pelajaran

: ……………………………………………………………………..

CATATAN PENTAKSIR: a. b. c.

Guru PERLU / TIDAK PERLU membuat penskoran semula SEMUA SJC di bawah tanggungjawabnya. Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP) PERLU / TIDAK PERLU menjalankan semula Moderasi Penskoran skrip jawapan calon bagi SJC yang dibuat penskoran semula. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan

28

PT3 / MP

MODERASI PENSKORAN (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran PT3) Nama Pentaksir

: ……………………………………………………………………..

Nama Guru

: ……………………………………………………………………..

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Mata Pelajaran

: ……………………………………………………………………..

BIL

ANGKA GILIRAN CALON

SKOR GURU

SKOR PENTAKSIR

PERATUS BEZA SKOR

AKUR PANDUAN PENSKORAN

TIDAK AKUR PANDUAN PENSKORAN

KESILAPAN MENJUMLAH

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. JUMLAH PERATUS

CATATAN PENTAKSIR:

a.

Guru PERLU / TIDAK PERLU membuat penskoran semula SEMUA SJC di bawah tanggungjawabnya.

b.

Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP) PERLU / TIDAK PERLU Penskoran SJC bagi skrip yang dibuat penskoran semula.

c.

Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

d.

Menyerahkan sesalinan kepada sekolah

Tandatangan :

menjalankan semula Moderasi

Pengesahan Pengetua: 29

CARTA ALIR MODERASI PENSKORAN OLEH SEKOLAH

MULA

Sekolah memuat turun Panduan Penskoran dari Aplikasi PT3. KPMP dan GMP membuat penyelarasan kefahaman Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran .

GMP Tingkatan 3 yang dilantik oleh Pengetua membuat penskoran SJC berpandukan Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran.

GMP Tingkatan 3 menyerahkan SJC kepada KPMP untuk moderasi penskoran pertama dan verifikasi skor.

GMP membuat penskoran semula skrip jawapan calon.

KPMP membuat moderasi penskoran pertama dan verifikasi skor bagi memastikan penskoran menepati Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran.

Tidak

Penskoran menepati Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran.

Ya

GMP meneruskan penskoran SJC.

A

30

CARTA ALIR MODERASI PENSKORAN OLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw

A

KPMP menyerahkan SJC yang belum dimoderasi kepada PKw/KPKw/KPN/KPK untuk moderasi penskoran kedua dan verifikasi skor.

PKw/KPKw/KPN/KPK membuat pemilihan sampel skrip

PKw/KPKw/KPN/KPK membuat moderasi penskoran dan verifikasi skor bagi memastikan penskoran menepati Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran.

GMP membuat penskoran semula SJC.

Tidak

Penskoran menepati Panduan Penskoran / Rubrik Penskoran.

Ya

Skor diserahkan kepada pihak sekolah

TAMAT

31

2.5.2

VERIFIKASI SKOR

i.

Memastikan jawapan calon adalah autentik dan merupakan hasil kerja calon sendiri. Sekiranya terdapat unsur meniru maka Personel Pentaksiran hendaklah menghantar laporan kepada LP. LP akan membuat pengesahan dan menetapkan keputusan calon.

ii.

Memastikan skor diberikan adalah berdasarkan SJC dan menepati keupayaan sebenar calon serta pengiraan markah calon dibuat dengan tepat.

iii.

Memastikan guru konsisten dalam pemberian skor bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor.

iv.

Mengesahkan skor calon dalam JVS yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia/Ketua Pentaksir Mata Pelajaran dan Guru Mata Pelajaran/Pentaksir Mata Pelajaran.

KEPUTUSAN JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR

v.

Menghantar skor calon melalui Aplikasi PT3 kepada LP mengikut Jadual Kerja.

32

PT3/VS1

VERIFIKASI SKOR (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran PT3)

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Tingkatan

: ……………………………………………………………………..

Tahun

: ……………………………………………………………………..

BIL

ANGKA GILIRAN CALON

MATA PELAJARAN

BM

BI

MATH

SC

SEJ

KEPUTUSAN

GEO

KH

PI

KONSISTEN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Nama dan Tandatangan Pengetua

Tarikh:

33

TINDAKAN

PT3/VS2

VERIFIKASI SKOR (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran PT3 KBT)

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Tingkatan

: ……………………………………………………………………..

Tahun

: ……………………………………………………………………..

BIL

ANGKA GILIRAN CALON

MATA PELAJARAN KBSM

BM

BI

MT

SC

SEJ

GEO

MATA PELAJARAN KBT KH

PI

BA

HQ

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Nama dan Tandatangan Pengetua

Tarikh:

34

MQ

KEPUTUSAN

KONSISTEN

TINDAKAN

CARTA ALIR VERIFIKASI SKOR OLEH JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR

A

SUP dan GPMP merekod skor calon dalam Aplikasi PT3. SuP mecetak borang skor kelompok calon untuk semakan oleh KPMP

KPMP menyemak balas skor calon dalam Borang Skor Kelompok dengan SJC serta mengesahkan skor calon dan serah kepada SuP

SuP mencetak Senarai Keseluruhan Skor untuk dibawa ke mesyuarat JVS.

Pengetua mendapatkan penjelasan daripada GPMP yang memberi skor.

Ahli JVS menyemak skor calon.

Tidak

Skor calon bagi semua mata pelajaran tekal dan tepat.

Ya Jawatankuasa Verifikasi Skor membuat pengesahan skor. Pengetua menurunkan tandatangan pengesahan skor.

SUP menghantar skor calon melalui Aplikasi PT3.

TAMAT

35

PT3/LMV

LAPORAN MODERASI PENSKORAN DAN VERIFIKASI SKOR (Untuk kegunaan Personel Pentaksiran dan Personel Pentadbiran PT3)

Nama Pentaksir

: ……………………………………………………………………..

Nama Guru

: ……………………………………………………………………..

Sekolah

: ……………………………………………………………………..

Tingkatan

: ……………………………………………………………………..

Mata Pelajaran

: ……………………………………………………………………..

Bilangan skrip yang diselaras : ……………………………………………………………………..

ARAHAN Senarai semak ini berkaitan moderasi penskoran skrip jawapan calon dan verifikasi skor. Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah. BIL

PERNYATAAN

YA

1

Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Penskoran peringkat sekolah diadakan dan dihadiri oleh semua GPMP yang terlibat.

2

Moderasi Penskoran Pertama dilaksanakan pada setiap GPMP

3

Moderasi Penskoran Kedua dilaksanakan pada setiap GPMP

4

Sampel SJC untuk Moderasi Penskoran Pertama dan Kedua adalah berbeza

5

Penskoran yang dilaksanakan oleh semua GPMP menepati Panduan Penskoran.

6

GPMP akur memeriksa semula SJC dibawah tanggungjawab nya sekiranya diperlukankan

7

KPMP menyemak balas skor calon dalam Borang Skor Kelompok dengan skrip jawapan calon serta mengesahkan skor calon

8

SuP mencetak Senarai Keseluruhan Skor untuk dibawa ke mesyuarat JVS

9

Ahli JVS menyemak skor semua calon bagi semua mata pelajaran adalah tekal dan tepat

10

Pengetua menurunkan tandatangan pengesahan skor di Senarai Keseluruhan Skor.

Tandatangan :

TIDA K

Pengesahan Pengetua : 36

3.0 SURAT DAN SENARAI SEMAK

37

3.1

SURAT MENJALANKAN PENJAMINAN KUALITI

i.

LP / JPN bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan dan surat perakuan personel pentaksiran menjalankan Moderasi Penskoran Ketiga bagi kes-kes ketidakakuran dalam penskoran.

ii.

JPN bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan dan surat perakuan personel pentaksiran untuk menjalankan Moderasi Penskoran Pertama Calon Persendirian dan Moderasi Pemeriksaan Kedua Calon Sekolah

iii.

Surat arahan menjalankan penjaminan kualiti dan surat perakuan personel pentaksiran ini adalah sebagai punca kuasa kepada personel pentaksiran untuk menjalankan penskoran serta melaksanakan moderasi penskoran dan verifikasi skor.

iv.

Surat arahan menjalankan penjaminan kualiti dan surat perakuan personel pentaksiran menjalankan penjaminan kualiti ini adalah sah untuk tempoh yang dimaklumkan dalam surat berkenaan dan LP / JPN boleh membatalkan arahan tersebut sekiranya personel pentaksiran didapati tidak menjalankan aktiviti moderasi penskoran dan verifikasi skor dengan adil, sahih dan amanah.

38

SURAT ARAHAN MENJALANKAN PENJAMINAN KUALITI

Nombor Rujukan Tarikh Nama Alamat Sekolah Tuan/Puan, PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2016 NAMA

:

NOMBOR KAD PENGENALAN

:

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan Penjaminan Kualiti bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Tuan/Puan telah dilantik untuk menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan instrumen pentaksiran mengikut garis panduan dan penskoran skrip jawapan menepati panduan penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 3. Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri berharap tuan/puan dapat menjalankan penjaminan kualiti / moderasi penskoran / verifikasi skor di sekolah-sekolah seperti di lampiran 1. 4. Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri berharap tuan/puan dapat menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan adil, sahih dan amanah bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan keputusan calon.

Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat

39

SURAT PERAKUAN PERSONEL PENTAKSIRAN Nombor Rujukan Tarikh Kepada sesiapa yang berkenaan Tuan/Puan, PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2016 NAMA

:

NOMBOR KAD PENGENALAN

:

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan Penjaminan Kualiti bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Pegawai berkenaan telah dilantik untuk menjalankan bagi memastikan pelaksanaan instrumen pentaksiran mengikut garis panduan dan penskoran skrip jawapan menepati panduan penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 3. Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pegawai berkenaan dalam menjalankan penjaminan kualiti / moderasi penskoran / verifikasi skor.

Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat

40

3.2

SENARAI SEMAK PERSONEL PENTAKSIRAN SENARAI SEMAK PERSONEL PENTAKSIRAN

BIL

TINDAKAN

TANDAKAN (√)

1

Menerima latihan Moderasi Penskoran dan Verifikasi Skor

2

Menerima surat pelantikan dan surat perakuan sebagai Personel Pentaksiran.

4

Menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi.

5

Menerima surat arahan menjalankan penjaminan kualiti.

6

Menerima senarai sekolah dari JPN / LP.

7

Menjalankan Moderasi Penskoran dan Verifikasi Skor. Sekolah 1 Sekolah 2 Sekolah 3 Sekolah 4 Sekolah 5

9

Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya berlaku ketidakakuran di sekolah.

10

Menghantar laporan penjaminan kualiti kepada Lembaga Peperiksaan.

Nama dan tandatangan

Tarikh

41

TARIKH

GLOSORI

GPMP

-

Guru Pentaksir Mata Pelajaran

JPN

-

Jabatan Pendidikan Negeri

KPK

-

Ketua Pentaksir Kebangsaan

KPKw

-

Ketua Pentaksir Kawasan

KPM

-

Kementerian Pendidikan Malaysia

KPMp

-

Ketua Pentaksir Mata Pelajaran

KPN

-

Ketua Pentaksir Negeri

KPS

-

Ketua Pentaksir Sekolah

KPMP

-

Ketua Panitia Mata Pelajaran / Ketua Pentaksir Mata Pelajaran

KBT

-

Kurikulum Bersepadu Tahfiz

LP

-

Lembaga Peperiksaan

PBS

-

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PKw

-

Pentaksir Kawasan

PMP

-

Pentaksir Mata Pelajaran

PP

-

Pentaksiran Pusat

PPD

-

Pejabat Pendidikan Daerah

PS

-

Pentaksiran Sekolah

PT3

-

Pentaksiran Tingkatan 3

SABK

-

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

SJC

-

Skrip Jawapan Calon

SMAN

-

Sekolah Menengah Agama Negeri

SMAR

-

Sekolah Menengah Agama Rakyat

SMAP

-

Sekolah Menengah Agama Persekutuan

SBP

-

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi

SMK (KAA) -

Sekolah Menengah Agama Kelas Aliran Agama

HQ

-

Hifz al-Quran

MQ

-

Maharat al-Quran 42

43

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF